MALAM mula melabuhkan tirainya. Jam tangan sudah menunjukkan angka 9.05 malam. Aku tercegat di sisi Toyota Vios 'secondhand' menunggu ketibaan Laila yang belum lagi nampak batang hidungnya yang mancung itu.
"Cepat benar minah ni balik raya di kampong.. Dia tak pergi jumpa anak-anak di Gombak ke? Kalau aku sebut tanya anak-anak dia, sure-lah malam ni bakal banjir besar sekali lagi." Aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati sedangkan pelbagai persoalaan yang ingin aku utarakan pada Laila.
Hampir lima belas minit menjadi sang penunggu di tepi lot kedai- barulah muncul Honda Jazz merah menyusur ke sebelah tempat aku berdiri.
"Jom.. kita gerak dengan satu kereta je." Cermin tingkap diturunkan, Laila menjongolkan kepalanya yang sudah tidak berlapik. Ini kali pertama aku melihat Laila tanpa tudung kepala kecuali di bilik hotel tempoh hari.
"Kita nak ke mana?" Haruman pewangi bauan lemon menusuk hidungku tatkala aku memasuki ruang sebelah pemandu.
Laila menoleh ke arahku dan berkata, "Do you miss me, honey? Kita pergi makan tomyam nak? Perut I dah sebu dengan ketupat, lontong, biskut raya bagai..."
"Steering at your hand.. Sure!" Aku memakai seat belt ketika kereta Jazz mula meluncur keluar dari perkarangan lot kedai.
"Actually, kita nak ke mana?" Soalan yang sama aku ulangi apabila mataku melihat papan tanda Rantau Panjang di bahu jalan.
"Kita ke seberang," balas Laila tanpa menoleh ke arahku. Kereta yang dipandu membelok ke satu kawasan kedai di pecan tersebut.
"Maksud you, kita masuk Golok? Eh, I tak bawa passportlah."
"Tak perlu passport atau boarder pass, honey!! Kita seberang guna sampan je." Laila mengundurkan kereta memasuki satu slot parking di tepi sebuah rumah batu separa batu. Dia seperti telah biasa mengunjungi tempat ini.
"Jom, Honey...let's go to party!" Laila mula melangkah turun dari perut kereta.
Eh, parti apa pula kat sana? Parti buih ke? Wah, bestnya!! Tercetus mimpi nakal di benakku. Aku membontoti langkah yang diaturkan Laila. Sungguh aku kekok walaupun lebih 15 tahun aku bermastautin di negeri yang bersempadanan dengan Thailand ini- hakikatnya aku tidak pernah menjejak kaki ke Pekan Golok.
Kelihatan Laila bercakap dengan seorang pemuda bertubuh kurus- pemuda itu mengangguk-anggukkan kepalanya dan menunding jari ke satu arah. Aku turut memicingkan pandangan mengikut arah jari telunjuk pemuda itu.
Sebuah sampan telah tersedia- Laila membawa aku menaiki sampan yang dikemudikan oleh seorang pemuda lain. Hanya lima minit masa di ambil- kami telah tiba di tebing sungai sebelah Thailand. Aku sebenarnya agak cuak kerana inilah kali pertama aku memasuki Negara Thai secara 'haram'.
Laila bagaikan bertindak sebagai 'tourist guide' membawa aku ke satu pondok. Di situ, terdapat 3 orang anggota tentera yang beruniform lengkap dengan machine gun. Alahai, boleh kecut perut dibuatnya. Seorang anggota meminta kad pengenalan kami berdua- dan satu keping kertas dihulurkan kepada kami. Ermmm.. tidak lupa wang sebagai 'yuran kemasukan' disertakan.
Dari pengkalan haram- kami membonceng motorsikal yang dipandu oleh warga Siam dengan bayaran tiga ringgit menuju ke Pekan Golok atau Kolok yang berjarak dalam lebih-kurang 2km.
Aku agak kekok dan canggung manakala Laila mula tersenyum lebar.
"You tak pernah datang sini?"
Aku menggelengkan kepala, "This is my first time." Mataku ralit memandang suasana pekan Golok yang tak kurang meriah. Masih lagi dikunjungi oleh pelancong asing terutamanya dari Malaysia walaupun sering dimomokkan dengan berita adegan tembak-menembak dan letupan bom. Sebenarnya hatiku begitu gusar... tiba-tiba berlakunya.....Arghhh, tak perlu difikirkan dan didoakan kejadian buruk itu.
"Jom kita makan dahulu.." Laila mengheret tanganku memasuki sebuah restoran makanan laut. Menarik juga menu hidangan yang tersedia. Ikan siakap kengsom, kerabu sotong, kerabu mangga dan ayam phadprik menjadi pilihan makan malam kami berdua.
"I sure kat sini tak best berbanding kat Phuket kan?" ujar Laila seperti mendugaku. Entah apa yang sering bermain di benaknya. Perkataan Phuket masih tak lekang disebutnya. Dan perkataan Phuket menyebabkan otakku memikirkan tentang Safiyya.
"Eh, tadi I ternampak Huda." Tiba-tiba terpancul nama itu dari mulutku.
"So, you jumpa dia?" Renungan mata Laila tajam menikam wajahku. Aku sekadar menggelengkan kepala.
"Kenapa tak jumpa? You ni terlalu rindukan dia. Rugi you tak jumpa." Suara Laila seperti mengejekku.
"Ramai juga orang kat sini. Meriah!! So, lepas ni kita nak ke mana?" Aku mengalihkan topik dari bercakap tentang Huda. Aku takut mood perempuan di hadapanku berubah arah kepada parah.
"Kita pergi karok!" Matanya bulat bersinar. Sesekali dia menjongketkan keningnya.🎶🎶🎶
Keinginanku mengenali Pekan Golok yang menjadi sebutan orang sebagai tempat untuk berhibur membuatkan aku rela menurut kehendak Laila. Kunjungan kami seterusnya singgah di premis hiburan yang menyediakan perkhidmatan karaoke dan urut-mengurut... Sempat juga aku menjeling pandang melihat gadis-gadis yang bersidai di dalam kedai. Di Golok kegiatan ini agak tertutup berbanding dengan Phuket atau Hadyai.
Sedar tak sedar jam sudah melepasi angka 12 malam- aku mula resah memikirkan untuk pulang ke rumah. Maklumlah, aku memang tak biasa di sini. Sesekali aku mencuri pandang ke serata tempat bagi memastikan jikalau ada-ada wajah yang aku kenali.
"Hariz... kita tidur sini je malam ni. Kita balik esok pagi." Laila bagaikan dapat menghidu keresahan yang bermain di benakku.
"Okay.. It's up to you." Aku hanya ingin mengikut rentak Laila.
Puas melalak-lalak di ruang karaoke ditambah dengan perasaan berdebar-debar yang belum lagi reda, aku mengajak Laila mencari bilik hotel untuk melepaskan lelah. Lelah lah sangat!!!
Malam ini, Laila sedikit berbeza- dia bergaya simple dengan blouse putih berbutang di dada, skinny jeans hitam, membiarkan rambutnya yang panjang mengurai berpotongan layer bebas tanpa diserkup tudung. Yang menarik perhatian adalah high heels yang berukuran empat inci membuatkan ketinggiannya menyamaiku.
"Hariz!!! You membuatkan dada I berdebar-debar." Laila tersenyum dengan penuh manja tatkala kami melangkah masuk ke ruang bilik. Aku turut berasa akan getaran tatkala dada kami mula bersentuhan.
Tangan mulusnya membelai-belai dadaku, dia merapatkan hidungnya ke leherku. Aku turut sama mengikut rentak permaianan Laila. Dari leher, bibirnya berpindah ke pipiku. Satu kucupan hinggap.
Mana bisa aku menolak apabila bibir tebal milik Laila merayap ke bibirku. Pagutan bibirnya singgah sebentar pada bibirku. "Ohh!! You are good kisser, honey!" bisiknya ke telingaku. "You are goddam hot!" aku turut memujinya. Hembusan nafas Laila menbangkitkan naluri. Membuatkan aku khayal didalam pelukan hangat tubuhnya.
Ciuman kami bertambah hangat dan liar- tangan masing-masing saling menjelajah mencari titik nikmat. Dakapan dan rangkulan semakin liar hingga membawa tubuh kami jatuh terhempas ke atas katil yang cukup empuk. Seketika tubuh kami berguling-guling sambil bibir masih lagi berkucupan. Tiada apa yang mampu memisahkan kami yang hanyut di bawa arus nafsu ketika ini.
"Honey!!" Laila semakin nakal.. Satu persatu butang blouse miliknya ditanggalkan- gayanya meliuk-lentok sangat menggoda berahiku. Takkala dia duduk melutut di atas katil, dia semakin berani menanggalkan skinny jeans lalu melondehkan kebawah. Kini, tubuh Laila hanya ditutup oleh sepasang bra dan panty yang bewarna krim. Sekali imbas dia seakan bertelanjang bulat di hadapanku.
Aku menggigit bibir menahan nafas- gelora nafsu semakin menguasai fikiran. Laila semakin nakal menggodaku. Meliuk-liuk tubuhnya sambil mengelus-ngelus rambutnya. Pandangan matanya semakin menggodaku.
Laila menerkam ke arahku yang masih lagi berpakaian lengkap. Aku tahu dia inginkan sesuatu dariku ketika lidahnya mula menjelajah di atas perutku. Dia bertindak semakin liar dan berani, membuka zip seluarku dan terus melondeh ke bawah.
"Oh! No! No!Oh!No!" – entah apa aku merapik ketika lidahnya menekan-nekan kepala senjataku.
Laila berganjak sedikit ketika aku menahan kepala dari terus menyerang batang hikmatku. Tiba-tiba wajah Safiyya yang menangis tersedu-sedan muncul sekilas di ruang fikiranku. Aku tersentak dan tertolak Laila. Membuatkan tubuhnya tertolak ke sisi. Dia merenung tanda tidak berpuas hati.
"Why Hariz??"
"We can't do this!! Sorry, I can't!!" aku membetulkan senjataku- mujurlah seluarku masih tersangkut di lutut. Aku mengangkat seluarku hingga ke paras pinggang. Sempat aku menjeling ke arah wajah Laila yang berubah rona- wajah masam mencuka dan muncung panjang sedepa!!!
"Kenapa dengan you Hariz!!! I nampak you dah berubah!!" tiba-tiba Laila meradang.
"No.. bukan maksud I ..kita tak boleh.. Cuma!!" aku terkeliru dengan sendirinya.
"Cuma apa? Cuma yang nak cakap yang you rindukan Huda!! Hanya Huda yang berhak ke atas tubuh you!! You pandang jijik pada I kan?!!" Laila bertindak membalingkan bantal-bantal ke badanku.
"Maafkan I Laila... Bukan maksud I camtu.. I perlukan masa!!" Aku sengaja mencipta alasan yang tak logik. Apa sahaja yang terlintas di dalam kepalaku ketika ini.
"Alasan!! I tahu you inginkan Huda, bukan I... you sex dengan I tempoh hari sebab you bayangkan Huda kan?" Laila mengejekku. Suaranya semakin keras membentak.
"Yes.. So, what your problem, if Huda always in my mind!!" aku sengaja untuk menaikkan amarahnya.
"Huh... You think you are good enough!! You think she needs you!! You are such a coward, boy!!!" makin berani Laila menempelakku.
Hatiku mula bergelegak- ikutkan hati mahu sahaja aku lempang sahaja wajah wanita ini. Namun aku masih mampu bersabar. Bukan peelku mengasari seorang wanita.
Aku merapati Laila dengan kegeraman yang membuak-buak- aku memegang belakang lehernya yang jinjang dan dengan pantas aku memaut rapat ke arahku. Aku memagut bibirnya dengan rakus- sambil tangan meneroka dadanya masih berbalut coli. Kini, nafsuku semakin galak menguasai fikiran. Aku merebahkan badan Laila- menindihnya dengan begitu rakus, Begitu juga Laila yang tidak mahu mengalah mula menyerang tubuhku dengan jilatan lidahnya, sambil tangan meramas dan meraba badanku. Selimut dan bantal berselerakan di lantai begitu juga dengan pakaian-pakaian milik kami berdua.
Badan kami saling bergumpal dan bergomol- sekejap Laila menindih tubuhku kemudian aku kembali meniarap di atas badannya. Bilik yang sebelum ini hening kini bising dengan jeritan suara perempuan dan juga lelaki yang dihambat nafsu serakah.
Uh!!Uh!!Uh!!!Uuhhhh!!!! Laila mendesah nikmat.. Begitu juga aku sehingga tubuh kami dibasahi peluh yang merembes banyak. Akhirnya, masing-masing terhampar kelelahan.
********
"Adik... petang ni ada ke mana-mana tak? Mama nak minta tolong!!" Terdengar suara mama yang muncul dari pintu hadapan rumah. Aku menjenguk jam yang berada di dinding. Angka sudah melewati 2.03 petang.
"Tak ke mana-mana, ingat nak tidur." Aku menguap beberapa kali. Memang aku begitu keletihan. Gara-gara berkerja lebih masa dengan janda beranak dua malam tadi.
"Adik pergi mana malam tadi?" tanya mama sambil memakai seutas gelang tangan pada tangan kanannya.
"Adik pergi tengok bola rumah kawan.. Dah lewat sangat, tu yang terus tidur kat sana." Aku berbohong.
"Mama nak minta tolong adik hantarkan barang dan cek ni pada Shida kat butik mama. Mama tak sempat nak pergi ke sana. Tolong ye!"
Aku melihat paper bag yang berada di tangan mama. Kalau ikut rasa badan- memang aku terlalu malas nak keluar.
"Please-lah adik.. mama betul-betul urgent ni. Tolong beri pada Shida petang ni juga." Mama merayu.
Aku mengambil paper bag dan envelope dari tangan mama. Terpaksalah aku menurut kehendak mama- memang sebagai anak kita tidak boleh berkata tidak hatta sekalipun perkataan 'uh' terhadap permintaan dari si ibu. Aku pegang utuh ajaran itu.
Usai melaksanakan permintaan dari mama yang tersayang- aku berjalan melintas perkarangan bank. Hish, esok dah nak balik KL. Kena pergi cucuk duit ni untuk buat bekal semasa perjalanan. Aku sempat melihat isi kandung dompet yang sangat tipis. Hanya empat keping wang kertas bewarna merah yang berada di dalamnya. Sedih betul!!!
"Hariz!!" tiba-tiba namaku dipanggil dari arah belakang.
Langkah kaki tiba-tiba menjadi kaku.. Aku kenal nada suara itu... Aku kenal lunak manja suara itu. Suara yang pernah aku rindui.. dan sedang merindu lagi.1933Please respect copyright.PENANADxXQhfvt5e