AKU mula teringat tentang janjiku pada Teacher Laila. Tentu perempuan itu mengharapkan untuk bertemu denganku. Ataupun dia mengharapkan 'sesuatu yang nakal' dariku kali ini.
Dari Damasara aku berkejaran ke Shah Alam. Mengikut whatsapp terakhir dari Teacher Laila, perbicaraan sebutan kes Hadhanah yang difailkan kepada Teacher Laila pada jam 10.30 pagi di Mahkamah Tinggi Shariah Shah Alam. Hanya Mahkamah Tingi Shariah yang mengedalikan kes-kes tuntutan penjagaan anak-anak yang tidak mencakupi bidang tugas Mahkamah Rendah Shariah. Manakala kes pembubaran perkahwinan Teacher Laila bersama Encik Kamal difailkan di Mahkamah Rendah Shariah Gombak. Kes Teacher Laila dilangsungkan di Shah Alam disebabkan bekas suaminya mula kembali menetap di kampung halamannya di daerah Gombak. Kesian Teacher Laila terpaksa berulang-alik di antara Kota Bharu dengan Shah Alam selagi perbicaraan belum muktamad.
Perceraian- sesuatu yang Halal tetapi amat dimurkai Allah. Yang terkesan pasti anak-anak Teacher Laila yang masih lagi kecil- masing-masing berumur 5 dan 3 tahun.
Aku agak terlewat tiba di perkarangan mahkamah- terkial-kial mencari ruang bilik bicara. Aku agak canggung kerana ini kali pertama aku hadir ke mahkamah. Dalam hati, semoga Tuhan menjauhkan diriku dengan bakal isteri 'bertegang leher di dalam kamar di sini.' Lebih molek 'bertegang urat' di dalam kamar tidur. Ada juga kenikmatan yang boleh dikecapi.
Aku melilau seketika mencari bilik-bilik bicara, namun aku gagal. Aku enggan menelefon Laila kerana pada hemat aku, perbicaraan telahpun bermula. Aku berganjak kembali ke ruang lobi mahkamah. Duduk di satu sudut sambil memerhati gelagat dan kerenah tetamu yang tak putus kunjung tiba. Ada kelihatan sang perempuan terjerit lantang memaki-hamum bekas suami kerana kes tuntutan harta sepencarian. Ada si lelaki yang teresak-esak sambil memeluk si kecil. Semua itu memberi sedikit kesedaran padaku.. bahawa masih banyak lagi ranjau yang bakal aku tempuhi sekiranya berumahtangga kelak. Tapi siapakah bakal pasanganku nanti. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.
Hampir dua puluh minit aku menanti – melihat kalau-kalau kelibat Teacher Laila muncul dari mana-mana ruang di sekitar bangunan mahkamah.
"Bro, mana kau hilang? Mak tiri Cinderella cari kau pagi tadi." Tiba-tiba Zali menghubungi aku dengan phone. Faham sangat akan gelaran yang merujuk kepada Puan Su. Apa pula yang mak tiri tu mahu.. Adeh, buat kepalaku pusing lagi.
"Habis tu kau cakap apa pada Puan Su?"
"Aku cakap kau pergi Shah Alam.. Jumpa wakil IWK." Kalau bab-bab 'coverline' ni memang patut diserahkan kepada Zali. Maklumlah dia lebih senior dari aku. Pandai-pandailah dia nak kelentong, tapi yang pelik dan ajaib boleh pula Mr. Steven dan Puan Su percaya padanya.
"Okay, thanks bro.. Nanti petang ni aku belanja cendol."
Ketika ini, mataku dapat menangkap kelibat Teacher Laila dari kejauhan. Dia yang berbaju kurung rona biru muda, berselendang hitam berkacata mata hitam – gaya klise seorang perempuan yang keluar dari mahkamah. Gaya yang biasa kita lihat di kaca TV- berjalan seiringan dengan seorang lelaki bersongkok dan berbaju kot warna hitam.
Di belakang Teacher Laila kelihatan beberapa orang yang berkerumun sesama sendiri. Tak lebih empat orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Mungkin itu adalah keluarga bekas suami Teacher Laila.
Aku menegakkan badan setelah badanku lenguh-lenguh terperuk di kerusi besi yang mencengkam tulang belakang dan pinggul. Terdengar keriuhan di belakang Teacher Laila apabila seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari mendapat dan memeluk kaki Teacher Laila. Sayu mataku melihat, kanak-kanak itu menangis hiba sambil Teacher Laila mencium pipi anak kecil itu berkali-kali. Pada hematku, anak itu adalah si bongsu yang menjadi pengubat lara Laila dan manakala kelihatan seorang anak lelaki berumur lebih kurang lima tahun dipegang erat oleh seorang lelaki yang berkurta hijau muda. Firasatku mengatakan itulah En. Kamal walaupun wajahnya telah ditumbuhi misai dan jambang.
Aku sedikit berganjak ke sudut dinding- bersebelahan sebuah pasu besar seolah-olah menyorok dari pandangan keluarga bekas suami Teacher Laila. Agak kekok untuk aku munculkan diri di saat genting sebegini. Sungguh tidak molek! Aku sebenarnya tidak tahu-menahu langsung sebab-musabab yang menjadi punca perceraian antara mereka berdua.
Aku membiarkan mereka semua mengambil masa supaya suasana tegang kembali tenang. Setelah kelibat Laila berpisah dengan peguamnya dan keluarga bekas suaminya, barulah aku berani menonjolkan diriku.
"I ingat you tak akan datang!!" Laila mendengus- merajuk konon.
"Tentulah I datang... sebagai moral support khas untuk you."
"Itu aje!!" dia mencebik.
"So, macam mana dengan kes you tadi?"
"Perlukah you tahu!" riak wajah Laila semakin tegang. Walaupun matanya dilapik dengan cermin mata hitam, namun aku dapat rasakan bahawa matanya merenung tajam ke arahku.
"I think you betul-betul stress. I'm sorry coz' I'm late. Lately, I really busy." Aku cuba memujuknya. Ala kadar sahaja.
"Busy dengan girlfriend baru kan. Mula-mula pergi bercuti bersama di Phuket kemudian Melaka kan. Dengan I you langsung tak hirau.. Whatsapp pun jarang apatah lagi nak call. Kalau I tak call you, haram you takkan call I kan." Rajuk Laila.
"Erkkk!!" lidahku mula kelu.Kenapa minah ni berubah laku, Walhal dia pernah mengatakan hubungannya denganku adalah sekadar teman tanpa sebarang komitmen. Pelik, takkanlah Laila telah jatuh cinta padaku. Hei, Hariz apa kau telah buat hah!!!
"Sudahlah Hariz.. I penatlah.. lelaki semua sama sahaja!!" bentak Laila. Dia mula memacu langkah keluar ke perkarangan lobi mahkamah. Mujurlah di saat itu, peguamnya telah beredar untuk menyelesaikan kes-kes yang lain.
"Bukan begitu maksud I, I ponteng kerja semata- mata datang nak jumpa you.. Cuba you hargai masa I ni!!" kini giliran aku berkata keras. Aku mencapai lengannya yang berlapik dengan kain baju kurung.
Dia meronta tangan mahu dilepaskan. Ketika ini banyak mata-mata orang di sekeliling memandang penuh curiga pada gelagat kami berdua. Ada yang menggelengkan kepala. Pasti mereka menyangka kami sedang menghadapi konflik rumahtangga- maklumlah berada di perkarangan mahkamah pula.
"Lepaskan I... I nak balik!!" bentak Laila biarpun nada suaranya masih lagi terkawal. Demi menjaga maruahnya dan juga aku - aku lepaskan cengkaman tanganku.
"Please, we need to talk." Aku merayu. Aku tahu bahawa Laila masih berada di bawah tekanan. Perceraian dan kes hadhanah boleh membuatkan dia tertekan. Silap-silap boleh membawa kepada kemurungan. Gejala kemurungan sekiranya tidak diubati dengan betul boleh membawa kepada gejala membunuh diri. Aku tak mahu Laila bertindak ke arah itu.
"Hariz.... I betul-betul stress!!" Laila menangis sepuasnya. Aku meneruskan pemanduan tanpa tujuan. Lebuh raya Guthrie telah aku tempuhi... Sebenarnya aku pun tidak tahu arah.. dari Shah Alam menuju ke Rawang. Sengaja aku biarkan Laila menangis untuk meredakan kegelisahan yang berkecamuk di dalam benaknya.
"Cuba you ceritakan apa masalah you.. I akan sentiasa support you, Laila."
Sudah berbelas-belas tisu muka yang digunakan Laila... berselerak di ruang duduk penumpang. Aku biarkan perempuan menangis. Kerana menangis merupakan salah terapi jiwa bagi seorang perempuan – aku agak je.
"You tak tahu Hariz!! Dahlah I bercerai, sekarang dia nak ambil anak-anak I... I tak kisah kalau dia nak ceraikan I dengan talak seribu.. tapi dia tak boleh ambil anak-anak I... Selama ni dia buka ambil kisah pun tentang I dengan anak-anak. Dia hanya tahu berfoya-foya... betina sekeliling pinggang. Kerja pun malas.. Selama ni dia bukan ambil tanggungjawab sebagai suami apatah lagi seorang ayah.." Laila mula meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.
"So, I harap you menang dalam kes tuntutan penjagaan anak-anak you." aku cuba meredakan kegundahan hati Laila.
"Entahlah Hariz.. dia telah failkan nusyuz pada I... menurut peguam I, sangat tipis untuk I menang." Laila kembali tersedu-sedan.
Aku meraup wajahku. Aku memang kurang arif berkenaan undang-undang kekeluargaan yang melibatkan perceraian dan sebagainya. Tapi aku sedia maklum sekiranya seorang ibu akan digugurkan hak terhadap anak-anak sekiranya.. jika sang ibu berkelakuan buruk secara terbuka. Dan aku kenal siapa Teacher Laila sebelum ini.
"Sabarlah Laila.. you jangan patah semangat. Selagi ada usaha.. selagi ada jalan maka berusahalah.. I yakin keadilan yang sebenar akan ditegakkan. InsyaAllah yang hak tetap yang hak.. Yang batil itu tetap batil." Entah bagaimana dialog itu terluncur dari mulutku. Mungkin juga telinga ini kerap kali mendengar ceramah agama dari corong speaker komputer Abang Daus yang duduk hadapan Zali.
Aku membelok kenderaan meluncur masuk ke satu kawasan rumah kedai. Maklumlah perutku mula berkeroncong minta diisi. Lagipun matahari telah tergelincir dan menandakan waktu zohor telahpun bermula. Tangisan Laila sudahpun reda.
"Kita makan dahulu.. Isi perut you dahulu.. Kalau you tak makan nanti sakit pula." Aku membuka pintu kereta setelah mendapat ruang parkir yang tidak jauh dari sebuah restoren nasi kukus di Bandar Country Homes, Rawang.
"Hello sayang!! You kat mana tu?" kedengaran suara Safiyya merengek di hujung talian.
"Assalamualaikum Fiya... I ada kat Rawang." Aku tidak berbohong.
"You buat apa kat sana?" suaranya kembali tegas.
"I jumpa kawan. Ada perkara yang perlu I uruskan"
"You.. I datang office you. Zali cakap you pergi Shah Alam.. sekarang ni Rawang pula.. You buat apa kat sana? Jumpa girlfriend lain hah!" Ada nada cemburu yang berbunyi di hujung talian.
"I ada hal... Kenapa you nak cemburu pula!" aku pula meradang.
Tiba-tiba Laila muncul dari belakang dan memaut lenganku. Aku menjadi serba-salah lalu talian telefon aku matikan segera. Disaat aku bersama Laila ingin melintas jalan dengan tiba-tiba..
Sebuah motorsikal berkuasa besar.. muncul dari arah kanan kami.. Motorsikal berjenama Harley Davidson meluncur laju dan bagaikan ingin merempuh kami..
Mujurlah Laila sempat menarik tubuhku ke belakang.. Tubuhku terdorong ke belakang dan sehingga berlaga dengan tubuh Laila.. Sikit lagi nak excident. Kami bernasib baik tidak dilanggar dan terjatuh ke jalan raya.
"Hoi.. buta ke? Mentang-mentang bawa motor besar.. Celaka!!!" jerkahku pada penunggang motorsikal tersebut. Hatiku mula panas membara. Geram kerana kejadian itu bakal mengundang padah kepadaku ataupun kepada Teacher Laila. Mungkin mengakibatkan kecederaan ataupun bakal menjemput malaikat maut.
Lelaki yang menunggang motor Harley itu berhenti seketika beberapa meter dariku- memalingkan wajahnya yang bercermin mata dan menutup sebahagian wajah dengan kain hitam berlambangkan tengkorak- memandang kearah kami berdua dan sebentar kemudian kembali memecut motornya. Bunyi bingit deruman eksoz begitu bergema kuat bagaikan menghamburkan kemarahan yang membuak-buak.
"You okay ke Hariz?" Wajah Laila kelihatan pucat.. begitu juga aku. Masing-masing terkejut dengan kejadian yang tak diduga berlaku sebentar tadi.
Aku rasa sedikt curiga- penunggang motor itu bagaikan sengaja untuk merempuhku. Sungguh aku tak pasti lagi!!2113Please respect copyright.PENANAiXgbvSlrzm