PAGI-PAGI lagi aku sudah siap berkemas. Beberapa helai baju telah ku masukkan ke dalam beg sandang. Aku termangu sejenak, sekejap lagi aku bakal berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Kembali membuat pemanduan selama 7-8jam membelah jalan raya dari Kota Bharu-Gua Musang- Kuala Lipis- Karak- Subang. Rasa ralat masih menebat di dalam hatiku. Hampa tidak dapat bertemu dengan seseorang yang amat ku rindui. Betul-betul hasrat hati tidak kesampaian.
"Eh, adik dah siap pack! Pukul berapa nak bertolak," sapa mamaku di sebalik pintu bilik.2362Please respect copyright.PENANAd7amrtLTGT
"Kejap lagi mama.. dalam pukul 10. Mama masak apa pagi ni?" aku memalingkan wajah ke arah mama.
"Nasi goreng.. Mama dah siap hidang. Boleh kita makan sama-sama. Lama kita tak makan bersama." Ulah mama sedikit sayu. Aku sedar bahawa mama kesunyian, tatkala aku kini berada di Kuala Lumpur, Kak Lin pula lebih selesa berada di rumah suaminya. Iyerlahh.. seorang isteri sepatutnya berada di sisi seorang suami. Seorang suami yer.. huhuhu..
"Adik.. tak pergi jumpa papa ke?" soal Mama sambil menyeduk nasi ke pinggan.
"Malas lah mama.. lagipun adik balik sekejap je. Jumpa mama buat terubat rindu."
"Kenapa camtu dik? Tak baik." Tingkah mama dengan nada yang cukup perlahan. Bunyi yang agak sayu.
"Eh, bila Kak Lin dan Abang Amar balik dari Korea?" soalku seperti melarikan topik papa. Sebenarnya aku tahu bahawa Kak Lin baru sahaja berangkat ke Seoul- berselisih masa dengan kepulanganku.
"Adik tak call papa? Kadang-kadang telefonlah papa. Tanya khabar dia. Walaupun apa yang terjadi antara mama dengan papa. Dia tetap papa adik. Hubungan darah yang tak mungkin terputus." Mama tetap tegar menasihatiku.
"Baiklah mama, adik akan call papa selepas ini," Aku sekadar berjanji, namun berat untuk dilaksanakan. Entah kenapa kini nama papa agak asing buatku.
Aku risau akan tercetus perbalahan sekiranya aku bertemu papa. Pernah dahulu aku meradang terhadapnya, yang menyakit hatiku- tika itulah buat kali pertama dalam hidupku telapak tangan papa hinggap ke wajahku yang handsome ini. Sejak dari itu, aku bagaikan menyingkirkan diri dari papa. Aku tak mahu menambah perit dalam hubungan papa-mama.
"Kalau boleh singgah sekejap di pejabat papa sebelum balik KL." Cadang mama. Aku sekadar mengangguk. Aku tidak mahu mama menjeruk rasa terhadap hubungan aku dengan papa. Dia tahu, namun sebagai ibu dia tak pernah mengajar aku memusuhi ayah sendiri.
Walaupun berat hati, aku terpaksa berangkat pergi- kembali meninggalkan mamaku bersendirian... Ermmm... tak kisahlah mama ada 'teman ganti' buat menghiburkan hati dan tubuhnya. Nakal mama masih lagi belum bertepi. Selajurnya, aku akan mendoakan mamaku akan berubah- meninggalkan maksiat demi agama- bukan demi papa atau anak-anak. Sesungguhnya niat yang ikhlas "lillahi taala" lebih afdal dan mempunyai magisnya berbanding niat di atas nama makhluk.
Hari Rabu, aku kembali ke tempat kerja setelah bercuti rehat seketika. Ingatan pada Nurul Huda. Laila malah pada Aimi sekadar lajuran lintang yang menghiasi memori-memori di dalam lipatan fikiranku. Tumpuan harus ku berikan pada kerjaya yang menjadi sumber pendapatan hidupku. Namun aku sedar, bahawa papa masih lagi bank in sebanyak RM500 sebulan ke dalam akaunku tanpa putus. Jumlah itu meningkat kerana langsung tidak diusik olehku. Pertemuan terakhir dengan papa, ketika mula-mula aku akan berhijrah ke bandaraya ini. Tampak senyuman kebanggaan dari bibir papa seolah-olah melindungi garit calar di hatinya.
"Hai.. Ernie.. Mimie dah masuk opis?" tanyaku pada gadis receiptionist yang memakai tudung ala turban. Tudung yang menjadi produk artis wanita yang tersohor di Negara. Tudung yang pernah menjadi viral dek tercalit dengan kontroversi yang melampau.
"Rasanya dah masuk... ermmm, mungkin kat pantry kot." Jawab Ernie sambil menilik wajahnya pada cermin kecil pada pegangan tangannya.
"Iskk.. you ni dah cantik dah.. Macam Neelofa.. tak payahlah dok tilik lama-lama.. Nanti pecah berderai cermin tu." Aku mengusik Ernie bercampur sindiran sinis.
"Eh, betul ke apa yang I dengar, you puji I cantik macam Neelofa.." balas Ernie yang mula berdiri dari duduk, sambil itu kelopak matanya terkebil-kebil dan senyuman diheretkan sampai telinga... Eiii..perempuan ni kan...
"Hah itu pun Mimie.. Panjang umur." Sambung Ernie sambil memuncungkan bibirnya yang merah menyala ke sudut kiri ruang. Setelah melihat kemunculan sahabat kari yang 'sekepala' dari dalam pejabat.
"Wah... korang ngumpat aku ekk." Kedengaran suara dari mulut becok Mimie.
"Haha.. ngumpat kau la sangat, Ni pagi-pagi Hariz dah cari kau babe. Bila pula kau berskandal dengan Hariz." Balas Ernie ketawa mengekek.
Cis..perempuan ni asyik nak membawang cerita skandal-mandal kat opis aje.. Mana ada aku skandal dengan Mimie..malah tak pernah skandal dengan saper-saper.. Sandal adalah.. aku merengus di dalam hati walaupun aku tersenyum melihat telatah mereka berdua. Happy go lucky! Omputeh kata.
"I tak lupa janji I.. Ini keropok lekor yang you minta." Aku menghulurkan bungkusan plastik yang berisi sepuluh batang keropok lekor mentah bercampur dengan lima bungkusan keropok segera.
"Wah tentu sedapkan keropok lekor Hariz ni, panjang besar..tengok tu berkilat-kilat batangnya.. Fuh, kalau dah goreng sedap dicicah dengan sos cili." Mimie mula membuat riak muka yang menggoda. Sempat aku melihat Mimie menjelirkan lidah pada bibirnya. Satu interpretasi yang aahh..mungkin menghairahkan buat lelaki nakal.
"Alaaa... I pun nak rasa juga yang Hariz punya." Rengek Ernie penuh manja.
"Eh..mana boleh, I yang pesan.. So, untuk I sahaja betul tak Hariz?" Mimie mlihat aku sambil mengangguk kepalanya.
"Isk..saya bawa banyak tu.. boleh share-share..Tapi Mimie ambil lebih la sikit, sebab dia tolong apply cuti I tempoh hari." Kataku berterus-terang.
"Iskkk.. ini tak adil." Ernie buat-buat merajuk. Sempat lagi jarinya yang runcing mencubit pinggang kawannya. Mimie menjerit.. dibuat-buat seolah mengerang kenikmatan. Aduh, telatah mereka berdua sangat-sangat mencabar keimananku yang semakin goyang. Mula kembali lebur dek goyangan padu daripada Teacher Laila. Nafsuku yang bagaikan lumpuh seketika kerana dikecewakan oleh Huda, kini kembali seakan ingin mengganas. Gara-gara dicungkil kembali oleh desakan berahi Laila.
"Thanks Hariz.. Ni buat I sayaaaaaaang sangat kat you." Aku tak bisa khayal lama-lama dek nada suara Mimie yang semakin mengada-ngada.
"Amboi..tak payah nak sayang sangat kat Hariz tu.. Langkah mayat aku dulu lah, babe!" sampuk Ernie sambil membuat muka 'toya' nya. Kemudian Ernie ketawa mengekek.
"Iskkk..korang ni,,apa ni main-main langkah mayat, tak baik tahu.." aku cuba mremasuki perbualan yang berunsur gurauan.
"Oh..kalau begitu, kita bermadu lah Ernie.. Tapi malam ni dia balik umah aku dulu yer..kemudian..." kata Mimie sambil menghayunkan kedua-dua tangannya ke kiri dan ke kanan
"Esok Hariz balik ke rumah aku.. lusa umah kau pula..tulat umah aku..sampai mampus!!" sambung Ernie meniru lagak Mimie.
"Woi.. korang ingat aku ni abang Jamil ke? Tak kuasa aku nak layan perangai korang ni." Aku mengembungkan pipi. Memang sebelum ini aku kerap-kali terkena 'bahan' dari mereka berdua. Jadi, aku langsung tak mengambil serius dari gurauan mereka yang separuh nakal. Kadang-kala terdapat unsur 'double meaning' yang mudah difahami. Alih-alih aku buat bodoh sahaja.
"Alaa...jangan merajuk sayang!" suara Ernie dan Mimie seakan serentak. Wah, satu kolobrasi yang sepadan.
"Hai.... Mimielicious so delicious.. How are you my darling." Tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara lelaki yang bunyinya tersangat mengada-ngada sekali.
"Weh, nak muntah aku dengan suara kau, Zali." Balas Mimie sambil membulatkan pipinya.
"Padan muka kau. Kena marah!" aku mencebik melihat Zali yang telah tercegat di sisiku.
"Apa yang kau bawa balik dari kampong? Eh, mana aci kat buadk pompuan ni kau beri.. Bahagian aku mana bro?" Itulah reaksi Zali apabila Mimie mengangkat bungkusan plastik untuk ditunjukkan kepada Zali.
"Ada... budu. Kau makan budu?"
"Eh, tentulah makan. Musim durian ni pula.. Letak seulas durian, ada cili dalam budu.. ditambah dengan ikan singgang.. Perghh meleleh beb.. Pasti bertambah-tambah nasi." Kata-kata zali membuat aku kecur liur.
"Eh, sedap ke makan begitu?" tanya Ernie seperti bodoh-bodoh alang.
"Kau tak pernah try ke Ernie.. sekali try pasti nak lagi."... kataku pada Ernie setelah melihat wajahnya sekan 'blur'.
"Weh korang... sekarang musim durian kan.. apa kata petang ni kita pergi makan durian nak tak?" cadang Zali.
"Jomlah.. I teringin sangaaattt nak makan durian... macam sangap dah." Mimie tergelak lagi.
"Kau ni.. bukan hari ni jeer.. malah hari-hari sangap!!" tingkah Zali semakin mengusik Mimie. Seraya itu Mimie mengangkat handbag seolah-olah ingin memukul Zali.
"Ehemm.ehemm.. nampak seronok ye!" kedengaran satu suara yang mengejutkan kami dan seterusnya mematikan gelak ketawa.
Aku melirik mata memandang kelibat Puan Suhana tercegat di belakang kami berempat. Wajah Ernie dan Mimie mula mengendur. Zali terkulat-kulat dan mula untuk meminta diri.
"Hariz..saya nak jumpa awak kat opis sekarang." Suaranya amat tegas memberi arahan.
"Baik Puan Su." Aku menundukkan kepala tanda hormat kepada Chief Operation Officer syarikat yang terkenal dengan tegas dan garang.
"Ernie.. Kalau Mr. Steven dah sampai suruh dia jumpa saya juga." Sambung Puan Suhana sambil mengalih pandangan kepada Ernie.
Aku sekadar meneguk liur.2362Please respect copyright.PENANAxNtvdMEIUY