"Sorry bro, pasal semalam!" ujar Rafael ketika aku sedang menggunakan shoulder press machine. Aku mengetap bibir bukan kerana marah tapi disebabkan otot-ototku mula fatigue dek kerana bebanan sudah melebihi keupayaan untuk aku menggalasnya.
"Kau marah pada aku ke?" Sambung Rafael lagi. Lelaki itu berdiri di hadapanku membuat riak wajah bersalah. Dia merupakan dalang utama yang berjaya memerangkap aku dalam permainan yang sungguh tak aku menduga.
"Ceh!! Aku tak marah cuma cuak la juga...Kau tu polis. Nyaris-nyaris aku tak pengsan bro! Tapi pandai juga kau berlakon." Balasku sambil ketawa. Akhirnya aku terpaksa redha dengan 'permainan' mereka semalam. Dalam kepahitan tersembunyinya akan kemanisan.
"Itu semua rancangan Fiya. Bukan idea aku yer.. Dia yang bersungguh-sungguh untuk prank kau. Mungkin dia sengaja nak bergurau ataupun nak menguji kau."
"Gila... " Aku mendengus seraya melepaskan pegangan pada pemegang palang besi.
"Tapi kau jangan report pada pihak atasan aku. Nanti tak pasal-pasal aku kena gantung tugas! Habislah aku!!" Dia berseloroh namun jujur.
"Hah, tau pun takut!" Aku menempelak.
"Aku tengok muka kau dah pucat lesi. Betul ke kau tak pernah apa-apa perempuan? Atau dengan Safiyya?" Dia tersenyum sambil menjongket sebelah keningnya beberapa kali. Seperti ingin mendugaku.
"Iskk.. gila! Mau aku tak cuak!! Macam real lakonan korang berdua. Nasib baik aku tak terkencing!" Aku mengaku jujur akan situasi yang aku alami itu yang membuatkan aku kecut perut. "Wei, aku tak pernah sentuh Fiya!" sambungku lagi untuk menjawab persoalan nakal Rafael.
"Kalau kau tak pernah sentuh dia..t akkanlah dia meroyan teruk pada kau! Habis tu kau buat apa dengan dia!" Rafael sengaja ingin mendugaku.
"Ceh!! Aku tak pernah pun... aku pun pelik juga dengan peragai si Safiyya tu."
"Bro, perempuan ni sangat misteri.. Sungguh misteri sampai diorang sendiri tak paham apa yang diorang nak lakukan. So far, aku rasa memang Safiyya tu tangkap cintan habis dengan kau." Ujar Rafael sambil ketawa.
Aku menarik nafas. Aku harus mengakui akan kebenaran kata-kata Rafael itu. Perempuan memang makhluk yang pelik dan aneh. Perasaan mereka terlalu complicated untuk difahami. Terutamanya manusia yang bernama Huda. Antara Huda dan Safiyya- dua-dua memang misteri bagiku.
"Eh, kekasih hati kau dah muncul. Aku gerak dulu..Apa-apa roger!" Rafael meminta diri untuk meninggalkan aku bersendirian.
SAFIYYA mengatur langkah menuju ke arahku. Dengan rambutnya dilepaskan berjuraian ke belakang menampakkan keanggunan si pemilik wajah yang putih kemerah-merahan ini. Lenggok tubuhnya bagaikan indah dimataku kini. Di tangannya terdapat sebotol air mineral lalu dihulurkan kepadaku.
"Sorry sayang pasal prank tu! Tapi best juga dapat kenakan you malam tadi. Tak sangka rancangan I menjadi kan!" Safiyya tersenyum lebar. Kemunculannya bukan semata-mata untuk terus mengusik aku.
"Seronoklah you tengok I dikerjakan oleh Rafael dan Koperal tu. Ketawalah puas-puas. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas!" Aku cuba mengugut dia. Sebenarnya aku harus berterima kasih juga dengan Safiyya kerana bersusah-payah dalam merancang sambutan hari lahirku. Sedikit-sebanyak aku juga terharu dengan sifat ambil beratnya terhadap diriku. Dan inilah pertama kali aku mendapat meraikan sambutan hari lahir yang sungguh unik danmendebarkan. Pertama kali di prank oleh kawan-kawan sendiri.
"Alaa... sayang birthday boy mana boleh marah-marah... Janganlah you prank I pula. Nanti I nangis... Tapi you boleh pujuk I kan?" Rengek Safiyya dengan menggoda.
"Huh! Sendiri nangis... sendiri pujuklah. Tak kuasa I nak layan you." Aku mencebik. Sengaja aku mempermainkannya lagi. Walaupun dasar hatiku bahawa dia telah banyak mencuba untuk membuatkan aku bahagia.
"You ni kan... I nak bergurau sikit pun tak boleh.. I'm sorry sayang! You janganlah marah kat I.." pujuk Safiyya. Gadis itu merapati tubuhku yang bagaikan disimbah air- berpeluh seluruh badan.
"Okay, I maafkan you. Tapi jangan cuba buat lagi." Aku pantas mencapai tuala untuk mengelap peluh-peluh yang berjejeran pada wajah dan leherku. Aku berasa tidak selesa bila berhadapan dengan gadis dalam kebasahan peluh.
Aku perasaan yang Safiyya leka menatap ke arahku. Entah apa yang dipandang pun aku tak pasti. Leka benar. Aku membiarkan gadis itu terus memandangku tanpa kata. Biarkan untuk seminit cuma.
"Hei... you mengelamun ke!" Aku memetik jari di hadapan wajahnya mengejutka dari lamunannya.
"You... lepas ni teman I boleh?" Fiya mengekori aku yang mula berjalan menuju ke bilik persalinan. Aku tidak mengendahkan kata-katanya.
"Alaaa.. ikut sahajalah."
"Kalau you tak cakap... I tak nak ikut." Aku berkata tegas.
"Temankan I untuk dinner malam ni. I bosanlah." Fiya mengembungkan pipinya.
"Hurmm.. dah lewat malam masih nak makan ..You tak takut gemuk ke!!!" Aku mencipta alasan. Aku melihat jam yang menunjukkan waktu 9.47 malam.
"You ni kan... kalau I gemuk ke kurus ke? Bukan you kisah pun! I ajak teman makan aje.. " rungut Safiyya seperti membentak. Bibirnya sudah dimuncungkan sepanjang sedepa.
Aku berfikir sejenak. Tak baik menghampakan orang! Lagi-lagi dengan dia yang sanggup meluang masa
"Baiklah intan payung pujaan hati, I nak mandi kejap.. then kita pergi dinner." Aku berpusing mengadap ke arahnya. Tangan kiriku telah memulas tombol pintu dan kakiku mula bersedia untuk melangkah masuk.
"Okay, I tunggu you bersiap!" Bibirnya mengulas senyuman.
"Hurmm.. you nak mandi dengan I ke?" Aku mengenyit mata apabila kakiku mula melangkah memasuki ke dalam ruang bilik air. Kelihatan Safiyya tercengang mendengar usikan beraniku. Walhal sebelum ini aku kurang gemar untuk mengusik nakal.
Safiyya mencebik dan berganjak beberapa langkah ke belakang. Aku tersungging nakal lalu menutup pintu.
****
AKU memaku pandangan pada seraut wajah itu. Segalanya aku perhatikan- dari raut wajahnya nampak dia begitu jujur dan ikhlas. Sirna matanya seolah-olah ingin meraih kasihku. Senyum bibirnya seperti ingin menuturkan kata kebahagian. Telinganya seakan ingin mendengar luahan hatiku. Tapi mengapa aku tak bisa menyintainya sebagaimana kasih yang dihulurkan padaku. Sampai bila harus aku begini? Menolak atau menerima cintanya!Kejamnya aku!
Dia begitu leka meyuapkan nasi goreng ikan masin ke mulutnya. Begitu cermat dan sopan. Terdetik dalam hati ini bahawa aku adalah lelaki yang jijik untuk berganding dengan dia. Aku diibaratkan seperti sang pendosa berbanding dengan gadis ini. Aku tidak layak untuk dirinya yang bagaikan bidadari dari langit. Mungkin tak salah aku katakan dialah bidadari kiriman Tuhan.. Tapi dia bukan untukku.
"Kenapa you diam, Hariz? Ada yang tak kena ke dengan I?" Dia berhenti mengunyah makanan, jarinya dialihkan untuk mengelus rambutnya yang menyentuh dahinya.
"I sepatutnya ucap terima kasih pada you kerana masih ingat hari lahirku." ujarku dengan suara yang sederhana tetapi tidak terlalu romantis. Sedetik bola mata kami bertembung.
"Dari semalam you masih tak putus-putus berterima kasih pada I. Itu sahaja yang I mampu raikan. Tapi sorry.. I tak beri apa-apa hadiah sempena birthday you semalam. Yang i sibuk fikir Idea nak prank you hingga terlupa nak beli hadiah." Dia ketawa kecil.
"Tak mengapa.. I tak perlukan hadiah. Cukuplah denganyou mengingati tarikh itu membuatkan I rasa gembira. Malam tadi cukup istimewa bagi I disebabkan oleh you yang merancang semua itu.." Lancar mulutku berbicara. Aku semakin leka menatap wajahnya.
Dia merunduk wajahnya - ketika itu aku melihat senyuman yang terukir. Safiyya memang tak lekok dengan senyuman, seorang gadis yang lincah tapi penuh misteri. Tak banyak yang aku tahu perihal peribadinya terutamanya keluarganya. Perkenalan menjadi ikatan persahabatan. Sahabta yang banyak membantu untuk aku memikat Riena, suatu masayang lalu. Sahabat ini yang menyaksikan ikatan cinta itu terlerai jua. Dan sahabat yang ini masih lagi berada di hadapan aku ini.
"Fiya... you ada boyfriend?"
"Eh, kenapa you tiba-tiba tanya pasal I ada boyfriend?" Dia mengelap bibirnya dengan sekeping tisu. Menyingkir minyak yang telah melumuri bibir mungilnya.
"Saje I nak tahu.. Sebab dari zaman study lagi, I tak pernah tahu you ada boyfriend atau tak?" Aku menjongket bahu. Ketika ini bola mata kami bertembung. Persoalan dia mempunyai kekasih bukanlah objektif utama tetapi sebagai penjelasan perasaan sebenarnya terhadap aku. Adakah benar dia menyintai aku? Atau aku hanya sekadar 'syok sendiri' sedangkan dia hanya sekadar bergurau.
Jeda.
"Betul you tak pernah tahu?! Hurm... boyfriend? You nak tahu I bukan orang yang mudah jatuh cinta pada orang. Mungkin I tak pernah rasa cinta yang sebenarnya lagi.. Cuma I pernah menyintai seseorang sejak dari dahulu lagi. Biarpun I tahu yang cinta I tak pernah berbalas..tapi tak mengapa asalkan I tak hilang dia.. I takut sekiranya cinta I membuatkan I akan kehilangannya..." Dia bercakap tanpa memandang ke arahku.
"You.. Kenapa you takut kehilangan? Setiap kita ada takdirnya. Bertemu dan berpisah pun kehendak takdir bukan?" Aku melihat Safiyya menyeka kelopak matanya.
"Pernah tak you rasa kehilangan orang yang paling you sayang? You tak daham kan? Sebab you tak pernah rasa betapa pedihnya perasaan ini. Cuma i nak bagitahu you.. apabila mereka telah pergi barulah you tahu apa erti rindu. Time tu, tak guna nak menyesal..lebih-lebih lagi kalau kita tak pernah menghargai kehadiran mereka sebelum ini." Matanya merunduk ke bawah. Aku menebak dia sedang beremosi tatkala wajahnya sedikit muram apabila menyebut perkataan kehilangan tadi. Aku tahu bahawa ibu bapa telah meninggal akibat kemalangan jalan raya ketika satu ketika dahulu . Kata-kata Safiyya membuatkan lidah menjadi kelu.
"Kenapa you nak tahu I ada boyfriend atau tak? You nak pinang I ke?" Dia cuba berseloroh. Menyisihkan rasa gundah.
Aku tertawa kecil. "I tak layak untuk you Safiyya!" Jawabku lancar. Sedetik, aku menghela nafas kerana aku fikirkan bahawa aku terlanjur kata.
"Hariz..." Kata-kata Safiyya terhenti apabila telefonnya berdering.
"Wait a minute. I kena pick up call ni." Saffiya bangkit dari duduknya, lalu meninggalkan aku sendirian. Dia melangkah menjauhi meja. Mungkin dia perlu ruang yang lebih privacy untuk berbicara di talian. Dari jauh, aku melihat wajah bertukar riak serius.
Aku menyeluk kocek seluar menggapai telefonku. Membaca mesej whatsapp yang masuk bertalu-talu. Sebahagian darinya adalah perihal urusan kerja. Sesekali aku tidak melepas pandangan daripada Safiyya yang kini berdiri membelakangiku.
Nurul Huda : Hariz, next week I ada bengkel di Bangi. 3 hari dari selasa hingga khamis. Kita jumpa okay!
Aku : See you later. I miss you!!
Nurul Huda : 😍😍
Aku tersenyum sendirian. Wajah Huda menggamit di layar fikiran. Sekiranya Huda menerima lamaranku- terpaksalah aku menyingkirkan cinta Safiyya. Walaupun di dasra hatiku -sejujurnya aku amat selesa dan bahagia apabila bersama Safiyya. Berbanding dengan cintaku pada Huda yang membangkitkan berahi. Safiyya membuatkan aku bahagia. Huda membuatkan aku gelisah. Senyuman Safiyya bisa mendamaikan. Bibir Huda membuatkan hatiku bergelora. Cinta Huda membuatkan aku tenggelam punca- hanyut dibuai nafsu. Cinta Safiyya - menerbitkan rasa tulus dan ikhlas.
Apa kata hatiku?
Atau mungkin- suatu hari nanti, aku perlu berterus-terang pada Safiyya supaya dia tidak lagi mendamba akan cintaku. Setulus kasihnya membuatkan aku bertambah ralat. Atau harus aku menyambut huluran cintanya?
Bagaimana dengan Huda? Dapatkah aku menebus dosa-dosa yang telah aku lakukan bersamanya. Dapatkah aku bertanggungjawab ke atas dirinya?
"Siapa yang call?" Aku melihat riak wajah Safiyya yang mula berubah- agak serius.
"Ermm.. adalah someone. Dah lah I kena balik sekarang!" Jawabnya ringkas. Aku melihat dia mula menyandang tali beg tangan ke bahunya. Dari riak wajahnya aku merasakan dia seperti terpaksa. 1470Please respect copyright.PENANAyXyXSDjrbJ