SERVER 22
Pinggir perhutanan Fuego, HyperServ
Perhutanan itu sama seperti perhutanan di dunia realiti.Bunyi unggas dan cengkerik memainkan irama perhutanan yang tidak difahami.Iramanya umpama halwa.Merdu didengar bagi spesis mereka namun tidak pada manusia yang lebih kepada perasaan seram sejuk.
Malam semakin larut.Masa berganti masa.Peredaran masa yang tidak pernah akan menunggu sesiapa pun.Kitalah yang perlu mengejar masa.Masa itu adalah emas.Gunakan sebaik yang mungkin tanpa mensia-siakannya.
Tajima berdiri di dalam gua berhampiran pintu masuk.Sesekali dia menjengah keluar gua memerhati persekitaran.
Kelihatan beberapa ekor makhluk serigala bertanduk runcing berkeliaran di hadapan pintu gua.Pergerakan mereka mundar-mandir memerhatikan ‘juadah’ mereka berada di dalam gua yang dipisahkan dengan api jamung yang terpacak di muka pintu.Mulutnya menyerigai.Liur yang meleleh menandakan mereka sedang dalam keadaan kelaparan.Hanya menunggu api jamung itu terpadam sahaja.Maka hilanglah dinding pemisah di antara mereka.Mana mungkin manusia biasa mampu bertempur dengan kudrat segerombolan serigala yang dalam keadaan kelaparan.Pasti maut bakal menjemput.
Serigala bertanduk runcing amat gemar bermukim di persekitaran ini.Sempadan di antara permukiman Fuego dan permukiman Viento menjadi habitat haiwan ini yang lebih gemar bersuhu suam dan sederhana.Permukiman Fuego ternyata bahang dan panas kerana adanya aliran lava berhampiran permukaan bumi Hyperserv manakala permukiman Viento pula mempunyai aliran angin yang kuat berpusat kepada permukiman Fuego akibat tekanan udara.Persempadanan ini pula memiliki suhu yang sederhana dan suam.
Tajima melihat sekilas pada api jamung yang menjadi pemisah di antara mereka dan makhluk buas di luar sana.Kelihatan apinya masih menyala dan mampu untuk bertahan beberapa jam sahaja lagi.Selepas daripada itu, hanya berharap pada kudrat dan nasib.
Zaidi duduk berdiang berhampiran unggun api yang dinyalakan di dalam gua.Akalnya juga ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri dari hambatan maut.
Tajima juga menempatkan diri bersebelahan Zaidi untuk mengurangkan rasa dingin yang mula menjalar ke setiap rusuk dan sendi sehingga mampu membejatkan pergerakan.
“Tajima, kau ada apa-apa idea tak? Macam mana nak keluar dari sini?” Zaidi mengunjurkan kedua telapak tangan ke arah unggun api.Terasa darah seakan mula membeku.
“Keluar? Kita takkan keluar.Kau nak mati ke? Tengok tu.” Tajima menudingkan jari telunjuk ke arah luar gua.Kelihatan makhluk serigala bertanduk runcing mundar-mandir di hadapan gua.Mulutnya menyerigai menderam-deram.Serigala disini akan menunggu mangsanya sehingga mangsanya tidak berdaya kekurangan tenaga tanpa mengira siang atau malam.Makhluk itu tetap menunggu.
“Habis tu? Nak duduk sini sampai mati?" Zaidi mula berputus asa.Menyerah nyawa semudah itu.Tajima terdiam seketika.
“Aku dah cuba hubungi Zie tapi...” Tajima menggelengkan kepala tanda kecewa.Ternyata isyarat itu sedikit sebanyak mengoyahkan pendirian Zaidi yang turut kecewa.
“Memang dunia ni nak sangat kita mati, Tajima.Kita pun pendatang.Penceroboh.” Zaidi mula bernada perlahan.Lebih menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang menimpa mereka.Menyesali perbuatannya sendiri.Usaha yang menjadi sia-sia.
“Zaidi! Kau jangan lupa tujuan asal kita ke sini! Blackserv tetap akan runtuhkan Hyperserv ni.Walaupun apa pun berlaku.Faham!” Darah Tajima terasa membuak-buak sampai ke kepala mendengar ulah putus asa Zaidi.Mengukuhkan matlamat asal.
“Sedar kedudukan kita sekarang, Tajima! Kita dalam bahaya.Dunia ni masih tak ada apa-apa.Buat apa kita nak rebut!” Zaidi tidak mengalah.Darahnya juga terasa terasa membuak-buak mendidih dari dalam.
“Sekarang memang tak ada apa-apa.Tapi akan datang? Fikirlah! Fikir jauh ke depan, Zaidi.Bukan bertapak dekat takuk lama!” Tajima berdiri mengepakkan kedua tangannya.Zaidi memang benar-benar mencabarnya kali ini.
“Habis sekarang apa idea kau?! Apa idea bernas kau sekarang?! Kau kan cerdik sangat!Tak habis dengan tamak! Sekarang ni nak buat apa?! Jadi lauk binatang tu?!” Zaidi ikut melenting sama.Tajima terdiam.Persoalan yang membejatkan akalnya.Mukanya merah padam menahan amarah.
“Aaaahhh!!” Tajima berpaling lalu menjerit melepaskan amarah yang terbuku.Dinding batu ditumbuk dengan kepalan buku lima.Darah mengalir dibiarkan sahaja asalkan amarahnya terluah.Deria bau serigala bertanduk runcing sangat sensitif.Mereka terbau hanyir darah.Mulutnya semakin menyerigai.Liur semakin banyak mengalir.Kelaparan yang teramat.
Mereka berdua terdiam seketika.Melayan perasaan kecamuk masing-masing.Tidak bersuara dan tidak berpandangan.Ego yang tetap ditegakkan membawa keruntuhan.
Setelah berdiam agak lama, Zaidi mencapai kayu yang masih terbakar dari unggun api berjalan masuk ke dalam gua.Tajima berpaling sekilas memandang tindakan drastik Zaidi.
“Hoi..kau nak pergi mana tu?” Tajima bersuara.
“Daripada aku duduk sini mati tanpa buat apa-apa, bergaduh dengan kau.Baik aku masuk lagi dalam.Mana tahu, hujung gua ada jalan keluar tembus ke mana-mana kawasan.” Zaidi menjawab pertanyaan Tajima tanpa berkalih memandangnya.Tajima berfikir sejenak.Ada benar juga kata-kata Zaidi.Daripada duduk bersahaja yang sia-sia, lebih baik lakukan sesuatu yang mungkin diluar jangkaan.Atau mungkin tindakan yang membawa maut jika tidak diambil kira risikonya.Mahu atau tidak, mereka terpaksa melakukannya demi kelangsungan hidup.Satu perkara yang perlu mereka ingat.Maut di sini bermakna maut di sana.Tiada bezanya cuma maut di sini lebih mengerikan berbanding di luar sana.
Tanpa membalas bicara Zaidi, Tajima juga mengambil sebatang kayu yang masih terbakar dari unggun api dan menuruti langkah Zaidi masuk ke dalam gua lebih dalam.Membongkar isi gua yang tidak diketahui penghuninya.
BlackServ Lab. Inderapuri. Tahun Infinity 30XX
Tidak cukup dengan fenomena ganjil yang menimpa Hyperserv, kini gadis itu dilanda resah untuk sekian kalinya.Fenomena ganjil itu menimpa berhampiran lokasi Tajima dan Zaidi.
Zie terkedu.Dia terdiam yang bungkam.Anak matanya tertancap pada paparan monitor hologram di hadapannya.Dia merenung agak lama.Diamati data yang muncul pada paparan hologram miliknya.
USER 1: TAJIMA
STATUS : LOST CONNECTION
USER 2 : ZAIDI
STATUS : LOST CONNECTION
Rintik jernih mula terbit dari wajah mulusnya.Mana mungkin kedua sahabatnya maut di dalam Hyperserv.Perkataan ‘Lost Connection’ ternyata membawa pelbagai maksud yang amat mudah untuk dimengertikan.Sama ada sememangnya talian data terputus atau maut.Kebarangkalian untuk maut juga adalah tinggi memandangkan dunia Hyperserv ternyata masih liar.Tiada pembangunan.Hanya belantara tebal yang mengelilingi peta dunia Hyperserv.
Jemari Zie ligat menekan-nekan pelbagai jenis butang hologram untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dua orang sahabatnya.Dia mencari lokasi terakhir sebelum talian data mereka terputus.
LAST LOCATION : GROTTE BARDTAN
DISTRICT : FUEGO
REGION : GRAND SOUTHGATE
‘Grotte Bardtan?’ Getus hati Zie.Dia seolah-olah teringat sesuatu mengenai lokasi itu.Lantas dia berjalan pantas menuju ke sebuah paparan monitor yang lebih besar berada di hujung makmal.Mencari-cari maklumat yang diperlukan tentang Grotte Bardtan.
Jemarinya ligat mengendalikan konsol kawalan digital itu.Ternyata gadis ini bukan calang-calang malahan dia sememangnya arif berkaitan selok-belok perkomputeran kompleks seperti ini.Tajima dan Zaidi banyak mengajarkan berkaitan sistem Blackserv dan bagaimana sistem mereka boleh menceroboh masuk ke dalam sistem Hyperserv.Ternyata ianya satu perkara yang rumit dan tidak mudah untuk dihadam bagi mereka yang kurang mahir berkaitan ilmu teknologi maklumat.
Dia mencuba pelbagai perisian untuk mendapatkan maklumat berkaitan nama Grotte Bardtan.Mendengar namanya sahaja sudah pelik.Pasti ada sesuatu rahsia disebalik nama unik gua itu.Usahanya kali ini berjaya.Zie menatap paparan monitor agak lama.Membaca perincian berkaitan Grotte Bardtan yang wujud di dalam Hyperserv.Tidak semena-mena, seluruh tubuhnya mengeletar.Wajahnya berkerut seribu.Dahinya berkeringat.Bukan kerana sakit tetapi maklumat terperinci berkaitan Grotte Bardtan ternyata membuatkan Zie kecut perut dan hampir pitam.Ternyata kedua sahabatnya sengaja menghantar leher sendiri pada Sang Algojo untuk dipancung.Menyerahkan nyawa bulat-bulat tanpa maklumat yang kukuh.
Tanpa berfikir panjang, Zie mencapai jaket kulit berwarna hitam yang tergantung berhampiran pintu lantas bergegas keluar.Cuba mencari jalan penyelesaian yang dirasakan adil.Jika dibiarkan, bukan sahaja mereka dan Hyperserv sahaja malahan seluruh dunia realiti juga akan turut musnah.Ternyata perincian maklumat berkaitan Grotte Bardtan begitu menyeramkan.
Grotte Bardtan adalah nama sebuah gua.Di keseluruhan dunia Hyperserv, hanya satu gua sahaja yang diberi nama oleh si pencipta dunia itu.Kebiasaanya, lokasi dan tempat diberi nama berdasarkan kisah-kisah tertentu disebalik nama yang diberikan.Namun, hanya satu gua sahaja yang diberi nama sedangkan masih terdapat banyak gua-gua seperti itu di persekitaran negeri Grand Southgate.Gua-gua lain tidak mendapat jolokan nama tetapi gua lokasi terakhir Tajima dan Zaidi mendapat jolokan nama aneh, Grotte Bardtan.Pasti ada kisah tersendiri disebalik nama unik itu.Kisah yang mungkin akan merenjat jantung.
Dikeseluruhan negeri Grand Southgate itu, masih terdapat banyak rahsia yang tidak diketahui asal usul sejarahnya.Hanya penciptanya sahaja yang tahu rahsia disebalik kejadian dunia baru digital itu.Namun manusia itu sendiri tidak terlepas dari kekhilafan.Egonya melambung tinggi.Kononnya mampu mencipta dan merubah dunia sedangkan pencipta sebenarnya adalah Dia Yang Esa.Ciptaan-Nya ternyata tiada cela.Manusia yang serba kekurangan memerlukan antara satu sama lain untuk saling melengkapi.
Makmal Hyperserv,Tahun Infiniti 30XX
Bilik mesyuarat itu terang benderang dengan apungan kod yang terpancar secara hologram dan digital.Irfan dan Hadif melihat-lihat kod kompleks itu dengan rasa kagum.
Ilyas dan Elizia sekadar memandang bersahaja.Bagi mereka, ini adalah pandangan biasa memandangkan mereka sendiri yang membina aplikasi ini.
“Apa yang IRIS boleh buat?” Hadif cuba menyembunyikan rasa kagumnya dengan mengusulkan persoalan.
“Sistem IRIS mampu memulihkan keadaan sistem yang terganggu kepada keadaan sedia kala.Ia perlu dipasang pada sistem induk utama untuk mencari backup data dan memerlukan Brainlink yang terhubung dengannya.” Elizia menerangkan serba ringkas sambil jemarinya di sentuh ke udara.Menyentuh apungan kod kompleks yang terpancar secara hologram.
“Jadi, kita kena ke sistem induk utama untuk pasang?” Irfan pula mengambil alih.
“Tak perlu.” Ilyas mengeluarkan sebuah beg bimbit dan diletakkan di atas meja mesyuarat.Ilyas mengimbas kad pada permukaan beg tersebut lalu beg bimbit itu terbuka secara automatik.Di dalamnya bukanlah seperti beg bimbit yang biasa.Ia dilengkapi dengan paparan monitor dan kelengkapan digital lain termasuk papan kekunci hologram dan slot kad.
“Kita melakukannya hanya cukup disini.Gabungan pangkalan data Brainlink akan menghubungkan sistem ini terus ke sistem induk utama.” Ilyas mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Hadif dan Irfan.Kad gentian kaca atau access glass miliknya berada di dalam genggaman.Bersedia untuk dilancarkan namun perlu mendapat kebenaran daripada Hadif dan Irfan terlebih dahulu.
“Berapa lama masa yang diperlukan untuk pemulihan?” Irfan cuba mendapatkan kepastian.
“Itu bergantung kepada keupayaan sistem induk utama itu sendiri.Mungkin boleh mencecah minggu.” Elizia menerangkan tanpa berselindung.
“Minggu?Lambat juga.” Hadif memeluk tubuh yang tidak kesejukan.Sekadar berfikir.
“Sistem yang diancam virus bukan mudah untuk dipulihkan.Apatah lagi virus yang menyerang bukan virus semula jadi.” Ilyas bersandar pada kerusi yang didudukinya.
“Bukan virus semula jadi? Habis, virus yang menyerang ni virus apa?” Irfan menegakkan tubuhnya.Terasa ingin tahu.
Ilyas dan Elizia berpandangan.Ternyata mereka tidak mengetahui secara terperinci kronolgi kejadian.
“Virus ni, virus yang dicipta oleh seseorang.Berniat untuk menjatuhkan dan memusnahkan tanpa tahu apa implikasinya.Mungkin mereka berkumpulan.Atau lebih dikenali sebagai...” Belum sempat Elizia menghabiskan kata-katanya, pintu bilik mesyuarat terbuka ditolak dari luar.Mereka berempat memandang ke arah seorang gadis yang berdiri di muka pintu.
“Hacker!” Zie menyambung bait bicara Elizia yang tergantung.Dia berdiri menghadap keempat-empat orang kuat Hyperserv.Ternyata kehadirannya mengundang kecurigaan lebih-lebih lagi pada Irfan.Anak matanya dibuntangkan melihat gadis itu boleh menceroboh masuk ke dalam makmal tanpa sebarang masalah.Ternyata, gadis ini juga bukan orang sebarangan.Boleh jadi gadis ini juga adalah hacker.
Kehadiran Zie mendatangkan kecurigaan kepada mereka berempat.Cuba untuk menyelesaikan permasalahan namun timbul pula permasalahan yang lain.Mungkin Zie bertemu mereka untuk menjatuhkan Hyperserv secara kasar dan bertindak agresif.Ternyata hacker bukan sebarangan manusia.Fikiran yang lebih dikuasai tamak yang pastinya akan memakan diri sendiri.
>>Bersambung [Server 23]
ns 15.158.61.44da2