"Morning sayang!!!" suara itu membuatkan mataku terbeliak.
2273Please respect copyright.PENANABGIJcpTwvL
"Hei... you buat apa kat sini?" Aku bingkas bangkit dari katil- terkejut dengan keberadaan Safiyya yang terlentok di sebelahku.
2273Please respect copyright.PENANAJdhou8OjFQ
"Eeeiii.. you ni kan.. tak senonoh!!" Saffiya memuncungkan bibirku ke arahku.
"Kenapa ?" aku tercengang kehairanan dengan reaksi Safiyya.
"Tu... apa yang terbonjol tu?" Safiyya menekup matanya dengan tapak tangannya. Manakala tangan kirinya menunjukkan pada seluar Bermuda yang dipakaiku. Alamak!!! Boleh pulak benda alah ni tegang. Aku tersengih-sengih. Padan muka Safiyya. Siapa suruh kacau aku pagi-pagi begini.
"Dah!! You pergi masuk bilik you... Karang tak pasal-pasal benda ni terbang!" Giliran aku pula mengusik Safiyya. Dengan pantas Safiyya melontar sebiji bantal ke tubuhku.
"Woi, apa bising-bising ni. I nak tidur pun tak senang," Chad bangkit sambil menggosok-gosok matanya. Pandangan matanya memusatkan pada tubuhku dan berkalih pada Safiyya.
2273Please respect copyright.PENANAMR5cuRgXfg
Aku lihat Safiyya yang berpakaian pijama separas lutut melompat turus dari katil. Rambutnya yang panjang mengurai dicekak dan disanggulkan. Wajahnya begitu polos suci tanpa calitan solekan. Aku terpaksa mengakui bahawa Safiyya juga cukup cantik dan menawan.. Cuma sikapnya yang tergedik-gedik membuatkan aku meluat.. eh bukan. Aku tak selesa dengan sikapnya yang mengada-ngada.
2273Please respect copyright.PENANALQP18IBRMR
"Teruk betul you mengigau ye.. I rasa you ada masalah kan Hariz." Bisik Safiyya padaku kemudian berlalu pergi. Argh!!! Adakah dia tahu?
"Chad.. kau yang benarkan Safiyya masuk?" Aku memadang ke arah Chad yang masih lagi mamai.
"Malam tadi, dia nak masuk.. Aku malas nak larang." Chad sekadar mengangkat bahu dan kembali tidur. Langsung tak boleh harap mamat ni!!
"Hariz, Saffiya tu awek you ke?" soal Chad ketika kami mengambil makanan untuk bersarapan yang dihidangkan secara buffet di café hotel.
"We are just friend!"
"Okay fine... siapa Huda?" Soalan Chad membuatkan aku terkejut. Sah!! Aku mengigau sampai terkeluar nama Huda pada malam tadi.
"Chad, kau ada apa-apa ke dengan Sandra. Aku tengok kau bukan main berkepit dengan dia." Aku mengubah topik. Aku tak berminat untuk bercerita mengenai Huda kepada Chad.
"Hei youuuu... I tak minat lah dengan pompuan camtu.. Dia tu kasar.. I tak minat pompuan yang body atlit ni.."Komen Chad sambil menyuapkan mee goreng ke dalam mulutnya. Jantan ni kalau bercakap boleh mengalahkan perempuan juga.
"Habis kau minat perempuan yang body macam mana ekk?" aku cuba mengorek minat Chad.
"Ermmmm.. I minat.. I minat kalau body macam you.. Muscular tapi takde sama seperti Jay yang sado. Yang sedang-sedang aje.. Macam you!!"
Puihhh!! Aku rasa nak terkeluar isi perut aku.. Karang tak pasal-pasal telur masak separuh aku pecahkan atas muka jantan ni. Nyesal gua tanya lu beb!!
"Eh, korang berdua saja. Mana Lily dan Jay?" Sandra tiba-tiba muncul dari belakangku.
Aku memandang sekilas pada Sandra yang memakai skaf pada kepalanya, dia gemar memakai baju sleeveless dan seluar separas lutut. Kulitnya yang sawo matang sedikit gelap berbanding Safiyya dan Lily. Mungkin dia kuat bersukan menyebab tone warna kulitnya agak gelap namun masih lagi cantik- fair skin orang kata.
2273Please respect copyright.PENANAw9pYVUOEte
Safiyya mengambil duduk di sebelahku, haruman rambutnya begitu menusuk hidungku. Wangi dan membuatkan jiwaku tergoda. Safiyya hanya diam tanpa suara, namun nampak berselera dengan menyuapkan sekeping roti bakar ke mulutnya. Langsung tak peduli akan diriku ketika ini.
"Hariz you ada insta or FB? Nanti I nak share foto-foto kita semua pada you." soal Sandra. Aku mengangguk- tanpa banyak soal aku memberikan IG dan FB address aku padanya- Sekilas aku mengerling pada Safiyya. Masih lagi diam tanpa bicara. Malah, dia mula menjamah Meehon Singapore pula. Dia merajuk pada aku ke?
"Kenapa dengan korang berdua hah? Sorang diam di kiri.. Sorang pula ke kanan!" Sandra menegurku. Mungkin dia perasan dengan sikap Safiyya yang seolah-olah 'dingin' terhadapku- tidak seperti sebelum ini. Sepanjang masa seakan-akan ingin 'bermanja' denganku. Mujurlah Chad turut menutup mulutnya.
"Hei guys.. kita nak ke mana lepas ni?" suara Lily membuatkan keadaan sedikit 'selamat'. Aku sempat menoleh pada Lily. Sempat mataku menangkap kesan 'gigitan cinta' yang berbekas di leher dan di pangkal payudara. Dahlah dia hanya memakai baju yang terlondeh hingga menampakkan separuh asetnya namun dilapik dengan cardigan kelabu.
"I plan hari ni kita ke Phi Phi Island.. Kita snorkeling dan esok pagi sebelum balik KL kita ke James Bond Island.." jawab Sandra.
"I tak suka snorkeling.." tingkah Chad yang dari tadi berdiam diri.
"Eiii..lantaklah kau suka atau tak!!" balas Sandra geram.
"Korang berdua ni.. Kalau jumpa asyik bertekak aje.. Macam anjing dengan kucing!" Sampuk Jay yang kini berada di sebelah Lily.
Sepanjang perjalanan ke Phi Phi Island... Safiyya masih berada di sampingku. Di belakang Chad dengan Sandra tak henti-henti bertekak. Ada sahaja perkara yang membuatkan mereka berperang mulut. Namun sekejap pertengkaran mereka berubah kepada gelak ketawa. Memang kesemua kawan-kawan Safiyya ini agak pelik. Tapi yang lebih pelik adalah sikap Safiyya.. dari mengada-ngada tiba-tiba berubah menjadi seperti gadis pingitan.. Ahh, aku mula rindukan sikapnya yang manja.. Sungguh aku terasa namun sukar aku luahkan ketika ini.
Bayangan Huda yang mengganggu tidurku mula membayangi fikiranku. Kenapa Huda menangis ketika bertemuku di dalam mimpi? Kenapa dia meminta tolong denganku? Apa yang berlaku kepadanya? Adakah dia berada di dalam kesusahan? Pelbagai persoalan mula menyerang benakku ketika ini hinggakan aku tidak sedar bahawa bagaikan terasing dengan dunia sebenar.
"Hariz!!"
"Harizz!!!"
"Harizzzzzz!!!"
Terasa tubuhku digoncang seseorang.
"Termenung jauh nampak!!" Aku kembali pada realiti. Kelihatan jari Safiyya di hadapan wajahku.
"You ada masalah Hariz?" soal Safiyya seolah-olah berjaya mengesan apa yang bermain dalam kotak fikiranku. Aku sekadar menggelengkan kepala. Terlalu payah untuk aku bercerita kepada Safiyya atau sesiapapun tentang apa yang aku rasakan sekarang ini.
"You tak payah nak kelentong I, Hariz! Aku kenal you dari zaman matrik lagi. Masa you putus cinta dengan Riena, perangai you sebijik macamni.. Dulu, you selalu bercerita dengan I.. You selalu kongsi perasan you pada Riena. So, I rasa dapat baca apa yang mengganggu fikiran you sekarang ni. You masih teringatkan Riena?"
Aku menghela nafas panjang. Memang benar apa yang Safiyya sangkakan.. Namun aku langsung tidak terkenangkan Riena.
"I okay je.. Mungkin I teringatkan kerja-kerja di pejabat." Aku berbohong lagi. Berbohong untuk sembunyi perkara yang sebenar. Safiyya tak boleh tahu tentang hubungan silamku bersama gadis bernama Huda.
"Lagi you nak tipu I!! I sedar siapa diri I di mata you.. Malah, I tahu yang I ni takkan berada di dalam hati you walaupun apa-apa yang lakukan untuk you." Bidas Safiyya seakan merajuk.
"Hariz, I dapat rasa hati you tak tenang bila kita berjumpa buat pertama kali di gym bulan lepas. Malah yang lebih ketara perubahan riak wajah you ketika jumpa dengan you dan Zali.. I cuba hiburkan hati you dengan membawa you bercuti supaya you gembira dan melupakan masalah yang membelengu hati you. I cuba menjadi kawan baik you.. tapi you pula.. Langsung tak beri peluang pada I, Hariz." Safiyya mengeluh.
"Aku tiada masalah Fiya." Aku masih lagi ingin berselindung. Aku mengangkat kepala, sayu mendengar ucapan yang keluar dari bibir mulut Safiyya. Maaf Safiyya aku tak mampu lagi untuk menerima kehadiran you di dalam hatiku buat masa ni.Aku tahu kau ingin membuatkan aku gembira. Namun sekiranya Tuhan ubah hatiku untuk kau.. Aku mungkin tak mampu menolak takdir.
"Hariz percayalah.. di saat kita berduka.. pasti akan ada seseorang yang datang untuk menemani kita untuk memberikan kita harapan bahawa kedukaan itu mungkin seketika. Kadang-kadang Tuhan hilangkan matahari, kemudian Tuhan datangkan guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari di mana matahari. Rupanya Tuhan kurniakan keindahan pelangi untuk kita nikmati. Biarpun warna pelangi seketika namun ia tetap akan membahagiakan kita. I rela menjadi pelangi sementara menunggu kehadiran matahari yang menyinari hidupmu Hariz." Sungguh petah Safiyya berkata-kata.
Di kala ini sang mentari mula merunduk dan mula tenggelam di hujung lautan yang luas terbentang. Sungguh indah ciptaan Allah di kala senja mula berlabuh. Safiyya masih lagi setia di sisiku sambil duduk menikmati keindahan waktu terbenamnya sang matahari. Kedamaian suasana yang terbentang indah selajur dengan indahnya wajah gadis di sebelahku. Kedua-duanya terlalu mempesonakan.
***
"Hariz , you nak beli apa?" Soal Lily ketika berselisih di dalam kedai serbaneka berhampiran dengan hotel.
"Eh, Lily .. Cuma minuman dan coklat." Aku menunjukkan dua tin minuman cola dan coklat yang telah aku pastikan status Halalnya. Sempat mataku melirik barangan di tangan Lily.. Ada dua kotak rokok, minuman ringan dan juga...kondom!! Patutlah payah benar dua ekor makhluk ni keluar dari bilik hotel..
"You tak beli ni ke... mana tahu Safiyya teringin!" Lily tersenyum sumbing sambil meletakkan sekotak kondom di atas meja cashier. Aku membalas senyuman sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Aku dan Safiyya melangkah di sepanjang jalan Bangla Road- kali ini aku pastikan bahawa aku setiasa memaut lengan Safiyya, berpisah jalan dengan Lily dan Jay yang ingin mendapatkan perkhidmatan thai massage.
Safiyya turut memaut lenganku.. kali ini, dia mula melentokkan kepalanya di pangkal lenganku. Berjalan seiringan seperti pasangan kekasih. Malam ini, Safiyya kembali menjadi dirinya yang sebenar. Mungkin apa yang terbuku di jiwanya telah diluahkan padaku lewat petang tadi. Aku sebenarnya lega kerana mendapat diri Safiyya kembali.
Aku merapati tubuh gadis yang memakai long dress berwarna putih berbunga biru. Juraian rambut mula berterbangan disapu badai malam ketika kami melewati persisiran Pantai Patong. Menjauhkan diri dari kebingitan Bangla Road, terasa tempat itu amat tidak bersesuaian dengan mood kami berdua. Sejenak aku mencari kekuatan untuk berkata-kata.
"Kenapa you tidur di sebelah I semalam?" soalku pada Safiyya setelah aku pasti bahawa moodnya sudah kembali.
"Hariz, kalau I bagitahu you jangan terkejut pula?" Safiyya mengambil duduk di beting pasir.
"Kenapa?"
"Chad tu gay... So, I nak pastikan bahawa dia tak akan apa-apakan you." Jawab Safiyya sambil tergelak besar.
"You ni.. dah tahu Chad tu gay.. Yang you letak I sebilik dengan dia kenapa? You ingat I ni gay ke?" aku terkejut walaupun tingkah-laku Chad membuatkan aku hampir mengesyaki sesuatu yang songsang. Cuma aku ragu-ragu.
"Yup, I thought you are gay too.. I goda you pun tak makan!! Dia sempat apa-apakan you ke malam tadi?" usik Safiyya.
Puihhh... "That's why yang you letak I sebilik dengan dia!" aku mencebik. Namun tanganku pantas meraba-raba bontotku sendiri. Safiyya tergelak melihat aksi drastik sebentar tadi.
"Habis tu, you nak ke sebilik dengan I?" Safiyya menjongketkan keningnya.
"Why not!!!" balasku tersengih.
"Gatal!!" Safiyya mencubit lenganku..Kuat, hingga aku menjerit kesakitan.
****
"Hariz... you stay dengan Safiyya malam ni?" tanya Chad seolah-olah memahami apa yang aku tahu tentangnya.
"So, you okay ke stay dengan Sandra? Karang korang bergaduh sakan pulak!"
"No problem, bro. She's my step sister... Papa dia kahwin dengan mak I after her mum ran away to Pattaya." Jawab Chad tersengih-sengih. Oo.. adik beradik tiri tapi bab bertengkar mengalahkan puak Zionis dan Palestin.
Chad membuka pintu bilik dan terus pergi mengetuk bilik Safiyya yang berhadapan dengan bilik kami.
"Hah.. kau nak apa malam-malam ni." Wajah Sandra terjongol dari sebalik pintu. Minah ni garang semcam bila bercakap dengan adik tirinya. Kekadang-kala aku naik kesian pada Chad.
Chad menghampiri Sandra lalu berbisik sesuatu. Kelihatan kepala Sandra terhangguk-hangguk. Kemudian gadis itu menghilangkan dirinya.
Chad tersengih memandang kepadaku, kemudian Sandra muncul kembali dengan beg sandang dibahunya.
"You.. kalau jadi apa-apa pada Safiyya.. Nahas you I kerjakan!!" Sandra menjengilkan matanya terhadapku.
"Hariz..." telingaku dapat menangkap suara yang cukup merdu. Mataku beralih pada wajah Safiyya yang berdiri sambil memeluk tubuh di ruang pintu. Aku meneguk liur.2273Please respect copyright.PENANAga42cCnVwJ