SERVER 21
Pinggir perhutanan Fuego, HyperServ
Bukan mudah untuk bergerak jauh dalam keadaan sebegini.Kecederaan yang dialami membejatkan setiap pergerakan sendi dan melumpuhkan saraf.Meskipun berada di dalam dunia Hyperserv namun terasa seperti realiti.Mereka sedar bahawa setiap perkara yang ada disini hanya pandangan ilusi semata-mata sedangkan jasad yang bernyawa berada di luar sana.Masih terbaring kaku entah apa yang terjadi pun tidak diketahui.Mereka hanya bergantung harap kepada Zie sahaja yang mengendalikan jasad mereka.
Masih terumbang-ambing.Tiada sebarang komunikasi keluar dan masuk dari dunia ini.Dunia ini masih menguncikan sistemnya.Zie cuba pelbagai cara termasuk memansuhkan sistem pemusnah.Dengan cara itu, mereka mengandaikan dunia ini akan mematikan sistem keselamatannya sekali gus mereka dapat berkomunikasi secara back-end namun ternyata perkiraan mereka meleset sama sekali.Sistem pertahanan Hyperserv terlalu ampuh untuk diapa-apakan.Pengasasnya seolah-olah dapat meramal apa yang berlaku pada masa akan datang sehingga dia mencipta sistem pertahanan yang boleh dikatakan agak mustahil untuk dibolosi oleh sesiapa pun.Percubaan demi percubaan.Semuanya gagal.Mereka yang didalam tidak mampu keluar.Mereka diluar tidak mampu untuk masuk.Komunikasi disekat dari kedua-dua arah.Tiada perhubungan dua hala.Yang di dalam kekal di dalam.Yang di luar kekal di luar.Perkara paling membimbangkan.Mati di sini bermakna mati di sebelah sana.
Tajima menapak perlahan.Zaidi juga sebegitu.Jika dilihat dari kecederaan fizikal mereka, tubuh mereka seperti dihiris-hiris dengan senjata tajam.Luka hirisan dan calar-balar disana-sini.Darah kering bertompok-tompok memenuhi pakaian mereka.Luka mereka sudah tidak berdarah namun bisanya menjalar ke seluruh urat sendi umpama bisa seekor ular sawa.Ternyata begitu memedihkan sehingga meresap ke tulang-belulang.
Mereka berdua memendam seribu satu rasa.Kecewa, marah, dendam, putus asa.Semua rasa bersatu menjadi satu rasa yang tidak dapat dibayangkan.Tidak dapat diungkapkan.Tidak dapat dirungkaikan.Hanya raut wajah yang menjadi pembayang segalanya.Segala usaha mereka untuk menjatuhkan Hyperserv ternyata tidak berhasil malahan satu pun tidak menjadi sedangkan tiada pergelutan yang luar biasa.Atau mungkin usaha mereka masih biasa-biasa dan tidak berbisa.Seolah-olah nasib lebih memihak kepada Hyperserv.
Injakan kaki semakin lemah.Tenaga dan kudrat sudah habis dikerah.Akhirnya Zaidi jatuh terjelepuk ke tanah.Tidak berdaya untuk meneruskan perjalanan yang tiada arah tuju.Tajima lantas berkalih memandang ke arah Zaidi yang terbaring meniarap.Tajima melangoi ke atas.Kelihatan mentari bumi ini semakin merunduk.Masanya bekerja kian suntuk.Malam pula bersiap sedia untuk mengambil alih tugasan.Waktu malam di bumi ini ternyata merbahaya.Pemangsa berwaktu malam lebih agresif memburu kitaran makanannya.
Perlahan-lahan Tajima berpatah balik ke arah sahabatnya lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan Zaidi yang terbaring meniarap.
“Mungkin...setakat disini saja usaha kita,Tajima.Mungkin...ini pengakhir..untuk kita.” Tercungap-cungap Zaidi melepaskan keluhan berbaur putus asa.
Tajima berdiam diri.Diam seribu bahasa.Hatinya sedikit sebanyak sudah berputus asa.Terlalu banyak rintangan dan masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjatuhkan Hyperserv.Dunia ini sudah kukuh dan utuh.Namun jauh disudut hatinya masih tersisa rasa cekal.Akalnya masih mencari jalan untuk survive dalam hutan tebal ini.Malam semakin hampir.Kedengaran bunyi haiwan pemangsa berwaktu malam bersahut-sahutan semakin jelas kedengaran menandakan waktunya berburu hampir tiba.Zaidi mengangkat kepalanya memandang sekeliling.Wajahnya pucat.Dia menelentangkan tubuhnya dan bersandar pada pokok kayu mati bersebelahan Tajima.Anak mata berkeliaran.Mencari-cari tempat yang sesuai dirasakan untuk bersembunyi.Tajima mengerahkan akalnya.Dia tidak mahu mati seperti ini.Mati dalam keadaan yang terlalu kejam.Cukup kejam.Mati tanpa kejayaan.
Tanpa dipaksa, jaluran ingatan kejadian siang tadi mula menayangkan semula paparannya pada minda Tajima.Dia teringat bagaimana mereka berdua boleh tercedera sebegini rupa.
Ketika kejadian, mereka berdua berada di permukiman Fuego iaitu dimana batu prasasti Dunia itu berada.Niat mereka hanya satu ketika itu.Musnahkan batu itu, ambil serpihannya dijadikan azimat.Musnahkan bakinya.Pastinya mereka akan berkuasa.Lebih berkuasa dari segalanya.Cukup hanya memiliki serpihan.
Ketika sedang menuju ke arah batu prasasti, satu letupan yang menggegarkan menggoncang bumi itu.Dari kejauhan, kelihatan seperti serpihan cahaya kemerahan naik jauh ke atas dan membentuk satu kelompok cahaya kemerahan yang bersaiz gergasi dan amat besar.Tajima dan Zaidi juga tercengang.Tidak mengetahui apa yang sedang terjadi ketika itu.Bagaimana saiz sebenarnya sedangkan jarak lokasi mereka dengan kelompok cahaya kemerahan itu boleh dikatakan agak jauh.
Mereka berpandangan sesama sendiri dan tidak diendahkan kerana mereka menganggap itu mungkin fenomena biasa bagi dunia ini.
Entah bagaimana dan tanpa diketahui puncanya, satu aliran angin kencang mula menderu.Daripada perlahan sehingga menjadi semakin kencang.Tajima dapat merasakan sesuatu.Sesuatu yang tidak kena.Kulitnya terasa menyengat.Bagai dihiris-hiris.Tajima dan Zaid melihat-lihat tubuh mereka yang terasa semakin pedih dihiris.
Rupanya aliran angin yang menderu disekeliling mereka bagaikan hirisan pisau belati membelah mangsa.Aliran angin itu berpunca daripada kelompok cahaya kemerahan di langit ketika itu.Aliran angin semakin kencang.Ia menjadi hirisan pedang bagi mereka yang berniat buruk pada Hyperserv sekaligus akan membunuh mangsa.Ini adalah senjata pertahanan yang dicipta oleh Samsul, salah seorang pengasas dan pembina Hyperserv.
Keadaan semakin cemas.Aliran angin semakin kencang.Tujahan semakin hebat.Beribu bilah angin siap siaga untuk membelah sasaran.Mampu mencincang lumat mangsanya.Hirisan demi hirisan merobek kulit Tajima dan Zaidi.Pakaian mereka mula dipenuhi darah merah pekat membasahi tubuh mereka secara keseluruhan.Pakaian mereka juga turut koyak rabak.Bilah angin merupakan senjata paling merbahaya.Tidak kelihatan dari mana serangannya.Hanya disedari apabila telah maut kerana tetakannya.
Tidak guna untuk melarikan diri dari senjata yang tidak kelihatan.Tajima lantas mengeluarkan sejenis alat dari poket kanan seluarnya dan mengaktifkan seberapa segera.Secara tiba-tiba, sebuah bola sfera bercahaya kebiruan melindungi Tajima dan Zaidi.Mereka berlindung di dalam bola sfera itu namun pelindung itu tidak sekukuh yang disangka.Tetakan bilah angin ternyata lebih ampuh.Retakan mula kelihatan.Ribut bilah angin mula mengganas.Mengkisar daging mangsa yang dianggap penceroboh.Bagi sistem Hyperserv, Tajima dan Zaidi adalah penceroboh.Bola sfera tidak bertahan lama.Akhirnya pecah berderai retak seribu.Tajima dan Zaidi terpelanting jauh.Tubuh mereka disiat-siat dan dihiris.Terdampar tidak diketahui lokasinya.Tercampak entah kemana-mana.Tajima dan Zaidi tidak sedarkan diri buat seketika.
Zaidi menolak bahu Tajima.Tajima seolah-olah tersedar dari mimpi yang panjang.Suasana semasa mula mengambil alih.Tajima mengerutkan dahinya.Jalur ingatannya seolah-olah benar-benar berlaku semula walaupun ianya hanya sekadar ulang tayang.
“Weh, Tajima! Kau ok tak?” Zaidi kaget melihat sahabat merangkap ketuanya terdiam agak lama sebentar tadi.Jasadnya berada disini namun fikirannya melayang bersama roh entah kemana-mana.Mengimbau ke belakang waktu.
Tajima sekadar mengangguk tanda dia tidak apa-apa.Zaidi kembali seperti tadi.Matanya berkeliaran mengamati suasana yang semakin menyeramkan.Sahutan penghuni belantara ini saling bertindih umpama suara merintih sayup dikejauhan namun tidak terlihat sebarang kelibat.Umpama lolongan serigala yang tidak menampakkan dirinya.Suasana perhutanan itu semakin kelam dan gelap.Desiran dedaun pokok menambahkan lagi suasana yang pastinya menegakkan roma halus.
Zaidi menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan seketul batu kristal bercahaya kebiruan berbalam-balam lalu digenggam erat.Matanya meliar.Tajima menjeling batu aneh yang dipegang oleh Zaidi.
“Wei, apa tu?” Tajima bertanya ringkas.
“Ni serpihan batu pelik.Aku jumpa masa kita mula-mula sampai Hyperserv ni.Nampak cantik.Tapi aku nak jadikan tangkal pelindung aku.Aku tak nak mati kat sini, Tajima.” Zaidi menceritakan serba sedikit bagaimana dia menjumpai batu aneh itu.Tajima tiada reaksi.
“Huh..Entah-entah batu bawa bala.Kau tengok laa apa jadi sekarang.Macam-macam hal.Dari mula sampai sekarang.Macam-macam masalah.Batu bala.Bukan batu tangkal.Benda karut.” Ternyata Tajima tidak mempercayai perkara yang dianggap ghaib sedangkan perkara ghaib itu ternyata wujud dan makhluk disebalik hijab itu ternyata adalah musuh yang sangat nyata.Hanya akal dan iman yang utuh bersatu mampu mentafsirkannya.
Tajima lekas bangkit.Menahan setiap bisa yang menjalar.Dia mencari bahan untuk dijadikan jamung.Malam semakin menjelma.Kegelapan bakal menghiasi suasana.Ternyata nyawa mereka dalam bahaya sekiranya persekitaran tidak diterangi.
Setelah bahan-bahan hutan dikumpul dan dicari, Tajima lantas menyalakan api jamung.Bahan yang digunakan juga terhad namun mencukupi.Cukup sekadar dahan kayu yang sebesar segenggam panjang selengan dan dedaunan kering panjang diikat pada hujung kayu lalu api dinyalakan dengan cara percikan lagaan batu yang berulang.
Dua api jamung disiapkan.Tajima menyerahkan sebatang jamung pada Zaidi dan sebatang lagi miliknya.
“Tajima, kita nak buat apa ni?” Zaidi semakin kecut perut.
“Buat apa?Duduk diam-diam laa. Macam kau tak pernah duduk dalam hutan ni sebelum ni.” Sedikit sebanyak Tajima berasa rimas dengan sifat penakut Zaidi.
Ngauman dan deraman makhluk yang tidak diketahui terdengar dari kejauhan.Tajima duduk berhampiran Zaidi.Bimbang jika ada serangan mendadak.Tiada siapa yang dapat menduga ‘apa’ yang bersembunyi di sebalik belukar sana.Kegelapan ternyata memberi kelebihan kepada makhluk berwaktu malam dimana mata mereka sangat peka pada cahaya sehingga mampu melihat di dalam gelap sedangkan manusia tidak dilahirkan dengan keupayaan sebegitu kecuali dengan izin-Nya.
“Tajima! Tu!” Secara tiba-tiba Zaidi membeliakkan biji matanya dan menudingkan telunjuk ke satu arah.Suaranya separuh menjerit.Cemas!Tajima terkejut lantas mengeluarkan sebilah pisau yang terselit kemas di pinggang kanannya.Bersiap siaga menerima serangan yang bakal membunuh jika tersilap percaturan.
“Ada gua! Tu!” Zaidi menudingkan telunjuk ke satu arah. Dikejauhan, kelihatan sebuah pintu gua bersaiz agak besar.Kelihatan berbalam-balam.Tidak jauh dari mereka.Tajima melepaskan keluhan lega.
“Kalau iya pun, kau jangan sergah macam tu,boleh tak? Gugur jantung aku!” Bentak Tajima.Dia menyangka ada makhluk yang menjumpai mereka dan bersedia untuk membaham mereka.Zaidi sekadar tersengih kelat.
“Dah!Jom!” Tajima mengatur langkah menuju ke arah gua yang dimaksudkan.
“Pergi mana?” Zaidi tidak memahami namun sekadar mengekori langkah Tajima.
“Berlindung dalam gua tu lah.” Tajima menjawab acuh tidak acuh sahaja.
“Ishh..kalau ada binatang dalam tu?Tak ke mati kita!” Zaidi tidak bersetuju.
“Habis tu? Kau nak duduk sini? Haaa..silakan.Kau duduk sini.Aku nak masuk.Sekurang-kurangnya, seekor je makhluk baham aku.Dekat sini, berpuluh-puluh makhluk yang tengah lapar tu.” Tajima membuat andaian namun bertepatan.Ternyata berdiam di lokasi terbuka lebih merbahaya.Tempat persembunyian makhluk itu berada dimana-mana dan boleh datang dari pelbagai arah yang tidak diduga.
“Wehh..tunggu aku!” Zaidi terkocoh-kocoh mengejar gerak langkah Tajima yang jauh ke hadapan.Berdiri roma mengingatkan keadaan semasa ketika ini.Kegelapan mula menyelubungi.Makhluk perhutanan ini saling bersahutan mencari mangsa korban.
Kelihatan sebuah papan tanda kelihatan usang berada di pintu masuk namun tidak jelas kelihatan butirannya.Tajima cuba membaca.
“Gr..ot..bard...Apa ni?Aku tak faham?” Tajima mengerutkan dahinya.
“Tak kisahlah.Jom masuk.” Zaidi mendahului Tajima.Dia masuk ke dalam gua lalu diikuti oleh Tajima.
Tajima lantas berkalih ke luar.Diamati suasana di luar gua.Ternyata menyeramkan.Geseran dedaunan pokok menambahkan lagi suasana suram dan seram namun aneh.Tiada sebarang bunyi cengkerik hutan yang memainkan iramanya.
Setelah diamati keadaan yang selamat, Tajima memacakkan kayu api jamung betul-betul di hadapan pintu masuk gua yang mereka diami.Cara ini amat berkesan untuk mengelakkan pencerobohan makhluk berwaktu malam.Ternyata makhluk berwaktu malam tidak gemarkan cahaya yang menyilaukan pandangan mata mereka.Mereka gemar menunggu sehingga api cahaya terpadam lalu mereka mula membuka langkah seterusnya.Buas!
>>Bersambung [Server 22]
ns 15.158.61.54da2