SERVER 7
Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
353Please respect copyright.PENANALQi6CFGLuQ
Nun di kejauhan dari kesibukan kota terdapat beberapa buah perkampungan di pinggir Bandar Inderapuri. Perkampungan Cendrawaseh salah satu daripadanya. Perkampungan ini boleh dikatakan perkampungan asal yang wujud sejak berpuluh tahun lamanya malahan ada juga yang mengatakan perkampungan ini telah pun wujud sejak seribu tahun yang lalu. Ia didiami dari generasi ke generasi. Dari keturunan ke keturunan.
Budaya masyarakat kampung ini juga diwarisi sejak turun temurun. Kebudayaan timur menjadi pegangan dalam salasilah susur galur keluarga. Dalam kesopanan ada kesusilaan. Dalam tatacaranya ada tertibnya. Dalam sifat pemalunya ada sifat menghormati. Saling berganding antara satu sama lain sehingga menerbitkan rasa harmoni di dalam suasana perkampungan itu.
Kehidupan perkampungan sangat berbeza di bandar-bandar besar seperti Bandar Inderapuri dan bandar sekitarnya. Masyarakat majmuk disini lebih menitikberatkan aspek kejiranan dan saling membantu antara masyarakat. Masih mengamalkan konsep kejiranan dan rukun tetangga yang kian luput di bandar metropolis. Saling mengambil berat antara satu sama lain. Itulah yang mengukuhkan pertalian persaudaraan sesama mereka.
Bukan bermakna perkampungan ini tidak mengikuti arus peredaran zaman. Dalam kalangan masyarakat perkampungan ini juga boleh dikatakan setiap penduduk mempunyai Brainlink milik masing-masing kerana pada zaman era ketamadunan teknologi yang terlalu canggih, Brainlink merupakan alat pengganti yang lebih maju menggantikan penggunaan telefon pintar pada ketika ini.
Di kejauhan, kelihatan seorang remaja berusia lingkungan belasan tahun duduk bersila di atas pondok tidak berdinding berhadapan dengan jelapang padi yang menghijau. Dia sedang sibuk meneliti Brainlink yang baru dimilikinya. Ia merupakan hadiah pemberian ayahnya kepadanya kerana cemerlang di dalam keputusan peperiksaan yang diperolehi beberapa hari yang lalu. Dia terlalu menginginkan sebuah Brainlink. Sistem komunikasinya, paparan hologram yang hanya boleh dilihat oleh si pemakai sahaja, sistem suara berkualiti tinggi, paparan monitor hologram beresolusi tinggi, keupayaan sistemnya sendiri. Kesemua kecanggihan teknologi Brainlink itu memikat hati sesiapa jua untuk memilikinya.
Remaja lelaki itu sibuk mencuba-cuba peranti itu. Dikalungkan ke lehernya dan jarinya menyentuh butang kecil yang terletak di belakang alat itu. Brainlink miliknya mula berfungsi. Hanya pemiliknya sahaja boleh menghidupkan alat itu malahan Brainlink juga dilengkapi dengan sistem pengecaman DNA serta Biometrik bagi mengelakkan kecurian dan penyalahgunaan dari bukan pemiliknya dan untuk mengelakkan kecurian.
Remaja lelaki itu seronok bukan kepalang. Dicubanya setiap satu aplikasi yang ada di dalam Brainlink miliknya. Dari satu ke satu sehingga dia tidak menyedari bahawa hari semakin lewat petang.
“Ismail! Masuk, nak! Dah lewat petang dah ni!” Di kejauhan, sayup-sayup suara si ibu kedengaran memanggil remaja lelaki itu. Suara itu datang dari sebuah rumah kayu bersaiz sederhana besar terletak tidak jauh dari pondok tidak berdinding itu.
“Baik, mak! Mail balik sekarang!” Ismail menyahut panggilan ibunya tanpa berkalih memandang ibunya. Dia sedang asyik membelek alat berteknologi tinggi itu. Namun menyedari hari telah lewat petang, Ismail terkocoh-kocoh berlari anak meninggalkan pondok tidak berdinding itu lalu pulang ke rumah.
Malam melabuhkan tirai menggantikan siang. Rembulan tidak kelihatan pada malam ini memandang cuaca agak mendung namun perkampungan ini tetap dingin seperti malam-malam kebiasaannya.
Keluarga Ismail sedang menikmati makan malam di ruang tengah rumahnya. Hidangan yang disediakan oleh Asiah begitu memikat selera anak dan suaminya, Hairuddin. Mereka menikmati juadah dengan begitu berselera namun masih dijaga tatatertibnya.
“Mail, selepas makan nanti terus masuk tidur ya? Kamu berehat saja malam ni. Tak perlu tolong ayah baiki motosikal malam ni.” Hairuddin berkata dalam nada perlahan. Dalam hati kecilnya terlonjak kegembiraan melihat kejayaan anak tunggalnya yang seorang ini. Hairuddin sangat dikenali dalam perkampungan ini sebagai mekanik dan pembaiki motosikal yang cekap. Setiap motosikal yang rosak pasti tidak akan mengalami sebarang masalah lagi apabila dibaiki oleh Hairuddin. Dia melakukan tugasnya dengan sebaik mungkin. Hasilnya memang tidak seberapa tetapi rezeki yang diberkati oleh-Nya memberikan kecukupan rezeki dalam menjalani kehidupan di dunia dan diredhai di akhirat.
“Baik ayah.” Ismail sekadar menjawab sepatah dua. Dia terasa lapar dan lebih tertumpu pada ‘aktiviti’ jamuan malam ini. Hairuddin tersenyum melihat kerenah anaknya. Ternyata banyak lagi perkara yang Ismail perlu tahu dalam kehidupan. Pahit manis asam garam. Ranjau duri. Semuanya sudah dirasai oleh Hairuddin.
Malam itu lebih dingin. Bayu yang membawa embun malam menambahkan lagi sensasi dingin meresap sehingga ke tulang belulang. Keluarga Hairuddin kebiasaannya lebih gemar menghabiskan aktiviti bersama keluarga. Walaupun televisyen hologram dihidupkan dan siaran-siaran menarik dipaparkan pada malam ini namun ia langsung tidak menarik minat Hairuddin dan Asiah. Mereka lebih gemar berbual di beranda rumah mereka sambil menikmati hidangan cucur udang disulami dengan air kopi panas. Ia benar-benar membangkitkan selera. Ismail sudah melayari bahtera mimpi sejak dari tadi.
“Abang... Abang betul-betul pasti ke hadiahkan Brainlink pada Mail? Apa abang tak ingat ke apa yang berlaku dulu?” Asiah menuangkan kopi ke dalam cawan suaminya. Ini sudah cawan ketiga. Suaminya amat gemarkan kopi yang pekat dan ‘kaw’.
“Mail tu anak yang cerdas. Sekali pun dia terlibat, abang yakin dia mampu menangani situasi.” Dihirup perlahan-lahan kopi panas. Kelihatan berwap.
“Saya tahu, abang. Tapi kita jangan ambil risiko.” Terpancar raut wajah kerisauan seorang ibu. Dia amat risaukan tentang keselamatan tentang anaknya. Ini kali pertama Ismail memiliki Brainlink sendiri yang diidamkan olehnya sekian lama. Bahkan lenanya Ismail juga tidak ditanggalkan Brainlink dari lehernya.
Hairuddin sekadar bermenung. Melemparkan pandangan jauh ke jelapang padi walaupun suasana malam menghadkan jarak pemandangan. Kelam. Tiada apa yang dapat diamati. Walaupun matanya memandang ke arah jelapang padi itu tetapi fikirannya melayang-layang dibawa imbauan kenangan.
Ismail lena dibuai mimpi di dalam biliknya. Langsung tidak terjaga. Benar-benar keletihan sehinggakan Brainlink yang terkalung dilehernya juga tidak ditanggalkan dan masih dalam keadaan hidup atau standby. Tanpa disedari, lampu LED merah kecil yang terletak di bahagian sisi Brainlink mula berkelip-kelip dalam rentak tidak sekata.
Asiah kembali ke dapur untuk mengambil cucur udang kegemaran suaminya. Dia menjengah anak tunggalnya yang sedang lena dibuai mimpi. Terukir senyuman dibibirnya. Dia mengharapkan tiada apa yang berlaku. Naluri seorang ibu tidak pernah tersasar.
Hairuddin pula mengambil rokok daun bersama tembakau. Digulung perlahan-lahan. Fikirannya melayang-layang. Dia sendiri tidak tahu sama ada tindakannya menghadiahkan Brainlink kepada Ismail satu tindakan yang tepat atau satu tindakan yang bakal memakan dirinya tetapi dia amat meyakini bahawa anak tunggalnya seorang yang cerdas dan bijak dalam membuat keputusan.
Seluruh dunia sudah mengetahui tentang Hyperserv. Seluruh dunia mengetahui tentang kehebatan bioserver itu tetapi buat masa ini tiada sesiapa pun yang dapat masuk ke dunia itu buat masa sekarang. Ianya masih ditutup untuk kegunaan awam. Masih diperingkat pengujian sedangkan tiada siapa yang mengetahui kemelut yang melanda Hyperserv ketika ini. Ianya menjadi rahsia pembangun bioserver itu.
Lumrah manusia terasa hebat apabila berjaya mencipta sesuatu yang gah dan dirasakan besar. Yang dirasakan tidak akan dapat digugah oleh sesiapa pun seperti kejadian tenggelamnya kapal mewah Titanic pada April tahun 1912. Perisitwa itu berlaku ribuan tahun yang lalu namun kisahnya boleh diibrarkan untuk pengajaran.
Jurutera kapal mewah Titanic merasa bangga dengan hasil ciptaannya bahkan sanggup mengungkapkan kata-kata yang mencabar tuhan kononnya kapal itu tidak akan karam meskipun dengan kuasa tuhan. Sombongnya tidak bertiang sedangkan terlupa diri yang kerdil. Akhirnya, Titanic terkubur di dasar lautan Atlantik utara hanya kerana perlanggaran dan geseran dari bongkah ais sahaja. Angkuhnya manusia.
Sebuah hutan tebal,HyperServ
Membulat anak mata Yazaid melihat persekitaran perhutanan ini. Kelihatan bangkai-bangkai haiwan berwaktu siang bersepah disana-sini. Tidak kurangnya juga dengan ada kepala haiwan yang terpenggal. Darah memercik di mana-mana. Di atas tanah. Di pokok. Di dedaunan. Darah merata-rata dengan pelbagai warna-warna gelap. Ada merah pekat seperti manusia. Ada hijau gelap. Ada juga biru gelap. Yazaid tahu darah jenis itu tidak wujud di dalam realiti namun di dalam Hyperserv ianya wujud. Dunia ini adalah dibawah seliaannya. Begitulah lumrah manusia. Sentiasa mahu mencipta sesuatu yang cukup sempurna sedangkan manusia itu sendiri tidak ada seorang pun yang tercipta sempurna di atas muka bumi-Nya.
Yazaid menapak perlahan menginjak tanah. Anak matanya melilau kesana kemari. Senjata moden terlekat di bahu kanannya bergerak-gerak kekiri dan kekanan mengawasi persekitaran secara automatik. Membuntang anak matanya memerhatikan keadaan perhutanan ini. Bagai dirempuh garuda. Bagai lapangan peperangan selepas terjadinya pertempuran yang besar dan dasyat. Cebisan daging haiwan bersepah disana sini.
Akalnya ligat. Mencari-cari tanda dan klu apakah yang sebenarnya yang telah berlaku.
353Please respect copyright.PENANApExA9QqlBE
Imbas kembali,Bandar Inderapuri, Tahun Infiniti 30XX…
Irfan sedang membelek beberapa fail miliknya. Yazaid terjengah keluar melemparkan pandangan mencari-cari kelibat Fared yang tidak turut serta dalam perbincangan kali ini.
Secara tiba-tiba, Brainlink milik Yazaid mengeluarkan bunyi amaran yang sangat membingitkan telinga. Yazid dan Irfan begitu terkejut. Rupanya Irfan juga menerima bunyi amaran yang sama.
Brainlink milik Irfan juga bersambung dengan sistem HyperServ. Tidak mustahillah dia juga menerima amaran dalam pada masa yang sama. Yazaid membuka peti amaran yang dipaparkan secara hologram. Begitu juga dengan Irfan. Meneliti data yang dipaparkan.
Membulat anak mata kedua-duanya. Data amaran yang dipaparkan sangat mengejutkan. Satu bala bencana menimpa Hyperserv tanpa disedari oleh mereka telah pun berlaku dan sedang berlaku. Pergerakan virus yang tidak dikenali sedang menyusup masuk menerobos ruang sistem pertahanan Hyperserv lantas menghancurkan rantaian data.
“VIRUS INVADED! CODE-RED DISASTER! LOCATION : HYPERSERV”
353Please respect copyright.PENANAQXSUC0aqNM
Yazaid memandang Irfan. Dia yakin Irfan juga menerima mesej amaran yang sama. Berkerut seribu dahinya. ‘Mustahil! Hyperserv belum bersedia! Siapa yang buka?’ Jerkah Yazaid di dalam hati kecilnya.
Pantas jemari Irfan menekan beberapa butang pada paparan hologram yang dilihatnya. Mencari-cari punca yang boleh dijumpai.
353Please respect copyright.PENANAK7VIyghmWO
“WARNING! VIRUS INVADED. HYPERSERV OVERRIDED – OPEN PUBLIC”
353Please respect copyright.PENANAwb1YcTQ1ak
Irfan memandang Yazaid. Penuh tanda tanya dalam masa yang sama juga penuh kehairanan. Beribu persoalan muncul dibenak fikiran Irfan.
“Kau ada buka Hyperserv untuk kegunaan umum?” Irfan bertanya dengan wajah yang cukup serius.
Yazaid sekadar mengelengkan kepala. Dia sendiri keliru dengan apa yang berlaku. Sesuatu perkara yang mustahil. Hyperserv masih tidak dibuka untuk kegunaan umum kerana dia sendiri yang mengunci bioserver itu daripada kegunaan umum dan user lain.
“Hyperserv diserang. Ini bukan kerja virus yang buka HyperServ. Virus hanya menyerang bila ia terbuka dan pastinya kerja seseorang.” Irfan kelam-kabut mengemas mejanya. Sesuatu perlu dilakukan dengan pantas.
“Habis siapa yang buka? Siapa yang bagi akses? Fared?” Tuduhan Yazaid kekeliruan. Penuh persoalan.
“Bukan! Hacker!” Irfan pantas melangkah keluar dari pejabat diiringi oleh Yazaid.
Yazaid menapak perlahan menginjak tanah. Anak matanya melilau dipersekitaran dikala akalnya mengingati kejadian di pejabat Irfan sebentar tadi. Hatinya masih panas dengan tindakan endah tidak endah oleh Fared. Ego yang menguasai memadamkan talian persahabatan yang telah lama terjalin.
Yazaid melangoi ke atas. Kelihatan hari semakin gelap. Malam semakin tiba. Dia perlu keluar dari dunia Hyperserv ini untuk seketika. Agak merbahaya berada disini ketika malam menjelma. Silap perkiraan maut menjadi tempahan dan dia perlu menggali kuburannya sendiri. Lagipun, dia tiada tempat perlindungan disini. Hutan belantara semata.
“Log Out!”
Suasana sepi. Tiada apa yang berlaku. Yazaid terkedu. Ditekan butang Brainlink miliknya sekali lagi.
“Log Out!”
Masih seperti tadi. Tiada apa yang berlaku. Yazaid semakin kecut perut. Dia tidak dibenarkan untuk keluar dari dunia ini. Tanpa disedari, sistem HyperServ melarangnya untuk keluar dari sistem. Salah satu daripada sistem keselamatannya diaktifkan yang bukan dibawah kawalannya. Ianya berfungsi secara automatik.
‘Apa jadi ni? Kenapa aku tak boleh Log Out?’ Pesoalan itu muncul dibenak fikirannya. Terasa kecut dibahagian perut. Malam semakin menjelma untuk melabuhkan tirai mengantikan siang. Yang paling menakutkan adalah ‘penghuni’ sebelah malam yang lebih ganas dan agresif.
Dia perlu menyelamatkan diri terlebih dahulu. Dia perlu memastikan bahawa keselamatannya terjamin ketika di dalam dunia ini. Dunia yang masih belantara. Dunia yang masih liar. Masih belum dijinakkan. Masih belum diterokai sepenuhnya. Yazaid juga gagal menghubungi Irfan yang mengendalikan datanya di luar. Segala-galanya seakan terputus hubungan bagai ada hijab di antara mereka yang memisahkan.
Kakinya pantas mengatur langkah. Lariannya semakin deras meredah semak samun mencari tempat persembunyian yang dirasakan selamat dikala malam semakin hampir. Persekitaran perhutanan ini semakin gelap.
Sesekali anak telinganya menangkap pelbagai bunyi-bunyian asing baginya. Tertoleh-toleh kepala Yazaid mengamati persekitaran yang kian gelap dan suram. Dahinya berkeringat. Genderang jantungnya memacu laju bagai mahu pecah rusuk kirinya itu.
Cemasnya bukan kepalang apabila bunyian haiwan bergema bergaung-gaung jauhnya. Seolah-olah penghuni di belantara itu giat memburunya di sini. Lariannya semakin pantas.
Satu lokasi lain, sebuah hutan tebal, HyperServ
Malam yang semakin dingin. Embun malam umpama merentap setiap urat dan sendi termasuk tulang belulang. Di sebuah tanah lapang kelihatan satu unggun api dihidupkan dan kelihatan seorang perempuan duduk bersimpuh berhampiran unggun api tersebut. Gadis itu sekadar memanaskan badan dari dihambat kedinginan malam. Begitulah saban hari dan saban malam.
Dia berseorangan. Menyelimuti tubuhnya dengan sehelai baju tebal lengkap dengan penutup kepala berwarna biru gelap atau dikenali sebagai sweater. Dia sekadar duduk bersimpuh beralaskan daun-daun pokok yang bersaiz besar. Cukup untuk mengalas dirinya yang kecil saiznya. Riak wajahnya kelihatan suram. Bermenung memikirkan sesuatu. Sesuatu yang tidak pasti tentang dirinya. Dia seolah-olah hilang ingatan. Kelihatan termangu.
“KKRRAAAAKKKKKK!!”
Bunyi ranting patah dipijak. Gadis itu tangkas menoleh. Dicapai sebilah lembing buatannya untuk mempertahankan diri. Berdiri untuk bersiaga pada sebarang kemungkinan. Malam hari merupakan saat yang merbahaya.
Anak matanya tertancap pada arah bunyi itu. Kedengaran semak samun diredah. Dedaunan dikuak kasar. Ranting-ranting kayu patah dipijak. Kedengaran seperti sesuatu yang sedang berlari deras menuju ke arahnya. Gadis itu bersiaga pada sebarang kebarangkalian. Mungkin binatang buas atau mungkin harimau berbelang merah yang dijumpainya siang tadi. Tragedi siang tadi benar-benar mengukir memori pahit untuknya.
Derapan kaki berlari semakin jelas kedengaran. Dedaunan pokok renek di redah. Ranting kayu dan dedaunan kering dipijak. Bunyinya semakin menghampiri. Derapan larian yang cukup deras lariannya. Gadis itu membongkokkan badannya sedikit ke hadapan. Lebih kepada posisi untuk pertahanan.
Tiba-tiba muncul seorang remaja lelaki lingkungan usia belasan tahun. Pakaiannya kotor berlumpur dan berdebu. Raut wajahnya kelihatan sangat ketakutan. Anak matanya melilau kesana kemari seolah-olah dia tidak biasa berada disini. Dihambat rasa cuak dalam kegelapan malam di perhutanan ini.
Kepalanya tertoleh-toleh sekeliling sebelum menapak perlahan ke arah gadis yang berada bersebelahan unggun api itu. Wajahnya pucat lesi.
Gadis itu terkedu. Disangkakan haiwan buas yang memburunya. Riak wajahnya berubah melihat remaja lelaki itu. Lembing yang diacu ke hadapan diturunkan. Gadis itu sekadar memerhatikan gelagat remaja lelaki itu yang berjalan perlahan menuju ke arahnya. Perlahan dia menapak menghampiri gadis itu.
“Eerr...boleh...boleh saya tumpang sekejap disini?” Remaja lelaki itu meminta izin untuk turut serta untuk menghangatkan badan berhampiran unggun api. Gadis itu tidak banyak bicara. Sekadar mengganggukkan kepala tanda memberi izin.
Remaja lelaki itu lekas duduk bersila berhampiran unggun api itu berdepan dengan gadis yang baru dijumpainya. Agak janggal terjumpa seorang gadis berseorangan diperhutanan namun dia tiada pilihan. Gadis itu meletakkan semula lembing ke tanah dan kembali bersimpuh berhampiran unggun api berhadapan dengan remaja lelaki itu. Anak matanya menatap wajah remaja lelaki itu. Hanya unggun api yang memisahkan jarak antara mereka yang duduk saling berhadapan.
“Awak siapa?” Gadis itu memulakan bicara setelah masing-masing lama membisu.
“Nama saya, Ismail. Saya pun tak tahu macam mana kita boleh ada di hutan ni.” Remaja lelaki itu memberi jawapan balas. Kelihatan sangat ketakutan dan penuh kekeliruan. Gadis itu sekadar menggangguk.
“Awak...nama awak siapa?” Giliran Ismail pula memberikan pertanyaan.
“Nama saya, Kirin.” Gadis ayu itu memberikan jawapan ringkas sekadar menjawab pertanyaan.
“Macam mana awak boleh ada disini berseorangan?” Ismail curiga.
Kirin tidak menjawab. Dia sekadar membalas dengan senyuman yang cukup manis. Ismail terpempam. Terpikat seketika dengan keayuan gadis bernama Kirin itu. Suasana sepi. Mereka berdiam diri melayani fikiran dan perasaan galau masing-masing.
353Please respect copyright.PENANA82x0uxJe2W
>>Bersambung Server 8
ns 15.158.61.44da2