"You dah sampai rumah?" Aku membuat panggilan telefon demi memastikan Safiyya tiba ke rumahnya dengan selamat. Siapa bilang aku tidak risau apabila Safiyya memandu berseorangan pada dinihari sebegini. Lagipun, banyak jenayah yang berlaku di dalam Bandaraya lewat kebelakangan ini.
"Yes... about 15 minute ago! You tak tidur lagi? Esok you kerja kan?"
"I call just nak tahu yang you dah sampai rumah. Hati I lega bila dapat comfirm you balik dengan selamat." Aku menarik nafas lega.
"Thanks sayang... that's why I too crazy about you. I know you care about me." Aku mengagak bahawa gadis itu mengukir senyuman di kala ini.
"Okaylah Fiya.. I nak tidur. You pun tidurlah...you kena jaga waktu tidur juga." Aku sekadar berpesan padanya.
"Thanks sayang.. I miss you so much!" suaranya semakin mendayu.
Aku tersenyum sendirian, bayangan wajah Safiyya kembali meniti di ruang mata. Biar lamunan bakal mencorakkan mimpi indah di kala malam ini.
💕💕💕
Aku menuju Mid Valley Megamall tepat jam 12.00 tengahari dengan hati yang berbunga-bunga. Hari Ahad, agak sukar untuk mendapatkan ruang parkir. Jenuh aku berpusing-pusing mencari ruang dan akhirnya berjaya. Hatiku semakin berdebar-debar apabila memikirkan yang aku bakal menghadapi janji temu dengan seseorang yang cukup istimewa.
Aku melangkah memasuki ruang dalam Midvaley Megamall dengan cukup teratur. Sambil tanganku mengenggam telefon bimbit, sesekali aku menoleh pada skrin untuk melihat mesej-mesej yang masuk. Aku begitu teruja bila mendapat pesanan bahawa si dia telah pun berada di ruang legar Mid Valley ini. Dari pesanan yang diterima, si dia memaklumkan sedang menungguku di hadapan Starbuck. Aku semakin berdebar untuk berhadapan dengan si dia itu.
Dari kejauhan bola mataku menangkap susuk tubuh si dia yang berdiri yang menanti akan kehadiranku. Nurul Huda dengan mengenakan blouse longgar berlengan lebar berwarna light chocolate dan skirt kembang berwarna krim berserta shawl chiffon yang juga berwarna krim. Penampilan Huda tampak sedikit berbeza dengan sebelum ini, nampak moden dan bergaya namun tetap sopan dan anggun.
Aku terpegun dengan kejelitaan wajah Huda yang bersolek tipis. Mengenakan gincu berwarna merah jambu, menyapu blusher di pipinya yang gebu, bersama bulu mata lentik yang seakan Che Ta. Eh, bila masa pula yang ustazah ni pandai mengenakan bulu mata palsu? Sungguh berbeza sekali.
"Huda nampak cantik?" Aku memuji ketika dia mula berada di sisiku.
"Terima kasih." Ujarnya sambil tersenyum.
"So, kita minum or makan dahulu, lepas tu kita tengok wayang." Aku memberi cadangan sambil mengerling ke dalam ruangan Starbuck.
"Hishh... seumur hidup saya tak pernah masuk panggung wayang."
"Laa.. iye ke!! Kalau begitu, buat pertama kali dalam hidup awak akan memasuki panggung wayang bersama saya." Aku tersengih menampakkan gigi.
"Eh, saya tak kata yang saya setuju nak menonton wayang dengan awak hari ni!!" Huda meningkah.
"Benda yang tak pernah buat.. tak salah untuk mencuba. Lagipun sekadar menonton wayang.. Bukan buat apa-apa pun!"
"Iye ke tak buat apa-apa? Biasanya dalam panggung wayanglah orang lelaki akan buat apa-apa dengan perempuan." Huda mengangkat tangan kanan sedikit ke atas. Aku perasaan bahawa tubuh Huda sedikit berisi berbanding setahun yang lalu. Jelas lengan tangannya begitu gebu di sebalik kain yang disarungnya.
"Iskkk.. itu style zaman Jepun lah.. Saya tak suka buat apa-apa selain menonton. Kalau nak buat apa-apa kita cari hotel aje!" Aku mengenyitkan mata.
"Hah, nakal awak tak pernah habis kan?" kelihatan Huda mengetip bibirnya. Adakah dia berasa geram? Aku juga semakin geram terutamanya pada bibirnya.
"Huda jangan gigit bibir.. tak pasal-pasal saya cium awak!" Aku merenung matanya. Dia menjengilkan matanya.
"Nakal lagi!" Dia membuat mimik muka.
"Saya nakal dengan awak je!"
"Kita nak tengok cerita apa?" Nampaknya Huda malas melayan usikanku.
"Huda suka tengok cerita apa? Hantu, aksi atau cinta?"
"Entahlah.. saya jarang tengok movie .. saya hanya tengok drama samarinda je."
"Oo.. kaki drama rupanya... Jangan-jangan awak pun pandai berdrama juga." Aku cuba mengusiknya. Huda memuncungkan bibirnya. Sekali lagi membuatkan aku tidak kuat untuk melawan keinginan yang lama terpendam.
Aku membeli dua tiket wayang filem melayu lakonan Remy Ishak, sengaja aku memilih filem bergenre cinta berbanding cerita hantu lawak yang berjaya memecahkan rekod kutipan di Malaysia. Mungkin dengan menonton filem cinta romantik bakal menerbitkan bibit cinta Huda terhadapku. Arghh.. aku sekadar memasang impian yang belum pasti.
Aku nekad tidak akan menyentuh kulitnya sepanjang waktu menonton. Aku mahu tunjukkan bahawa aku bukanlah lelaki yang suka mengambil kesempatan. Lagi pun aku perlu mengotakan janji bahawa aku tak akan buat apa-apa terhadapnya. Maksudnya aku tak akan menyentuh atau meraba bahagian tubuh Huda. Aku mahukan biarlah dia mula selesa ketika bersama denganku. Aku mahukan memulakan kembali perhubungan ini semula. Cukuplah kami telah terpisah selama setahun. Aku tidak mahu lagi berasa perit menanggung siksa rindu. Ternyata sesudah menonton cerita cinta membuatkan mood untuk kembali bercinta menjadi segar!!
"Huda ... saya rasa awak masih sukakan saya. Awak masih sayangkan saya kan?" Aku sedikit berani meluahkan apa yang terbuku di dalam hati.
"Saya sayangkan awak Huda." Aku mengadap wajahnya melihat riak wajah Huda yang bersahaja.
"Hariz, jangan mudah melafazkan rasa sayang, sekiranya awak tak memahami maksudnya."
"Saya ikhlas Huda... Dari awal pertemuan kita di sekolah, saya telah jatuh cinta pada awak."
"Hariz, cukuplah..." Huda mengeluh berat.
"Takkan tiada sekelumit rasa cinta pada saya di dalam hati awak Huda?" Aku tidak tega untuk terus menyimpan perasaan ini.
Fuhh..tetiba aku menjadi romantik yang amat walhal aku begitu kekok menghadapi situasi begini. Semuanya seakan canggung.
"Hariz, saya rasa tak perlu kita cakap tentang hati dan perasaan buat masa ini. Cuma saya nak awak tahu bahawa seorang perempuan itu tak akan menyerahkan segalanya kepada seorang lelaki kalau bukan disebabkan rasa sayang dan cinta."
"Maksudnya Huda memang sayang pada saya!" aku seperti tak sabar inginkan kepastian.
"Saya rasa lebih elok kita sekadar kawan biasa dulu. Saya mengaku yang saya cukup selesa berkawan dengan awak Hariz, cuma..."
"Cuma apa Huda?"
"Saya belum bersedia untuk jatuh cinta lagi."
Aku memejamkan mata menarik nafas.. ternyata pemilik hati ini masih lagi keras untuk menerima cintaku... ataupun dia hanya beralasan untuk menolak cinta buat sekian kali. Tapi mengapa? Aku tidak layakkah untukmu Huda?
Masa yang berlalu terasakan begitu pantas sekali, pertemuan kali kedua yang dirancang ini telah hampir berakhir. Jam sudah menunjukkan ke angka enam petang.
Aku berdiri mengadap Huda, sedikit hampir sehingga haruman tubuhnya menusuk hidungku. Dia nampak tenang walaupun kedudukan kami begitu hampir.
"Awak nak saya hantarkan balik ke?"
"Saya boleh balik dengan Grab. Tadi pun saya datang dengan Grab."
"Jangan begitu, lebih baik saya hantar awak balik, dengan grab belum tentu lagi awak selamat." Bukan niatku untuk memburukkan pemandu grab Cuma aku tak sanggup biarkan gadis ini bersendirian semasa perjalanan pulang. Risau pula sekiranya berlaku perkara yang tak elok.
"Hisshhh tak baik buruk sangka...awak ni cuba huzdnuzon sikit! Masih ramai orang baik kat luar sana. InsyaAllah saya selamat."
Bagiku Nurul Huda seorang yang mudah berbaik sangka, satu sifat yang patut dipuji namun dia juga harus berhati-hati. Dunia sekarang, bukan semua orang mudah dipercayai.
Aku sengaja membangkitkan perihal beberapa kes yang melibatkan pemandu teksi dan grab yang menjadi viral di alam maya. Sengaja aku menakut-nakutkan dirinya supaya lebih berwaspada.
Beberapa rentetan peristiwa yang berlaku akhirnya membuatkan Huda mengalah. Dia bersetuju dengan permintaanku untuk menghantarnya pulang.
Dia mengekori aku menuju ke tempat parkir.
"Terlupa pula nak tanya awak. Awak stay kat mana? Hotel ke?"
"I stay dengan Mak Su I di Pantai Dalam...
"Oh dekat sahaja... adik awak belajar kat mana? Awak datang sini dengan family ke"
"UiTM Puncak Alam... Ibu saya, adik dan saya.. Esok saya balik KB."
"Cepatnya ... Awak drive?"
Huda mengangguk."Mestilah.. Saya kena mengajar.. Mana boleh suka-suka ponteng!" 1674Please respect copyright.PENANAc0YvyosAHR
Aku memecutkan kereta keluar dari perkarangan parkir bawah tanah menuju ke lebuh raya. Aku terpaksa meminta bantuan waze untuk ke alamat yang dinyatakan Huda. Walaupun terpaksa tidak lengkap. Aku faham kerana Huda masih tidak arif dan aku juga tidak mahir selok-belok di kawasan Pantai Dalam ini.
Setelah 30-45 minit memandu termasuk salah jalan, salah simpang dan salah lorong akhirnya aku bertemu dengan lorong yang menempatkan kediaman mak su Huda.
"Hariz, berhenti dekat hujung sana ada pokok bunga kertas tu. Itulah rumah mak su saya. " sambung Huda seraya menunjukkan arah ke tempat yang aku patut berhenti.
"Huda, bila pula kita boleh jumpa?" sambil mataku melihat ke dalam ruang porch teres dua tingkat.
"InsyaAllah.. dua minggu lagi saya ada bengkel di Bangi." balasnya sambil melepaskan tali pinggang keledar yang melintangi tubuhnya. 1674Please respect copyright.PENANAgwHOCnIAuD
Sedetik mataku menangkap bonjolan dadanya yang terdedah dek kerana tudung kepalanya sedikit tersingkap.
Aku melajakkan pemanduan melintasi deretan rumah teres. Sengaja aku lakukan kerana hati ini belum puas mengulit rasa bersama Huda.
"Eh, awak nak ke mana? Rumah mak su saya kat belakang. Awak dah terlepas ni. " suaranya sedikit cemas.
"Oh ye ke! Terlepas ke? Nanti saya u-turn. " aku berpura-pura.
"Takperlah awak berhenti kat sini, lagipun rumah mak su tak jauh. Saya jalan kaki aje. Rasa tak elok, kalau mak su atau pak su nampak yang awak hantar saya balik.. Nanti apa kata ibu bila tahu Huda keluar dengan lelaki. " Huda memalingkan wajahnya memandang menembusi cermin belakang kereta.
Ketika aku berhentikan kereta di kawasan kira-kira 50meter dari deretan rumah. Aku turut bersetuju dengan pendapat Huda.
Dikala Huda mengalihkan posisi tubuhnya, aku turut bergerak ke tengah dan menyebabkan badan kami sedikit bergesel. Haruman tubuh gadis itu yang semerbak mencuit deria bau. Lantas sedikit-sebanyak mengundang percikan ghairah. 1674Please respect copyright.PENANA8NJuJnuoRy
Aku menelan liur. Rasa hati mula mengaum kegeraman. Satu kerinduan yang lama tersembunyi mula menguak keluar. Oppss.. Baru sentuh sikit aku dah tangkap berahi. Adoii, rosak akhlak betullah!
Aku menatap wajahnya yang ayu. Huda terdiam seketika seolah-olah membenarkan mataku melahap raut wajahnya.
Di kala keheningan yang memenuhi ruang keretaku, Huda menghulurkan tangan bersalaman denganku. Dia mengucup tangan seperti seorang isteri mencium sang suami, sekaligus membuatkan aku tergamam.
Entah datang keberanian dari mana aku mencium dahinya dengan lembut. Dia seperti tergamam. Diam tanpa kata.
Dengan desakan nafsu yang membahang, ibu jariku menyentuh dagu Huda lalu didongakkan ke atas. Bisikan hati terus menyuruh aku bertindak. Seraya itu, bibirku mula memagut lembut akan bibirnya yang separa terbuka. Ciuman hangat yang bertaut membuatkan rasa rindu semakin mencengkam. 1674Please respect copyright.PENANAYrBiDbdsvY
Manis!! Ciuman ini masih lagi berlarutan tanpa bantahan dari Huda. Mungkin dia turut terpesona dengan gejolak nafsu yang aku ciptakan. Atau mungkin dia merindui saat manis ketika kami bersama dahulu. Huda menunjukkan reaksi terhadap ciumanku. Terasa lidahnya mula bermain-main bersama lidahku.
Ciuman semakin berlarutan, dan tangan milikku sudah semakin nakal mencuba meneroka sesuatu yang indah milik gadis itu di atas kedua pehanya.
"Hariz!! Jangan!! " Huda melepaskan ciuman.. Matanya terbeliak. Tampak dadanya sedikit berombak. Tangannya cepat menepis godaan tanganku.
"Saya minta maaf.. " aku merenung wajanya. Riak wajahnya berubah rona kemerahan.
"Nakal awak masih tak berubah! " Huda menjeling lantas membuka pintu kereta.
"Huda I love you!! " laungku ketika badannya sudah keluar dari perut kereta.
Dengan spontan Huda menjelirkan lidahnya kepadaku kemudian mengherotkan bibirnya. Satu mimik muka yang nakal pada pandangan mataku.
"Jelir lagi lidah tu.. Saya hisap kuat-kuat nanti. " aku ketawa dalam mengusiknya.
"Jahat!! " Huda mengembungkan pipinya lantas menutup pintu. Masih sempat dia mengacukan penumbuknya dari luar kereta.
Aku ketawa sendirian.. Nampaknya Huda masih lagi sama seperti dahulu.
Langkah Huda yang berlenggang itik membuatkan dadaku sukar untuk berhenti berdetak kencang.. Arghhh.. Nafsuku masih lagi untukmu Huda...1674Please respect copyright.PENANAFxkNlXW3a8