AKU memecut kenderaan ke lebuh raya utara-selatan dari arah Sungai Besi dan akan keluar di tol Kajang. Sepanjang tiga hari keberadaan Huda di Bangi, dia melarang aku untuk bertemunya sehingga kursusnya berakhir pada tengahari khamis.. Aku terpaksa akur dengan kehendaknya walaupun naluri hati ini membuak-buak ingin bertemu dengan dia.
Tepat jam 2.00 petang aku tercongok di hadapan keretaku di sebelah pondok pengawal Institut yang mana Huda menghadiri kursusnya. Dengan Rayban made in China yang menutup kornea mata, aku memerhati kelibat gadis-gadis yang lalu -lalang dengan pelbagai gaya tersendiri. Dengan bersahaja aku duduk menunggu bagaikan seorang jejaka yang menanti sang kekasih yang telah lama berpisah tanpa menghiraukan jelingan daripada para gadis yang melintasi ruang mata ini.
Beberapa minit, muncul susuk tubuh yang aku nantikan- menghayun langkah dengan lemah gemalai. Dalam getaran rasaaku melemparkan sebuah senyuman terhadapnya. Senyuman yang aku layangkan disambut dengan senyuman menawan dari bibirnya. Dia tampak begitu ayu dengan berbaju kurung ungu mengatur langkah menghampiri tempat aku berdiri.
Ucapan salam darinya ku sambut ikhlas. Senyuman yang terukir dibibirnya membuatkan hatiku semakin berbunga-bunga. Cukup untuk menghilangkan sebuah kerinduan. Di kala ini, percikan firasat hatiku mengatakan bahawa huluran cintaku telah disambut olehnya.
"Maaf sebab sepanjang saya di sini. Saya tak ada peluang untuk bertemu dengan awak. Saya harap awak tak marah ye!" Ujarnya lembut seraya melabuhkan punggung di kerusi penumpang sebelahku.
"Tak mengapa. Lagipun awak datang sebab nak belajar kan! Hari ni kita dah berjumpa.. So, terubat sikit rindu saya pada awak!" Aku berterus-terang sambil menjeling akan wajahnya. Mencari riak wajahnya.
Jeda.
Aku diam dalam menanti tutur kata dari mulutnya. Tanpa berlengah aku memacu kereta meluncur di jalan raya. Aku beranggapan dia masih lagi berat untuk berterus-terang tentang kata hatinya. Biarlah, yang penting aku telah meluahkan kerinduan padanya. Tidak perlu ku simpan sendirian.
"Awak.. kita pergi KLCC nak? Kita naik LRT." Huda memberi saranan. "Awak nak shopping ke? Kenapa nak naik LRT" Soalku.
"Saje je.. Lagipun dah lama tak naik LRT.. Lagipun tentu jalan jammed teruk kan."
Biarlah aku melayan kehendak gadis ini. Walaupun aku agak kekok menggunakan pengangkutan awam di bandaraya ini. Hanya sesekali sahaja aku terpaksa menggunakan perkhidmatan itu, selebihnya aku selesa memandu sendiri walapun terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang menggila.
Aku membuat keputusan untuk meninggalkan kereta di Hentian Rapid KL Sungai Besi dan mengambil tren menuju ke KLCC. Huda sekadar mengikuti langkahku, dan aku tidak mahu bersoal-jawab tentang keinginannya mengunjungi KLCC. Layan ajerla.. Orang kata bila datang KL tak singgah kat KLCC tak sah! Itu orang kata..Kan?
Tak mengapa walau terpaksa menaiki LRT atau berjalan kaki kerana melayan kehendak si gadis. Aku yakin akan wujud kemesraan dalam dirinya terhadap aku. Aku cuba menjadi terbaik padanya- ketika ruang dan peluang yang sedang terhidang luas.
"Huda... saya bukan orang yang suka bersumpah setia, berjanji bulan bintang. Cuma saya nak beritahu.. saya akan berusaha untuk menyayangi seikhlas hati. Saya harap Huda beri satu peluang untuk saya untuk mengisi ruang di dalam hati awak." Aku berusaha untuk menyakinkan Huda tentang perasaanku terhadapnya.
"Hariz.. Jujur saya katakan pada awak. Saya selesa bila bersama awak. Tapi kekadang awak membuatkan saya takut. Awak terlalu menaruh harapan yang tinggi pada saya. Tak salahkan kita berkawan."
"Tapi Huda... Kita bukan sekadar kawan lagi. Kita dah terlanjur Huda.."
Huda menundukkan wajahnya. Nampak dia menghela nafas semasa wajahnya terpunduk ke bawah. "Saya tahu Hariz... Saya dah tak suci.. saya bukan perempuan yang baik!" Huda menghela nafas seolah-olah mencari kekuatan dalaman untuk bertutur.
"Suci?! Saya pun sama Huda.. saya tak kisah pasal itu. Segalanya telah berlaku. Kita lupakan soal itu. Kita mulakan buku baru. Saya janji lepas ni yang saya takkan sentuh awak lagi. Kalau boleh saya nak awak secara halal. Please trust me Huda." Aku mula merayu.
"Kalau ada jodoh kita saya tak akan menolak. Namun buat masa ini, saya selesa berkawan dengan awak Hariz." Huda merenung ke arahku. Sedetik bola mata kami bertembung namun cepat-cepat Huda melarikan pandangan mata.
"Hariz, jom kita balik.. Hari pun dah hampir malam." Huda bangkit dari duduk sambil menggapai beg tangan yang berwarna ungu gelap. Aku menurut langkah kakinya keluar dari restoren makanan segera.
Langkah kami beriringan menuju ke stesen Rapid KL untuk kembali ke Sungai Besi. Kala ini Huda sesekali berceloteh berkenaan tentang kenangan silamnya ketika menetap di bandaraya suatu masa dahulu. Ada juga kata gurauan yang terbit dari kami berdua. Aku amati dari tutur katanya seperti dia sedang menyingkirkan luahan perasaan aku sebentar tadi.
Di dalam puluhan manusia yang berkumpul di sebelah landasan. Aku dan Huda menyusup kehadapan dari manusia-manusia yang berdiri sebaris landasan yang menanti tren yang bakal tiba. Tatkala itu mataku tajam dapat menangkap satu susuk tubuh yang amat aku kenali yang berada di seberang landasan.
Dia berdiri tegak sambil memaku pandangan ke arahku. Wajahnya tampak serius. Bola mata kami bertembung dan seperti wujud satu arus kuasa yang tidak kelihatan bagaikan memanah terus ke dalam hatiku.. Aku mengalah! Lalu melarikan pandangan ke arah lain dan aku hanya mampu meneguk liur. Tiada apa yang aku lakukan lagi sementelah Huda semakin menghimpit sisi tubuhku.
Biarlah dia melihat aku bersama Huda. Kerana selepas ini lebih mudah untuk aku 'melepaskan diri' dari gadis itu. Tak perlu aku berdalih dengan seribu alasan. Biarlah matanya menyaksikan sendiri bahawa aku bukan untuknya.
Walaupun aku tidak nampak riak wajah Safiyya dengan jelas, namun aku yakin bahawa wajahnya cukup tegang bagaikan menyimpan satu lahar amarah yang berapi. Mungkin seperti Anak Krakatoa yang menyimpan lahar yang belum dilepaskan.
Aku bagaikan tidak peduli tetang Safiyya yang berada bertentangan denganku ketika Huda mula merangkul lenganku. Satu perlakuan yang tak pernah dibuatnya sebelum ini. Mujur ada landasan yang menjadi tembok pemisah. Ketibaan tren LRT bagaikan menjadi sang penyelamat. Aku menarik Huda mengikut langkah memasuki perut koc LRT di celah kerumun manusia, walaupun mataku masih memandang keluar mencari-cari kelibat Safiyya.
*****
"Awak tak takut ke tidur sorang diri dalam bilik hotel?" Aku cuba mengusiknya setelah kami tiba di perkarangan sebuah hotel di bandar Kajang.
"Apa yang nak ditakutkan? Saya bukan seorang diri.. Ada kawan satu bengkel nak tumpang malam ni. Hariz saya terpaksa pergi ni..." Huda mula menjadi tergesa-gesa. Dia kelihatan kalut ketika menyelongkar isi dalam handbag. Ketika dia mengeluarkan telefon ada sekeping kad terjatuh di sebelah pehanya.
"Kawan tu lelaki ke perempuan? Kalau awak nak saya temankan pun boleh!" Aku berseloroh dan sempat aku mengambil sekeping kad akses barangkali bilik penginapan. Otakku mula mengingati nombor bilik yang tertulis pada sekeping kad tersebut.
"Amboi.. petang tadi kan dah janji. Tengok tak sampai satu hari dah mungkir janji.. Hishh..Lelaki kan ak pernah pegang pada janji." Huda menyindirku.
"Huda.. ermmm.." Aku menghulurkan kotak kecil berbentuk empat segi panjang yang aku ambil dari kotak simpanan pada dashboard kereta.
"Eh, apa ni?!" Aku melihat riak wajah Huda yang terkejut apabila aku hulurkan kotak kecil yang berbaldu merah.
"Maaf Hariz... saya tak boleh terima benda ni.. Saya rasa terlalu besar untuk saya."
"Ambillah.. saya ikhlas untuk hadiahkan pada awak. Tiada maksud bahawa awak terima hadiah ni bahawa awak terima saya. Ambillah sebagai kenang-kenangan sahaja. Tak lebih dari itu." Aku memujuk lalu menggapai tangannya. Kotak kecil itu aku letakkan di atas tapak tangannya.
"Hishh.. Maaf Hariz... Terlalu mahal buat saya!" Tingkah Huda lembut.
"Ambillah.. saya ikhlas!" Aku memaksanya lagi. Ada sirna pada wajahnya menerima seutas gelang pemberian dariku.
"Saya terima hadiah ini.. sebab saya yakin awak ikhlas dengan saya!" Bibir Huda mengukir senyuman.
"Eh.. saya kena pergi dahulu.. mungkin kawan saya dah sampai." Huda kelihatan sedikit tergesa-gesa ketika ini telefon bimbitnya berdering di dalam beg tangannya. Dia hanya memandang sekilas pada telefonnya namun tidak menjawab panggilan itu.
*****
"Hariz...Kau nak apa lagi!!" jerit Huda. Riak wajahnya terkejut dengan kemunculan aku yang tidak disangka.
"Kau betina murah! Aku sayangkan kau tapi kau masih tetap tidak memilih aku!!" Aku hilang kewarasan di fikiran. Aku meluru lalu memegang kedua belah bahunya dengan begitu kuat. Cengkaman dariku membuatkan tubuhnya semakin meronta.
Aku menolak tubuh Huda ke atas katil. Hatiku semakin bergelegak.Aku tak menyangka kasih sayang bukan sahaja dipersiakan malah dipermainkan oleh perempuan ini.
Huda menangis. Dia cuba bangkit dari terlentang. Tubuhnya yang hanya berbalut gaun malam separas peha terselak hingga menampakkan kedua-dua belah pangkal pehanya. Aku tidak mampu menahan sabar, lalu aku memanjat ke atas katil untuk menindih tubuhnya. Semakin kuat aku memegang tubuhnya semakin kuat dia meronta.
Selepas Huda turun dari keretaku, terdetik rasa curiga di dalam hatiku. Aku sempat mengamati riak wajah Huda yang aneh ketika dia tergesa-gesa meninggalkan aku sendirian. Aku cuba menyingkirkan rasa tak sedap hati namun otakku meminta aku berbuat sesuatu. Iaitu mengekori Huda hingga ke biliknya. Namun otakku meminta supaya aku bersabar selama setengah jam sebelum bertindak melulu. Di dalam kereta aku cuba mengatasi perasaan curiga yang tiba-tiba datang menyerang benakku. Dengan sedaya aku cuba menghalau rasa resah yang bertandang namun aku gagal. Rasa curiga itu semakin memberontak.
Semasa aku melangkah kaki memasuki ke dalam hotel, mataku memandang sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang diletakkan tidak jauh dari pintu masuk itu. Aku amati kenderaan itu - sebuah Harley Davidson yang sangat aku kenali. Namun aku tak pernah bersua dengan sang pemiliknya.
Dengan debaran yang kuat di dalam dada. Dengan bisikan negatif bermain-main di cuping telinga. Aku mengatur langkah memanjat tangga untuk ke tingkat dua. Aku cuba mengelak untuk menaiki lif, namun aku cuba berlagak biasa ketika melintasi kaunter receiption- supaya kakitangan hotel tidak curiga dengan kelibatku.
Aku mengetuk pintu hotel beberapa kali. Aku membilang detik sambil cuba mengawal diri supaya bertenang. Aku mengumat-ngamit bibir walaupun aku tidak menuturkan sebarang kata. Cuma mengharapkan pintu ini akan dibuka.
Akhirnya pintu ini dibuka oleh seseorang. Kepala Huda yang tidak bersarung muncul dari celahan pintu yang dikuak separuh. Aku meluru masuk lalu menolak tubuhnya ke dalam. Mataku melilau melihat sekeliling dalam ruang bilik. Hatiku makin panas mendidih apabila aku mendapati sehelai jaket kulit berlambangkan tengkorak tersangkut pada kerusi. Apa yang membuatkan aku radang, melihat baju kurung Huda bertaburan di lantai bersama sehelai pakaian lelaki.
Huda terkejut dengan tindakan aku yang sewenang-wenang memasuki biliknya. "Mana jantan yang kau tidur malam ni. Kau tak puas lagi berzina dengan jantan ke.. Tak puas lagi ke!" Jerkahku membuatkan Huda terperuk ke belakang.
Aku menekan tubuhnya rapat ke tilam dan kemudian cuba menghayunkan tangan ke atas wajahnya. Akalku tidak mampu mengawal tindakan yang bakal lakukan. Cuma dikala ini, hatiku bagaikan dihiris pisau belati tajam... disiat-siat hingga hancur luluh. Walaupun hatiku penuh amarah, aku dapat rasakan ada cecair mula merembes keluar dari kelopak mataku.
"Woi... setan.. Kau siapa!!" Satu jerkahan kuat dari belakang tubuhku sambil memegang tanganku yang bakal dihayunkan ke wajah Huda.
"Cis... kau jantan keparat!" Aku memusingkan badan untuk melihat sang empunya tangan yang memegang tanganku.
"Kau...kau.. Kamal!" Aku dapat mengecam Kamal walaupun tak pernah bersua muka dan kali terakhir melihatnya di perkarangan mahkamah Shah Alam.
"Kau kenal aku budak!" Kamal mencebik.
Aku bingkas turun dari katil lalu berdiri dan bersedia untuk menghadapinya.Kali ini aku menduga bahawa akan berlaku pergelutan. Aku tidak menunggu lama, menghayunkan tumbukan deras ke arah Kamal tapi ternyata lelaki itu lebih bersedia untuk mengelak. Yang malangnya satu tumbukan hinggap ke pipi kiriku- aku terdorong ke belakang. Aku hampir tersembam namun cuba mengimbangi badan.
"Kau siapa dengan Huda?" Soalku sambil menjengilkan mata.
"Kau sibuk apa hal!!.. Eh.. aku cam kau budak.. Kau yang ada affair dengan bini aku. Ermm, bekas bini aku kan!"Kamal mengepal-ngepal penumbuk. Dia tersenyum menyeringai di sebalik misai dan jambang yang melitupi wajahnya.
Aku meluru menerpa Kamal, menghadiahkan tendangan pada perutnya lalu membuatkan Kamal tersungkur menyembah lantai. Kali ini aku pula tertawa apabila melihat lawan meratap kesakitan.
"Sudahlah Hariz... Kamal.. Stop it!!" jerit Huda yang berada di penjuru bilik. Aku tidak peduli dengan laungan Huda. Aku semakin menggila untuk membelasah Kamal yang pada anggapanku yang semakin tertewas. Tumbukan demi tumbukan aku lepaskan ke atas belakang tubuhnya yang kekar dan sasa.
Kamal tidak mengelak malah seperti bertahan. Dia bangkit separuh lalu menerpa ke arah kaki ku dan membuat aku terhumban ke belakang. Kali ini aku mengerang kesakitan kerana kepalaku terhentak dengan bucu meja.
Kamal semakin aggresif dengan memijak perut dan menendang pehaku bertalu-talu. Aku meraung kesakitan, kepedihan di kepalaku semakin menyengat ditambah pula rasa senak pada perutku yang dihujani pijakan dan tendakan yang bertalu-talu. Erangan kesakitan hanya tersekat-sekat di tenggorok. Akhirnya Kamal berhenti mengasakku setelah aku sudah terkulai kelelahan.
Mataku mula berpinar-pinar. Nafasku mula tersekat-sekat bagaikan berada di hujung kerongkong. Tanganku meraba dahiku -aku rasakan cecair likat yang membasahi di sebelah kiri kepalaku. Darah merah melekat di tapak tanganku.
"Cukup Kamal.. Cukup.." Kedengaran suara Huda meraung tangis. Telingaku mulai berdengung kuat. Bunyi seperti kapal terbang berlepas mengaum di gegendang telingku.Aku sempat melihat wajah Kamal tersengih menyeringai. Memaku pandangan ke arahku tanpa berganjak.
Pandangan mataku semakin berbalam-balam berubah menjadi kabur.
Kabur dan terus kabur. Kelabu bertukar kehitaman.
Gelap dan sunyi........................1443Please respect copyright.PENANAsSEWoJDtFt