'Alamak!! Mana pula aku letak kertas tu? Cuai betul... sepatutnya aku terus salin nombor telefon ke dalam phonebook.'
Puas aku mencari cebisan kertas yang ditulis nombor telefon Huda. Aku baru je dapat nombor Huda hasil dengan pertemuan yang tak diduga petang semalam. Semua kocek seluar tak kira yang mana ada habis aku selongkar, malah beg sandang, beg laptop turut menjadi mangsa. Barang-barang yang telah siap dipack kini bertaburan.
Aku mendengus kuat. Mungkin cebisan kertas itu dikeronyok bersama bank slip dan di buang terus ke dalam tong sampah jenis stainless steel di dalam ruang premis bank. Arghhh!! Takkan aku nak pergi selongkar tong sampah pulak!!!
Sial!!! Tak habis-habis menyumpah seranah diri sendiri. Aku menyalahkan diriku disebabkan kecuaian diri sendiri yang menyebabkan cebisan kertas itu tercicir. Hilang entah ke mana!
Huh!! Tension!!
Telefon Samsung 'out of date' milikku berdering beberapa kali. Tercetus di minda, berharap agar Huda segera menghubungiku. Aku tahu bahawa dia masih menyimpan nomborku. Hanya mampu berdoa sahaja.
"Sayang! Mentang-mentang balik raya kat kampung. Terus lupakan I yer. Sampai hati you," suara seorang gadis gemersik ke telingaku.
"Sorry Fiya.. bukan I tak nak call you.. I segan nak kacau mood raya pula." Aku berdalih. Logik tak alasanku – memang tak logik aku rasa. Eh, lantaklah!!!
"You ni kan.... I takde mood bila sehari tak dengar suara you. Ni dah lima hari tahu tak!! You ni saje yer nak larikan diri dari I kan!!" suaranya sayu kedengaran di hujung talian.
"Bukan macam tu Fiya! Hari-hari I teringat nak call you... tapi I juga sibuk. Mama I ajak pergi open house kawan dia.. papa I ajak jumpa sedara-mara. Kawan-kawan kat kampung ramai nak jumpa I. I rasa I ni seperti wakil rakyat pula.. Boleh jadi YB kot I ni." Aku sengaja berseloroh- agaknya dengan melawak dapat menghiburkan gadis yang berada di sana. To cheer her up- kononnya..Sebenarnya, aku tiada ramai kawan yang ramai di kampung. Sementelah keluarga aku berpindah ke sini ketika umurku 10 tahun dan selepas itu aku banyak menghabiskan usia remaja di sekolah berasrama penuh di Selangor.
"Ermm.. kalau dah selalu pergi open house tu.. Tentu saja ramai awek-awek nak ngorat you. Ataupun you pun sama gatal nak mengorat mereka semua." Nada suaranya agak mendatar
"Eh.. I mana reti nak ngorat perempuan lah.. Gelilah!" Aku menafikan. Pembohongan yang menjerat aku kembali.
"Iye ker tak reti ngorat pompuan!! Lelaki semuanya sama!!!"
Ungkitan Safiyya sebijik dengan kata-kata Huda- perempuan memang terlalu pesimis!!
"Amboi... Err, I tengah packing nak balik KL.. Sekejap lagi I nak drive."
"Oh... Okaylah, drive safely... I miss you to much!!!" Namun ungkapan itu hambar padaku. Sekadar menyapu gegendang telinga. Kosong tiada makna.
Hari Terbuka Aidilfitri
One Avenue Holdings Berhad
11 Syawal.....
Ground Floor (Lobby & Mini Hall)
"Wah Inspektor Shahab Perdana Rafael!!! Tum kya kare dil to pagal hei, phil bil dil hei Bombay Police Station!!" Zali melalut apabila menjabat tangan dengan Rafael yang segak memakai uniform sang saka biru. Kemunculan Rafael atas undangan rakan sejawat yang sering berurusan dengan pihak PDRM yang di antara pihak-pihak berkuasa yang sering berurusan dengan syarikat kami.
Majlis sambutan hari raya aidilfitri tidak kurang meriah dengan kehadiran tetamu yang dijemput dari pelbagai agensi kerajaan ataupun swasta.
"Wah.. siapa abam polis yang macho tu?" Bisik Mimie ketika menguis lenganku. Minah sengal ni tetiba muncul terkedek-kedek. Langkahnya dituruti oleh bestienya Ernie. Mereka sama-sama melaram dengan kebaya coklat bersulam dengan kain pareo satin berlukis bunga tulip.
"Oh... Ini Rafael, kawan kitorang.. dia ni polis part time fitness instructor gym tempat kitorang sering lepak." Aku memperkenalkan Rafael kepada Mimie dan Ernie yang tergedik-gedik di sebelah.
"Wah..patutlah macho.. Kalau gitu kita kena selalu pergi gym jugaklah. Kan Mimie," sampuk Ernie sambil mencuit lengan Mimie.
"Zali ni, lain kali pergi gym tu.. Jangan lupa ajak kitorang sekali ekk.." balas Mimie tersengih-sengih.
"Hisy.. korang ni tak boleh tengok laki handsome, mulalah nak merenyam!" sindirku.
Rafael hanya tersengih mempamerkan barisan giginya yang putih dan teratur. Kalau nak bandingkan sememangnya Rafael lebih handsome dari aku –almaklumlah badan tegap dan sado bonus berkulit putih- sekali imbas wajahnya seiras seperti bekas angkasawan pertama negara. Cuma wajah Rafael tampak lebih muda. Tak silap pangkal nama dia bermula dengan Syed. Tak hairanlah Mimie dan Ernie menggedik sakan.
"Kata kita yang gedik... Walhal, dia tak sedar awek dia pun tergedik-gedik.. Eh, mana awek kau yang gedik dan kekwat tu!" perli Mimie. Setepek kena atas dahi! Biarlah mereka menganggap bahawa Safiyya itu adalah awekku- walhalnya tidak! Ermmm.. aku sendiri belum pasti ke mana hala hubunganku bersama Safiyya.
Ya tak ya juga- aku tak nampak kelibat Safiyya. Biasanya dia akan terjongol kat pejabatku walaupun tak diundang! Malah, kadang-kala dia buat pejabat ini seperti pejabatnya- keluar masuk dengan sesuka hati.
Aku tinggalkan Rafael bersama Mimie dan Ernie, tapi si Zali tetap setia sebagai 'defender' untuk mengawasi tahap kegatalan minah sengal berdua itu. Nasib kau lah Rafael bila bertemu dengan dua makhluk Tuhan yang paling annoying tu.
Tetamu bersilih datang dan pergi – namun aku tak nampak lagi kelibat Safiyya.
Aku mengambil phone buruk milikku. Membuat satu panggilan, namun panggilan tak berjawab. Dua kali nombornya didailkan.. dua kali tidak berjawab.
Huh! Mungkin dia merajuk denganku. – Minah tu ada perasaan merajuk ke?
Semalam, aku tidak mengendahkan ajakan Safiyya untuk 'berdating'. Dua hari lepas pun aku tolak untuk bertemunya. Sah! Minah sengal tu memang merajuk denganku.
Aku bergerak masuk ke dalam dewan yang berhampiran lobi bangunan. Di dalam dewan kecil yang mampu memuatkan tak kurang 40-60 orang sahaja.
Dari muka pintu dewan, aku melihat beberapa pegawai-pegawai utama syarikat yang terdiri daripada Dato' Chairman, CEO Tuan Haji Ramli , Pengarah-pengarah Eksekutif Syarikat dan juga COO, Puan Suhana sedang rancak berbual sesama mereka. Kelihatan juga Tuan Zul, suami Puan Su yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat.
Beberapa dif-dif jemputan yang berpangkat Dato', Tan Sri dan sebagainya turut berkerumun di sana. Biarlah.. kami yang level-level bawahan ni lebih rela menjamu makan dia luar dewan. Yang pentingnya ada kambing golek dan nasi mandy... dan tak perlu ada protokol bagai. Boleh 'ber-hu ha hu ha' antara staf dan tetamu di luar berbanding di dalam dewan.
Mataku menangkap kelibat seorang gadis berbaju kebaya labuh warna pink belacan. Sedondon dengan baju melayu yang dipakai olehku. Iyerlah, baju yang dibeli olehnya di butik. Biasanya dia akan mencari aku dahulu- namun kali ini tidak. Tup-tup kelibatnya kini berada di dalam dewan tanpa aku sedari. Pelik!
Kelihatan Safiyya berada di dalam dewan bersama dengan Kak Nora- secretary Puan Su dan dua orang tetamu melingkungi sebuah meja di barisan hadapan dewan.
Aku menapak menuju ke meja- biarlah apa orang nak kata. Walhal, tiada siapa pun peduli.
"Eh, Hariz... Sila duduk. Eh, sedondon pula you dengan tetamu akak yang special ni. Duduk dulu, akak nak keluar kejap!" Kak Nora mengukir senyuman lalu memberi kerusinya kepadaku- bersebelahan dengan Safiyya.
Aku tersenyum sebagai tanda hormat sambil mengucapkan terima kasih.
Aku memandang wajah Safiyya. Wajahnya tampak bersahaja. Riak gedik wajahnya seperti telah terbang entah ke mana.
"Can I get you something, Fiya?" aku cuba berbual dengannya. Melihat hanya segelas minuman yang berisi air oren di hadapannya.
"Do I owe you?" Dia menjeling – riak wajahnya tampak kosong.
Aku mengetap bibir – belum pernah Safiyya sebegitu dingin denganku.
"Awak nampak cantik hari ni." Aku cuba menghancurkan 'ketulan ais' yang seolah-olah menjadi sempadan pemisah di antara kami berdua.
"Do you care about me?" Kelihatan Safiyya mencebikkan bibirnya. Nampaknya 'ais' masih lagi membeku.
Aku terkesima dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh Safiyya. Terasa keadaan ini sedingin salju meresapi keheningan kami yang masing-masing mengunci mulut. Manakala dua orang tetamu pula meminta diri. Tika ini, kami seolah-olah melayan perasaan masing-masing. Segalanya seakan pegun tidak seperti sedia kala. Beberapa minit berlalu dengan begitu sahaja, dan ketika itu Puan Suhana melintas di hadapan meja kami.
"Hai, Hariz.. siapa kat sebelah you tu? Girlfriend ke?" Eh, tetiba Mak Tiri Cinderella ini senyum padaku. Lain macam aje.
"Err... kawan je Puan."
"Oooo... kawan? Colour baju pun sedondon! Tak nak kenalkan pada auntie... eh, saya ke?" Aku nampak mata Puan Su merenung wajah Safiyya. Pandangan mereka bertaut. Aku nampak riak muka Safiyya sedikit berubah. Bibirnya bergerak-gerak tanpa suara.
"Ni, Safiyya kawan saya masa kat universiti dulu." Aku bangun memperkenalkan Safiyya pada Puan Su. Safiyya bangkit menghulurkan tangan untuk bersalaman. Aku melihat riak wajah Puan Su dan Safiyya yang sedikit pelik. Aku sukar menebaknya.
"Hariz suruh Anis ..Eh, apa nama tadi lupa saya.. err.. Safiyya jemput makan. Silakan... Saya minta diri dulu." Senyuman Puan Su semakin meleret dan sempat menjeling padaku. Sedikit lega apabila Puan Su ingin berlalu- malas aku nak bersoal jawab dengan Mak Tiri Cinderella buat masa ini.
Aku nampak mimik wajah Safiyya seperti tergamam dengan kehadiran Puan Su dan ketika bersalaman dengannya buat kali kedua.
Kenapa Mak Tiri Cinderella ni sering tersasul. Mungkin juga dia terpaksa bertemu dengan para tetamu. Mungkin juga penat nak mengingati nama-nama tetamu yang hadir. Dari awal majlis, aku nampak Puan Su agak sibuk menyapa dan melayani setiap tetamu yang hadir.
"Hariz, excuse me!" Safiyya bangkit dari duduk.
"Errr.. Safiyya.. kejap!" Aku bangkit untuk menahan langkahnya namun dia tetap berlalu pergi... tetap meninggalkan aku yang terpinga-pinga.
Eh!! kenapa dengan minah sengal sorang ni? Tetiba moody semacam- tak seperti selalu. Kenapa mesti dia merajuk? Aku ada buat salah ke?
"Weh, Hariz... Rafael cari kau!" Lamunanku dikejutkan dengan jeritan Zali. Mataku masih mencari kelibat Safiyya. Dari kejauhan aku nampak dia berbual-bual dengan seorang gadis berkebaya hijau. Aku mengamati wajah gadis itu- walaupun dari kejauhan aku rasa seperti pernah melihat akan wajah gadis itu.
Aku memerah otak- cuba mencari memori yang tersimpan di dalam benak. Ya! Baru aku ingat wajah gadis berambut fesyen 'bob haircut'. Oh ya! Dialah gadis 'snowcap' yang melanggar aku dengan troli di airport sebelum puasa hari tu. Alahai.. Macam mana pula Safiyya kenal dengan anak gadis Puan Su!! What's a small world!! Patutlah Safiyya datang ke sini, tanpa terlebih dahulu mencari aku. Mungkin dia nak cover sikapnya yang tergedik-gedik denganku. Aku sekadar menebak! Tapi yang nyata, hatiku bagaikan terusik bila Safiyya seperti mengendahkan ku. Padan muka kau Hariz!!!
Aku teragak-agak sama ada untuk menyusur ke arah Safiyya atau tak! Tika ini, Zali telah menarik lenganku ke luar dari dewan menuju ke arah Inspektor Rafael yang masih tak habis-habis melayan karenah Mimie dan Ernie.
Aku tidak leka semasa melayan kerenah kawan-kawan berempat ini kerana masih menoleh ke arah Safiyya. Aku hanya memandangnya dari jauh. Untuk mendekati dirinya semula aku menjadi seba-salah. Biarlah dia dengan caranya. Mungkin dia betul-betul merajuk denganku, atau mungkin dia sudah bosan menggedik denganku. Arghh... bagus juga kalau dah berhenti menggedik. Namun di saat ini, hatiku mula terpalit rindu dengan sikapnya yang manja... cetusan persoalan yang bermain di fikiran membuatkan aku senyum sorang-sorang.
"Weh, bro apasal kau senyum sorang-sorang. Kau tengok siapa?" tiba-tiba Zali menyiku tubuhku. Dia turut memalingkan wajahnya sama arah dengan pandanganku.
"Eh, Safiyya tu.. Tengok awek kau bukan main mesra lagi dengan lelaki tu!" sambung Zali.
"Biarlah dia!" aku mendengus.
"Eh, korang gaduh ke?" Zali seolah-olah dapat menghidu sesuatu.
"Entahlah... malas aku nak fikir. Jom kita makan kambing golek." Aku mengubah topik sambil bergerak melintasi kedudukan Safiyya bersama tetamu lelaki itu.
Kelihatan Safiyya berbual mesra dengan seorang lelaki yang tak aku kenali- mungkin kenalannya atau mungkin seseorang yang ingin berkenalan dengannya. Tetapi, dia langsung tidak memandangku...
Mesra pulak!! Dengan aku bukan main muncung lagi!! Aku cemburu? Entahlah.. Walaupun rasa itu mula terdetik..1833Please respect copyright.PENANAGpU1XfYa6p