"Kita nak pergi mana?" soalku pada Safiyya yang sedang bersenam di sebelahku. Rajin pula dia datang ke gym demi mendapatkan bentuk badan yang menarik. Bagi aku senaman untuk menjaga kesihatan disamping cuba mengekal bentuk tubuh badan.
2407Please respect copyright.PENANAvRPbvInaxv
"So, you setuju nak pergi holiday dengan I?" soalnya. Aku melihat bola matanya bersinar-sinar.
2407Please respect copyright.PENANAzGF1BsR3LX
Aku sekadar mengangguk kepala."Kita ke Langkawi?" 2407Please respect copyright.PENANABXho7d2sDJ
"Hurm, kita keluar dari Malaysia. Phuket atau Bali?"
2407Please respect copyright.PENANAeks7ZXHvFo
"Err..kat nak pergi oversea, I kena check dulu.. takut kena blacklist dengan Imigresen." aku tergelak.
2407Please respect copyright.PENANADUozoPysqn
"Your tak bayar PTPTN ke?"2407Please respect copyright.PENANAPDtz8ySM2S
"Iskkk.. I got scholarship-lah" tingkahku sedikit bangga.2407Please respect copyright.PENANAN3lGypNCVL
"Untunglah you, tapi I tak pernah miss bayar tau, tu yang boleh pergi melaram sampai oversea." balas Safiyya sempat lagi dia mengenyitkan mata terhadapku.2407Please respect copyright.PENANAniGTfHRww3
2407Please respect copyright.PENANARDacjedbS5
***
"Zali, Safiyya ajak aku pergi Phuket, kau nak ikut tak?" bisik aku padanya.
2407Please respect copyright.PENANAQu47xdUu8G
"Jauhnya bro, tentu besar gak belanja. Err... aku takleh janji la boleh ikut korang atau tak." 2407Please respect copyright.PENANAGfHeh0j2OG
"Ala... sekali-sekala Zali.. Jomlah.. Kalau kau tak join, rasa bosan juga.. Takde mangsa nak aku bahan." Ujarku sambil ketawa mengekek.2407Please respect copyright.PENANATDotLlg8sw
"Kau tu lainlah.. Gaji besar.. Gaji aku ciput aje... Aku rasa takleh spend money for holiday bagai."2407Please respect copyright.PENANAo4J2gWPy5y
Aku faham situasi Zali, gajinya taklah seberapa dengan jawatan sebagai Technical Assistant merangkap sidekick aku. Namun aku tak pernah melayan dia sebagai pekerja bawahan namun lebih kepada sahabat.
2407Please respect copyright.PENANAzv06eFDGqy
"Alaa... Kau jangan camtu.. takkan aku sorang je pergi. dah tentulah Fiya bawa geng dia.. Kalau semua pompuan.. Takde sapa nak borak ngan aku weh."
2407Please respect copyright.PENANA6syVDAhByz
"Baguslah, masa tulah kau boleh berkepit dengan Fiya.. Untung-untung boleh tidur sebilik." usik Zali.2407Please respect copyright.PENANAjK45y8CQJL
"Hisshh... kesitu pulak kau ni."2407Please respect copyright.PENANA1cPkoIMF3o
"Phuket bro... Bukan Kota Bharu bro.." balas Zali.2407Please respect copyright.PENANAsILBaHavuE
"Cehh.. betul ke kau tak nak join. Rugi tahu..mana tahu kau berkenan dengan kawan-kawan Fiya." aku terus memujuk sidekick aku. Aku dapat bayangkan betapa canggungnya aku dikelilingi awek-awek memakai bikini di tepi pantai Phatong, Phuket.2407Please respect copyright.PENANAJ6uQkpIFG2
"Bila korang nak pergi?"2407Please respect copyright.PENANAz6Yiv10bVD
"Next month, before puasa." Aku dapat rasakan bahawa Zali juga berkeinginan untuk turut serta namun mungkin dia ada sedikit masalah- faktor kewangan. Nantilah aku cuba pujuk dia lagi. Bosannya aku nanti!2407Please respect copyright.PENANAqzWEbi8WpN
Entah kenapa boleh pula aku bersetuju untuk ber-holiday bersama Fira. Nasib baik dia ajak sekali kawan-kawannya. Kalau berdua, mungkin tak kot!!2407Please respect copyright.PENANArOsiIfk60K
2407Please respect copyright.PENANAQLv2Xtxsv7
****
"Bro, sorrylah aku tak dapat ikut korang."
2407Please respect copyright.PENANAVcoQFiaeCu
"Bro, lusa kita nak bertolak. Kalau pasal duit.. Aku dah cakap.. tiket flight and hotel kau aku tanggung... No problem lah bro, janji kau dapat teman aku." pujukku supaya Zali menarik balik keputusan untuk tidak turut serta.2407Please respect copyright.PENANA7eaqnNYhta
"Aku tahu...kau nak sponsor aku. Tapi, aku berul-betul tak dapat pergi kali ini. Sorry bro, nanti aku join bila ada trip lain kali." Zali masih berkeras.2407Please respect copyright.PENANAU5UdUubL4S
"Kalau begitu, nampaknya aku lone ranger-lah kat sana. Tapi... kau jangan beritahu Mimie dan Ernie aku pergi Phuket dengan Safiyya.. Aku cakap yang aku ada family trip." sempat aku buat pesanan. Aku percaya pada Zali yang dia tidak akan 'membawang' pasal holiday aku bersama kumpulan gadis-gadis tersebut.
"Hei.. dengan aweks-aweks tu.. takkanlah lone ranger.. Mesti sedap bergumbira di sana. Anyway, have nice holiday bro." Zali menepuk-nepuk lenganku berkali-kali sambil tersenyum.
Aku berasa sedikit ralat dengan keputusan Zali. Kalau ikutkan, aku pun tak mahu pergi juga. Namun, kalau kerbau dipegang tali, aku sebagai insan perlu berpegang pada janji. Tak sanggup pula menghampakan permintaan Safiyya. Lebih-lebih segala urusan tempahan tiket kapal terbang dan penginapan di Phuket telah diuruskannya.
"Hello, Fiya.. Sorry to say yang Zali tak dapat join pula.. So, kau dah book ticket flight kan.. Maybe kena cancel. Takperlah I tanggung kos tu." Aku membuat panggilan kepada Safiyya. Aku sebolehnya tidak mahu menyusahkannya disebabkan keputusan 'last minute' daripada Zali.
"No problem. I can handle on it. Yang penting you jadi pergi.. Jangan tak jadi pula ye..." Suaranya yang lunak boleh menyejukkan kegundahan fikiranku. Aduh, merdu sungguh suara Fiya ini. Semakin lama semakin mesra hubunganku dengan Safiyya.
*****
SEPULUH minit sebelum pukul 11.00 pagi aku dah tercegat di balai perlepasan KLIA2.. Mujurlah Sulaiman rajin pula menghantar aku ke sini.
Dari pintu utama balai berlepas , aku melihat seorang gadis melambai-lambai tangan ke arahku. Gadis itu berada di dalam kumpulan kecil seramai lima orang termasuk dirinya. Aku memicingkan mata dan mengamati bahawa gadis itu ialah Safiyya. Wah, lain benar dressing dia pagi ni. Memakai blouse putih tanpa lengan bersama palazo kelabu. Oh, tak lupa cermin mata hitam yang besar gedabak terletak di ubun-ubun kepalanya. Kelihatan amat santai sesuai untuk melancong, telahku.
"Hariz, mari I kenalkan pada kawan-kawan I... yang ini you pernah jumpa kan, Sandra yang selalu teman I pergi gym. Ini Lily..Itu Chad dan yang itu Jay." Aku menghulurkan tangan bersalaman dengan Chad dan Jay. Kemudian, Lily dan Sandra turut menghulurkan tangan mereka. Salam mereka aku sambut demi menjaga air muka mereka di khayalak ramai.
Sempat juga aku bersembang ala kadar bersama Chad dan Jay, seperti sessi 'ice breaking'. Tatkala itu Safiyya mula gemar memaut lenganku. Suka mencelah perbualan di antara kami. Kebanyakannya tentang aku. Sengaja dia meyingkap kembali kenangan dia bersamaku di universiti dahulu.
"Guys, flight kita about 12.35pm... Lagi one hour kita boarding.. So, yang mana tak tukar lagi duit Baht boleh buat kat sana.. tak silap I tukar kat sini lagi better than kat Phuket." Terang Saffiya seperti arif mengendalikan pakej pelancongan. Semua perkara dia uruskan dari tiket flight, hotel, sewa van, aktiviti di sana dan bermacam-macam lagi lah.. Manakala aku agak kekok kerana inilah kali pertama aku melancong bersama rakan-rakan.
Safiya tampak berkaliber seperti pemandu pelancong sesuai dengan kariernya sebagai Perunding Pemasaran Hartanah di sebuah konglomerat terkemuka di Kuala Lumpur.
"Wah, I kagum dengan you.. Semua benda you tahukan.." Safiyya menghulurkan segelas Iced Cappucino kepadaku, lalu duduk disebelahku.
"Mana ada I tahu semua.. Lagipun ini kali keempat I ke Phuket. Sebab you yang request.. Kalau ikutkan rasa I nak bawa you ke Paris." jawapnya setelah menyedut Iced Hazelnut Cofee ditangannya.
Tiba-tiba telapak tangan Safiyya mendarat ke atas pehaku- menggosok perlahan-lahan. Itu membuatkan wajahku dirasakan membahang. Aku rasakan renungan tajam matanya menikam wajahku.
"You ni Hariz... sejak I kenal you dari dulu lagi.. langsung tak berubah, pemalu sangat. I cuit sikit dah merah-merah muka."
"Eh...kita kat public area kan.. Nasib baik muka I merah..Kalau hijau tentu I dah jadi Hulk." aku membalas kata-katanya dengan gurauan.
"You ni kelakarlah. That's why I like you."
Gulp! aku menelan liur. Hish... perempuan ni.. Kalau ditegur makin galak pula dia.
Safiyya asyik memandang ke wajahku dengan tangannya masih lagi berada di atas pehaku. Aku cuba bergerak untuk menyingkirkan tangannya.
Aku mengalihkan wajahku sambil melihat gelagat keempat-empat rakan kami yang bakal bercuti bersama. Telatah Jay bersama Lily menarik perhatianku. Sesekali Lily bersandar ke tubuh Jay yang tegap dan sasa berbanding aku dan Chad. Jay juga tidak duduk diam dengan merangkul tubuh Lily yang lebih rendah darinya. Lily, gadis bertubuh kecil molek , berkulit putih iras-iras anak Cina. Antara gadis-gadis itu Sandra adalah yang paling tinggi.
Aku beralih pandang kepada Chad dan Sandra. Aku tersenyum sendirian melihat Chad terpaksa mendongak sedikit apabila bercakap dengan Sandra.
"Yang you senyum sorang-sorang ni kenapa?" Nyata Safiyya menyedari arah renungan mataku. Aku sekadar menggelengkan kepala lalu kembali memandang Chad bersama Sandra. Diikuti oleh Safiyya.
"Oh.. Chad tu bukan boyfriend Sandra.. Mula-mula dia takde dalam list..Tapi sebab kawan you tak jadi join.. I offerlah pada dia." terang Safiyya. Dia mula menarik telapak tangan dari atas pehaku apabila Sandra semakin menghampiri kedudukan kami.
"Okay guys, I rasa kita boleh gerak ni.. " kedengaran laungan suara Sandra memanggil Jay dan Lily yang asyik bergesel-geselan di penjuru sana.
Penerbangan yang memakan masa satu jam tiga puluh minit akhirnya tiba ke destinasi yang dituju. Dari airport, sebuah van berwarna putih telah bersedia menanti ketibaan kami. Segalanya telah di uruskan oleh Safiyya. Cuma kami mengangkat beg-beg terus ke dalam van.
Kali pertama berada di kepulauan Phuket, membuatkan hatiku melonjak kegembiraan. Tak puas aku melihat pemandangan semasa perjalanan. Saffiya berada di sebelahku di kerusi susunan kedua. Chad dan Sandra dibelakangku manakala Lily bersama Jay paling belakang. Van yang boleh memuatkan sehingga sepuluh orang penumpang.
Van yang disewa terus membawa kami menuju ke parkarangan sebuah hotel yang bertaraf tiga bintang di Patong Beach, Phuket. Sandra terlebih dahulu memasuki perkarangan lobi hotel dan berususan di kaunter receiptionist. Sempat aku mendengar butir bicaranya. Wah, Sandra agak fasih berbahasa Thai. Sesuatu yang aku tak tahu sebelum ini.
Safiyya mula mengumpul passport kami untuk urusan pendaftaran hotel. Hampir lima belas minit kami bersantai-santai di ruang lobi hotel. Barulah staff hotel menghulurkan beberapa kunci-kunci pada Sandra.
"Okay guys, we get three rooms. Kita dah janji nak share room kan.. So, I think Lily tak nak berpisah dengan mata airnya, Jay.. You, Sandra ermmm... dengan I lah.. Hariz, you dengan Chad." terang Safiyya sambil mengagihkan kunci-kunci bilik kepada kami.
"Wah..Jay dengan Lily tu sebilik.. Eh, mereka dah kahwin ke?" bisik aku pada Safiyya.
"Eh, you ni kan.. faham-fahamlah ... kalau you nak tukar bilik dengan Sandra.. I boleh arrange." Safiyya mengenyitkan mata padaku.
"Eh, takperlah I lagi rela stay dengan Chad."
"You ni kan..sengaja tau nak elak dari I," Safiyya menjuihkan bibirnya, mengada-ngada betul.
Aku mengelap peluh yang mula merintik di dahiku... Adakah aku masih boleh bertahan dengan godaan Fiya yang semakin bergelora. Ibarat laut yang tenang namun ada ombak yang bisa membawa gelora. Mungkin tsunami.2407Please respect copyright.PENANAPp9CSnt9X8