"Bila kau start cuti raya, bro?" Soal Zali yang asyik bermain Mobile Legends pada telefon pintarnya. Walaupun tumpuan matanya tak terkalih dari menatap skrin, mulutnya masih mampu bersuara.
"Lusa. Kau pula?" Jawabku pendek sambil mengemas fail-fail yang bertimbun di atas meja. Sekurang-kurangnya meja aku sedikit kemas berbanding dengan Zali.
"Eh, awalnya kau cuti... Last day puasa baru aku dapat balik Aloq Setaq. Aku nampak Mak Tiri Cinderella tu okay semacam dengan kau. Dapat cuti awal tanpa banyak songeh." Zali mengomel.
"Killing spree!! Ceh, mati lagi!!" Zali mendengus.
Aku tergelak melihat wajah muram Zali dek ketaksubannya terhadap permainan video itu. Entah apa yang best.. aku pun tak tahu.. Wajah muram bagaikan baru kena tinggal dengan marka.
"Hariz, kat depan ni awek kau muncul lagi!" suara Ernie berkumandang dari intercom.
"Hahaha... masaklah kau.. Dah kena rantai dengan Safiyya nampaknya." Zali tergelak memandang wajahku yang mengembungkan pipi.
"Sayannnggggg... hari ni kita buka sama-sama yerr!!" suara itu bagaikan melantun-lantun bergema di ruang duduk tetamu berhadapan dengan meja Ernie. Kadang-kadang aku pula naik segan dengan staff pejabatku dengan sikap mengada-ngada yang ditunjukkan oleh Safiyya. Namun terpaksa aku pekakkan telinga menghadam segala bentuk sindiran terutamanya daripada Ernie dan Mimie. Setakat ini, belum sampai lagi kepada Puan Suhana. Pandai juga staff-staff office ni menutup mulut.
"Lusa you dah nak balik kampung ... I nak ikut you tak kasi." Safiyya membuat muka- merajuklah konon.
"Eh, mana you tahu I nak balik lusa? "
"I know everything about you, sayang! " Safiyya mengerling kepada Ernie.
Aku merenung wajah gadis yang berbaju kurung warna ungu muda. Tampak ayu walaupun gedik dengan rambutnya disanggul kemas dibelakang kepala. Bersungguh dia mengambil tahu tentang diriku, mungkin juga ada seseorang yang menjadi cctv untuk Safiyya - aku menelah.
Aku menarik keluar Safiyya dari ruang pejabat, mengelakkan menjadi tumpuan mata Ernie. Aku tahu yang gadis tidak senang akan perilaku Safiyya.
"I ni rindu sangat nak beraya dengan mak dan ayah.. Rindu nak cium tangan mak dan ayah I di pagi hari raya. I terlalu rindukan untuk sambut raya di dalam sebuah keluarga. You tak kesian kat I ke?" tiba-tiba suaranya kedengaran sayu.
"Sorry Fiya... InsyaAllah.. You kahwin nanti, bolehlah you sambut raya dengan mak dan bapa mentua."
Aku sedar bahawa Safiyya telah kehilangan ibu dan ayahnya ketika menuntut di tahun pertama. Aku turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Apakan daya kita sebagai hambaNya perlu redha di atas qada' dan qadar yang telah berlaku.
"Itulah I tunggu saat tibanya yang mama dan papa you akan menjadi mother and father in law I." Dia menjongketkan keningnya. Ceh! dalam bersedih sempat lagi dia melawak. Kadang-kala aku boleh jadi buntu melayan karenah minah sengal ni seorang. Ada sahaja idea untuk mengenakan aku balik.
"Cantik tak selendang ni? " dia menunjukkan sehelai selendang berkain sutera kepadaku.
"Cantik.. Lagi cantik kalau you yang pakai selalu," balasku bersahaja.
"Demi you.. I akan pakai." ujarnya tersenyum simpul seraya meletakkan selendang ke atas kepalanya.
"You jangan buat demi I yer. Niat atas nama Tuhan. " Kata-kataku bukan berniat untuk menyindirnya.
Aku terpegun kerana mulai terpesona dengan keayuan Safiyya. Rona selendangnya berwarna maroon membangkitkan seri wajah yang putih mulus- tona yang cukup kontras. Aku memandang Safiyya sepuasnya.. Lalu fikiran ini mula melayang....
"You.. "
"Hariz!! "
..........
"Hariz!!!!!! "
Aku tersedar dari lamunan... Aku mengalihkan pandangan. Malu kerana aku sedar bahawa dia tahu aku merenung wajahnya..
"Amboi.. Tenung I sampai camtu sekali, kenapa? You dah jatuh cinta pada I, kan? "
"Tak mungkin..." Aku tersenyum sinis. Tatkala itu, wajahnya berubah rona.. Sempat aku lihat ada genangan air yang bertakung di tubir matanya.. Lantas, dia memalingkan wajahnya tidak lagi memandangku.
🌥🌥🌥🌥
Suasana hari raya, padaku tidak lagi semeriah ketika zaman kanak-kanak. Usai solat sunat Aidilfitri, kelihatan susuk badan papa berada di rumah. Lama aku tak bertemu papa, aku mulai kekok namun jelingan mata mama seolah memberi isyarat tentang perkara yang sepatutnya.
Aku menggapai tangan papa, mengucup seraya memohon ampun. Ketika itu aku rasakan bahawa papa mengusap kepalaku, buat sekelian kali. Ada getar di dalam hati ini. Sebenarnya sebagai anak aku rindukan belaian dari papa. Tiba-tiba papa memeluk tubuhku. Aku tergamam seketika.
Tampak senyuman di bibir mama semakin melebar. Mungkin dia gembira melihat perubahan peel perangai dua beranak - sudah boleh bersalaman malah berpelukan.
Buat sekian kali, keluarga kecil kami dapat berkumpul bersama-sama. Jauh dari lubuk hati aku sangat gembira melihat papa, mama, kak Lin serta abang Amar berada mengelilingi meja makan. Suasana yang tak pernah wujud setelah mama mengetahui yang papa bernikah lagi satu sejak empat tahun yang lalu.
Hari kedua raya- aku mula menziarahi teman dan sahabat-handai yang membesar dari kecil hingga ke zaman di universiti. Tidak ku lupakan berkunjung ke rumah Pojie- pertama kali aku singgah ke rumah Pojie membuatkan aku terpegun- mak ai!! Besar gila rumah, rupa-rupanya Pojie ni anak seorang ahli perniagaan yang yang sangat berpengaruh di daerahnya. Mungkin bapanya yang memberi sponsor untuk dia membuka bengkel motor. Sempat juga aku mengusik Mek Na yang kelihatan ayu mengenakan busana tradisi - kebaya Kota Bharu. Sebelum ini dia bergaya ringkas dengan t-shirt dan jeans.. Yang tak tahan. Semuanya ketat dan sendat.
Hari ketiga - aku dilanda kebosanan. Mahu menghubungi Safiyya, terasa malas. Mahu berjumpa dengan Laila, dia balik beraya di Taiping. Mahu mengikut mama ke open house rakan-rakan- tolonglah nanti dicop anak emak pula.
"Adik, tak keluar ke mana-mana ke? Jumpa girlfriend ke?" Aku melihat mama melawa dengan serba ungu dari tudung, baju dan juga handbag.
"Adik mana ada girlfriend! Kalau ikut mama ..bolehlah mama kenen-kenen dengan mana-mana anak gadis kenalan mama macam drama melayu pukul 7 petang tuu." aku berseloroh.
"Drama apa tu dik ?Adik ingat mama senang-senang nak ambil pompuan buat menantu.. Kena lulus dengan lembaga penapisan dahulu sebelum nak kahwin." Mama menepuk dadanya beberapa kali.
"Alaa... mama.. Tak boleh jadi ni... Tak macam drama pukul tujuh lah... Tak dapat kahwin paksa jawabnya." aku ketawa.
"Huh.. dah gatal nak kahwin ke?" Mama mencebik kemudian tertawa.
Aku memandu kereta menuju ke bandar- tanpa arah tujuan yang sebenarnya. Kalau ada kawan-kawan boleh juga mengeteh atau mengopi kat mana-mana restoren ataupun kedai. Malangnya, masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan peribadi.
Musim perayaan, keadaan trafik di bandar Kota Bharu amat sesak. Pelbagai jenis kenderaan memenuhi jalan raya dari semua arah. Entah dari mana kenderaan-kenderan ini muncul dan menyesakkan aliran trafik.
Dalam kenderaan yang berasak - seketika mataku menangkap sebuah kereta Proton Persona yang aku amat aku kenali selang sebuah di hadapanku. aku dapat mengecam kereta berdasarkan nombor pendaftaran dan sticker yang ditampal pada cermin belakang.
"Memang sah kereta dia!" Hatiku melonjak kegembiraan.
Aku cuba menghampiri kenderaan tersebut, namun malangnya keadaan yang sesak teruk agak membataskan pergerakan. Cuma aku cuba mengekori rapat kereta tersebut supaya tidak hilang jejak pandangan mataku. Mujurlah, aku dapat melihat yang Proton Persona itu membelok memasuki perkarangan kawasan kedai-pejabat.
Aku terus mengekori sehingga kereta tersebut memperolehi ruang parkirnya. Di dalam keretaku yang berada di belakang proton itu, aku melihat seorang pemuda muncul dari sebelah tempat duduk penumpang dan beberapa detik munculah susuk tubuh yang sering kucari dan nantikan muncul.
Di kala ini, hatiku berdebar-debar apabila melihat seraut wajah yang amat kurindui selama ini. Terasa bunga-bunga kian mekar dan mewangi dalam jiwaku. Oh..indahnya saat ini. Tapi.. persoalan yang menyerang benakku.. Siapakah pemuda disampingnya itu? Adakah itu tunang dia? Arghhhh....
Terkial-kial aku mencari ruang parkir yang amat terhad. Mujurlah nasib menyebelahi kerana terdapat sebuah Kancil ingin keluar tak jauh dari tempat aku berada.
"Sabar Hariz!!!" aku memujuk hati yang gelisah.
Aku sedikit berkejaran ke tempat yang aku melibat susuk Huda bersama 'teman lelakinya'. Sambil melilau aku sedikit waspada. Aku tak mahu dilihat secara jelas oleh Huda. Manalah tahu dia menuduh aku cuba mengekori dan mengintip pergerakannya.
Aku melihat susuk Huda bersama temannya memasuki ke dalam premis yang menjual barangan hadiah dan cenderahati. Manakala, aku hanya berdiri di luar premis sambil memerhatikan pergerakan mereka berdua. Raut wajah gadis berkebaya merah jambu kelihatan ceria bersama yang tersayangnya. Aku melihat ulas senyuman yang tak lekang dari bibir mungilnya... Kelihatan dia amat berbahagia bersama teman barunya. Arghh.. aku begitu geram dan cemburu!!!
'Dan tak seharusnya aku1743Please respect copyright.PENANAkitlv23BHn
Bertemu dirimu di dunia ini1743Please respect copyright.PENANA3rahFwfXiG
Dan kau membuang diriku sesuka hati mu1743Please respect copyright.PENANA3oWZZMdTpl
Dan memilih dia...'
"Diamlah kau Pian!!!" Aku membentak kasar. Boleh pula lagu itu berkumandang di telingaku pada saat yang sebegini... Tension tahu!!! Tiba-tiba lenganku disentuh seseorang...
"Kenapa abang marah saya?" Kedengaran satu suara di sebelahku.
Aku memalingkan muka ke arah suara yang milik seorang remaja lelaki di sebelahku. Wajahnya terpamer seribu pertanyaan.
"Lagu tu!!" Aku mati kutu...
"Iyerlah.. lagu ringtone handphone saya.. Tapi yang suruh saya diam tu kenapa?" Remaja lelaki itu mula bersoal-jawab dengan ku.
"Eh, nama kau siapa?" Aku semakin hairan.
"Pian.." Jawabnya sambil mengerutkan dahinya. Memandang tepat pada wajahku.
Aku menggarukan kepalaku yang tidak gatal. Boleh pula kebetulan yang berlaku.
Aku memalingkan wajah- memandang ke arah Huda yang kini berjalan keluar dari premis kedai. Aku sedikit gabra, dan ketika itu aku lihat satu objek yang dipegang Pian.
"Pian.. Pinjam helmet kejap!"
"Nak buat apa?" budak itu seperti keberatan.
"Alah, pinjam kejap.. Aku kat sini aje.. Tak pergi ke mana-mana." Tanpa banyak soal aku merampas helmet bervisor gelap dari tangan Pian lalu disarungkan ke kepalaku. Dan ketika itu, kelibat Huda bersama teman lelakinya mula melewati hadapanku. Nasib baik Huda langsung tidak perasan dengan kewujudanku yang bersandar pada dinding hadapan kedai.
Mujurlah Pian seakan mengerti akan kelakuan drastikku. Aku tercegat dengan helmet yang menutup wajahku memandang kelibat Huda dan lelaki itu berjalan beriringan kembali ke kenderaan milik Huda. Perlakuan mereka sungguh mesra dan membuatkan hatiku bertambah sakit.
Setelah, kenderaan mereka hilang dari pandangan mataku.....barulah aku menanggalkan topi keledar dan menyerahkan kembali kepada pemiliknya.
"Err.. tu girlfriend abang ke? Atau bekas girlfriend.. Ooo, abang spy dia ye!!" Eh, banyak cakap pulak budak Pian ni.. aku hempuk karang baru padan muka.
Aku tidak mengangguk atau menggelengkan kepala.
"Samalah kita abang... awek saya pun dah ada orang lain... Nasib kita serupa!!" sambung Pian tanpa aku bertanya apa-apa pun. Ku lihat wajahnya bagai dirundung kepiluan.. Amboi, kecik-kecik pun dah pandai bercinta...
Aku menyeluk kocek seluar, dan mengambil dua keping sampul duit raya dan aku berikan pada Pian.
"Nah, amik ni buat top up telefon.. Boleh cari awek baru!!"
"Abang pun... boleh cari awek lain juga!!" balasnya tersengih-sengih.
'Dan ku tersandar begini1743Please respect copyright.PENANA5HNl3Fnj8l
Meratapi hati yang telah dilukai1743Please respect copyright.PENANAvhN6gRPWcK
Aku sedar betapa hinanya1743Please respect copyright.PENANAtI503UTKGk
Ku di matamu...'
"Ceh!!! Radio ni takde lagu lain ke main time ni.. Time raya ni pasanglah lagu raya. Nak kena terajang ni!!" Tempik aku seakan tak berpuas hati lagi. Lagu ni berhantu betul..
Aku menukar siaran radio dengan hati yang terpilu...
"Hariz, you kat kampong lagi ke?" suara Laila kedengaran di speaker telefon.
"Ya... I still kat kampong.. Kenapa?"
"I baru sampai di KB.. Kita jumpa malam ni.. I nak bawa you ke satu tempat special. Lagipun, I rindu dengan you-lah. " Terdengar nada manja yang dilontarkan oleh Laila.
"Abang pilih yang mana
Perawan atau janda
Perawan memang menawan
Janda lebih menggoda...."
Ewahh...ewahhhhhhh...!! Radio seperti memahami maksud hatiku....1743Please respect copyright.PENANArSTABsBAx7