SERVER 16
Permukiman Fuego,HyperServ
Fared sekadar memandang ke arah Ismail yang duduk bersebelahan dengan Kirin.Unggun api yang dinyalakan semula menerangi persekitaran.Sesekali kedengaran unggas saling bersahutan menghiasi latar bunyi malam di perhutanan itu.Fared sekadar menjadi pemerhati gelagatnya.Kelihatan Ismail sedang memerhatikan Batu Prasasti Dunia yang bersaiz gergasi itu.Akalnya ligat memikirkan situasi semasa ketika ini.Sesuatu yang mungkin difikirkan tidak masuk akal sama sekali.Apakah benar seperti yang dikatakan oleh Kirin.Adakah ini benar-benar dunia yang lain selain dunia realiti? Dia berada di dunia mana sebenarnya? Pelbagai persoalan menyesakkan akal fikiran Ismail kala ini.Dahinya berkerut.
“Itu adalah Batu Prasasti Dunia.” Fared memecahkan kesunyian apabila menyedari Ismail memandang pada batu itu agak lama.Kelihatan sedang memikirkan asal usulnya.Memikirkan tentang kewujudannya.Sekilas Ismail menoleh kepada Fared.Mereka bertentang mata.Saling ‘tikam-menikam’ menerusi pandangan mata.Ismail masih tidak mempercayai lelaki yang bernama ‘Fared’ itu.
“Aku tahu.Kirin dah beritahu aku tentang batu ni.” Ismail membetulkan duduknya.
“Kau tahu apa tujuan mereka datang sini?” Fared lebih merujuk kepada Tajima dan Zaidi.
Ismail menggelengkan kepalanya tanda tidak mengetahui niat tersembunyi ahli Blackserv itu menyerang mereka sebentar tadi.
“Mereka mahu memusnahkan batu ini.” Jelas Fared secara ringkas tanpa riak wajah yang serius.Ismail tercengang.
“Kenapa? Apa kena-mengena batu ni dengan mereka?” Terpacul dua soalan serentak dari bibir Ismail.
“Mereka adalah kumpulan Hacker.Mereka mahu mencipta dunia yang hampir sama dengan dunia Hyperserv ini namun gagal kerana Hyperserv ada resepi penciptaannya tersendiri yang unik.Oleh sebab mereka mahu hanya ada satu sahaja dunia seperti ini, jadi mereka datang ke sini untuk memusnahkan Hyperserv ini.Jadi, senang untuk mereka membolot kemewahan.Menjadikan diri mereka raja.Memaksa semua penduduk yang menggunakan Brainlink untuk masuk ke dunia ciptaan mereka dan sekaligus mencatatkan nama mereka sebagai raja di tempat mereka sendiri.” Panjang lebar Fared menjelaskan keadaan yang sedang berlaku kepada Ismail yang kelihatan tidak tahu apa-apa mengenai dunia digital itu.
“Kau tahu siapa mereka?” Ternyata Ismail tidak mengetahui secara terperinci tentang dunia ciptaan manusia ini.Fared mengganggukkan kepalanya perlahan tanda reaksi kepada soalan Ismail.
“Mereka daripada kumpulan Blackserv.Itu nama yang diberi.Atau lebih tepat kepada Hyperserv versi kegelapan.” Ringkas Fared sambil mencampakkan sebatang kayu ke dalam unggun api yang marak menyala.
“Jadi kau kenallah mereka?” Ismail masih tidak berpuas hati.
“Pada asalnya, aku tidak kenal.Malah aku pun tak tahu tentang kewujudan mereka.Tapi kawan aku ada menceritakan perihal mereka.” Fared merujuk kepada Irfan.Sebelum dia ‘berangkat’ masuk ke Hyperserv secara menyelinap memandangkan sistem Hyperserv dikunci, Irfan ada menceritakan serba sedikit perihal musuh mereka.
Itulah misi yang perlu dilangsaikan oleh Fared.Dia perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan kadar segera kerana jika dibiarkan berlarutan, ia akan memakan nyawa yang tidak bersalah malahan akan semakin ramai bilangannya.
Ismail memandang sekilas pada Batu Prasasti Dunia itu.Pastinya batu itu memiliki satu kuasa yang luar biasa hebatnya sehingga ia menjadi rebutan di antara dua pihak.Dia sendiri tidak tahu sama ada mahu mempercayai ‘cerita dongeng’ itu ataupun sebaliknya.Malahan dia sendiri tidak tahu lokasi keberadaannya ketika ini.Sama ada di dunia asing seperti yang diceritakan kepadanya atau berada di mana-mana lokasi sebuah hutan belantara di dunia realiti.Dia sendiri buntu.Namun sekiranya difikirkan semula, dia telah meyaksikan sendiri keupayaan senjata canggih yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini termasuklah senjata laser yang digunakan oleh Tajima serta bola sfera cahaya pelindung yang melindunginya dari ledakan pembunuh senjata laser.Semua senjata dan teknologi itu tidak pernah dilihatnya malahan tidak mengetahui tentang kewujudannya.Dia sedia maklum bahawa dunianya ketika itu berada pada satu zaman kemuncak teknologi tetapi senjata secanggih itu masih terasa asing baginya.
Unggas malam kembali mengambil alih tugasannya.Menyanyikan lagu malam secara tidak sekata namun amat menenangkan.Mereka berbaring mengelilingi sekitar unggun api yang dinyalakan.Fared telah memasang alat keselamatan ultrasonic di sekitar mereka yang diletakkan membentuk empat penjuru.Alat itu mengeluarkan bunyi ultrasonic yang amat membingitkan gegendang telinga halus haiwan pemburu malam namun hampir tidak kedengaran pada pendengaran manusia.Pendengaran haiwan pemburu malam lebih sensitif dan lebih peka berbanding haiwan yang memburu pada waktu siang.Oleh kerana membingitkan telinga haiwan pemburu malam, makhluk-makhluk buas yang berkeliaran itu tidak akan mendekati mereka sekali gus menjamin keselamatan mereka mendiami perhutanan itu.
Berada di tengah-tengah ‘gelanggang’ buas belantara ini pada waktu malam bukanlah satu tindakan yang bijak.Setiap aspek keselamatan perlu dititikberatkan dengan teliti bagi mengelakkan kehilangan nyawa.Boleh diibaratkan seperti telur dihujung tanduk.Hanya memerlukan kealpaan yang minima maka melayanglah nyawa kembali kepada-Nya.Mata-mata bersinar merah memerhatikan ‘hidangan’ dari balik bayang gelap.Menunggu sekiranya ada peluang untuk meratah ‘lauk’ kegemaran mereka.
Sempadan Permukiman Viento,HyperServ
Panahan mentari pada awal pagi menghangatkan persekitaran dari kesejukan embun yang menyelubungi.Kesejukan embun malam di perhutanan Hyperserv terasa mendinginkan tulang belulang terutama di permukiman ini kerana aliran anginnya yang tidak pernah berhenti dari bertiup berpusat ke satu arah sahaja.
Yazaid dan Leo menapak berkelajuan sederhana meredahi belantara itu.Tidak terlalu pantas dan tidak pula terlalu perlahan.Yazaid sekadar mengitari pandangannya ke arah sekeliling belantara itu.Terdetik juga kebimbangan di dalam hatinya.Risau memikirkan tentang kehidupan dan habitat yang mendiami kawasan itu.Pertemuannya dengan seekor Ular Blanco semalam amat mengecutkan perutnya.Kalau ditelannya hidup-hidup, pasti tamatlah riwayat hidupnya disini.
Ketika hayunan kakinya mengekori pergerakan Leo yang sedikit jauh ke hadapan, Yazaid terfikir-fikir apa yang sedang berlaku ketika ini di luar sana.Apa yang terjadi pada Irfan yang ketika itu sedang mengendalikan datanya di dalam dunia ‘buas’ ini.Sehingga kini dia masih tidak boleh keluar dari Hyperserv walaupun telah berulang kali dia mencubanya.Apakah Irfan sedang berusaha untuk menghubunginya atau sebaliknya.Pelbagai persoalan berlegar-legar mengitari akal fikiran Yazaid.Muncul pelbagai andaian yang berupa negatif.Meletakkan syak wasangka buruk kepada Irfan.Dia merengus perlahan.Sifat itu hakikatnya meletakkan hati manusia itu sendiri ke dalam lembah kegelapan.Sedikit demi sedikit akan menghapuskan rasa kepercayaan sesama mereka.Menghapuskan kebaikan sekali gus mewujudkan persengketaan malahan akan mewujudkan situasi tuduh-menuduh sesama sendiri.Satu sifat negatif yang perlu disingkirkan segera jauh dari hati.
Secara tiba-tiba, Leo berhenti dari meneruskan perjalanan.Anak matanya mengitari persekitaran dengan pandangan tajam.Yazaid menyedari perubahan Leo lalu menghampiri lelaki itu.
“Kenapa, Leo?” Yazaid mempersoal tindakan Leo yang dianggap aneh itu.Sesekali kelihatan Yazaid bersiaga.Berhati-hati di dalam mentafsir situasi.
“Kau dengar betul-betul.” Gegendang telinganya menangkap satu bunyi yang asing.Terlalu asing baginya.Yazaid memasang telinga.Cuba mencarup bunyi persekitaran.
Kedengaran seperti bunyi degungan beralun secara rawak dan tidak teratur rentaknya.Sesekali diselangi bunyi desingan yang lebih nyaring namun bunyi degungan itu mengatasi bunyi desingan itu.Yazaid mengerutkan dahi.Sesekali dia mengilaskan pandangan ke arah Leo.Dia mula mengakui bahawa Leo lebih arif tentang perhutanan disini memandangkan Leo sendiri mengakui bahawa perhutanan ini adalah tempat tinggalnya.
“Aku tak pernah dengar bunyi itu.” Leo mengerutkan dahinya.Dia cuba mencarup bunyi persekitaran.Bunyi aneh itu berterusan bergema secara halus dan tidak jelas kedengaran.Kemudian Leo memandang ke arah tanah tempatnya berpijak.Serta merta dia menunduk dan meletakkan telapak tangan kanannya ke permukaan tanah.Dia cuba merasa getaran dari tanah pula.Leo membulatkan anak matanya.Dia terasa gegaran kecil dari dalam tanah seiring dengan alunan gema yang didengarinya.
“Kenapa, Leo?” Yazaid semakin keliru.Dia mengulangi soalan yang sama kepada Leo.
“Macam ada yang tak kena.Aku tak pernah dengar bunyi itu.Bunyi macam…dari dalam tanah.Tapi….” Akal Leo ligat memikirkan kejadian aneh itu.Sepanjang kehidupannya di dalam Hyperserv ini, dia tidak pernah menghadapi petanda awal bencana alam seperti ini.Ini adalah kali pertama baginya.
Yazaid juga turut menundukkan badannya menuruti perbuatan Leo.Dikembangkan telapak tangan kanannya dan menekap ke permukaan tanah.Cuba merasa getaran seperti yang Leo katakan.Benar.Dia juga merasai gegaran kecil itu.Dahinya mengerut seribu.
“Lekas!” Secara tiba-tiba, Leo bangkit berdiri lalu berlari dengan pantas.Hayunan langkahnya tidak boleh dipertikaikan kepantasannya.Seolah-olah berlari untuk mendapatkan sesuatu atau menuju ke satu destinasi dengan seberapa segera.
“Weh..tunggu aku!” Yazaid terkocoh-kocoh mengekori pergerakan pantas Leo.Mengahnya terasa mencucuk ulu hati masih belum sembuh.Kini Leo mengajaknya untuk ‘lumba lari’ pula.Sekiranya difikirkan pada aras kudrat manusia, mustahil baginya untuk berlari pantas setelah mengharungi perjalanan yang cukup jauh namun ianya berbeza pada Leo.Kudratnya seolah-olah tidak pernah kering.Sentiasa penuh dan bertenaga.Menjadi satu kehairanan pada Yazaid.Walaupun dia mengetahui bahawa Leo bukanlah manusia sepertinya namun pergerakannya serta fizikalnya mneyerupai manusia sepenuhnya tetapi kudratnya tidak melambangkan fizikal luarannya.
Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
Bandar gah ini masih seperti sebelumnya.Hiruk pikuk.Suasana sepi dan bebas dari bunyi deraman enjin digital kenderaan berteknologi tinggi itu.Semua penduduk seakan hilang arah dan hala tuju.Kesemua peralatan digital lumpuh sama sekali termasuklah kenderaan canggih mereka.Tiada satu pun yang boleh digunakan akibat serangan yang berlaku ke atas server sistem induk utama tempoh hari.Kesemua aktiviti yang berlandaskan digital lumpuh sepenuhnya.Yang berfungsi hanyalah peralatan yang masih menggunakan sistem analog atau tradisional.Lampu yang menggunakan tenaga solar, kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan api, perkakas rumah yang menggunakan generator atau kuasa bateri.
Kalung Brainlink menggunakan tenaga kinetik atau pergerakan tubuh untuk tujuan pengecasan.Tidak mustahil kalung itu masih boleh digunakan namun operasi sistemnya terbatas.Hanya terhad kepada perhubungan menggunakan satelit sahaja.Apa-apa operasi yang menghubungkan Brainlink dengan sistem induk utama tidak dapat dioperasikan.
Irfan masih di dalam makmal mini miliknya.Sedang berhempas pulas bekerja sedaya upayanya untuk memulihkan keadaan.Tambahan pula, data milik Yazaid berada di dalam genggamannya.Kelihatan rintik keringat jernih terbit di dahinya.Rozy pula berada bersama-sama dengannya di makmal itu untuk membantu majikannya mengendalikan pelbagai jenis panel komputer yang berteknologi tinggi yang terletak di bahagian bawah selaras pinggang manusia dewasa.Paparan kaca monitor pandang telus pula terletak pada ketinggian paras melepasi kepala manusia dewasa.Paparan itu bertujuan untuk memaparkan data-data rumusan ringkas berkaitan user dan beberapa data yang lain.Kedainya hari ini ditutup.Ini akan memudahkan baginya untuk menyelesaikan kemelut global yang berlaku ketika ini.Kedua-dua mereka boleh dikatakan tidak bersuara berjam-jam lamanya.Tekun menyelesaikan tugasan masing-masing.Misi rumit ini tidak membenarkan sebarang kesilapan berlaku.Maka, mereka berdua perlu menumpukan segenap perhatian penuh kepada tugasan didalam mengendalikan panel komputer.
Sesekali Irfan menggosok-gosok matanya yang mula berpinar.Dia kurang rehat.Terasa lesu dan letih.Bekerja mengendalikan data Yazaid yang kurang stabil gelombangnya.Dia tidak boleh menghubungi Yazaid yang ketika ini berada di dalam Hyperserv.Dia cuba mencipta beberapa perisian untuk menembusi perhubungan mereka namun hampa.
“Assalamualaikum.” Salam suci memecahkan kesunyian mereka.Irfan dan Rozy hampir serentak berpaling ke arah suara itu.Kelihatan Hairuddin dan Hadif menapak menuruni anak-anak tangga masuk ke dalam makmal mini mereka.Hairuddin ada kunci pendua kedai itu yang diserahkan oleh Irfan sendiri kepadanya.Irfan mendapatkan mereka.Umpama jalinan persahabatan yang utuh tidak luput dimamah usia.Mereka berjabat tangan dan berpelukan.Irfan mengetahui kegalauan perasaan yang melanda Hairuddin ketika ini.Data anak tunggalnya berada di dalam satu dunia yang asing baginya.Hairuddin ada menceritakan hal yang terjadi kepada Irfan memandangkan mereka pernah bekerjasama suatu ketika dahulu.Tidak mustahillah Hairuddin meletakkan kepercayaan yang tinggi ke atas pundak bahu Irfan.Hadif sekadar memandang perbuatan kedua-dua sahabat itu.Sesekali terbit jua perasaan terharu melihat situasi itu.Jalinan persahabatan yang sekukuh tiang ghaib yang menongkat dada langit terpasak dari bumi.Tidak kelihatan secara zahir namun ianya tidak pula membenarkan langit terjatuh dan terhempas ke bumi.Memisahkannya dan membiarkan kehidupan diatasnya meneruskan salasilah manusia sehingga tiupun sangkakala bergema.
“Ada apa-apa perkembangan, Irfan?” Soal Hairuddin kepada Irfan.Dia melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi tiada penyandar.Hadif menempatkan dirinya bersebelahan Hairuddin.
Irfan terdiam.Sekadar melepaskan keluhan halus tanda hampa.Setakat ini usahanya masih belum membuahkan hasil.Setiap software rekaannya tiada satu pun mampu menembusi sistem induk utama.Untuk Hyperserv, tidak banyak perkara yang dilakukan melalui bioserver itu.
“Boleh kamu jelaskan dari awal.Bagaimana perkara ni boleh berlaku?” Hadif membetulkan duduknya.Menyoal secara professional lagak seorang anggota polis.Ternyata Hadif masih belum jelas duduk sebenar perkara yang sedang berlaku.
“Begini,tuan.” Irfan mengambil tempatnya berhadapan dengan Hadif dan Hairuddin.Fungsi Autopilot sekali lagi memainkan peranannya.Rozy tidak berganjak dari tempatnya yang membelakangkan mereka bertiga.Jarinya ligat menekan beberapa butang yang terpapar pada papan kaca monitor pandang telus.Kesemua data dan maklumat terpapar pada monitor itu secara hologram.
“Jika mahu diringkaskan, rasanya agak rumit.Kronologi tragedi ni terlalu kompleks.” Irfan memberikan pembayang dan pendahuluan butirannya.
Hadif dan Hairuddin tidak bersuara.Sekadar menjadi pendengar setia.Irfan menarik nafas perlahan.Ditahan seketika lalu dilepaskan perlahan.Sekadar menghirup udara menenangkan galau dihati.
“Hacker menyerang sistem induk utama melalui Hyperserv.Dunia itu boleh kita katakan sebagai pengantara di antara Hyperserv dan sistem induk utama.” Ringkas Irfan.
“Sistem induk utama? Kenapa mereka menyerang di situ?” Soal Hadif. Persoalan masih mengitari akalnya.
“Sistem induk utama merupakan satu jaringan digital yang sangat luas.Ia menghubungkan sistem utama dengan sistem-sistem yang lain.Kesemua peralatan sekarang berhubung terus ke sistem induk utama.Kiranya, sistem induk utama adalah rumah agam.Dan sistem-sistem yang lain adalah penghuni.” Irfan tidak jemu menerangkan agar pendengarnya faham dengan apa yang diterangkan.Hadif mengangguk tanda memahami contoh yang diterangkan.
“Tapi bukan mudah untuk menembusi sistem keselamatan yang memagar sistem induk utama.Sistem keselamatannya terlalu ketat.Terlalu banyak protokol yang perlu mereka hadapi.Mereka perlukan satu ‘jalan tikus’ untuk menembusi ke sana.” Irfan menarik nafas perlahan lalu dihembuskan tanpa kedengaran keluhannya.
“Hyperserv?” Soal Hadif ringkas.Ternyata dia mula memahami situasi secara ringkas.
Irfan menggangguk perlahan. “Laluan tikus atau Back-end. Apabila mereka berjaya menembusi sistem keselamatannya, mereka adalah raja.Kesemua data dan maklumat amat mudah untuk diperolehi.”
“Apa kena-mengena sistem induk utama dengan Hyperserv? Kenapa pula seluruh bandar jadi lumpuh?” Ternyata Hadif masih tidak berpuas hati.Hairuddin sekadar menjadi pendengar.Menghadamkan setiap informasi yang didengari.Akalnya ligat mencari ‘jalan’ untuk mencerahkan keadaan yang semakin kelam dan gelap.
“Seperti saya katakan tadi.Sistem induk utama adalah penghubung secara global kepada kesemua sistem yang ada.Ia terletak di tengah-tengah bandar ini namun secara fizikal mereka tidak berada disini.Jadi, mereka akan melumpuhkan dahulu sistem induk utama supaya tiada ‘laluan’ keluar dan masuk.” Irfan menerangkan ringkas.
“Tiada ‘laluan’ keluar dan masuk?” Hadif mengerutkan dahinya.Cuba memahami setiap bait kata Irfan.
“Ya. Implikasinya terlalu besar.Kerosakan yang teruk dialami oleh sistem induk utama boleh menyebabkan kesemua sistem digital yang berhubung dengannya turut mengalami kerosakan yang sama.Corrupted data.Kesemuanya akan musnah.Sebab itulah bandar ini menjadi lumpuh.Alangkan kenderaan sekarang pun menggunakan digital dan data yang berhubung dengan sistem induk utama.” Panjang lebar Irfan bercerita situasi semasa.
Hadif menggangguk faham.Dia mula memahami situasi sedikit demi sedikit.Sesekali dia mengerling pandang ke arah Hairuddin yang duduk bersebelahan dengannya.Kelihatan lelaki itu sekadar sedang bertafakur.Diam yang bungkam.Namun tiada siapa yang tahu kegalauan hatinya.Ikutkan hati amarahnya, mahu sahaja dia memusnahkan Hyperserv yang banyak memakan korban nyawa.Anak tunggalnya juga tidak terkecuali sekiranya itu berlaku.Dia cuba mencari jalan terbaik.
“Selepas sistem induk utama musnah, Hacker akan menyerang Hyperserv dari segenap sudut.Serangan bermula dari dalam Hyperserv itu sendiri.Mereka sudah berada di dalam ketika ini.Dan seterusnya serangan akan dilancarkan dari sistem induk utama.Amaran awal dari Hyperserv menyebabkan Hyperserv mengunci sistemnya sendiri.Tiada akses keluar dan masuk ke dalam dunia ‘kejam’ itu.Dikunci sama sekali.” Sambung Irfan menghabiskan kronologi kejadian.Hadif mengerutkan dahinya.Cuba mentafsir situasi.Hairuddin tetap begitu dari tadi.Sekadar mendiamkan diri.
Pihak kerajaan dan pihak berkuasa bertungkus-lumus menyelesaikan isu global antarabangsa ini.Malahan sepatutnya Hadif perlu masuk bertugas pada hari ini namun memandangkan situasi yang genting namun dia perlu mendapatkan maklumat mengenai isu ini.Oleh itu, Hadif dilepaskan dari bertugas dan perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh untuk memulihkan keadaan yang hiruk-pikuk.Bandar itu seperti dilanggar garuda.Demonstrasi tunjuk perasaan dimana-mana.Penduduk mula berang.Membuat kekacauan di merata tempat.Kononnya sebagai tanda protes kepada kerajaan yang tidak mampu menyelesaikan isu itu sedangkan mereka tidak mengetahui duduk sebenar perkara yang sedang berlaku.Mereka bertiga terdiam seketika.Mengerah idea bertukar pandangan.Situasi semakin genting.
>>Bersambung [Server 17]
ns 15.158.61.17da2