Perjalanan aku ke Melaka ditemani Zali. Ketika kebosanan yang melanda di samping malas melayan sembang merapu yang diutarakan oleh Zali. Sambil memandu kereta, Zali sempat lagi merepek-meraban!!! Ketika ini, tangan gatalku membuat status di Facebook : Off to Melaka – meeting for new project.
Aku sebenarnya agak jarang menggunakan media social apatah lagi untuk memuatnaik status dan gambar-gambar peribadi. Aku tahu bahawa Laila kerap mengikuti diriku di ruangan Facebook atau Instagram. Disebabkan untuk membuktikan pada dia yang aku benar-benar ada urusan kerja di Melaka, maka aku berbuat demikian.
"Bro, camne dengan Safiyya? Barang baik tak?"
"Hah.. apa dia kau tanya!"
"Aku tanya.. Safiyya tu barang baik tak?" ulang Zali yang memandu kenderaan.
"Is barang baik.. Is barang baik... Is barang baik heeiii.." aku berdikir barat mengajuk senikata yang dilontarkan oleh pelawak tersohor Pok Ya Cong Codei a.k.a Encik Sabri Yunus. Tak kuasa aku melayan pertanyaan Zali yang pelik-pelik begini.
"Ehh..kau ni.. Haram tak nak kongsi dengan aku!!" Zali menjuih.
Sebagai salah seorang Project co-ordinator aku terpaksa menghadiri beberapa mesyuarat dengan pelbagai pihak. Pada peringkat awalan memerlukan penglibatan dariku sepenuhnya sebelum tugas-tugas mengendalikan projek akan diserahkan kepada Project Manager yang dilantik oleh pihak syarikat. Mesyuarat bersama pihak klien bermula jam 3.00 petang berjalan lancar. Pelbagai soalan dari wakil pihak pembangunan kerajaan tempatan yang dikemukakan kepadaku. Mujurlah, aku sudah membuat beberapa persediaan yang cukup rapi tentang struktur bangunan dan fasiliti yang bakal disediakan. Cuma aku ralat tidak dapat menjawab berkenaan beberapa isu yang agak kritikal iaitu dari segi nilai hartanah dan juga kesan alam sekitar yang bakal timbul disebabkan perlaksanaan projek tersebut. Aku meminta sedikit tempoh dari wakil pengarah bahagian pembangunan untuk membuat kajian semula tentang isu yang dibangkitkan.
"Young man... Please put in your mind. Before you come to see us. Make sure everything was clear!!" teguran sinis Tuan Rajan sedikit membuat aku terpunduk.
"I'm sorry sir. I'll make sure that I will get information on the matter." Aku mengangguk kerana sedikit kecuaian dari pihak aku. Pasti Puan Su akan mengamuk sakan denganku. Nasib badanlah.. balik nanti kena bambu dengan bos jawabnya.
"Encik Hariz, if you need information about land or properties, you can call this guy. I think he can help you a lot." Tuan Rajan menghulurkan sekeping kad nama kenalannya ketika kami berjabat tangan.
Kad nama itu berpindah tangan, aku sekadar melihat nama dan syarikat yang tertera. Aku mengucapkan berbanyak terima kasih padanya kerana sudi membantuku.
"Zali, jom kita ke Pantai Klebang, kita minum coconut shake dahulu. Hilangkan stress yang mula berserabut ni." Cadangku setelah segala urusan yang wajib sudah dibereskan.
"Baik boss! Sambil minum ayaq nyoq boleh kita cuci mata!" balas Zali tersengih-sengih. Mamat ni memang kerja tak lain tak bukan adalah tersengih sokmo. Tengah happy off course-lah dia sengih, kena marah dengan boss pun dia sengih, malah ngorat awek tak dapat boleh juga dia sengih.
Kami mengambil duduk di meja paling hujung di sebuah gerai yang menjual air kelapa. Empat gelas coconut shake special dipesan oleh Zali. Memang bab makan dan minum, Zali-lah yang paling happening. Semua dia lantak.
"Bro.. jom swafoto sambil minum ayaq nyoq kat Pantai Klebang." Zali mengeluarkan phone lalu dihalakan pada wajah kami berdua. Kemudian jari-jemarinya pantas berlari-lari di permukaan skrin telefon.
"Done!!!"
"Kau tak habis-habis update dalam IG kan...habis semua benda nak masuk dalam dunia tu," tebakku setelah melihat mamat tu tersengih-sengih.
"Alaa... bagi Ernie dan Mimie jealous tengok kita minum coconut shake yang super delicious ni... Minah berdua tu pun kaki medsoc juga. Kau tengok IG dorang... Fuhh... bukan kemain lagi kau!!" Sambil Zali menunjukkan paparan IG milik Mimie. Boleh tahan seksi juga minah tu dengan bentuk badannya yang mengancam. Kebanyakan gambar peribadi Mimie agak daring di dalam kelab malam yang tersohor di KL.
"Hai, encik ..boleh saya duduk kat sini?" aku mendengar satu suara perempuan. Aku seperti cam sangat suara yang menegurku dari arah belakangku. Zali memalingkan wajahnya memandang ke belakangku. Sempat dia menguis-nguis tanganku sambil memuncungkan bibirnya.
"Eh, you buat apa kat sini?" aku terkejut melihat seorang yang gadis berdiri yang kini berdiri di sebelahku.
"Hurmmm.. memang kita ditakdirkan ada jodoh Hariz!!" Safiyya mengambil duduk disebelahku. Dia tersenyum-senyum. Rambutnya yang mengurai disanggul kebelakang, di kepalanya terlekat spek mata hitam yang besar gedabak.
"Sebenarnya you buat apa kat sini? Jauh ni dari KL."
"Jauh dari KL. Tapi dekat dengan you." Balasnya semakin mengenyam. Dia tidak menjawab pertanyaanku yang telah berulang sebanyak dua kali. Minah ni memang sengal betul!!
Zali berdehem beberapa kali- bagai memberi isyarat tentang kewujudan dirinya.
"Lepas ni you all nak ke mana?" soal Safiyya. Gadis ini sempat mengambil segelas coconut shake yang belum diminum lalu meletakkan straw ke bibirnya.
"Kita nak pergi ke angkasa lepas!! Mungkin kat sana kita boleh jumpa bidadari di langit yang cun-melecun!!" Zali membuat lawak. Sama ada dia memang ingin bergurau ataupun sengaja dia menyindir Safiyya.
"Oooo.. Bidadari yang kat langit tu you amik yer Zali.. tapi Hariz tak boleh!! Sebab bidadari yang kat bumi ni sentiasa menunggu dia." Safiyya memandang wajahku. Renungan mata kami saling bertautan.
"Untuuuuung lah kau bro...." usik Zali sambil menendang kakiku dari bawah meja.
Aku menggelengkan kepala, entah bagaimana Safiyya boleh muncul di Melaka. Sedangkan aku langsung tidak memaklumkan padanya. Mungkin juga dia melihat pada status FBku. Aku membuat telahan.
Zali sengaja meminggirkan diri ketika Safiyya asyik 'membelai' lenganku. Aku juga agak rimas dengan kelakuan Safiyya yang terlebih manja. Namun apakan daya.. terpaksa hadaplah juga.
"Kenapa you berada di sini? Ini dah tiga kali I tanya you..tapi you tak nak jawab." Aku mengheret tangan Safiyya ketika menyusuri Pantai Klebang.. Dalam seminggu dua buah pantai sudah dikunjungi. Dari Patong ke Klebang!
"I datang cari you-lah.. mana tahu you datang dengan awek lain." Sengaja Safiyya mengusikku lagi.
"You ni bergurau ke apa!"
Safiyya tergelak – adakah reaksi wajahku cukup lucu buatnya?
"You ni kan Hariz... I balik kampung lah.. Datang ziarah my aunt yang tinggal tak jauh dari sini. Then, kebetulan I nampak pics you di insta.. So, pandai-pandailah I cari you. Then, Tuhan yang permudahkan pertemuan kita.. That's it." ulas Safiyya sambil memegang skirt kembang yang ditiup angin petang.
"So, you selalu stalk I yer?"
"Actually nop... but I quite impress to see you in medsoc!!" Kelihatan mata Safiyya bercahaya.
"So, You follow I sampai ke sini?" aku inginkan jawapan itu.
"No-lah.. I cakap kebetulan yang diizinkan Tuhan, Hariz!" Aku tahu dia sengaja menafikan bahawa dia mengekoriku.
Aku mula mengesyaki bahawa gadis ini menyimpan perasaan terhadapku- Mungkin ya atau mungkin tidak. Memang rasa itu sudah berputik ketika kami bercuti. Cuma sengaja aku menafikan lagi- lebih tepat aku berbuat tidak peduli.
"You all bermalam kat hotel mana?" soal Safiyya ketika kami berjalan beriringan. Kelibat Zali sudah tidak kelihatan bersama kami. Mungkin sengaja memberi laluan padaku untuk mengorat Safiyya.. Eh, siapa nak ngorat siapa sebenarnya?
"Kenapa tanya? You nak check in dengan I ke malam ni?" balasku tersenyum sumbing. Aku seperti mengejeknya.
"Gatal!!" Safiyya mencubit lenganku.
"Tentu you dah takut dengan I kan.. sebab kejadian di Phuket hari tu?." Aku mengangkat kedua-dua keningku sambil merenung bola matanya.
"What!! I tak takut dengan you. You yang penakut sebenarnya." Dia semakin mencabarku. Dia mencekak pinggang dengan lagak yang 'samseng' sekali.
"Habis tu, yang you menangis terlolong-lolong tu apa hal!!!" Perliku sambil menduga Safiyya.
"Hei, you pun menangis kan?.. You yang merayu-rayu pada I minta diberikan peluang kedua. Kononnya untuk membuktikan kejujuran you. Siap cakap jangan benci cintaku bagai...Now I dah start tagih apa yang you janjikan." Safiyya mencekak pinggang ketika berdiri di sebelah kiriku. Membuntangkan matanya padaku. Di saat ini, aku bagaikan terpesona dengan alis mata Safiyya yang lentik. Cantik!! Namun pujian itu masih terkandung di dalam hati.
Eh, bila aku cakap jangan benci cintaku pulak!! Hei, kalau nak mereka-reka cerita tu agak-agaklah!! Aku semakin tak berpuas hati dengannya. Sumpah, aku kenakan budak nakal ini nanti!!
Aku tersenyum sinis. Safiyya tampak tidak mahu mengalah langsung.
"Yess.. I need a second chance." Aku merenung anak mata Safiyya.
"For what?" Dia menjengilkan matanya.
"To kiss you... " Aku membisik ke telinganya. Aku cuba mengikut permainan nakal Safiyya. Hakikatnya aku sebenarnya menginginkan ciuman bibir Safiyya. Merindui kehangatan bibirnya biarpun sekejap sahaja.
"Ohh, really.. you can kiss me rite now, sayang!" Safiyya melangkah ke hadapanku- berdiri tegak sambil mendongakkan dagu ke atas sedikit. Dia memejamkan mata dan memuncung sedikit bibirnya seperti ingin berciuman.
Gadis ini semakin berani – masih tak serik-serik menggodaku. Semakin aku menepis, semakin kuat dia menggodaku. Fikirku segala telah berakhir di Phuket, setelah dia menangis terlolong-lolong tatkala aku cuba untuk meragut kehormatannya. Nasib baik perkara itu tidak berlaku walaupun pintu nafsu telah terbuka luas.
Di saat mata Safiyya masih terkatup rapat... aku gerak-gerakkan kedua-dua jari tanganku. Menari-nari di hadapan wajahnya. Aku cuba rapatkan bibirku pada bibirnya yang merah bak delima. Wajahnya yang ayu bagaikan menanti kucupan dariku. Saat ini, jantung makin berdegup kencang. Aku menarik nafas panjang.. cuba mengawal naluri yang terpendam. Aku Cuma perlukan sedetik masa untuk menikmati kelazatan si bibir merah ini. Sungguh aku geram dan semakin- makin geram terhadap bibir itu. Lebih lagi aku geram pada sikapnya yang nakal dan menggoda. Di saat bibir ku beberapa inci dari wajahnya... Perlahan-lahan jariku menyepit hidungnya. Kemudian, jariku begitu pantas menarik hidungnya yang mancung... Sedikit kuat..
"Aduhhh!!! You ni kan....!!!" Tempik Safiyya separa menjerit. Di saat itu, wajahnya berubah rona- sangat ketara tona merah-kemerahan yang menebat wajahnya yang putih mulus. Mungkin dia termalu sendirian.
"Padan muka!! Kuat sangat berangan!!" aku tergelak besar seraya meninggalkan Safiyya yang masih lagi tercegat.
"Hariz... you ni kan...." Rengek Safiyya manja sambil menghentak-hentak kedua-dua belah kaki ke tanah.
Aku langsung tidak peduli lagi!!!2103Please respect copyright.PENANAIdoaeL8cPw