"EHEM-EHEMMM... Mat Romeo dah masuk opis babe!!" Kelihatan Ernie menyiku Mimie yang berdiri di belakang kaunter.
Telingaku dapat menangkap sindiran sinis Ernie bersama Mimie. Dua orang mahkluk Tuhan yang cantik dan gedik memang suka bergosip- tentu ada cerita panas yang berkisar tentang orang-orang pejabat ini menjadi bualan mereka berdua.
"Amboi Hariz... cakap pergi family trip.. Alih-alih pergi dengan si buah hati. Bukan main mesra lagi.. Siap ada gambar berciuman lagi you." Sampuk Mimie yang terkenal laser.
"Iskkk.. apa korang merepek pagi-pagi ni.. Pergi buat kerja tak payah sibuk hal orang." Bentakku. Telingaku panas mendidih.
"Orang kalau dah balik honeymoon, mesti ceriakan.. Senyum.. happy-happy... Tapi apsal kau monyok semacam?" tegur Mimie, matanya tajam menikam wajahnya. Dia seolah-olah dapat menghidu sesuatu.
"I pergi holiday-lah bukan honeymoon!!" aku menyanggah.
Mesti kerja si Zali ni!! Tak boleh diharap langsung. Pasti dia membuka mulut tentang holiday-ku bersama Safiyya. Hanya dia yang tahu.
"Weh, bro. Kau beritahu Ernie dan Mimie?" soalku pabila melihat kelibat Zali yang sedang enak berangan di kerusi tempatnya.
"Beritahu apa?"
"Beritahu tentang aku pergi Phuket dengan Safiyya!"
"Tak kuasa aku nak beritahu depa dua ekoq tu."
"Abis tu.. Camne diorang tahu!!" aku bertambah geram.
"Mana aku tahu..." Zali menjongket kedua-dua bahunya tanda tidak tahu menahu.
"Weh, mana souvenir untuk aku?" sambung Zali sempat mengetuk jari-jemarinya di atas permukaan meja.
"Esok aku bawa keychain.. Hari ni aku terlupa!"
"Choi la bro... apa cerita kat sana! Ada yang best ke?' Zali mula memancing untuk mendengar cerita dari Phuket.
"Esok-esoklah aku cerita.. Aku banyak kerja nak kena settle, bro!!" tingkahku mematikan perbualan kami.
Telefonku yang berada di atas meja berkelip-kelip menandakan ada pesanan baru diterima
Laila: Hai sweetheart.. How are you?
Aku : Sorry sis. I'm busy rite now.
(Di kala ini Aku terasa not in mood nak melayan Laila, si janda bergetah.)
Laila : Amboi.. kalau dengan I busy yer.. Patutlah I call you asyik tak dapat. Rupanya pergi holiday ke Phuket dengan girlfriend tak busy pulak??
Aku terkedu membaca mesej yang diterima daripada Teacher Laila. Dari mana dia tahu yang aku pergi ke Phuket. Mimie dan Ernie pun sama. Sedangkan aku tak pernah menghebohkan pada sesiapa pun kecuali Zali. Eh, Zali tak kenal pun Laila. Aku sedikit kehairanan.
Aku : Laila, if anything I can do for you?
(Aku mahukan perbualan lebih menjurus 'straight to point')
Laila : I need your help, dear. I ada court case tentang hak penjagaan anak di Mahkamah Shariah Gombak, this Thursday. You boleh temankan I tak, dear?
Aku membuat panggilan kerana tidak betah untuk berbalas whatsapp lagi dengan Teacher Laila. Tak molek kalau dia dapat merasakan bahawa aku cuba meminggirkan dirinya. Setelah dia mula mengetahui bahawa aku telah luangkan masa bersama Safiyya dengan bercuti di Phuket.
Tapi bagaimana Laila boleh tahu?
Aku bersetuju untuk menemani Laila lebih sekadar untuk menjaga hatinya. Aku tidak mahu dilabel sebagai lelaki yang mempunyai kepentingan ke atas tubuh gadis di ranjang semata-mata.
Aku 'Log in' akaun facebook dan instagram milikku setelah lama aku tidak membukanya.
"Alamak!!!"
Aku sudah tahu jawapannya. Melihat beberapa keping gambar percutian yang telah dikongsi oleh Sandra. Terdapat sekeping gambar yang menarik perhatianku. Sekeping gambar ketika mataku dimasuki pasir pantai. Beberapa keping gambar pegun yang menunjukkan Saffiya sedang mencuba merawat mataku. Kedudukan wajah Saffiya yang begitu rapat dengan mukaku dan sekali imbas gambar itu seperti kami sedang berciuman. Sedangkan itu hanyalah 'camera trick' yang diambil dengan teknik dan sudut yang sempurna.
Mataku dapat membaca komen-komen yang turut tertulis dibawahnya. Hampir 255like dan 89 komen. Salah satunya komen daripada LaylaFirza : Eeiii jelesnya.. Geram!!
Eh.. LaylaFirza tu nama Teacher Laila dalam akaun Instanya. Aku tahu sejak dahulu lagi dia mulai stalk IG dan FB-ku. Gambar-gambar yang dikongsi Sandra membuatkan aku tersenyum sendirian. Banyak momen manis antara kami berenam, terutamanya dengan Safiyya. Ada sahaja peluang dan kesempatan Sandra mengambil gambar aku berdua. Pasti momen-momen indah ini akan kuabadikan dalam ruang maya malah di lubuk hatiku.
Dan tidak hairanlah dari mana Mimie dan Ernie turut mengetahui. Lantaklah!!
***
"En. Hariz, there's someone wanting to meet with you!" suara lunak Ernie melalui intercom mengganggu kesibukanku menyelesaikan tugasan yang tertunggak.
"Siapa?" soalku.
"Dia cakap kawan you."
Aku tergesa-gesa keluar dari ruang pejabat menuju ke bahagian hadapan pejabat. Siapa pula yang ingin bertemu denganku sedangkan aku tiada sebarang temujanji bersama mana-mana klien atau pembekal ketika ini.
Aku tergaman apabila mataku tertancap pada sekujur tubuh yang duduk di sofa untuk tetamu. Seorang gadis berbaju kebaya hijau emerald, sedang menanti kehadiranku.
"Safiyya!!" Bibirku pantas menyebut nama itu.
Satu senyuman manis terukir dibibirnya.
Arghhh.. aku pelik dengan perangai minah ni. Semalam dia meraung bagaikan langit nak runtuh. Hingga membuatkan matanya merah menyala. Hari ini elok dan manis pula senyumannya.
"Sayang, you dah lunch?" Safiyya bingkas bangkit dari sofa setelah melihat aku menghampiri duduknya.
"Eh, dah hampir pukul satu." Aku merungut. Patutlah perutku mula berbunyi.
"Macamana you tahu office I kat sini?"
"You ni kan Hariz.. kalau di hujung dunia pun I akan cari you, apatah lagi office you ni." Ujar Safiyya sambil menjeling pandang ke arah Ernie yang asyik memerhatikan perbualan kami berdua. Aku dapat agak satu jelingan tajam menikam yang dilontarkan Safiyya ke arah Ernie.
"Ernie.. kalau siapa-siapa cari I, cakap I keluar lunch ye." Tiba-tiba Ernie mengenyitkan matanya kepadaku.
Gadis bertudung ala turban itu memberikan isyarat 'okay' dengan menggunakan jarinya. Aku sempat melihat Safiyya sekali lagi menjeling ke arah Ernie. Apa sebenarnya yang bermain di benak Safiyya. Sehinggakan aku rasakan yang Safiyya mula tidak menyukai kehadiran Ernie.
Ketika Safiyya memaut lenganku. Aku sempat menjeling di saat Ernie mencebikkan bibirnya.
"Siapa budak tadi?"
"Budak mana?"
"Budak receiptionist tu!"
"Hah.. you tanya then you jawab!" Balasku tersenyum.
"Tahulah dia kerja receiptionist... Tapi I tanya siapa dia?"
"Oooo... Ernie.. kerja sebagai penyambut tetamu syarikat tempat saya mencari rezeki. Puas hati?"
"Belum... I rasakan dia sukakan you!"
"Eh, apa yang you merepek ni Safiyya!" Aku sedikit geram apabila Safiyya mudah mebuat telahan awal sedangkan itulah kali pertama mereka berdua bertemu mata.
Aku menggelengkan kepala berkali-kali. Pelik dengan gadis ni yang mula cemburu buta. Belum ada apa-apa sudah disimbah api cemburu. Aku mendengus.
Safiyya memeluk tubuhnya, riak wajah mula berubah- masam mencuka pula. Cepat benar dia berubah emosi. Macam biskut- sekejap ada sekejap tiada!!
"Mata you dah okay?"
"Mata I dah tak sakit, tapi hati I yang sakit."
Aikkk... siapa yang sakit hati sebenarnya.
"You buat lawak antarabangsa ke apa ni Safiyya?" aku mula tak berpuas hati dengan kenyataan Safiyya. Tiba-tiba sakit hati yang tidak tahu apa puncanya.
"I tak buat lawak, I serious. I memang serious bila I nak dapatkan sesuatu. I akan pastikan walau apa cara pun I akan dapat apa yang I nak. I tak suka ada yang menjadi penghalang lagi. Sudah cukup lama I nantikan peluang sebegini." Aku melihat Safiyya meramas-ramas jari-jemarinya. Makanan yang terhidang langsung tidak terusik.
"Eh, you makanlah... nanti sejuk makanan tu." Aku mengalih topik setelah menyedari komunikasi kami berdua sedikit tegang.
***
"Yang datang tadi tu, awek you ke Hariz?" soal Ernie apabila aku melintas untuk balik setelah masa kerja telah pun berakhir.
"Eh, takdelah..." Aku menafikan.
"Tak nak ngaku yer... Cantik tapi kerek semacam ajer." Ernie cuba bercakap jujur denganku.
Aku sekadar mengangkat kedua-dua belah bahuku sebagai tanda perbualan tentang Safiyya harus ditamatkan.
*****
Seusai Isya' telefon bimbit berbunyi lagi. Entah hati ini mengharapkan Safiyya yang menghubungiku , namun.....
Laila : Hi sweetheart, I akan ke KL.. tomorrow morning.. Boleh tak kita jumpa.
Aku : Eh..esok baru hari selasa. You kata yang court case you hari khamis.
Laila : Saje I amik cuti semat-mata nak jumpa you. Mana tahu dapat hadiah kan.
Aku : Sorry .. Pagi esok I kena pergi Melaka. Maybe petang rabu I balik KL.
Laila: You sengaja kan nak elak dari I kan Hariz!!!
Aku : Bukan macam tu, Laila.. I ada urusan pejabat.
Mesej whatsapp terakhir hanya ditinggalkan dengan 'bluetick' dan tanpa jawapan sehingga jam sudah menjengah ke angka sebelas malam.Entah aku mula dapat rasakan ketegangan hubungan dengan Laila.1939Please respect copyright.PENANAG5MB3yknAI