SERVER 36
Gua Grotte Bardtan, Fuego, HyperServ
“Bangun!! Bangun, wahai manusia! Bangun!” Suara itu bergema-gema dan melantun-lantun.Lontaran suara itu memekakkan telinga.Terlalu bingit dan bergema.Tajima dan Zaidi bangun hampir serentak dengan kaki yang terlunjur.Mereka terkejut yang amat.Jantung berdegup pantas.Mereka terlelap agak lama.Peredaran masa disini tidak diketahui memandangkan lokasi dunia ini jauh ke dalam pusat bumi Hyperserv.Suasananya sama sahaja saban masa.Tiada kitaran siang mahupun malam.Ianya diterangi oleh cahaya dari aliran lava.
Tajima dan Zaidi bingkas berdiri namun langkah mereka terbejat.Mereka berdua berada di dalam sebuah sangkar kurungan yang diperbuat daripada batu.Palang-palang yang mengurung mereka, atas sangkar bahkan lantai sangkar.Kesemuanya daripada batu.Dihadapan mereka berdiri gah seekor makhluk bersaiz gergasi.
Tubuh badannya seolah-olah berasal daripada batu keseluruhannya.Merekah dan dicelah rekahan itu kelihatan seperti aliran lava.Matanya berwarna merah menyala dan sesekali terbit api keluar dari mulutnya.Mempunyai tanduk yang runcing ke atas dan terbakar pada bahagian hujungnya.Tangan kanan memegang pedang bermata dua.Tajima dan Zaidi menjadi kaget.Selain daripada Xeados, mereka tidak pernah bertemu makhluk lain disini.
“Nama aku Runaan.Panglima Raja Raa.Aku ditugaskan untuk mencari kalian bangsa manusia yang mampu menembusi ke dunia kami.” Suaranya bergema-gema.Apabila ia berkata-kata, terdapat puing-puing api kecil keluar dari mulutnya.
“Kenapa kau kurung kami?” Tajima melangkah setapak ke hadapan.Matanya memerhati tentera Runaan yang terdiri daripada pelbagai elemen dan wajah yang menakutkan.
“Aku menjumpai kalian pengsan dipertengahan hutan sana.Sebagai langkah berjaga, aku mengurung kalian di dalam Jaulas ini sementara perjalanan kita ke istana Raja Raa.” Runaan memperlihatkan tubuhnya yang sasa dan gagah.Wajahnya membengis dan menyinga.
“Jaulas?Kau panggil sangkar kurungan ini Jaulas?” Tajima menduga-duga.Runaan lantas berpaling ke hadapan dan memberi arahan kepada tentera-tenteranya yang ditugaskan untuk menarik sangkar batu itu.Tidak mengendahkan soalan dari Tajima.Maka, sangkar itu bergerak apabila dua tentera Runaan menarik pada bahagian hadapan dan dua lagi tenteranya menolak sangkar itu dari pada belakang.Tajima dan Zaidi terdorong ke belakang lalu terduduk.Langkah mereka jauh lebih jauh jaraknya kerana kaki mereka agak panjang berbanding manusia biasa.Oleh kerana itu, pergerakan sangkar batu dirasakan seperti bergerak laju ke hadapan bagi manusia biasa.
“Kami boleh berjalan sendiri.Lepaskan kami!” Tajima melontarkan suara.Runaan langsung tidak menoleh.
“Kalian mempunyai kaki yang pendek.Pergerakan kalian agak lambat.Raja Raa mahu bertemu kalian secepat yang mungkin.” Runaan membalas tanpa berkalih memandang mereka.Ternyata ianya satu perbuatan yang agak kurang sopan.
“Kenapa tidak dibunuh saja kami?” Zaidi mempersoalkan tindakan Runaan.Tajima menjengilkan biji mata tanda menegah.Setiap kata-kata perlu dijaga agar tidak menyinggung perasaan makhluk-makhluk aneh disini.Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata maut padahnya.Mereka hanya pendatang disini.
Runaan berhenti mendadak.Tentera-tenteranya yang menolak kurungan batu itu juga turut berhenti mendadak apabila ketua mereka berhenti melangkah.Tajima dan Zaidi terdorong ke hadapan dan terjatuh terlentang berhampiran palang-palang batu.Lantas Runaan berkalih ke arah mereka.Wajahnya didekatkan kepada Tajima dan Zaidi.
“Kalian mempunyai tangkal azimat yang membolehkan kalian masuk ke sini.Aku tak boleh menghapuskan kalian.Raja Raa berkenan untuk bertemu dengan tetamu yang tidak diundangnya ini.Jika bukan kerana Raja Raa, kalian berdua sudah menjadi debu mayat! Penjajah bangsa manusia!” Runaan membengis.Wajahnya terasa hangat sehingga menerbitkan api pada seluruh wajahnya.Tajima dan Zaidi terkedu.Zaidi mengeluarkan tangkal azimat yang diperkatakan.Ianya sebiji batu kristal berwarna kebiruan.Tajima mengenali batu itu.Zaidi membawanya setiap masa dan dia mengutipnya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Hyperserv lagi.Dia sendiri tidak tahu mengenai batu ini.
“Itu adalah Kristal Valkarie.Bagaimana kalian boleh memperolehinya, aku tak tahu dan aku tak nak tahu.Tapi perlu kalian ingat! Jika kristal itu hilang dari simpanan kalian maka nyawa kalian juga boleh hilang dalam sekelip mata.” Runaan memberi amarah keras.Tajima menelan liurnya.Zaidi berkeringat.Batu kristal itu digenggam kejap.Tidak akan sesekali melepaskannya.Kini dia percaya bahawa batu kristal ini adalah azimat yang akan menyelamatkan nyawa mereka.Hakikatnya, ianya cuma benda mati yang tidak mempunyai apa-apa kuasa.Allah jualah yang melindungi mereka dan hanya Dia yang berkuasa.Allah yang menentukan segala-galanya.Tanpa izin-Nya maka ianya pasti tidak akan berlaku.
Sepanjang perjalanan mereka, Tajima dan Zaidi mengerahkan akal fikiran untuk melepaskan diri dari kurungan ini.Namun jauh disudut hatinya, mereka mahu bertemu dengan Raja Raa yang menawarkan kekayaan dan kekuasaan kepada mereka.Mata hati mereka menjadi buta.Selepas pertemuan itu, mereka akan melarikan diri dari dunia ini secepat yang mungkin.
“Runaan!” Zaidi memanggil makhluk itu.Tajima terkedu melihat keberanian Zaidi yang meresap secara tiba-tiba sehingga berani untuk menegur Panglima bangsa Valkazar itu.Runaan menoleh sekilas.
“Sebelum ini, ada manusia yang pernah menjejakkan kaki ke sini?” Zaidi menghampiri palang batu itu.
“Ada.Berkurun yang lalu.Bangsa manusia itulah yang mengurung kami bangsa Valkazar disini buat selamanya.Sejak dari itu, tiada satu pun manusia yang masuk ke sini mampu keluar hidup-hidup.Tetapi, ada dua lagi manusia yang pernah menjejakkan kaki ke sini dan keluar hidup-hidup.Itupun, kerana budi bicara Raja Raa! Jika tidak....” Runaan merenung tajam ke arah Zaidi.Tajima menarik Zaidi menjauhi palang batu itu.
“Kau dah gila ke? Kau nak mati tanya macam tu?” Tajima menekan suaranya di halkum.Nadanya antara dengar dan tidak.
“Apa? Aku tanya je.Bukan aku maki dia pun.” Tajima membalas bersahaja.Dia mula yakin dengan adanya Kristal Valkazrie bersamanya maka dia tidak akan diapa-apakan oleh Runaan.
Sangkar mereka ditarik oleh tentera-tentera Runaan tanpa bersuara.Mereka langsung tidak menegur atau bercakap-cakap.Runaan sendiri yang mengetuai juga tidak bersuara kecuali ditegur.Itupun, Tajima dan Zaidi yang menegur.Mereka meredahi hutan belantara yang bersaiz gergasi dan pelbagai bentuk serta warna.Laluan yang mereka gunakan pula merupakan laluan utama jalan bertanah dan berbatu yang sudah dilapangkan.
Setiba dipenghujung jalan, terdapat sungai lava dihadapan mereka.Jarak tebing disebelah sini dan disebelah sana amat jauh seolah-olah ia memisahkan antara dua daerah.Pemisahnya adalah sungai lava ini.Aliran lava yang menggelegak dan berbuih-buih menandakan suhunya teramat tinggi sehingga mampu membakar kulit manusia sebelum ia sempat mencecah permukaan lava.Hanya dengan arus panasnya sahaja sudah mampu meragut nyawa.Tajima dan Zaidi terkedu namun disudut hati mereka terasa lega.Mereka perlu berhenti seketika sementara mereka mencari jalan untuk merentasi sungai lava itu.Ketika itulah Tajima dan Zaidi akan mencari peluang untuk melepaskan diri.Mungkin dengan melakukan muslihat.
Anehnya, pergerakan mereka langsung tidak berhenti.Runaan yang berada di hadapan sekali terus melangkah ke arah sungai lava itu.Begitu juga dengan tentera-tentera Runaan yang lain.Tajima dan Zaid menjadi hairan.Jika mereka masuk ke dalam sungai lava itu semestinya mereka akan terbakar dan mati.Lebih menggusarkan, kurungan mereka turut bergerak ke arah yang sama.Ini bermakna, kurungan batu mereka juga akan turut merentasi sungai lava itu.Tajima dan Zaidi mula kecut perut.
Namun, apa yang disaksikan oleh Tajima dan Zaidi ternyata mengejutkan.Terbeliak anak matanya.Runaan merentasi sungai lava itu tanpa sebarang masalah.Bahagian tubuh yang tenggelam ke dalam lava itu mula terbakar namun apinya tidak marak membakar seluruh tubuhnya.Bermula dari paras kakinya naik hingga ke paras pinggang dan seterusnya ke paras dada.Runaan tetap berjalan tanpa masalah.Begitu juga dengan tenteranya.Kurungan mereka berhenti terlebih dahulu.Mereka membiarkan tentera-tentera yang lain merentasi sungai itu.
Selepas daripada tentera-tentera Runaan menyeberangi sungai lava itu, barulah kurungan mereka dan empat orang tentera Runaan yang ditugaskan membawa kurungan itu mula bergerak menyeberangi sungai lava.Tajima dan Zaidi lantas berdiri.Bimbang jika mereka tenggelam ke dalam sungai lava yang menggelegak panas itu.Alirannya tidak deras kerana kandungan mineral di dalam cecair lava itu sangat tinggi menyebabkan aliran lava itu menjadi pekat dan mengalir perlahan.Suhunya terlalu tinggi.
Perlahan-lahan kurungan mereka merentasi sungai lava itu.Runaan sekadar memerhati dari jauh.Semakin lama, semakin dalam.Tubuh badan bangsa Valkazar itu tinggi melampai.Jika paras sungai lava itu mencecah lututnya sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan manusia biasa apatah lagi kedalamannya boleh mencecah paras dada bangsa Valkazar itu.Tajima dan Zaidi kaget.Kurungan yang mengurung mereka diperbuat daripada batu.Semestinya mereka akan tenggelam jika tidak diampu dengan kukuh.
Aneh sekali.Kurungan mereka ternyata terapung di atas permukaan sungai lava itu.Meskipun cecair lava hampir-hampir melimpahi ke lantai kurungan namun ianya seolah-olah mengalir keluar semula dari lantai kurungan.Tajima dan Zaidi terlompat-lompat dan tertunduk-tunduk apabila serpihan letupan kecil permukaan lava terpercik ke arah mereka.
Akhirnya, mereka berjaya merentasi sungai lava itu dan naik ke tebing.Tentera-tentera Runaan yang menunggu bingkas berdiri dan meneruskan perjalanan.Kini, Runaan berada di belakang sekali berbanding sebelum ini.Tajima dan Zaidi terasa seperti putus asa untuk cubaan meloloskan diri.Runaan memandang ke hadapan sekali gus dapat memerhatikan gerak-geri mereka berdua.
Setiap langkah perjalanan mereka hanya dihiasi dengan bunyi unggas-unggas hutan yang kedengarannya agak aneh.Tidak pernah didengari di dunia manusia mahupun di permukaan Hyperserv yang ternyata menyalin rekaan asal dunia manusia.Pandangan Tajima menerawang ke serata arah.Jika diambil kira kudrat mereka dan kelajuan berjalan kaki, mereka masih belum tiba ke lokasi ini sekarang.Memandangkan tubuh bangsa Valkazar yang agak besar dan tinggi membolehkan setiap langkah mereka menjadi panjang dan pantas berbanding manusia biasa.
“Runaan! Berapa lama Valkazar dikurung disini?” Akhirnya, Zaidi memecahkan kesunyian di antara mereka dek kerana tidak tertahan rasa bosan yang melingkari.Sekali lagi Tajima membuntangkan anak matanya pada Zaidi.Dahinya berkerut.
“Agak lama.” Runaan menjawab ringkas.
“Berapa lama.” Zaidi tidak berpuas hati.
“Berkurun lamanya.” Jawapan Runaan seperti acuh tidak acuh sahaja.
“Atas sebab apa Valkazar dikurung disini? Dalam tempoh masa yang lama?” Zaidi terus mempersoal Panglima Valkazar itu tanpa rasa gentar sebaliknya Tajima pula yang keresahan.Bimbang jika diapa-apakan.
Runaan merengus kasar.Hembusan nafasnya mengeluarkan asap yang berkepul-kepul melingkari seluruh tubuhnya.Rasa kurang senang apabila dipersoal sebegitu rupa lebih-lebih lagi daripada bangsa manusia yang paling dibenci olehnya sepanjang hayat.
“Ada lebih baik kau tak perlu tahu jawapan yang kau tak mahu tahu.Bimbang kalau jawapan itu tak menepati cita rasa hati.Lebih parah, bimbang jawapannya nanti menyebabkan kau kehilangan nyawa kelak.” Nada suara Runaan merendah namun terselit amaran keras.Lantas Runaan berjalan pantas ke hadapan dan berada di barisan paling hadapan.Zaidi agak hampa apabila jawapannya agak mengecewakan malahan berbaur ugutan dan amaran.Tajima menarik tangan Zaidi sehingga sahabatnya itu terduduk.
“Kalau kau nak mati, kau mati seorang saja.Boleh?” Darah Tajima membuak ke kepala.Sebaliknya, reaksi Zaidi tidak seperti yang diharapkan.Dia berwajah selamba dan tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah tiada perasaan.
“Apa yang buatkan kau yakin sangat ni, hah?!” Tajima mempersoal tindakan Zaidi.
“Aku ada ni.Aku tak perlu takut lagi dengan makhluk keparat ni semua.” Zaidi menunjukkan batu Kristal Valkarie yang dipercayai menjadi pelindungnya sedangkan dia terlupa bahawa sebaik-baik pelindung adalah Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Menguasai seluruh makhluk-Nya.
“Ini cuma batu biasa.Benda mati.Bukannya tangkal.Lagipun, batu ni kunci sahaja yang membolehkan kita manusia biasa untuk masuk ke dunia ni.” Tajima memberi gambaran awal kedudukan sebenar situasi mereka.Namun, Zaidi tidak mengendahkannya.Dia tetap meyakini bahawa batu Kristal Valkarie yang dimilikinya ini membawa tuah dan dijadikan tangkal pendinding dirinya.Ternyata ianya satu perbuatan yang terkutuk apabila mempercayai benda mati sebagai pelindung bahkan ianya satu perbuatan yang tergolong dalam perbuatan syirik.
“Kita sudah sampai ke istana Raja Raa.Yang lainnya! Tunggu disini sehingga aku membenarkan.” Runaan bersuara lantang.Tentera-tenteranya sekadar menggangguk.Kurungan batu mereka diletakkan di tanah.Sekadar dihempas ke bawah.Tajima dan Zaidi sekali lagi jatuh terduduk.
Mereka berdua menghampiri palang-palang batu.Kepala mereka melangoi ke atas.Cuba mencapai pandangan ke puncak.Dari kejauhan, istana Raja Raa kelihatan terapung-apung di udara dengan puncak istananya melepasi kabus awan di dunia ini.Ternyata dunia bawah tanah ini terlalu tinggi, besar dan seluas benua.
Apa yang mereka lihat ketika ini agak mengejutkan dan seiring itu juga terasa kagum.Bahagian bawah istana itu seluas daerah yang lapang.Kawasan hutan yang berada di bawah istana itu gelap dan kelam akibat terlindung sinaran cahaya.Manakala, bahagian bawah istana itu bukan tanah semata-mata sebaliknya terdapat binaan-binaan aneh yang tergantung di bahagian bawah istana itu.Ianya merupakan salah satu daripada pintu masuk ke ruang utama istana.Pengawal-pengawal istana yang terdiri daripada bangsa Valkazar itu sendiri berdiri tegap dengan wajah yang membengis.Mereka terdiri daripada pelbagai elemen seperti Xeados dan Runaan.Ada yang bertubuh batu campuran tanah.Ada yang bertubuh cecair pekat dan melekit.Ada juga yang bertubuhkan api yang bergulung-gulung.Malahan ada juga yang tidak mempunyai fizikal yang tetap kerana tubuhnya terdiri daripada elemen angin yang berpusing-pusing seperti puting beliung kecil.
Tajima dan Zaidi berkerut wajah.Apa yang disaksikan kini ternyata aneh dan tidak masuk akal sama sekali.Mereka tidak pernah melihat makhluk sebegini di dunia manusia bahkan di permukaan bumi Hyperserv.Ianya terlalu aneh dan sukar diterima akal.
“Manusia!” Salah satu suara menegur mereka.Lantas mereka berkalih memandang ke arah suara itu.Salah seorang pengawal bangsa Valkazar menundukkan badannya dan mengintai ke dalam kurungan.Aras matanya diselarikan dengan saiz tubuh Tajima dan Zaidi memandang mereka memiliki tubuh yang besar dan tinggi.
“Apabila kau bertemu Raja Raa, mintalah kekuasaan berbanding kekayaan.Kerana permintaan itu akan menyelamatkan kau dari maut.Ingat!” Pengawal itu seolah-olah membuat rundingan bahkan ianya mungkin boleh menjadi satu peringatan.Tajima dan Zaidi memandang sesama mereka.Permintaan yang agak aneh dan sukar ditafsirkan niat yang berada disebaliknya.
[To be Continued >> Server 37]
ns 15.158.61.44da2