"Bro, malam ni hang ada kerja ka?" Sapa Zali dengan dialek utaghanya. Mamat ni kadang-kadang aje speaking utagha denganku - mungkin ikut mood.
Wajahku agak berlemuih dek terkena sinaran matahari yang panas membahang. Dengan baju safety jacket dan saftey helmet yang belum ditanggalkan aku menjejak kaki ke dalam pejabat tapak yang dibina dari kontena bersaiz 30kaki x 20kaki. Suhu dari penghawa dingin tak mampu menyejukkan bahang yang membakar kulit wajah.
"Aku takde plan apa-apa pun lagi, kau ada plan baik ke?" Aku melihat Zali yang sedang meneguk 100 plus tanpa sedikitpun mempelawa kepadaku. Wajahnya juga terbakar walaupun dilindungi dengan pelindung muka dan safety google ketika berada di tapak projek.
"Inspektor Rafael suruh kau pergi ke gym dia malam ni."
"Eh, tak pernah-pernah mamat tu ajak sebelum ni.. Ada apa kat gym dia?" Aku kehairanan.
"Entah aku tak tahu.." Zali mengangkat bahu.
"Okay jumpa kat sana dalam pukul 8.30 malam ni."
****
Aku mengatur langkah menuju ke gymnasium yang terletak di tingkat dua dan tiga bangunan empat tingkat. Sekali-sekala pandangan mata mencari kelibat Zali di sekitar kaki lima bangunan. Hampeh! Batang hidung pun tak nampak lagi. Kata jam 8.45 mlm akan muncul di sini.
"Kau dari balai ke?" Aku menegur Rafael yang masih memakai uniform. Kelihatan raut wajahnya agak serius.
"Bro, aku sikit perkara nak bincang dengan kau." Ujar Rafael sambil memegang bahuku. Di belakangnya Koperal Sani berdiri sambil memeluk tubuh. Matanya mencerlung ke arahku. Kemudian, Rafael memberi isyarat muka kepada Sani untuk melakukan sesuatu.
"Kenapa ni bro.. ada masalah ke?" Terdetik rasa curiga di dalam hati apabila Koperal Sani menarik tanganku ke dalam ruang tangga.
Koperal Sani memegang tanganku dengan kemas- mengilas kedua-dua tanganku kebelakang tubuhku dan diperlakukan aku ini seperti seorang pesalah yang telah ditangkap polis.
"Weh..apa ni!!" Aku membentak apabila diperlakukan dengan keras oleh Sani. Aku cuba untuk meronta namun cengkaman tangan Sani amat kuat ke atasku. Dia menolak kasar tubuhku supaya berjalan kehadapan.
"Bro, jangan melawan.. Kau naik ke atas dahulu..." Tegas suara Rafael turut sama mengorak langkah memanjat tangga ke tingkat satu.
Aku tiada pilihan selain terpaksa menurut sahaja permintaan mereka berdua- walaupun pelagai persoalan mula bermain di dalam benakku.
Sempat mataku menatap signage 'closed' yang dipamerkan di pintu masuk gym. Mereka membawa aku ke dalam ruang gym- keadaan sunyi dan sepi. Hanya dua biji lampu 'downlight' yang terpasang di tengah ruang membangkitkan cahaya yang begitu suram dan samar.
"Kenapa ni bro?" aku mengulangi pertanyaan. Melihat wajah Rafael dan Sani yang agak serius. Aku pula seperti kebingungan.
Koperal Sani mengambil sebuah bangku plastik dan diletakkan di tengah ruang gym. Sani memaksa aku duduk dan kemudian tanganku dikepak ke arah belakang dan diikat kejat.
"Bro, aku ni kawan kau tetapi aku juga seorang pegawai yang menegakkan undang-undang!" ujar Rafeal tegas sambil berjalan mengelilingi aku yang duduk di tengah-tengah ruang. Manakala Sani hanya berdiri berpeluk tubuh betul-betul di hadapanku.
"Aku tahu kau ni pegawai polis.. tapi kenapa korang ikat aku kat sini. Kau main-main kan!"
"Hariz, pernah tengok kami main-main dengan kau?" kini giliran Sani menempelak aku.
"So, apa salah aku!" Suasana mula menjadi tegang. Rafael masih lagi mundar-mandir di hadapanku. Sambil berjalan dia memeluk tubuhnya dan kemudian mengubah untuk bercekak pinggang.
"Kau buat aku serba-salah bro! Kau kawan aku tapi aku tak sangka kau sanggup buat jenayah!" Ujar Rafael sambil memaku pandangan tepat pada wajahku. Wajahku mula membahang. Satu tuduhan liar yang melampau yang diunjurkan terhadapku.
"Whatt!! Jenayah!! Apa yang korang merepek ni!!" Aku membentak seraya menggelengkan kepala. Sungguh aku tak percaya kerana mereka sanggup membuat tuduhan palsu kepadaku.
"Kami tak merepek... Kami telah terima satu laporan.. Bahawa kau telah melakukan perbuatan yang tak bermoral pada seorang gadis!! Kami ada cukup bukti untuk menangkap kau!!" Tutur Sani yang melemparkan satu tuduhan yang bagiku langsung tidak masuk akal sama sekali.
Aku tergamam!! Perbuatan tak bermoral- ayat itu menerjah otakku. Takkan Huda membuat laporan polis.. Eh, aku tak rogol dia! Kami suka sama suka!
"Kenapa diam bro!! Kau tak nak mengaku?" Sergah Sani sambil membuat riak wajah yang cukup bengis.
"Eh..aku tak ..aku... tak pernah buat macam tu!" Ujarku untuk menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh dua anggota polis ini.
"Kalau tak buat kenapa kau gagap!!" tingkah Rafael. Dia menegangkan kedua-dua tangan dan diletakkan di kerusi. Tubuhku berada di antara tangannya dan wajahnya begitu hampir padaku.
"Bro... percayalah! Aku tak buat!!" Suaraku mula meninggi. Rafael berundur dari kerusi kemudian berjalan mengelilingi aku.
"Woi.. sekarang ni Inspektor Rafael.. dah tak ada bro atau kawan ni.. Ni proses soal siasat tahu!" Sani tak habis-habis membentak.
"Okay..Baiklah tuan... Kalau aku bersalah bawa aku ke balai.. Bukan kat sini!" Aku mencari helah.
"Kau nak tidur dalam lokap ke?" Ugut Rafael membuatkan aku bertambah kecut perut.
Aku terdiam. Meneguk liur. 'Betulke Huda buat report?' Fikiranku mula berkecamuk. Aku tidak menyangka Huda telah mengkhianati aku. Betul-betul tak sangka!! Derap tapak kasut Rafael menjadi irama yang memecahkan kesunyian yang seketika.
"Tuan Rafael.. aku.. aku tak tahu apa-apa!" Aku menggeleng-gelengkan kepala. Walaupun aku terkejut dengan tuduhan yang dibuat mereka namun aku seupayanya untuk bersikap rasional.
"Kau Hariz.. bakal dituduh di mahkamah di atas dakwaan mencabul kehormatan seorang wanita mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu." ujar Rafael dengan lancar. Matanya masih memaku pandangan pada wajahku. Seolah-olah dia mahu membaca riak wajahku.
"Korang ada saksi?" Aku membeliakkan mata tanda tidak berpuas hati.
"Mangsa sudah membuat pengakuan bahawa kau orangnya. Dan kau bakal mendapat gelaran baru iaitu OKT.. Orang kena tuduh.. Faham!!" Rafael berdiri berpeluk tubuh di hadapanku- menjegilkan matanya.
Aku termangu lagi. Merunduk dalam kesamaran cahaya. Peluh jantan mula merembes di sekitar dahiku. Saat ini, timbul juga aura ketakutan yang menyelubungi jasadku. Dituduh mencabul kehormatan seorang gadis. Otakku mula terfikir perihal lokap- merengkok tanpa baju di atas lantai konkrit. Kemudian terpaksa mengadap perbicaraan di mahkamah dan sekiranya bersalah aku akan menjalani hukuman penjara untuk tempoh sepuluh tahun 'What!!! 10 tahun... Mati aku dalam penjara nanti!' Hatiku meraung.. Cuma hati yang menjerit namun mulutku tetap terkunci.
"Sedapke dapat cabul perempuan? Sedap sekejap bro..lepas ni kau tahu apalah nasib kau kat dalam nanti!" Sani berbisik ke telingaku. 'Eeeii.. nak kena lempang juga mamat mulut cabul ni karang!' Aku mengumam kegeraman. Aku membalas renungan mata Sani dengan perasaan jengkel. Belum pernah ada orang yang berani menyindirku dengan ugutan dan kejian.
Aku hanya berdiam diri. Wajahku mulai tegang. Fikiranku berserabut. Apakah permainan yang sebenarnya? Manik-manik peluh semakin lebat merembes di wajahku. Tekanan psikologi yang dilakukan oleh mereka memberatkan jiwaku. Nafasku bagaikan tersekat-sekat.
"Baik kau mengaku. Senang sikit kerja kami!" Sambung Sani. Dalam kesamaran cahaya aku dapat melihat Sani tersenyum sinis.
"Buat apa aku nak mengaku. Memang aku tak buat.. aku tak pernah cabul kehormatan sesiapa pun!" Aku belum mahu beralah. Biarpun mereka bedua itu sahabatku namun aku tetap ingin menuntut keadilan.Mereka membuat tunduhan yang sembrono. Hatiku mula panas menggelegak. Nasiblah tangan aku berikat, kalau tak pasti aku akan menumbuk wajah Sani yang tak habis-habis mengejekku.
Tergamak Huda membuat laporan polis di atas apa yang aku dan dia lakukan. Entah apa silapnya. Tiada sebarang pergaduhan yang terjadi, alihh-alih aku ditangkap oleh polis. Sungguh tega Huda memperlakukan aku sebegini. Lebih baik dia menolak lamaran dariku daripada menghumban aku ke penjara. 'Oh, sadis hidupku!'
"Kau nak mengaku ke tak!" Rafeal menyergah melenyapkan suasana yang sepi dan hangat. Sengaja mereka tidak memasang alat pendingin hawa untuk menderaku. Seperti memaksa aku membuat pengakuan ke atas kesalahan yang aku tak lakukan. 'Eh, kalau Huda yang buat report.. memang aku bersalah.. tapi aku tak memaksa Huda.. Dia yang rela!' Hatiku menegakan kebenaran walaupun itu memang satu kesalahan dari sudut syarak. Aku bakal dihukum dengan undang-undang sivil dan bukannya syarie.
"Aku.. aku...aku tak bersalah!!" Aku berkeras untuk menafikan lagi.
"Baiklah kalau kau tak mengaku."Rafael mencekak lenganku. Aku mengeluh kerana cengkaman tangan Rafael seolah-olah ingin merentap otot lenganku.
"Sakitlah!! Kau tak boleh buat aku begini. Kau ada bukti!! Baik kau bawa aku ke balai!" Kata-kataku berani walaupun hatiku kecut.
"Baiklah kalau itu yang kau pilih bro! Koperal bawa saksi dan bukti ke sini... Malam ni kita buat perhitungan yang sebenar!" ujar Rafael kepada Sani lalu disahut dengan jawapan "Baik Tuan!!".
Sani mengatur langkah dengan penuh cermat- susun langkah seperti berkawad kaki. Berderap-derap lalu meninggalkan aku dan Rafael di sini.
Lampu dimatikan.. Suasana gelap menyelubungi bilik. Hanya kedengaran nafas yang beralun keluar dari rongga hidungku.
Jeda.
"Tuan, ini mangsa yang buat laporan!" Suara Sani bergema dengan kemunculannya bersama seseorang di sampingnya.
Aku cuba memandang ke arah sososk tubuh yang muncul bersama Koperal Sani. Namun kegelapan bilik menghalang pandanganku untuk melihat dengan jelas. Hanya biasan cahaya dari luar bangunan yang menerobos masuk dari cermin kaca tingkap. Itu pun hanya samar-samar cahaya.
"Cik.. Kami dah berjaya menangkap lelaki ini. Cuma Cik perlu cam bahawa lelaki ini yang telah...hurmmm... yang tertuduh!" Suara Rafael bergema.
"Be..betul tuan.. Lelaki ni yang telah cuba..." Kedengaran suara seorang gadis diselit dengan esak tangis.
"Awak kenal lelaki ni?" Rafeal terus menyoal gadis yang mengaku sebagai mangsa.
Sungguh aku terpana! Seakan mustahil perkara sebegini sedang berlaku dalam hidupku. Ditangkap an dituduh mencabul kehormatan seorang gadis.
"Sa..saya tak kenal dia tuan.. tapi dia jahat tuan!" gadis itu menangis teresak-esak.
"Tuan Rafael..Ini semua bohong! Aku tak buat semua tuu! Woi..Sani buka lampu.. kasi terang aku nak tengok budak mana yang berani tuduh aku!" Aku semakin berang.
"Kau diamlah!" Jerkah Rafael.
"Koperal bawa barang kes!" Arah Rafael disusuli dengan dengan jawapan "Baik, Tuan!!"
"Tuan Inspektor.. saya nak tukar pengakuan! Lelaki ni tak pernah cabul saya." Gadis itu bersuara lagi malah esak tangisnya pun telah pun reda.
"Eh, budak ni boleh pula tukar pengakuan pula... Kau tahu tak..kau buat apa kat aku ni!!" Aku menjerkah. Hatiku penuh sebal dengan gelagat gadis di hadapanku. Walaupun aku tak dapat melihat wajahnya namun, telinga seakan dapat mengenali lenggok suaanya... tapi.. aku tak pasti!!
"Kau diamlah!" Tingkah Rafael dengan keras.
"Saya nak tukar pengakuan... yang lelaki ini telah mencuri.. ya, dia telah mencuri hati saya.. dia telah mencuri hidup saya.. dia telah membuatkan saya gelisah bila tak bertemunya!!" Sambung gadis itu dengan bersahaja.
Aku terdiam! Seketika telingaku dapat mendengar nyanyian cukup universal.
"Happy birthday to you.. happy birthday to youu.. happy birthday to Hariz... Happy birthday to youu!!!!"
Nyanyian yang dilagukan oleh sekumpulan manusia yang muncul dari arah belakang. Seseorang yang paling hadapan sedang membawa sebiji kek yang telah dihiasi dengan lilin yang telah dinyalakan dengan api.
Keadaan gelap bertukar menjadi terang-benderang... Sedetik, aku menutup mataku dek kerana silau yang menikam kornea mataku.
Sesaat mataku dibuka, wajah Safiyya sedang tersenyum manis berada di hadapanku.
Senyumannya nampak begitu bahagia sekali. Ya, bahagia kerana berjaya mengenakan aku dengan begitu teruk sekali.
"Happy, birthday sayang!!" laung Safiyya disertai dengan tepukan dari beberapa orang tetamu yang hadir. Aku melilau melihat sekeliling. Kelihatan Sandra sedang memegang kek berjalan ke arahku.. Kemudian disusuli oleh Zali, Lily dan Jay serta beberapa lagi abang-abang sado yang sentiasa mengunjungi gym ini.
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Antara terkejut dan tak percaya bahawa aku telah kena 'prank' oleh kawan-kawanku.
"Sorry bro, aku hanya menjalankan tugas sahaja. Ini semua rancangan Safiyya. Aku dengan Sani betul-betul minta maaf." Rafeal merapati tubuhku yang tanganku masih berikat di belakang.
"Woi,buka tali ni.. Sakit tau! Jaga kau bro!" Aku tersenyum geram.
"Nanti dulu Tuan Insektor, before you buka tali tu. Let's make a wish and blow it!" Sandra mencelah.
"No like this babe, but I want Safiyya kiss him.. Let's Safiyya be like a princess comes to save her prince charming!!" Lily membuat satu cadangan lalu mendapat sorakan yang gemuruh daripada tetamu.
"Kiss him.. Kiss him.. Kiss him!" Ada dua-tiga suara yang berteriak kuat cuba memberi semangat supaya ciuman itu dilakukan.
Safiyya kelihatan malu-malu. Aku mengetap bibir menahan getar. Menanti sebuah kucupan. Beberapa saat Safiyya melangkah merapatiku. Dia memejamkan matanya lalu menghalakan bibirnya ke pipiku. Dengan spontan aku menutup mata.
Kedengaran suara riuh-rendah berkumandang berserta dengan tepukan. Ciuman yang berlaku hanya cuma sedetik sahaja.
"Make a wish sayang. But, I want you to know.. there is no love in my heart without you. " bisik Safiyya ke telinga.
"I wish my love come with you!" aku membalas bisikan Safiyya secara spontan. Aku melihat senyuman girang terbit dari bibirnya. Matanya turut bersinar gemerlapan bak kejora di langit tinggi. 1673Please respect copyright.PENANAlHxFM6cwNY