Setiap cinta memerlukan pengorbanan......
2689Please respect copyright.PENANAnFZiTJOjBt
Masa berlalu pantas... sedar tak sedar aku telah berhijrah ke Kuala Lumpur lebih lapan bulan.. Ini bermakna lapan bulan Huda pergi meninggalkan diriku.. Namun sisa-sisa cinta ini masih lagi utuh bersemadi di hati. Andainya takdir, aku disemadikan biarlah aku membawa cinta ini bersama.
2689Please respect copyright.PENANAcvLAGAdqeu
Cinta baru? Oh..mungkin tidak! Buat masa ini aku perlu tumpukan perhatian kepada kerjayaku. Biar poket aku penuh dahulu. cinta itu bisa datang kemudian.. Eh, kalau ada duit, nanti ada yang datang menempel.. Ada uang abang sayang..tak ada uang abang melayang... konon!!
2689Please respect copyright.PENANA5OETuaaidO
Gymnasium : satu tempat yang mula menjadi kegemaranku... sekurang-kurangnya aku akan cuba meluangkan masa satu hari di dalam seminggu. Selain mendapatkan kecergasan badan, aktiviti-aktiviti di gym membantu aku melupakan si dia. Menjalani latihan kecergasan kadang-kala memenatkan namun memberikan kepuasan.
2689Please respect copyright.PENANAa1TJBbuF0l
Kebiasaannya, selepas waktu pejabat aku akan berada di gym.. melakukan rutin work out yang biasa-biasa.. agak lemas untuk aku membina otot-otot badan seperti ahli bina badan... Sekadar berlari-lari anak di atas threadmill machine atau mengayuh mesin basikal, atau kadangkala melayan mesin-mesin untuk menguat otot-otot biceps, triceps dan chest.
2689Please respect copyright.PENANApCGNnELta3
Waktu menunjukkan hampir 6.10 petang... Hari rabu minggu kedua dalam bulan Jun. Aku memanjat anak tangga ke tingkat satu. Kebiasaanya aku bersama Zali, kawan sepejabat namun hari ini aku keseorangan.
2689Please respect copyright.PENANACvUVcmfkdi
Seraya sampai ke pintu utama, dua orang gadis bertudung hitam muncul dari arah bertentangan denganku.. Aku sempat melirikkan mata terhadap wajah-wajah gadis itu yang telah bermandikan peluh.
2689Please respect copyright.PENANAvo6k1iLcU7
Lirikan mataku mendapat perhatian dari salah seorang dari mereka. Senyuman berbalas. Namun anak mataku lebih tertumpu kepada kawan yang disebelahnya. Walaupun raut wajahnya hanya sekilas pandang, namun ia telah membuatkan jantung bergetar kuat.
2689Please respect copyright.PENANAFnQTDY5IH4
"Siapakah dia?" hatiku mula berbisik.
2689Please respect copyright.PENANAQpveQ3jwKG
Getaran hatiku makin berdetak. Wajahnya telah memukau pandanganku. Walaupun hanya sedetik aku memandangnya.
2689Please respect copyright.PENANA2I8UvpVUFa
Sekilas pandang, wajah gadis yang seorang lagi hampir seiras seseorang yang amat aku rindui. Mungkin pelanduk dua serupa. Orang kata ada tujuh orang di dunia ini hampir menyerupai kita. Itu tak mustahil.2689Please respect copyright.PENANAxn5lAFNDCy
2689Please respect copyright.PENANAr0HJBe2YIN
Sedikit kesal aku tak sempat bertegur sapa dengan mereka berdua... Mungkin suatu hari kita pasti bertemu. Itupun kalau ada jodoh takkan ke mana. Jodoh pertemuan dan perpisahan di tangan Tuhan. Begitu juga ajal dan maut.
2689Please respect copyright.PENANAFkgLG0vnWI
Aku sekadar melepaskan pandangan melihat kelibat mereka hilang dari pandangan. Kalau ikutkan hati ingin sahaja aku mengejar mereka untuk berkenalan.. arghhh...hatiku amat berat untuk bertindak. Malah kakiku langsung tidak berganjak.
2689Please respect copyright.PENANAo72bH1cj9q
"Hai..bro... sorang saje.. mana Zali?" Seorang lelaki yang bertindak sebagai jurulatih gym datang menyapaku.
2689Please respect copyright.PENANABn2ffgzYQe
"Amboi.. kemain bro ushar awek tu..sampai tak sedar aku kat belakang ni. Berkenan ke?" sambung Rafael lagi.
2689Please respect copyright.PENANASejQnABd8p
"Hisshh.. tak adalah bro... sepanjang aku ke sini, jarang aku tengok gadis bertudung." tingkahku tanpa menjawab soalan pertama Rafael.
2689Please respect copyright.PENANAWRyS1WemRy
"Ye ke? Dorang tu kekadang datang sini... Kalau kau nak berkenalan..aku boleh cari maklumat kat registration book."
2689Please respect copyright.PENANAMUHioQ1ZgB
"Tak apalah... kalau aku nak..aku usaha sendiri bro." balasku sambil tersengih. Bukan aku tak sudi untuk menerima tawaran pertolongan daripada Rafael, namun rasanya lebih afdal sekiranya aku yang berusaha sendiri daripada tuan punya badan. Bukan nak bersikap gentleman namun ia lebih kepada kepuasan dalam usaha memikat.
2689Please respect copyright.PENANAWoZfNAoXju
Petang ini, tak ramai pengunjung yang berada di dalam ruang latihan gymnasium. Hanya empat orang brader-brader yang bertubuh sado sedang berlatih untuk membina otot-otot tubuh. Di sudut mesin threadmill kelihatan dua orang gadis sedang tekun berlari di atasnya. Aku berdiri di sebelah gadis yang berbaju hitam, dia masih tekun berlari tanpa pedulikan kehadiranku. Sebelahnya seorang gadis berbaju kuning sesekali memandang ke arahku. Aku memberikan senyuman dan menganggukkan kepala. Sekadar menyapa. Aku cuba tidak dianggap sombong oleh orang lain.
Aku memulakan larian sambil mendengar lagu melalui earphone, seolah-olah tidak mengendahkan kewujudan dua orang gadis yang berada di sebelahku. Mungkin perasaanku ketika ini sudah tawar untuk berkenalan dengan insan yang baru. Sementalah di pejabat aku juga kurang gemar untuk bergaul mesra dengan kakitangan perempuan. Hanya bercakap bila perlu, bersembang tentang urusan kerja dan pejabat. Aku sedar sikapku yang kurang mesra menjadi buah mulut segelintir akak-akak bawang di pejabat.
Sesekali aku menjeling ke sisi kanan melilat gadis-gadis, memang sekadar menjeling. Entah, nafsuku betul-betul tertutup walaupun pakaian gadis disebelahku agak ketat dan sendat. Dalam masa menoleh dan menjeling, pandangan mataku bertembung dengan pandangan mata gadis berbaju hitam. Tiba-tiba aku melarikan pandanganku.
"Macam pernah nampak awek ni." hatiku berbisik.
Aku dapat rasa bahawa gadis itu masih lagi melihat ke arahku. Aku berpura-pura tidak peduli sedangkan otakku sedang ligat berfikir. Berharap sel-sel otak cepat berhubung untuk mencari jawapan berkenaan dengan identiti gadis yang berada di sebelah ini.
Gadis itu memberhentikan gerakan mesin, lalu dia turun dan betul-betul berada di sebelahku. Ketika ini aku masih lagi tekun berlari.
"Eh.. tak silap I, you ni Hariz kan... Hariz Halim." gadis berwajah bulat itu menegurku.
Aku menoleh ke arahnya dan cuba memperlahankan kelajuan threadmill. Aku tertanya-tanya dari mana dia mengenali diriku.
"Hariz kan... ex boyfriend Riena." Gadis itu meninggikan suaranya membuatkan aku terpaksa berhenti berlari. Nama Riena membuatkan aku semakin tertanya-tanya.
"Ya... eh, you kenal Riena?" balasku.
"Betul lah you Hariz kan? You tak kenal I ke Hariz?! Oh, my God ... tak sangka kita jumpa kat sini." suara gadis itu berbunyi amat girang sekali.
Aku semakin blur.. Gadis itu tersengih-sengih seperti teruja bertemu denganku. Masalahnya, aku memang tak ingat langsung siapa gadis yang berdiri di sebelahku. mataku memandang ke arah wajah gadis yang berwajah bentuk bulat.. Dari kening, matanya yang bulat bersinar, bibir bawahnya tebal berbanding di atas.
"Memang you dah tak ingat I?" tanya gadis itu lagi.
Aku menggelengkan kepala. Aku betul-betul lupa. Puas aku memerah otakku untuk mencari jawapan walaupun aku ada terlintas di benak yang mengatakan bahawa aku bertemunya.
"Hei Hariz... I ...Safiyya... Safiyya roommate Riena masa di kolej dulu. Oh my God.. nampak sangat you dah lupakan I.. kalau dulu yang selalu jadi posmen you all. Huhuhu..sedihnya I." tutur gadis itu seperti merajuk dengan pengakuanku.
"MasyaAllah... aku betul-betul tak cam kau Safiyya... lain benar ..hampir 360 darjah berbeza berbanding dulu." aku melemparkan senyuman setelah menyedari kekhilafanku.
"Tak sangkalah kita boleh jumpa balik.. dah dekat tiga tahun juga." tutur Safiyya. Matanya yang bulat dan dilekap dengan contact lens berwarna hijau.
Aku tersenyum lebar melihat penampilan Safiyya sekarang. Nampak agak ketara perubahan Safiyya berbanding semasa di kolej. Dahulu, gadis ini berbadan agak gempal dan bercermin mata di samping bintik-bintik jeragat yang tubuh melata di sekitar pipinya yang putih gebu.
"Maaf aku memang tak cam kau.. Kalau kau tak perkenalkan kau ni Safiyya. Sumpah aku langsung tak kenal.. tapi aku still ingat kat kau yang comel dan cute." balasku sambil memuji. Bukan niat untuk mengorat cuma sekadar menjaga hati sebagai sahabat lama.
"Iyerlah..dulu aku gemuk, mana kau nak pandang aku..." tutur Safiyya bernada sayu.
"Eh bukan begitu... aku kan kawan kau.."
"Tapi kau tetap pandang Riena.." balas Safiyya.
"Dahlah kita ungkit cerita lama Safiyya... aku dah lupakan apa yang telah berlaku." tingkahku supaya perbualan kami tidak terarah pada kisah-kisah silam. Sesekali aku mencuri pandang pada bentuk tubuhnya yang dibaluti dengan pakaian sukan yang amat ketat dan sendat.
Sekarang Safiyya nyata lebih cantik dan menarik. Tubuhnya yang dahulu gempal sekarang nampak lebih berlekuk-lekuk. Dengan pinggulnya yang lebar dipadankan dengan pinggang ramping dan ditambah dengan bentuk buah dadanya yang agak besar dan menonjol menyerlahkan penampilan yang sangat menggiurkan.
Oleh kerana kesuntukan masa, kami tak dapat bersembang panjang namun masih sempat bertukar nombor telefon. Safiyya berjanji akan menghubungi aku kembali.
Usai pertemuan itu, wajah Safiyya mula terbayang di ruang mataku, berselang-seli dengan wajah gadis misteri. Kemudian aku tersenyum sendirian.
"Fiya..oo Fiya.. bukan main cantik kau sekarang ye.. Dulu aku langsung tak pandang kau." aku merungut.
Barang yang lepas jangan dikenang.. kalau dikenang meranalah jiwa.2689Please respect copyright.PENANAdA2IDl8H75