SERVER 35
Red Forest, Fin Del Mundo, HyperServ
Malam berlalu dengan penuh sepi dan imbauan tragedi yang bergentayangan di balik tubir mata.Segala-galanya terpapar dengan kabur dan tidak jelas.Butiran kejadian sukar untuk ditafsirkan ketika ini.Akalnya masih berada di bawah paras sedar.Masih belum pulih sepenuhnya.Masih terbejat.Cuba untuk dihadamkan dan dipulihkan sedikit demi sedikit.
Fared bangun terkejut dengan kaki terlunjur.Wajahnya berkeringat.Sendinya terasa sakit dan lenguh-lenguh.Darah kering masih terlekat.Diamati persekitaran.Dia menjadi kehairanan.Fared membelek-belek tubuhnya sendiri dan melemparkan pandangan ke serata arah.Dia meyakini bahawa perhutanan ini masih perhutanan yang sama dan tubuhnya bukan dalam keadaan ‘roh’.Ini menandakan dia masih hidup dan belum terkorban.Akalnya cuba menghadamkan apa yang telah terjadi.Persoalan demi persoalan menyinggah.
Dalam keadaan keliru, anak telinganya menangkap bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya.Fared lantas menoleh kebelakang.Bimbang makhluk-makhluk penyembah itu menamatkan riwayatnya namun apa yang dilihatnya ternyata melegakan hatinya.
Kirin memapah Ismail menghampiri Fared.Ismail dalam keadaan tidak berdaya.Kirin memapahnya dengan seluruh kudrat wanitanya.Fared cuba bangkit namun gagal.
Kirin membantu Ismail untuk duduk bersebelahan Fared.Wajahnya tampak pucat dan kehilangan kudrat ternyata amat memeritkan seluruh tubuh sekali gus membejatkan pergerakan.
“Apa yang jadi?” Fared meminta penjelasan.Dia menjadi hairan.Sepatutnya dia sudah mati ketika ini.Seingatnya, dia ditendang ke dalam lautan tasik lava yang menggelegak panas itu.Tanah di persekitaran basah kerana ditimpa hujan yang lebat malam semalam.Itu antara perkara yang diingati.Dia melangoi pandangan ke dada langit.Suasana masih gelap namun garisan merah pada dada langit menandakan siang bakal menjelma sebentar lagi.Waktu malam sudah pun ditempuhi.
“Harimau tu datang lagi.Harimau tu selamatkan kita.” Suara Kirin tertahan-tahan.Sakit pada tubuhnya masih belum hilang bisanya.
“Harimau?” Ternyata Fared tidak mengetahui apa-apa.Dia tidak ingat apa-apa selepas dari saat tendangan yang menolak tubuhnya ke dalam lautan tasik lava itu.
“Harimau..berbelang merah..dan bertanduk.Berkuasa petir.” Ismail mencelah.Nafasnya termengah-mengah.Mata dan tubuhnya lebam di sana sini.Darah kering masih melekat pada bibirnya.
“Harimau belang merah?Petir?” Ternyata Fared tidak memahami langsung butiran yang diperkatakan oleh mereka berdua.
Imbas kembali...
Kelihatan seekor harimau berbelang merah dan bertanduk berdiri gah diatas bongkah batu itu.Dibelakang tubuhnya, kelihatan Fared terbaring secara meniarap tidak sedarkan diri.Mulutnya menyerigai.Sesekali kelihatan renjatan elektrik muncul pada tubuhnya.Penghulu itu terketar-ketar.Dia pernah menemui harimau itu tetapi anehnya mengapa harimau ini seolah-olah menyelamatkan korbannya.Ia menjadi sebuah tanda tanya dan mungkin juga pengakhiran riwayatnya sebagai penghulu di sini.
Para pengawal dan penduduk yang terselamat dari panahan petir bangkit berdiri.Ada yang melarikan diri dan ada juga yang mengambil senjata.Bagi mereka, kejadian ini merupakan satu penghinaan kepada Crone Naga Batu.
Penghulu itu mengetap kancing gigi hadapan.Kedua tangannya dikepalkan.Amarah membuak-buak menguasai seluruh urat darah.
“Serang!! Bunuh harimau tu!!” Penghulu itu bertempik.Para pengawal berubah menjadi pahlawan.Semangat juang mereka berkobar-kobar melihat musuh di depan mata.Namun, langkah mereka terhenti di tebing lautan tasik lava itu.Harimau itu menderam-deram.
Pahlawan mereka melemparkan tombak ke arah harimau berbelang merah itu namun harimau itu langsung tidak berganjak.Hanya sekadar memerhatikan sahaja.
Belum sempat bilah tombak mencecah kulit harimau itu, sekelip mata harimau itu menghilang dari pandangan.Dia menghilang umpama gerakan petir.Tubuh harimau itu mengeluarkan cahaya dan mengubah fizikalnya menjadi cahaya petir dan menyambar ke arah perhutanan.Kesemua makhluk itu kehairanan.Tombak mereka tersasar.Kesemuanya tercebur ke dalam lautan tasik lava lalu terbakar sebelum sempat mencecah ke permukaan lava.
Tidak lama kemudian, harimau itu kembali muncul namun kali ini ia mendarat di belakang penghulu beberapa meter sahaja.Pantas mereka berkalih.Harimau berbelang merah itu berdiri dan bersiaga.Ketika itu, Fared sudah tidak ada di belakang badannya.Pasti harimau itu telah menempatkan Fared di mana-mana lokasi yang dirasakan selamat.
Tanpa membuang masa, pahlawan bangsa Piel roja itu menerjah harimau itu dengan wajah membengis.Pelbagai senjata digunakan.Ada yang berupa tombak, parang, pedang dan pisau belati.Bahkan ada juga yang menggunakan batang penyapu yang diruncingkan pada bahagian hulunya.Agak aneh senjata yang digunakan.Penghulu itu sekadar memerhati tanpa mahu mengotorkan tangannya.Dia amat yakin bahawa harimau itu pasti akan mati dan ianya akan dijadikan korban sebagai ganti.Jumlah mereka amat ramai ketika itu.
Parang dan pedang dihayun dengan sepenuh tenaga namun cantasan itu sekadar membelah angin.Harimau itu bijak mengelak seolah-olah mahir di dalam seni mempertahankan diri gaya tersendiri.Harimau itu melompat dan mengelak sedikit sahaja.Tiada satu pun cantasan mengena pada tubuhnya bahkan sehelai bulunya pun tidak gugur.Harimau itu dikeroyok beramai-ramai sekali gus.Pahlawan Piel Roja menghunuskan senjata bertujuan membunuh musuhnya.Penghulu mereka ketawa terbahak-bahak sambil mencekak pinggang.Puas menyaksikan pertarungan berat sebelah itu.Pasti harimau itu akan mati dan dijadikan korban kepada Crone Naga Batu.
Tanpa diduga, panahan petir yang menggegarkan berdentum.Keroyokan pahlawan Piel Roja bertebaran ke serata arah.Tubuh mereka hangus terbakar malahan ada yang kehilangan anggota tubuh badan dan hilang kepala.Harimau itu mengeluarkan cahaya yang menyilaukan.Renjatan elektrik menyaluti tubuhnya.Tubuhnya mengeluarkan cas tenaga elektrik yang menyambar-nyambar ke tanah.Panahan petir itu datang dari tubuhnya sendiri.
Penghulu Piel Roja terkejut bukan kepalang.Mulutnya ternganga.Berpuluh-puluh pahlawannya tumbang dan mati dalam sekelip mata.Mereka hanya berbaki beberapa pahlawan sahaja lagi.Itupun ditugaskan sebagai penjaga kepada penghulu Piel Roja itu.Kepalanya melangoi ke atas.Hujan masih turun membasahi permukaan tanah di sini.Panahan petir dari harimau itu menyebabkan kilat di awan gelap itu menyambar-nyambar.Baru dia tahu bahawa kilat yang sabung menyabung seketika hujan mulai turun adalah datangnya dari harimau berbelang merah itu.Harimau itu sengaja bersembunyi dan melihat mereka dari kejauhan.Cas tenaga kinetik dan elektrik yang tinggi dari tubuhnya menyebabkan kilat di awan gelap itu terhasil.
Penghulu mengetap bibirnya.Mahu atau tidak, dia terpaksa berhadapan sendiri dengan harimau itu.Dia mengarahkan baki pahlawannya itu menyerang.Tanpa banyak bicara, pahlawan yang berbaki beberapa kerat sahaja cuba bertempur dengan harimau petir itu.Penghulu makhluk itu membaca mantera sambil tangannya dihayunkan ke udara seolah-olah membuat beberapa isyarat.
Seperti yang diduga, pahlawan yang beberapa kerat sahaja itu dengan mudah ditumbangkan dan sekali gus dibunuh tanpa panahan petir.Harimau itu menghayunkan cakarnya yang setajam belati membelah dan mengoyakkan daging mangsa.
“Aaaarrrrrrrrrrrhhhgggggrrrrrrrr!!” Penghulu makhluk Piel Roja merubah dirinya menjadi satu makhluk gergasi bertubuh besar dan bertubuh sasa.Air liurnya menjejes ke tanah bercampur dengan air hujan.Matanya merah menyala.Gigi taringnya mula tumbuh dan memanjang melepasi paras rahang bawah.Harimau itu berdiri tegap.
“Waaaaaarrggggrrrrrrrrr!” Serangan demi serangan.Hentakan dan tumbukan.Kakinya cuba memijak-mijak harimau yang bersaiz lebih kecil darinya sekarang.Terasa mudah untuk ditumbangkan.Namun, harimau itu cukup pantas dan ligat dalam pergerakan.Setiap serangan sekadar dielakkan tanpa ditangkis.Hanya deraman dan lompatan yang disajikan dalam pertempurannya ini.Tiada satu pun serangan yang mengena.
Penghulu makhluk Piel Roja semakin dikuasai amarah.Kepalan genggaman tangannya digenggam erat.Urat-urat hijau mula timbul menandakan amarahnya semakin memuncak dan berada di tahap maksimum.
“Waaarrrrrrhhhhhhhh!!” Telapak tangan kanan dan kiri dirapatkan.Muncul sebiji bola cahaya kemerahan di dalam kepalan tangannya itu.Semakin lama semakin membesar.Ia seolah-olah mampatan kuasa elemen yang dikepalkan dan dimampatkan.Ledakannya mampu memusnahkan seluruh kawasan perhutanan ini.Aliran angin menujah pantas.Hujan yang semakin lebat itu membasahi persekitaran.Titisan air hujan turut berpusing-pusing di sekeliling tubuh penghulu Piel Roja itu mengikut arus angin yang dihasilkan oleh bebola cahaya kemerahan itu.Ia umpama ledakan bom yang menungga masa untuk diletuskan.
Tanpa berlengah, tubuh harimau berbelang merah itu mengeluarkan cas tenaga elektrik yang bercahaya dan mengalir ke dalam mulutnya yang ternganga luas.Ia membentuk sebiji bola cahaya yang diselaputi oleh cas tenaga elektrik yang menyambar-nyambar.
Dalam sekelip mata, harimau itu melepaskan ledakan panahan petir tepat menembusi dada kiri penghulu Piel Roja itu.Matanya terbeliak.Dada kirinya berlubang.Bola cahaya kemerahan dalam kepalan tangannya semakin mengecil dan menghilang.Darah membuak keluar dari mulutnya.Tubuhnya hilang imbangan dan semakin condong ke belakang.
Akhirnya, penghulu Piel Roja itu rebah menyembah bumi.Nyawanya melayang sama sekali tanpa tertangguh.Matanya terbeliak dan mulut ternganga menandakan dia mengalami kesakitan yang teramat ketika menghadapi maut.Jantungnya bersepai sama sekali.
Fared begitu tekun mendengar cerita dari Kirin.Ismail cuba bernafas yang tertahan-tahan.Dadanya masih terasa sempit.Getaran elektrik masih terasa mengalir di dalam urat sendinya.
“Awak bersembunyi untuk lihat pertarungan tu?” Fared mendapatkan kepastian.Kirin menggangguk kecil.Ketika perkelahian sengit dua makhluk itu, Kirin sempat menyelinap ke semak belukar berhampiran untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri pertempuran sengit itu apabila terlepas dari pasungan kayu itu.Ternyata harimau berbelang merah dan bertanduk itu bukan calang-calang haiwan.Ia memiliki keampuhan di dalam pertempuran dan memiliki elemen petir.Salah satu daripada elemen terkuat dan rare di dunia ini.
“Harimau tu hantar saya ke sini masa saya tidak sedarkan diri?Kemudian, dia melepaskan awak berdua dengan Ismail?” Fared cuba mengingati butiran kejadian.Terasa aneh.Kirin mengganggukkan kepala membenarkan.
“Tapi, awak kata Ismail masa tu dah...” Fared tidak sanggup menghabiskan kata-katanya dengan perkataan ‘mati’.Terasa berderau darah naik ke kepala.Meremangkan roma.
“Saya pasti, Ismail dah tak ada masa tu.Saya....sedih sangat-sangat.Jantungnya dah ...berhenti.” Kirin memandang wajah Ismail yang pucat dan tidak bertenaga.Dia cuba untuk memulihkan dirinya sendiri sedikit demi sedikit.Fared menunggu bait bicara Kirin selanjutnya.Dia seperti tidak percaya dengan apa yang diperkatakan.
“Tapi selepas harimau tu hantar awak ke sini, dia lepaskan kami.Ismail terbaring terlentang di sana.” Kirin menudingkan jari ke satu arah yang tidak jauh dari mereka.
“Harimau tu ada buat sesuatu.Dia...letakkan kedua-dua kaki hadapan atas dada Ismail.Kemudian...saya terdengar bunyi renjatan elektrik.Tubuh Ismail terlonjak.” Kirin memperincikan kejadian yang dilihat dengan matanya sendiri.Fared membuntangkan anak matanya.Dia tahu teknik itu.Teknik Difibrilator yang sering kali digunakan oleh pihak perubatan hospital di dunia manusia.Teknik dimana ianya digunakan untuk memulihkan keadaan jantung yang tidak berfungsi seperti normal iaitu ketika denyutan jantung terhenti.Ianya menggunakan dos tenaga elektrik yang tertentu untuk terus merenjat jantung dengan arus ulang-alik.Ia akan mengaktifkan jantung dan memulihkan semula corak degupan jantung kepada normal sekali gus membolehkan jantung menghantar darah ke seluruh tubuh badan seperti biasa.Dengan erti kata mudah, ia ‘menghidupkan’ semula pesakit itu selepas jantungnya terhenti.Amatlah mustahil bagi mereka yang telah pergi untuk hidup semula kecuali dengan izin dan kekuasaan-Nya.Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu.Amatlah mudah bagi-Nya untuk menguruskan hamba-Nya.Tiada yang mustahil bagi-Nya.Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan.Allah itu Maha Mengetahui meskipun secara zahirnya kelihatan tersembunyi.Tiada satu pun yang terlepas dari pengetahuan-Nya.Mati itu pasti.Hidup...In Syaa Allah.
[To be Continued >> Server 36]
ns 15.158.61.44da2