AKU menghantar Huda ke rumah mak su kerana aku perlu bergegas ke pejabat. Menurut Huda, dia akan pulang ke Kelantan sebelum tengahari. Huda sekadar tersenyum apabila aku mengucup pipinya. Malah masih sempat dia meraba dadaku yang berlapik kemeja.
"Huda.. I'm sorry.. tapi saya ikhlas untuk menjadikan awak sebagai suri hati saya." ujarku supaya dapat meraih hatinya.
"Hariz... berikan saya masa. Bukan saya tak sudi.. lebih baik rasanya kita saling mengenali dahulu.." tutur suaranya lembut. Kemudian, meminta izin untuk beredar buat kali kedua. Berat nampak langkah kakinya untuk keluar dari perut kereta.
Aku terdiam. Lidahku kelu. 'Mungkin dia berat hati untuk menerima lamaranku lagi.' Hati kecilku terdetik. Aku melihat Huda berjalan dengan sedikit mengangkang- mungkin kepedihan akibat 'bersama' pagi tadi masih belum hilang sepenuhnya. Dapat memeluk tubuhnya bukan bermakna bisa memiliki hatinya. Cerita semalam masih lagi segar di benakku.
"Huda, saya nak minta maaf atas keterlanjuran kita ini." Aku meraih tangan Huda. Wajahnya berpaling dariku buat beberapa ketika.
"Awak menyesal?" Soal Huda yang kembali berkalih mengiring ke arah tubuhku. Matanya yang bulat semakin layu. Sementalah waktu sudah menginjak ke melewati waktu subuh. Aku mengelus lembut rambutnya yang berjuraian di hadapan wajahnya. Biar aku tenung wajah ini tanpa sebarang gangguan.
"Saya tak pernah menyesal bertemu dengan awak Huda. Walaupun kita telah terlanjur. Tetapi saya akan bertanggungjawab. Saya tak akan lepas tangan walaupun suatu masa dulu awak nak saya lupakan awak."
"Saya ada sebab kenapa saya tinggalkan awak Hariz." Huda mengeluh.
"Sebab apa?" aku menginjak semakin rapat padanya. Tanganku mengelus lembut sekitar lehernya.
Huda terdiam... matanya menatap ke arah tingkap bilik yang langsirnya telah disingkap ke tepi. Membenarkan cahaya matahari pagi menerjah masuk ke ruang bilik. Aku tahu Huda tak mahu memberi jawapan yang sebenar. Dengan itu, aku semakin galak untuk menggodanya lagi. Aku mencium sekitar leher dan payudaranya sambil jariku semakin nakal meneroka segitiga emasnya.
"Hurmmm.. You are getting wet Huda." Bisikku sambil menjilat cuping telinganya.
"Eh..dahla...tak pasal-pasal dapat round ketiga.. bangun..bangun ..mandi wajib.." Huda menolak tubuhku dari memeluk tubuhnya. Beberapa kali dia memukul badanku dengan penuh kelembutan.
"Kita mandi sama-sama." aku mengusiknya.
"Ahhhh...tak boleh ..nanti jadi round ketiga." Huda mencuit hidungku.
"Huda nak?" aku mengenyitkan mata.
"Errr...susah nak saya tolak...." Huda menggigit bibirnya.
"Nakal!!!" Sedetik aku melumatkan bibirnya dengan pagutan berahi bibirku...
Kedengaran bunyi 'hon' mematikan lamunanku. Memang tidak salah aku melamarnya, daripada hidup bergelumangkan maksiat lebih baik dia menjadi halal bagiku. Wanita sebaik Huda tidak harus hidup dalam maksiat lagi. Tidak salah detik di dalam hati untuk aku memperisterikan dirinya. Huda ada rupa malah boleh dikatakan cantik dan menawan, berpendidikan juga dan bonus layanan di atas ranjang yang begitu mengujakan. Tidak salah untuk aku menjadikan dia sebagai teman hidupku yang halal. Sebolehnya aku mahu bertanggungjawab ke atas dirinya dan berharap dia dapat menerima akan lamaranku kelak.
xxxxxx
"You.. kenapa lewat masuk opis? Pagi-pagi mak tiri dah cari you!" kedengaran suara Ernie berbisik sambil matanya menjeling-jeling ke arah dalam ruang pejabat. Bibirnya terherot-herot dan kelihatan begitu lucu sekali.
"Apsal bibir kau herot semacam! dah kena stroke!" Aku cuba berlawak. Ernie menjengilkan mata sambil mengangkat penumbuk ke arahku. Aku tertawa. Ketawa sebagai terapi untuk menghalau kegusaran.
'Hish... bala apa pula yang bakal menimpa!!' Aku menggaru-garukan kepala seraya mengatur langkah menaiki lift ke tingkat satu. Dalam hati ini mula memanjatkan doa agar tidak dileteri teruk oleh Puan Su, sekali dia mengeluarkan kuasa singa boleh memterbalikkan meja serta melayangkan kerusi ke udara.
Aku mengetuk pintu bilik Ketua Pegawai Operasi, sesekali memandang ke arah Nora yang buat-buat sibuk meneliti beberapa dokumen di atas mejanya. Jelingan aku dibalas dengan renungan tajam. Kemudian wanita itu mengukir senyuman sinis seolah memberi isyarat bahawa sesuatu yang bakal berlaku.
"Hah!! Hariz... baru nampak muka.. Dah pukul berapa sekarang?" memang benar Puan Su akan bertukar menjadi singa. Aura bengis menghembus ke ruang wajahku.."
Pu..Pukul se..sepuluh Puan." tuturku ..Eh, bila pula aku boleh jadi gagap?
"Okay fine.. It's already ten.. Huh! I don't need your excuses. But I want to tell you a very good thing!" Matanya yang terbeliak mula dilayukan. Wajah yang tegang mula dikendurkan dengan senyuman manis.
"Apa dia Puan?"
"Congratulation Hariz. Our proposal for Taman Budaya in Melaka was approved! They was approve Kebenaran Merancang on friday. Then, I need you to prepare all documents and do a presentation to Shahrul. He will lead this project. After everything settles, I want you focus for our new proposal in Kota Bharu. Understand!!" Riak wajah Puan Su terpancar sinar kegembiraan.
Begitu juga denganku, setelah bertukus-lumus hampir tiga bulan untuk mendapatkan projek pembangunan itu. Aku menarik nafas panjang setelah mengucapkan kesyukuran.
"Weh, biasanya awek yang dapat coklat." Zali yang tiba-tiba muncul sambil tersengih-sengih. Ketika itu, aku merapati meja kerja sementara Zali masih lagi tercegat dan berpeluk tubuh.
Aku melihat satu kotak coklat dihiasi reben berwarna biru muda. Terletak sekeping kad kecil di atas. Aku mengambil sekeping kad yang bertulisan tangan.. cantik tulisan itu.
Congratulation sayang!
I'm very proud of you..
LOVE💖💖
Fiya!! Aku tahu yang dia yang menghantar hadiah begini padaku. Tak perlu untuk aku berteka-teki lagi.
"Awek tu dah betul-betul sayang kat kau, bro! Aku rasa kau pun ada perasaan yang sama kat dia kan?" ujar Zali mengambil kerusi yang berada di hadapan meja. Aku memekakkan telinga dan langsung tidak memberi respons kepada percakapan Zali.
Aku meletak kada bersama kotak coklat ke sudut penjuru meja. Zali hanya memandang ke arahku sambil jari-jemari mengetuk-ngetuk permukaan meja hingga menghasilkan irama bunyi yang tidak sekata.
"Bro, alhamdulillah kita dah dapat kelulusan merancang.. So far, Puan Su akan setup team project baru. Kau nak masuk tak? Tapi kali ni Shahrul yang lead the team." Tanya aku.
Zali membulatkan mata dan mengangkat kedua-dua bahunya." Aku ikut aje.. Kalau arahan pihak atasan minta aku join Team Shahrul..kira alhamdulillah juga.. Aku dah serabut duduk under En. Fuad," terang Zali dengan jujurnya. Aku sekadar mengangkat bahu mendengar keluhan Zali.
Hari ini berlalu dengan pantas. Kelibat Zali sudah pun menghilang- mungkin menuju ke site di Puncak Alam ataupun Shah Alam. Perutku mula berkeroncong kerana aku terpaksa skip lunch kerana menyiapakan beberapa dokumen yang di minta oleh Puan Su.
"Hariz...kekasih hati you sedang menunggu you di lobi." Kedengaran Ernie memanggil dari interkom. 'Eiii..minah ni mulut pun boleh tahan... siapa pula kekasih hati aku oii.' Aku hanya mampu bergumam sendirian.
Aku tercegat melihat Safiyya sedang asyik berborak dengan Ernie. Eh, minah ni nampak bukan main mesra lagi dengan Ernie. Siap boleh gelak ketawa lagi. Sebelum ni kalau nampak Ernie becakap dengan aku pasti muncung panjang sedepa. Kali ini nampak ada sedikit perubahan positif.
"Hai sayang... congratulation.. I'm very proud of you!" Safiyya tersenyum simpul. Erni sekadar tersenyum sumbing memerhati gelagat kami berdua.
"Encik Hariz ni kira untunglah dapat Cik Safiyya tau.. Tengok dia bawakan chocolate moist cake untuk kitorang lagi. Tentu sedap kan Cik Safiyya." ujar Ernie seperti mengambil hati. Tak pasti ikhlas atu bermuka-muka.
"Eh, you all try yer.. I baked last night.. Just for you all." balas Safiyya tersenyum bangga.
Aku memandu memasuk parkir Quill City Mall kerana Cik Safiyya yang gorgeous mula merengek nak melahap makanan Korea. Aku pun terpaksa membontoti langkah Safiyya memasuki ke DubuYo. Walaupun selera tekak ini lebih gemar menelan makanan melayu tradisional, tetapi apa salahnya mencuba makanan dari negara lain.
"Sayang, after this kita tengok wayang!" Ujar Safiyya. Aku tahu ini bukan permintaan tetapi lebih berupa arahan. Aku sekadar menjongket bahu sahaja.
"You ni kan... macam tak berminat aje nak tengok wayang dengan I!" Safiyya seolah merajuk kecil. "It's up to you.. I ikut ajer." Aku mengalah. Rela dalam terpaksa.
"Takperlah kalau you tak minat.. Kalau camtu temankan I shopping." Safiyya mengheret lenganku keluar dari restoren Korea setelah tembolok masing-masing sudah diisi dengan set hidangan Soondoubu Jigae .
Aku melayan kerenah Safiyya yang gemar menerobos masuk dari satu outlet dari satu outlet yang berlainan. Dari kedai menjual pakaian hinggakan ke kedai emas permata. Namun tiada satu pun yang dibelinya. 'Eh, tadi kata nak shopping?'
Aku turut menjamu mata dengan melihat barangan yang dipamerkan. Mataku bagaikan terpukau melihat satu barangan yang berharga. 'Agak sesuai untuk dijadikan hadiah.' Otakku mula merancang sesuatu.
Di kala ini kaki mula berasa lenguh akibat berlegar-legar di sekitar mall yang agak luas dan besar ini. Namun si gadis masih lagi lincah untuk menerobos ruang-ruang kedai seperti mencari barangan yang belum ditemui lagi.
"You tak penat ke?" Aku menarik lengan Safiyya. "You nak cari apa sebenarnya?"
"Er..nothing.. just spend time with you!" Ujar Safiyya selamba sambil menjongket kening sebelah kirinya. "Lol.. hanya buang masa!!' Getusku di dalam hati.
"Jom balik.. I hantar you balik.. Lagipun dah malam ni!" Kini giliran aku mengheret Safiyya menuju ke ruang parkir. Kalau dibiarkan lama lagi, aku dan Fiya akan menjadi pengawal keselamatan di kompleks ini.
"Fiya.. thanks for your gift. I'm very appreciated what you have done to me. I know, you are always supporting me." Aku merenung ke ruang matanya. Matanya berkilauan bak mutiara membuatkan aku semakin terpesona. Tangangku mula menggengam tangannya yang duduk di kerusi penumpang.
"It's my pleasure sayang. I just to let you know that I always beside you. It's a small matter than what you have done to me before. I yang perlu berterima kasih dengan you.. Tanpa support you.. I tak akan ada kat sini tau!" Matanya yang bersinar berubah sayu. nampaknya gadis ini mudah benar bermain emosi.
"Apa yang I dah buat? Oh, tak mengapalah Fiya.. sebagai seorang kawan wajib membantu kawan yang lain kan..lebih-lebih lagi semasa kawan kita sedang kesusahan." Safiyya menggapai tanganku. Aku terkesima sejenak dengan membiarkan jari-jemari terus bersentuhan. 'Rupanya Fiya masih bersandar pada kenangan lama, walaupun semua itu tidak lagi berbekas di dalam hati ini malah bukan untuk disanjungi.'
Di dalam hati ini, aku mengakui bahawa Safiyya hanyalah seorang kawan baik yang sangat setia. Itu yang aku fahami. Malah ruang hati adalah untuk diisi oleh gadis yang bernama Huda bukan Safiyya. Entah, aku masih lagi keliru dengan perasaan sendiri. Namun aku tidak rela menjadi lelaki kasanova yang tega mainkan perasaan ramai gadis. Aku tidak sanggup!!
"Hariz... I tak pernah lupakan segala jasa baik pada you... Sungguh I terhutang budi pada you." Fiya mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku bagaikan rasa apa yang dia mahukan. dari renungan matanya dan ukir bibirnya.. aku tahu bahawa Fiya mahukan .......arghhh!!
Ketika ini dadaku semakin berdebar tatkala bibirnya dirapatkan ke bibirku. Desiran nafasnya mula bersatu dengan udara yang aku hirup. Aku membiarkan pagutan bibirnya hinggap pada bibirku. Biarlah! Kerana ini juga yang aku mahu.1814Please respect copyright.PENANAtN6KplIWLg