AKU terpaksa melangkah memasuki ruang pejabat walaupun darah masih menyirap di kepalaku hatiku berbulu dengan perangai Fuad minggu lepas. Hakikatnya, aku perlu datang opis demi sesuap nasi. Eh.. sesuap mana kenyang der!!
Mataku sempat menjeling untuk melihat Mimie berbisik sesuatu kepada Ernie. Huh! ada sahaja topik dan gossip untuk mereka 'bawangkan.'
"Hah! ada topic best ke? Boleh aku join membawang juga!" sengaja aku menyibukkan diri sementara kakitangan lain belum tunjuk muka lagi.
"Bro, kau okay? Harap kau chill-lah.. sekali dua kena bambu dengan Fuad tu biasalah babe!.. Kau jangan ambil hati ye! Lagipun, dia kan aim nak jadi COO nak ganti tempat Puan Su." Mimie menggosok tangannya ke bahuku. Fuhh..lembut dan membuatkan aku sedikit terasa. Mujurlah berlapik dengan kemeja. Ernie mula mencerlung pandangan kepada kami berdua terutamanya pada Mimie yang galak menggosok lenganku tanpa henti.
"Aku okay.. No hal punya. Eh, Puan Su nak resign ke? Kenapa mak tiri kita nak berhenti tiba-tiba pula?" Aku mengerutkan dahi.
"Eh, kau tak tahu ke? Rumour dah bertiup kencang bahawa Puan Su bakal jadi CEO.. Ganti Tuan Haji Ramli yang nak bersara tak lama lagi. So, En. Fuad tengah melobi jawatan COO tu. Tapi yang tak sedap dengar yang Dato' Azlan nak jual syarikat ini pada orang lain." jawab Mimie seraya mendekatkan dadanya yang separa terdedah dengan blouse yang terbuka butang ke lenganku. Ernie mendehem beberapa kali seolah-olah tidak selesa dengan perilaku bestienya. Aku hanya buat don't know..untung-untung dapat gesel sikit pun kira okay apa!!!
"Amboi, bukan main korang membawang!!" satu suara lunak menegur dari arah belakang. Puan Nora selaku setiausaha Puan Su menapak ke arah kami sambil memegang dua buah fail yang dikendong ke dadanya. Serentak dengan itu, Mimie menjarakkan tubuhnya dari lenganku setelah mendapat jelingan tajam Nora. Wajahnya terkulat-kulat dan Ernie seperti sedang menahan ketawa.
Aku segera beredar dari ruang hadapan pejabat meninggalkan tiga jelitawan yang masih tidak puas untuk membawang sesama sendiri. Buat apa aku nak join bila dorang mula berbicara pasal lipstick, tudung, make up dan skincare bagai.
"Hariz.. ini ada supporting document projek kat Melaka untuk you!" Nora meletakkan dua buah fail berkulit keras ke atas mejaku. Aku langsung tak sedar bahawa Nora melangkah masuk ke dalam ruang kerjaku. Sedangkan sebentar tadi dia juga ralit bersembang bersama Mimie dan Ernie.
"Eh, siapa yang buat?" Soalku yang sedikit kehairanan. Eh, aku mana ada assistant untuk menyiapkan semua dokumen itu. Sambil itu mataku terpaku melihat sepasang gunung kembar yang menonjol bagaikan mahu menerjah keluar dari blouse sendat.
"Maksud akak. fail-fail ini ada dokumen-dokumen yang boleh membantu Hariz. Memang tiada yang buat.. tapi Hariz boleh gunakan maklumat yang ada dalam fail-fail ini untuk lengkapkan yang mana belum siap."
"Oh, saya ingat ada malaikat yang datang yang tolong saya." ujarku tersengih.
"Malaikat? Oh, I know there is someone who wanted to be your angel. But you're like pretending not to see her! Jangan cuba mainkan perasaan orang Hariz." Nora mempamerkan segarit senyuman sinis.
"Amboi... ayat akak ni.. Lain macam bunyi! Actually, I've not seen anybody to be my angel yet." Aku mengangkat kedua-dua belah bahu. Walaupun aku berasa sangsi dengan kata-kata Nora. Mungkin dia sengaja untuk menjeratku.
"Jangan jual mahal sangat Hariz.. Nanti lama-lama melepas barulah nak tepuk dahi." Nora tersungging kemudian mengangkat keningnya beberapa kali. Aku hanya diam tidak menghiraukan usikan darinya. Mungkin dia sekadar serkap jarang.
"Kak! Dah berapa lama akak kenal Safiyya?" Satu pertanyaan yang lama aku ingin ajukan tetapi seringkali tergendala. Kelihatan wanita seakan ingin melangkah pergi dan kakinya mula terbejat di lantai.
"Safiyya? Siapa tu? Oh... gadis cantik yang bersama Hariz masa majlis hari tu kan. Errr.. akak sempat berkenalan dengan dia masa tu lah." Aku dapat mengesan lirikan anak mata Nora. Padaku Nora sedang sembunyikan sesuatu.
"Safiyya tu girlfriend Hariz ke?" Soal Nora melangkah kembali merapati ke mejaku. Alamak, nampaknya sesi soal-jawab seperti akan bermula. Aku hanya menggelengkan kepala dan terus mengunci mulut. Padaku itu langkah paling selamat buat masa ini.
"Iyer lah tu.. Nak berahsia sangat kan...takpe kita tengok nanti."
"Takde rahsia-rahsia pun kak... Kalau benar saya cakap betul.. kalau tak betul.. Ia tetap tak betul!" Aku menunjukkan pendirianku. Wanita yang berusia pertengahan 30-an itu menggoyangkan jari telunjuk padaku seolah-olah memberi isyarat bahawa aku seperti jangan berbohong.
Nora berlalu sambil tersenyum sinis, aku sekadar memerhati goyangan punggungnya yang bersaiz XL melewati ruang kerja. Iskk.. entah kenapa aku mula sukar mengawal pandangan mata yang mula kembali nakal. Mungkin juga kemunculan Huda yang seolah mencungkil kembali kenakalanku yang hampir padam. Eh, Eh... mana boleh padam beb!
Aku mula menyemak isi kandungan dokumen-dokumen yang ku terima. Otakku tertanya-tanya berkenaan dokumen yang belum pernah ku lihat ini. Segalanya hampir lengkap dan memenuhi kriteria yang diperlukan untuk submission kepada pihak authority. Mana pula Nora dapat semua ini, ataupun sebelum ini dokumen-dokumen disorok dari pengetahuanku. Mungkin juga aku sendiri yang tidak periksa betul-betul dan perlbagai kemungkinan negatif yang mula menyerang benakku. Arghhh..yang penting aku kena siapkan proposal projek di Melaka ini.
Selepas aku selesaikan semua proposal then submit, andaikata proposal ini lulus. Aku akan menuntut janji pada Puan Su. Janji untuk aku handle projek baru di Kelantan. Aku tekad tak akan lepaskan peluang itu. Dalam masa yang sama boleh juga aku mengambil peluang untuk bertemu Huda. Dengan jarak yang terpisah jauh agak sukar untuk aku meraih kembali kasihnya.
Aku tersenyum sendirian dek kerana akal mula menerawang mengenang kembali episod-episod manis bersama gadis itu. Dari pertemuan pertama di sekolah hingga luruhnya bunga cinta. Semua itu telah berlalu namun masih lagi utuh di sanubari ini.
Wajah Huda seperti menari-nari memenuhi layar fikiranku. Senyuman manisnya, jelingan tajamnya, tutur bicaranya, gerak lakunya membuatkan aku semakin angau. Walhal, baru semalam aku dapat bertemu mata dengannya namun itu tidak mampu membendung kerinduan yang membara di dalam hati ini.
Teringat akan gadis itu, aku mendail untuk membuat panggilan. Agakanku dia masih berada di Puncak Alam untuk menemani proses pendaftaran adik bongsunya.
"Huda masih di Puncak Alam?" soalku setelah salamku mendapat jawapan. Dia mengatakan masih berada di UiTM dan dia masih sempat untuk cerita kisah throwback ketika hari pendaftarannya dahulu. Kedengaran suaranya amat girang.
Aku hanya memakukan pendengaran mendengar celoteh Huda di hujung talian. Bentuk bibirnya yang mungil terbayang-bayang di ruang mata. Kemanisan bibir itu seolah-olah masih lagi tersisa di hujung lidahku. Arghhh... yang membuatkan rasa itu semakin menggila.
Talian berakhir dengan satu janji yang akan bertemu lagi sekiranya berkesempatan. Dan aku akan memastikan bahawa kesempatan itu akan wujud nanti. Mataku masih tertancap pada galeri foto di dalam phone buruk milikku. Aku sempat mencuri mengambil foto wajah Huda setelah beberapa kali ajakan untuk berswafoto ditolaknya mentah-mentah. Tak kurang 15 keping fotonya berjaya aku rakam semasa di mid valley.
"Hariz.. You pergi mana semalam.. Puas i call you asyik tak dapat. " suara berintonasi manja dan menggelitis menerjah gegendang telingaku. Dengan serta-merta nafsuku tersingkir dan menghilang. Entah apa ilmu gadis ini pakai.. Seolah-olah nafsuku terkunci rapat.
"Haah.. Bila pula you boleh muncul kat opis I ni? Eh, ni opis I bukan opis you. You tak kerja ke hari ni? Bos you tak marah ke you masih tak masuk opis at this time?" Aku menyoal dengan bertubi-tubi. Khayalan bersama Huda lenyap dengan kemunculan mengejut Safiyya. Aku sebenarnya pelik dengan kehebatan Safiyya yang boleh selamba badak ponteng kerja dan melangut di pejabat orang lain.
"You dah breakfast ke.. jom teman I makan.. I lapar lah, " rengek Safiyya makin menjadi-jadi. Dia langsung tidak menghiraukan pertanyaan dan sindiran tadi.
"Harizzzz.. Jomlah teman I breakfast. Penat tau I datang ke sini nak ajak you makan.. Boleh pula you buat don't know kat I. " suaranya dikendurkan seperti merajuk.
Aku memandang seraut wajahnya yang anggun. Bohonglah kalau lelaki tidak terpesona padanya. Aku tahu ramai di luar sana ingin mencuba nasib untuk mendekati Safiyya. Tetapi gadis ini umpama jinak-jinak merpati. Berbeza pula denganku, kenapa hatiku begitu dingin terhadapnya sedangkan sukar untuk menafikan bahawa aku mula menyenangi dirinya.
Aku bangkit dari duduk serta menyambar tangan gadis yang berskirt separas peha keluar dari ruang kerja. Sungguh aku tidak betah melihat gadis itu melangut di dalam pejabatku. Apa staff lain akan bercakap tentang aku dan Safiyya. Kadang-kadang naik hairan dengan sikap Safiyya yang seakan familiar dengan pejabatku. Malah hubungan baiknya dengan Puan Nora mula menjadi persoalan di dalam kepalaku.
"You dah kenal lama dengan Kak Nora? I tengok you baik sangat dengan dia?" Soalku ketika kami duduk untuk menikmati sarapan di kedai mamak seberang jalan.
"I kenal dari kecil lagi.. Actually, dia ada bau-bau bacang dengan I. Kira saudara jauh juga then kami juga berjiran." Tutur Safiyya ketika jarinya pantas menyapu kaya pada sekeping roti bakar.
"Oh, no wonder ..you tahu everything pasal office I. Mesti you all sering bergossip kan." Sebenarnya aku tidak terkejut dengan kata-kata Safiyya cuma sedikit ralat kerana Nora telah berbohong tentang persahabatan dengan Safiyya.
"Takde maknanya kita selalu nak bergossip.. Hurmmm ...lupakanlah.. tak penting pun!!" Safiyya berhenti bercakap apabila dia menyuapkan sekeping roti memasuki mulutnya.
"Fiya! Kekadang I pelik dengan you!"
"Pelik! Kenapa?"
"ya.. I pelik dengan you.. you tak kerja eh.. lagi satu I nampak you selalu free..Seringkali tercongok kat office I.. Tak pelik kan."
"Oh..pasal tu ye.. I know how to handle and manage my job..So, my boss pun tak pernah soal. Janji i boleh deliver my job proper and perfect! It's not a big problem." tutur katanya kelihatan sangat berkeyakinan.
Sedang aku menikmati roti planta bersama kopi 'O' kaw.. telefon aku berdering. aku meraba-raba ke dalam kocek seluar lalu mengeluarkan telefon yang bernada dering lagu November Rain secara instrumental. Nama Nurul Huda tertera pada layar skrin membuatkan mata sedikit pegun.
"Sorry Fiya, I must pick up this call." Aku bangkit lalu meninggalkan Fiya- menjauhkan diri buat sejenak.
"Hariz, boleh kita jumpa malam ni? Saya rasa awak boleh tolong saya kali ini. " suara yang gemersik menerjah lubang telingaku.
"Sure, i pick up Huda di rumah auntie malam ni." aku bersetuju tanpa berfikir lanjut.
"Boleh, jam 9 malam."
Talian dimatikan.
Pelik!! Sebelum ini katanya mahu terus pulang ke Kota Bharu setelah usai pendaftaran adiknya. Tiba-tiba beritahu nak jumpa aku pula? Siap minta tolong lagi. Kenapa dengan dirinya? Ada masalah ke?
Aku tercegat di luar beberapa detik walaupun talian telah lama terputus. Seakan termenung jauh.
"Siapa yang call?"
Jeda
"Hariz, I tanya you... siapa yang call you?" suara Safiyya sedikit keras.
"Oh.. Sorry.. Klien.. Klien yang call.." balasku sedikit gagap.
"Any problem?"
"No.. err.. biasalah soal material." Aku berbohong.
"Oh, okay.. Hariz I need to go now.. Please call me if you need anything.. I selalu akan bersama you." Dia tersenyum manis. Aku.. aku hanya memandang kosong seraut wajah itu. Sungguh aku kasihan padanya, tak pernah serik untuk menagih kasihku. Tapi aku....arghhhh... Cintanya memungkinkan bakal menjadi bebanan di jiwa suatu hari nanti.1656Please respect copyright.PENANA7gfbhNMu0n