SERVER 24
Makmal Hyperserv,Tahun Infiniti 30XX
Irfan duduk menghadap ke arah Elizia manakala Elizia menghadap ke arah Zie yang dianggap penjenayah yang menghantar lehernya sendiri ke tali gantung.Kehadirannya dicurigai.Bimbang terselit muslihat di sebalik wajah anggunnya.Rupa tidak melambangkan keperibadian namun keperibadian akan membentukkan rupa.Kerana itu orang tua berpesan, jangan menilai hanya pada rupa.
Pada Irfan, keyakinannya terhadap keikhlasan Zie dianggap goyah sama sekali.Jika difikirkan logik, mana mungkin seorang penjenayah siber datang meminta bantuan kepada pihak yang dianaiya.Alasan yang ternyata tidak boleh dihadam oleh Irfan.Zie datang meminta bantuan dengan alasan demi keselamatan manusia sejagat.Penjenayah tidak akan fikir tentang perkara remeh itu.Mereka hanya melakukannya demi kepuasan mereka sendiri.Kerana kemewahan yang dijanjikan, gadis itu sanggup berpihak kepada Blackserv yang ternyata memihak kepada kegelapan dan kejahatan yang mula bersarang di dalam hati.
Sememangnya Zie mengaku salah.Dia datang meminta bantuan setulus hatinya.Dua orang sahabatnya berada di ambang maut.Jika berlaku apa-apa yang tidak diingini, bukan sahaja Hyperserv malahan seluruh manusia dunia realiti turut menerima tempiasnya.Ternyata maklumat mengenai Grotte Bardtan mengetarkan jantung bagi mereka yang mengetahuinya.
“Perlu ke aku bantu manusia macam kau? Manusia pembunuh!” Irfan membentak Zie yang sedari tadi membisu seribu bahasa.Elizia mengambil jalan tengah.Sekadar menjadi pemerhati sketsa.
“Saya tahu, memang agak janggal kalau penjenayah siber datang menyerah.Tapi kali ini saya tak serius.Saya memang perlukan bantuan semua.Manusia di bumi ni memang benar-benar diancam bahaya.” Zie merayu bersungguh-sungguh.Cuba meyakinkan Irfan dan Elizia namun dipandang sepi oleh Irfan.Sedikit sebanyak timbul simpati jauh dilubuk hati Elizia.Sebagai seorang wanita, dia juga terasa apa yang dialami oleh Zie memandangkan rayuannya kelihatan benar-benar ikhlas.Sekali dua dia menjeling ke arah Irfan yang kelihatan bertegang wajah.
“Tak ada apa yang aku boleh bantu.Kau settle masalah kau sendiri.Sekarang, kau berambus dari sini sebelum aku ubah fikiran untuk tamatkan riwayat kau.” Irfan pantas bangkit dari kerusi dan menuju ke Ilyas dan Hadif yang berada di makmal operasi ketika ini.Ternyata hatinya membengkak sehingga menerbitkan dendam yang tidak berkesudahan.Zie terkedu.Dia hilang arah tuju.Tiada tempat mengadu.Sememangnya dia hidup sebatang kara di dunia ini.Tiada keluarga.Tiada sesiapa.Blackserv menawarkan ganjaran yang cukup lumayan kepadanya sekiranya bekerja dengan mereka beberapa tahun yang lalu ketika Tajima dan Zaidi menemuinya di lorong belakang.Ketika itu hidupnya ibarat mayat hidup.Tiada siapa yang mempedulikannya ketika itu.Akibat desakan dan demi kelansungan hidup, Zie menerima tawaran mereka dan menjadi sebahagian daripada kumpulan mereka.Zie diasuh dengan pelbagai teknik dan ilmu berkaitan digital.Zie sememangnya seorang yang cekap didalam pembelajaran.Segala yang diajarkan pantas melekat di ingatan tanpa sebarang nota yang disalin ibarat setiap nota itu tercetak terus disimpan mati didalam akalnya.Ternyata akalnya cerdas namun tidak disalurkan pada tempat yang betul.Zie terkesima melayani gejolak emosinya sendiri.
“Apa yang awak dah buat ni betul-betul menerbitkan dendam.Satu soalan dari saya dan jawapan awak akan menentukan sama ada saya perlu menyebelahi awak atau sebaliknya.” Elizia memandang ke arah Zie yang terdiam seribu bahasa.Zie sekadar menganggukkan kepala tanda bersedia.
“Yazaid adalah sahabat saya.Salah seorang daripada mereka telah meninggalkan kami buat selamanya.Apa yang boleh membuatkan saya yakin untuk membantu awak?” Ringkas sahaja soalan dari Elizia.Zie memandang sekilas.
“Cukup saya dah menyusahkan pihak yang kecil ni.Saya tak nak libatkan semua manusia atas jenayah kami.Saya tahu, kemewahan yang dijanjikan membutakan hati saya tetapi kali ini kalau berdiam diri dengan ego dan sikap tamak, banyak nyawa tidak bersalah akan terkorban.Ia akan berlaku disini.Bukan di Hyperserv sahaja.Semua orang akan mati.Saya sanggup melutut untuk merayu.Benarkan saya membantu apa yang patut saya perbetulkan.” Zie ikhlas mengakui kekhilafannya.Eliza terpempam mendengar luahan dari lubuk hati Zie.Ternyata Zie meluahkan penuh ikhlas.Jauh disudut hati rawannya, cukup keluarganya meninggalkannya terlebih dahulu.Kali ini, dia tidak membenarkan Tajima dan Zaidi yang mengutipnya suatu ketika dahulu pergi buat selamanya.Dia harus berbuat sesuatu sebelum mata terpejam.Sekurang-kurangnya ada kebaikan yang akan dikenang.
Irfan berjalan pantas mendapatkan Ilyas dan Hadif yang berada di dalam makmal operasi.Kelihatan Ilyas mengendalikan sesuatu di papan monitor utama.Pelbagai jenis data dan maklumat terpapar secara hologram pada permukaan papan monitor yang pandang telus.Hadif sekadar menjadi pemerhati dan sesekali menghulurkan bantuan kepada Ilyas sekiranya diperlukan.
“Ada apa dengan Grotte Bardtan?” Hadif mengajukan soalan ringkas kepada Irfan yang kelihatan menghampiri mereka berdua.
“Pintu maut.” Irfan menjawab persoalan secara ringkas juga mengikut rentak bicara Hadif namun jawapan itu kurang memuaskan hati Hadif.Ilyas tidak mengendahkan perbualan mereka berdua.Lebih melontarkan fokus ke arah setiap data dan maklumat yang sedang diusahakan.Ilyas sedang mengusahakan sesuatu.Mungkin sesuatu yang agak rumit dan pastinya merbahaya.
“Sekejap.Aku tak faham ni.Kenapa kelam kabut sangat? Kalau pun Grotte Bardtan tu merbahaya, ia berlaku di dalam Hyperserv, kan? Bukan disini.Lagipun, bukan Yazaid atau Fared yang berada dalam tu tapi dua orang hacker tu.” Hadif mengusulkan hujah yang rambang tanpa mengetahui duduk sebenar perkara yang terjadi.Irfan sekadar memeluk tubuh tanpa mahu menjawab pertanyaan Hadif.Akalnya lebih dikerahkan untuk berfikir.Hatinya berbelah bahagi sama ada mentafsirkan niat Zie benar-benar ikhlas atau sebaliknya.Datang membawa hikmah atau musibah.Nafsu amarahnya yang membuak seketika tadi membutakan mata kebenaran.Gagal mentafsir berlandaskan logik dan waras.Lebih dikuasai nafsu amarah yang tidak pernah puas.
Ilyas menoleh ke belakang menghadap ke arah Irfan dan Hadif. “Kita perlu masuk ke dalam Hyperserv.Pergi ke Grotte Bardtan.Dapatkan mereka berdua dan bawa mereka keluar dari situ sebelum apa-apa perkara buruk berlaku.”
Irfan memandang Hadif.Ilyas berjalan perlahan mendapatkan sebuah lagi monitor hologram yang membelakangkan mereka.Ilyas kelihatan menyentuh kalung Brainlink miliknya dan menghubungi seseorang.Perbualan mereka kelihatan tegang namun tidak melonjakkan suara.
Irfan berpaling dan menuju ke arah pintu untuk menuju ke bumbung makmal.Di atas sana lebih tenang.Sesuai untuk dia mengerahkan akal.Belum sampai tiga langkah, lengan kirinya di paut.Irfan memandang sekilas.
“Apa yang berlaku? Serius sangat ke sampai kau sendiri tak boleh beritahu aku apa yang jadi? Kenapa aku tengok semua orang risau macam esok semua orang akan mati?” Hadif meluahkan tidak puas hatinya.Sedikit sebanyak hatinya terbakar melihat ulah Irfan yang tidak mengendahkan dirinya.Hakikatnya, Irfan sedang bergelut dengan hatinya sendiri.
“Awak nak tahu sangat apa yang ada pada Grotte Bardtan?” Satu suara menyapa mereka.Irfan dan Hadif memandang serentak.Elizia muncul di pintu masuk makmal operasi.Zie berada di belakangnya dalam keadaan tertunduk.Elizia menghampiri Hadif dan menarik nafas sedalamnya bagi menenangkan dirinya.
“Kalau mereka tidak dikeluarkan dari Grotte Bardtan, seluruh dunia termasuk bumi akan musnah sama sekali.The End.” Ringkas dan padat namun Hadif tidak difahami maksudnya.Elizia mengerti.
“Bala bencana terburuk dalam sejarah manusia.Bukan sahaja Hyperserv malahan manusia di bumi kita juga akan sakit.Sakit yang dasyat.Teramat dasyat.” Elizia menerangkan serba ringkas.Hadif menggosokkan bahagian belakang kepalanya.Cuba menghadamkan apa yang diperkatakan.Ternyata dia amat tidak memahami konsep digital secara keseluruhan.
“Sakit? Sakit apa? Apa kena mengena dunia Hyperserv dengan dunia manusia? Dunia tu dalam dunia digital.Sama sekali tidak menyentuh dunia kita.Terpisah.” Hadif cuba mengetengahkan fakta yang difahami.Setahunya, Hyperserv merupakan satu dunia ciptaan manusia secara maya dan tidak wujud secara fizikal.Ianya wujud hanya di dalam sistem mereka sendiri dan ternyata terpisah dari dunia realiti.Realiti adalah realiti.Ilusi tetap ilusi.
“Sakit yang melibatkan otak.Sakit otak yang sangat kritikal.” Ilyas pula menyampuk.Dia baru sahaja selesai menghubungi seseorang untuk meminta bantuan.
“Sakit otak?” Hadif tidak memahami.Amat sukar baginya untuk mentafsir setiap perkara dalam satu masa yang sama.
“Ya.Dalam Grotte Bardtan, ada penghuni yang terlalu dasyat.” Ilyas menempatkan dirinya di antara Irfan dan Hadif.
“Jadi, kenapa kita semua boleh sakit otak? Macam tak logik je kau punya teori ni.” Hadif memeluk tubuh.
“Kau kena ingat, penggunaan Brainlink sekarang ni berada di tahap global.Semua manusia memiliki Brainlink seperti mana ratusan tahun dahulu setiap manusia memiliki telefon pintar konvesional.Setiap Brainlink berhubung terus dengan sambungan jalur lebar yang dikendalikan dari server.Dan jangan lupa, Hyperserv juga dikendalikan dengan sambungan jalur lebar terus kepada server.Jadi, serangan pada Hyperserv juga boleh melepasi sehingga ke peringkat Brainlink.” Panjang lebar Ilyas cuba menerangkan bagi menjelaskan duduk perkara sebenar pada Hadif.Irfan dan Elizia memilih untuk menjadi pendengar sahaja tanpa mahu menyampuk.Zie pula memilih untuk memerhati.
“Maknanya, penghuni Grotte Bardtan yang kau cakap tu boleh terlepas sehingga ke pengguna Brainlink?” Hadif mula memahami situasi.Ilyas sekadar menganggukkan kepala.
“Ia umpama jangkitan.Penghuni Grotte Bardtan akan menguasai Hyperserv.Kemudian mereka akan menjangkiti server utama apabila berjaya keluar dari sistem Hyperserv.Dari server utama, mereka akan terus menjangkiti setiap peralatan yang berhubung dengan server termasuk Brainlink.Kau kena ingat, penggunaan Brainlink memerlukan gelombang otak untuk berfungsi.Dan apabila ia mula menguasai gelombang otak, pengguna akan menerima implikasi dan kesannya dalam tempoh yang singkat.” Ilyas menunjukkan jari telunjuk kanannya ke arah kepala.Hadif tercengang.Rupanya teknologi yang terlalu maju sememangnya akan memudahkan banyak pihak namun sekiranya berlaku kesilapan maka ia akan melibatkan permasalahan secara global dan berskala gergasi.Ternyata amat rumit untuk mengatasinya ketika itu.Lebih baik mencegah daripada mengubati.
“Implikasi apa?” Hadif bertanya dalam nada yang perlahan.Dahinya mula berkeringat.Tanpa Brainlink, terputus hubungan dengan dunia komunikasi.
“Implikasi gangguan pada otak sekaligus merubah personaliti seseorang.Mereka akan berubah menjadi lebih ganas, agresif dan buas.Seperti ketiadaan akal.Seperti binatang.Perubahan kimia pada cecair otak akan memusnahkan sel pada otak akibat iritasi dari Brainlink ketika itu.Manusia boleh berubah dalam sekelip mata apabila masa itu tiba.Mereka akan berbunuhan sesama sendiri, memakan daging mereka sesama sendiri sehingga tiada lagi makhluk yang wujud di bumi ini.Sehingga mereka merasakan tiada persaingan.Mungkin boleh kita labelkan sebagai kanibal.Sifat manusia ketika itu sama seperti sifat penghuni Grotte Bardtan.” Ilyas melabuhkan punggung di sebuah kerusi besi berhadapan dengan mereka berempat.Hadif menelan liur apabila mendengar perkataan ‘kanibal’.Dia tidak dapat membayangkan jika keadaan itu benar-benar berlaku.Irfan mendiamkan diri.Akalnya ligat mengitari sumber ilham.Baru mereka sedar bahawa selama ini Blackserv bukanlah satu ancaman yang besar melainkan sebagai punca kepada bala bencana.Punca kepada segala masalah.
“Ini semua salah kau, perempuan! Kau dengan kumpulan kau!Memang memberi masalah.Kalau jadi apa-apa yang buruk, nahas kau!” Irfan hilang pertimbangan jua.Akalnya membejat dan terasa sesak menyebabkan dirinya lebih mudah dikuasai emosi.Hadif menahan tubuh Irfan dari mendekati Zie.Bimbang berlaku pergelutan yang memecah belahkan sesama mereka.
“Sudah! Sekarang bukan masanya untuk menyalahkan antara satu sama lain.Siapa salah, siapa betul.Itu bukan persoalan sekarang.Kita fokus untuk menyelesaikan masalah ni sama-sama.Kalau bertekak macam ni, kita juga akan terima bahana.Penghuni Grotte Bardtan dah bersedia untuk berperang.Kita?” Ilyas mula bertegas.Jika dibiarkan berlarutan, pasti akan berlaku perpecahan.Ilyas menudingkan jari telunjuk ke arah Zie yang sedari tadi menunduk.
“Kamu! Nak bantu kan?Balik ke makmal kamu.Cari seberapa banyak maklumat tentang Grotte Bardtan dan bawa ke mari.Kami akan uruskan perkara lain untuk disiapkan disini.Jangan lari!” Zie terkedu.Dia menganggap arahan diterima dan bergegas keluar.Elizia hanya menyoroti pandangan mengekori pergerakan Zie sehingga hilang dari pandangan.Hadif mengusulkan untuk mengekori Zie ke makmalnya untuk membantu apa yang termampu sekali gus memastikan Zie tidak melarikan diri dari masalah yang dicipta oleh mereka.Ilyas bersetuju.
Irfan mengeluh kasar.Melepaskan beban yang tersisa di dalam dada yang terasa memberat.Ilyas tidak mahu menegur.Sekadar dibiarkan sahaja.
“Jadi, apa tindakan kita selanjutnya?” Elizia bersuara.
“Saya dah menghubungi seseorang yang boleh dipercayai.Seseorang yang lebih arif.Seseorang yang pernah ke sana dan keluar hidup-hidup dari Grotte Bardtan.” Ilyas menongkat dagu di meja berhampiran.
“Ada yang pernah ke Grotte Bardtan dan keluar hidup-hidup?” Elizia dan Irfan terkejut.Setahunya, hanya kumpulan mereka sahaja yang mengetahui tentang Hyperserv.Tiada orang lain selain mereka.Irfan salah seorang daripadanya namun Irfan tidak mengetahui secara sepenuhnya tentang dunia buas itu walaupun dia terlibat secara langsung ketika proses pembinaan perkakas Hyperserv suatu ketika dahulu.
Ilyas menganggukkan kepala perlahan tanda membenarkan apa yang diperkatakan.Elizia sekadar menurut sahaja majikannya itu.Sekadar mengikut arahan.Lalu dia mendapatkan paparan monitor yang berhampiran dengannya dan mencari maklumat-maklumat berkaitan dengan lokasi maut yang diperkatakan ketika ini.Irfan menempatkan diri bersebelahan Ilyas namun sekadar membisu.Mengerahkan akal masing-masing.
“Hello guys.” Satu suara menyapa dari pintu utama makmal operasi.Mereka bertiga hampir serentak menoleh.Ilyas pantas mendapatkan tetamu yang hadir.Kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual dan berambut berwarna perang berdiri tercegat di pintu masuk makmal operasi itu.Irfan juga menuruti perbuatan Ilyas.Berjabat tangan tanda pertalian persaudaraan.Elizia tercengang melihat lelaki itu.Dia seakan pernah bertemu dengan lelaki itu.Irfan dan Ilyas berbicara tentang sesuatu dengan tetamu itu.Apabila anak mata lelaki itu terpandang pada Elizia, senyuman dilemparkan dan lelaki itu berjalan perlahan mendapatkan Elizia yang masih tercegat.
“Hai, you’re Elizia, right? Kawan Yazaid dan Fared?” Elizia terkedu.Benar.Dia semacam pernah bertemu dengan lelaki itu cuma dia tidak mengingati dimana mereka pernah bertemu.Bahkan tetamu misteri itu juga mengetahui namanya.Ilyas mendekati mereka berdua diikuti oleh Irfan.
“Elizia, kenalkan.Ini adalah Marshall Wan.Salah seorang yang pernah ke Grotte Bardtan dan keluar hidup-hidup.Marshall, of course you know her.This is Elizia.” Ilyas memperkenalkan.Elizia terkedu diam seribu bahasa.Anak matanya terbuntang kerana terkejut.Dia memang pernah bertemu dengan lelaki itu namun tidak mengingati dimana pertemuan mereka.
>>Bersambung [Server 25]
ns 15.158.61.17da2