SERVER 32
Gua Grotte Bardtan, Fuego, HyperServ
Siapa yang menyangka bahawa jauh di bawah permukaan bumi Hyperserv ini wujudnya sebuah lagi dunia yang terasing.Dunia ini bukanlah dunia yang boleh bersenang-lenang tetapi ianya merupakan sebuah penjara bagi satu suku bangsa yang buas dan ganas.Keluasan dunia di bawah ini hampir sama keluasannya dengan benua-benua di luar sana.Cuma suasana di sini jauh lebih menyeramkan dan kelihatan agak suram kemerahan.Langitnya berwarna merah gelap menambahkan suasana seumpama ‘neraka dunia’.Ternyata ianya tidak boleh didiami oleh manusia mahupun haiwan yang terdapat di atas permukaan Hyperserv.
Belantara di sini juga berbentuk agak aneh yang terdiri pelbagai warna-warna gelap.Kebanyakannya lebih kepada warna merah gelap. Tajima dan Zaidi merehatkan badan tanpa beralas.Mereka berdua baring terlentang menghadap dada langit dunia aneh itu.Nafas mereka tercungap-cungap.Daya graviti disini agak aneh.Seluruh tubuh dirasakan begitu berat sekali.Tarikannya agak kuat berbanding di permukaan.
Dalam ketika mereka berehat memulihkan pernafasan, tiba-tiba satu gulungan api menerawang di udara dan menerjah tidak jauh dari mereka.Gulungan api itu berombak-ombak membentuk sekujur tubuh manusia yang bersaiz tiga kali ganda besarnya.
Tajima dan Zaidi tidak terkejut malahan sekadar berdiri memerhati sahaja perubahan itu sehingga gulungan api yang bergulung-gulung itu menjadi sekujur tubuh makhluk yang mereka temui ketika mula-mula sampai ke dunia pelik ini.
“Xeados! Kami sudah hampir tiba ke istana itu.Mengapa kau ke mari?Ada apa-apa perubahan rancangan?” Tajima menudingkan jari ke satu arah.Dari kejauhan, kelihatan berbalam-balam dan kabur sebuah istana terapung yang gah berdiri diselaputi kepulan awan pada puncaknya.Perjalanan mereka sudah agak jauh dari pintu masuk dunia ini.
“Tidak, wahai manusia.Perjalanan kau masih jauh.Kau lihat itu kelihatan sudah amat dekat sedangkan kau belum menempuh separuh pun dari perjalanan.” Suara makhluk bernama Xeados itu bergema-gema dan kedengaran garau.
Zaidi tercengang.Perjalanannya terasa sudah amat jauh.Tajima terduduk mengah.Melepaskan lelah buat sementara untuk menyambung perjalanan mereka semula.
“Xeados, apa tugas kau disini?” Tajima cuba untuk berbual dengan Xeados setelah agak lama mereka berdiam diri.Pertanyaan sekadar menghilangkan bosan dan keletihan.Berbeza dengan Xeados yang bersaiz tiga kali lebih besar dari manusia biasa.Tubuhnya sesekali mengeluarkan bara api dari lava yang mengalir dari tubuhnya.Tubuhnya menyala-nyala.
“Aku penjaga pintu masuk ke sini.Sememangnya, manusia seperti kau amat bertuah kerana dapat masuk ke dunia kami.Pasti Raja Raa menanti kehadiran kau berdua, wahai manusia yang bertuah.” Xeados tegap berdiri sekadar memerhatikan Tajima dan Zaidi.
“Raja Raa?” Zaidi mengerutkan dahi.
“Raja yang memerintah kami.Raja yang agung, Raja Raa.Tuanku memerintah dunia ini sejak sekian lama.” Xeados langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan reaksi wajah mengikut bait katanya.Wajahnya tetap membengis dan menggerunkan bagi sesiapa yang melihatnya.
“Raja Raa menanti kalian di istana tuanku.Percepatkan perjalanan kalian.Kurangkan istirehat kerana istirehat dan kekayaan sebenar berada di sana.” Xeados menudingkan jarinya ke arah singgahsana yang gah terapung di udara.Singgahsana itu kelihatan berbalam-balam.Tajima memincingkan anak mata mengamati istana itu.Timbul persoalan di benaknya.Dia terfikir, bagaimana istana itu boleh terapung tanpa sokongan.
“Singgahsana tuanku disokong oleh tiang-tiang kuasa sakti tuanku sendiri.Untuk menghadap tuanku, kalian perlu perkenan dari tuanku.Barulah kalian boleh naik masuk ke istana tuanku Raja Raa.” Xeados seolah-olah menjawab persoalan yang muncul di benak fikiran Tajima.Membulat mata Tajima mendengar jawapan kepada persoalan itu.Mungkinkah makhluk itu boleh mendengar apa yang dibicarakan di dalam hatinya tanpa perlu diluahkan?Tajima semakin berhati-hati.
“Kekayaan?Kekayaan yang bagaimana Raja Raa akan berikan pada kami?” Zaidi bangkit secara tiba-tiba.Perasaannya melonjak mendengar perkataan ‘kekayaan’ itu. Xeados menderam-deram.Tajima menyiku Zaidi tanda tidak menyukai dengan soalan yang agak kurang sopan itu.Mereka mampu ditamatkan riwayat dengan mudah sahaja apabila berada disini.Dunia yang agak asing dan menyeramkan ini.
“Kalian perlu menghadap tuanku Raja Raa.Selebihnya bergantung kepada tuanku.Sama ada ganjaran kekayaan dan kuasa yang kalian bakal perolehi atau nyawa sebagai ganti.” Tubuh Xeados menyala-nyala lalu berpecah menjadi gulungan api yang marak membakar.Gulungan-gulungan api itu terbang menerawang ke udara dan menghilang ke satu arah yang tidak diketahui oleh mereka berdua.Tajima menelan liurnya yang terasa pahit.Perkataan ‘nyawa’ itu sudah cukup membuatkan jantungnya berdetak dengan irama perang.Jika tersilap langkah atau percaturan, nyawa mereka bakal terpisah dari tubuhnya.Seperkara lagi yang mereka perlu ketahui, mati disini bermakna mati juga di dunia sebelah sana.Jasad tidak berguna lagi jika tiada minda.
Mereka melepaskan lelah masing-masing.Perjalanan yang jauh amat terasa memeritkan.Suasana tidak terik dan panas.Di benua aneh ini tiada mentari yang menyinar tetapi ianya diterangi oleh aliran lava yang seluas lautan.Lava itu mengalir dari dinding gua yang tinggi menjangkau langit turun ke lautan lava.Tajima merasa aneh.Perjalanan ketika berada di dalam laluan gua tempoh hari tidak melalui perjalanan yang jauh dan tidak terlalu mencuram.Perjalanan mereka hanya menuruni sedikit curam sahaja dan tidak jauh sehingga sedalam ini tetapi melihat pada ketinggian langit dunia asing ini terasa seperti perjalanan mereka jauh ke teras bumi Hyperserv.Satu keajaiban yang aneh.Seolah-olah mereka telah melalui satu pintu rahsia yang membolehkan mereka merentas terus ke dunia aneh ini.Benua Valkazar.
Zaidi dan Tajima baring terlentang menghadap dada langit benua Valkazar itu.Suasana yang suram menyebabkan mata semakin layu dan mengantuk.Akhirnya, mereka terlelap.
Makmal Hyperserv,Tahun Infiniti 30XX
Irfan berpeluk tubuh tatkala melihat kelincahan Zie menguruskan sesebuah program yang terlalu kompleks.Baginya, ia sekadar sebuah permainan.Hanya dengan memahami beberapa kod utama maka mudah baginya untuk menyusun atur kod-kod yang lain untuk digabungkan.Setiap rangkaian kod memberikan fungsi yang berbeza-beza malahan rangkaian kod itu juga boleh menjadi satu arahan kepada sistem untuk melaksanakan tugasnya tanpa dapat dilihat oleh mata kasar manusia.Ianya berfungsi dari balik tabir.Seperti sebuah komputer, jika dihidupkan kita hanya akan dapat melihat paparan logo model peranti pada permulaan sahaja sehingga ianya boleh digunakan.Barulah kita dibenarkan untuk mengakses perisian yang ada di dalam sebuah komputer.Hakikatnya, disebalik paparan logo peranti itu sebenarnya sistem komputer sedang melakukan tugas-tugas rumit yang merupakan kod-kod kompleks untuk menyediakan perisian dari balik tabir bagi membolehkan pengguna menggunakan perisian yang sudah terpasang di dalam sesebuah komputer.
Hairuddin duduk di atas sebuah kerusi besi yang memanjang.Sekadar menjadi pemerhati.Hadif pula duduk bersebelahan dengan Hairuddin.Dia sekadar bersiaga jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.Dia tahu, Irfan tidak mempercayai Zie yang dianggap pembelot.Sedikit sahaja kesilapan dari Zie, pasti akan dihambat keras oleh Irfan.Dendamnya ibarat bara api yang sentiasa menyala-nyala sejak pemergian Samsul tempoh hari.
Hadif membelek-belek satu peralatan digital canggih.Ianya sebuah kalung leher elektronik yang kini digunakan secara meluas.Bahkan, peralatan ini menjadi pengganti kepada telefon pintar.Paparan hologramnya hanya mampu dapat dilihat oleh si pemakainya sahaja.Paparan itu muncul pada anak mata.Hadif kelihatan agak kekok untuk memakai peralatan itu sehinggalah dia berjaya memakainya.Hadif gemar menggunakan cara konvensional.Lebih gemar cara lama dan peralatan lama.Klasik katanya.Hairuddin sekadar memerhati.
“Macam mana orang boleh gunakan benda ni? Saya rasa kurang selesa.” Sesekali Hadif kelihatan gelisah.Rasa kurang selesa pada lehernya.Hairuddin tersenyum.
“Itulah Brainlink. Peralatan digital yang menggantikan telefon pintar masa kini.Jauh lebih canggih, pantas, efisien dan privasi.” Hairuddin sekadar bermukadimah.
“Eerr..saya tahu apa itu Brainlink.Cuma...macam tak selesa jugakan?” Hairuddin tergelak kecil melihat kegelisahan Hadif.Nampak benar dia tidak biasa.
“Saya terfikir..macam mana peralatan ni berfungsi? Sungguh bijak orang yang mencipta Brainlink ni.Menggantikan penggunaan telefon pintar.” Hadif menanggalkan semula kalung Brainlink dari lehernya dan membelek-belek peralatan itu.Timbul pula persoalan yang sukar terungkai.
“Brainlink berfungsi dengan memanipulasi sel-sel otak yang terdiri daripada berbilion-bilion neuron.Ia mewujudkan tindak balas yang berhubung antara sel-sel otak dan Brainlink.” Hairuddin menerangkan secara ringkas.Anak matanya masih memandang ke arah Zie yang bertungkus-lumus menyiapkan gabungan sistemnya dengan sistem I.R.I.S. Hadif masih kelihatan tidak memahami.
“Tubuh badan kita dikawal selia oleh otak seperti yang kita sedia maklum.Tetapi pernah tertanya, bagaimana rasa sakit dicubit membuatkan kita bertindak balas? Bagaimana kita bertindak balas jika terlihat benda yang menakutkan? Bagaimana kita membuang makanan dari mulut jika terasa pedas? Bagaimana kita menoleh jika bahu kita disentuh? Semua ransangan akan memberi tindak balas.Caranya, semua ransangan deria akan menghantar gelombang kepada otak untuk bertindak balas.Saraf tunjang tulang belakang merupakan medium penghantarnya terus ke otak.” Hairuddin terus memberi penerangan umum tersebut.Hadif mengerutkan dahi bukan kerana tidak memahami konsep itu tetapi dia tertanya bagaimana pula Brainlink bertindak sebagai penghantar gelombang ke otak.Hairuddin memahami perubahan Hadif.
“Kalung Brainlink dipakai dileher.Pada sebelah permukaan dalam bahagian belakang leher terdapat dua cip yang akan memintas gelombang saraf tunjang untuk berhubung dengan otak manusia.Jadi...” Belum sempat Hairuddin menghabiskan bicara, Hadif mencelah.
“Jadi, apa sahaja maklumat yang diterima oleh Brainlink ni akan dihantar terus ke otak untuk diterjemah.Gelombang panggilan, mesej, paparan menu dan sebagainya akan dihantar terus ke otak manusia dan otak bertindak balas semula.Begitu?” Hadif mula memahami serba sedikit.Hairuddin tersenyum dan menggangguk tanda mengiyakan kenyataan Hadif.
“Secara tidak langsung, peralatan ni sebenarnya memanipulasi sel-sel otak manusia dan diterjemahkan kepada satu paparan yang akan ditayangkan pada mata si pemakainya sahaja.Itu juga salah satu daripada fungsi Brainlink. Apa sahaja maklumat akan diterjemah dan dipaparkan pada mata si pemakai.” Ternyata Hairuddin lebih arif mengenai arus kemajuan teknologi yang terlalu maju itu.
Akal fikiran Hadif menerawang.Membayangkan kemajuan teknologi yang terlalu maju menjadi punca kejatuhan ketamadunan manusia itu sendiri.Teknologi yang dimajukan seharusnya menjadikan tugas-tugas manusia menjadi semakin mudah dalam kehidupan sehari-hari namun kerana itu jugalah manusia menjadi semakin malas untuk berusaha dan lebih kurang berfikir.Segala-galanya hanya bergantung kepada peralatan dan teknologi.Ia antara bibit-bibit awal kejatuhan ketamadunan manusia.
“Siapa yang mencipta alat Brainlink ni? Terlalu maju sehingga wujud peralatan digital yang mampu memanipulasi otak manusia.” Hadif sekadar bermonolog namun didengari oleh Hairuddin.
“Saya kurang periksa siapa pencipta asalnya.Ia telah wujud sekian lama malah ada cerita-cerita yang pelbagai versi tentang siapa pencipta asal Brainlink.Secara sahihnya, tiada siapa yang tahu.” Hairuddin sejujurnya mengakui.
“Tapi bagaimana Hyperserv boleh berhubung dengan alat ni? Bagaimana pula minda manusia boleh masuk ke dalam dunia tu?” Hadif terlonjak sifat ingin tahunya.
“Hyperserv sebenarnya adalah sebuah pangkalan data gergasi atau nama panjangnya Hyper Server.Ia merupakan satu pangkalan data yang membentuk sebuah dunia baru di dalamnya.Mewujudkan sebuah dunia baru tanpa dihuni oleh sesiapa.Untuk membolehkan manusia masuk ke dalam dunia digital secara berjasad ternyata mustahil.Tubuh kita berjasad sedangkan dunia itu berbentuk digital.” Hadif mendengar dengan tekun.Hairuddin menyambung lagi.
“Dengan menggunakan kemudahan Brainlink, ianya menjadi tidak mustahil.Pangkalan data Hyperserv disambungkan terus ke sistem operasi induk utama.Dalam masa yang sama, Brainlink juga menggunakan cara sistem yang sama iaitu berhubung dengan sistem operasi induk utama.Jadi, Brainlink dijadikan pengantara.Untuk menghubungkan minda manusia masuk ke dalam dunia digital itu.Secara fizikalnya, jasad kita masih disini.Hanya minda kita dibawa pergi masuk ke dalam dunia itu.” Hairuddin tidak jemu untuk memberi penjelasan kepada Hadif.Ternyata dia sangat arif tentang dunia itu.
“Jadi, Brainlink ni sekadar jambatan sahaja.Menghantar gelombang minda masuk ke dalam Hyperserv tanpa berjasad.” Hadif mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami.Hairuddin bersikap lebih matang.Dia sudah masak benar dengan dunia itu.Malahan tiada siapa yang tahu sejarahnya dengan dunia itu.Hanya dirahsiakan.
“Setiap apa yang manusia cipta itu mempunyai kelemahannya, Hadif.Ilmu dan ilham untuk mencipta juga cuma secebis dari ilmu Allah yang Allah pinjamkan untuk sementara.Ciptaan Allah jualah yang terbaik tanpa cela.Sebaik-baik kejadian makhluk adalah kita.Manusia.” Hairuddin menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.Hadif seakan terpempam.Rasa terpukul dengan teguran halus itu.Dia terlalu mengagumi ciptaan manusia sehingga terlupa bahawa Allah menciptakan manusia sebagai makhluk yang sebaik-baik ciptaan-Nya.Memang tidak dapat dinafikan mahupun disanggah lagi.
Irfan mendapatkan mereka berdua.Wajahnya sugul.Hairuddin dan Hadif kehairanan.Kelihatan Zie sudah terduduk di sebuah kerusi tidak jauh dari meja kawalannya.
“Irfan, ada apa-apa yang tidak kena?” Hairuddin mendahului dengan pertanyaan.Irfan menggelengkan kepala.Ada sesuatu yang memberati akalnya kala ini.
“Gabungan sistem hacker dan sistem I.R.I.S....gagal.” Perlahan-lahan Irfan meluahkan.Hadif kelihatan terkejut.Setahunya sistem hacker bukan calang-calang.Keupayaan sistem itu membatasi sistem yang lain.Gabungan dengan sistem I.R.I.S tidak membuahkan hasil memberikan seribu tanda tanya.Ada dua kemungkinan.Sama ada kedua-dua sistem itu sudah dapat digabung namun gagal menembusi Hyperserv atau kedua-dua sistem itu tidak dapat digabung langsung kerana tidak sesuai pada kod asasnya.
“Apa pilihan yang kita ada?” Hadif bersuara.
Irfan beralih pandangan ke arah Hadif dan dikalih seimbas pada Hairuddin.Hatinya berat dan terasa kecewa yang teramat.Usahanya menjadi sia-sia.
“Tiada apa.Kita hanya bergantung harap kepada mereka di dalam sana.”Irfan seolah-olah putus asa.
“Tapi Ilyas, Marshall dan Elizia boleh masuk menggunakan sistem teleport. Merentas ke dunia itu tanpa masalah?” Hadif masih tidak berpuas hati.
“Benar tapi hasilnya tetap sama pada penghujung.Mereka tetap...tidak boleh keluar.Untuk masuk, terdapat pelbagai cara tapi untuk keluar...” Irfan tidak menghabiskan ayatnya.Hairuddin dan Hadif memahaminya.Mereka perlu menyelesaikannya sendirian.
Mereka menyepi.Sekadar suara hati yang bergumam.Jasad-jasad sahabat mereka masih disini sedangkan minda mereka menerawang masuk ke dalam Hyperserv.163Please respect copyright.PENANAKxmaey4YLk
[To be continued >> Server 33]
ns 15.158.61.17da2