SERVER 4
Siapa yang tahu bahawa sebuah belantara luas terhampar di dalam sebuah alam maya ciptaan manusia. Hyperserv. Sebuah teknologi yang melanggar hukum penciptaan alam. Suasananya tidak ubah seperti belantara di dunia realiti.
Bezanya adalah hutan ini berada di alam maya. Berlokasi di dalam HyperServ. Dunia ciptaan manusia. Manusia yang di hidup disini bermakna akan tidur di realiti. Mati disini juga bermakna mati di realiti. Hidupan disini juga merupakan salah satu daripada elemen program di dalam Hyperserv. Cuma hidupan haiwan dan tumbuhan meliar di belantara ini adalah unik rupa bentuknya dan malahan luar biasa. Kesemuanya adalah program. Lokasi dan pemetaannya juga adalah sebahagian daripada program pencipta dunia Hyperserv.
Nun dikejauhan belantara yang merimbun lebat kelihatan seperti terdirinya sebuah pondok kayu yang dipasak ke bumi Hyperserv. Kelihatannya sebagai tempat persinggahan sementara. Asalkan dapat berteduh dari terik mentari dan limpahan hujan.
Kelihatan seorang perempuan diam duduk bersimpuh berteleku di pangkin pondok kayu itu. Pakaiannya kelihatan ringkas dan kasual namun menampakkan keayuan wajahnya. Dia berseorangan. Sedang meneliti sesuatu di tangannya. Membelek-belek dalam kehairanan seakan ingat-ingat lupa .Sejenis peralatan yang agak ganjil baginya. Bentuknya seakan kalung leher digital namun kelihatan agak kotor dan berlumut seperti telah lama ditinggalkan atau terjatuh oleh seseorang yang pernah memilikinya.
Anak matanya tertancap pada satu butang kecil pada kalung tersebut. Sifat ingin tahu mula menguasai. Jemari halusnya menekan butang kecil itu dan lampu LED kecil bersebelahan butang tersebut menyala berkelip-kelip. Masih berfungsi.
Dia terkejut. Alat aneh itu terlepas dari genggamannya lalu jatuh ke tanah. Dia sekadar mengintai-intai ke bawah melihat pada alat itu. Tiada apa berlaku selain lampu LED kecil itu terus-menerus menyala secara berkelip-kelip.
Gadis itu segera mendapatkan semula alat aneh itu. Hasrat hatinya mahu menyimpan sahaja alat ini. Mungkin ada gunanya pada masa akan datang. Bahkan ini kali pertama dia melihat alat aneh seperti ini. Bahkan, ingatannya seolah-olah ingat-ingat lupa.
371Please respect copyright.PENANAiEFR522S3D
BlackServ Lab. Tahun Infinity 30XX
Tajima memerhatikan sesuatu pada monitor kaca hologramnya. Akalnya ligat mengitari sesuatu. Anak matanya tertancap pada bintik merah yang berkelip-kelip di satu lokasi di dalam HyperServ. Ia menunjukkan seperti satu alat pengesan yang masih beroperasi. Tajima tersenyum sendiri. Lokasi sasaran dikenal pasti.
“Zaidi, kita dapat satu signal dari HyperServ.” Tajima sekadar berkata tanpa menoleh pada Zaidi yang berada di belakangnya. Zaidi hanya berkalih memandang kepada bintik merah berkelip pada monitor kaca hologram di hadapan Tajima.
“Woww.. Petanda bagus. Boleh kita Log In?” Zaidi menyuarakan pandangan.
“Itulah yang aku tunggu.” Tajima hanya tersenyum sendiri. Terasa kejayaan memusnahkan HyperServ dari dalam semakin hampir dan berada di dalam genggaman.
Tajima dan Zaidi segera menuju ke katil pembaringan. Katil ini bukan untuk tidur tetapi sebagai tempat ‘istirehat’ bagi jasad tidak berminda ketika proses minda manusia masuk ke dalam Bioserver dijalankan iaitu HyperServ.
Seorang gadis muncul dari sebuah bilik menuju ke arah Tajima dan Zaidi yang sudah bersiap sedia untuk Log In.
“Zie, aku nak kau monitor kami dari sini. Apa-apa prosedur termasuk Access Weapon. Faham?” Tajima memberikan arahan pada gadis itu. Zie sekadar tersenyum dan dianggap arahan diterima. Jari Tajima dan Zaidi mula menekan butang kecil pada kalung BrainLink mereka.
“Log In!” Tajima dan Zaidi mula tidak bermaya seakan-akan tidur. Sekiranya diperhatikan dari luar ini, jasad Tajima dan Zaidi seakan-akan lena dibuai mimpi sedangkan pada ketika itu segala data minda mereka sedang dipindah masuk ke dalam HyperServ.
Perlahan Zie melangkah ke arah panel kawalan BlackServ untuk memerhatikan setiap data yang diproses. Zie hanya bersedia pada bila-bila masa. Tugasnya sebagai operator kawalan data minda manusia dilaksanakan sebaik mungkin. Tersilap perkiraan dan percaturan membawa maksud ‘maut’ kepada mereka berdua.
BlackServ berjaya menggabungkan data miliknya dengan HyperServ. Tidak mustahillah mereka boleh menceroboh masuk ke dalam dunia HyperServ pada bila-bila masa. Ianya umpama kemusnahan bermula dari dalam. Ianya lebih merbahaya.
371Please respect copyright.PENANAmmvH4Sj8HX
Bandar Inderapuri, Tahun Infiniti 30XX
Kenderaan yang dipacu oleh Fared diparkir berhampiran deretan kedai rekaan moden dan lebih canggih. Paparan iklan dipaparkan secara hologram jelas menggambarkan daya tarikan pada produk keluaran masing-masing. Marga kota begitu sibuk dengan tujuan masing-masing. Ada yang sedang membuat panggilan menggunakan BrainLink yang digunakan secara meluas ketika ini. Ada juga yang asyik berbual sesama mereka dan tidak kurang juga diantara mereka yang bersidai di tepi memerhatikan gelagat marga yang lain. Kota ini agak sibuk dengan urusan duniawi yang bersifat sementara ini.
Fared dan Yazaid beriringan menuju ke sebuah kedai alat elektronik dan digital yang terletak di penghujung deretan blok kedai tersebut.
“Susah betul nak cari parking. Kita nak cepat, ada pula yang double park. Ciss” Rungut Fared secara monolog tanpa dituju pada sesiapa pun melainkan keluh untuk dirinya sendiri.
“Mentaliti kelas ke-3. Macam tu lah.” Yazaid sekadar berbasi-basa.
“Kelas ke-3? Itu bukan kelas ke-3. Itu kelas tercorot!” Fared tidak berpuas hati. Berkerut dahinya mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Hampir empat kali kenderaan mereka berpusing ditempat yang sama untuk mencari parkir. Kebanyakan kenderaan lain memakirkan kenderaan mereka tidak terletak di dalam garisan kotak parkir yang disediakan. Memakirkan kenderaan sesuka hati bahkan ramai yang memarkirkan kenderaan mereka di antara dua kotak parkir atau double park. Mementingkan diri dan menyusahkan orang lain yang dalam keadaan tergesa.
“Hahahaha..marah betul kau ni. Dah, jom cepat.” Yazaid malas mahu melayan telatah sahabatnya yang seorang ini. Makin dilayan makin menjadi nanti.
Yazaid dan Fared masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual alat elektronik dan digital. Pintu kaca gelongsor terbuka secara automatik apabila kedua sahabat itu menghampiri pintu kaca tersebut.
Kelihatannya tidak ramai pengunjung di kedai ini pada hari ini. Sekadar seorang dua sahaja. Namun tidak dihiraukan oleh Yazaid dan Fared. Mereka mengatur langkah menuju ke meja kaunter berhampiran dengan niat yang berbeza dengan pelanggan yang lain.
“Ada apa boleh saya bantu, tuan?” Seorang gadis belasan tahun berkulit putih bersih tersenyum manis menyambut kehadiran Yazaid dan Fared. Ianya merupakan salah satu daripada protokol dalam menyambut pelanggan.
“Tuan? Hahaha... tak perlu macam tu sekali.” Yazaid terasa tidak selesa dipanggil sebagai ‘tuan’.
Fared terpempam memerhatikan gadis itu. Baginya, gadis itu cukup manis dan keayuan wajahnya mula memikat hati Fared. Paluan kencang didadanya mula deras. Merah padam wajahnya. Namun dia sekadar menguntumkan mekarnya di dalam hati tanpa mahu diluah.
Yazaid menyedari perubahan pada Fared. Sengaja Yazaid menyiku rusuk Fared secara perlahan. Sekadar mengusik. Fared menggelabah bukan kepalang. Bercucuran keringat didahinya tanpa sedari. Yazaid sekadar tersengih-sengih.
“Saya mahu bertemu dengan encik Irfan. Dia ada disini?” Soal Yazaid pada gadis itu tanpa menghiraukan kegalauan sahabatnya seorang itu.
“Oh...dia ada di pejabat. Sebentar ya.” Gadis membalas senyuman. Lirikan anak matanya menjeling pada Fared dan berkalih ke belakang menuju ke pejabat.
“Amboi engkau. Tak berkelip mata pandang awek tu.” Yazaid berseloroh.
“Eerr..mana ada. Aku berangan je.” Fared cuba mengelak tanpa menyedari perubahan pada wajahnya menampakkan apa yang tersembunyi. Merah padam mukanya.
“Berangan memperisterikan awek tu kan?” Yazaid mengusik dan berkalih ke belakang. Dia sekadar melihat-lihat barangan yang dijual di dalam kedai tersebut. Fared pula merah padam wajahnya. Yazaid sekadar menjamu pandangan matanya tanpa ada apa-apa berkenan untuk dibeli. Fared setia berdiri di kaunter sambil terjengah-jengah ke dalam pejabat. Bukan menunggu Irfan untuk keluar tetapi mencari-cari gadis ayu yang melayannya sebentar tadi.
“Tuan mencari siapa di dalam sana?” Satu suara serak-serak basah menegur perbuatan Fared di kaunter. Fared terkejut. Dia terlompat cuba menjauhi suara dari belakangnya. Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual menyapa Fared dari belakang. Lelaki itu sekadar tersenyum melihat gelagat terkejut Fared.
“Kamu ni tentu Fared, betul?” Duga lelaki itu secara tepat. Tercengang Fared tidak terkata. ‘Mana dia tahu nama aku? Psikik?’ Fared menduga dalam hati.
“Irfan!” Yazaid menyapa lelaki itu dari belakang. Lelaki itu menoleh ke belakang menghadap Yazaid.
“Yazaid! What a surprise!” Lelaki bernama Irfan itu memeluk Yazaid. Tanda persahabatan yang tidak pernah terputus sampai bila-bila. Keakraban yang sangat akrab.
“Mari! Kita ke pejabat. Kita berbincang di dalam. Banyak perkara aku nak share dengan kamu berdua.” Irfan mendahului mereka sambil diekori oleh Yazaid. Fared masih terpempam. Lambat-lambat dia menapak masuk mengekori Yazaid dan Irfan ke pejabat. Anak matanya tidak lekang dari mencari kelibat gadis ayu tadi. Sekadar mengitari pandangan.
Dirasakan apa yang bakal dibincangkan oleh Irfan adalah sesuatu yang sangat mustahak berkaitan dengan dunia ciptaan manusia itu. Yazaid dan Fared hanya sekadar kesinambungan operasi sahaja bahkan bukan mereka berdua pencipta asal dunia itu. Perkara itulah yang hendak dikongsikan oleh Irfan. Lelaki itu telah menerima pesanan ringkas dari Yazaid berkaitan dunia Hyperserv termasuk segala macam jenis maklumat pengoperasiannya.
Mungkin, ada perkara yang terlepas pandang oleh mereka dan mungkin juga maklumat itu membawa petunjuk dan cara untuk mereka menyatukan semula data Samsul dan menyelamatkan nyawa sahabat mereka yang terlantar di makmal.
Sebuah hutan tebal, HyperServ
Tajima dan Zaidi menginjakkan kaki mereka menapak perlahan ke sebuah pondok kayu yang terdiri dalam keadaan tidak berdinding. Mereka mengitari pandangan. Kosong. Tidak berpenghuni. Tiada sesiapa di situ. Cuma sesekali unggas mengalunkan irama hutan bersahut-sahutan.
Tajima maju ke depan. Diperhatikan sekeliling pondok kayu tersebut. Menduga-duga sesuatu. Mencari-cari sesuatu yang tidak terlihat.
“Kalau tak salah, signal tu datang dari sini. Dari kawasan ini.” Zaidi membelek-belek paparan hologram yang terpapar di hadapannya. Mencari-cari data lain yang mungkin boleh digunakan.
Tajima sekadar membisu. Akalnya ligat memikirkan sesuatu. Gerak hatinya dapat menduga sesuatu. Sesuatu yang tidak kena.
“Pelik. Signalnya ada dipersekitaran sini. Tapi…” Zaidi mengerahkan segala ilmunya. Signal itu datangnya dari BrainLink dan masih berada dikawasan itu tetapi tiada apa-apa dan sesiapa di persekitaran.
“KKRAKKKK!!”
Tajima dan Zaidi menoleh hampir serentak ke arah bunyi itu. Bunyi ranting kayu dan dedaunan kering dipijak oleh seseorang atau mungkin sesuatu. Tajima dan Zaidi bersiaga. Bimbang akan keselamatan mereka. Berkemungkinan mereka akan diserang hidupan di belantara yang belum diteroka ini.
Disebalik rimbunan daun kelihatan sepasang mata bersinar memerhatikan mereka berdua. Zaidi dan Tajima menyedari akan sepasang mata itu memerhatikan mereka. Sesekali kedengaran semak-samun terkuak-kuak menandakan ‘sesuatu’ itu sedang menghampiri mereka dengan menapak perlahan ke arah mereka berdua. Mungkin dalam keadaan bersiap sedia untuk menyerang. Habuan di depan mata, apa mahu tunggu lagi.
“Zie, hantar senjata.” Tajima sekadar bebisik. Cukup sekadar untuk didengari oleh operator yang mengendalikan data mereka di HyperServ.
“Roger!” Suara halus didengari oleh Tajima dan Zaidi. Zie yang berada di dunia realiti segera memuatnaik data senjata kepada Tajima dan Zaidi.
371Please respect copyright.PENANAaMkMeafyp0
Secara tiba-tiba sepasang mata bersinar yang memerhatikan mereka hilang dari pandangan. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tiada sebarang serangan. Tiada sebarang pergerakan. Hanya geseran dedaun dan unggas hutan sahaja yang kedengaran.
Tajima dan Zaidi terpempam. Bungkam secara bersiaga. Bersiaga untuk sebarang kebarangkalian.
Mereka berpandangan sesama sendiri. Tiada apa yang berlaku. Tajima menghembuskan nafas tanda lega. Zaidi menggosok-gosok belakang kepalanya.Terasa hangat.
“Hei, Zie. Tadi aku suruh kau hantar senjata. Mana? Sampai ke sudah tak ada. Binatang tu pun dah lari tengok muka aku yang ganas ni” Tajima meninggikan suaranya sedikit. Zaidi mencebikkan wajah.
“Bukan binatang je. Jin pun takut tengok muka dia.” Zaidi menambah. Tajima menoleh sekilas.
“Kau cakap apa?” Zaidi terketar-ketar menyambung kerjanya semula apabila melihat Tajima memandangnya sambil memegang sebilah pisau belati.
“Eerr...maaf tuan. Tadi ada sedikit masalah.” Zie mengendurkan suaranya. Terasa bersalah.
“Kau pergi mana? Nasib baik tak ada apa-apa yang menyerang. Kalau tak…” Zaidi pula menyambung amarah Tajima yang dibuat-buat. Tajima mengerling tajam.
“Eerr..maaf. Tak tahan nak pergi bilik air. Emergency.” Suara Zie semakin mengendur. Terasa bersalah yang amat.
Zaidi menepuk dahi. Terasa mahu tergelak pun ada. Terasa marah pun ada. Tajima sekadar menggelengkan kepala lalu menapak perlahan menuju ke arah pondok kayu tersebut. Dia menyangkung ke tanah sambil tangannya meraba-raba permukaan tanah disitu.
Tajima mengitari persekitaran. Dia melepaskan keluhan berat. Tiada apa-apa tanda.
“Ruginya. Kalau kita dapat cari BrainLink tu mesti kerja kita akan jadi lebih mudah.” Zaidi menutup paparan hologram lalu bercekak pinggang menghadap belantara nan luas.
“Aku yakin signal tu datang dari BrainLink milik seorang creator HyperServ ni.” Tajima berdiri semula lalu duduk di bibir pangkin pondok kayu tersebut.
“Creator? Rayfall?” Zaidi pantas menoleh pada Tajima.
Tajima sekadar mengangguk. BrainLink milik pencipta HyperServ banyak memberikan kelebihan pada BlackServ. Dengan menggunakan data dari BrainLink itu, BlackServ pasti lebih berkuasa dan mudah untuk mereka menumbangkan HyperServ. Bahkan banyak maklumat yang bakal diperolehi oleh mereka termasuk asas kod penciptaan dunia ini pun mampu dimiliki oleh mereka.
Zaidi menapak perlahan menuju ke arah Tajima. Secara tiba-tiba dia terasa amat letih dan mengantuk. Tanpa berkata apa-apa, Zaidi segera baring di atas pangkin pondok kayu tersebut.
“Baru buat kerja sikit, dah penat. Mengantuk. Banyak curi tulang kerja kau.” Tajima membebel apabila melihat Zaidi melelapkan matanya namun tiada jawapan.
Tajima melihat Zaidi dengan penuh kehairanan. Dia terasa pelik. Tanpa ada apa-apa pergelutan, tanpa perlu berjalan jauh. Mengapa Zaidi kelihatan amat letih. Dahi Tajima berkerut. Ligat akalnya memikirkan lalu membiarkan sahaja.
Secara tiba-tiba, muncul seekor harimau berbelang merah dan bertanduk. Matanya merah menyala. Kelihatan bilah-bilah kuku di kaki hadapan tajam meruncing. Bersedia menerkam mangsa secara buas dan ganas. Menyerigai tepat pada Tajima yang sedang membelakangkannya dan Zaidi terbaring tidak sedarkan diri. Deraman direngkongnya mengejutkan Tajima. Pantas Tajima mengalihkan pandangannya ke belakang. Membulat matanya melihat kelibat harimau aneh itu. Kelihatan titisan jernih mula terbit di dahinya. Kerutan di dahi melambangkan ketakutan berbaur cemas. Pantas Tajima berdiri di atas pangkin pondok kayu tersebut dengan bersiaga.
“Zie! Hantarkan senjata sekarang! Jangan pergi bilik air lagi. Maut aku nanti!” Tajima memberi amaran awal pada Zie yang sedang mengendalikan data server di dunia realiti.
“Ba..baik!” Kedengaran suara Zie agak cemas. Di luar sana, jemari Zie pantas mengendalikan susunan data dan kod yang diperlukan untuk menghantar senjata yang telah ditetapkan terutamanya senjata pembunuh yang akan menghasilkan ledakan yang kuat dan pastinya untuk membunuh musuh.
Tidak sampai 5 saat, sebuah senjata laser terlekat ditangan kanan Tajima. Senjata itu muncul secara tiba-tiba dari bentuk piksel kecil bercahaya yang agak banyak jumlahnya bersatu menjadi senjata yang dihajati.
Tajima tersenyum. Maut tidak akan menjemputnya kali ini. Terasa amat yakin. “Kau pasti mati kali ni.”
Tajima mengacukan corong senjata laser itu tepat ke dahi harimau berbelang merah tersebut dan bersedia untuk menembak. Harimau aneh itu langsung tidak berganjak.
“DUUMMMMMMMMM!!” Ledakan bergema.
Tembakan laser dari senjata Tajima tepat mengena sasaran. Debu tanah bertebaran oleh kerana impak ledakan yang sangat kuat dari senjata tersebut. Tajima tersenyum puas. Debu yang bertebaran mengehadkan pandangan. Anak mata Tajima memincing mencari kelibat makhluk itu. Bagi memastikan harimau itu benar-benar ditamatkan riwayatnya.
Tidak semudah yang disangka. Kedengaran deraman harimau itu berada di belakang pondok kayu tersebut. Pantas Tajima berkalih ke belakang. Benar! Harimau berbelang merah dan bertanduk itu berada di belakang pondok kayu tersebut. Berkerut seribu dahi Tajima. Dia pasti sasarannya mengena sedangkan makhluk itu tidak berganjak walau sedikit pun.
Harimau itu terus menyerigai. Deramannya direngkong semakin mengetarkan. Bersedia untuk menyerang.
Tanpa berfikir panjang, sekali lagi Tajima meledakkan satu lagi das tembakan laser. Kesan ledakan yang amat kuat meruntuhkan struktur pondok kayu itu. Zaidi terjelepuk ke tanah. Masih tidak sedarkan diri. Tajima pula melambung ke belakang beberapa kaki. Sasaran Tajima mengena. Harimau itu sedikit pun tidak berganjak untuk mengelak ledakan laser tersebut. Debu tanah sekali lagi bertaburan ke udara mengehadkan pandangan.
“Ke..kenapa? Sasaran aku mengena? Zie, analisis!” Tajima mengerahkan akal. Kali ini harimau itu pasti maut.
“…….” Tiada jawapan dari Zie. Sunyi dari corong sebelah sana.
“Zie?” Tajima semakin kehairanan. ‘Jangan minah ni pergi tandas lagi time macam ni sudahlah’ Gumam Tajima sendirian. Lebih kepada rungutan sahaja. Akalnya membayangkan maut sahaja sejak tadi.
Sekali lagi Tajima dikejutkan dengan bunyi deraman harimau yang berada dibelakangnya. Lekas Tajima menoleh kebelakang. Benar buat sekian kalinya! Harimau berbelang merah dan bertanduk tegap dan sasa berdiri dibelakangnya dengan menyerigai. Kelihatan taring hadapan kiri dan kanan yang lebih panjang melepasi rahang bawah. Lelehan liurnya menampakkan lagi kebuasannya dalam melahap mangsanya. Aneh! Sangat aneh!
“Tak mungkin!” Tajima semakin cemas. Mustahil harimau itu tidak mati dengan kesan ledakan laser yang cukup kuat untuk memusnahkan sebuah bangunan malahan ianya seolah-olah bergerak dengan cukup pantas sedangkan ketika ledakan itu sampai pada sasaran, harimau itu tidak sedikit pun berganjak dari kedudukannya. Itu adalah satu perkara yang mustahil. Dia menyaksikan sendiri ledakan itu mengena sasaran. Mana mungkin!
Harimau berbelang merah dan bertanduk itu bersedia untuk melancarkan serangan. Menyerigai dan menderam di rengkongan. Membengis melihat hidangan lazat terhidang dihadapan matanya.
371Please respect copyright.PENANAas5nwNMTYX
..Bersambung >> Chapter 5
ns 15.158.61.17da2