Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
517Please respect copyright.PENANAYKtn5mcEGs
Fared sekadar mengitari pandangan. Melihat-lihat barangan yang ada terjual di kedai itu. Tidak berminat untuk membeli. Namun, berminat pada gadis yang telah mencuit hatinya seketika tadi. Sesekali dia terjengah mencari kelibat gadis itu. Masih tidak kelihatan. Tiada sesiapa di kaunter ketika itu. Fared mengeluh perlahan.
“Awak cari siapa?” Satu suara menyapa Fared dari belakang.
Fared terperanjat. Dia terlompat sedikit menjauhi suara tersebut. Pantas dia berkalih ke arah suara itu. Sekali lagi Fared terpempam. Gadis yang bernama Rozy itu tersenyum kepadanya memandang tepat ke arah matanya. Rona merah mula terbit di riak wajah Fared.
“Eerr..tak..tak ada apa. Saja pusing-pusing...eerrr...cari kucing” Fared menjawab pertanyaan Rozy namun tidak berbalas pandangan. Terasa hangat wajahnya.
“Kucing? Hehehe... Baik awak tolong saya lagi baik dari cari kucing.” Rozy meminta pertolongan kepada Fared sambil tergelak. Fared kaget. Dia sendiri kekok. Dia tidak mempunyai pengalaman untuk berdepan dengan gadis yang diminati. Ini kali pertama. Fared mengekori Rozy masuk ke stor simpanan barang. Rozy meminta bantuan Fared untuk mengangkat beberapa buah kotak yang agak berat.
517Please respect copyright.PENANAdmlrGPdvDb
Irfan dan Yazaid keluar beriringan dari pejabat. Mereka kelihatan masih berbincang sesuatu ketika dalam perjalanan keluar dari pejabat Irfan. Riak wajah mereka kelihatan serius. Dahi Yazaid kelihatan berkerut seribu. Riak wajah Irfan kelihatan agak suram dan kelihatan risau. Yazaid berjalan pantas mendapatkan Fared yang sedang membantu Rozy mengangkat beberapa kotak bersama-sama. Mereka kelihatan mesra.
“Fared! Ikut aku sekejap. Now!” Yazaid bertegas.
Fared termangu. Tidak mengetahui apa yang telah berlaku. Mereka kelihatan sedang bertengkar tentang sesuatu. Mahu tidak mahu, Fared mengekori Yazaid dan Irfan menuju ke sebuah pintu membelakangi pejabat utama Irfan. Dalam keadaan sebegitu, sempat lagi Fared menjeling ke arah Rozy dan melemparkan senyuman. Rozy membalas senyuman Fared. Hati sudah bertaut hati.
517Please respect copyright.PENANAClzs49ET7W
Sebuah hutan tebal,HyperServ
Keadaan menjadi kacau-bilau. Suasana hingar-bingar. Haiwan berwaktu malam merobek mangsa dari kalangan haiwan berwaktu siang dengan rakus dan ganas. Darah memercik ke sana-sini. Yang paling menyedihkan, haiwan berwaktu malam mempunyai tabiat yang tidak baik. Mereka tidak akan menghabiskan hidangan mereka dan akan meninggalkan saki-baki hasil buruan mereka sebelum memburu haiwan yang lain. Hasilnya, daging-daging haiwan berwaktu siang yang sudah dirobek bersepah di sana-sini.
Suasana perhutanan menjadi gelap dan kelam. Awan hitam gemitam menyelubungi kawasan perhutanan tersebut. Ia meliputi keseluruhan permukiman yang luas ini. Haiwan berwaktu siang yang terselamat dari serangan itu akan cuba sedaya upaya untuk melarikan diri ke kawasan yang lebih terang namun peluang agak tipis kerana awan gemitam ini meliputi kawasan perhutanan yang sangat luas ini. Tambahan pula, haiwan berwaktu malam lebih pantas pergerakannya. Maka, seluruh haiwan berwaktu malam akan berleluasa di dalam kegelapan bayang awan gemitam.
Di permukaan tanah pada ketika ini bukanlah satu pilihan yang bijak untuk diterokai saat ini memandangkan situasi agak genting dan hingar-bingar dibawah sana. Bahkan mungkin nyawa menjadi taruhan.
Nun jauh di atas Pokok Ara, seekor harimau kumbang hitam bersayap dan bersiung panjang semakin menghampiri mangsanya. Seorang perempuan yang tidak dapat melarikan diri ke mana-mana. Siungnya semakin memanjang bersedia untuk merobek tengkuk mangsa. Bilah kukunya mula kelihatan mencengkam dahan Pokok Ara tempat perempuan itu bertinggir tadi.
Secara tiba-tiba harimau itu melakukan serangan. Libasan kaki kanan hadapannya cuba mencengkam perempuan itu. Gadis itu menjerit lalu mencangkung di atas dahan dengan menekup kedua-dua telinganya. Terkaman harimau itu tersasar. Ia hanya mencakar dahan utama Pokok Ara namun kesan robekan tergarit agak dalam.
Menyedari serangan pertama tersasar, harimau itu mengundur sedikit. Gadis itu masih mencangkung di atas dahan dalam keadaan ketakutan. Serangan yang kedua sudah dipersiapkan. Deraman harimau semakin kedengaran direngkongan.
Gadis itu tiada pilihan. Mati kerana tindakan sendiri atau mati disini sebagai ‘hidangan’. Tanpa berfikir panjang, gadis itu melompat ke hadapan cuba untuk mengapai dahan pokok yang tidak jauh dari situ. Nasib masih menyebelahi dirinya. Gapaiannya tidak tersasar. Kedua tangannya berpaut pada dahan pokok Ara yang lain. Harimau itu sekadar memandang tanpa mengejar. Dia lebih arif dalam ilmu pemburuan. Mangsanya tidak akan lari jauh malahan tidak berupaya.
Hanya dengan sekali lompatan, harimau itu berubah tempat ke dahan tempat gadis itu berpaut. Gadis itu semakin ketakutan. Maut di atas. Dia memandang ke bawah melihat suasana di bawah. Akalnya juga mentafsir, maut juga ada di bawah. Lelehan liur harimau itu semakin menjejes. Melihat hidangan lazat sudah tersedia dan terperangkap.
Tanpa diduga, gadis itu melepaskan pautan pada dahan. Dia redha. Pasti akan mati kali ini. Dia lebih rela mati terjatuh dari tempat yang sangat tinggi sebegini berbanding mati sebagai ‘hidangan’. Namun, dia terlupa tentang satu perkara. Harimau kumbang itu bersayap.
Gadis itu jatuh melayang ke bawah dari paras Pokok Ara gergasi yang sangat tinggi itu. Harimau kumbang bersayap itu melompat ke bawah dan menguakkan sayapnya cuba mengapai mangsanya agar tidak terlepas sebelum mangsanya menjadi hidangan haiwan lain. Gadis menjerit ketakutan. Dia pasti akan mati akibat hentakan kuat jatuh dari paras yang cukup tinggi atau mati sebagai santapan harimau kumbang bersayap itu.
Deruan angin yang melepasi telinganya sangat membingitkan akibat kelajuan junaman dari paras tinggi ke tanah. Gadis itu hanya memejamkan matanya ketakutan. Dia menangis. Hanya menunggu tubuhnya terhempas ke tanah atau disambut oleh harimau kumbang bersayap dan menjadi ‘hidangan’ lazat baginya.
Dalam keadaan matanya terpejam dan menangis, secara tiba-tiba bajunya ditarik oleh sesuatu naik semula ke atas. Harimau kumbang bersayap dapat menyambut ‘hidangan’ itu dari terhempas ke tanah. Selamat tinggal dunia yang kejam. Gadis itu terduduk di atas dahan tidak jauh dari tanah. Hanya beberapa kaki sahaja. Matanya tetap terpejam ketakutan. Takut dirobek setiap daging dan tulang-belulangnya. Namun perkara itu tidak berlaku. Tiada apa-apa yang menyentuhnya. Cuma suasana hingar-bingar menghiasi. Sesekali terdengar suara harimau bertengkar sesama sendiri.
Perlahan-lahan diangkat kelopak mata yang masih bergenang air mata cuba mengamati persekitaran. Cuba memerhatikan sekeliling. Tercari-cari kemanakah kelibat harimau kumbang bersayap itu pergi. Matanya mengitari persekitaran dalam kelam dan gelap. Cuba diamati namun gagal. Haiwan berwaktu malam memburu mangsanya menjadi suasana amat menyeramkan dan mengerikan. Keadaan masih gegak-gempita namun tidak kelihatan kelibat harimau yang memburunya tadi. Gadis itu semakin pelik. ‘Apa’ yang menariknya semula ke atas dahan ini seolah-olah menyelamatkannya.
517Please respect copyright.PENANAvXmttr5zvH
“DUUUMMMMMMMMM!!!”
517Please respect copyright.PENANARWsZuuMYLR
Secara tiba-tiba, satu sambaran petir begitu kuat menyambar ke satu dahan di atas tidak jauh dari gadis itu bertinggir. Sambaran petir itu menggegarkan. Menyilaukan pandangan seketika. Gadis itu terkejut. Ditutup telinganya dengan menggunakan kedua-dua tangannya.
Menggeletar seluruh tubuhnya apabila gegendang telinganya dikejutkan dengan dentuman petir yang secara tiba-tiba menyambar. Entah datang dari mana pun tidak diketahui. Suasana perhutanan itu kini gelap dan kelam akibat litupan awan hitam-gemitam itu namun sambaran petir secara tiba-tiba juga tidak mustahil. Mungkin awan hitam itu membawa hujan dan ribut namun bukan itu yang berlaku kala ini. Pelbagai andaian yang difikirkan oleh gadis itu. Yang dia tahu, maut bakal menjemputnya sebentar lagi.
“DUUUMMMMMMMMM!!!”
517Please respect copyright.PENANAFR2bOgwGhF
Satu lagi sambaran petir menyambar sasaran. Kali ini sasarannya sangat hampir dengan gadis itu. Dentuman yang mengegarkan tanah dan memekakkan telinga membuatkan gadis itu terkejut malahan haiwan-haiwan lain turut terkejut cuba untuk melarikan diri dari lokasi sasaran petir tersebut.
Secara tiba-tiba, satu ‘benda’ melayang terjatuh dari atas dan terhempas ke tanah. Gadis itu cuba melihat apakah ‘benda’ yang terjatuh itu. Diamatinya dengan tekun. Dia mengecilkan matanya cuba melihat apakah ‘objek’ itu. Membulat mata gadis itu apabila dia dapat mengecam ‘benda’ yang terdampar di tanah sebelum bangkainya di baham haiwan pemangsa lain. Itu adalah harimau kumbang bersayap dan bersiung yang memburunya sebentar tadi. Ini bermakna sambaran petir itu mensasarkan harimau itu sehingga mati terbunuh akibat panahan petir. Sasaran pertama tersasar. Sasaran kedua menyambar dan mengena pada harimau itu.
Gadis itu pelik dan kehairanan. Mana mungkin panahan petir menyasarkan sesuatu ‘sasaran bergerak’ dengan sengaja. Jika harimau itu sasarannya, harimau itu pasti akan mengelak dengan pantas dan bergerak kesana dan kemari. Tetapi panahan petir itu hanya menyasarkan harimau itu. Ini perkara yang mengusutkan akalnya. Panahan petir berkemungkinan menyasarkan pada tempat yang sama dan bukan objek bergerak.
Gadis itu melangoi ke atas. Melihat-lihat di sebalik dahan-dahan Pokok Ara. Anak matanya dikecilkan untuk mengamati sesuatu yang menarik perhatiannya.
Nun di kejauhan di atas sebatang dahan Pokok Ara yang sama kelihatan satu kelibat harimau berdiri teguh dan sasa memandang tepat ke arah gadis itu. Riak wajahnya menyerigai namun tidak menyerang. Hanya sekadar memerhatikan gadis itu sahaja. Dahi gadis itu berkerut seribu. Titisan keringat mula terbit. Harimau kumbang bersayap mati terbunuh akibat panahan petir. Kini, muncul seekor lagi pemangsa buas yang bakal meragut nyawanya. Dia bungkam disitu juga akan maut. Jatuh ke bawah juga maut. Nyawanya bagaikan telur dihujung tanduk. Nafasnya tersekat-sekat direngkongan. Gadis itu sekali lagi memandang ke arah harimau itu. Diamatinya betul-betul. Dikecilkan anak matanya memincing pandangan.
Harimau berbelang merah dan bertanduk. Kelihatannya lebih sasa dan lebih buas. Wajahnya menyerigai memandang tepat ke arah gadis itu. Saiz badannya juga lebih besar tiga kali ganda lebih besar dari harimau biasa bahkan lebih besar dari harimau yang memburunya seketika tadi.
Tidak semena-mena, seluruh tubuh harimau berbelang merah itu mengeluarkan satu cahaya yang cukup menyilaukan pandangan. Mata gadis itu terpejam rapat akibat terlalu silau.
517Please respect copyright.PENANAj2QKMWEeux
“DDDUUUUUMMMMMMMMMM!”
517Please respect copyright.PENANAcEmWuAkOSJ
Sambaran petir sekali lagi merenjat jantung. Kali lebih berdentum dan lebih kuat sehingga terasa gegarnya di tanah. Membisukan suasana menjadi hening seketika. Panahan petir itu datangnya dari ‘sesuatu’ dan bukannya panahan dari langit. Ia menyambar ke atas menembak awan hitam gemitam. Secara tiba-tiba, awan gemitam membentuk lubang bulatan di tengah-tengah dan beransur hilang sedikit demi sedikit. Haiwan berwaktu malam kelam-kabut melarikan diri bersembunyi dari panahan terik mentari yang mula memancar tepat ke tanah. Keadaan mula menjadi terang dan jelas.
Gadis itu terpempam. Bungkam. Akalnya cuba mentafsir keadaan. Dia masih di atas dahan tidak jauh dari tanah. Hanya beberapa kaki sahaja. Dia melangoi ke atas mencari kelibat harimau berbelang merah dan bertanduk itu.Ia menghilang.
517Please respect copyright.PENANASgdTLg4nXp
Bandar Inderapuri, Tahun Infiniti 30XX
Irfan mendahului Yazaid dan Fared. Mereka menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah tanah yang berkedudukan di bawah bangunan kedai elektronik dan digital milik Irfan.
Mereka tiba disebuah bilik khas. Ini merupakan makmal persendirian milik Irfan. Tuan rumah itu mempersilakan kedua tetamunya untuk masuk dan duduk di sofa. Yazaid dan Fared kagum. Pandangan mereka mengitari seluruh isi di dalam makmal milik Irfan itu. Meskipun tidak hebat dan semaju makmal mereka namun kelengkapannya agak canggih.
Irfan sedang mencari sesuatu di sebuah rak besi yang membelakangkan Yazaid dan Fared. Sesuatu yang amat penting dan sangat bernilai. Yazaid dan Fared sabar menunggu. Riak wajah Yazaid kelihatan serius. Pasti ada sesuatu yang berlaku.
Irfan meletakkan sebuah alat bersaiz kotak CPU komputer di atas meja berhadapan dengan Yazaid dan Fared. Irfan menekan beberapa butang yang terdapat pada alat tersebut. Skrin monitornya yang terletak disebelah kanan alat itu mula menyala dan memaparkan beberapa data. Ianya berfungsi. Irfan tersenyum. Masih boleh digunakan.
“Apa ni?” Fared keliru.
“Ini adalah BrainLink Booster. Fungsinya sangat mudah. Ia akan menguatkan gelombang BrainLink yang bersambung dengan alat ini dan memberikan akses penuh kepada BrainLink untuk masuk ke dalam HyperServ.” Terang Irfan serba ringkas sambil jemarinya ligat menekan butang yang ada pada alat tersebut. Alat ini perlu dibuat pengubahsuaian semula pada sistemnya sebelum ia digunakan. Alat ini sudah terlalu lama.
“BrainLink? Booster? Kita Log In macam biasa tak boleh ke? Kenapa perlu Booster?” Fared semakin keliru. Dia tidak mengetahui apa yang telah berlaku.
Irfan sekadar menguntum senyuman. “Aku salah seorang daripada pembina HyperServ suatu ketika dahulu. Rayfall serahkan alat ni pada aku. Dia minta aku gunakan bila perlu. Emergency case only.”
“Wow... Aku tak tahu pula kau rapat dengan Rayfall.” Fared mengatur soalan demi soalan. Banyak perkara yang dia tidak ketahui.
“Sebab kau tak pernah ambil tahu.” Ternyata ungkapan dari Yazaid sedikit sebanyak menguris hati kecil Fared. Wajah Yazaid kelihatan serius. Berubah raut wajah Fared apabila ditergur sebegitu.
Irfan sekadar menggelengkan kepala melihat gelagat dua sahabat ini. Jemarinya pantas menyusun atur sistem untuk digunakan. Pasti perkelahian akan berlaku sebentar lagi.
“Ok siap! Hidupkan gelombang BrainLink dan terus Log In.” Irfan memberikan arahan.
“Eerr... kenapa ni? Apa berlaku? Kenapa nak kena Log In?” Fared tetap tidak berpuas hati. Soalan demi soalan terpacul dari bibirnya. Pelbagai persoalan bermain diminda.
“Sebab tu tadi aku suruh kau stay dalam meeting tadi. Kau pulak menghilang kemana. Kau langsung tak ambil tahu. Sibuk sangat nak usha awek tu.” Nada Yazaid kedengaran agak tinggi. Hatinya runsing. Akalnya membejat. Hasrat yang kononnya merajuk menjadi amarah.
Fared terdiam. Merah padam wajahnya. Terasa membuak darah sehingga ke kepala sehingga terasa panas di dahinya. Lantas Fared berdiri berhadapan Yazaid.
“Kau jangan macam-macam dengan aku! Aku tolong kau ni dah cukup baik! Kalau tak sebabkan Samsul, aku tak nak terlibat pun!” Amarah Fared mula membuak dihina sebegitu. Hatinya panas. Barannya tidak terkawal. Yazaid pula pantang dicabar. Yazaid pula berdiri bertentangan Fared mendabik dada.
“Kau fikir kau penting sangat ke? Aku tak hairan kalau kau tak nak terlibat! Itu urusan kau. Bukan aku! Aku sorang buat kerja pun, Hyperserv boleh jalan macam biasa!” Yazaid dan Fared mula bertelingkah. Masing-masing menegakkan ego. Meruntuhkan persahabatan yang lama terjalin. Irfan terdiam seketika.
“Aahh!! Sudah!! Aku malas nak layan benda ni semua. Semuanya sampah!” Fared semakin membuak darahnya. Barannya tidak terkawal. Pantas kakinya mengatur langkah meninggalkan bilik khas itu. Keluar tanpa berpaling ke belakang. Yazaid membengis. Ego yang tidak pernah cuba untuk dijinakkan.
Yazaid duduk semula di sofa dan menghidupkan Brainlink. Baginya, cukup dia sahaja yang mengendalikan Hyperserv. Dia lebih baik dan lebih hebat. Ego yang terlalu tinggi kadangkala akan memusnahkan empunya diri.
“Yazaid, kau akan perlukan dia. Dia lebih arif tentang selok-belok sistem keselamatan Hyperserv.” Irfan cuba menenangkan Yazaid.
“Aku tak perlukan dia. Aku boleh buat semua benda.” Yazaid tetap berdegil. Tetap mengukuhkan egonya.
“Well, you’ll see someday. Aku ingat kau lebih pintar.” Irfan berkata dengan riak wajah yang bersahaja. Lelaki itu menyambung kerjanya semula tanpa mengendahkan Yazaid yang kelihatan kebingungan. Amarah yang membuak di dalam rusuk dadanya masih belum reda membutakan mata hatinya sekaligus memadamkan sifat-sifat kebaikan didalam diri. Begitulah lumrah manusia yang sering kali terlupa dan alpa. Sifat marah itu api. Api itu adalah sifat hakikat kejadian syaitan dan iblis. Jangan ditambahkan maraknya lagi.
Berkerut dahi Yazaid memikirkan bait-bait kata dari Irfan. Ianya terkandung makna tersirat. Dia tahu dia yang bersalah kerana memulakan pergaduhan. Ego menguasai melebihi nilai persahabatan. Itulah akan terjadi. Pertelingkahan yang akan membinasakan talian persahabatan yang dibina bertahun lamanya dalam sekelip mata.
“Log In!” Yazaid terbaring selepas mindanya dipindah masuk ke dalam Hyperserv. Jasadnya terbaring lesu di sofa. Irfan sekadar memandang. Langsung dia tidak menegah pergaduhan dua sahabat itu tadi. Sengaja dibiarkan.
“Kau akan faham nilai persahabatan itu nanti, Yazaid.” Irfan bangkit dan menapak perlahan menuju ke panel kawalan tidak jauh dari Yazaid. Dia memantau pergerakan dan aliran data Yazaid di dalam Hyperserv. Perkataan ‘Loading’ itu ditatapnya lama. Akalnya mengitari tentang jaluran memorinya terdahulu. Banyak perkara yang dihadapinya sepanjang penbinaan Hyperserv suatu ketika dahulu.
Ternyata Irfan lebih banyak makan garam daripada mereka yang jauh lebih muda. Kehilangan sahabat seperjuangannya dahulu banyak mengajar dirinya erti nilai persahabatan. Di dalam nilai sahabat, istilah pengorbanan banyak memainkan peranan. Sama-sama senang dan juga sama-sama susah. Bukan mudah untuk dimengertikan maksud sebenar istilah itu.
517Please respect copyright.PENANABefZqsN4L9
>>Bersambung Server 7
ns 15.158.61.17da2