PETANG ini, sudah tiga minggu aku putus secara rasmi dengan Nurul Huda.. tapi, sepanjang tiga minggu ni.. skuterku melabuh di bawah teduh sebatang pokok yang tinggi ini. Hanya jarak 15 meter sahaja... namun seperti 500 km jauhnya,- antara aku dan dia.
2735Please respect copyright.PENANAurbXaAPnJP
"Hai pokok.. mungkin ini kali terakhir aku menumpang teduh di bawah rimbunan mu... namun terlalu berat hatiku untuk meninggalkan kamu pokok," aku bagaikan si gila yang bercakap dengan pokok yang aku tak tahu namanya... ahhh.. aku panggil pokok ini Pokok Naungan Rindu.. hahahah... boleh tak Jabatan Perhutanan bagi nama pada pokok ni sempena kegilaan aku ini?
2735Please respect copyright.PENANAHUJHu2slVx
Mengikut perkiraan aku sendiri, mungkin dia akan melangsungkan pertunangna dengan pilihan hatinya pada minggu hadapan...ahhhhh... mengingatkan itu hatiku semakin perit, pedih dan sengsara. Gila... aku tak pernah merana sebegini dek penangan putus cinta. Bodoh tak aku!!
2735Please respect copyright.PENANAtuhdfQBfJJ
Dari jarak 50m aku perhatikan, langsir di sebalik tingkap nako bergerak-gerak.. Aku yakin ada seseorang memerhatikan diriku dari rumah itu. Biarlah... biarlah aku menjadi penunggu di bawah pokok ini....
2735Please respect copyright.PENANAgYuABvGcI5
"Woiii...kau buat apa kat sini!! Blah lah wei.. Orang dah tak ingin!!..Kalau dia nakkan kau tentu dia keluar dari rumah tu dan datang ke mari jumpa kau!!" suara halimunan kembali berbisik ke telingaku...
2735Please respect copyright.PENANAy6RNHfH4v3
Dengan berat hati aku menghidupkan skuter kesayanganku..biarlah motor ini menjadi kekasihku buat masa ini. Destinasi yang dituju adalah ke Tambatan DiRaja... satu-satu tempat yang mendamaikan jiwaku..
2735Please respect copyright.PENANARGWcBlMIHy
"Gu... guano ari ni... demo masih gi melawat kawase lagi ko?" soal Pojie sambil menghembuskan asap rokok Surya ke udara.
2735Please respect copyright.PENANAdXXsXKkCq2
'Melawat kawasan'? hahaha... dia tahu aku sering ke halaman rumah Nurul Huda... Aku mengangguk perlahan.
2735Please respect copyright.PENANAM0xlt73gsW
"Bo bo gi la wehh.. doh oghe toksey ko demo.. tok guna dok gilo baye soghe.. belana kokna oghe tino comey-comey di Kota Bharu.. kalu demo perit dengan tino KB.. Pasir Puteh ada.. Pasir Mas pun tino comey-comey serupo Mek Na tu.." tutur Pojie sambil menyiku lengan kekasihnya.
2735Please respect copyright.PENANAWhQxyAMwdh
"Tapi gakkk.. kalu demo nok ngejah Mek Na.. kawe tohok demo dale sungai tu.. Relo putus saeng gu!!" sambung Pojie sambil tergelak.. aku tahu dalam bergurau dia juga serius. Sayang benar dia kepada Mek Na.
2735Please respect copyright.PENANADww2rBXUvw
Sekilas aku memandang wajah Mek Na.. beruntung Mek Na ada lelaki yang sanggup menjaganya sepenuh hati. Aku berdoa semoga Mek Na tetap setia pada Pojie.. Apa istimewa Mek Na ini.. Aku akui Mek Na cantik. Oghe Kelate kata comey lotey. Dress up yang up to date. Pandai menghias diri cuma agak seksi sikit. Percakapan sangat lembut dan mendayu-dayu. Tak hairanlah Pojie boleh jatuh kepada Mek Na. Bagaimana pula Mek Na boleh jatuh hati dengan Pojie ni.. seorang mat rempit yang kebanyakan masyarakat tidak peduli. Malah dicop sebagai samseng jalanan. Namun aku pasti mungkin ada sesuatu yang istimewa yang wujud di dalam diri mereka berdua. Naluri hatiku berkata mereka adalah orang yang baik-baik cuma disalahtafsir oleh orang macam aku.
2735Please respect copyright.PENANA3qbUTLtiGM
"Takkan aku nak ngorat Mek Na pulak... Hari tu, Mek Na janji nak kenalkan pada kawan-kawan dia.. satu haram pun tak de pun." aku tersengih
2735Please respect copyright.PENANAmggsxqzXbh
"Laaa.. ari tu oghe nok adjust dio denga Farah ..dio jual mahal.. pastu Linda pun dio toksey!" tingkah Mek Na sambil menjuihkan bibirnya yang nipis. Sesekali dia mengelus rambutnya yang berwarna perang yang berjuraian di pipinya.
2735Please respect copyright.PENANAdaHUGU4LEh
"Doh Na wat maghi oghe tino seksi-seksi.. gu kito ni berehi tino ala-ala ustazah..." sampuk Pojie.
2735Please respect copyright.PENANAELipu9YrEO
"Doh hok gitu saeng-saeng oghe... Oghe mana saeng denga sep-sep ustajah nih... panas telingo kena ceramah dan tazkirah." Mek Na tergelak kuat.
2735Please respect copyright.PENANAgPIbYv7A8j
Aku menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah mereka berdua. Kadang-kala dapat menghiburkan hatiku yang gundah. Perkenalan tempoh hari membuatkan aku semakin selesa untuk bersahabat dengan mereka berdua. Ada sesekali Pojie membawaku untuk berkenalan dengan rakan-rakan mereka. Kebanyakan mereka adalah mat-mat motor di sekitar bandar ini.
"Jie... lusa aku nak ke Kuala Lumpur." ujarku bersahaja.
"Demo nok wat gapo sano?"
"Aku dapat kerja kat sana.. Minggu depan aku start kerja." jawabku.
"Alhamdulillah gu.. sekure-kurenyo demo boleh lupokan si dia.. Gi sana demo buka buku baru.. buko hidup baru.. mao tahu jupo gewe baru." ujar Pojie tersenyum-senyum. Sebatang lagi rokok dinyalakan dan dihisap dibibirnya.
"Aku harap begitulah...lagipun takkan aku nak tanam anggur je kat rumah."
"Molek la gitu... dok tepat oghe tu jago diri..jago semaye.. InsyaAllah berkat hidup kito." Pojie memang tak loket memberi nasihat pada aku. Kadang-kadang aku malu dengan dirinya.
"Pahh ..jange lupo pulok denga kito duo oghe ni.. takut dey sene lupo saeng-saeng hok tok berapo sene nih." sambung Mek Na.
"InsyaAllah ..aku tak lupa kawan-kawan." aku cuba berjanji. dan aku harap takkan lupa kawan-kawan.
Satu deringan telefon kedengaran. pojie meraba-raba kocek seluar jeans dan mengeluarkan sebiji handphone Nokia lalu menjawab talian. Kelihatan dia menggaru-garu kepalanya ketika bercakap di talian.
"Ada apa Ji? ada masalah ke?" soalku melihat dia sedikit cemas.
"Kawe kena gi dulu... adik tino saeng kawe nyo wat lari ko oghe.. Menate sungguh... kawe kena gi pitah sebelum sep dio wat lari alik Golok..." terang Pojie.
"Sapo abe?" Mek Na mencelah.
"Wani adik Ripin.. Ripin hok tepon sakni.. dio oyat Miji wat lari Wani ..nok nikoh alik Golok.. Menate sungguh!! Baso Miji pun gilo... kalu aku pun toksey wat dio jadi adik ipar.. baso taik kudo" marah Pojie bersungguh-sungguh.
Aku tercengang mendengar perjelasan Pojie. Aku tak mengenali nama-nama yang disebutkan oleh Pojie itu.
"Gu..kawe kena gerak dulu.. Demo ada nombor kawe.. kalu ada masaloh jange segan-segan oyat ko kawe.. pastu kalu balik nanti ..heloo-heloo la jugak boleh minum air teh takpo doh.."
Pojie bersalaman dengan aku, dan dia memeluk tubuhku. aku terkesima adakah ini tanda persahabatan yang sejati. Aku terharu dengan perpisahan ini. Perpisahan dengan sahabat yang baru tiga minggu aku kenali.
"Bye Hariz... I hope you enjoy live in Kay Ell.. don't afraid calling-calling us yet.." ujar Mek Na berspeaking London denganku. Aku tersengih geli hati.
"Olos..nyo skiping London..dia nak gi Kolumpo jah bukonye Amereka." sindir Pojie pada kekasihnya.
"Well, I can speak Amerika.. You don't know? Dok Kay Ell keno kecek Amerika baru ada kelas." usik Mek Na dan dia tergelak kecil. aku turut ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala.
***************
Malam itu, aku sekali lagi mencium haruman kain sarung batik yang ditinggalkan Huda... Hanya mencium sisa-sisa bau yang semakin pudar. kalau sebelum ini kain sarung ini menjadi sumber inspirasi untuk aku melancap.. namun rasa itu sudah mulai pudar...
Aku mula diulit rasa bersalah.. kalau aku betul-betul cintakan Huda.. tentu aku tidak berzina dengannya.. Sepatutnya aku hamparkan cinta yang tulus suci bukannya berlandaskan nafsu.. Sepatutnya aku ikhlas menyayanginya dan tidak menurut kehendak nafsu.. sepatutnya..sepatutnya... arghhh.. Dulu Riena..aku tak buat pun..tetap dia tinggalkan aku.. Benakku berperang saudara.. antara sisi gelap dan putih yang wujud dalam diriku.
Dalam mengelamun... telefon ku berbunyi ...tanda SMS masuk ke inbox.
Private Number : Hariz... cukup-cukuplah berdiri di bawah pokok tu..
Aku membaca dan dahi ku berkerut... aku mula terfikirkan seseorang
Aku : Siapa ni? Huda?
Private Number: Awak dah janji tak nak kacau saya lagi.. Pleaselah.. Janganlah datang rumah saya lagi..tak elok kalau ada orang nampak...
Aku: Saya cuma berdiri... tumpang berteduh.. saya tak buat apa-apa pun.
Private Number: Walaupun apa pun alasan awak! Saya tak suka awak berada di hadapan rumah saya!! Faham!!!!!
Aku sedar Huda cukup marah... dari teks pun aku tahu emosinya yang sedang bergelegak.
Aku : Saya rela menjadi penunggu pokok!
Private Number : Saya tak suka!!! Saya nak bertunang!!
Aku: Saya akan setia menjadi penunggu pokok!!
SMS terakhir dariku langsung tidak berjawab.... sayangnya dia menggunakan kaedah Private Number... Aku mendail nombor telefon Nurul Huda yang berada dalam simpananku. Harap Maaf Nombor yang Anda Dail Tiada Dalam Perkhidmatan.. Terima kasih!!! Hampehh!!!!!
Rupa-rupanya dia telah menukar nombor telefon!! Memang dia benar-benar ingin menjauhkan diri dariku... Tapi apa salahku yang sebenar? 2735Please respect copyright.PENANA9E2KqBbHKI