Bandar Inderapuri sentiasa hingar dengan hiruk-pikuk manusia di zaman serba moden itu. Marga disekitar seakan hilang kewibawaan mereka sebagai manusia sedangkan apa yang perlu diperjuangkan ialah menegakkan ketamadunan manusia itu sendiri dan berpegang pada prinsip Islam selaras dengan ajaran nabi yang terdahulu.
Jalan raya yang berselirat dan bertingkat-tingkat itu menambahkan lagi sesak pada pandangan mata namun pada kaca mata manusia di Inderapuri ini adalah merupakan fenomena biasa yang terdapat di bandar.
Di dalam kesesakan dan kesibukan hingar bandar itu, tidaklah diketahui oleh marganya tentang kewujudan sebuah rumah dua tingkat yang dibina dengan mengekalkan tradisi berasaskan kayu sebagai bahan binaan sedangkan binaan bangunan lain bahannya diperbuat dari bahan-bahan sintetik dan campuran batu-bata.
Rumah kayu yang sederhana besar itu dibina dipinggir taman perumahan yang terletak betul-betul di tengah bandaraya Inderapuri. Rumahnya tidaklah begitu usang malahan masih cantik dan utuh. Jika dipandang sekali imbas, tiada apa-apa keistimewaan yang ada pada rumah itu selain ukiran silat pada jenang pintu dan siling. Seakan rumah itu terjaga dengan baik dan rapi namun tampak kehairanan kerana penghuninya jarang kelihatan malahan tidak diketahui siapakah pemilik kediaman klasik itu. Agak misteri kewujudannya.
Sesekali terlihat seorang gadis keluar masuk dari rumah kayu itu namun amat jarang baginya untuk menegur jiran tetangga yang berdekatan. Umpama kera sumbang. Hidup berjiran namun tidak menghiraukan kejiranan mereka.
Namun terdapat rahsia mengenai rumah itu yang tidak diketahui oleh penduduk taman tersebut. Diluarnya hanyalah sebuah rumah bersaiz sederhana besar yang indah ukiran silat pada kayu jenangnya. Namun terdapat sebuah pintu rahsia didalam rumah itu. Pintu itu menghubungkan antara tingkat bawah iaitu ruang tamu rumah bersambung ke bawah tanah dan tapak bawah tanah itu dijadikan makmal rahsia yang mempunyai teknologi yang hampir serupa dengan Hyperserv.
Makmal ini terhasil daripada inspirasi dari Hyperserv. Rekaan dalamannya, kemajuan teknologinya, aliran pangkalan datanya, semuanya hampir serupa. Namun dalam persamaan yang hampir ketara itu ada perbezaannya. Yang membezakannya adalah niat mereka dan nama makmal itu sendiri. Ini adalah makmal Blackserv.
Blackserv dianggotai oleh Tajima yang mengetuai projek makmal Blackserv ini. Dia dibantu oleh seorang sahabat baiknya juga seorang yang bekerja dibawah seliaannya, Zaidi. Mereka berdua sahaja mampu membuatkan pangkalan data yang besar dan kompleks menjadi huru-hara dan kacau bilau. Mereka adalah ahli hacker yang sangat berpengalaman dalam menguruskan hal ehwal pangkalan data ataupun database.
Tujuan mereka hanya satu. Mereka mempunyai niat hitam didalam hati masing-masing. Makmal ini dibina untuk memusnahkan Hyperserv yang dianggap tunggak dan pengasas kepada penciptaan Bioserver dan pemindahan minda manusia ke dalam alam maya yang pertama di dunia. Pada ketika ini, Hyperserv merupakan bioserver yang pertama yang mempunyai keupayaan memindahkan keseluruhan minda manusia ke dalam alam maya ataupun webworld dengan berjaya dan hampir sempurna keseluruhan operasinya.
Niat hitam mereka bukan mati disitu sahaja. Mereka juga berhasrat untuk membolot gelaran itu dan membolehkan mereka menunggak nama sebagai pengasas kepada sistemitu. Dengan ini mereka mampu menjana pendapatan dan keuntungan yang berlipat kali ganda dari usaha mereka. Lebih kepada kepentingan diri. Tambahan pula, dengan bantuan Brainlink yang pada masa kini menggantikan penggunaan telefon pintar memudahkan lagi proses pemindahan minda manusia melalui gelombang data.
453Please respect copyright.PENANA7DrxH0S1sj
Dua orang sahabat itu sedang menghadap kaca monitor yang pandang telus. Segala maklumat terpapar diatas kaca itu secara hologram. Sebuah monitor besar yang tergantung diparas kepala dijadikan monitor induk utama.
Tajima sedang mengubahsuai program pemusnah sistem untuk dinaiktaraf bagi memudahkan mereka melakukan serangan kelak.
Zaidi yang membelakangkan Tajima sedang menghadap sebuah mesin yang lebih besar sedikit saiznya dari Tajima. Dia sedang menguruskan satu program yang agak rumit.
“Tajima, bagi aku access glass tu kalau dah siap upgrade.” Pinta Zaidi kepada Tajima.
Access glass itu bersaiz kad biasa cuma ia diperbuat daripada gentian kaca sepenuhnya dan paparan hologram mengenai maklumat di dalam kad kaca itu boleh terpapar di atas kepingan kaca itu malah maklumat didalamnya juga boleh dipindah-pindahkan seperti fungsi memory card. Cuma saiznya adalah saiz kad biasa dan diperbuat daripada gentian kaca digital.
“Aku dah siap upgrade sistemni. Ada dalam access glass tu.” Tajima menyerahkan access glass itu kepada Zaidi. Alat peranti itu bertukar tangan.
Zaidi segera memasukkan access glass itu ke dalam slot di sebelah kanannya dan memuat naik segala data yang telah siap diubahsuai oleh Tajima itu. Monitor memaparkan susunan data tersebut. Bibir Zaidi menguntum senyuman puas. Dia hanya perlu menambah baik sedikit sahaja lagi bagi menyempurnakan program pemusnah itu. Terbayang kejayaan yang bakal diperoleh. Kejayaan yang hitam namun tanpa sedar ianya tidak menjanjikan kejayaan. Mungkin mereka akan mengalami kegagalan. Sistem yang dihasilkan masih diperingkat pengujian.
Dalam ketika mereka berdua sibuk menguruskan urusan masing-masing, seorang gadis keluar dari sebuah bilik khas yang terletak dipenjuru makmal mereka. Gadis itu menghampiri mereka berdua yang kelihatan sibuk menyusun atur data yang akan digunakan. Jari-jemari masing-masing ligat menyentuh paparan monitor kaca yang terpapar secara hologram itu. Mereka sedang sibuk menaik taraf kekuatan programpemusnah itu.
Gadis itu menempatkan dirinya di antara Zaidi dan Tajima.
“Kita telah bersedia. Mesin telah sempurna. Program utama sudah dimuatnaik. Ia siap untuk dilancarkan.” Jelas gadis itu serba ringkas tentang status mesin yang terletak di dalam bilik khas itu.
“Sekarang kita tunggu program ni siap sepenuhnya. Lepas tu, kita dah boleh bermain di lapangan perang cyber.” Tajima tersenyum lebar sambil matanya sekilas memandang gadis itu. Kepuasan terukir di riak wajah Tajima.
453Please respect copyright.PENANA7k77AAlJsn
Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
Elizia memandang tepat pada anak matanya. Raut wajahnya tampak serius. Anak matanya dipincingkan tepat pada Yazaid. Seolah-olah mengamati sesuatu yang amat jauh. Jauh didasar hati Yazaid. Mengembur dasarnya mencari apa yang tersembunyi dan disembunyikan. Mencari yang tersirat serta tersurat lantas diikat ketat.
“Awak cakap dengan saya, jujur...Apa sebenarnya yang awak buat?” Nada Elizia agak serius tiba-tiba.
Yazaid tercengang dan bungkam. Mati kata-kata. Mungkin Elizia telah mengetahui tentang perkara itu fikirnya.
Secara tiba-tiba Elizia menguntum senyuman lantas tergelak. Yazaid kebingungan.
“Hahahah..apa yang awak takut sangat ni. Saya tengok muka awak terus berubah merah. Awak takut? Awak buat salah ke? Hahaha” Elizia tergelak besar apabila terlihat wajah Yazaid berubah cemas.
“Awak main-mainkan saya ya. Bila kali terakhir awak makan kasut?” Yazaid turut tergelak. Sedikit sebanyak gusar di dadanya berkurang. Bimbang ‘projek’ rahsianya terbongkar.
“Hahaha...awak ni pun satu. Saya melawak je lah.” Elizia sekadar menguntum senyuman. Lantas jarinya seakan menyentuh angin dan bergerak-gerak seakan-akan wujud sebuah screen dihadapannya. Pada mata Elizia, hanya dia sahaja yang dapat melihat paparan hologram dihadapannya. Dia menghantarkan sesuatu kepada Yazaid.
Yazaid menerima satu isyarat menandakan satu notifikasi yang diterima dari Elizia.
“Wahhh...saya dah terima software dari awak. Terima kasih.” Yazaid tersenyum.Sekadar membalas senyuman.
“Sama-sama. Tapi awak kenalah belanja saya selama sebulan. Hahaha..” Elizia berseloroh.
Yazaid hanya sekadar tersenyum sahaja. Kepuasan turut dirasai. Sekurang-kurangnya dia mampu memperbaiki keadaan, fikirnya.
“Software tu namanya Pixel Tracker. Tujuannya untuk menjejaki keseluruhan data yang hilang untuk dicantumkan semula. Software yang saya bagi dekat awak tu dah siap dinaiktaraf. Jadi, ia tetap dapat mencari secara keseluruhan dengan lebih terperinci. Saya minta tolong kawan saya untuk dinaiktaraf. Dia salah seorang software and hardware engineer. Satu team juga dengan saya. Versi kali ni jauh lebih pantas dan lebih stabil berbanding versi yang saya cipta sebelum ni. Versi kali ni lebih hebat. Ia dapat melangkaui antara server dengan server yang lain.” Jelas Elizia serba ringkas tentang software yang dipinta Yazaid.
“Yang ni pun dah cukup baik dah, Eliza. Terima kasih.” Ikhlas senyuman Yazaid terpancar dari riak wajahnya. Memaniskan rona wajah sebaik mungkin.
Elizia terpempam seketika. Sepanjang perkenalan mereka, ini kali pertama Elizia dapat melihat wajah senyuman yang cukup ikhlas dari sahabat baiknya ini, Yazaid. Setahunya Yazaid adalah seorang yang sangat tegas. Untuk melihat dia tersenyum pun terlalu sukar apatah lagi untuk tergelak. Atau mungkin Yazaid terlalu tegas membuatkan dia sukar untuk melemparkan senyuman. Manis juga wajahnya, fikir Elizia.
“Kenapa awak pandang saya macam tu sekali? Seram saya tau tak. Tengok, dah meremang bulu roma saya.” Yazaid sekadar berseloroh apabila dia perasan bahawa Elizia memandangnya cukup lama.
Elizia tersenyum lalu mengalihkan pandangan. Rona wajahnya bertukar merah. Malunya bukan kepalang. Dia tersenyum sendiri.
Yazaid menyedari perkara itu dan terus terus membisu. Lidahnya bungkam. Terkedu dan terkejut dengan situasi itu. Mereka berdua terdiam seketika. Melayari jalur ingatan masing-masing.
Yazaid tersenyum lagi. Sempat juga anak matanya melirik kepada Elizia. Sungguh, dia masih lagi menyimpan perasaan kepada Elizia sejak dari mereka belajar satu universiti sejak dahulu lagi. Satu-satunya sahabat seperjuangannya yang masih kekal bersamanya hingga kini. Dia kini mengenali Elizia sebagai software and hardware engineer yang handal di sebuah syarikat digital yang baru bertapak. Dia boleh mencipta dan mengubahsuai software menjadi lebih baik dalam masa yang singkat.
Elizia hanya tersenyum sendiri. Dia tahu Yazaid sedang memerhatikannya. Rona wajahnya semakin merah. Dia malu sendiri. Malu untuk menatap anak mata Yazaid. Pelbagai jalur kenangan dia bersama Yazaid ketika di universiti dahulu bermain dimindanya kala ini. Saat-saat indah dan bahagia. Namun masing-masing bermain tarik tali. Saling menunggu untuk meluahkan dan diluahkan.
“Hooiiii..!!” Satu jerkahan mengejutkan keduanya.
Yazaid dan Elizia terkejut bukan kepalang. Imbauan jalur kenangan berkecai berselerakan. Seakan diri masing-masing direntap semula ke alam realiti. Satu sergahan yang mengejutkan.
“Aku tunggu kau punyalah lama dekat makmal. Kau cakap kau sangkut dekat jem. Rupanya, kau yang ‘jem’ dekat sini. Dating pulak kau dua orang ya. Aku dah lapar ni kau tau tak. Hahaha..” Fared muncul secara tiba-tiba. Bbirnya tersenyum sumbing. Seronok menyakat dua ekor merpati.
‘Aduhhh..spoil betul. Baru nak feeling.’ Keluhan Yazaid sekadar bergumam di dalam hati. Sesekali terbit ‘bengkak’ mulai menumbuh di dasarnya.
453Please respect copyright.PENANAdWb3GCu3RN
>>Bersambung Server 3
ns 15.158.61.17da2