TEACHER Laila berkeras untuk pulang ke Kota Bharu pada malam itu juga. Aku memujuk sekadarnya- tidak berlebih-lebihan dan bersungguh-sungguh. Dia mungkin sedar bahawa aku juga tidak bersungguh untuk 'bermalam' bersamanya. Entahlah, setelah apa yang terjadi di Phuket- tiba-tiba nafsuku menjadi tawar. Malah, niatku untuk bertanyakan perihal Huda turut terbantut. Berat mulut ini tidak seberat hati yang menanggung seksa.
Aku nampak keberatan dari pihak Laila- mungkin kepalanya yang berserabut dengan perintah mahkamah yang membenarkan hak penjagaan anak-anak sementara kepada bekas suaminya. Faktor Teacher Laila yang merantau dan kesibukan tugasnya di negeri orang telah dijadikan alasan yang mendapat pertimbangan oleh pihak mahkamah. Walaubagaimanapun, perbicaraan ini masih lagi berlarutan sehingga sebutan kes akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Aku membawa Teacher Laila menuju ke KLIA2, dia telah menempah penerbangan terakhir dari KLIA2 – Kota Bharu, menggunakan Air Asia jam 9.35 malam.
"Thanks Hariz.." setelah bibirnya mengucup pipiku. Itu sahaja hadiah yang kudapat dari Laila. Tiada adegan lain. Lagipun, lusa seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa. Ramadhan bakal muncul membawa seribu berkah.
Aku tidak keberatan menemani 'cikgu hot' hingga ke ruang perlepasan. Boleh juga bersiar-siar di sekitar airport- manalah tahu kot-kota ada stewardess yang akan tersangkut denganku. Bolehlah author karang cerita Girlfriendku Miss Stewardess Sengal pulak. Hishh.. hishh..
Setelah Teacher Laila yang berjalan lenggok-lenggok hilang – fuh...Bontotnya yang bulat dan tonggek begitu mengocangkan jiwaku yang lara- hilang dicelah manusia-manusia yang meluru masuk ke 'boarding area'.
Aku mula melilau ke bahagian kedai-kedai sehingga memasuki 'International departure area' Sambil mata ini tak jemu-jemu memandang manusia-manusia yang berkeliaran dengan tujuan dan urusan yang tersendiri. Syok juga melilau tak tentu arah dia airport.
Dengan leka aku merayau-rayau, tidak semena-mena dapat menangkap kelibat seseorang yang amat ku kenali dan disegani..
"Alamak!! Mak Tiri Cinderella buat apa pula kat sini?? Aduh, harap-harap dia tak perasan. Dahla seharian aku ponteng kerja." Aku baru teringat yang Puan Su mencari aku di pejabat pada siang tadi. Sepantas arnab berlari aku memusingkan badan sambil menutup kepalaku dengan hoodie jaketku, kononnya berharap yang Puan Su tidak dapat melihat kelibatku di sini.
Ketika aku memusingkan badan... Aduh!! Kali ini aku terlanggar satu objek yang keras. Sumpah aku tak perasan kerana aku terlalu gabra untuk melarikan diri. Siang tadi aku nyaris dilanggar oleh motorsikal besar, tapi kini aku telah dilanggar troli. Walaupun objek berbeza tapi tetap sakit!! Sungguh aku bernasib malang hari ini.
"Sorry, awak okay ke? Saya tak sengaja!" telingaku dapat menangkap suara seorang perempuan tatkala aku separa membongkok memegang betisku. Suaranya cukup merdu membuatkan aku tidak jadi meradang.
Aku menjeling pandang ke atas... melihat seorang gadis yang memakai snowcap. Eh, apa jadah pakai snowcap kat Malaysia!!! Dia menolak troli yang penuh muatan beberapa beg pakaian dan kotak ke tepi selajur dia menghampiriku.
"Sakit ke awak?" soal gadis itu seperti menunjukkan simpati. Wajahnya berkerut sambil memandang ke arahku. Sempat juga pandangan mata kami bertautan walaupun sedetik cuma.
"Sakitlah ni...kalau tak sakit aku tak pegang betisku..Adoi..." gumamku perlahan..hanya telingaku sahaja yang dapat mendengarnya.
Aku memalingkan wajah kembali mencari Puan Su- Kelihatan Mak Tiri Cinderella kini berjalan ke arahku...semakin hampir... Alamak!!
"I'm fine...!" aku bangkit dan bergegas walaupun dengan berjalan terhincut-hincut 1997Please respect copyright.PENANAGpGRUdfAqg
beredar dari situ. Salah aku juga yang kalut memusingkan badan tanpa signal.
"Eh, awak.. tunggu dulu!!" gadis itu separuh menjerit. Aku mengangkat tangan ketika aku telah membelakangkan gadis itu. Aku tak betah untuk terus berada tatkala Puan Su semakin hampir.
Aku sempat menyorok di sebalik rak yang menjual pelbagai coklat dan manisan- sambil mata masih meninjau kelibat Puan Su dan juga gadis yang merempuhku dengan troli sebentar tadi. Fuh,, apasal aku lari dari Puan Su.. Walhal, dia adalah salah seorang boss syarikat aku. Aku menggeleng-geleng kepala- seakan lucu dengan tingkah laku aku sendiri.
Dari kejauhan, aku melihat yang si gadis bersnowcap memeluk dan mencium pipi Puan Su.. Wah, tak sangka ye... Mak Tiri Cinderella betul-betul ada anak gadis yang cantik seperti Cinderella. Eh, bolehla aku menjadi sang putera yang bakal menyarungkan kasut Kristal pada kaki Cinderella kelak.. Tapi.. Hariz kau sanggup ke berhadapan dengan Puan Su yang garang seperti singa betina....
Aku melihat sang gadis bercakap panjang lebar siap dengan gaya tangan sekali.. Mungkin dia berkata..."Mommy, tadi I telah terlanggar handsome guy dengan troli ni... Kesian dia.. Berjalan pun terhincut-hincut. Tak sempat I nak tanya namanya tapi dia hilang entah ke mana.. I feel guilty, mommy... Hahahaa.. sengaja aku ciptakan dialog yang membuatkan aku tersenyum sendiri.
"Sorry Encik, boleh ke tepi sikit... Anak I nak ambil coklat tu." Lamunanku terhenti apabila seorang ibu muda menegurku. Aku tersengih-sengih buat-buat tak bersalah.
****
SUDAH dua minggu, umat Islam menjalani ibadah puasa.. Alhamdulillah.. sejak baligh aku belum pernah ponteng puasa.. Eh... ye ke?
"Hariz... boleh temankan I pergi shopping, lepas tu kita buka puasa sama-sama yer!" Safiyya muncul di pejabatku usai waktu rehat tengahari berlabuh.
"Iskkk.. I tengah kerjalah... nanti I kena marah dengan boss sebab ponteng kerja."
"Garang sangat ke boss you? I nak jumpa dia, nak minta permission nak bawa you keluar."
"Eh, you ni jangan buat pasal.. Tak pasal-pasal I yang kena." Aku meningkah hajat Safiyya. Gadis ini bukan boleh diharap sangat.. Kalau betul-betul dia masuk pejabat jumpa Puan Su.. Nahas aku!!
"Kalau you tak mahu I jumpa boss you.. Jom temankan I pergi shopping... I nak beli baju raya untuk I dengan you sekali... Nanti bolehlah kita sambut raya sama-sama kan." Safiyya merengek- semakin gedik.
"Iyerlah tu.. I raya kat Kelantan.. you raya kat KL.. camne nak sambut raya sama-sama.
"I kan nak raya kat kampung you.. You lupa ke? " balasnya sambil mengenyitkan matanya.
Sejak bila aku ajak dia balik kampung denganku. Hish, ada-ada sahaja.
"Jomlah..." Safiyya tanpa segan-silu memaut lenganku. Sengaja menunjukkan kemesraannya denganku di hadapan Ernie. Sempat aku melihat Ernie mencebikkan bibir dan memusingkan bola matanya terhadap Safiyya. Pasti gelagat Safiyya denganku menjadi bahan gossip murahan rakan-rakan di pejabat lagi dan lagi... Nasib badanlah kau Hariz!! Ada awek pun sengal!!!
Petang ini, Safiyya membawaku ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Aku seperti seorang bodyguard yang mengekori setiap langkahnya dari satu lot kedai ke satu lot kedai. Layan aje.. Lagipun bulan puasa, tak larat aku nak bertekak dengan Safiyya.. Ketika perut lapar sekiranya ditambah dengan hati yang panas membara boleh menyebabkan tubuh semakin letih. Biarlah tubuh ini lesu daripada hati menjadi tisu. Penat juga nak bergaduh tak tentu pasal.1997Please respect copyright.PENANAdlakiWHUKE
Tempat ini tak pernah sunyi dengan manusia, lebih-lagi Syawal yang bakal tiba.
Safiyya agak lincah, menyelusuri laluan yang dipenuhi manusia yang galak membeli-belah. Tubuh Safiyya lolos ke dalam sebuah butik pakaian. Aku pula lelah untuk mengejarnya pula.
"You.. Tengok baju kat sini cantik-cantik semua," ujarnya girang seraya tangannya menggapai sepasang baju kebaya warna ungu. Aku sekadar mengangguk namun mataku tertancap pada sepasang baju melayu dan sedondon bersama sepasang kebaya yang warna pink belacan. 1997Please respect copyright.PENANA01nshBkhDM
"Pilih lah adik yang mana berkenan, ni semua koleksi terbaru butik akak." 1997Please respect copyright.PENANA72yEbFWU0B
Tegur seorang perempuan yang sebaya mamaku -aku jangkakan bahawa dia merupakan pemilik butik ini. 1997Please respect copyright.PENANAJneEOxjiVI
"Balik raya kat mana? " wah, bukan main ramah akak ni.. Aku menggerutu. 1997Please respect copyright.PENANAUEQ3Xb3HYN
"Err.. Balik Kelantan. " jawab Safiyya selamba. 1997Please respect copyright.PENANALt09sZ3D5W
"Huk alohlaa.. Oghe kelate ko.. Pilih-pilih dik hok mano berkene.. Boleh try dulu. Cik abe ni suami atau boyfriend? " Akak yang bermulut becok memandangku.
"Bakal suami." Jawab Safiyya dengan yakin sekali. Aku hanya terdiam- malas campur tangan.
"Molek benar, sama cantik sama padan.. Bila nak langsungnyo? " akak tu boleh pandang aku semacam. Safiyya tersipu-sipu malu.. Aku masih mengunci mulutku.
"You berkenan tak dengan yang ni.. I rasa sangat sesuai dengan kita berdua. I sukalah dengan design..kena dengan warnanya. " Safiyya mendapatkan baju kebaya pink belacan bersama dengan baju melayu yang aku lihat sebentar tadi.
Aku tersenyum dan mengangguk.
"Amboi, pemalu sangat ko cik abe dio tu.. Tak dengar suara langsung ekk. " akak tauke butik sibuk memerliku.
"Iye kak, dia ni memang pemalu sangat.." tokok Safiyya pula. Dia ni dah jumpa geng pula..
"Adik berdua.. Boleh try dulu.. Biar puas hati sebelum nok beli. Akak rasa baju ni sesuai sangat.. Sedondon gitu.. Oghe kata sehati sejiwa. Chewahh!! "
Safiyya nampak anggun dengan busana kebaya yang dicubanya. Pada mulanya, aku agak malas untuk sama mencuba baju melayu itu tetapi akhir terpaksa mengalah dek diusik dan dipujuk Safiyya dibantu pula kakak pemilik butik.
"Berapa riyal duo pase baju ni?" Tanya Safiyya.. Aik bila pula minah ni belajar kecek Kelate?
"Akak bagi diskaun 10%, jadi RM 320.00 untuk dua pasang.. Kiro mudoh-mudoh jah.." senyuman akak tu semakin melebar.
Aku mengeluarkan dompet untuk membuat bayaran. Namun Safiyya lebih dahulu menghulurkan kad kredit miliknya.
"You.. Biar I bayar.. hish!!!" tegahku.
"You.. I nak you simpan duit you jadi hantaran kahwin kita nanti ye.. Hari ni biar I yang bayar dulu. " Safiyya mengenyitkan matanya.
"Untunglah cik abe ni dapat bakal isteri yang memahami.. Perkahwinan bukan sekadar berkongsi kasih-sayang tetapi berkongsi sebuah kehidupan dik.. Dalam perkahwinan ini kena ada tolak ansur.. Oghe kato ado give and take. Barulah aman damai rumahtangga. Akak doakan awak berdua lekas-lekas kahwin. Eh. Maaflah deh terberi ceramah pulok. " akak tu tersengih-sengih manakala Safiyya tersimpul senyuman bermakna sambil menjeling ke arahku. Aku pula.. Kelu tanpa kata!
"InsyaAllah kak.. Moga Allah makbulkan doa akak dan saya cepat-cepat. " Safiyya menghulurkan tangan dan bersalaman dengan pemilik butik yang tampak bersifat keibuan sekali.
"Fiya, sejak bila you tahu cakap Kelantan? " Aku kehairanan disebabkan hanya sepatah dialog yang dilontarkan Safiyya.
"Sejak hati ini terpaut dengan you. " dia menjongket keningnya lalu tersenyum. 1997Please respect copyright.PENANA9LYQO77YXx
Hish, minah ni terlalu berterus-terang sangat. Kadang-kadang rasa nyesal juga bertanya padanya.
Setiba aku diluar butik meninggalkan Safiyya sekejap di dalam butik itu, mataku dapat menangkap sesuatu. Kelihatan seorang lelaki duduk di atas sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Aku kenal motorsikal itu - Harley Davidson berwarna hitam dan berjalur kuning emas. 1997Please respect copyright.PENANA6HjaxBX8W5
Walaupun berjarak, pandangan mata kami seolah-olah bertembung. 1997Please respect copyright.PENANAu5KHp7kuQN
Wajah lelaki itu tetap sama seperti tempoh hari-ditutup dengan kaca mata hitam dan kain berlambangkan tengkorak. 1997Please respect copyright.PENANAAfpOBU9j0I
Lelaki itu memakai jaket kulit warna hitam juga berlambangkan tengkorak hanya duduk di pelana motornya danseolah-olah merenung tajam terhadapku.
Seminit dua barulah Safiyya muncul dari belakang. 1997Please respect copyright.PENANAQj6ONjj4Jp
"Hei, you tengok apa.. Dari dalam kedai I tengok you tercegat kat sini." tegur Safiyya sambil mencuit lenganku.
Aku memusing tubuhku lalu memandang Safiyya.. 1997Please respect copyright.PENANADDcpWI8cZp
"I tengok lelaki yang menunggang motor besar tu.. " aku muncungkan mulut ke arah lelaki itu.
"Lelaki mana? motor besar? I tengok takde apa-apa pun. " Safiyya kehairan.
Sekilas aku memandang ke seberang jalan. Ternyata lelaki tadi telah hilang. Lesap entah ke mana? Aku semakin hairan. Sudah dua kali kemunculan lelaki yang penuh curiga ini. Siapakah dia??? 1997Please respect copyright.PENANAw3EgBEHEVz