AKU memandu melewati deretan rumah teres sehingga ke unit terakhir. Dalam masa yang sama mataku memandang ke arah rumah auntie kepada Huda yang terletak di kedudukan tiga unit yang terakhir. Lampu porch menyala cuma tiada sebarang kenderaan berada di dalamnya.
Aku berhenti di seberang lorong dan tidak jauh dari deretan rumah teres dua tingkat itu. Selepas pastikan bahawa aku memarkir kereta dengan betul, aku membuat satu panggilan telefon untuk memaklumkan bahawa aku telah berada di hadapan rumah ini.
Aku membuat keputusan untuk menunggu kedatangan Huda dari dalam kereta sahaja. Jam pada dashboard menunjukkan angka 8.59 malam. Menanti kelibat Nurul Huda dengan debaran di dalam dada. Walaupun benak ini dipenuhi dengan pelbagai soalan yang masih gagal dirungkaikan lagi. Paling penting aku teramat ingin tahu status pertunangan yang digembar-gemburkan yang menyebabkan perpisahan ini terjadi. Begitu juga dengan perasaannya terhadapku.. Sekiranya dia enggan untuk menjawab maka terpaksalah aku berdiam diri lagi. Pada masa yang sama, aku perlu mengawal rasa yang kian mencengkam jiwa. Rasa yang menjurus pada kehendak batin yang meruap.
Dari cermin pandang belakang, aku melihat sosok tubuh gadis genit itu menghayunkan langkah kaki. Cara berjalan seperti itik pulang ke sarang. Mana bisa lelaki tidak tergoda dengan lenggok tubuh yang santai berlenggang. Masa mungkin tidak terkocak nafsu bila memandang akan wajahnya yang selembut sutera.
"Dah lama tunggu?" Huda mungkin berbasa-basi setelah melabuh punggung di sebelahku. Sempat mataku menangkap bentuk punggungnya yang semakin bulat dan montok. malam ini, dia mengenakan blouse berlengan panjang, dan berskirt satin yang labuh. Kalau ikutkan kehendak hati, aku ingin melihat Huda berkebaya atau berbaju kurung seperti di sekolah.
"Huda dah makan?"
"Belum." balas Huda sambil meletakkan beg sandang ke belakang. Pelik! Dia membawa handbag tetapi beg sandang. Barang apa pula minah ni bawa?
"Kita nak ke mana?" Aku melihat ke arah buah dadanya yang dilindungi tudung semasa dia memusingkan badan. Walaupun sedetik, namun mataku terlalu alert ke arah itu.
"Terpulang pada Hariz.. Ini tempat Hariz. So, Huda ikut sahaja. Tetapi Huda ingin tengok KLCC pada waktu malam boleh tak?"
"Demi Huda, bukan setakat KLCC.. ke bulan Hariz sanggup bawa juga." Aku cuba meraih tangannya tetapi hampa. Cepat-cepat dia melarikan tangan yang berada di atas gear kereta.
"Kalau begitu bawa Huda ke bulan malam ni."
"Boleh.. kita berbulan madu malam ni ye!" Tuturku selamba.
"Nakal!...tak habis-habis.." Sepitan jarinya mendarat pada lenganku. Aku tersengih. Harap umpan kali ini mengena pula. Huda memuncungkan bibirnya.
"Kenapa muncung tu.. karang nak kena cium kan!" aku semakin galak menyakat. Perangai hantu kembali menjelma.
"Dahlah... awak drive kereta elok-elok. Jangan nak menggatal tak tentu pasal. Kalau nakal-nakal, saya turun dari kereta." Huda membebel pendek. Main ugut-ugut pula.
*****
Usai menjamu hidangan dia sebuah restoren cina muslim di Ampang, aku membawa Huda bersiar-siar menikmati panorama malam di sekitar Kuala Lumpur. Melalui jalanraya yang masih lagi hiruk-pikuk dengan pelbagai kenderaan. Dari Dataran Merdeka menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman kemudian berlegar-legar di kawasan Bukit Bintang dan akhir sekali ke Menara Berkembar Petronas yang utuh menjadi mercu tanda bandaraya kosmopolitan ini.
"Awak bawa apa dalam beg sandang tu, mana handbag awak?" soalku apabila kami berdua berdiri bersandar di sisi kereta sambil menikmat panorama bangunan berkembar yang tertinggi di dunia ini.
"Pakaian saya sehelai dua.." ujarnya tanpa melihat padaku.
"Kenapa bawa baju. Huda nak pergi mana malam ni?" Soalku kehairanan manakala Huda masih lagi memandang KLCC. Seperti termenung. Entah apa yang bermain di benaknya di kala ini. Sukar untukku meneka.
"Saya tak balik rumah mak su malam ini. Ibu saya dan maksu pergi ke rumah sepupu saya. Mereka tidur kat sana. Lagipun akak sepupu baru lepas bersalin... " Huda mengeluh perlahan-lahan.
"So,awak tak pergi melawat akak sepupu?"
"Petang tadi, saya dah pergi tengok.. tiba-tiba ibu saya nak jaga anak saudara kesayangan dia malam ni. Lagipun saya seganlah nak tumpang kat sana. Suami dia kan ada."
"Kenapa tak nak stay umah mak su?" Makin banyak soalan dariku pula.
"Hah.. itu lagi masalah!" Huda terdiam kemudian dia menghela nafas. aku sekadar memerhatikan wajahnya. Ada riak keresahan. Biarkan dia bercerita sekiranya dia selesa untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam lubuk hatinya.
"Pak Su ada kat rumah, lagi pun... " Huda berhenti dan sekali lagi dia menghela nafas.
"Dia cuba nak buat benda tak senonoh dengan Huda. Petang kelmarin dia sengaja masuk dalam bilik Huda ketika Huda baru lepas mandi.. . Bukan sekali dua dia cuba buat.. dah ada beberapa kali.Nasib baik Huda tak menjerit. Kalau tak entah apa yang akan jadi dia dengan mak su." kedengaran keluhan kasar terluah dari kerongkongnya.
"Ciss.. binawe punya pak sedara. Dengan anak buah pun nak makan. Huda kena ajar dia." Aku menghamburkan kegeraman.
"Tapi, dia belum sempat buat apa-apa pun.. Cuma, dia macam nak buat.. tapi nasib baik Huda boleh mengelak. Tu yang Huda tak nak berduaan dengan dia. Takut dia semakin berani." Katanya jujur.
Aku berfikir sesuatu- sebagai lelaki aku juga geram melihat tubuh Huda. Atau mungkin pak su Huda dapat meghidu sesuatu yang telah berlaku terhadap diri Huda.Lebih tepat lelaki itu mengesyaki yang Huda pernah melakukan seks. Hanya lelaki yang tertentu boleh mengecam akan perkara itu.
"Hariz... apa yang awak fikirkan?" Soal Huda apabila mendapati aku hanya berdiam diri.
"Ermm.. So, ibu awak tahu awak keluar dari rumah. Awak cakap nak pergi mana?"
"Tahu.. saya cakap nak pergi rumah kawan lama."
"Kawan lama. Siapa?" soalku. Dahiku berkerut seribu.
Jeda. Masing-masing menatap bangunan berkembar. Kononnya saling menikmati keindahan malam yang makin larut.
"Awak kan kawan lama saya." balasnya bersahaja. Jackpot!!! Aku membuntangkan mata. Kata-katanya ibarat pelanduk comel yang menawarkan diri kepada buaya yang tengah kelaparan.
"So, jom saya bawa Huda ke rumah I malam ni." Aku tersengih dan Huda mencebik.
"Jangan ngada.. Huda boleh tidur kat mana-mana hotel." Huda bercekak pinggang di hadapanku. Sekaligus membuatkan dadanya yang sedikit terjojol. Bulat mataku menatap pemandangan yang tidak disengajakan itu.
"Anggaplah bilik saya sebagai bilik hotel...tetapi tak payah bayar apa-apa pun.. Buat apa nak bayar bilik semata-mata nak tidur... dan saya janji tak akan kacau Huda tidur. Huda tidur dalam bilik saya tidur dalam kat hall." aku mengangkat tangan seperti sedang membaca ikrar. Bukan sekadar ajak-ajak ayam tetapi aku berani bersumpah.
"Boleh percaya ke?" Huda menjuihkan bibirnya. Ini yang membuatkan semakin aku geram. Bentuk bibirnya membuatkan aku tidak keruan.
❤❤❤❤❤❤
Aku memasuki ruang tamu rumahku dengan penuh berjaga-jaga sambil mata melilau mencari kelibat Sulaiman. Nampaknya kawan serumahku telah lama dibuai mimpi indah. Aku mengajak Huda memasuki terus ke ruang bilikku.
"Awak boleh tidur dalam bilik saya. tapi maaflah bilik orang bujang bersepah sikit." Aku menyalakan lampu bilik untuk menerangi kegelapan. sementara di ruang tamu unit apartment dibiarkan bergelap.
"Huda rasa takdelah bersepah sangat.. cantik tersusun.." ujarnya sambil matanya memandang keseluruhan bilikku. memang aku sangat tidak selesa dengan keadaan bilik yang tidak tersusun rapi. Lemas.. Apabila balik dari kerja tambah pula letih dan penat, masuk bilik macam tongkang pecah boleh menambahkan stress tau!
Sebenarnya, aku masih lagi tak percaya bahawa Huda sanggup mengikut aku sehingga ke rumah ini. Fikirku hanya sekadar ajak-ajak ayam tetapi sekarang ini tubuh genit itu berdiri di sebelahku.
"Awak janji tadi.. tak nak kacau saya.. Apa lagi keluarlah!" Huda menjengilkan matanya. Amboi, nada bahasanya sedikit garang. Berasa ringan sahaja tangan ini ingin mencubit pipinya yang gebu. Dia menjuih bibir manakala aku mula mengepalkan kedua-dua belah tanganku.
"Okay saya keluar ni.. tapi... saya nak tukar baju dulu..."
"Hish.. sila tukar baju kat luar." Tingkahnya.
"Eleh, takkan dah lupa yang dia pun pernah tak pakai baju depan kita!" aku menyindirnya.
"Eeeee..awak nih... syuh syuh!" Huda melibaskan tangan kanan seperti menghalau ayam.
Huda menolak tubuhku hingga keluar dari bilik tidur. Aku berasa seronok dengan menganggap ini adalah hiburan jenaka kami berdua. "Huda..I nak ambil baju..please!" aku cuba mengawal ton suara agar tidak mengganggu sahabat yang lena diulit intan di bilik sebelah. Eh, awek Sulaiman memang bernama Intan.. Intan Zulaikha... Kekadang minah tu bermalam juga di sini.. Aku buat buat derk je dengan bunyi-bunyian yang sesekali bergema. Seingat aku, pernah terserampak aksi doggie-mendoggie Sulaiman dengan Intan di ruang tamu. Nasib baik dia tak offer threesome kalau tak..pasti aku cabut lari...
Aku mengambil masa untuk berfikir ketika di tandas, membasuh muka dan cuba mengawal diri buat sejenak. Membiarkan Huda mengambil masa untuk berehat di dalam bilik. Kerana aku telah pun berjanji tidak cuba mengganggu dirinya. Aku agak dia risau akan godaan dariku terhadapnya.
Aku berlegar-legar di ruang tamu yang berada di dalam kegelapan. Hanya disinari dengan cahaya suram yang menerobos masuk dari luar unit apartment.Aku bersandar di pintu bilik, dalam masa yang sama cuba berharap bahawa Huda akan membuka pintu bilik ini. "Huda, please...Let me in for a while." aku merayu. Sebenarnya aku ingin menukar pakaianku. Sungguh tidak selesa untuk tidur dengan menyarung jeans dan kemeja.
"Amboi.. cakap orang putih pulak dia!" Tiba-tiba terpancul Huda dari celah pintu yang terbuka separuh.
Belakang badanku yang bersandar pada pintu bilik hampir-hampir jatuh terlentang ke belakang. Nasib baik tanganku sempat berpaut pada bingkai pintu menahan diri dari jatuh gedebak ke lantai. Dengan ketangkasan tubuhku dapat ku imbang dan segera untuk berdiri dan berhadapan dengan si gadis genit yang telah menggoda hatiku.
"Wow!!" Pandangan mataku membuatkan air liurku hendak menjejeh keluar. Aku terpaku.
"Ermmm... Hariz masih simpan kain batik Huda sampai sekarang." Tuturnya dan aku perasaan riak wajahnya bersahaja. Tidak kemerah-merahan seperti menahan malu. Sungguh dia bereaksi bersahaja berkemban dengan sehelai kain batik jingga miliknya. Cuma terletak sehelai tuala yang dibahu kirinya. Mataku menatap dadanya yang bertelanjang di hadapanku.
"Kain batik ini adalah kenangan kita berdua. Dan ia juga adalah saksi pada apa yang telah berlaku antara kita." Ujarku lembut sambil menahan gelora. Bukan dia tak tahu bahawa nafsuku mudah terliur dengannya apabila berkain batik. Atau sengaja dia ingin mencabar naluriku. Atau dia sebenar berniat untuk menggodaku. Godaan nakal dari Huda yang amat aku rindui.
"Huda tahu Hariz.. Kain batik inilah adalah saksi bahawa tubuh ini telah bersatu dengan awak Hariz." Huda membuka pintu sedikit luas seperti membenarkan aku bergerak ke dalam.
Bagaikan deja vu yang berulang kembali, aku menutup bilik. Menatap sekujur tubuh si gadis yang hanya berkemban di hadapanku. Aku bergerak semakin rapat hinggakan dadanya semakin hampir dengan dadaku. Huda hanya pegun tidak berganjak, malah mula melepaskan tuala ke lantai.
"Huda... Saya masih mengingati saat kita bersatu dahulu." Kedua-dua tanganku mula melabuh pada tangannya
"Hariz, Huda tahu sebab itulah Hariz masih menyimpan apa yang menjadi milik Huda." aku menarik tubuh Huda terus ke dakapanku. Terasa dadanya semakin berombak dan desiran nafasnya menderu laju.
Aku mendongakkan kepalanya ke arah wajahku. Senyuman tergaris pada bibirnya.
"Huda... saya dah tak sanggup berpisah lagi."
"Itu bukan ketentuan kita Hariz." Huda melepaskan pelukan. Berganjak ke pintu bilik. Dia berdiri sambil memandang ke arahku. Riak wajahnya kosong. Memang kosong atau aku yang tak mengerti!1680Please respect copyright.PENANAd9RujALqaM