KENAPA semalam minah sengal tu muncung semacam? Dia dah merajuk dengan aku kot? Kemungkinan! Sebelum ini tak pernah-pernah merajuk, tak semena-mena merajuk tak tentu pasal!
Aku cuba menghubunginya, tapi malangnya jawapannya- I'm busy now, please call me later. Itu pun generated sms yang membalasnya. Panggilan dariku langsung tidak dijawabnya malah pesanan whatsapp ditinggalkan dengan bluetick!
"Weh, kau gaduh dengan Safiyya ke?" tebak Zali.
"Bila masa pula!" Aku mengerutkan dahiku, pandai pula mamat ni serkap jarang.
"Alah, kau ni.. macam aku tak tahu. Semalam, aku tengok Safiyya dah tak mesra dengan kau. Biasanya dia akan mengendeng tepi kau. Tapi, yang aku tengok dia ke hulu kau pula ke hilir."
"Entahlah.. aku rasa dia merajuk dengan aku kot."
"Itulah kau.. Dah ada awek baiikkkk punyer.. sempoi baq hang.. Kau jual mahal pulak. Kalau kau tak nak Safiyya. Aku boleh take over!" sindir Zali.
Aku memuncungkan mulut, mataku mula mengadap skrin komputer. Kononnya, melihat data-data berkenaan aktiviti-aktiviti projek walhal fikiranku mula jauh menerawang. Mengingatkan perihal kerenah Safiyya kadang-kala dapat menghiburkan hariku. Manja dan nakal! Bicara Zali sekadar menusuk masuk menembusi gegendang teliga kemudian terus terbang keluar.
"Apa susahnya, kalau perempuan tu merajuk. Tandanya minta dipujuk. Kau pun satu Hariz! Kekadang aku kesian kat Safiyya.." sambung Zali setelah tiada respon daripadaku.
"Kenapa nak kesian dekat dia? Aku buat apa?" tingkahku.
"Eleh, boleh tanya aku pula yang kau buat apa! Masalahnya kau buat-buat tak nampak dia. Come on Riz, Safiyya tu bagi akulah quite okay juga. Muka pun cun... apa lagi yang kau nak? Cuma perangainya gedik sikit.. Yang lain not bad!"
"Entahlah, aku anggap Safiyya tak lebih dari sekadar seorang kawan, bro!"
"Kalau kau anggap dia hanya sebagai kawan. Kau jangan berikan dia harapan. Dan jangan cuba main perasaan orang, bro!" tingkah Zali. Oktaf suaranya melambung. Konon menasihati aku.
Aku terdiam ... Harapan yang bagaimana yang pernah aku berikan kepada Safiyya? Aku cuba tak ingin permainkan perasaan perempuan.
"Bro, kau pujuklah dia... Nanti, aku takut kau yang frust menonggeng pulak." Zali mengendurkan nada suaranya.
Bila kekasih mula merajuk,
Bagaimanakah dapat ku pujuk,
Hebatnya cinta banyak dugaannya,
Kau tak percaya yang aku setia...
Bait-bait lagu rock kapak 90an dilontarkan oleh Zali ketika melintasi ruang kerjaku. Biarpun sumbang janji ada confident level yang tinggi. Ceh!! Perli nampak!!!
🎶🎶🎶🎶
"Boleh saya jumpa Cik Safiyya?" Aku tersenyum pada gadis receiptionist. Mujurlah agak mudah untuk aku mencari lokasi pejabat di mana Safiyya berkhidmat. Penggunaan aplikasi waze atau googlemaps banyak membantu masyarakat di alaf baru ini.
Gadis itu membalas senyuman dan meminta aku menunggu sementara dia membuat panggilan ke dalam pejabat. Kedengaran dia bercakap dengan seseorang di dalam talian telefon.
"Maaf Encik..." Gadis berambut ikal mayang menjongketkan keningnya.
"Hariz!" Balasku. Aku memahami maksud reaksi wajah gadis itu.
Gadis itu kembali bercakap di telefon. Kemudian kembali memandang ke wajahku.
"Maaf En. Hariz, buat masa ini, Cik Safiyya ada meeting tak boleh diganggu! Kalau ada apa-apa pesanan untuk Cik Safiyya, Encik Hariz boleh tinggalkan pada saya."
Aku terpempan. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala beberapa kali. Gadis seolah-olah terpaksa mengukir senyuman, mungkin dia menyedari perubahan pada riak wajahku. Hampa sedikit!
Aku menghela nafas- berlalu dari ruang lobi pejabat itu. Buat kali pertama aku datang ke sini semata-mata ingin ketemu Safiyya dan aku gagal. Memang gadis itu merajuk. Teruk betul!! Harus bagaimana untuk aku memujuknya?
Aku menapak keluar dari bangunan, merayau seketika di perkarangan. Bagai hilang punca- tapi otakku seperti ligat memikirkan helah untuk meraih kembali perhatian dari sang gadis. Tidakkah aku sendiri yang 'menghalaunya pergi'?
Arghhh... kau ni Hariz!! Keliru dengan perasaan pulak! Pelik!!
Ketika mencari ilham, mataku tertancap kepada sebuah motorsikal berkuasa besar yang diparkir di sudut penjuru bangunan. Aku menapak namun masih lagi berjarak- mengintip si pemilik Harley Davidson berwarna hitam berjalur kuning emas. Aku memang kenal motor itu, Cuma aku mahu melihat dengan jelas siapakah gerangan lelaki yang menunggang motor tersebut.
Seketika aku menunggu dengan waspada di dalam jarak yang sederhana – sambil berdoa agar dapat aku melihat seraut wajah si samseng yang hampir merempuhku bersama Laila. Beberapa minit aku menunggu- ternyata sia-sia. Orang yang ditunggu tidak muncul tiba.
Aku berpatah balik memasuki perkarangan lobi bangunan yang menempatkan pejabat Safiyya. Masa untuk rehat lunch hampir tiba. Kelihatan berpusu-pusu manusia keluar dari pintu-pintu lift. Semuanya mengejar masa. Mungkin Safiyya akan turut serta di dalam gerombolan manusia-manusia yang meluru keluar dari pintu-pintu.
Akhirnya, mataku menangkap kelibat Safiyya di celah-celah keramaian manusia-manusia. Gadis itu mengenakan office attire berkemeja putih berjalur biru muda dan skirt biru gelap separas lutut. Rambutnya yang panjang mengurai diikat- tuck hairstyle.
Aku cuba menuruti langkah gadis itu – nekad untuk bertemunya. Walhal, aku tahu dia cuba mengelak dan enggan bersua denganku.
"Fiya... Tunggu sekejap!" aku menyerunya. Perlahan aku mengatur langkah untuk mendapatkan Safiyya yang berada bersama dengan dua orang gadis lain.
Safiyya mematikan langkah dan memalingkan tubuhnya ke arahku. Mata kami bertaut seketika.
"I need to talk with you!" Aku menghela nafas.
Dia hanya memaku pandangan padaku. Kemudian, dia berbisik sesuatu kepada dua orang rakannya. Sempat dua orang gadis itu menjeling pandang ke wajahku. Aku sekadar mengukir senyuman sebagai membalas senyuman yang dilemparkan oleh mereka.
Aku menapak merapatinya. Kedudukan kami semakin hampir. Aku tak peduli lagi terhadap mata-mata orang sekeliling melihat gelagat kami berdua. Lagipun tiada sebenarnya peduli. Kau nak berdrama kau punya pasal!
"Kenapa you cari I lagi? Bukannya you pernah kisah tentang I!" Jelas suaranya merajuk- kononnya!
"Sounds like sulky!!" aku tersenyum mengejek. Aku menghulurkan paper bag yang berada di genggamanku. Aku sempat singgah di gift shop untuk mendapatkan 'buah tangan' buat Safiyya. Aku tahu ini adalah kesukaannya. Aku tidak betah membiarkan gadis ini memendam rajuk lama-lama. Lagipun aku mula menyukainya. Tersuka tanpa sengaja kot. Lagipun, menyukai bukan bermakna menyintai.Namun tak lebih sebagai seorang kawan rapat. Memang aku tak pernah menolak hakikat bahawa Safiyya adalah teman rapat semasa zaman pengajian dahulu.
Aku mengenali Riena melalui Safiyya. Gadis ini yang bersungguh-sungguh untuk menyatukan cintaku pada Riena. Namun hubungan cinta di antara aku bersama Riena terlerai ketika sambutan ulang bulan yang ke sembilan belas. Erkk.. tak sempat nak sambut second annivesary! Dialah juga pendengar setia ketika ketika diriku dirundung kekecewaan apabila hubungan bersama Riena lebur menjadi abu. Dan dialah kawan yang tak jemu memberi dorongan supaya semangatku kembali pulih.
"You ni kan!!!... Mana you tahu I suka benda alah ni!! Baru jer I nak merajuk dengan you!!" Matanya bulat bersinar melihat patung kuning Tweety sebesar dua tapak tangan aku.
"Sebab I selalu nampak kartun ni ada di beg you, pencil case you, even sticker bertempek-tempek pada note book and file you. I know you are crazy for Tweety."
"You masih ingat kesukaan I dari zaman universiti lagi yer!"
Aku dapat rasakan rajuknya telah berakhir.
"I laparlah.. Jom kita lunch." Safiyya tersenyum manis. Dia memaut lenganku dan kami mula mengorak langkah untuk keluar dari perkarangan lobi bangunan.
Langkah aku terhenti. Apabila aku memandang kelibat belakang seorang lelaki berjaket kulit sleeveless berlambang tengkorak. Lelaki itu bergerak pantas mendapatkan motorsikal dan terus memecut dari situ. Mungkin dia menyedari bahawa aku memandang ke arahnya. Namun sayangnya, aku masih lagi gagal melihat akan wajah lelaki tersebut.
"Kenapa you ni?" soal Safiyya kehairanan. Aku sekadar menggelengkan kepala lagi.
****
Aku melihat jam pada dinding, 8.30 malam. Pada awalnya aku berhasrat untuk ke gym. Maklumlah sudah lama aku tidak menjejak kaki ke gym. Agak lama juga aku menternak lemak terutamanya di bahagian perut. Pelbagai makanan yang telah menerobos masuk ke dalam perutku sementelah di dalam waktu-waktu masih lagi tempoh sambutan aidilfitri.
Baru sahaja aku bangkit berdiri, kedengaran telefon berdering-dering. Aku tidak mengenali nombor yang tertera. Walaupun agak keberatan namun panggilan itu terpaksa dijawab juga.
Kedengaran suara wanita mengucapkan salam kepadaku. Aku menjawab salam sambil memusatkan pendengaran untuk mengecam sang pemilik suara yang lunak.
"Saya fikir awak dah lupakan saya." Suaranya kedengaran sinis pada telingaku
"Eh, tak!! Cuma agak sibuk dengan kerja. Maklumlah cuti panjang." Aku berdalih.
Aku tersenyum- akhirnya gadis itu menghubungiku.
"Saya tak pernah lupakan Huda, cuma ..." aku tidak berhenti sekejap.
"Cuma apa... Oh! Tentu awak nak cakap yang saya yang minta supaya awak lupakan saya kan!" Huda menebak. Kedengaran keluhan dihujung pertuturannya.
"Mungkin!!"
"Maafkan saya Hariz. Saya keliru."
Jauh di lubuk hatiku, aku bersyukur kerana panggilan yang ku terima pada malam ini. Sekurang-kurangnya aku memperolehi kembali nombor telefon gadis ini yang telah hilang dalam simpananku. Mungkin juga Tuhan telah mendengar doaku, atau mungkin juga aku diberikan peluang kedua.
"Hariz, awak masih marahkan saya lagi?" 1779Please respect copyright.PENANAkAC1qrfHbQ
Aku terdiam. Bergumpal dengan perasaan sendiri.
"Kenapa harus saya marah pada orang yang saya suka."
Kedengaran dengusan halus di telingaku.
"Hariz, Saya sedar bahawa tak sepatutnya saya minta awak tinggalkan saya dulu. Tapi ketika keadaan saya membuatkan saya tersepit Hariz. Maafkan saya!"
"Huda, dari dulu lagi saya minta perjelasan yang sebenarnya. tapi awak enggan. Saya cuba menjadi lebih daripada seorang kawan kepada awak. Tapi saya tak dapat peluang itu." tuturku lembut. Aku perlu berhati-hati dalam menuturkan kata-kata agar orang di sana tidak lagi tersinggung lagi.
"Segala telah terjadi. Kita tak mampu nak ubah masa lepas. Cuma mungkin selepas ini kita boleh terus berkawan seperti sebelum ni." sambungku setelah Huda tidak bersuara.
"Ouch!! Nanti saya fikirkan semula." balasnya.
"Kenapa awak nak kena fikir pula?" Soalku sedikit kehairanan.
"Ermmmm... kalau seperti sebelum ini. Teruklah!"
Aku seperti dapat menangkap maksud percakapan Huda. Aku tersenyum sendirian dalam masa yang sama aku dapat membayangkan bahawa tentu gadis itu turut tersenyum. Terlintas memori indah mengenai 'hubungan sebelum ini' di dalam benakku.
"Awak.... awak jangan fikir bukan-bukan ye!" kedengaran suara Huda begitu manja.
"Eh, taklah... Saya tak fikir sampai ke situ lagi." aku tergelak kecil. Aku langsung tak berniat untuk menyingkap kisah lama. Walaupun memori itu masih lagi utuh di dalam kotak ingatanku. Aku dapat rasakan bahawa Huda tentu turut sama teringat kembali kisah-kisah lama itu. Biarlah ia menjadi memori antara aku bersama Huda.
"Mungkinkah kita dapat bertemu kembali Hariz?"
"Kalau ada jodoh, pasti kita bertemu." jawabku bersahaja. Aku tak mahu menabur janji. Segalanya aku serahkan pada takdir biarpun hubungan antara aku dengan dia telah dicemari nafsu serakah namun aku berharap supaya hubungan ini dapat dibina dengan tulus suci.
Perbualan di talian bersama Huda telah melekakan aku pada niat asal untuk bersenam di gym. Takpelah malam ini aku nak layan jiwang sekejap! Di sudut hatiku, mula terbayang-bayang wajah mulus Huda namun bersilih-ganti dengan senyuman nakal Safiyya. Antara dua gadis yang kini hadir dalam hidupku bagaikan di sana menunggu di sini menanti... Aghhhhhhh!!!1779Please respect copyright.PENANAZC3G4uCrMC