Tit!
Aku gagahi untuk membuka kelopak, sinaran lampu memancar tepat ke arah mataku- silau cahaya yang cukup memedihkan. Aku sedar bahawa aku terlantar di suatu tempat yang asing. Beberapa manusia yang menutup wajahnya dengar surgical mask mengelilingi aku yang sedang berbaring.
Kepalaku bingung- telingaku berdengung. Kerongkongku perit.
Aku rasa bagaikan tidak berjasad. Seluruh tubuhku seakan pegun. Hanya mataku yang bergerak-gerak namun sedikit lemah.
Aku memandang seorang manusia berpakaian putih yang menyentuh kepalaku. Seorang lagi sedang memegang 'dulang besi'. Terasa kulit kepalaku bagaikan disiat-siat. Aku menggogoi kesakitan.
Ingin sahaja aku bertempik! Namun aku tiada daya dan upaya! Hanya dengusan nafas yang beralun keluar masuk dari rongga hidung.
Tit!!!
Ku rasakan dunia menjadi kelam dan suram. Tubuhku bagaikan melayang di bawa angin menerawang melepasi medan magnet. Setelah lama terapung, tubuhku bagaikan terhempas ke lantai. Keperitan menjalar ke seluruh urat nadi. Aku mengogoi tanpa suara.
Aku bagaikan tersedar dari tidur yang panjang. Menghela nafas untuk menguatkan kudrat supaya dapat bangkit berdiri. Aku masih terpinga-pinga seperti lelaki yang dungu. Pandanganku menerawang di segenap ruang yang tandus.
Satu gumpalan kabus terbang mengelilingi tubuhku bagaikan mempersembahkan sebuah tarian yang sukar dimengertikan. Seketika, gumpalan kabus berkumpul dan diam sejenak dan beransur-ansur berkecai. Disebalik kabus yang berkecai, muncul satu susuk wanita berpakaian serba putih mengatur langkah untuk mendekati aku yang masih lagi diam termangu.
Wanita yang begitu asing itu merenung tapak ke arahku. Riak wajahnya itu tidak kelihatan kerana diserkup dengan selendang putih yang menutui separa wajahnya. Hanya jelingan matanya yang tampak begitu suram melirik ke mataku. Aku cuba menyapanya namun lidahku kelu. Ingin aku bersuara untuk bertanya siapakah dirinya? Aku terpegun dengan kejelitaan wajahnya persis bidadari. Mungkinkah dia adalah bidadari yang turun dari langit? Adakah aku layak didampingi oleh sang bidadari? Meskipun aku terperuk resah, aku tetap dambakan seorang bidadari untuk mengubat rawan. Dia hanya melirikkan matanya sambil berlalu di hadapan. Perlahan-lahan wanita itu menyusun langkah dan terus ghaib dengan tiba-tiba.
"Hariz... bangunlah Hariz...!!" Satu suara halus kedengaran mendayu-dayu bersulam esak-tangis.
Tit!!
Aku cuba membuka kelopak mata. Aku mencuba walaupun terasa bagaikan ada sebutir batu yang memberatkan kelopak mata. Pandangan aku masih berpinar. Kepalaku berdegung - terasa berat umpama menangung sebiji batu. Tubuhku kaku. Adakah aku masih lagi bernyawa?
Dalam kekaburan penglihatan, aku mengamati dua wajah bidadari yang belum pernah aku temui. Dua orang makhluk Tuhan berdiri dengan berpakaian serba putih,
Seorang bertudung putih dan seorang lagi menutup wajahnya dengan topeng putih. Mataku lebih tertumpu pada seorang gadis yang wajahnya tersembunyi di sebalik penutup mulut. Hanya matanya yang mengerdip apabila renungan mataku berlaga dengannya. Kalau benar dia ini bidadari alangkah indahnya. Ingin aku menyapa, kerongkong bagaikan tersekat.
Dengan kudrat yang bersisa..aku menggerakkan kepala untuk menoleh ke sebelah kanan.
Alamak! Takkan bidadari ada jambang dan berserban.. Siapa makhluk yang berbadan besar ni. Mungkin dia adalah malaikat yang bakal menghisab aku.. Menghitung segala dosa-dosa yang telah aku lakukan.
Oh! Ampunkan aku Tuhan. Aku bagaikan kesurupan.
"Encik dah sedar..." tutur seorang wanita bertudung putih berada di sebelah kananku. Wajahnya cukup asing, namun aku kenal akan tugasnya. Dia kelihatan tertib memasukkan segulung fabric lalu membaluti antara lengan ke siku .. gelungan fabric berubah ketat dan kemudian kembali longgar.. mata perempuan itu tertancap pada satu alat yang dikenal tensimeter/sfigmomanometer.
"137/85." Ujar perempuan bertudung putih pada rakannya disebelahnya. Wanita itu hanya mengangguk. Dalam berbalam aku cuba melihat wajahnya yang dilindungi surgical mask. Rambutnya yang sedikit perang diikat rapi di belakang kepala. Sempat aku amati yang keningnya terlukis cantik pada dahi yang licin tanpa sebarang jeragat. Tapi sayangnya aku sukar melihat keseluruhan wajahnya.
Kemudian wanita bertudung putih beransur meninggalkan rakannya bersama 'gergasi' yang tercegat di sebelah kananku. Wanita berambut perang kelihatan memeriksa satu tiub Sodium Chloride Normal saline yang tergantung pada palang besi di sisi kiriku. Aku cuba mengangkat tanganku, namun aku tiada kudrat. Insert branula tercucuk di atas pergelangan tangan membuatkan otakku mula memproses sesuatu. Aku yakin yan aku berada di rumah sakit. Fikiranku sedikit bercelaru ketika memasuki frasa untuk mengimbau memori yang menyebabkan aku terlantar di sini.
"Encik rehat dulu, jangan banyak bergerak. Kecederaan yang encik alami agak teruk juga." Ujar gadis yang bertutup mulutnya ketika melihat aku yang cuba untuk engangkat badanku sedikit.
Ketika ini, kepalaku kembali berdengung... ditambah kesakitan yang di alami di bahagian perut dan pinggangku. Aku menggelepur menahan kepedihan yang menusuk di bahagian perut.
'Gergasi' di hadapannya berbicara sesuatu dengan gadis itu. Aku tidak menghiraukan pergerakan pantas mereka berdua kerana kesakitan ini amat memeritkan perutku.
Tangan ku dicekau oleh gergasi tersebut, tenaganya amat ampuh untuk membuatkan tanganku pegun. Satu suntikan jarum menembusi kulit tanganku. Aku kembali lesu. Kudratku kembali menyusut......... Mataku kembali layu kemudian kegelapan kembali menguasai diriku...
Tit!!
"Hariz.. maafkan aku.. Aku tak sangka bahawa Riena sanggup buat kau macam tu.. Dia nak putus dengan kau."
"Tak mengapalah Fiya.. Aku redha! Mungkin bukan jodoh aku dengan Riena... Kadang-kala cinta itu datang dan pergi. Cinta juga boleh beralih arah. Biarlah.. Tapi yang penting aku ada kawan macam kau.. Baik dan memahami aku." Aku merenung pemilik mata bulat bersinar itu. Dia mengoles senyuman.
"Kau tak kisah ke? Aku kan tak secantik Riena.. tak seksi macam dia." Gadis itu memalingkan wajahnya seketika.
"Kau pun apa kurannya . Pada mata aku kau pun cantik! Lagipun aku nak kawan dengan kau bukan sebab rupa tau.. Aku tahu kau ikhlas." aku menghadiahkan satu senyuman kepadanya.
Dia menundukkan kepalanya sekilas. Dari raut wajahnya aku tahu bahawa dia tersipu malu apabila mendengar pujian dariku.
"Kalau kau masih mahu terus berkawan dengan aku. Selagi itu aku ada untuk kau!" Soal gadis itu. Dia mengangkat wajahnya semula lalu mata kami bertembung buat sedetik.
"Jika aku tak nak!" aku berseloroh. Niat untuk bergurau semata-mata. Aku buat-buat ketawa. Sekadar untuk mengusik gadis itu. Aku mendengar dia melepaskan satu keluhan.
"Suatu hari aku akan pergi Hariz!" Dia bangkit dari duduknya, matanya melemparkan pandangan sayu ke arah langit nan biru. Dia berdiri tegak mengadap langit dan.......
"Safiyya!" Terpancul nama itu dari mulut.
"Encik..jangan terlalu bergerak." Satu suara milik perempuan berambut potongan bob. Aku mencerlungkan mata memandang ke arahnya.
"Safiyya.. awak nak pergi mana?" aku masih kebingungan.
"Maaf encik... saya bukan Safiyya.. Encik berehatlah dahulu. Mungkin encik hanya berdelusi sahaja." Kelihatan seorang gadis yang memegang steteskop berada di sebelah kiri tubuhku. Aku meneguk liur untuk menghilangkan rasa kering yang menebat tekak. Aku menghela nafas untuk memulihkan fikiran supaya kembali ke alam nyata.
Gadis itu kemudian meletakkan eartip ke telinga dan diaphram ditekap ke dadaku. Semasa inilah aku sempat mengerling seketika... Tag nama 'Dr. Airis' tersemat kemas pada sebelah kiri baju putih. Nyata dia bukan Safiyya walaupun bentuk matanya hampir sama dengan Safiyya... dan gadis yang menerjah di alam mimpiku. Kemudian, gadis itu menghalakan satu alat yang bercahaya dan menyuluh ke dalam mataku. Aku hanya mampu berdiam diri.
"Doktor.. ini hospital mana? Dah pukul berapa? Hari ni hari apa?" Aku gagahi untuk bertanya pada wanita yang pada penilaian mataku adalah seorang doktor. Perlahan-lahan aku mula sedari bahawa aku sedang terlantar di atas katil dan tempat ini adalah hospital.
"Encik berada di hospital Kajang, hari ini jumaat dah jam 11.00 pagi. Ada apa-apa lagi yang encik nak tanya?"
Aku hanya melihat anak matanya yang bergerak-gerak- mungkin memerhati keadaanku yang terlantar di katil. Dia memasukkan alat steteskop ke dalam kocek bajunya.
"Alamak! Saya patut ke pejabat." Aku cuba bangkit untuk menegakkan badan. Ketika itu, bahagian perut mula kembali menyengat.
"Encik berehatlah dahulu.. Nanti dah pulih barulah fikir pasal pejabat ye!" suara merdunya masih terlindung di sebalik surgical mask.
"Encik... kami belum dapat menghubungi waris encik ..sebab telefon encik pecah dan rosak. Ada sesiapa yang boleh kami maklumkan tentang encik sekarang ni."
"Boleh doctor call office saya, maklumkan bahawa saya MC.. tak payahlah bagitahu yang saya kena pukul."
"Kenapa pula? lagipun teruk juga encik kena pukul.. Encik ni gangster ke? Muka tak nampak gangster pun..." Dia mungkin berseloroh atau sedang mempersendakan aku.
"Muka saya cam gangster ke?" Aku mengerutkan dahi. Cuba menaakul keadaan rupa parasku sendiri.
"Hish..muka tu jambu.. langsung tak layak jadi gangster! Awak ni kenapa bergaduh dan bertumbuk? Nak tunjuk kuat? Alih-alih tersadai kat hospital jugak kan." Katanya lancar-berdesing telinga dan terus meluncur laju ke dalam lubuk hati. Namun sebolehnya aku tidak mahu menyimpan kata-kata itu di dalam hati. Anggap sahaja sebagai sindiran sahaja.
Amboi, sempat lagi perli aku yer! Aku cuba melihat riak wajah sang empunya suara namun masih lagi gagal. Nasib baiklah aku tengah sakit.. Kalau tak..akan aku cium bibir yang sibuk membebel tak tahu hujung pangkal. Sesedap rasa dia mengata pada aku.
"Err... mana phone saya?"
"Maaf kami terpaksa selongkar barang peribadi awak.... Semalam pihak hospital cuba mendapatkan butir pengenalan awak dan maklumat waris untuk dihubungi.. Apa yang saya tahu, awak dijumpai tidak sedarkan diri dalam bilik hotel. Tapi jangan risau, segala barangan peribadi milik encik masih tersimpan elok, ye." Doktor muda memalingkan badannya ke arah kabinet besi yang terletak di penjuru katil. Kemudian dia membongkok kepala mengambil beberapa benda yang tersimpan di dalam laci bersebelahan dengan katil.
Aku mengambil telefon Samsung, ternyata skrin telefon itu telah remuk. Semalam, telefon ini tersimpan di dalam kocek seluar, dan menjadi sasaran kaki Kamal bertubi-tubi. Perlahan-lahan memori otak mengimbas kembali kejadian malam semalam. Hatiku bagaikan disiat-siat apabila nama Nurul Huda melintas fragmen memori. Terfikir betapa bodohnya aku keran bertindak melulu. Awalnya nak jadi hero, last-last lembik terlantar di hospital. Dalam kepiluan hatiku tertawa sendiri.
Aku melepaskan satu keluhan berat. Telefon digenggaman hampir terlepas jatuh ke bawah. Mujurlah doktor muda sempat menggapai telefon itu daripada jatuh terhempas ke lantai.
"Doktor tak perlu sambut benda dah rosak.. Biarlah dia hancur berkecai.. Dah tak ada gunanya lagi."
"Encik bercakap seperti orang putus harapan. Orang yang kecewa." Balas doktor muda itu seperti memahami situasi yang telah aku alami.
'Eh, doktor ni banyak masa pula untuk bersembang denganku?' Aku melihatnya sekilas. Dia semacam berpura-pura tekun meneliti dokumen yang terdapat di tangannya.
"Kecewa itu juga anugerah Tuhan juga kan? Tapi kan kenapa rasa kecewa itu wujud."
"Hah, betul lah tu.. rasa suka, gembira, sedih dan kecewa itu adalah anugerah Tuhan pada kita. Sama juga rasa sayang, kasih, cinta dan benci.. Semuanya itu wujud dalam diri kita yang bernama insan. Kalau tak ada rasa itu lebih baik awak jadi katil." Dia membalas penuh sinikal.
"Doktor nak saya jadi katil ke? Best juga jadi katil sekiranya ada orang cantik seperti doktor melabuhkan mimpinya di atasnya. Boleh saya temankan tidur doktor setiap malam." Aku gagahi mulutku untuk mengusik nakal.
"Tak ada maknanya!!! Awak nak tahu kat atas katil ni. Mungkin berpuluh-puluh pesakit sudah dijemput maut.. Ada yang meninggal sebab accident, ada yang sakit jantung, buah pinggang dan nanti ada yang meninggal sebab sakit kena pukul pulak kan!" Aku melihat doktor muda itu menjengilkan matanya. Aku tertawa sedikit terhibur dengan gaya spontannya yang mengangkat penumbuk ke arahku.
Aku mengagak dia seperti mengomel sesuatu walaupun aku gagal melihat penuh akan seraut wajahnya.
"Doktor boleh tolong saya tak? Pinjam telefon boleh?" Pintaku tanpa segan-silu.
Dia mengangkat keningnya yang elok terletak pada dahi.
"Saya nak call office... kena bagitahu yang saya tak dapat hadir ke pejabat. Saya takut boss saya bising. Tak pasal-pasal kena buang kerja. Dahlah kerja kat pejabat bertimbun-timbun." Aku mula membebel sekaligus melupakan kesakitan yang menyengat pada kulit kepalaku.
Dia menghulurkan IPhone 7plus dari kocek baju putihnya, jari-jemarinya pantas berlari di atas skrin dan kemudian diberikan kepadaku tanpa ragu. Aku berterima kasih padanya usai melakukan panggilan ke pejabat. Panggilan itu disambut oleh Ernie dengan reaksi terkejut. Aku masih berbohong daripada memberitahu perihal sebenar. Setelah talian ditamatkan, mataku tertancap pada screensaver IPhone 7plus itu-foto wajah dua orang gadis yang hampir seiras berada di layar skrin. Wajah salah seorang darinya membuatkan hatiku bagaikan berhenti berdegup.
Dengan pantas doktor muda itu mencapai kembali telefon miliknya. Sekali lagi aku mengucapkan terima kasih di atas bantuannya. Beberapa detik kemudian, doktor muda yang masih belum kulihat sepenuh wajahnya mengatur langkah pergi meninggalkan tempat ini.
'Argghh.. doktor kita belum lagi berkenalan.. tapi saya tahu nama awak Dr. Airis kan.' Suara itu hanya bergema di dalam hatiku. Belum kuat untuk aku lontarkan keluar dari kotak suara.
Aku melepaskan keluhan, kerana seorang perempuan aku terdampar di sini. Terperuk bersama kesakitan. Biarpun kepedihan di hati lagi memeritkan berbanding kesakitan yang ditanggung oleh tubuhku fizikalku.1468Please respect copyright.PENANA8XTc31HO48