SERVER 17
Satu perhutanan lain, HyperServ
Perhutanan di dalam Hyperserv tidak banyak bezanya jika dibandingkan di dunia realiti.Bentuk-bentuk pokoknya juga hampir kesemuanya menyamai fizikal hutan di dunia realiti.Bezanya cuma pada haiwan yang mendiami perhutanan itu sahaja.Ada pelbagai jenis spesis dengan rupa bentuk dan sifat yang unik wujud di dalam Hyperserv namun boleh dikatakan dongeng semata di dunia realiti.Memang langsung tidak masuk akal.
Tajima dan Zaidi mendiami di sebuah kawasan perhutanan yang ditumbuhi oleh pokok-pokok yang melampai tinggi.Batang pokoknya berwarna kehitaman dan dedaunannya di puncak kelihatan seperti berduri dan bersaiz lebar.Mereka berdua bermalam di persekitaran itu.Melepaskan lelah dan lesu yang masih menjalar di setiap urat sendi.Tamparan hebat dari Ismail tempoh hari sedikit sebanyak membejatkan pergerakan mereka.Kecil-kecil cili padi tetapi bukan sekadar cili padi biasa.Kepedasannya membuatkan pedih sehingga ke ulu hati.Perumpamaan yang diselaraskan istilahnya bagi Ismail yang kelihatan bertubuh kecil namun bisanya mampu melumpuhkan.
Sesekali gegaran terasa di bumi Hyperserv itu.Gegaran yang disusuli dengan bunyian dengung yang menyesakkan kepala namun tidak pada mereka berdua.
Tajima sekadar tersenyum.Dia tahu bahawa mereka tidak boleh keluar dari dunia ini buat sementara waktu.Serangan pertama mereka membuatkan sistem Hyperserv mengunci perhubungan dari dunia Hyperserv ke dunia luar terputus sama sekali.Mereka menyerahkan tindakan selanjutnya kepada Zie yang berkawal di luar.Mereka telah bersedia untuk situasi itu namun tidak dijangka keampuhan Ismail dan seorang lelaki misteri yang menyelamatkan Ismail.Apabila mengenangkan peristiwa ‘kekalahan’ itu, dahinya berkerut semula.Ikutkan hati mahu sahaja dia mengulangi pertempuran itu untuk kali kedua.Kali ini, bertempur sehingga mati.
“Siapa mamat tu?” Soal Tajima kepada Zaidi secara tiba-tiba.Zaidi menoleh perlahan.
“Aku tak pasti, Tajima.” Ringkas Zaidi membalas.Ternyata urat sendinya masih menyekat aliran darah di dalam tubuhnya.
Tajima mendiamkan diri seketika.Akalnya ligat memikirkan sesuatu.Sesuatu yang mereka terlepas pandang dan mungkin ianya membawa kepada petunjuk pencarian mereka.
“Aku mesti hancurkan batu itu.Walau apa keadaan sekali pun.” Tajima merungut berseorangan.Lebih kepada bermonolog namun ungkapannya didengari oleh Zaidi yang sedang berbaring bersebelahan dengannya.Tajima sekadar duduk bersila di atas tanah yang berpasir halus itu.
“Tajima, aku nak tanya.” Zaidi bangkit dari pembaringan.Duduk menghadap Tajima.
“Kenapa perlu musnahkan batu itu?” soal Zaidi ringkas.
Tajima mengeluh kasar.Mengerutkan dahinya. “Itu Batu Prasasti Dunia.Kuasa daripada batu itu mempertahankan dunia Hyperserv untuk terus kukuh.Ia umpama kunci.”
“Kuasa apa yang batu itu ada?” Zaidi menyoal lagi.
“Batu Prasasti Dunia itu ibarat ‘tangan’ dan ‘kaki’ bagi Hyperserv ini.Kuasanya digunakan untuk mengawal setiap elemen data keluar dan masuk dari Hyperserv.Yang paling aku suka…” Tajima menarik nafas perlahan.Zaidi tidak mencelah.
“…kuasanya berkeupayaan untuk merubah keseluruhan elemen di Hyperserv ni.” Tajima tersenyum hambar.Kelat yang dirasakan cuba disembunyikan.
“Oh… gempa kecil yang kita rasa hari itu?” Zaidi membulatkan anak matanya.
Tajima sekadar menganggukkan kepalanya.Dia mengetahui Zie menjalankan tugasnya di luar sana dengan baik.Pasti ada permasalahan yang akan dia hadapi namun gegaran kecil berserta bunyi dengungan halus yang didengari sepanjang hari lalu menandakan virus mula menjalar di dalam sistem Hyperserv ini.Ini bermakna Zie telah melepaskan beribu-ribu virus pemusnah ke dalam Hyperserv.Cuma hanya menunggu arahan susulan daripada mereka berdua.Batu Prasasti Dunia itulah penghalangnya.Mereka perlu memusnahkan batu itu terlebih dahulu kerana batu itu umpama panglima yang bertubuh sasa yang sedang menjalankan tugas risikan.Ia menangkis setiap serangan dari luar mahupun dari dalam.
“Tapi…kita ada kerja tambahan, Zaidi.” Tajima menyambung bicara tanpa menoleh ke arah sahabat ‘seperjuangannya’ itu.Zaidi menunggu bait kata seterusnya dari Tajima.
“Selepas batu itu musnah, kita kena cari perempuan itu pula.” Tajima mengerutkan dahinya.Membayangkan ‘kematian’ seterusnya.Zaidi terpinga.
“Perempuan? Yang malam semalam itu? Yang dengan budak lelaki itu? Kenapa dengan dia?” Bertalu soalan dari bibir Zaidi.Kelihatan dia agak keliru.Apa kena-mengena batu itu dengan perempuan yang dimaksudkan oleh Tajima itu.
“Batu itu memegang empat sumber kuasa yang dipanggil ‘Orb’. Keempat-empat sumber kuasa itu umpama dikurung di dalam batu itu.Satu Batu Prasasti mempunyai empat permukaan dan setiap satunya terkandung satu ‘orb’. Tajima menerangkan kepada Zaidi panjang lebar.Zaidi setia mendengar perkara baru yang diketahuinya ketika ini.
“Apa yang aku nampak, dua permukaan batu itu jadi kosong dan perempuan tu pengsan.Aku yakin, dia dapat ambil dua daripada kuasa ‘orb’ batu tu.” Tajima sesekali kelihatan mengeliat ke belakang.Memperbetulkan setiap urat sendi yang terasa agak lenguh.
Kemudian Tajima menarik nafas perlahan dan menghembuskan nafas kasarnya tanda untuk menyambung semula kisahnya itu untuk diceritakan pada Zaidi yang kurang arif mengenai dunia ‘asing’ ini.
“Badan manusia biasa tak akan mampu menampung walaupun satu daripada kuasa ‘orb’ tu.Kuasanya terlalu kuat untuk manusia biasa seperti kita.Tapi perempuan tu berbeza.Dia bukan manusia seperti kita.Walau macammana pun, tubuh dia tak akan mampu menampung lebih daripada dua kuasa ‘orb’. Jelas Tajima kepada Zaidi.
Ternyata Tajima amat arif mengenai dunia Hyperserv ini.Dia melakukan kajian selama bertahun-tahun.Merangka strategi yang benar-benar akan membuahkan hasil yang cukup ‘lumayan’ kelak.Mengintai Hyperserv dari segenap sudut.Mencari ‘lubang-lubang’ kelemahan yang rapuh.Inilah masa yang ditunggu-tunggu olehnya.
“Oh… kiranya macam pemindahan kuasalah? Kononnya nak menyelamatkan kuasa ‘orb’ daripada dirampas.Jadi, mereka pecahkan kuasa ‘orb’ ke dalam host yang lain?” Jelas Zaidi yang mula mengerti. Tajima sekadar mengangguk lesu.
“Wah…bijak juga.Kecil-kecil cili padi.” Zaidi tersenyum sinis.Memperkecilkan lawannya.
“Eh… sekejap.Kau cakap satu batu mengandungi empat kuasa ‘orb’, betul? Perempuan tu dah ambil dua disimpan dalam tubuh dia. Lagi dua kuasa tu?” Zaidi tidak berpuas hati.
Tajima tersenyum.Seolah-olah merangka sesuatu yang agak merbahaya. “Itu misi kita yang seterusnyapula.Kita bunuh seorang lagi.”
Zaidi tercengang.Dia baru mengetahui bahawa manusia yang ‘bukan manusia’ mendiami di dalam Hyperserv ini ada dua orang seperti perempuan itu.Cuma mereka masih belum berkesempatan untuk bertemu dengan orang kedua itu.Malahan mereka juga tidak tahu siapakah gerangan orang kedua itu.Itu merupakan misi mereka yang seterusnya dan mungkin ianya misi yang terakhir.Selepas daripada itu, mereka sendiri tidak dapat memastikan sama ada mereka masih bernyawa atau sebaliknya.Kali ini mereka benar-benar nekad dan tidak takut mati.
Selepas keempat-empat ‘orb’ dimusnahkan daripada dunia ini, bermulah era kehancuran di dalam sejarah Hyperserv.Dan nama Hyperserv itu sendiri mungkin juga tidak akan mendapat tempat di mana-mana.Ianya akan lenyap sama sekali.
“Jadi, kita perlu mencari seorang lagi sama seperti perempuan tu.Kita bunuh dia.Tamatkan semuanya.Aku dah letih dengan semua ni.” Zaidi mengepalkan telapak tangan kanannya menjadi penumbuk dan telapak kiri pula menggenggam penumbuk kanannya.
“Tak perlu.” Ternyata jawapan daripada Tajima mengelirukan Zaidi.
“Kita tak perlu cari dia.Dua kuasa ‘orb’ masih ada di dalam batu itu.Jadi…” Tajima tersenyum dan menyambung semula. “Kita musnahkan batu itu dan bunuh perempuan itu!”
Permukiman Fuego,HyperServ
Matahari terpacak tegak di atas kepala ketika ini.Perhutanan di permukiman Fuego ini ternyata lebih bahang dan panas berbanding di perhutanan lain.Hal ini terjadi kerana di permukiman ini terdapat aliran lava panas yang mengalir di bawah tanah terlalu hampir dengan permukaan.Maksud Fuego itu sendiri adalah api terjemahan daripada bahasa Sepanyol.
Ismail kelihatan sedang rancak berbual-bual dengan Kirin yang telah sedar daripada koma jangka pendek.Tentu banyak perkara yang mahu diceritakan oleh Ismail.Kirin sekadar tersenyum melihat ulah keanak-anakan Ismail.Fared yang duduk bersila agak meminggir menjauhi mereka sekadar menerkam pandangan.Tanpa sebarang teguran.Sejak Kirin tersedar daripada koma singkat pagi tadi, Ismail adalah orang pertama menghulurkan bantuan dan banyak bertanyakan itu dan ini kepada Kirin yang kelihatan seperti terpinga-pinga.Fared sekadar menjadi pemerhati.Sesekali dia memandang ke arah Batu Prasasti Dunia yang bersaiz gergasi itu.Gerak hatinya meyakini bahawa musuh mereka pasti akan mampir semula ke situ.Dia telah membuat keputusan untuk terus betah disitu mempertahankan batu itu dimusnahkan.Ternyata dia lebih arif di dalam membaca gerak regunya.
Fared menarik nafas sedalamnya dan melepaskannya semula secara perlahan-lahan.Sesekali dia mengerling ke arah Kirin.Perempuan yang berambut putih dan panjang rambutnya separas bahu itu ternyata menarik perhatiannya.Kulitnya putih mulus dan tidak tercela menambahkan lagi ayu wajahnya.Fared tertarik perhatiannya kepada Kirin bukan kerana hatinya terpaut tetapi dia mahu mengetahui siapakah gadis misteri itu dan bagaimana dia boleh berada di tengah hutan belantara Hyperserv yang kejam ini.Banyak persoalan yang berlegar difikirannya ketika ini.Namun, sesekali kelihatan Kirin juga mengerling pandangan ke arah Fared.Seolah-olah dia mengetahui persoalan yang timbul di dalam benak fikiran Fared.
“DDDUUUUMMMMMMMMMMMM!!!”
Tanpa sebarang tanda perubahan cuaca, secara tiba-tiba bunyi petir menyambar di sana sini.Mereka bertiga agak terkejut bukan kepalang.
Lantas Fared melangoi ke atas melihat perubahan cuaca.Hanya dengan sekali lonjakan kaki kanannya, dia melayang ke atas melepasi paras pokok-pokok yang melampai disitu dan berdiri di atas dahan pokok yang paling atas dan paling tinggi.Ismail tercengang bukan kepalang.Mustahil bagi manusia biasa untuk melompat setinggi itu.
Anak mata Fared membulat.Dia menyaksikan satu perubahan pada langit Hyperserv yang sangat mengejutkan dan medebarkan jantungnya.Bunyi kilat dan petir sabung-menyabung tanpa henti.Ianya datang dari gumpalan awan hitam kemerahan yang berarak dari utara Hyperserv menuju ke arah mereka.Saiz awan hitam kemerahan itu meliputi seluruh perhutanan.Saiz yang luar biasa besarnya.Suasana menjadi kelam dan gelap.Kilat sambar-menyambar.Awan berarak berkelajuan agak laju.Lebih laju daripada pergerakan awan biasa.Awan yang hitam gemitam kemerahan itu menuju ke arah mereka bertiga.
“Cari perlindungan!” Jerit Fared memberi amaran.Dia sempat melompat ke bawah sebelum petir menyambar ke dahan tempatnya berdiri tadi.Dahan itu terbakar dengan apinya berwarna hitam kemerahan.
Ismail dan Kirin kaget.Tidak tahu kemana arah tuju mereka.Awan hitam kemerahan itu kini berada tepat di atas kepala mereka dan pergerakannya semakin mengendur seolah-olah mereka bertiga adalah sasarannya.Petir sabung-menyabung.Menyambar sana-sini.Lantas Fared mencapai sesuatu daripada kocek kanannya.Sejenis alat kecil dikeluarkan.Ibu jari kanannya menekan satu butang yang terletak di atas alat itu.Secara tiba-tiba, alat itu mengeluarkan cahaya kebiruan yang amat menyilaukan pandangan.Lantas Fared menghampiri Ismail dan Kirin.Fared melemparkan alat melepasi paras kepalanya.Alat itu seolah-olah meletup berwarna kebiruan.Sebiji bola sfera cahaya kebiruan meliputi mereka bertiga.Bezanya bola sfera cahaya kebiruan ini tidak pandang telus dan kekukuhannya lebih ampuh berbanding bola sfera cahaya kekuningan yang melindungi Ismail dan Kirin malam tempoh hari.Mereka bertahan di dalam bola sfera cahaya kebiruan itu tanpa dapat melihat ke luar.Permukaan dalamnya bercahaya kebiruan agak malap.Cukup sekadar untuk menerangi suasana di dalam bola sfera itu.Mereka bertiga bertahan di dalamnya.
Anak telinga masing-masing menangkap bunyi petir yang sangat membingitkan.Kirin dan Ismail menekup kedua-dua telinganya.Fared berlagak seperti biasa.Dahinya berkerut seribu.Kilat menyambar di sana sini.Bunyi petir yang tidak berhenti daripada menyambar.Suasana hingar-bingar di luar sana.Terasa gegaran di tanah.Sambaran petir ke tanah mengegarkan tanah itu sekaligus mengegarkan bola sfera cahaya itu.Fared bertahan.
Salah satu daripada sambaran petir memanah tepat ke arah bola sfera cahaya mereka.Bola sfera cahaya itu bergegar dengan kuat.Kirin menjerit kerana terkejut.Ismail juga terkejut bukan kerana sambaran petir yang memanah ke bola sfera cahaya itu tetapi dia terkejut tindakan spontan Kirin yang memeluknya.Membulat anak mata Ismail.Fared mengerutkan dahi.Dia tetap betah bertahan.Keringatnya mula mengalir.
Sambaran demi sambaran memanah ke bola sfera cahaya mereka.Bola sfera cahaya mereka bergegar dengan terlalu kuat.Sesekali kedengaran bunyi retakan pada bola sfera cahaya itu.Fared mengetapkan gigi kancing hadapannya.Dia berharap bola sfera cahaya itu mampu bertahan.Seolah-olah petir yang sambar-menyambar itu menyasarkan mereka sahaja.
“DDDUUUUUUUUMMMMMMMMMMMM!!!!”
Secara tiba-tiba, satu sambaran petir yang lebih kuat dan lebih membingitkan memecahkan riuh suasana.Gegaran di tanah terasa seperti gempa berukuran sembilan skala Ritcher.Bola sfera cahaya mereka terpelanting jauh dan pecah berderai.Kirin memeluk erat tubuh Ismail.Ismail memeluk sekadar mahu melindungi Kirin dari tercedera.Fared juga turut terpelanting jauh.Kelopak mata masing-masing tidak dapat dibuka untuk melihat suasana.Cahaya petir itu terlalu menyilaukan pandangan.Ismail dan Kirin memejamkan mata masing-masing.Fared melintangkan lengan kanan melindungi matanya.Cahaya putih yang memedihkan mata itu cuba ditangkis.Bunyi desingan yang membingitkan memecahkan suasana.Gegendang telinga mereka seolah-olah mahu pecah oleh kerana dentuman yang sangat luar biasa itu.
Hanya beberapa minit, suasana kembali sepi.Mereka masih memejamkan mata.Kedengaran seperti bunyi kayu-kayu pokok terbakar dan bau hangit menerpa rongga hidung masing-masing.Fared membuka kelopak matanya perlahan-lahan.Dia mencari kelibat Ismail dan Kirin.Kelihatan mereka tidak jauh daripadanya.Apabila sudah dipastikan mereka berdua selamat, dia bingkas bangun mengamati persekitaran.Dia berjalan perlahan.Kakinya menginjak tanah-tanah hangus dan berasap.Pokok-pokok hangit terbakar hanya tinggal bara dan debu.Awan yang hitam kemerahan masih disitu.Masih berada di atas kepala mereka namun sambaran petir sudah berhenti.Suasana kelam.Hanya deruan angin yang kedengaran.
Membulat anak mata Fared memandang ke arah Batu Prasasti Dunia itu.Pergerakannya seolah-olah lumpuh.Terbejat serta-merta.Ismail dan Kirin menuruti Fared.Mereka juga sebegitu.Terperanjatnya bukan kepalang memandang Batu Prasasti Dunia itu.Mereka kaget!
>>Bersambung [Server 18]
ns 15.158.61.44da2