"Harus bagaimanakah lagi yang aku mahu!"
Rajuk Safiyya sudah menghilang. Huda sudah kembali. Antara dua gadis yang dekat padaku. Perlukah aku memilih salah seorang untuk bertakhta di singgahsana hati ini. Namun ketika ini masih lagi tiada sekelumit rasa cinta yang kunjung ke hati ini. Memang aku pernah jatuh cinta pada Huda. Perasaan itu umpama pelangi, indah tapi wujudnya hanya sementara. Kemudian beransur-ansur menghilang dek penahan cahaya sang suria. Adakah pelangi bisa kembali setelah dirundung mega. Setelah lama dipancari panas terik matahari.
Bagaimana dengan Safiyya? Tak!! Aku tak bisa jatuh cinta pada orang yang telah aku anggap sahabat baik. Dari dahulu lagi aku anggap gadis itu sebagai bestfriend. Boleh bergurau mesra, bertepuk tampar malah boleh tumbuk-menumbuk. Hadirnya tidak lebih dari seorang kawan, Rasa cinta belum pernah tumbuh terhadap dia kecuali rasa suka sebagai sahabat.
Cinta terhadap Huda telah membuatkan aku hanyut dalam gelora asmara. Aku takut cinta tehadap Safiyya bisa menenggelamkan aku terus ke dasar. Aku tidak mahu terus hanyut dalam gejolak nafsu. Cinta ini bisa menjadi cinta serakah sekiranya aku tidak mampu mengawalnya. Aku cuba untuk mengecapi cinta suci seperti mana telah kuhulurkan kepada Riena dahulu. Biarpun sakit dikhianati namun aku tidak menodai cinta itu.
"Hariz, Puan Suhana nak jumpa you sekarang!" Ernie menelefonku ketika berada di perjalanan ke site di Shah Alam. Mematikan segala khayalan buat Huda dan Safiyya.
"Give me one hour babe! I di Shah Alam ni." Aku mengeluh. Dari Shah Alam nak ke balik ke pejabat di Damansara Utama.. silap-silap dua jam sekiranya keadaan aliran trafik sesak.
"Boleh cepat sikit. Katanya urgent." Ernie menekan. Apa pulak ni? Aku menggerutu.
Aku dapat rasakan yang aura tidak elok menyerbu ke wajahku tatkala kaki melangkah masuk ke dalam discussion room. Aku nampak enam biji anak mata menghala ke wajahku. Pandangan mereka tajam menikam.
"What are you have done Hariz?!!" Jerkah En. Fuad, Senior Manager yang berada di sebelah kiri Puan Suhana.
"Saya.. saya telah buat apa?" aku menyoal balik. Sumpah aku tak tahu apa salahku. Tidak semena-mena ditengking oleh Encik Fuad.
"Tentang projek di Melaka!" suara Puan Suhana sedikit kendur berbanding En. Fuad.
"Hai, budak! Kalau tak reti handle projek.. Kau boleh surrender awal-awal. Ramai lagi orang lain yang layak lagi. You are not competent enough!!!" En. Fuad masih menyerangku. Aku terpinga-pinga tak ketahuan.
"Fuad, please mind your word." Tingkah Puan Su. Dia menjengilkan mata ke arah En. Fuad. Wajah Fuad masih selamba sambil jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja.
Mr. Steven hanya terkebil-kebil memandang wajah Puan Su dan Fuad. Manakala aku makin terpunduk- wajah hanya memandang ke lantai.
"Puan, syarikat kita hampir tak dapat projek tu. Puan masih lagi nak bela budak hingusan ini lagi." Ujar Fuad sambil menegakkan badannya.
"Correction En. Fuad, they haven't said which this project was cancelled. But they want to revise again." Mr. Steven mencelah.
"For me Steven, revise means cancel. Furthermore, we don't accomplish whatever they want." Fuad masih lagi bertegas.
"Sorry sir. May I know what a real problem is? I thought, everything which they need I have done. I had sent all reports, EIA, projection's cost, market values and so on." Aku perlukan perjelasan yang apa yang sebenarnya berlaku. Sungguh aku tak faham!!
"Did you do that? Huh, I have never seen all the kind of report. Fucking liar!!" En. Fuad membentak kuat.
Aku menjeling sekilas ke arah lelaki yang berkepala licin... Eiii, nak je aku conteng dengan marker pen di atas kepalanya yang berkilat itu. Aku nak lukis kartun Hagemaru atas kepalanya. Tak pun gambar gajah.. arghh beruk lagi sesuai kot!! Biar padan muka. Ataupun nak je aku tarik tali tie biar dia tercekik. Mentang-mentanglah dia pangkat besar sikit dah eksyen!! Poyo betul!! Aku hanya berani mengumam di dalam hati. Secara lahiriahnya mulutku mula terkunci rapat.
"Fuad, I said please mind your word. You as Senior Manager must guide him, told him what to do. Unless, he was neglected all the job. According from Mr. Steven. He was preparing everything. It's correct Mr. Steven?" Puan Su menoleh kepada Mr. Steven dan lelaki cina berusia 50-an itu hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Puan... budak-budak sekarang manja sangat. Semua benda nak kena guide, serba-serbi kena suruh satu-satu. Konon belajar sampai ijazah master pun tak reti nak buat kerja dengan betul!!!" En. Fuad masih lagi membebel dengan nada yang cukup tinggi. Renungan tajam menikam ke arah wajahku. Aku tak tahu kenapa lelaki ni sangat tak berpuas hati denganku.
"Kerja senang camtu pun tak boleh nak handle. Budak kau memang not competent enough!" sambung En. Fuad semakin berani mengejekku di hadapan Puan Su dan Mr. Steven.
"Enough Fuad... I said enough!! May you leave this room, now?" Puan Su bangkit dari kerusi. Kelihatan riak wajahnya cukup tegang! Mungkin dia menahan marah dengan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh En. Fuad. Sememangnya lelaki berkepala botak terkenal dengan sikap baran dan bermulut puaka di pejabat ini.
Kedengaran En. Fuad mendengus. Nampak gaya dia mesti akur arahan dari ketua. Kami semua sedia maklum bahawa Puan Su mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam pejabat ini. Sempat lagi dia menyiku tubuhku ketika dia melangkah keluar dari bilik discussion room ini. Segala perlakuan dan gelagat En. Fuad mendapat tenungan yang tajam dari Puan Su. Nampaknya wanita itu masih lagi menahan sabar.
"From this day I want Steven to handle that project. I insist!! And you Hariz, you must report to him... Anything happens I'll find both of you. Understand!!" Puan Su memalingkan wajahnya ke arah Mr. Steven kemudian memandang ke arahku. Puan Su telah memberi arahan baru. Arahan yang wajib dipatuhi.
"But listen Hariz, I want you settle everything... yang mana report yang belum lengkap you kena settle. If that project fail ... I kena fikirkan balik about project di Kota Bharu either give it to you or not?" Puan Su berdiri sambil menekan kedua-dua tapak tangan di atas meja. Wajahnya masih lagi tegang.
"No more excuse! No more failure!" Dia menjengilkan matanya. Aku sedikit cuak!
Aku mengetap bibir. Satu keluhan yang berat keluar dari rongkong. Aku melangkah keluar dengan wajah yang berkedut seribu. Aku dihambat perasaan gelisah. Kemarahan dan cercaan dihamburkan oleh En. Fuad sedang bergolak di dalam minda.
"Hariz, are you okay?" Nora memandang ke arahku. Dia tersenyum kelat. Mungkin dia juga mendengar pertengkaran yang telah berlangsung. Mungkin dia serba-salah untuk menunjukkan simpati atau tertawa kepadaku. Mungkin juga otaknya sedang berbisik 'padan muka kena marah dengan bos' terhadapku. Arghh.. biarlah dia!!1659Please respect copyright.PENANAP8K9baFKmg
"Hariz, jangan ambil hati dengan sikap si Fuad tu. Dia tu memang camtu. Baran semacam. " Nora seperti membujuk.
Mulutku bagaikan terkunci rapat. Fikiran masih lagi menerawang, rasa sebal masih lagi membengkak. Tidak mampu untukku membalas senyuman Nora. Bukan niat untuk aku mengendahkan kata-katanya. Kerana kemarahan juga membuak-buak di lubuk hati. Aku sekadar menoleh sekejap ke arah perempuan yang layak aku panggil kakak. Kelihatan seperti dia ingin menuturkan sesuatu kepadaku namun hasratnya tu terbejat kerana tangannya sedang mengangkat ganggang telefon dan seraya berbicara dengan seseorang. Hanya matanya merenung ke arahku.
Aku bersandar pada kerusi di ruang kerjaku- memikirkan punca sebenar kemarahan En. Fuad. Segala report telah aku siapkan dan diserahnya kepadanya. Aku sendiri memaklumkan kepada Mr. Steven tentang segala kehendak yang diperlukan oleh Tuan Rajan. Aku keliru!
Sungguh hari ini amat memenatkan- berkejaran from site to site. Ditambah pula dimarahi oleh pengurusan atasan disebabkan perkara yang aku sendiri tidak pasti. Oh! I need a rest! Alangkah best sekiranya ada seorang malaikat yang di hantar Tuhan untuk membantu meringankan beban yang mencengkam pundakku.
"Celaka betul botak!! Kurang asam!" aku mampu melepaskan amarah dalam diam. Siapalah aku di pejabat ini. Hanya sebagai freshie yang masih lagi belajar malah merangkak untuk menyelesaikan tugasan. Berbanding En. Fuad yang lebih tinggi jawatan dan pengaruh yang kuat. Namun untuk menyimpan dendam, mungkin tidak! Biarlah dia ingin menunjukkan kesuper-poweran' dia tehadapku. Nasiblah aku masih sabar, kalau tak dah lama aku bertukar menjadi Hulk!
Aku melelapkan mata- cuba menyingkirkan segala kata-kata cercaan yang berlegar-legar di dalam benak. Makin difikirkan makin menyakitkan pula. Biar aku bermediatsi sementara menunggu berakhirnya waktu pejabat. Alah ..lagi setengah jam.. lepas ni aku nak ke gym... boleh belajar Muay Thai dari Rafael.. masa tu nanti... di punching bag aku letakkan gambar Po'ad (Fuad) bedebah.. aku terajang muka kau puas-puas.. Siaplah kau nanti!! Eh, mana pulak gambar si kepala botak ni? aku nak print besar-besar. Segala itu sekadar bermain-main di dalam otak semasa aku pejamkan mata.
"Sayang!! Are you okay?" telingaku menangkap suara yang cukup merdu dari belakang badanku. Eh, bidadari mana yang muncul petang-petang ni. Aku malas nak membuka mata lagi. Seronok melayan khayalan untuk membelasah budak botak yang perasaan hebat.
"Sayang, you dengar tak? I tanya you okay ke tak!!" suara itu semakin hampir ke telingaku. Eh.. apa kacau ni.. Aku tak puas lagi menerajang Po'ad berdebah lagi. Aku tidak menghiraukan suara itu. Tapi bila pula Si Ernie pandai panggil aku sayang! Hei, minah tu nak kena!
"Ernie, kau boleh tak jangan kacau aku!!" Suaraku sedikit tegas. Aku masih berkeras untuk tidak berkalih. Betul-betul aku tak ada mood untuk melayan si Ernie atau Mimie ketika ini.
"I bukan Ernie!! You ni kan..." suara yang merdu bertukar keras.
Dalam malas, aku memusingkan kerusi untuk mengadap sang empunya suara. Adakah Tuhan telah mengirimkan malaikat kepadaku. Adakah Tuhan akan mendengar doa orang yang sejahil aku. 1659Please respect copyright.PENANAARCZL93DNh
Aku mengangkat kelopak mata, tatkala itu kelihatan samar bayangan bertukar terang.
"Eh, you buat apa kat office I?" Aku sedikit kehairanan melihat seraut wajah yang kini berhadapan denganku.
"I dah kata kan.. Yang I akan selalu berada di sisi you. " Dia tersenyum manis.
Dia merenung ke dalam mataku. Satu renungan mata yang mempesonakan bagaikan memberi sirna yang mendamaikan. Kedamaian yang kucari, masih belum terbukti, masih jauh perjalanan ini.... 1659Please respect copyright.PENANAtkcjCLGOPZ