Letrai Bay, La Brecha, HyperServ
143Please respect copyright.PENANAtWQgYnp3K8
Suasana pagi itu indah seperti kebiasaannya.Perkampungan ini tidak ubah seperti perkampungan yang ada di dunia realiti. Corak kehidupan masyarakat disini juga mengikut adat dan istiadat mereka tersendiri namun tidak keterlaluan. Lebih kepada corak kehidupan di timur dunia realiti.
Seawal pagi lagi Yazaid sudah keluar menuju ke bibir pantai. Kakinya menginjak-injak pepasir pantai yang halus. Dia termenung jauh. Beberapa hari yang lalu, dia bersama Elsa berlatih bersama-sama untuk menajamkan teknik-teknik penggunaan kuasa system call yang diasaskan sendiri oleh Kapten Zayyan lalu diturunkan kepada Elsa, satu-satunya anak gadisnya. Kini, Yazaid sudah mempelajari beberapa teknik baru dari Elsa. Hari ini mereka tidak berlatih memandangkan latihan yang berterusan tanpa henti sejak mereka berdua memulakan latihan tempoh hari.
“Teknik System Call diasaskan sendiri oleh ayah saya.” Satu suara menyapa dari belakang Yazaid. Oleh kerana terkejut dari lamunannya, Yazaid terjelepuk jatuh ke dalam air laut kerana tersadung. Elsa menghampiri dan membantu Yazaid bangkit sambil tertawa melihat ulah Yazaid. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di bibir pantai ketika ini.
“Awak ni pun satu. Bagi lah salam dulu kalau iya pun nak datang mengejut. Habis basah baju saya.” Yazaid mengibas-ngibas bajunya yang basah.
“Maaf. Saya tak sengaja.” Elsa tersipu sendiri. Perwatakannya jauh berbeza ketika pada mula-mula gadis itu mengenali Yazaid. Kini dia lebih mesra dan lebih mudah untuk berinteraksi dengan Yazaid memandangkan lelaki itu adalah anak muridnya ketika ini.
“Saya nak tanya, macam mana system call ni berfungsi? Maksud saya, saya tak ada apa-apa elemen tapi saya dapat mengaktifkan system call. Mungkin awak boleh sebab awak semua berasal dari dunia ini tapi saya...saya manusia biasa yang datang dari dunia realiti.” Yazaid tertanya-tanya akan persoalan itu namun Elsa hanya memandang Yazaid tanpa menjawab pertanyaan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di hati Yazaid.
“Eerr.. kenapa awak tengok saya macam nak makan orang?” Yazaid menjauhkan dirinya sedikit dari Elsa.
“Awak ni langsung tak sama macam dia.” Elsa masih memandang ke arah Yazaid. Lelaki itu mengerutkan dahinya kehairanan dengan ayat penyata yang terbit dari bibir Elsa.
“Dia? Siapa?” Yazaid kebingungan. Itu bukanlah jawapan yang dia mahukan.
“Rayfall. Guru awak.” Ringkas Elsa membalas.
“Oohh..dia genius.” Yazaid melemparkan pandangan jauh ke arah lautan yang terhampar luas.
“Rayfall dan ayah saya suatu ketika dahulu berkawan baik. Mereka yang membuka perkampungan ini. Rayfall mencipta satu teknik tempur baru. Pada asalnya ianya tiada nama.Teknik yang memanipulasi aura dan data elemen-elemen yang ada disekeliling kita sekarang ni untuk dijadikan senjata.Memanipulasi aura elemen tersebut mengikut kehendak kita.” Panjang lebar Elsa menyambung kisahnya. Yazaid tekun mendengar.
“Dan kemudian teknik itu ditambah baik oleh ayah saya dengan menggunakan pelbagai istilah sebagai kod. Hasil gabungan kod dan teknik memanipulasi aura elemen, hasil yang kita mahukan menjadi lebih padu dan hebat.” Elsa menyambung tanpa jemu.
“Kod? Manipulasi elemen?” Yazaid semakin bingung sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Elsa sekadar tertawa kecil. Benar, bukan mudah untuk memahami istilah tersebut lebih-lebih lagi oleh manusia biasa seperti Yazaid dan lainnya.
“Kod itu bertujuan untuk memberi fokus kepada otak terhadap apakah hasil yang kita mahukan. Mudah kata, kod itu adalah nama. Manipulasi elemen pula datangnya selepas kita menyebut kod tadi. Dengan berpandukan kod tersebut, tubuh kita akan mula memanipulasi elemen jenis apakah yang akan digunakan untuk dimanipulasi.” Elsa meneruskan hujahnya.
“Berapa jenis elemen ada disekeliling kita ni?” Yazaid mahu mengetahui lebih lanjut tentang teknik aneh itu. Dia mahu mempelajarinya juga.
“Banyak. Pelbagai jenis aura elemen yang berada disekeliling kita dan kita mampu untuk memanipulasikannya dengan berpandukan kod tersebut. Dan selepas dikaji semula, ayah saya mendapati hasilnya masih belum memuaskan. Jadi, Rayfall dan ayah saya mencuba satu kod induk yang perlu disebut pada permulaan sebelum kod nama. Ia bertujuan untuk mengaktifkan aura manipulasi elemen yang ada di dalam tubuh kita.” Elsa tersenyum memandang Yazaid yang kelihatan kehairanan. Dia beanr-benar mahu mempelajari teknik baru itu.
“Wow..teknik yang bagus. Boleh saya mempelajarinya?” Yazaid membuat mimik muka yang bersahaja.
“Awak ni agak lambat tangkap juga kadang-kadang yaa.. Ayah saya dan Rayfall menamakan teknik manipulasi elemen ini sebagai System Call. Teknik yang awak sedang pelajari ini.” Elsa tergelak kecil. Membulat anak mata Yazaid. Mati-mati difikirkannya itu adalah teknik baru selain teknik yang dipelajari olehnya.
“Eerr...Ohh..baik..baik.. Cuma kod-kod yang disebutkan itu cuma sekadar pengaktifan sahaja ya?” Yazaid cuba untuk memahaminya lebih mendalam.
‘Ya. Kod-kod yang disebut itu sebagai pengaktifan aura dari dalam tubuh kita.Tengok ni.” Elsa berganjak sedikit menjauhi Yazaid dan menghadap ke arah lautan. Yazaid menumpukan sepenuh perhatiannya.
Elsa mengunjurkan tangan kanannya ke hadapan dengan telapak tangannya ke bawah.Kaki kanannya diunjur ke hadapan dan kaki kirinya menongkat tubuh ke belakang Kepalan genggaman tangan kiri berada di paras pinggang. Elsa cuba untuk menumpukan sepenuh perhatian.
Yazaid melihat dengan teliti. Menurut pembelajaran Yazaid, cara berdiri yang dilakukan oleh Elsa ini merupakan salah satu daripada teknik impak yang besar dan berat.
“System Call..Fluctus Magni!” Sebaris kata disebut oleh Elsa lalu tangan kanan Elsa digenggam dan dihayunkan ke atas sekuat hatinya. Tidak semena-mena, air laut yang kelihatan tenang tiba-tiba sahaja bergelora kuat dan seolah-olah satu letupan dari dasar laut meletus menggegarkan bumi. Yazaid tercengang dan mulutnya ternganga menyaksikan kejadian itu.Air laut yang bergelora membentuk ombak yang sangat besar dan terlalu tinggi membentuk seakan-akan tembok air yang memanjang dari timur ke selatan.Pergerakan air itu bergerak ke hadapan menjauhi pantai. Letusan air itu memercikkan titisan air seakan hujan yang lebat di pantai. Buat sekian kalinya ianya membasahi wajah Yazaid yang tercengang.
“Sebutan System Call yang pertama ialah untuk mengaktifkan gelombang otak untuk tubuh melakukan teknik ini. Itu adalah kod induk. Sebutan ‘Fluctus Magni’ merupakan kod elemen. Dimana kod ini memberi arahan kepada tubuh untuk memanipulasi elemen yang terpilih. Dalam kes ini, tubuh akan memanipulasi elemen air kerana teknik ini adalah untuk menghasilkan letusan ombak besar. Tak ada air, tak menjadi.” Elsa tersenyum manja memandang anak muridnya yang masih tercengang melihat kehebatan gurunya. Seorang gadis mampu meletuskan ombak besar dengan sekelip mata. Dahi Yazaid berkeringat.
“Awak...awak...letupkan laut.” Yazaid terketar. Air ombak yang disaksikannya sebentar tadi benar-benar menggugat egonya jatuh runtuh ke bumi.
“Itu perkara biasa jika awak gunakan teknik System Call.” Elsa kelihatan bersahaja.
“Yazaid! Elsa!” Satu suara menyapa dari kejauhan. Lantas Elsa dan Yazaid memandang ke arah suara itu secara hampir serentak. Kelihatan Elizia, Ilyas dan Marshall terkocoh-kocoh berlari mendapatkan mereka berdua yang berada di pesisiran pantai.
“What happen? What happen?” Marshall melihat-lihat persekitaran dalam keadaan bersiaga.Bimbang ada musuh yang menyerang.
“Ada musuh ke?” Ilyas pula yang terlihat-lihat sekeliling mereka. Elsa tergelak kecil. Yazaid pula meraut wajahnya yang basah.
“Relax, guys. Tak ada apa-apalah. Elsa tunjukkan aku teknik System Call yang baru.” Yazaid cuba untuk menenangkan sahabat-sahabatnya. Dia mendekati Elizia yang kelihatan agak cemas.
“Fuhh..aku ingatkan bom meletup.Aku pun pelik.Bila meletup je keluar air hujan.Bom hujan ke?” Marshall cuba menenangkan dirinya yang panik sebentar tadi.
“Ok..ok.. sekarang ni Kapten Zayyan panggil kita semua datang menghadap di dewan mesyuarat. Katanya ada perbincangan penting.” Ilyas menyampaikan berita itu.
Jarak diantara persisiran pantai dengan dewan mesyuarat tidaklah terlalu jauh. Ianya cuma mengambil masa beberapa minit untuk sampai ke sana. Dewan mesyuarat ialah dewan dimana tempat pertama kali Yazaid dan Elsa bertemu.
Setibanya disana, Kapten Zayyan sudah pun berada di kerusi paling hadapan meja panjang itu. Dikiri dan kanan Kapten Zayyan kelihatan Leo dan Tyrel sedang berbincang tentang sesuatu. Yazaid dan lainnya mula mengambil tempat masing-masing.
“Baik, Yazaid dan sahabat yang lainnya. Kalian dengar sini baik-baik.” Nada suara Kapten Zayyan kedengaran agak tegas.
“Bagi sesiapa yang mahu menuju ke Grotte Bardtan, mohon dilupakan hasrat itu. Kalian perlu menuju ke satu kawasan yang agak jauh dari sini dengan seberapa segera.” Kapten Zayyan memberi arahan. Yazaid tercengang.
“Aku dapat merasakan satu kuasa yang jauh lebih ampuh muncul dari dalam Grotte Bardtan. Dan aku mahu kalian pergi ke satu lokasi yang paling selatan di daerah paling barat Grand Southgate ni. Disana, ada sebuah gua yang menempatkan satu batu kristal bernama Master Orb. Segala rahsia penciptaan dunia Hyperserv terkandung di dalamnya.” Kapten Zayyan menghamparkan sebuah peta yang agak besar Jarinya menunjukkan pada bahagian paling selatan daerah Fin Del Mundo dimana terletaknya Master Orb yang dimaksudkan.
“Master Orb hanya boleh diakses oleh dua orang A.I sahaja di dunia ini iaitu Leo dan Kirin. Leo berada disini dan Kirin masih belum dapat dijejaki. Jadi, kalian perlu berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan terus ke kawasan Master Orb dan pertahankan Master Orb walau apa jua berlaku. Satu kumpulan lagi akan menjejaki Kirin untuk dibawa ke Master Orb. Faham?” Kapten Zayyan memberi arahan yang agak ringkas namun padat dengan informasi.
“Macam mana dengan pecahan kumpulan?” Yazaid bertanya.
“Yazaid, Elsa dan Leo satu pasukan akan terus ke Master Orb. Tyrel,Ilyas dan Marshall akan mencari Kirin di daerah yang sama iaitu Fin Del Mundo.Cari di kaki-kaki pergunungan dan cari pokok yang paling besar diantara pokok yang lainnya.” Kapten Zayyan seolah-olah dapat meneka dengan tepat lokasi Kirin meskipun tiada siapa yang memberitahunya.
Perbincangan itu dilanjutkan selama beberapa jam sebelum ianya ditamatkan bagi persiapan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan perlu mendapatkan bantuan dari bangsa-bangsa Letrazie yang lain untuk sokongan. Lalu mereka berpecah kemana-mana untuk mencari sumber. Bangsa-bangsa disini cukup terkenal dengan kehandalan mereka dari segi bidang ilmiah termasuk geografik struktur muka bumi disini. Mereka merupakan salah satu daripada bangsa yang sangat maju dari setiap aspek memandangkan perkampungan mereka merupakan salah satu tempat persinggahan dan diasaskan pencipta Hyperserv suatu ketika dahulu, Rayfall.
Yazaid bersama-sama Elizia menuju ke arah sebuah bangunan yang agak besar dan mempunyai rekaan yang agak aneh. Elizia melangoikan kepalanya melihat-lihat struktur bangunan itu yang dianggap pelik baginya. Bumbungnya kelihatan agak mencondong ke kiri seolah-olah ianya tidak distruktur dengan baik dan banyak lagi rekaan-rekaan aneh pada bangunan itu. Mereka berdua masuk ke dalam menuju ke ruang utama yang agak luas dan terdapat satu meja kayu berwarna keemasan berada di tengah-tengah ruangan utama itu.
“Oh, kamu berdua. Yazaid dan Elizia. Betul? “ Seorang gadis yang kecil molek menyapa mereka. Gadis itu mempunyai telinga yang bukan kebiasaan.Telinga meruncing ke atas seolah-olah tajam pada bahagian hujungnya. Yazaid dan Elizia duduk berhadapan dengan gadis kecil itu setelah dipelawa untuk duduk di kerusi kayu yang disediakan.
“Jadi, ini adalah House of Destructive?” Tegur Elizie. Matanya menerawang mengitari persekitaran dalam bangunan yang besar itu. Batang-batang paip menjalar di seluruh dinding-dinding bahagian dalaman bangunan ini.Kelihatan beberapa peralatan mekanikal yang bergerak-gerak seperti dipacu oleh sebuah mesin.Desiran wap bersilih ganti.
“Ya. Ini adalah House of Destructive.Dan awak, Elizia akan berada di sini untuk membantu mempersiapkan peralatan untuk mereka berangkat nanti.” Gadis itu menerangkan secara ringkas sambil tangannya menyelak-nyelak halaman buku yang agak tebal di hadapannya.
Setibanya disebuah halaman, gadis itu menghentikan pergerakannya dan menudingkan jari ke arah muka surat tersebut. Yazaid dan Elizia menjengah ke arah muka surat yang ditunjukkan. Kelihatan ianya sebuah peta benua ini. Jari gadis itu menunjukkan ke arah peta bahagian paling selatan di dalam benua Grand Southgate ini di mana terletakkan Master Orb. Berdekatan dengan lokasi itu, terdapatnya sebuah gunung yang agak tinggi megapai langit.
“Disini terletaknya Master Orb. Dan ini..” Jari gadis itu dialihkan ke arah sebuah gunung yang disimbolkan lebih besar berbanding simbol-simbol gunung yang lain di dalam peta.
“..Ini adalah Mountain of Guardian. Atau lebih ringkas dipanggil sebagai M.O.G. Disini terletaknya marabahaya yang lebih mengancam nyawa apabila penjaga disitu diaktifkan secara tidak sengaja.Atau dalam erti kata mudah, ianya adalah bencana.” Gadis itu memaniskan rona wajahnya seolah-olah ancaman yang diperkatakan olehnya seolah-olah perkara kecil baginya sedangkan tahap bahayanya adalah setaraf dengan bencana.
“O..Ok.Jadi?” Yazaid kelihatan bingung. Elizia semakin kehairanan.Wajah gadis itu sentiasa manis tanpa kenduran.
“Kapten Zayyan telah berbincang dengan saya lebih awal. Elizia, awak akan bersama saya disini untuk mempersiapkan dan mengubahsuai peralatan yang mereka akan gunakan. Yazaid, awak akan menguji setiap peralatan yang kami hasilkan untuk memastikan keberkesanannya.Jelas?” Wajah gadis itu bersahaja dalam senyuman. Yazaid dan Elizia tercengang. Mereka semakin bingung.
“Oh,Kapten!” Gadis bingkas berdiri sambil matanya memandang kebelakang.Lantas Yazaid dan Elizia menoleh ke belakang mereka.Kelihatan Kapten Zayyan menapak masuk menuju ke arah mereka. Setiap pergerakan Kapten Zayyan menghasilkan aura yang cukup mengerunkan dan terasa hawa bahang dari setiap langkahnya. Yazaid menelan liurnya. Wajah Kapten Zayyan sahaja mampu melunturkan semangat juang musuhnya.
“Saya meletakkan Elizia di posisi sokongan memandangkan Elizia tidak berupaya untuk bertempur.Namun tugasnya hanya sekadar untuk membantu Skitty menyiapkan peralatan tempur kamu semua.” Kapten Zayyan ringkas menerangkan.
“Skitty? Comelnya nama.” Yazaid tergelak kecil mendengar nama ‘comel’ itu namun gelak kecilnya terhenti apabila dia dapat merasakan bahang kegerunan dari balik belakang tubuhnya. Dia mengerling ke belakang.Wajah gadis comel yang awalnya sangat manis berubah menjadi menggerunkan bagi sesiapa yang memandangnya.Matanya merah menyala membara-bara sehingga mengeluarkan debu-debu bara api.Kawasan persekitaran berdekatan dengannya bergegar kecil seolah-olah ada sesuatu yang sangat besar berada di bawah bumi.
Yazaid dan Elizia terketar-ketar namun tidak pada Kapten Zayyan.
“Skitty? Relax...” Renungan Kapten Zayyan mengendurkan keadaan. Gadis yang bernama aneh itu mula tenteram dan memaniskan wajahnya semula seperti sediakala. Yazaid dan Elizia terketar-ketar. Jauh disudut hati, mereka tidak akan memperlekehkan keperibadian seseorang lagi hanya dengan memandang dari luaran. Boleh jadi luaran hanya ilusi yang membingungkan dan mengelirukan terutama bagi pihak musuh.
“Yazaid! Kamu akan menguji kesemua peralatan yang direka dan dinaiktaraf oleh mereka berdua memandangkan kamu mempunyai pengetahuan yang lebih luas dari aspek pengujian mekanikal. Untuk memastikan keampuhan peralatan, kamu perlu menguji dari setiap aspek termasuk keberkesanan dan keupayaan peralatan itu, faham?” Kapten Zayyan menyusun atur pasukan mereka supaya lebih tersusun dan pergerakan mereka menjadi lebih kemas dalam posisi tersendiri. Yazaid dan Elizia mengangguk tanda faham.
“Jadi, kita mulakan sekarang.Elizia, sila ikut saya ke bahagian mekanikal.Mari!” Gadis bernama Skitty berulah kebudak-budakkan.Dia melompat turun dari kerusi dan mengilaskan tubuhnya ke belakang seolah-olah melakukan aksi akrobatik.Dia berjalan dengan berlenggang sambil diekori oleh Elizia tanpa banyak membantah.Elizia masih kecut perut akibat keceluparan mulut Yazaid sebentar tadi.
“Yazaid, ikut saya.Sementara mereka mempersiapkan peralatan kamu, kamu juga perlu mempersiapkan diri kamu dan pasukan kamu.” Kapten Zayyan menapak keluar dari bangunan itu diekori oleh Yazaid tanpa banyak kerenah. Akal fikirannya ligat berfikir. Setiap individu mempunyai peranan masing-masing dalam melaksanakan tugas tersendiri dan setiap dari mereka melaksanakannya dengan serius tanpa banyak kerenah. Ternyata ini merupakan pertempuran yang agak sengit. Pertempuran yang bakal meragut nyawa jika tidak berhati-hati dan melaksanakannya dengan sambil lewa. Dia perlu mempersiapkan dirinya memandangkan dikalangan mereka terdapat perkumpulan yang datang dari kalangan manusia biasa yang tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dan kelebihan berbanding penghuni-penghuni yang berasal dari dunia ini. Mereka perlu lebih bersiaga sebaiknya tanpa berlengah.
143Please respect copyright.PENANAlh8r8MQnoz
>>Bersambung Server 53
ns 15.158.61.17da2