'Wah! Nampak sepadan.. Semoga dipercepatkan jodoh antara awak berdua!'馃挄馃挄
Aku mendapat mesej whatsapp berserta gambar antara aku dengan Safiyya daripada Huda. Gambar tersebut kenangan manis adalah semasa percutian di Phuket. Aku dapat mengagak bahawa dia memperolehi gambar tersebut dari Instagram milikku. Mungkinkah selama ini dia telah mengikuti aku secara diam? Aku tersenyum sendirian sedangkan pada waktu ini aku telah terpisah dengan Safiyya.
"Weh, cepatlah sikit..terhegeh-hegeh!! Karang terlambat sampai rumah papa. Kalau aku tak datang jemput kau..memang kau takkan pergi jumpa papa kan!" Laung Kak Lin yang sedang menyandar di sebelah kereta Mercedes. Aku menjeling tanda protes- kadang-kala mulutnya boleh memekakkan telinga aku. Malam ini, penampilan Kak Lin 100% berbeza- bergaya muslimah.
Kereta yang dipandu Abang Amar memasuki perkarangan sebuah rumah banglo yang cukup asing bagiku. "Ni rumah baru papa ke?" soalku walaupun terasa sedikit dungu. "Nampak sangat tak pernah datang sini. Ini rumah papa dan umi. Dah, jangan banyak soal..mari jumpa papa ..Dia dah lama tunggu kau! " Bebel Kak Lin lagi.
"Umi?... Oh.. isteri muda papa kan?" Aku menyoal untuk kepastian. Kak Lin membalas dengan satu jelingan yang tajam. Abang Amar hanya tergelak kecil dengan perlakuan isterinya yang garang macam apa entah.聽
Aku semacam canggung untuk memasuki ke dalam ruang tamu- pada masa yang sama, hatiku terpalit kerinduan. Tentu papa amat bahagia sekarang bersama isteri muda. Tetapi mama? Arghhhh..
"Hariz... papa dah lama tunggu Hariz datang ke sini." Seorang wanita berumur pertengahan 30 an muncul dari dalam rumah dan terus menyapaku.聽
Aku tergamam- Kak Lin masih sempat menyiku lenganku. Pantas aku melarikan pandangan mata yang tertancap pada wanita yang berjubah dan bertudung serba biru yang mempunyai raut wajah yang tenang dan menawan.聽
"Umi, mana Heykal? Geram nak dengar mulut becok dia." Kak Lin meluru bersalam dengan wanita yang dipanggil umi. Oh! Dialah isteri muda papa. Cantik!聽
"Masuklah Hariz... kenapa dok tercegat kat luar.. Kat sini takde siapa yang berani pukul Hariz sampai masud wad lagi." Tegur papa yang kelihatan segak berbaju melayu. Teguran sinis darinya membuatkan umi menghadiahkan cubitan pada lengan kirinya.聽
Kami bertiga melangkah memasuki ke dalam ruang rumah. Seketika kemudian Umi beredar meninggalkan kami berempat yang duduk di sofa.
"Ada beberapa perkara yang papa nak bincang dengan kamu semua ni. Dah lama papa bercadang nak bagitahu kamu.. Tapi papa tahu kamu masing-masing sibuk.. dan kamu Hariz, langsung tak dengar khabar berita sampai masuk hospital tak bagitahu kami.. Nasib baik kawan papa yang bagitahu." kata-kata papa bagaikan menusuk jantungku. Aku hanya diam mendengar walaupun hati ini meronta untuk membalas kata-katanya. Kak Lin dan Abang Amar hanya berbalas pandangan sesama sendiri.
"Perkara pertama papa nak beritahu pada hujung tahun ni.. papa, mama, Lin dan Amar akan menunaikan ibadah umrah.. Kalau Hariz nak ikut serta.. papa boleh uruskan?" Papa merenung ke arahku.
"Err.. papa pergilah dahulu.. Hariz tak sampai seru lagi... Ermm.. mama ada ke kat sini?" Mataku melilau mencari kelibat mama yang tidak kelihatan. Dan aku memang tahu akan jawapan akan soalan aku itu.
"Mama tu... memang papa akan ajak dia sama ke Mekah... cuma.." Kelihatan papa mengeluh panjang. Aku menanti bicara selanjutnya yang keluar dari mulut papa. Abang Amar seperti gelisah dan seakan ingin beredar dari ruang tamu- dia berlakon untuk menjawab telefon. Aku beranggapan bahawa Abang Amar sedikit kekok apabila papa ingin berbicara soal keluarga kami.
"Duduk dulu Amar.. Amar dah jadi keluarga ini.. papa sendiri malu pada Amar.. tak mengapalah.. Papa dulu banyak buat silap.. Papa terlalu kejar kekayaan dan kemewahan dunia hingga terlupa pada keluarga sendiri. Amar juga suami dan InsyaAllah akan jadi seorang ayah.. begitu juga Hariz.. dan Lin sebagai seorang isteri perlu patuh pada suami selagi tidak melanggar hukum agama.." tutur 聽papa sekali lagi terhenti. Dia merenung setiap wajah yang duduk bersama di ruang tamu ini.聽
"Papa mengaku yang papa bukan suami yang baik buat mama.. papa yang membuatkan mama jauh terpesong.. papa abaikan mama.. papa abaikan kamu adik-beradik.. papa lupa bahawa harta kekayaan ini tak menjamin kebahagian kita sekeluarga. Tapi, papa berazam untuk baiki semua kerosakan yang papa buat ni. Papa sedia tanggung azab disebabkan dosa-dosa papa pada kamu semua. Sebelum papa menutup mata, papa inginkan keluarga kita menjadi satu keluarga yang benar-benar berada di bawah rahmat Allah." Papa menyeka kelopak matanya. Suaranya kedengaran tersangat pilu. Tiba-tiba terpalit rasa sayu yang menyelubungi hatiku.
"Papa.... Lin tak rasa papa yang semua salah papa.. Papa tetap yang terbaik pada kami adik-beradik.." Kak Lin seperti memberi sokongan pada papa. Nyata malam ini satu malam yang penuh emosi pada kami anak-beranak.
"Abang, makanan dah siap!" Umi muncul kembali setelah hilang seketika kerana memasuki ruang dapur untuk menyiapkan makanan. Papa melemparkan senyuman pada isterinya. Oh, alangkah indahnya sekiranya mama yang berada di dalam situasi begini. Namun, takdir telah menjodohkan papa dan umi. Mungkin inilah hikmahnya yang membuatkan papa telah berubah watak- menjadi seorang suami dan ayah menurut kehendak agama.聽
"Sekejap sayang! Kita ada tetamu yang belum sampai."balas papa sambil melihat ke wajah umi.聽
Sementara menunggu ketibaan tetamu papa, Kak Lin dan Amar lebih gemar melayan Heykal- anak papa bersama umi dan merupakan adik kami berdua. Nampak benar, Kak Lin menginginkan cahayamata untuk menghiasi alam rumahtangga mereka. Sesekali aku turut bergurau dengan si kecil yang berumur hampir dua tahun ini.
"Hariz, macamana kerja kat One Avenue Holdings? Semua okay?" soal papa.
"Semua okay papa."
"Baguslah...Hariz kerja elok-elok kat sana. Jaga reputasi Hariz dan juga syarikat. Mana tahu suatu hari nanti, Hariz bakal meneraju sebuah syarikat sebegitu." 聽Aku mengerutkan dahi kerana pesanan yang ditutur oleh papa kedengaran begitu janggal.
Kedengaran satu suara memberi salam dari arah luar kediaman ini. Papa bingkas bangun dari duduknya dan berjalan perlahan-lahan menuju ke arah pintu utama. Dia menjawab salam dan menguakkan pintu untuk mempersilakan tetamunya masuk ke dalam.
Aku melontarkan pandangan menanti siapakah gerangan yang menjadi tetamu istimewa papa. Terpancul wajah Tuan Zul dan Puan Su dari sebalik pintu. Walaupun aku sedikit terkejut dengan kehadiran mereka berdua, namun aku cuba mengawal reaksi wajah.
"Hariz tentu dah kenal kan...mereka berdua ni kawan papa sejak dari ITM dulu.. Uncle Zul ni teman sebilik papa dan Auntie Su pula adik angkat mama.. dulu masa Hariz kecil-kecil selalu pergi rumah uncle Zul.. tapi dulu Hariz kecil lagi..tentu dah tak ingatkan." Terang papa sambil menepuk bahu Tuan Zul. Uncle Zul dan Auntie Su yang aku panggil Mak Tiri Cinderella itu melemparkan senyuman. Aku agak terkaku untuk menyambut huluran tangan daripada Tuan Zul.
"Eh, I nampak seseorang kat belakang you.. Eh, anak you apa nama Sherry ke? Eh..jemput dia masuk.. kenapa biar budak tu kat luar." Papa menoleh beberapa kali ke arah pintu yang masih terbuka.
"Oh..bukan Sherry, dia masih kat Australia. Masih tak habis-habis dengan study.. dah habis degree sambung master pula.. yang ini anak saudara I.. anak sulung arwah abang Majid.." balas Puan Su lantas memanggil anak saudaranya yang masih berada di luar pintu.
Seketika, aku melihat sekujur tubuh seorang gadis muncul di sebalik pintu. Sekilas gadis berbusana baju kurung berwarna hijau emerald memukau pandangan mataku.
"Airis!" Pantas nama itu terluncur dari bibir mulutku.
"Hariz kenal?" Soal papa yang berpaling kepadaku. Aku mengangguk kepala.
"Takkan tak kenal..sebab Airis yang rawat dia kat wad dulu.. Kalau Airis tak bagitahu yang Hariz ni masuk wad.. You pun tak tahu kan." Puan Su menjongket kening memandang wajah papa dan aku bergilir-gilir.
Aku terkebil-kebil... 聽nak tersengih pun rasa serba-salah.
****
"I dah minta permission dari your boss untuk ajak you keluar." Dr. Airis muncul di hadapan pintu bilik ruang kerja sambil memeluk tubuh memandang tepat ke arahku.
"Amboi mentang-mentang Puan Su itu mak saudara you.. Sesedap you nak arah I ye. Keluar pergi mana?" Aku mengemaskan meja kerja yang bersepah-sepah.
"Puan Su pun kerja dengan papa you juga kan... So, siapa yang sebenarnya bos kat dalam pejabat ini. Jom kita ke Kafe Chad."
Malam semalam, satu berita yang mengejutkan aku adalah bahawa papa telah berjaya dalam rundingan dengan Dato' Aziz dan Tuan Haji Ramli untuk mengambilalih syarikat ini. Selajur mereka pulang dari menunaikan umrah, proses perlantikan para pegawai baharu syarikat akan dilaksanakan. Buat sementara waktu Puan Su akan memegang jawatan CEO menggantikan tempat Tuan Haji Ramli yang akan bersara tak lama lagi. Memang aku langsung tidak mengetahui urusan bisnes yang papa jalankan selama ini.
聽 "You nak tahu tak.. Auntie Su tak habis-habis puji you.. Katanya you cekap buat kerja, 聽you rajin, you tak melawan arahan.. kalau kena marah pun you tetap cool... banyak lah dia puji pasal you.." Airis memulakan bicara ketika kami menunggu pesanan coffee dari Chaq.聽
"Iskk.. tak adalah.. I hanya menurut perintah...lagipun I masih lagi hijau dalam kerja.. Baru nak merangkak kenalah banyak belajar." Aku cuba merendah diri.
"Tapi... you nak tahu tak.. ada seorang lagi makhluk Tuhan yang sering memuji you.. malah memuja you.. dari zaman dia study lagi dia cakap dia meminati you..dia ada cakap yang you langsung tak pandang dia.. I kenal dia, I tahu yang dia akan berusaha untuk memenangi hati you walhal dia tahu bahawa hati you ni keras untuk dia miliki. Tapi sayang you semakin jauh dari dia dan tak pedulikan dia.. Kesian I tengok dia, I tahu dia sering berdoa supaya dia akan bertemu kembali dengan you. Satu hari tu, mungkin Tuhan makbul doa dia.. dia gembira bila dapat tahu yang you dapat berkerja dengan Auntie Su.. so, dia mula plan untuk dekatkan diri dengan you.. dia sanggup masuk gym semata-mata nak jumpa you.. Isk..isk.. kekadang sampai I pula rasa rimas dengan dia... Tapi dalam masa yang sama i simpati dengan dia... Sebab terlalu angau pada orang yang bernama Hariz."
"Eh..you ni!!!... apa yang you merepek ni." Aku mencebik. Aku mendengar cerita itu seperti satu kisah dongeng.
"Merepek apa! Betul apa I nak cakap... tengoklah ni.. You memang sombong ekk!! Ada orang yang sanggup buat apa sahaja untuk you..tapi you buat bodoh ye.. I kekadang geram bila dengar cerita pasal you. Masa dia cakap dia putus harapan dengan you.. I rasa nak jumpa you..nak siat-siat muka you yang tak sedar ni... Nampaknya Allah makbulkan permintaan I kan.. tapi kita terjumpa dalam wad..kalau I ni bukan doktor.. tak tau lah apa nasib you..." Nampak Airis memang menaruh geram padaku. Dia memusing-musing iPhone 7plus miliknya di atas meja hingga terluncur mengenai jariku.
"Sebenarnya you ni siapa dengan Safiyya?" 聽Aku mengambil telefon itu dan memicit paparan skrin yang terkunci. Aku melihat paparan screensaver telefon milik Airis. Seingat aku pertama kali aku lihat foto dua orang kanak-kanak ketika meminjamkan telefonnya di dalam wad. dari awal lagi aku mengesyaki akan hubungan mereka berdua- bentuk mata, kulit wajah dan juga lenggok suara yang seiras.
"You ni kekadang macam kura-kura juga ekk!" Ujar Dr. Airis sinis.
"Eh, apasal pulak? I ni harimau bukan kura-kura." Aku cuba melawak mengikut rentak doktor muda di hadapanku.
"Cait...konon hebat la jadi harimau! Kena ketuk sekali dah masuk wad!" Dr. Airis terus-menerus memperliku.
Aku meneliti wajah kedua-dua gadis belasan tahun di dalam paparan skrin telefon milik Dr. Airis. "Itu gambar kami masa lepas UPSR, ni gambar masa lepas SPM dan yang ini adalah paling terkini!" Dr. Airis merampas kembali telefon di tanganku. Kemudian dia meyuakan kembali paparan skrin ke arahku dan membuatkan mataku terbuntang. " You ni kekadang bengap juga kan..dah nama kami sama kan Airis Syafiqa dan Anis Saffiya binti Abdul Majid.. sah-sah lah kami adik beradik.. I ni kakak dia tu adik.." Dr. Airis mengetap bibirnya. Matanya dijengilkan dan kedua tapak tangan ditekap pada bucu meja.
"So, Safiyya kat mana sekarang?" aku cuba berlagak bersahaja. Tiada sebarang riak yang aku pamerkan pada wajahku.
"Ewah-ewah you ni kan.. Memang you tak de perasaan ekkk... Eeii... kalau ikut hati I nak toreh kepala you tu.. tak nak jahit..biar you tahu bagaimana sakit hati adik I tu.. I yang dengar pasal you tak layan dia pun sakit hati.. Apatah lagi Safiyya yang gila-gilakan you." Airis mengetap bibirnya.
"I tak pernah mainkan perasaan diri.. Cuma I... cuma dia tak berterus-terang dengan I."
"Eh, mamat ni..nak kena hempuk juga ni.. Safiyya told me everything tentang you.. You jangan nak berdalih lagi.. You memang tak cintakan dia?" Dia menjengilkan mata terhadapku.
"Airis.. I sebenarnya sayangkan Safiyya... dan I mengaku yang I cinta dengan dia. I tak boleh kehilangan dia. I bukan tolak cinta dia sebelum ini..cuma I terlalu ego nak mengaku cinta I pada dia.. I takut hilang sahabat kerana cinta. Lama-kelamaan I mulai sedar yang dialah sahabat dan dialah cinta I.. Tapi.. I tak tahulah kalau dia sudi menerima I lagi setelah apa yang I lakukan padanya." Akhirnya aku terpaksa mengalah dan berterus-terang tentang perasaanku terhadapnya. Aku memejamkan mata lalu menundukkan kepala ke bawah. Biarlah pandangan ku kelam seketika dan aku mohon andai ada sinar cahaya yang bakal muncul di dalam gelita.聽
"I masih sayangkan you Hariz.. Setiap saat cinta I pada you tak pernah pudar." Sedetik telingaku dapat menangkap satu suara lunak yang berbisik dari belakang wajahku.
Terasa jantungku berdetak kuat apabila mendengar lafaz dari bibir seorang yang aku rindukan. Hatiku berbisik yang mengatakan.. dia kini kembali...
"Weh... you ni berangan ke?" Aku membuka mata setelah mendengar petikan jari Airis. Rupa-rupanya suara itu adalah ilusi yang bermain di fikiranku.
"Airis.. mana Safiyya?" Soalku lagi.
Airis bangkit berdiri tanpa menjawab soalanku. Dia mencebik dan menjeling tajam padaku. Biarlah, kerana dia juga berhak marah padaku yang dituduh mempermainkan perasaan adiknya. Terasa bahuku di sentuh oleh seseorang dari arah belakang. Sentuhan lembut itu hanya seketika cuma.
"Okaylah bro, aku pinjamkan bakal tunang aku selama setengah jam aje.. Sekarang aku nak ambil balik.. Apa-apa pun aku harap kau bersabar kalau kita nak menjadi biras. Okay!" Aku mengangkat wajah dan menoleh ke belakang. Kelihatan Rafael tersenyum sumbing di samping Dr. Airis di sisinya. Bila masa pula mamat ni muncul.
"Aku harap lepas ni, kau tak sia-siakan cinta dan pengorbanan yang dia buat untuk kau. Kalau kau masih sakiti dia. Taulah nanti apa aku nak buat!" Ugut Airis sambil bercekak pinggang. Matanya yang sebelum ini memandangku berkalih ke satu arah.
... Jeda...
"I masih sayangkan you Hariz.. Setiap saat cinta I pada you tak pernah pudar." 聽kata-kata ini kembali bergema di halwa telingaku...
Arghh..mungkin aku hanya berilusi lagi.... Mataku terpejam rapat.
"Hariz, bangunlah.. You tak bermimpi..." Suara itu gemersik terus menikam kalbu.. Suara itu adalah realiti..dan aku yakin dia hadir kembali....
"Safiyya.. I love you much!!" ujarku tanpa membuka kelopak mata.. biarlah aku dibuai mimpi ini.. dan berharap agar mimpi ini tidak lagi berlalu pergi.
Aku menelan liur... Kini barulah aku mengerti bahawa cinta itu amat memedihkan... Arghhh.. Aku tidak lagi memejamkan mata supaya mengharapkan sejalur sinar yang bakal menerangi kegelapan ini. Aku yakin ... Aku tak akan berputus harap!
2344Please respect copyright.锛帮讥锛肌锛肌heJ7UXWsta
TAMAT2344Please respect copyright.锛帮讥锛肌锛肌fEohlAHlhM
2344Please respect copyright.锛帮讥锛肌锛肌n2p6e9Y1Th