SERVER 37
Letrai Bay, La Brecha, HyperServ
Matahari kian merunduk ke ufuk.Perlahan-lahan meninggalkan hari ini berlalu dengan pelbagai peristiwa.Dua rembulan mula mengambil tempatnya perlahan-lahan bangkit dari beradu.Tiada siapa yang tahu perihal sistem solar di dunia ini dan bagaimana ia berfungsi.Segala-galanya sudah diprogramkan mengikut aturan yang ditetapkan oleh sistem.Meskipun ianya kelihatan seperti realiti namun hakikatnya ianya sebuah pergerakan sistem komputer yang menjadikannya seolah-olah realiti.Jasad manusia terbaring di dunia manusia.Hanya mindanya sahaja yang menerawang masuk ke dunia ini.Menjalani sebuah kehidupan lain di dunia ini.Hakikatnya, hidup di dunia merupakan satu kehidupan dan dihidupkan kembali selepas mati juga merupakan satu kehidupan lain.Guliran kehidupan tidak terhenti disitu sehingga diputuskan anak-anak Adam itu akan menghuni di Syurga-Nya atau Neraka-Nya.Syurga adalah sebaik-baik kehidupan.Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.Cuba mencipta sesuatu yang mengatasi batas kemanusiaan sekali gus meminggirkan pegangan agama Islam yang seharusnya menjadi tunjang dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Yazaid terasa mamai dan berpinar.Matanya sesekali menjadi cerah dan kelabu semula.Renjatan bius rantai bercahaya kebiruan terlalu kuat baginya.
Dia cuba bangkit untuk duduk dengan kaki melunjur.Susah payah mengerah tenaga untuk bangkit.Mengamati persekitaran dengan penuh curiga.Akalnya cuba mengingati perkara terakhir yang diingati.Sebelum dia tidak sedarkan diri, perkara terakhir yang diingati ialah terlihat kelibat seseorang yang bertopeng masuk ke dalam bilik itu dan diikuti oleh seseorang yang amat dikenali susuk tubuhnya.
Yazaid membengiskan wajah.Dahinya berkerut.Dia amat mengenali susuk tubuh lelaki itu.Itu adalah Leo! Dia sangat meyakininya itu adalah Leo.Darahnya membuak-buak.Leo mengkhianatinya.Leo merancang segala-galanya dengan teliti sehingga mendapat kepercayaan dikalangan mereka.Buktinya apabila Leo tiada disitu apabila mereka diserang hendap oleh sekumpulan makhluk yang bertopeng.Mereka diikat dengan libasan rantai bercahaya kebiruan.Ternyata rantai bercahaya kebiruan itu mempunyai bius yang terlalu ampuh untuk ditegah oleh tubuh.
Yazaid bingkas bangkit dari pembaringan.Keadaannya masih sama seperti sebelum dia tidak sedarkan diri.Malahan suasana bilik ini juga sama.Dia menapak perlahan ke arah pintu.Melekapkan telinga ke permukaan pintu untuk mendengar sebarang bunyi yang berada diluar.Berkemungkinan ada pengawal yang menjaganya supaya tidak terlepas.Dia menggenggam tombol pintu dan dipulas perlahan-lahan sehingga tidak mendatangkan sebarang bunyi.Pergerakannya seperti ninja.Bergerak dalam bayang.
Daun pintu dikuak perlahan.Yazaid menjengah keluar.Tiada siapa disitu.Pandangannya merayap ke serata arah.Bilik ini adalah salah satu daripada bilik-bilik yang ada di rumah ini.Bilik ini juga berada di tingkat atas sebuah rumah kayu.Lantai langgarnya juga diperbuat daripada susunan kayu yang berkualiti tinggi dan berkilat.Palang-palang kayu yang memisahkan lantai langgar dan ruangan bawah juga diukir dengan ukiran yang cantik dan unik.Ternyata ianya hasil ukiran tangan yang sangat mengagumkan.Pencahayaan rumah ini datangnya dari pelita kaca yang berjumlah agak banyak namun dicantumkan menjadi satu lampu gantung besar atau Chandelier yang sangat indah dan cantik.Ianya tergantung dibahagian tulang kayu tengah atap terjuntai ke bawah.Suasananya sangat menenangkan.Pencahayaan yang tidak terlalu malap dan tidak terlalu terang.Biasan cahaya ke dinding mewujudkan suasana harmoni.
‘Mana ada penjara macam ni?’ Gumam Yazaid sendirian.Pada peringkat awal, dia menduga bilik tempatnya dikurung itu adalah penjara.Namun telahannya ternyata meleset sama sekali apabila dia melangkah keluar dan melihat suasana persekitaran rumah agam ini.
Yazaid memandang ke aras bawah.Ruang tamu yang agak luas dengan dekorasi unik serta pencahayaan tambahan yang sangat memukau pandangan.Cahaya kuning mendominasi ruang.Penataan cahayanya juga menimbulkan mood berehat dan santai.Terdapat beberapa bingkai gambar dengan hasil lukisan tangan yang sangat cantik tergantung di dinding-dinding sebagai hiasan ternyata membuatkan ruangan bawah itu semakin menenangkan.Yazaid semakin keliru.Tiada sesiapa di ruang bawah.
Yazaid menuruni anak tangga yang membentuk lingkaran dari atas ke bawah.Palang pemegangnya diperbuat daripada kayu yang diukir dengan penuh seni dan nilai estetika yang tinggi.Lantai tangga juga diperbuat daripada kayu yang diukir halus dan bucu yang kasar untuk mengelakkan daripada tergelincir.
Yazaid berhati-hati dan penuh curiga.Matanya meliar mengitari pandangan.Boleh jadi ini merupakan satu perangkap.Dia menapak perlahan sehingga ke bahagian tengah ruang tamu rumah agam itu.Yazaid memandang sekeliling.Jauh disudut hatinya dia mula berasa tenang dan nyaman.Aliran udara di ruangan ini juga ternyata nyaman dan dingin kerana pengaliran udaranya sangat baik.Kakinya terus menapak ke serata arah tanpa tujuan yang tetap.Ternyata Yazaid mula mengagumi dekorasi rumah agam ini.
Yazaid berhenti pada sebuah kerusi yang berupa sofa.Ianya boleh memuatkan sehingga lima orang manusia biasa untuk duduk.Yazaid memandang kiri dan kanan.Apabila sudah diyakini tiada sesiapa disitu lantas dia melabuhkan punggungnya di atas sofa itu.Yazaid mengagumi ukiran pada kayu-kayu sofa itu.Ukirannya adalah hasil ukiran tangan yang sangat teliti dan halus.Alas kekabu yang digunakan juga ternyata empuk dan sangat selesa.
Lama-kelamaan, mata Yazaid seolah-olah ditarik-tarik untuk dikatup rapat.Matanya mengantuk.Beberapa kali dia menguap.Suasana di rumah agam ini ternyata menenangkan dan sangat mendamaikan.Sesiapa sahaja yang berehat disini pasti akan lena diulit mimpi tanpa gangguan.Berehat sepuas-puasnya.Yazaid membaringkan tubuhnya di atas sofa itu.Matanya layu.Siaganya luntur sama sekali.Kecurigaannya pada tempat ini lenyap melayang dibawa mimpi yang bakal berlabuh.Yazaid terleka seketika.
“Yazaid.” Satu suara menyapa.Yazaid terkejut bukan kepalang.Bingkas dia bangkit berdiri.Di hadapannya berdiri satu makhluk yang memandang tepat ke arahnya.Ia mempunyai fizikal yang menyerupai manusia kecuali pada bahagian telinganya yang capang ke atas seperti makhluk Elf.Saiz tubuhnya pula sedikit besar daripada saiz tubuh manusia biasa.
“Kau...siapa?” Terketar-ketar Yazaid bertanya.Makhluk itu tersenyum.Anak matanya berwarna biru muda.
“Nama saya Tyrel.Pemilik rumah ini.” Makhluk yang bernama Tyrel itu menunduk hormat kepada Yazaid sebagai menghormati tetamu.Walaupun berbeza spesis namun adabnya masih terjaga.Yazaid serba salah.
“Kalau tuan tidak keberatan, sila ikut saya.” Tyrel mengunjurkan tangan ke arah pintu utama yang menyerupai pintu gerbang sesuai dengan saiz tubuhnya yang sedikit besar berbanding manusia biasa.
“Kita nak ke mana?” Yazaid teragak-agak.Bimbang ianya adalah muslihat musuh yang ternyata mahu memperdaya mangsa yang mudah alpa dan leka.
“Saya bawa tuan bertemu dengan sahabat-sahabat tuan.Mari, saya tunjukkan jalan.” Tyrel memahami kecurigaan tetamunya itu lantas berjalan mendahului Yazaid menapak ke arah pintu utama.Kemudian, dia berkalih memandang Yazaid yang masih tercegat berdiri di tempatnya tanpa berganjak.Apabila keyakinan mula menguasai, Yazaid mengekori Tyrel keluar dari rumah agam ini.
Demi sahaja melangkah keluar, Yazaid berasa kagum dengan apa yang dilihatnya.Matanya membulat.Mulutnya sedikit ternganga.Kepala dan matanya seiring melingkar pandangan ke serata tempat.
Biasan cahaya lampu pelita kaca menghiasi suasana.Tiang-tiang lampu berada di sana sini.Cahaya itu dibiasi menggunakan lampu pelita kaca namun jika diamati secara dekat ianya bukanlah cahaya daripada api tetapi sumber cahaya itu datang daripada haiwan-haiwan kecil yang bebas berterbangan di dalam pelita kaca itu seakan kunang-kunang namun cahayanya lebih terang dan rupa haiwan itu juga agak pelik.Bangunan-bangunan disini juga agak besar dan gah namun tidak terlalu tinggi malahan kelihatan seperti bangunan klasik yang terjaga dan cantik.Bangunan-bangunan itu dibina menggunakan gabungan kayu dan batu.Jenang pintu dan tingkap pula banyak menggunakan kayu yang diukir halus dengan corak ukiran yang unik dan menyerlahkan ukiran timbul serta teknik ukiran tembus turut digunakan pada kebanyakan bahagian ruang peredaran udara.
Yazaid melihat bangsa makhluk yang lalu-lalang disitu.Mereka memandang ke arah Yazaid dan Tyrel.Pandangan mereka bukan bermaksud menghina tetapi disambut ramah.
Ada dikalangan mereka yang tersenyum ke arah Yazaid dan ada juga yang melambai-lambai tangan.Yazaid membalas dengan senyuman.Dimanis rona wajah yang kelihatan agak keliru.Mereka seolah-olah sudah mengenali bangsa manusia dengan lebih rapat.Tyrel sekadar tersenyum memandang telatah Yazaid yang kebingungan.Dia tahu Yazaid diasak pelbagai persoalan ketika ini namun masih tidak mahu bersuara.Membiarkan Yazaid membuat penilaiannya sendiri sebelum dia bercerita tentang tempat ini dengan lebih lanjut.
Mereka menapak ke arah sebuah dewan yang agak besar dan gah.Reka bentuknya begitu unik dan seni ukiran yang dipersembahkan bernilai tinggi.Ternyata bangsa Letrazie ini amat meminati seni halus serta mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.Yazaid mengitari pandangan.Nun dikejauhan, kelihatan sebuah patung batu berdiri gah ditengah-tengah kawasan lapang yang dilimpahi cahaya pelbagai warna.Kawasan lapang itu tempat berkumpulnya bangsa Letrazie yang mahukan ketenangan dan tempat itu jugalah tempat mereka beriadah.
“Tuan Yazaid, silakan.” Tyrel menjemput Yazaid masuk ke dalam dewan setelah daun pintunya dikuak.Yazaid sedikit tersentak kerana terlalu leka memerhatikan suasana persekitaran pekan kecil indah ini.
Apabila menapak masuk ke dalam dewan itu, sekali lagi Yazaid dihambat kejutan.Ruangan dalamannya begitu cantik.Hiasan lukisan hasil tangan bangsa ini tergantung mengindahkan lagi suasana.Di ruangan tengah dewan, kelihatan sebuah meja makan yang bersaiz lebar dan memanjang.Di atas meja, terdapat pelbagai juadah enak namun kesemua tidak pernah dilihat oleh Yazaid.Baunya sahaja sudah cukup untuk membangkitkan selera.
Namun apa yang lebih menarik perhatiannya kala ini adalah tetamu-tetamu yang duduk saling berhadapan di meja makan itu.Yazaid terkaku.Terdiam tidak terkata.
“Yazaid.” Elizia menapak perlahan ke arah Yazaid sambil tersenyum lalu menarik tangan Yazaid dipandu ke kerusi bersebelahan dengannya.Yazaid seolah-olah dipukau.Tubuhnya terasa seperti bergerak sendiri mengikut langkah Elizia.Malam ini, pelbagai kejutan yang menghambat mindanya.Sukar untuk dihadamkan sekali gus.
Yazaid hilang kata-kata.Sahabat-sahabatnya yang disangka telah diculik ternyata berada dihadapannya ketika ini dan mereka semua kelihatan gembira terutama Leo.Anak mata Yazaid memandang ke arah Leo tanpa berkalih.Akalnya terbejat.Dia langsung tidak memahami situasi semasa ketika ini.Dia tidak tahu apa yang terjadi.
Marshall, Ilyas dan Leo.Masing-masing bergembira.Mereka rancak berbual sehingga tidak menyedari kehadiran Yazaid di dalam kalangan mereka.Terdapat beberapa lagi bangsa Letrazie yang bersama mereka.Rancak bercerita itu dan ini.Butirannya langsung tidak difahami oleh Yazaid.Mereka berbicara tentang pelbagai perkara.Sesekali mereka bergelak ketawa.Yazaid terasa seolah-olah berada di dalam alam mimpi.Malam yang lalu, mereka diserang hendap oleh satu pasukan yang tidak diketahui.Perkara yang diingati adalah pasukan tersebut mengenakan topeng untuk menutup wajah mereka.Bahkan, satu kuasa luar biasa digunakan oleh pasukan serang hendap tersebut.Libasan rantai bercahaya merenjat tubuh sekali gus membius setiap urat di dalam tubuh sehingga mangsa tidak sedarkan diri.Yazaid kurang percaya dengan apa yang disaksikan kini.Mereka seolah-olah lupa akan kejadian itu.Mungkin minda mereka sudah dibasuh dan di hipnosis.Leo dalangnya, gumam suara hati Yazaid.Tuduhan rambang tanpa sebarang bukti dan usul periksa.Darah Yazaid membuak secara tiba-tiba.Elizia menyedari perubahan itu.
Yazaid bingkas bangun dan mendapatkan Leo.Bajunya direntap kasar.Elizia terkedu.Reaksi tidak diduga itu tidak dapat ditegah mahupun dihalang.Ianya berlaku dengan pantas.
“Leo! Kau pengkhianat! Apa kau dah buat dengan mereka semua? Kau pukau mereka?!” Yazaid melonjakkan suara.Nadanya bergema-gema di dalam ruangan dewan itu.Semua mata tertumpu kepada Yazaid dan Leo.Elizia pula mendapatkan Yazaid untuk menenangkannya.
“Hei, Yazaid.Sabarlah.Kau tak tau cerita sebenar lagi ni.” Leo cuba menenangkan hati Yazaid yang sudah marak menyala.Umpama menyimbah minyak tanah ke arah api yang marak.Darahnya semakin membuak-buak.Dia amat meyakini bahawa Leo telah memperdaya semua sahabatnya dan kini mereka di dalam ilusi mereka sendiri.Melupakan tragedi ketika malam mereka diserang hendap.
“Cerita apa lagi yang kau cakap?! Kau yang rancang semuanya! Patutlah kau beriya-iya ajak kami ke sini.Ini rancangan kau rupanya! Kau sengaja gagalkan usaha kami.Kau lengahkan masa kami!” Yazaid hilang pertimbangan.Dia terlupa bahawa dia adalah tetamu disini dan adab yang ditunjukkan olehnya sebagai tetamu ternyata sangat biadap dan kurang disenangi.
“Yazaid, bawa bertenang.Duduk dulu dan dengar penjelasan Leo.” Elizia memujuk.
Yazaid melepaskan genggaman baju Leo dengan kasar.Nafasnya terasa hangat.Wajahnya merah padam.Jika penjelasan Leo kurang memuaskan hatinya, malam ini bakal kehilangan satu nyawa yang pernah menjadi sahabatnya.Elizia menarik tangan Yazaid untuk kembali ke tempat duduk yang bersebelahan dengannya.Dia tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Dia faham dan mengerti bahawa mereka sekadar menumpang teduh disini sementara menunggu misi selanjutnya diteruskan.Yazaid hanya menurut sahaja.Leo tersenyum sumbing seolah-olah memerli Yazaid.Mata Yazaid tidak terlepas merenung tajam ke arah Leo.Jika Elizia tidak menghalangnya tadi, sudah tentu mereka akan berkelahi habis-habisan.
Aroma makanan langsung tidak dapat memadamkan bara api yang membakar jiwa Yazaid.Pandangannya tidak teralih ke arah lain selain memandang ke arah Leo meminta penjelasan yang kukuh dan masuk akal.Leo membetulkan duduknya.Berdehem beberapa kali.
“Yazaid, kenalkan.Ini Tyrel.Sahabat seperjuangan aku selama aku disini.Dan gadis cantik ini ialah….” Belum sempat Leo habis berbicara, pantas Yazaid menjerkah.
“Aku tak ada masa untuk suai kenal dengan pembelot ni semua.Apa agenda kau? Apa yang kau dah buat?!” Sikap Yazaid semakin biadap.Wajah Tyrel menegang.Darahnya terasa membuak namun reaksinya dapat dikawal dengan baik.Walau apa pun berlaku, tetamu dimuliakan.Selaras dengan ajaran Islam yang memuliakan tetamu melainkan tetamu yang mendatangkan kemudaratan dan mengancam keselamatan.Wajib untuk mempertahankan diri, maruah dan harta.
“Yazaid, kenapa awak bersikap macam ni? Tolonglah hormat mereka sikit.Mereka dah tolong kita kan?” Elizia bernada memujuk.Dengan harapan dapat menyejukkan gelora hati Yazaid yang sedang mengganas.
“Hormat? Tolong? Awak tak ingat ke kejadian malam tu? Kita kena serang hendap! Leo adalah dalang semua ni.Kamu semua tak sedar ke Leo mempermainkan kita?!” Yazaid bangkit berdiri.Marshall dan Ilyas tidak bersuara.Membiarkan Yazaid bertenang dipujuk oleh Elizia terlebih dahulu.
“Yazaid.Sila duduk dan bawa bertenang.Biar kami jelaskan satu per satu.Semua yang berlaku ni bukan seperti yang tuan sangkakan.” Tyrel pula cuba memujuk walaupun hatinya mula membara dengan sikap Yazaid yang tidak menghormati mereka.
“Baik! Sekarang jelaskan apa yang berlaku! Kalau jawapan kau kurang memuaskan dan tak masuk akal, aku bunuh kesemuanya!” Yazaid mengancam.Elizia membeliakkan matanya.
“Yazaid!” Elizia terkedu dengan kata-kata Yazaid.Dia mula hilang pertimbangan.
“Malam ketika kamu semua di serang hendap.Itu bukannya serangan yang membunuh melainkan sekadar tindakan berwaspada.Skuad pasukan kami mengesan pergerakan di dalam kawasan jajahan kami.” Tyrel berpeluk tubuh.Secara ringkas diperincikan kronologi kejadian.
“Kenapa perlu sampai ke tahap tu?! Tak boleh ke datang secara baik?!” Yazaid tidak berpuas hati.Tyrel tampak tenang namun ketegasannya terserlah.
“Apakah perlu kami datang secara baik jika kumpulan kamu benar-benar berniat jahat?” Tyrel memulangkan soalan yang berbentuk menuduh.Mula hilang kesabaran.
“Jadi, kau nak kata kami jahat? Begitu?!” Yazaid bertegang urat bertikam lidah.
“Bukan begitu, Yazaid.Itu merupakan rutin tindakan pasukan kami jika mengesan pergerakan di kawasan jajahan kami terutama pergerakan itu datangnya dari perkumpulan.Kami akan menambat kesemuanya terlebih dahulu dan ditidurkan.Apabila setelah ditambat, baru kami mengenalpasti sama ada pergerakan perkumpulan itu adalah musuh atau sebaliknya.Jika bukan musuh, kami mengalu-alukan kedatangan kalian ke sini.” Tyrel kelihatan tenang memberi penerangan.Yazaid masih tidak berpuas hati.
“Jika benar apa yang kau katakan dan sahabat-sahabat aku tidak dipukau, nyatakan siapa yang menyerang hendap kami? Siapa mereka?! Tunjukkan pada aku?!” Tindakan Yazaid semakin hilang kawalan.Dia tetap menganggap sahabat-sahabatnya telah di hipnosis dan ditukar memori mereka.Otak mereka telah dibasuh.Yazaid mula mencabar.
“Maafkan kami, Yazaid.Skuad kami yang menyerang hendap perkumpulan kamu.Mereka pun tidak tercedera,kan?” Belum sempat Tyrel membidas, daun pintu dewan terkuak apabila ditolak dari luar.Beberapa bangsa Letrazie masuk ke dalam dewan dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan berada di hadapan sekali.Wajahnya ayu dan anggun.
Dia berjalan melintasi meja makan itu dan duduk bersebelahan Leo.Matanya langsung tidak memandang ke arah Yazaid.Beberapa pengiringnya menempatkan diri di belakang gadis itu.Yazaid tercengang.Hilang kata-kata.Lidahnya kelu.
[To be Continued >> Server 38]
ns 15.158.61.44da2