SERVER 3
Kenderaan yang dipacu oleh Fared meluncur laju merentasi lebuhraya lebar itu. Yazaid sekadar menjadi penumpang di sebelah Fared. Dia hanya banyak berdiam memerhatikan suasana diluar tingkap kereta tidak bertayar itu. Memerhatikan setiap pemandangan yang dilalui. Kereta yang menggunakan medan kuasa magnet sebagai ‘tayar’ itu jauh lebih laju dan efisien berbanding kenderaan tradisional. Ia seakan terapung diatas jalan yang diperbuat daripada fibre steel. Campuran besi dan bahan-bahan yang lain. Bahan apinya pula sekadar menggunakan kuasa bateri untuk menggerakkan kereta tersebut dan bukannya petrol namun untuk mengoperasikannya, sistem kereta itu perlu terhubung dengan pangkalan data induk utama bandar Inderapuri ini.
Terlalu banyak belantara konkrit yang megah berdiri. Bagi Yazaid, ia hanya menyesakkan pandangan matanya.Rimas!
Kenderaan mereka membelok ke kanan di satu selekoh. Mereka melepasi sebuah lagi bangunan yang baru sahaja siap dibina yang berada di sebelah kiri mereka. Jauh lebih gah dan besar serta tinggi menjulang langit. Yazaid sempat juga menjenguk melangoi ke atas. Pandangan matanya cuba mencapai puncak bangunan itu namun hampa dek kerana puncaknya terlalu tinggi. Gagal berbuat demikian, Yazaid sekadar melontarkan pandangan anak matanya ke arah pintu gerbang bangunan itu. Gerbangnya sahaja sudah gah. Pasti bangunannya kukuh dan utuh. Terdapat tulisan yang berbentuk abstrak di atas gerbang bangunan itu.
‘I.R Federation? Company baru ke? Company apa ni?’ Getus hati Yazaid sekadar menduga dan bertanya-tanya secara monolog.
“Bangunan yang kita baru lalu tadi tu. Kau pernah dengar nama company tu?” Tanya Fared kepada Yazaid. Dia perasan bahawa sahabatnya itu mengamati bangunan yang baru sahaja dilewati oleh mereka.
“I.R Federation? Aku tak pernah dengar pun. Syarikat baru ke tu? Dah macam nama hospital sakit jantung je.” Terpacul juga soalan itu dari mulut Yazaid. Cuba berseloroh.
“Uuuiihh..apa pulak hospital sakit jantung. Hahaha...Kalau aku tak salah, company tu mengusahakan dan mencipta satu software antivirus yang cukup kuat dan berkualiti. Tapi masih ditahap pengujian.” Terang Fared serba ringkas. Namun, gerak langkah tangannya mengendalikan kenderaan yang dipacunya sedikitpun tidak tergugah. Tumpuannya masih utuh. Ia sudah menjadi satu kebiasaan baginya memandu kenderaan digital seperti ini.
“Masih ditahap pengujian? Tapi dah buka syarikat yang besar? Waaaa..hebat. Mungkin pengguna yang pakai produk dia tu akan jadi beta tester laa tu. Sebagai subjek ujikaji.” Duga Yazaid.
“Hahaha..agaknya tu. Tapi tak kisahlah. Tak penting pun. Sekarang ni ada yang jauh lagi penting kita kena fikirkan. Mereka cipta antivirus. Kita mencipta masalah pula.” Fared mengubah rentak suara dan nadanya.Ternyata ada yang beban yang jauh lebih besar dan penting baginya untuk dia fikirkan kala ini.
Yazaid mengesan perubahan nada sahabatnya itu. Segera dia melontarkan pandangan matanya ke luar tingkap semula. Kembali mengamati pemandangan belantara konkrit yang gah sekeliling tempat mereka lalui ketika ini.
Sepi seketika. Yazaid tetap setia memerhatikan pemandangan luar. Fared masih memberi tumpuan yang kukuh dalam pemanduan mereka untuk balik ke makmal.
Masing-masing sedang mengelamun tanpa diketahui apa isi hati masing-masing. Mereka sekadar menggumamkan di dalam hati. Mungkin membentak-bentak. Atau, mungkin saling salah-menyalahkan. Tiada siapa yang tahu. Semuanya diluahkan secara monolog. Melayani perasaan masing-masing tanpa dizahirkan.
407Please respect copyright.PENANAib7cp09ltX
407Please respect copyright.PENANAGmyDQwMOe4
“Kau rasa Samsul boleh diselamatkan?” Fared melontar pertanyaan yang dia sendiri sudah dapat menduga jawapannya. Jasad yang terbaring lesu dan kaku di dalam makmal mereka ketika ini adalah sahabat mereka sendiri. Mindanya masih terawang-awang dan hilang berselerakan di dalam Hyperserv akibat tersilap percaturan semasa proses logout dilakukandan jasadnya kaku seakan koma yang panjang. Tanpa minda di dalam jasad, jasad itu hidup tetapi tidak bernyawa. Inilah apa yang diusahakan oleh mereka berdua. Untuk mendapatkan dan mencantumkan kembali keseluruhan data minda Samsul yang berselerakan. Masalahnya, dimana? Kemana hilangnya data Samsul? Masih adakah peluang untuk sembuh?
Yazaid mengubah pandangan ke hadapan. Ditarik nafas dalam-dalam. Seakan tersekat dikerongkong. Nafas yang sengaja disekat dan dihembus perlahan-lahan. Mengatur jawapan yang dia sendiri kurang pasti.
“Aku sendiri pun dalam usaha, Fared. Aku tak yakin kita dapat kembalikan minda Samsul. Hyperserv tu besar, Red. Sebuah dunia yang kita sendiri tak pernah explore. Nak atau tak, kita terpaksa masuk.Kita terpaksa explore. Kita kena cari” Hujah Yazaid dalam ragu-ragu.
“Ok then. So, kita masuk kita explore. Itulah apa yang Rayfall nak dari awal kan?”
‘Tapi ada masalah. Dunia yang begitu luas macam tu masih dalam keadaan hutan belantara lagi, Fared. Tak pernah diterokai. Dunia baru dalam Hyperserv yang betul-betul masih baru tercipta. Macam mana kita nak teroka? Mana kita nak mula?” Bidas Yazaid. Akalnya kini semakin berserabut. Semakin ligat mencari penyelesaian.
“Kalau aku tak salah yang dengan kau tadi tu Elizia kan? Software Engineer?” Pertanyaan Yazaid dipulangkan semula oleh Fared tanpa menjawab pertanyaan Yazaid.
“Yup..kenapa?” Jawab Yazaid ringkas.
“Dan kalau aku tak salah dia ada bagi kau software tadi. Untuk apa?” Fared sekadar mengilaskan pandangan pada Yazaid mendapatkan kepastian. Lalu Fared segera memulas steering kenderaan yang dipacunya membelok ke kiri dan memasuki lorong yang lebih kecil dari lebuhraya yang mereka lalui tadi. Kenderaan yang dipacu mereka keluar ke jalan utama.
Mata Yazaid membulat seketika. Tersentak mendengar pertanyaan Fared. Yazaid memandang Fared disebelahnya.
“Mana kau tahu? Mana kau tahu Elizia bagi aku software?” Yazaid semakin berdebar. Akalnya semakin bercelaru. Akalnya dirasakan lambat memproses maklumat kala ini.
Fared merenung sekilas pada Yazaid. Wajahnya serius. Direnung sekejap-sekejap wajah sahabatnya. Lalu dikilaskan semula anak matanya kepada pemanduan.
Yazaid menelan liurnya sendiri. ‘Jangan-jangan dia dengar apa yang aku bualkan. Aduh..malu aku macam ni’ Fikir Yazaid.
Tiba-tiba Fared tergelak terbahak. “Hahahahah.!!!”
Mata Yazaid membulat. Tercengang dan bungkam. ‘Aku ada buat lawak ke?’ Getus hatinya sendiri.
“Yazaid, Yazaid… rupanya kau ni seorang yang pelupa. Kau sendiri yang cerita dengan aku tadi masa dekat kedai makan tadi tu. Lepas Elizia balik, kau yang cakap dengan aku. Elizia tu kawan kau lah, dia tolong kau lah, kau minta dia software. Dia ada bagi dekat kau. Kau lupa?” Fared mengingatkan kembali sahabatnya tentang apa yang diberitahu oleh Yazaid padanya semasa mereka masih di kedai makan itu lagi.
“Waduh, kok aku lupa. Hahaha...” Yazaid lega. Dia sendiri terlupa ketika dia memberitahu tentang perkara itu pada Fared sebentar tadi.
“Waduh, nyanyuk dah engko.” Fared sekadar cuba-cuba mengubah corak perbualan loghat Jawa.
407Please respect copyright.PENANABop5R4vmDS
Restoran Ray-fall, Sejam sebelumnya, Tahun Infiniti 30XX
“Amboi kau. Aku kelaparan dekat makmal. Kau dekat sini seronok bermesra-mesra dengan awek kau yer.” Sindir Fared pada Yazaid. Dia melabuhkan punggung duduk di hadapan Yazaid. Elizia telah pun meminta diri untuk pulang. Fared mengambil alih kerusi yang diduduki oleh Elizia.
“Aduh, tu bukan awek aku lah. Tu kawan aku. Bestfriend aku masa aku belajar dulu.” Bidas Yazaid.Rona merah jelas kelihatan pada wajahnya. Mudah sahaja dikesan perubahan itu oleh Fared.
“Aahhh..sudahlah kau. Hahaha..” Fared tergelak melihatkan sahabatnya malu sendiri.
Yazaid sekadar menguntum senyuman dan berpaling ke arah luar. Anak matanya tertancap pada sebuah bangunan yang besar dan tinggi di hujung kota. Bangunan pencakar langit itu jelas kelihatan dari tempat mereka berada sekarang. Namun akalnya terbejat. Seakan kosong. Bungkam tanpa bekerja. Seorang pekerja restoran itu menghantar air yang dipesan oleh Fared lalu diletakkan atas meja.
“Terima kasih.” Fared mengucapkan terima kasih kepada pekerja restoran itu. Pelayan itu hanya sekadar menguntum senyuman kepada Fared dan menjeling sekilas pada Yazaid. Bagaikan ada makna dalam jelingannya. Lalu dia berlalu pergi.
“Nama dia Elizia. Seorang software engineer. Dia kawan baik aku sejak aku belajar lagi.” Yazaid menerangkan perihal Elizia pada Fared tanpa menoleh memandang Fared.
Fared sekadar menjadi pendengar setia.
“Aku minta tolong pada dia. Ciptakan perisian yang membolehkan kita menjejaki data Samsul yang hilang dalam Hyperserv. Dan andai kita dapat satukannya semula semua data tu, kita logout Samsul. Then, kita shutdown sementara dulu projek Hyperserv tu.” Jelas Yazaid pada Fared secara teliti.
“Shutdown?? Tapi inikan projek yang kau usahakan? Kau yang upgrade sistem ni. Takkan kau nak shutdown macam tu je? Penat lelah kau yang kau usahakan seorang sampailah kau rekrut aku masuk bawah kau. Takkan sia-sia macam tu je?” Bidas Fared. Terasa seakan segala usahanya dan Yazaid menjadi sia-sia andai projek Hyperserv ini ditutup.
Yazaid sekadar menguntum senyuman. Dipandang sekilas pada Fared lalu pandangan terlontar semula ke arah luar restoran semula. Wajahnya kembali tegang. Menandakan akalnya sedang berfikir-fikir sesuatu.
“Yazaid, Samsul dalam bahaya sekarang. Sekarang kau dapat perisian dari Elizia. Kita gunakan sebaiknya. Kita selamatkan dia.” Fared kembali bersemangat. Dan cuba membakar semangat sahabatnya itu.
Yazaid terdiam sejenak. Benar. Kejadian ini benar-benar mengugat kekuatan dan semangatnya. Andai tersilap langkah, satu nyawa yang pertama akan maut ditangan mereka. Sejarah lama itu mungkin akan berulang. Kesilapan suatu ketika dahulu pasti akan terjadi semula.
Akibat Samsul logout terlalu awal semasa dia masih di dalam Hyperserv. Tambahan pula, Yazaid dan Fared sebagai operator ketika itu terlepas pandang semasa proses logout yang dilakukan oleh Samsul dan Yazaid belum bersedia untuk menstabilkan gelombang penerima dan gelombang pemusnah. Sistem bioserver seperti ini sememangnya memerlukan kemahiran teknologi yang sangat tinggi apatah lagi ianya melibatkan nyawa. Silap perkiraan, mereka akan kehilangan satu nyawa bagi setiap saat. Justeru itu mereka perlu lebih teliti didalam menguruskan sistem bioserver seperti ini.
“SAMSUL!!! LARII.!!” Jalur kenangan diimbas kembali oleh mereka berdua ketika hari kejadian. Yazaid kelam-kabut mengendalikan konsol pengawalan sistem yang terpapar di monitor. Dia mengendalikan pengawalan dari luar Hyperserv. Samsul memasuki ke dalam Hyperserv sebagai subjek ujiannya yang pertama. Keringat Yazaid bercucuran. Dia cemas. ’Sesuatu’ yang besar sedang mengejar sahabatnya yang masih lagi di dalam Hyperserv. Lincah jari-jemarinya menekan-nekan butang yang terpapar secara hologram diatas kaca monitor itu.
“Fared.!! Hantarkan gelombang pemusnah. Hantarkan pada aku. Aku akan besarkan gelombang tu dan hantar pada Samsul. Cepat.!!” Yazaid mengerah segala idea yang ada ketika itu. Situasi semakin genting. Mengikut keadaan dan lokasi Samsul ketika itu, nyawa sahabatnya itu kini dalam bahaya. Makhluk yang mengejar Samsul ini adalah bangsa Titan. Sejenis virus yang wujud serentak bersama-sama kelahiran Hyperserv beberapa tahun yang lalu sebelum Samsul dijadikan subjek ujian mereka yang pertama. Samsul adalah sahabat mereka yang pertama dijadikan subjek untuk menghantar minda manusia ke dalam sebuah sistem yang kompleks. Minda manusia dan sistem adalah dua perkara yang berbeza.
“Roger!!” Fared segera melaksanakan arahan yang diberikan oleh Yazaid. Gelombang pemusnah yang kuat itu dihasilkan oleh Fared dan dihantar kepada Yazaid.
Yazaid menerima gelombang dari Fared dan segera diubahsuai menjadi lebih kuat dan stabil.
“GUYS!! Come on!! Benda tu dah semakin dekat. Aku dah tak tau nak lari mana lagi ni.!! Hutan ni tebal sangat.!! Aku tak tau jalan.” Suara Samsul berteriak dari corong speaker. Jelas didengari oleh Yazaid dan Fared kala ini. Wajah mereka berkeringat. Dahi mereka berkerut seribu. Segala akal dan alternatif sedang dikerahkan melebihi kemampuan masing-masing akibat ceteknya ilmu berkaitan bioserver.
Dahi Yazaid mengerut seribu. Keringat semakin bercucuran. Debak dadanya seakan mahu meletup. Cemas yang mendebarkan. Tidak kurang pada Fared. Jari-jemarinya lincah melakukan yang terbaik.
“Aku cuba hantarkan pada kau beberapa jenis senjata yang kau boleh guna. Bertahan dulu. Yazaid sedang mengubah suai gelombang pemusnah.!!” Fared segera menghantarkan beberapa jenis senjata api kepada Samsul melalui saluran sistem untuk mempertahankan diri.
“Ok.Hurry up!! Aku dah penat lari ni. Titan tu ada dekat belakang aku ni. Beberapa meter dari aku sekarang. Please.Hurry up.!!” Dari nada Samsul ketika itu, terasa mengah didada semakin menular. Kencang lariannya meredah semak belukar menyelamatkan diri. Dia tidak boleh logout ketika ini. Ketika saat genting sebegini. Keadaan semakin cemas.
“Samsul! Lepas aku upload senjata pada kau, aku akan stabilkan gelombang perhubungan kau dengan sistem. Kita akan buat Force Logout. Pastikan jantung kau tenang selepas ni. Kau bertahan dulu!” Cemasnya Fared tidak terbendung. Begitu juga dengan Yazaid yang juga gementar dan cuak menyelubungi perasaannya kala ini.
407Please respect copyright.PENANA92y9QwDbyl
‘UPLOAD STATUS : ACCESS FAILED’
407Please respect copyright.PENANABznek4ybvf
“WHAT??” Fared terkejut bukan kepalang. Titisan jernih didahinya semakin lebat. Dia mencuba dengan cara yang lain. ‘Kenapa gagal? Kenapa sekarang?’ Marah Fared pada sistemnya sendiri. Lebih kepada monolog. Sistem gagal menghantarkan senjata kepada sahabatnya di dalam Hyperserv itu. Beberapa masalah teknikal yang tidak terjangka.
“GUYS??!!” Samsul bersuara lagi. Nadanya semakin cemas. Mengah didada membejatkan pergerakannya kala ini. Di dalam Hyperserv masih lagi dalam keadaan hutan belantara yang belum diterokai. Mati disini bermakna maut di dunia realiti.
“Hang on, Samsul!!” Yazaid memberi kata-kata semangat. Dia cuba sedaya upayanya. 95% proses pengubahsuaian gelombang telah pun siap. Dia hanya perlu menunggu sedikit masa lagi. ‘Lagi 5%.Hang on, Samsul.’ Dahi Yazaid berkerut seribu.
“Please guys.!!” Samsul meraih simpati. Nadanya semakin kendur akibat kelelahan yang teramat. Terdengar derap langkah larian Samsul semakin menurun dan terdengar sayup-sayup derapan langkah yang jauh lebih kuat semakin jelas kedengaran.
“Teruskan,Sam! Lari sekuat yang mungkin.!! Bertahan sikit lagi!” Fared tetap mencuba menghantar beberapa jenis senjata kepada Samsul tetapi gagal. Dia sendiri terbejat. Dia sendiri buntu.
“Guys, aku logout.” Nada Samsul semakin kendur. Derap langkah kakinya semakin kurang bertenaga.
“NO!! Jangan Sam.!!” Yazaid berteriak. Dia tahu akibatnya. User yang memasuki Hyperserv tidak dibenarkan logout ketika situasi genting. Jantung user itu sendiri perlu tenang ketika proses logout. Pendek kata, logout ketika situasi kembali tenang dan user itu sendiri dalam keadaan tenang kerana perhubungan data antara user dengan sistem masih tidak stabil. Jika tidak, data user dan segala tubuh badan user di dalam Hyperserv itu akan bersepai dan berselerakan di dalam dunia Hyperserv. User di dalam Hyperserv tidak mati. Cuma datanya perlu dicari. Jika tidak, jasadnya di alam nyata yang terbaring lesu di luar akan mati. Dan user akan hidup tidak berjasad di dalam dunia Hyperserv. Ianya melangkaui hukum alam. Ini adalah kelemahan ciptaan manusia yang tidak akan sama sekali dapat melangkaui kehebatan ciptaan-Nya.
“Jangan, Sam!! Bertahan.!!” Fared menekan suaranya. Marah pada dirinya sendiri. Dalam keadaan begini mengapa segala usahanya tidak menjadi. Tidak mengikut perangkaan awal. Dia tersilap perkiraan. Tidak mengambil kira faktor kegagalan sistem.
“Sorry guys. Tolong cari aku nanti. Tolong. Aku tak nak mati dalam tangan makhluk ni. Sekurang-kurangnya aku hidup dalam Hyperserv walau aku mati dalam realiti.” Nada Samsul semakin lemah. Derapan kakinya semakin kurang kelajuan. Makhluk yang besar itu semakin menghampirinya. Daripada dia mati menjadi habuan disini lebih baik datanya hilang bersepai. Sekurang-kurangnya ada masa lagi untuk Yazaid dan Fared berusaha mencari data dirinya.
“JANGAN,SAM.!!” Fared menjerit.Keringat di dahinya semakin membasahi wajahnya.
“SAM.!!!JANGAN.!!” Yazaid menjerit sekuat hatinya melarang Samsul dari berbuat demikian. Jari jemarinya tetap lincah mengendalikan konsol kawalan.
407Please respect copyright.PENANAMHAqOURKnb
‘CONNECTION LOST [USER DISCONNECTED]’
407Please respect copyright.PENANASpkw5Tpdx3
Fared dan Yazaid terdiam. Kedua-duanya bungkam. Gerak langkah lincah mereka seakan terbejat. Yazaid merenung pada paparan monitor dihadapannya. Dia membaca status user ketika itu.
407Please respect copyright.PENANAUmxjw6Ml3r
‘CONNECTION : DISCONNECTED’
‘USER STATUS : CORRUPTED’
‘USERNAME : SAMSUL’
‘ID : UNKNOWN’
‘BRAINLINK CONNECTION : LOST CONNECTION’
‘DATABASE : CORRUPTED [PLEASE REFORMAT BRAINLINK DATA]’
407Please respect copyright.PENANAWGNAlOX53J
Membulat mata Yazaid. Seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Akalnya kini gagal memproses maklumat. Terbejat segalanya.Keringat masih bercucuran di dahinya. Jantungnya bagai mahu terkeluar dari rusuk kiri. Mendebak kencang menyanyikan irama genderang perang.
407Please respect copyright.PENANA1IM7i2n15B
>>Bersambung Server 4
ns 15.158.61.17da2