SERVER 9
Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
Perkampungan itu aman seperti kebiasaan.Penduduknya sudah terbiasa bangun di awal pagi bagi melanjutkan kerja masing-masing.Ada yang pergi ke bendang sawah.Ada juga yang pergi menoreh getah.Tidak kurangnya juga mereka yang pergi ke hutan mencari kayu api untuk tujuan memasak menggunakan kayu api atau secara tradisional.Bagi mereka, masakan lebih enak dengan memasak menggunakan kayu api berbanding gas.Gaya kehidupan di perkampungan lagenda ini sememangnya masing mengekalkan budaya timur dan tradisi turun temurun sehingga berganti generasi.Biarpun dianggap kuno dan ketinggalan zaman namun penduduknya lebih selesa dengan budaya kehidupan sebegini.
Hairuddin sedari awal pagi lagi sudah turun ke bengkel yang diusahakanya sendiri beberapa tahun yang lalu.Dia menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin bagi memberi kepuasan yang maksimum kepada pelanggan yang datang untuk membaiki motosikal.Dia tidak memiliki sebarang sijil pengiktirafan dalam automotif tetapi berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.Semakin lama diasah semakin tajam tekniknya.Tidak hairanlah seluruh kampung amat mengenali Hairuddin sebagai pembaiki motosikal yang hebat.Bahkan kenderaan berteknologi tinggi juga diterima dan dibaiki oleh Hairuddin.
Asiah seperti kebiasaan.Dikala suaminya pergi ke bengkel, dia akan menyiapkan persiapan makanan tengah hari selepas suami dan anaknya bersarapan pagi namun hari ini dia terasa kekurangan.Ismail masih belum bangkit dari tidur.Masih dilayar bahtera mimpi di dalam biliknya.Asiah kehairanan.Ismail selalu bangun awal pagi untuk menyertai mereka bersarapan pagi tetapi tidak pada hari ini.
Hairuddin tekun menyiapkan beberapa buah motosikal yang perlu diperbaiki.Dia perlu segera menyiapkan motosikal Pak Kasim yang sedang dibaikinya sekarang.Dia tahu Pak Kasim seorang yang agak cerewet tetapi sifatnya yang penyabar itu tidak boleh dipermainkan.Silap sedikit pasti ada sahaja yang tidak kena pada mata Pak Kasim.
Dikala Hairuddin leka membaiki motosikal Pak Kasim, seorang lelaki menghampiri bengkelnya sambil menyorong motosikal berkuasa tinggi yang tidak dapat dihidupkan.Hairuddin amat mengenali lelaki itu.
“Assalamualaikum Tuan Hadif!” Hairuddin mendahului dengan ucapan salam yang penuh suci itu.Gelaran ‘Tuan’ diberikan kerana lelaki itu merupakan salah seorang pegawai anggota polis berpangkat atasan yang bertugas di Ibu Pejabat Inderapuri namun ketika dia tidak bertugas atau mengambil cuti, lelaki itu pasti akan ke kampung ini untuk berjumpa dengan saudaranya juga yang juga berasal dari perkampungan ini.
“Wa’alaikumussalam Tuan Hairuddin.” Salam suci berjawab.Dikuntumkan senyuman kepada Hairuddin.Sengaja dia membahasakan Hairuddin sebagai ‘Tuan’ tanda menghormati Hairuddin selaku sahabat lamanya.
Mereka berjabat tangan.Hairuddin menghulurkan lengannya menggantikan tangannya yang kotor kehitaman tetapi Hadif tetap menyambut tangan Hairuddin dan bersalaman.Walaupun Hadif sebagai salah seorang pegawai anggota polis berpangkat atasan namun sifat merendah diri yang tinggi sangat dikagumi oleh Hairuddin.
“Maaf tuan. Tangan saya kotor sedikit.” Hairuddin terasa segan apabila Hadif bersalaman dengannya.Dia bimbang akan mengotori tangan Hadif.
“Tidak mengapa.Kita semua manusia berasal dari tanah yang kotor.Apa bezanya?” Hadif memberi jawapan yang sangat ringkas namun padat.Terasa mencucuk hati bagi mereka yang riak dan takabur di bumi-Nya.
Hairuddin terpempam.Dia tersenyum.Ternyata dia amat menyenangi sifat yang ditonjolkan oleh Hadif.Sifat merendah diri yang boleh dicontohi.
“Ada apa masalah tuan? Motornya tak boleh hidup?” Hairuddin membelek-belek motosikal berkuasa tinggi milik Hadif.
“Ya..Sampai tengah jalan boleh mati.Terpaksalah saya sorong sampai ke sini.Nasib baik saya sudah berdekatan sini. Mahu jumpa ke rumah makcik sekejap.” Hadif menerangkan serba ringkas.Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang disediakan berhampiran Hairuddin.
Hairuddin menggangguk faham lalu dia menyorong motosikal milik Hadif masuk ke dalam. “Hari ni cuti, tuan?”
“Saya ambil cuti.Sambil nak melawat kawan saya.Anaknya tak sedarkan diri sejak semalam.Masuk hari ni dah hari kedua.” Ringkas Hadif menerangkan situasi genting sahabatnya yang berada dipinggir kampung.
“Tak bangun sejak semalam? Koma ke?” Hairuddin terasa pelik.Dia menongkatkan motosikal milik Hadif ke dalam bengkelnya.
“Doktor dah check kesihatan dia.Nak kata koma tiba-tiba, doktor tak mengesahkan sebab seluruh aktiviti tubuh badan dia normal.Macam sakit misteri je.” Hadif ringkas menerangkan.Wajahnya tampak bersahaja namun terserlah ketegasan pada wajahnya selaras dengan jawatan yang dipikulnya sebagai pegawai atasan anggota polis dan keselamatan.
“Sakit misteri? Sebelum ni macam tak pernah berlaku je di kampung ni.” Hairuddin berdiri berhadapan dengan Hadif.
“Saya pun kurang pasti tapi kita doakanlah yang baik-baik.Harap-harap tak ada apa-apa buruk berlaku.” Hadif berasa kasihan dengan sahabatnya.Dia mengenangkan anak sahabatnya yang tidak sedarkan sejak semalam.Berkemungkinan penyakit akan menyerang pada bila-bila masa tanpa disedari termasuk maut.Bahkan penyakit itu sendiri kadang kala berpunca daripada perbuatan kita sendiri.Memang benar penyakit itu penghapus dosa.Penyakit merupakan ujian dan jambatan pahala buat hamba-Nya yang bertakwa dan ada juga yang mengalami musibah kerana perbuatan masa silam terbalas selaras dengan firman-Nya.Setiap apa yang dilakukan pasti akan memperolehi balasan.
Hairuddin bermenung sendirian.Dia mengeluarkan rokok gulungnya dan digulung perlahan-lahan lalu dihisap.Hairuddin menghembuskan asap rokoknya ke atas sambil akal fikirannya mengelamun jauh mengimbau memori lalu.
“Kamu tahu apa-apa mengenai perkara tu?..Eerr maksudnya mungkin..ilmu guna-guna?” Hadif sekadar menduga.
Hairuddin sekadar menggelengkan kepalanya.Tidak dia ketahui punca sebenarnya.Dia pun bukannya ahli perubatan Islam.Jadi dia kurang arif berkaitan hal ini.
Permukiman La Brecha,HyperServ
Yazaid terjaga daripada tidur.Dia masih berada di celah akar pokok besar tempat persembunyiannya malam semalam.Dia memanjangkan lehernya memerhatikan persekitaran.Melihat-lihat keadaan sekeliling.Dia melangoi ke atas melemparkan pandangan jauh ke udara.Kelihatan sinar mentari bersinar menyelusup di antara celah-celah dedaunan pokok nun di atas sana.Hari siang telah menjelma.
Kepalanya terasa sakit.Dia memicitkan kepalanya dengan tangan kanannya.Terasa berdenyut.Cuba mengingati kejadian malam semalam.Kejadian dimana maut hampir-hampir menjemputnya kembali kepada-Nya.
Lelaki misteri itu sekadar berdiri memandang makhluk itu melarikan diri.Imbauan memori menari-nari di kepala Yazaid mengenangkan kejadian malam semalam.Kedengaran derapan kaki makhluk gergasi itu semakin menjauh dan sayup-sayup.Sesekali terasa gegaran pada tanah akibat hentakan kakinya semakin berkurangan.
Yazaid tergamam.Dari balik akar pokok gergasi itu dia mengintai-intai kelibat lelaki itu.Hatinya meneka-neka siapakah lelaki itu.Kawan atau lawan.
Lelaki itu menoleh ke arah Yazaid yang sedang bersembunyi di balik akar pokok kayu lalu dia berkalih berjalan meninggalkan Yazaid.Langsung tidak ditegurnya.Suasana malam yang kelam menghadkan penglihatan.Wajah lelaki misteri itu kelihatan berbalam-balam.Tidak dapat dicam sepenuhnya.
Yazaid cuba bangkit untuk mengejar lelaki itu. “Tunggu! Siapa kau? Dari mana kau..”
Belum sempat Yazaid menghabiskan bait katanya, satu tembakan bius pelali cekap meredah angin tepat tertusuk di bahu kirinya.Yazaid terkejut.Lama-kelamaan pandangan Yazaid semakin berpinar.Pandangannya semakin kabur.Ternyata bius itu terlalu kuat untuk ditingkah oleh Yazaid.Dia sempat menoleh ke arah lelaki misteri itu.Kelihatan lelaki misteri itu berjalan ke arahnya lalu menyambut tubuh Yazaid yang hampir tumbang.Lelaki itu memapah Yazaid semula ke celah akar pokok besar itu.
Sebelum Yazaid pengsan kerana kesan bius itu, dia masih dapat mengingati kata-kata dari lelaki misteri itu sebelum dia tidak sedarkan diri.
‘Kau tak kenal aku tapi aku kenal siapa kau.’
Yazaid tersedar dari lamunan.Dia masih terduduk di celah akar pokok besar itu.Kata-kata itu terngiang-ngiang bermain difikirannya.Ligat akalnya cuba mengingati wajah lelaki misteri itu namun hampa.Ingatannya berbalam-balam.Kabur.
Dia cuba bangkit.Badannya terasa terhuyung-hayang.Tangannya memapah dirinya sendiri.Dia berpaut pada akar pokok bagi mengelakkan dirinya tersembam ke tanah.Badannya masih lemah.Dipandang sekilas pada batang jamung nun kejauhan.Batang jamung yang dipacaknya semalam ke tanah terpatah akibat pertempuran lelaki misteri itu dengan makhluk berkepala lembu malam semalam.
Yazaid cuba menapak perlahan meninggalkan kawasan itu.Kawasan itu merupakan habitat kepada makhluk berkepala lembu itu kerana di kawasan permukiman ini mempunyai jurang-jurang yang cukup dalam di pinggir bukit.Makhluk itu amat gemarkan bentuk muka bumi HyperServ permukiman ini.
Dalam keadaan terhuyung hayang dan keletihan yang amat, Yazaid meraba-raba lehernya.BrainLink miliknya masih ada.Masih berfungsi.Jarinya menekan butang kecil di sini alat itu.
“Log Out!” Dia mencuba nasib lagi.
Tetap sebegitu.Masih tiada apa yang berlaku.Dirinya masih tidak dibenarnya untuk keluar dari dunia yang penuh kekejaman ini.
HyperServ mengurung dirinya disini.Yazaid melepaskan keluhan berat.Dia tiada ilmu perhutanan.Mana mungkin dia dapat teruskan hidup di dalam hutan ciptaannya ini tanpa ilmu perhutanan yang lengkap.Walaupun dia yang mencipta kebanyakan elemen disini namun tiada bezanya perhutanan disini dengan perhutanan di dunia realiti.Dia mencipta hutan ini berdasarkan realiti.
Pelbagai kebarangkalian pasti akan berlaku.Tiada apa yang sempurna di dalam penciptaan manusia sedangkan manusia itu sendiri serba kekurangan.Kadangkala ia juga bakal menyusahkan manusia itu sendiri.Tidak terdaya bagi kita untuk menandingi ciptaan dari-Nya.Sesungguhnya sebaik-baik ciptaan adalah manusia dan ciptaan dari-Nya.Tiada apa yang dapat menyangkal.Jadi apakah perlu manusia itu berasa bongkak, takabur, riak di bumi-Nya?
Terasa perjalanannya amat jauh.Yazaid hanya mengikut gerak hatinya dalam meredah belantara yang tebal ini.Dia sendiri tidak tahu dimanakah dia berada.Derapan langkah kakinya terasa berat.Seolah-olah dia sudah meredah hutan selama setengah hari.Dia telah berulang kali memanggil Irfan sebagai Operator kawalan datanya diluar namun tetap hampa.Begitu juga dengan proses Log Out yang berakhir dengan kecewa.Dia tidak dapat menghubungi sesiapa.Dia keseorangan disini.Terperangkap di dalam dunia ciptaannya sendiri.Hampa.Kecewa.Sedih.Kesemua perasaan berbaur menjadi satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Permukiman Fuego,HyperServ
Kirin berjalan mendahului Ismail.Dia lebih arif tentang berkaitan ilmu hutan disini.Ismail terkocoh-kocoh mengekori jejak langkah Kirin yang ternyata lebih lancar tanpa tersadung berbanding Ismail.Ismail pula cepat mengah.Dia terasa keletihan.Kirin hanya mendiamkan diri sejak dari tadi.Setiap pertanyaan dari Ismail langsung tidak diendahkan.Ismail terduduk keletihan di atas sebatang pokok tumbang.Dia melepaskan lelah.Kirin berhenti beberapa kaki di hadapan dan memandang ke arah Ismail lalu dia berpatah balik menuju ke arah Ismail.
“Awak tak penat ke?” Ismail bertanya dalam keadaan termengah.Kirin hanya menggelengkan kepala.Ternyata dia tidak kepenatan.
“Wow..kudrat awak langsung tak melambangkan saiz badan awak.” Ismail memegang perut.Terasa pedih di bahagian abdomennya.Dia tidak biasa melakukan perjalanan dalam jarak yang cukup jauh.Kawasan hutan yang mereka lalui ini memiliki suhu yang berbeza berbanding kawasan lain.Kawasan perhutanan ini lebih panas dan hangat.Aliran lava di bawah bumi HyperServ ini lebih hampir dengan permukaan berbanding di kawasan lain mengakibatkan suhu di persekitaran ini lebih panas dan bahang.
Kirin duduk bersebelahan Ismail.Ismail terkedu.Kirin duduk sangat hampir dengannya sehingga bersentuh bahu.Ternyata raut wajah Ismail berubah merah padam.Sememangnya dia tidak biasa berduaan dengan mana-mana perempuan sebegini sebelum ini.Dia mengesot sedikit menjauhi Kirin.
Kirin melangoi ke atas.Pandangannya terus mengapai dedaunan pokok nun jauh di puncak pokok.Sekadar mencarup udara dan membiaskan pandangan.
“Kita dah semakin hampir.” Kirin bersuara sekadar bersahaja sambil menghembuskan nafas halusnya.
“Hampir? Saya dah boleh balik rumah?” Ismail melonjak kegembiraan.Terasa rindu pada ayah dan ibunya membuak-buak.
“Rumah?” Kirin kelihatan hairan.
“Eerr..awak yang cakap tadi kita dah hampir.Awak nak hantar saya ke rumah saya semula kan?” Suara Ismail mengendur.
Kirin tergelak kecil.Geli hatinya melihat kerenah keanak-anakkan Ismail.Ismail keliru.
“Saya bukan nak hantar awak balik ke rumah.” Ringkas jawapan dari Kirin.
Ismail ternganga.Sangkaannya sepanjang perjalanan ternyata meleset sama sekali. “Jadi kita nak ke mana sebenarnya?”
Kirin hanya menudingkan jari telunjuknya ke hadapan.Ismail memandang ke arah yang ditunjuk oleh Kirin.Ismail memincingkan anak matanya cuba mencarup pandangan.Nun dikejauhan kelihatan sebuah batu prasasti besar bersaiz gergasi kukuh terpasak ke bumi.Ismail ternganga.Dia kehairanan.Apa kena-mengena batu blok itu dengan dirinya, gumamnya dalam hati.Batu yang bersaiz gergasi itu mampu dilihat dari kejauhan sekiranya dilihat dari puncak pokok atau kawasan tanah tinggi.
Kirin bangkit dari duduknya lalu menapak menuju ke arah batu prasasti yang ditunjuknya sebentar tadi.Ismail hanya mengekori dari belakang sambil melayani perasaannya.Rasa rindu kepada kedua ibu bapanya membuak-buak.Meronta-ronta di dalam hati.Dia sendiri tidak tahu dimana dia berada ketika ini bahkan dia sendiri tidak tahu apakah ‘dunia’ yang dimaksudkan oleh Kirin.Persoalannya, di ‘dunia’ mana dia berada sekarang.Dia sendiri keliru.
..Bersambung >> Server 10
ns 15.158.61.17da2