AKU tersenyum sendirian apabila mengenang kembali pertemuan yang tidak diduga bersama Safiyya. Gadis itu yang dahulu agak chubby kini berubah sedikit kurus dan mempesonakan. dia semakin bijak bergaya dengan rambutnya telah diwarnakan dan berpakaian yang agak ketat dan seksi. Penampilan Safiyya seolah-olah mencabar nafsu lelaki yang mula memberontak.
2667Please respect copyright.PENANAOdRitqNiva
Setelah pertemuan di gymnasium tempoh hari, kami sempat meluangkan masa untuk tea time walaupun hanya sekali sahaja. Kami berborak tentang kisah-kisah lampau semasa di alam universiti. Safiyya agak becok apabila berbicara dan yang paling ketara sikapnya yang mengada-ngada semakin menjadi-jadi. Beberapa kali bahu dan lenganku diusap dan dicubitnya.
2667Please respect copyright.PENANA4yH8zMkQ2W
Walaubagaimanapun, Safiyya tidak mengungkit dan bercerita berkenaan Riena. Mungkin dia ingin menjaga perasaanku yang telah terluka dek perbuatan teman baiknya..ataupun bekas teman baiknya. Menurutnya selepas berita Riena berkahwin , mereka berdua sudah tidak berhubung lagi.
2667Please respect copyright.PENANAsuuL9nLZww
Disebalik pertemuan dengan Safiyya, aku ada tercari-cari kelibat gadis misteri. Memang sekilas pandang wajah gadis misteri itu saling tak tumpah seperti Nurul Huda. Ya.. bayangan wajah Nurul Huda tidak lekang dari memori benakku malah seperti dirinya masih terbayang-bayang di ruang mataku. Aku merindui seseorang yang mungkin sudah melupakan akan diriku.2667Please respect copyright.PENANAVGal0sCEWk
2667Please respect copyright.PENANAXxcopZ1CLB
*********
"Okay..abang balik sekarang!" kedengaran suara teman serumahku, Sulaiman dari sebalik pintu bilikku. Aku bingkas bangun dari pembaringan lalu menapak keluar dari bilikku. Kelihatan Sulaiman mundar-mandir di ruang tamu rumah.
2667Please respect copyright.PENANA4EhZbKyZI5
"Eh..kau kenapa ni aku tengok macam ada masalah." aku menegur Sulaiman yang terduduk di sofa.
2667Please respect copyright.PENANAdg7E30017z
"Aku dapat call dari adik aku... dia bagitau mak aku jatuh sakit." ujar Sulaiman sedikit sugul.
2667Please respect copyright.PENANAQFc9YrIBvn
"Habis tu. takkan kau tak nak balik kampung tengok keadaan mak kau?"
2667Please respect copyright.PENANA1iuBWBJRG3
"Ikut hati aku nak balik malam ni juga..tapi malang betul, kereta aku masih kat bengkel."
2667Please respect copyright.PENANA11Bbcbp6GC
"Begini bro, aku rasa sempat lagi kau naik flight petang ni.. Cuba kau check tiket flight ke Johor Bharu dari Subang Airport." Aku memberi cadangan sambil berkira-kira jarak apartment kami dari Subang Airport hanya mengambil masa lebih kurang 15-20minit sahaja.
"Last flight ke JB , jam 8:35 malam. Sempat tak kalau aku pergi."2667Please respect copyright.PENANAhxlAhr5LPi
2667Please respect copyright.PENANAxw3VHUvwO9
"Kau pergi siap apa patut... kita gerak sekarang." aku menggesa Sulaiman sambil melihat jam di tanganku yang menghampiri angka 6.35 petang.2667Please respect copyright.PENANAQ7RbVP7iGL
2667Please respect copyright.PENANAVkNAYJc3II
Dalam kelam-kabut, Sulaiman menggalas beg sandang lalu tergesa-gesa keluar dari unit apartment kami. Aku turut sama sambil melihat riak wajahnya yang penuh kegusaran.2667Please respect copyright.PENANAwdkOWLYRBB
2667Please respect copyright.PENANAEWcg8IU5vl
"Mak aku ada penyakit jantung, bro... Ayah aku dah lama meninggal. Dia dengan adik perempuan aku aja yang ada kat kampung. Abang aku yang sorang tu ada di Penang." tutur Sulaiman ketika kami mula memasuki perut keretaku.2667Please respect copyright.PENANA7v8IktfTEb
2667Please respect copyright.PENANAkszKxRTUzw
"Sabar bro, banyak istighfar, InsyaAllah mak kau kembali sihat.. Jangan fikir yang bukan-bukan." aku cuba menenangkan Sulaiman yang semakin resah.
2667Please respect copyright.PENANAakNEl3TRA7
Aku memecut kereta melunsuri jalan raya dan menghala ke Terminal Lapangan Terbang Subang. Nasib baik keadaan trafik pada petang ini tidak terlalu sesak walaupun kenderaan masih lagi bersimpang-siur.
2667Please respect copyright.PENANAROkzx1scPN
Mujurlah perjalanan kami agak lancar ke destinasi, aku sempat menjeling ke dashboard kereta yang baru dibeli kira-kira sebulan yang lalu. Walaupun kereta secondhand kira sesuai dengan kemampuan aku yang baru menempuhi alam pekerjaan.
2667Please respect copyright.PENANASC5j4oBKNh
"Man, aku drop kau kat sini dahulu.. sementara aku cari parking..kau terus lari pergi kaunter tiket." Aku berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ruang departure. Kelihatan seorang pengawal keselamatan terkocoh-kocoh berlari ke arah keretaku sambil menghayunkan tangan ke depan. Iyalah.. aku nak blah la ni boss!! Aku sekadar menjerit di dalam kereta tanpa menurunkan tingkap.
Sulaiman berdesup meninggalkan perkarangan dan terus memasuki ruang dalam airport. Aku memandu kenderaan menuju ke ruang parkir. Tak sedap pula untuk aku terus tingalkan Sulaiman sedangkan dia belum mempunyai tiket penerbangan. Buatnya tiada tiket, terpaksa aku patah balik untuk mengambilnya semula. Siapa yang susah? Aku jugak kan!
Aku menapak memasuki perkarangan dan matanya liar melilau-lilau untuk mencari kelibat Sulaiman. Dalam berpusing-pusing aku, akhirnya aku berjumpa dengan Sulaiman yang tercegat di hadapan kaunter tiket.
"Ada tiket?" soalku sambil menepuk bahu Sulaiman.
Dia menganggukkan kepala lalu menunjukkan sekeping kertas yang berada ditangannya.
"Alhamdulillah, nasib baik ada lagi.. aku rasa kena check in dulu." ujar Sulaiman sambil melihat layar monitor yang terpampang pada dinding sekitar ruang kaunter.
"Okay bro... selamat jalan.. Kalau ada apa-apa masalah, kau roger aku. Aku doakan mak kau tu kembali sihat. InsyaAllah." Aku bersalam dengan Sulaiman lalu memeluknya sekali. Sulaiman, lelaki yang baik hati. Diperkenalkan oleh rakan sepejabat semasa aku mencari bilik sewa.
Setelah Sulaiman bergerak memasuki ruangan perlepasan, aku sekadar meninjau di sekeliling ruang airport. Perutku mula berbunyi minta diisi makanan. Aku melangkah sambil meninjau ke arah kedai-kedai yang terdapat di dalam ruang airport.
Semasa melewati satu kaunter tiket, aku perasan akan seseorang yang aku kenali. Aku berhenti dan memerhati tingkah-laku seorang wanita yang sedang berurusan di kaunter tersebut. Aku mengesyaki wanita seolah-olah menghadapi masalah berdasarkan pemerhatianku. Aku cuba beranikan diri dan menghampiri wanita tersebut. Biarlah aku nak menjadi busybody buat ketika ini.
"Teacher Laila... buat apa kat sini?" tegurku pada wanita muda yang masih lagi tercegat di hadapan kaunter.
"Eh...Hariz.. you buat apa kat sini?" balas wanita itu seperti terkejut dengan kemunculan aku.
"Saya nak repair kapal terbang kat dalam.. tapi perut ni rasa lapar pula." Sengaja aku buat lawak bodoh sambil tanganku mengusap perutku.
"Ooo..lepas you jadi cikgu... you kerja repair kapal terbang pula ke?" tanya Teacher Laila lurus bendul.
"Eh, taklah ...Saya tak kerja kat sini.. tadi saya hantar kawan naik flight... Sekarang saya nak balik dah. Kebetulan nampak Teacher Laila kat sini.. macam ada masalah aje."
"Itu lah.. I terlepas flight pula.. apa malang nasib I.. dah lah last flight untuk malam ni.. Esok semua flight ke KB dah fully book.. Hari Ahad nanti I dah kena masuk sekolah." Omel Teacher Laila menerangkan situasinya yang sebenar.
"Kesian. So, bila you nak balik KB?" soalku sambil memandang wajahnya yang jelita. Dia masih jelita seperti lapan bulan yang lepas. Malah lebih bergaya dengan kemeja putih berbelang biru dipadankan dengan skinny jeans namun terdapat selendang menutupi kepalanya.
"I kena balik esok... Sebab hari ahad I ada meeting di sekolah..Kalau I skip, nanti guru besar bising pulak!" Dia masih lagi mengomel.
"Teacher dah check kat semua kaunter?"
"Sudah.. semua sold out.. Itu yang jadi masalahnya." Teacher Laila mengeluh. Wajahnya tampak seperti hampa dan kecewa. Aku mula perasan bahawa dia tidak seceria sebelum ini. Walaupun kami jarang berbual panjang, cuma sesekali dia agak berani membuat usikan nakal terhadapku.
"Kalau dah sold out, Teacher kena cari jalan lain.. apa kata naik bas." Aku memberi cadangan.
"Iskk... saya tak pernah naik bas ke Kelantan.." tingkah Teacher Laila.
Aku hanya menggelengkan kepala. Pertemuan yang tidak diduga mula mencetuskan ingatanku kepada Nurul Huda. Ingin sahaja aku menyuarakan hasrat hati untuk bertanyakan perihal keadaan Nurul Huda. Adakah dia telah bertunang ataupun dia sudah berkahwin.
"Teacher Laila sorang je ke? Mana suami?" soalku.
"I seorang diri je... Hariz sorang jugak ke?" Aku dapati riak wajahnya sedikit berubah. Kenapa dengan dia? Ada masalah ke?
"Ermmmm... Saya nak keluar makan.. Apa kata kita pergi makan atau minum dulu, sambil itu kita fikir cara camne Teacher nak balik KB esok." aku cuba mengumpan Teacher Laila.
"Bagus juga... bolehlah you belanja I.." balasnya sambil tersenyum. Namun senyuman itu sedikit hambar berbanding dengan Teacher Laila yang aku kenali dahulu.
**************
"Teacher buat apa kat KL ni?" soalku setelah membuat pesanan makanan untuk kami berdua.
"Ada urusan family.. Entahlah, macam-macam dugaan yang I hadap sejak kebelakangan ini." luah Teacher Laila. Ingin sahaja aku bertanyakan permasalahan yang dihadapi oleh wanita ni. Namun aku tak ingin terlalu gelojoh. Lebih baik membiarkan dia membuka mulut terlebih dahulu.
Dari riak wajah dan nada suaranya, aku seolah mengagak wanita ini sedang dirundung masalah. Apa yang aku kenali, Laila seorang yang periang dan peramah. Namun malam ini wajahnya tampak sugul dan suram.
"Maafkan saya... saya rasa teacher seperti dalam masalah." aku cuba memberi perhatian terhadapnya.
"Entahlaa... Hariz.. kekadang I buntu tentang apa yang telah terjadi." keluh Laila. Telingaku dapat menangkap dia mendengus. Seolah-olah ada beban yang berat dipikulnya.
"Kalau Teacher sudi nak bercerita ..saya sedia mendengarnya." aku cuba menawarkan telingaku untuknya.
Perbualan kami terhenti ketika pelayan wanita meletakkan hidangan yang telah dipesan. Di saat itu aku sengaja merenung wajah jelita cikgu yang berumur dalam lingkungan 33 tahun itu. Masih lagi cantik dan anggun ditambah postur tubuhnya yang tinggi lampai boleh menggoda naluri lelaki sepertiku.
"Boleh tak you jangan panggil I teacher.. panggil saja Laila atau Ila... Kita bukan lagi di sekolah.." Laila membalas renungan mataku. Bibirnya cuba mengukir senyuman.
"Okaylah saya panggil awak.. Kak Ila.. Senang sikit."
"Iskk..apa panggil I kakak.. nampak tua pula." Laila menjuihkan bibirnya.
"Iskk.. Kak Ila.. nampak muda lagi.. semakin cantik," aku memujinya.
"Nampak muda tak sama dengan masih muda.. You masih muda lagi." balas Laila mula mempamerkan senyuman. Aku dapat rasakan dia suka dipuji.
Sempat aku merenung belahan baju kemejanya apabila selendang yang dipakai disingkap ke belakang. Wah.. ranum dan pejal.. Walaupun itu hanya sekadar samar bayangan.
"So, apa rancangan Kak Ila?" aku menggunakan kata ganti 'Kak Ila' setelah beberapa kali dia menarik muka apabila aku menggunakan panggilan 'teacher' kepadanya.
"Esok I kena balik KB juga walaupun terpaksa jalan kaki." ujarnya serius.
"Iskk.. takkanlah nak balik jalan kaki. Okay, saya pun lama tak balik kampung. Kalau Kak Ila tak keberatan... Kita balik sama-sama." tiba-tiba idea itu terpancul tanpa dirancang.
"Wah, bagus juga... I boleh temankan you driving... boleh sembang lama-lama." wajahnya mula bersinar. Ternyata idea aku mendapat sambutan darinya.
"Tapi.. saya kena apply cuti dahulu.. Kalau boleh nak cuti lama sikit. dah lama tak balik kampung..Sejak saya berhijrah ni.. belum sempat balik lagi."
"Baguslah, boleh jumpa parents dan kawan-kawan kat kampung. Sure ada orang yang rindu dengan you." Laila mula mengusik.
"Hish.. takde orang yang rindu kat saya...Hurmmm.. Huda apa khabar?" tiba-tiba nama itu terpancul dari mulutku.
Aku perasan riak wajah Laila sedikit berubah. Dia mengalih pandangan mata dari bertentangan denganku. Aku nampak dia menarik nafas sedalamnya. Kemudian satu keluhan berat yang terhembus dari mulutnya.
"Kenapa dengan Huda? Ada sesuatu yang tak kena ke?" Aku menduga.
"Tak ada apa-apa. Ustazah Huda still okay.. You rindu dia kan?" satu soalan dari Laila yang amat berat untuk aku jawab. Sejujurnya aku merindui Nurul Huda walaupun aku agak berat untuk beterus-terang dengan Laila.
"Iskk...siapa lah saya nak rindu dia." Aku cuba mengelak walhal aku telah terperangkap dengan persoalaan aku sendiri.
"Oh.. lepas ni boleh awak hantar mana-mana hotel yang terdekat." pinta Laila lalu menenggelamkan cerita tentang Ustazah Nurul Huda.
Masih lagi banyak persoalan yang belum dijawab oleh Teacher Laila. Aku rasa aku perlu tahu berkenaan Nurul Huda. Apa yang telah berlaku pada Huda? Kenapa Laila seolah mengelak untuk bercerita tentang Nurul Huda.
"Okay.. lepas makan nanti saya bawa Kak Ila ke mana-mana hotel yang terdekat.. Selepas tengahari, kita boleh gerak ke Kota Bharu. Eh...kita makan dulu," balasku sambil mula menyuapkan nasi goreng USA ke dalam mulut. Sesekali aku merenung ke arah wajah Laila. Memang aku terpesona dengan kejelitaan wanita itu. Sayangnya dia telah menjadi isteri orang. Prinsipku sangat jelas, isteri orang jangan diganggu unless dia telah menjadi janda.2667Please respect copyright.PENANACVyzyXCv77