OTAKKU berserabut dan bercelaru. Hatiku masih lagi radang. Kalau ikut baran dia, aku pun baran juga.Okay!! Mahu sahaja aku menyekeh kepalanya yang bersinar bak pinggan seperti iklan sabun. Eh! Kalau pinggan, dah lama aku hempuk ke lantai. Biar pecah berkecai.
Cis! Pantang anak petani moden diperkotak-katikkan!!
Sedap-sedap si botak menuduh aku tak pandai berkerja. Apa dia dengki dengan aku. Tak tahulah!!
"Sayang, are you okay?"
Huh! Siapa pula yang mengacau time aku tengah bad mood. Ni mesti Ernie. Karang kena penerajang sulung baru dia tahu.. Eh, mana boleh lelaki gentleman seperti aku berkasar dengan perempuan. Tak boleh!! Tak boleh!!!
Aku terpisat-pisat mencelikkan mata. Meraup wajahku dengan tangan. Kepalaku masih lagi berserabut.
"You buat apa kat sini Safiyya?"
"Kebetulan I lalu depan office you. So, tak salahkan kalau I singgah sekejap." Jawabnya bersahaja.
Kebetulan? Kebetulan yang disengajakan. Huh! Banyak betul kebetulan yang terjadi.
Gadis itu tersenyum. Aku mengamati wajahnya. Rambutnya yang sedikit perang disanggul kemas di belakang kepala. Sepasang mata yang bulat dengan bulu mata lebat dan dipadan dengan alis mata melentik. Hidungnya tidak terlalu mancung dan tidak terlalu kemek. Pipinya yang tembam sedikit membuatkan tampak cute.
"I tengok muka you berserabut sangat. Tengok rambut tu bagai dilanda ribut." Aku dapat rasakan renungan mata Safiyya yang menikam wajahku.
"I'm okay... Maybe little bit tired!"
"If you need help, just ask me. I sedia menolong you."
Aku menggelengkan kepala. "If you failed that project. Forget about Kota Bharu's project!!" Masih terngiang-ngiang suara Puan Su di telingaku.
"You are try to hide something from me?" gadis itu masih mencuba untuk mengorek. Eh, takkan aku nak beritahu Safiyya pasal kena marah oleh Senior Manager.
"Hariz, I just say, if you need anything just ask for it. I will help you." Safiyya masih tega untuk menghulurkan bantuan. Sedangkan aku tidak tahu di mana harusku bermula. Untung juga sekiranya Safiyya membantuku untuk menyelesaikan masalah projek Melaka itu. Ganjarannya tentu aku akan ditugaskan ke Kota Bharu seperti yang dijanjikan oleh Puan Su. Memang aku sangat teringin untuk menguruskan projek di Kota Bharu kerana aku perlu selesaikan 'masalah lama' yang masih lagi menghantui jiwa.
"Nothing Fiya. I'll handle alone." Aku menghela nafas panjang. Entah kenapa mulutku masih lagi berat untuk meminta pertolongan Safiyya.
Dia kelihatan mendengus. Dia memeluk tubuh yang masih dibaluti sehelai jaket kelabu yang melindungi kemeja putih. Aku sekadar memerhati riak wajah gadis itu, tampak dia seperti tidak puas hati dengan kata-kataku.
"Malam ni you free tak. Kita keluar. I akan jemput you jam 8." Safiyya membulatkan matanya. Kemudian dia meleraikan sanggulan rambutnya membiarkan ia jatuh berjuraian ke bahunya. Wah! macam slo-mo pula pergerakan Safiyya ketika mengelus rambut yang lurus dan lembut. Terdetik di dalam hati memuji kecantikan gadis ini.
"No.. I nak ke gym..." aku cuba mengelak.
"Esok-esoklah you pergi gym. But tonight, I wanna spare time with you." Renungan matanya seolah-olah mencengkam wajahku.
Sememangnya minah sengal ini very punctual. Jam 8 malam, kelihatan kereta Honda City putih berhenti di hadapan guard house hadapan apartmentku. Dan aku telah bersedia menunggunya di sini sepuluh minit lebih awal.
Aku menghayunkan langkah memasuki perut kereta milik Safiyya. Petang tadi setelah dipujuk oleh Safiyya, aku terpaksa mengalah dan mengikut kemahuan Safiyya. Gym? Terpaksa ditunda buat sekelian kali. Lagipun rasanya dah tak perlu untuk aku 'menjual mahal' dengan tawaran Safiyya. Alah, bukan nak kemana pun. Hanya pergi dinner aje.
Malam ini, Safiyya tampak sungguh cantik. Mengenakan busana moden berwarna krim separas lutut. Penampilan yang sederhana namun memukau pandangan mataku.
Safiyya memilih untuk menjamu selera di The Manhattan Fish Market di dalam NU Sentral. Aku sekadar mengikut tanpa bantahan. Biar Safiyya menjadi seperti mem besar dan aku seperti seorang pengawal peribadinya.
"I dengar you kena marah dengan boss petang tadi?"
"Hei, you dapat cerita dari siapa?" Aku mengerutkan dahi. Pantas berita itu tersebar.
"Sayang, I have told you... I know everything about you!" Safiyya tersungging. Seperti mengejekku.
"Pasti Kak Nora yang inform you kan. Boleh tak you jangan masuk campur dalam urusan kerja I. I rimaslah." Aku meningkah. Betul aku rasa tidak selesa.
"Sorry sayang... I just to help you. I bukan nak menyibuk cuma I rasa perlu untuk menolong you." Pandangan mataku dengan Safiyya bertaut.
Aku mengetap bibir bukan sebagai isyarat marah cuma aku menjadi tidak selesa. Melihat seraut wajah polos gadis yang duduk membuatkan hatiku sedikit gundah. Semakin banyak pertanyaan yang mula menyerang benak fikiranku.
I know everything about you!!
Siapa yang menjadi spy Safiyya?
Kenapa dia nak mengintip gerak-geri aku?
Apa yang sebenarnya dia nak dariku?
-Cinta? Huh!!!!
Ingin sahaja aku menghamburkan segala persolaan kepada Safiyya. Namun, biarlah aku telan buat sementara waktu.
*******
"Eh, kita nak ke mana pula?" aku menyoal seperti orang bodoh. Aku sememangnya berpura-pura bodoh setelah Safiyya mengheretku memasuki sebuah pusat hiburan yang terletak di Jalan P.Ramlee.
Sungguh aku berasa begitu canggung sekali. Kali pertama kaki ini melangkah masuk ke dalam pusat hiburan membuatkan aku begitu kekok sekali!
Aku melihat kemunculan Sandra dan Lily di celah-celah manusia-manusia yang sibuk berpesta. Mereka bertiga bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Adegan laga-laga pipi pun ada. Eleh, macam bertahun-tahun tak jumpa!!
"Here we go, sayang! Enjoy our night, dancing with me!!" Safiyya berbisik padaku sambil memaut erat tangan kananku.
"Uhh.. I tak pandai menari!!" balasku ke cuping telinga Safiyya.
Bunyi bingit muzik membataskan perbualan kami. Safiyya masih tega menempel disebelahku dan rela membiarkan Sandra dan Lily mula bergerak ke tengah lantai tari. Namun kedudukan mereka masih tidak jauh dari tempat aku dan Safiyya berada.
Aku sekadar memerhati rentak dan gaya manusia-manusia yang mendambakan hiburan. Benar kata orang, kehidupan malam di Kuala Lumpur sungguh mengasyikkan dan mempesona buat mereka yang suka hiburan. Namun tidak bagiku.
Rentak muzik semakin rancak, suasana semakin panas dengan tarian-tarian yang dipersembahkan oleh para pengunjung yang mula memenuhi ruang lantai tari. Ada yang betul-betul pandai menari, ada yang hentam keromo malah ada yang sekadar tercegat dan hanya melakukan pergerakan-pergerakan kecil. Memang macam-macam pe'el perangai dan gelagat manusia-manusia ini.
Beberapa kali Safiyya masih cuba membujuk aku supaya turut serta menari. Namun aku memang berat hati ditambah pula aku terasa begitu janggal untuk menari. Aku berkeras untuk duduk dan memerhati sahaja. Minuman coke masih belum terusik. Mungkin Safiyya sedikit kebosanan bersamaku, dia meminta izin untuk menyertai Sandra dan Lily.
Aku membiarkan Safiyya menuruti teman-temannya untuk berhibur. Aku tidak haling malah langsung tidak menegah. Bagiku cukup mudah kerana aku meraikan perbezaan cara antara kami. Mungkin dengan cara menari boleh meredakan ketegangan yang melanda fikiran. Setiap orang punyai kaedah masing-masing.
Sedang aku ralit memerhati gelagat pengujung lain yang asyik berdansa, aku sedar bahawa gerak-geri sedang diperhatikan oleh seseorang. Sengaja aku aku berbuat tidak peduli malah menafikan kewujudan sang empunya diri yang duduk bersebelahan dengan mejaku.
Dalam remang kesuraman cahaya aku menoleh ke kiri- seorang gadis berambut panjang dan kerinting mengangkat segelas minuman berwarna keemasan ke arahku. Aku sekadar tersenyum dan mengangguk.
Sesekali pandangan mata kami saling bertembung, namun cepat-cepat aku mengalihkan pandangan ke arah Safiyya yang sedang asyik berdansa. Aku hanya tersenyum kecil melihat gelagat Safiyya yang seolah-olah cuba menjauhkan diri dari seorang lelaki yang bertocang. Nampak sangat ketara yang lelaki berbadan kurus dan berkemeja bodyfit berusaha untuk menari bersama Safiyya namun tidak dilayan oleh Safiyya. Mungkin lelaki itu cuba mengorat Safiyya. Aku sedar bahawa Safiyya memang seorang gadis cantik dan bergaya. Tidak hairanlah ada lelaki-lelaki yang cuba memikatnya sama seperti dengan lelaki yang ku lihat semasa majlis hari raya baru-baru ini.
Memang aku perasan bahawa lelaki bertocang itu merenung pada Safiyya seawal ketibaan kami ke dalam ruang pusat hiburan ini. Lelaki bertubuh kurus dan berkulit putih itu kelihatan cuba mendekati Safiyya namun dengan kehadiranku mungkin membataskan sedikit akan tindakannya. Dari kejauhan aku melihat riak wajah Safiyya bagaikan tidak senang dengan kehadiran lelaki itu. Hatiku tercuit dengan telatah lelaki itu yang tidak berputus asa mencuba untuk mengorat Safiyya.
"Hai.. You alone? If you don't mind may I sit here." Tiba-tiba aku disapa oleh gadis berambut sedikit kerinting itu. Dia menghadiahkan senyuman menawan. Aku hanya memandang wajahnya dan turut melemparkan senyuman tawar.
Dengan bunyi muzik yang tersangat bingit agak menyukarkan komunikasi dari terus berlaku. Aku tidak mendengar butir perkataan yang keluar dari mulutnya cuma aku jangkakan mungkin dia perkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan tanda bersalaman. Huluran tangannya disambut.
Aku seakan blur seketika ketika dia menuturkan sesuatu yang tidak dapat ku dengari dengan jelas.
"A.D.E.L.Y.N.N." dia menuturkan abjab-abjab menjadi satu frasa namanya. Bibir gadis itu terlalu dekat dengan telingaku sehinggakan aku dapat merasakan hembusan nafas yang bertiup ke cuping telingaku... arghhh... ini bisa membuatkan aku sedikit terangsang.
"Hariz!" aku turut melaungkan namaku ke telinganya. Dia tersenyum dan mengangguk. Sekali lagi kami bersalaman tanda sebuah perkenalan. Namun sebenarnya, aku tidak berminat untuk mengenali gadis itu dengan lebih lanjut. Tumpuan mataku lebih terarah kepada gelagat Safiyya yang menari tidak jauh dari kedudukanku.
Adelynn sekadar duduk pada stool di sebelahku sambil menikmati minuman keras yang masih tersisa di dalam gelasnya. Sesekali dia mengangkat tangan meraikan ucapan yang dilontarkan oleh DJ yang memutarkan lagu.
Tanpa diduga lenganku dipaut erat oleh Adelynn lalu dia menyandarkan kepalanya ke bahuku. Haruman semerbak dari rambutnya menusuk hidungku. Arghhh..tiba-tiba syahwatku semakin mendorong.
Ketika aku khayalan mula menjelajah di fikiranku, aku dapat menangkap aksi luar biasa yang ditonjolkan oleh Safiyya terhadap lelaki kurus yang bersamanya. Satu hentakan dari lututnya tepat mengenai celah kelangkang pemuda itu dan menyebabkan tubuh lelaki itu merunduk ke bawah. Tentu sakit.. sudah tentu rasa senak merebak sampai ke ulu hati wooo...
Safiyya bergegas ke arahku, belum sempat aku bangun untuk menenangkan diriya yang berantakan, kali ini gelas minuman milikku dicapai olehnya lalu disimbah terus ke muka Adelynn yang masih lagi berada di sebelahku. Aku tergamam begitu juga Adelynn. Tidak menyangka Safiyya begitu baran sekali.
Kedengaran Adelynn menjerit dan mencarut di dalam bahasa orang putih, namun perhatianku kini lebih tertumpu kepada Safiyya yang tiba-tiba mengamuk bagaikan dirasuk sesuatu. Aku melihat bola matanya bagaikan berapi ketika pandangan mata kami saling bertautan.
Sedikit kekecohan yang berlaku membuatkan beberapa orang pengunjung mula memandang kearah kami berdua. Namun muzik masih lagi berbunyi dan masih ramai yang meneruskan tarian.
Belum sempat aku menoleh untuk melihat keadaan Adelynn, lenganku dipaut dan ditarik oleh Safiyya untuk terus berlalu. Dalam masa itu, aku sempat menoleh melihat kelibat dua orang bouncer bergerak menuju ke arah kami. Pasti mereka ingin bertindak ke atas kami yang telah mencetuskan kekecohan maka aku tidak betah untuk terus berada di situ lagi dan cepat-cepat melangkah keluar dari pusat hiburan yang ternama itu.
"Hei apa kena dengan you ni Fiya? Tiba-tiba naik angin!" soalku setelah kami berjalan menghampiri kereta Fiya.
"You tu kenapa? Sibuk menggatal dengan betina mana entah!" balasnya sambil bercekak pinggang ke arahku.
"Bila pula I menggatal.. You jangan salah faham!" aku cuba membela diri. Aku rasa api kemarahan akan semakin membara dari dalam diri Safiyya.
"You pergi peluk betina tu kenapa hah?" Safiyya mula melulu membuat tunduhan.
"Fiya.. I do nothing with her. Nothing happens. We just sit and drink only. Trust me my dear!"
"Huh.. you ingat I ni buta ke apa!.. Tak nampak apa yang buat dengan betina mana entah kat dalam tadi." Amarahnya masih belum lagi pulih sepenuhnya.
"No Fiya! I don't do like that.. I tak peluk pun dia!" aku masih lagi menafikan.
Aku dapat rasakan getaran kemarahan yang masih belum reda di dalam dadanya. Biarpun aku musykil tentang apa yang terjadi antara dia dengan lelaki kurus itu namun aku tidak mahu terburu-buru untuk memberikan soalan kepadanya. Biarlah dirinya sedikit reda.
Aku memegang kedua-dua belah lengannya dan kami berdiri berhadapan. Saling berpandangan tanpa sebarang bicara. Aku melihat Safiyya menghela nafasnya sedalam-dalam. Mungkin untuk menenangkan jiwanya yang bergelora.
"Hariz.. I tak mahu ada perempuan lain berada dekat dengan you... I tak sanggup tengok.." suaranya mula mendayu. Tiba-tiba tubuhnya terlentok pada dadaku dan kini dia mula memeluk tubuhku dengan erat.
"Hei Fiya, what is going on?" Sekali lagi aku tergamam dengan perubahan sikap Safiyya.
Sengaja aku membiarkan tubuhku dipeluk erat oleh Safiyya sambil itu aku cuba untuk mengelus rambutnya yang berjuraian ke bahu. Aroma mewangi rambut Safiyya membuatkan jantungku berdetak semakin laju. Debaran di dalam dada membuatkan 'rasa' yang telah lama tidur kini kembali bangkit. Arghhhh... rasa itu semakin bergelora......1625Please respect copyright.PENANAt3r34yhaNI