Usai menyerahkan pesanan mama kepada Kak Shida, aku menapak keluar dari butik pakaian kepunyaan mama. Berjalan sambil bersiul-siul. Niat hati ingin melangkah bertemu 'kawanku' yang seolah-olah sedang melambai-lambai. Al-maklumlah kantung kocek dah semakin menipis. Penangan hari raya kan!!.
Cuaca yang panas terik terasa sangat membahang. Aku meletakkan cermin mata hitam Rayban yang aku beli di gerai di Bangla Road ke wajahku untuk menghindari cahaya matahari dari terus menusuk ke kornea mata. Walhal sebab sebenarnya –mataku agak sembap akibat kurang tidur. Itupun telah ditegur oleh Kak Shida.
"Hariz!!!" Tiba-tiba suara milik perempuan memanggil namaku. Kedengaran suara terlalu dekat denganku.
Langkah kaki terhenti- tiba-tiba menjadi kaku bagaikan terpasak di dalam simen konkrit. Aku tercegat berdiri di pintu kaca bank yang berlogo kepala harimau belang. Bagaimanapun semangat harimau belang langsung tidak merasuk ke dalam tubuhku. Harimau bertukar menjadi kucing parsi.
"Harizz!!" Dia masih menyeruku. Ton suaranya agak perlahan.
Saat ini, aku pejamkan mata dan mula berpaling ke arah sang empunya suara.
Sedetik, aku membuka kelopak mata di sebalik kaca mata tiruan. Memang suara itu datang dari seorang insan yang aku rindui.
"Huda?" Aku seakan tak percaya bahawa dia kini berdiri di hadapanku.
Seorang gadis bertudung merah jambu dan berbaju biru muda berbunga merah jambu sedang memandang ke arahku dengan pandangan yang sukar aku mengerti. Wajahnya tampak kosong namun tetap berseri-seri dengan solekan tipis. Secalit gincu berwarna merah terang dibibirnya dan alis matanya yang lentik. Pipinya berona kemerah-merahan- mungkin dia pakai blusher.
Aku tergamam begitu juga Huda, mungkin masing-masing tak menyangka akan pertemuan kali ini.
"Awak apa khabar?" aku masih lagi teragak-agak.
"Saya baik-baik. Awak?" Dia memandangku.
"Saya ... Alhamdulillah sihat."
"Selamat hari raya!!" sepatah-sepatah kami berbicara. Mungkin aku dengan dia masih lagi kekok.
"Selamat hari raya untuk awak juga!" Aku mempamerkan senyuman- cuba mencari ruang bicara yang lebih selesa.
"Awak free tak? Saya belanja minum kat kafe depan tu."
Huda menganggukkan kepalanya. Memberi persetujuan ke atas pelawaanku.
"Yes!!" Hatiku mula melonjak kegembiraan. Tak nyesal aku menurut kehendak mama yang meminta aku datang ke sini. Atau mungkin Tuhan telah memberikan aku peluang untuk bertemu semula dengan gadis ini. Atau mungkin inilah takdirnya untuk aku menjalin kembali hubungan yang telah retak sebelum ini. Kerana ini bukan dirancang malah satu kebetulan.
Kami duduk secara bertentangan – namun masing-masing masih lagi membisu. Keadaan sedikit canggung di antara kami. Mujurlah keadaan di kafe ini agak lengang, hanya ada 4 orang pelanggan sahaja.
Mulutku bagaikan masih lagi terkunci, begitu juga Huda. Hanya saling berbalas pandangan sahaja. Aku mengamati raut wajah gadis yang telah berjaya mencuri hatiku. Gadis yang telah berjaya mengisi ruang kosong di dalam sanubariku. Wajah polos gadis yang sedang duduk di hadapanku sama seperti setahun yang lepas. Masih lagi ayu dan cantik... Cuma dari riak wajahnya tampak kosong seperti ada sesuatu yang cuba diselindungnya- namun sukar untuk aku menebak. Aku tak bisa untuk membaca isi hati orang lain. Di kala itu, aku berharap-harap sangat Tuhan menambah panca indera yang keenam kepadaku untuk mengetahui apa yang bermain-main di benak Huda. Tapi itu tak mungkin!
Aku meneguk liur menyingkirkan debaran yang bermain di dalam dada. Namun suasana antara kami masih lagi sepi. Aku mengamati kecantikan wajah gadis di hadapanku dari sebalik shades. Matanya, hidungnya, bibirnya yang mungil, pipinya yang gebu telah merawat kerinduan hatiku. Dari wajahnya, mataku mulai turun ke bawah sedikit- tudung pink menutup ruang dadanya. Walaupun tertutup- kenangan nakal bersamanya masih utuh di ingatan. Sehingga aku mampu mengingati setiap tahi lalat yang tersembunyi di sebalik baju kurung itu. Arghh!! Sepatutnya aku tidak memikirkan ke arah itu.
"Awak!" satu frasa kata yang diungkapkan secara serentak antara kami berdua. Aku tersenyum Huda turut tersenyum sambil menundukkan kepalanya. Memecahkan kesunyian yang wujud di dalam ruang kami berdua.
"Awak dulu!!" Aku memberi laluan untuk Huda meneruskan bicaranya.
Huda menguntum senyuman. Manis! Bisa mencairkan ais kerinduan yang menebal di ruang hatiku.
"Boleh tak buka spek mata tuh! Tak payahlah tenung saya semacam!!" ujarnya malu-malu.
Hah, dia perasan yang aku tengah skodeng dia! Terpaksalah aku membuka kaca mata tiruan- aku perlu tunjukkan sifat mengalah sekiranya untuk meraih hatinya kembali.
"Haa...Dah nampak saya kan!! Tak perlu jadi seperti patung bisu lagi!"
"Saya selalu nampak awak!" ujarku bersahaja. Aku tidak lagi bisu dan kelu. Walhal aku sungguh bahagia apabila melihat wajah orang yang kurindui kini betul-betul wujud di hadapanku. Tidak lagi di dalam angan.
Huda memalingkan wajahnya. Mungkin kata-kataku membuatkan dia berfikir sesuatu.
"Huda dari mana?" Ahh, itu repo yang terlalu tak penting. Sekadar untuk menyingkir kegugupan yang bersarang. Kenapa aku boleh menjadi begitu gementar ketika ini?
"Kenapa mata awak merah? Tak cukup tidur ke?" Huda seolah-olah menunjukkan keprihatinannya.
"A'ah... saya selalu tidur lewat. Tengok bola."
Ermm!!! Sepatah soalan – sepatah jawapan. Memang suasana sebegini agak canggung!!
Aku menghela nafas. Aku meramas-ramas jari-jemariku sendiri. Jari Huda bermain-main dengan straw. Mengacau minuman fresh orange tanpa meneguknya. Seperti masing-masing sedang kebuntuan.
"Awak sihat?" – Eh! Kenapa kekok sangat nih?!
"Kan tadi awak dah tanya soalan tu." Huda tergelak kecil- telapak tangan menutup mulutnya. Sungguh sopan. Aku menggeleng-gelengkan kepala- entah apa yang aku ingin cakapkan. Takkanlah aku nak beritahu yang aku benar-benar rindukan dia.
"So, how about your life right now?"
"I'm okay... feeling good!!"
Dia tersenyum lagi.. senyuman yang makin menggetarkan jiwaku.
"Saya rasa awak dah tak tinggal kat sini."
"Ya... saya dah kerja di KL."
"Oh, ye ke? Tentu seronok tinggal kat KL."
"Lebih seronok kalau awak sentiasa ada disisi saya." Ungkapan itu hanya bersuara di dalam hatiku. Terlalu berat untuk dilafazkan.
"Biasa-biasa sahaja. Demi mencari rezeki halal." Balasku.
"Awak nakal tak kat sana?"
Eh, ke situ pula soalannya. Aku menguntum senyuman seraya menggelengkan kepala.
"Iyerlah tu!" Dia mencebik. Arghhh.. bibirnya begitu menggoda apabila dimuncungkan.
"Saya tahu awak ada cari saya kan? Aimi ada cakap yang awak pernah ke rumah kitorang."
Aku sekadar mengangguk.
"Kenapa awak cari saya?! Sedangkan dahulu, awak dah janji tak nak jumpa saya lagi!" sambung Huda.
"Waktu itu, memang itulah janji saya. Tapi sekarang boleh tak kita lupakan benda yang lalu? Salahkah saya nak jumpa awak?" aku menyoal balik.
Aku nampak Huda menghela nafas- entah apa yang sedang bermain di fikirannya.
"Saya masih pegang janji saya Huda. Saya tak mungkiri. Saya dah berhenti hubungi awak, malah saya cuba untuk melupai awak." Aku mendengus. Ingin sahaja aku meluahkan apa yang telah terpendam di lubuk hati. Namun biarkan aku simpan perasaan yang telah hampir layu itu.
"Huh, lelaki dengan janji!!! Biasa tak pernah tepati!!!" nampak riak wajah Huda sedikit membentak.
"Saya bukan lelaki biasa tapi luar biasa!" aku tersenyum sinis.
"Lelaki semuanya sama!!" Huda masih bertegas dengan kata-katanya. Sekilas dia menjeling ke arahku dan kemudian melontarkan pandangan ke luar ruang kafe.
"Huda... saya tak tahu apa masalah awak yang sebenarnya hingga awak menghukum saya. Menyuruh saya meninggalkan dan melupakan awak. Semua benda berlaku sekelip mata. Kita bertemu dan berpisah! Saya cuba menyayangi awak seihklas hati saya, tapi awak langsung tak beri peluang."
"Hariz, tak perlu ungkit kisah lama... semuanya dan menjadi sejarah hidup saya. Biarlah semua itu menjadi rahsia hidup saya!"
'Rahsia apa!! Sampai Teacher Laila pun tahu apa yang saya buat pada awak!!' aku hanya mampu merungut di dalam hati.
"Saya tak mengungkit Huda! Cuma saya perlukan perjelasan." Aku masih lagi berlembut walaupun hatiku mula membentak. Aku masih cuba bersabar.
"Perjelasan apa lagi Hariz?!" Kedengaran nada suara Huda sedikit tinggi.
Gadis itu langsung tak mahu mengalah. Egois!! Aku membentak di dalam hati.
"Awak memang langsung tak ada perasaan pada saya?"
Huda diam. Matanya terpejam rapat. Mungkin dia tidak senang bercakap soal hati dan perasaan ketika ini.
"Okaylah, kalau saya silap sebab saya cari awak tempoh hari atau awak rasa saya masih mengganggu hidup awak. Saya minta maaf!" aku mengendurkan suara- Menyingkir aura ketegangan yang mula terpalit.
"Awak tak perlu datang ke situ lagi. Lagipun saya bakal pindah dari situ."
"Kenapa?"
"Hish!! Takkan saya mahu serumah lagi dengan Aimi dan suaminya."
"Eh, bila Aimi kahwin?" aku sendiri terkejut.
"Sudah empat bulan..."
"Huda... saya nak tanya sesuatu." Bercakap tentang perkahwinan Aimi membawakan aku ke perkara yang selama ini menjadi tanda tanya.
Aku merenung wajahnya- semakin ku pandang wajahnya semakin bisa membuatkan aku angau lagi.
"Betulkah awak dah bertunang?" Aku menekan suaraku.
Huda mengalihkan wajahnya dari pandangan mataku. Dia diam sejenak. Mungkin dia sedang menyusun ayat. Arghh.. bukan payah pun untuk mengatakan 'ya atau tidak!' Pelik betul!!!
Aku turut terdiam. Terdetik di dalam hatiku bahawa dia tidak selesa dengan pertanyaanku.
"Huda?"
Dia membetulkan duduknya- seketika terdengar deringan telefon di dalam handbagnya. Kelihatan Huda tergesa-gesa mencapai phone dari ruang handbagnya.
"Akak ada dalam kafe. Sekejap lagi akak sampai.. Tunggu kat kereta yer!" Kedengaran Huda bercakap dengan seseorang di talian.
"Huda.. awak tak jawab soalan saya tadi." Tegasku. Aku terlalu ingin tahu tentang perkara tahu.
"Maaf saya kena pergi dulu." Huda tersenyum hambar.
"Huda.. tunggu kejap!"
Huda mula bangkit berdiri namun gerakannya tergendala seketika. Dia memandangku dengan pandangan yang kosong.
"Boleh kita jumpa lagi?"
"InsyaAllah." Seketika Huda mengambil sebatang pen dan sebuah buku nota kecil di dalam tas tangannya. Kemudian, tangannya ligat bergerak menulis sesuatu di atas kertas.
Helaian nota itu dikoyakkan dan diunjurkan ke arahku. Aku mengambil helaian kecil.. terdapat nombor-nombor yang tertulis di atas cebisan kertas itu.
"Awak masih simpan nombor saya?" soalku. Huda mengangguk kecil sambil tersenyum. Aku mula turut tersenyum. Akhirnya nombor barunya telah aku perolehi.
Hanya pandangan mataku yang menemani langkah Huda. Aku biarkan dia melangkah pergi, namun di dalam hatiku mulai terbit satu harapan baru. Harapan untuk aku membina semula hubungan yang telah terputus masih lagi belum pasti. Aku masih lagi samar! Walaupun rasa hati ini jelas namun pandangan mata kadang-kala masih lagi kabur.
Aku memicingkan mataku, ketika melihat seorang pemuda yang aku agak sebaya denganku mendekati Huda. Pemuda yang aku lihat semalam. Ya.. aku kenal gaya rambut pemuda itu yang bertocang pendek. Kemudian, kedua-dua mereka memasuki perut kereta. Argh.. siapakah pemuda itu? Kini, timbul pula rasa curiga di dalam hatiku.1889Please respect copyright.PENANAnPGUb9Hf71