SERVER 1 : BEGINNING
“Apabila manusia mencipta dunia.Manusia itu sendiri tidak sempurna namun sebaik-baik makhluk ciptaan-Nya adalah manusia yang mudah alpa kepada-Nya.”
674Please respect copyright.PENANA9wfmJWTvin
Belantara itu seperti biasanya.Sunyi dan menenangkan. Seluruh marga haiwan yang berpenghuni disitu dipagut lena dalam berjaga. Kabus malam menyelubungi kawasan belantara itu menghasilkan bayu malam yang dingin.
Namun dalam ketenangan itu terdengar sayup-sayup hayunan langkah kaki berderap dengan pantas. Daun-daun malar dikuak dengan kasar seolah-olah ada mahkluk yang berlari merentas hutan di dalam pekatnya kegelapan malam belantara ini.
Disebalik belukar itu muncul seorang lelaki yang termengah-mengah. Anak matanya melilau mencari perlindungan. Dia harus menyelamatkan diri. Dia sedang diburu oleh sesuatu. Sesuatu yang akan menghambat nyawanya. Lelaki itu mengatur langkah lebih deras. Hayunan lariannya semakin pantas. Nafasnya semakin tercungap-cungap meminta udara yang lebih banyak. Tersilap perkiraan, maut bakal menjemputnya. Semestinya perkataan ‘maut’ itu sahaja sudah cukup mengetarkan hati menggugurkan jantung. Keringat bercucuran tanda tubuh sedang berhempas-pulas mengikut kehendak akal yang mahu menyelamatkan diri dari hambatan maut.
Dia mengibas seluruh dedaunan itu. Menguak kasar daun dan dahan kayu yang merimbun rendang. Calar-balar dan luka pada tubuh dan tangannya tidak dihiraukan. Nyawa yang difikirkan dikala ini. Anak matanya galak mencari tempat perlindungan. Sesuatu yang mengejarnya semakin menghampiri. Sesuatu yang lebih besar darinya. Lebih ganas. Lebih buas.
Lelaki itu tiba di satu kawasan yang merimbun dan berpokok besar. Dia dapat mengamati persekitaran dalam keadaan samar-samar berpandukan cahaya bulan yang berbalam-balam. Mujur bulan mengambang pada malam ini.
Dia bersembunyi dibalik lekuk akar kayu pokok yang besar. Dia merasakan sesuai untuk bersembunyi. Lelaki itu berusaha menyembunyikan nafas kasarnya yang mengah. Cuba menahan dan tertahan-tahan.
Sayup-sayup kedengaran dedaunan dikuak dengan kasar. Anak mata lelaki itu meliar memerhatikan sekeliling dari balik persembunyiannya. Derapan langkah itu semakin kuat menghentak bumi.Ternyata musuhnya itu lebih besar darinya.
Tiba-tiba seekor makhluk yang besar muncul dari balik rimbunan hutan itu. Makhluk itu lima kali ganda lebih besar darinya. Berkepala lembu dan berbadan manusia. Sepasang tanduk yang meruncing tajam namun tanduk disebelah kanannya lebih pendek kerana terpatah akibat pertelingkahan. Anak matanya merah menyala galak mencari mangsanya. Diperhatikan sekelilingnya dengan nafas yang mendengus-dengus.
Makhluk itu kelihatan sungguh buas. Dari cara pemakaiannya kelihatan seperti pakaian kuno zaman Roman. Ditangan kanannya kemas memegang bilah pedang katana yang tajam dan sedikit runcing dibahagian hulunya. Makhluk itu melibas pedangnya secara rambang sambil mendengus marah. Habuannya malam ini terlepas lagi. Hakikatnya bukanlah sukar untuk mencari rantaian makanan di dalam belantara nan luas ini namun hidangan didepan mata. Sedaya upaya baginya untuk mendapatkan ‘bekalan’ makanannya. Makhluk itu adalah jenis karnivor. Jenis pemakan daging. Apa sahaja yang mengamit seleranya pasti akan dilahapnya secara buas tanpa sedikit pun rasa simpati.
Makhluk itu beredar sambil anak matanya tetap galak memerhati sekeliling. Anak matanya yang merah membolehkannya melihat dengan jelas pada waktu malam. Lelaki dibalik akar pokok gergasi itu tetap membisu disitu. Membungkamkan diri dari menjadi hidangan malam makhluk itu. Nafasnya dikawal sebaik yang mungkin.
Apabila lelaki itu yakin situasi kembali tenang, nafas lega dihembuskan dengan perlahan. Terus dari kerongkongnya. Terlepas pada malam ini belum tentu terlepas pada esoknya. Dia lebih berhati-hati kali ini.
Lelaki itu segera memegang lehernya. Peranti digital berbentuk kalung leher itu masih lagi ada terlekap dilehernya. Kalung digital itu mempunyai lampu LED merah yang berkelip-kelip setiap tiga saat menandakan dirinya masih lagi didalam talian atau online.
Jarinya menekan butang hitam disebelah LED itu dan dia menyebut satu perkataan yang akan dapat menyelamatkan nyawanya dari hambatan maut belantara itu.
“Logout !
674Please respect copyright.PENANAvn3pzsry2O
Secara tiba-tiba, jasad lelaki itu bercahaya. Jasad lelaki itu berpecah dan menjadi serpihan kecil berbentuk pixel halus terawang-awang di udara. Pecahan cahaya itu semakin banyak dan jasad lelaki itu lenyap dari balik akar pokok. Lelaki itu berjaya keluar dari dunia itu.Hutan belantara itu kembali sepi seperti sebelumnya. Ketenangan di dalam belantara itu belum tentu menjamin keselamatan nyawa bagi marga hutan. Hutan ini bukanlah realiti.
674Please respect copyright.PENANAjoC7FSgW8q
Hyperserv Lab,Inderapuri.Tahun Infinity 30XX
674Please respect copyright.PENANAqhIplXst7y
Fared membuka kelopak matanya secara perlahan-lahan. Diamati sekeliling dengan deria nalurinya. Dia masih terbaring diatas katil beralaskan kain putih itu. Di kepala katil itu terdapat sebuah alat elektronik yg berhampiran kepalanya. Lantas dia bangkit dan duduk dibibir katil itu. Dia termenung sejenak berfikir-fikir. Seakan sesuatu yang bermain diminda akalnya kala ini. Sesuatu yang tidak pasti namun jalur minda itu mengitari akalnya.
“Apa yang kau menungkan tu?” Satu suara menyapa Fared yang mengelamun.
Lontaran suara itu mengejutkan rantai lamunan Fared. Dia menoleh ke arah kirinya. Mengamati panel susunan komputer di makmal itu. Dia melepaskan keluhan berat. Dia amat mengenali pemilik suara itu.
“Aku rasa aku macam kenal dengan makhluk tadi tu.Tapi aku kurang pasti.”
Ungkapan itu dilontar serendah nada dikerongkongnya. Fared terus bangkit dan menapak perlahan menuju ke arah sahabat seperjuangannya itu.
“Apa yang kau rasa? Memory Fragment? Kenapa dengan makhluk tu?”
Soalan itu terpacul dari mulut Yazaid, sahabat seperjuangan Fared semasa mengoperasikan makmal ini dalam meneruskan projek sains digital. Memory Fragment yang dimaksudkan Yazaid adalah sejenis serpihan memory pengguna atau user yang berselerakan di alam maya akibat kesilapan dalam proses dalam talian atau online sedang dijalankan kepada manusia.
“Bukan. Yang aku jumpa tadi tu bangsa Titan. Dia serang dan kejar aku. Tapi aku dapat rasa ada perbezaan pada makhluk Titan tu. Makhluk tu lain macam…”
Fared meneka-neka. Akalnya buntu. Bungkam. Melihatkan keadaan sahabatnya itu, Yazaid segera mencapai jaket hitamnya yang tergantung dikerusi besi itu lalu segera keluar dari makmal. Fared melabuhkan punggungnya ke kerusi besi itu. Dia termenung jauh. Mengingatkan akan kesilapan yang dia dan Yazaid telah lakukan. Implikasinya yang terlalu besar. Berkemungkinan ada nyawa yang bakal menjadi taruhan.
Makmal yang dioperasikan oleh Fared dan Yazaid adalah makmal Hyperserv yang berkeupayaan memindahkan minda manusia ke dalam alam maya. Hyperserv itu sendiri adalah sebuah dunia yang wujud di alam cyber. Dunia ciptaan manusia di alam maya yang serba-serbi kekurangan. Proses pemindahan minda manusia ke dalam Hyperserv dikenali sebagai online. Kalung Brainlink yang dipakai di leher Fared dan Yazaid itu adalah pengantara yang menghubungkan antara minda manusia dan dunia Hyperserv atau server yang lain. Kalung itu asalnya menggantikan telefon pintar pada masa kini tetapi ia digunakan secara menyeluruh dan meluas untuk dijadikan pengantara operasi sistem dengan memindahkan minda manusia seakan-akan manusia itu sendiri telah memasuki dunia Hyperserv sedangkan jasad yang sebenarnya masih di alam nyata dalam keadaan tertidur atau koma sementara. Dunia maya ciptaan manusia. Dunia di alam teknologi. Dunia ciptaan manusia yang serba-serbi kekurangan sedangkan manusia itu sendiri tiada yang sempurna.
Fared dan Yazaid mengusahakan teknologi makmal generasi baru dan Hyperserv ini mencipta sebuah dunia yang lain dari alam nyata. Pada masa yang sama beberapa kumpulan saintis telah pun mencuba mencipta rekaan yang hampir sama namun tiada yang berjaya. Tiada yang selengkap Hyperserv. Malahan ianya diakhiri dengan maut di alam mereka sendiri. Namun khilafnya manusia itu sendiri akhirnya akan memakan diri. Tiada manusia yang dapat mencipta dan melawan kuasa-Nya. Kesilapan yang dilakukan oleh mereka hampir meragut satu nyawa yang masih dalam keadaan koma selama tempoh beberapa ketika. Jasad itu masih terbaring lesu di dalam makmal mereka. Ianya bukanlah koma yang tanpa disengajakan.
674Please respect copyright.PENANAFsUCD7I6ZF
Dengan bantuan mesin digital khas, jasad itu terus bernyawa. Namun mindanya terawang masih terperangkap di alam Hyperserv. Mindanya bersepai dan berpecah-pecah di dalam Hyperserv. Ini menyukarkan lagi usaha Fared dan Yazaid bagi menjejaki memory minda tersebut. Tanpa minda, matilah jasad. Semestinya ini akan melibatkan kematian. Kematian di Hyperserv bermakna mati di alam realiti. Itu yang lebih merunsingkan mereka. User itu perlu sedar dalam tempoh yang terhad. Itu pun bergantung pada keupayaan jasad itu sendiri dan keupayaan mesin bantuan digital khas. Kini mereka berdua sendiri yang perlu mengerah keringat dan idea bagi menyelesaikan masalah yang mereka cipta sendiri. Sebagai taruhan, jasad sahabat mereka menjadi galang ganti.
Secara logiknya, tubuh badan manusia itu sendiri mampu bertahan sekurang-kurangnya seminggu sahaja di dalam koma mengikut istilah perubatan. Namun dengan kemajuan teknologi ketika itu, mesin khas itu mampu ‘menahan’ maut dari tubuh manusia yang koma lebih daripada seminggu. Itupun bergantung kepada keupayaan akal manusia yang berada dalam keadaan koma yang panjang. Mesin khas itu sekadar bantuan sahaja untuk memanjangkan hayatnya. Hakikatnya jika sudah ajal, tidak akan terlewat bahkan terawal. Malaikat melaksanakan perintah Allah tepat pada waktunya. Jika hanya kerana bantuan mesin atau apa sahaja yang kononnya mampu ‘memanjangkan’ usia, semuanya hanya asbab semata-mata dan ianya hanya sebagai ikhtiar sahaja. Tiada siapa pun di dunia ini yang mampu melawan takdir yang ditentukan oleh-Nya. Semuanya berjalan mengikut perancanganNya yang Maha Mengetahui dan Maha Menguasai sekalian alam.
Fared bermenung panjang. Lamunannya tidak berdinding namun haluannya hanya satu. Akalnya ligat memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah yang mereka sendiri tempah. Projek bioserver ini sebenarnya telah lama dihentikan oleh individu-individu yang terlibat didalam pembinaannya suatu ketika dahulu atas beberapa faktor yang tidak diketahui oleh mereka berdua. Kalau bukan kerana hasrat pereka asal server ini yang mahukan Yazaid meneruskan projek ini, pasti tidaklah mereka berdua melibatkan diri didalam meneruskan projek yang menentang hukum alam ini. Tambahan pula, kecenderungan minat Yazaid lebih terarah kepada bidang yang berkaitan digital dan biosains ini menarik minatnya untuk meneruskan projek Hyperserv ini yang tergendala sejak beberapa lamanya. Fared pula menyusul mengikut jejak langkah usaha Yazaid bagi membantunya merealisasikan impian pereka asal bioserver itu yang telah hilang di dalam Hyperserv dan tidak diketemui sehingga kini.
Secara hakikatnya, tiada satu pun ciptaan manusia yang cukup sempurna menandingi ciptaan-Nya. Apabila hati mulai bongkak, kononnya manusia itu mampu mencipta sejarah dengan mewujudkan sebuah dunia lain ciptaan mereka. Kononnya dunia ciptaan mereka lebih sempurna dan menjanjikan kesenangan sedangkan tanpa mereka sedari mereka sekadar menempah kesengsaraan. Berbalik pada Kitab-Nya.Itulah sebaik-baik tindakan.
674Please respect copyright.PENANAmTcSWUEwm6
Bandar Inderapuri,Tahun Infiniti 30XX
Berpuluh-puluh kenderaan tidak bertayar meluncur laju menyusuri jalan raya yang telah dibina secara bertingkat-tingkat itu. Keadaannya agak sesak kerana bandar ini sentiasa tiada kelapangan waktu dari kesibukan. Kenderaan yang menggunakan tenaga magnet sebagai medan jarak menggantikan tayar berada dimana-mana sahaja.
Hiruk-pikuk kota tetap gemuruh. Diselangi deruan dengungan enjin elektronik yang terhasil dari pelbagai bentuk kenderaan yang melalui jalan raya itu menambahkan bingitnya kota ini. Umpama bandar yang hidup pada jasadnya tetapi mati pada jiwanya. Marga kotanya sibuk dengan perihal masing-masing. Ada yang berjalan tanpa menghiraukan sesiapa disekeliling mereka. Ada juga yang berpeleseran di jalanan memerhatikan gelagat marga yang lain. Dan tidak ketinggalan juga dengan gajet canggih masing-masing.
Teknologi yang terlalu maju buat manusia leka dan alpa. Tidak ketinggalan juga kesombongan mereka. Akhirnya membinasakan ketamadunan bangsa itu sendiri. Ciptaan manusia yang memudahkan namun lebih pada memudaratkan. Menjadikan manusia itu sendiri semakin leka dan alpa. Hingga sanggup meninggalkan suruhan-Nya sedangkan Islam itu sendiri tidak akan luput selama alam ini masih ada.
674Please respect copyright.PENANAesyHc9L7TY
Jauh dari hiruk-pikuk kota, Yazaid dan seorang sahabatnya, Elizia sedang berbincang di sebuah restoran yang paling hujung dari deretan bangunan membelakangi jalan utama. Hanya segelintir penduduk sahaja yang mengetahui kewujudan restoran ini kerana terlalu banyak restoran yang dibuka di kota ini mementingkan keuntungan semata-mata. Restoran ini adalah restoran lama yang masih mengekalkan tradisi resepi ketamadunan timur. Hidangan yang serba ringkas namun cukup serat dan khasiat. Hidangan yang masih mengekalkan nasi sebagai hidangan rujinya.
‘Restoran Ray-Fall’. Nama yang agak unik untuk sebuah restoran yang menyajikan masakan makanan melayu asli namun itu adalah hakikatnya kala ini. Hanya restoran ini sahaja yang menyediakan juadah yang asli dan enak untuk para pelanggan.
Hari ini pengunjung tidak terlalu ramai namun pemilihan lokasi mereka berdua agak terperosok ke dalam. Memudahkan bagi mereka berinteraksi tanpa diganggu oleh orang lain apatah lagi ditegur sesiapa.
“Sejujurnya, awak nak buat apa dengan software ni?” Nada Elizia agak menekan.
“Saya ada perkara yang perlu diseselaikan...Perkara yang memerlukan software tu.” Bidas Yazaid bersahaja. Sengaja dia melemparkan pandangan ke arah kenderaan yang diparkir di bahu jalan itu. Lebih pada mengalihkan pandangan.
“Awak jangan tipu saya, Yazaid. Dari mata awak tu saya tau awak macam ada masalah ni. Awak cerita dengan saya. Apa saya boleh tolong?” Ternyata Elizia bijak membaca gerak regunya.
Yazaid mengalih pandangan. Menentang anak mata Elizia. Ditenung sedalamnya dengan makna yang mendalam. Ditarik nafas setenang yang mungkin dan dihembus secara mendatar. Dia tahu sahabatnya itu pasti tidak bersetuju andai mengetahui perihal sebenar yang berlaku. Elizia tetap setia menantikan jawapan dari Yazaid dengan penuh debar. Hendak atau tidak, Yazaid terpaksa berterus-terang.
“Macam ni ceritanya, Eliza. Sekarang ni saya...” Belum sempat Yazaid menghabiskan rangkap katanya, deringan panggilan dari kalung brainlink milik Elizia berbunyi menandakan terdapat panggilan dari pemanggil dari hujung talian. Elizia mengunjurkan telapak tangannya mengisyaratkan kepada Yazaid untuk berhenti sebentar. Yazaid memahami isyarat itu.
Eliza menekan butang pada kalung brainlink tersebut menerima panggilan.
Sementara Elizia sedang berbual dengan si pemanggil dari hujung talian yang tidak dikenali olehnya, Yazaid pula menekan butang pada kalung brainlink miliknya. Paparan menu utama tersiar dihadapan mata Yazaid secara hologram. Paparan itu hanya boleh dilihat oleh si pemakainya sahaja kerana paparan itu muncul pada anak mata si pemakai yang diisyaratkan oleh alat itu terus ke otak si pemakai.
Yazaid menghantar pesanan ringkas secara digital kepada Fared menyatakan dia akan pulang ke makmal agak lewat kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Dia terpaksa berbohong pada sahabatnya itu. Demi mendapatkan perisianyang diinginkan, dia terpaksa bertaruh masa.
Yazaid kembali melemparkan pandangan ke mana-mana arah yang tidak tetap. Anak matanya melilau menyelerak pandangan namun mindanya berkecamuk tentang satu perkara. Dia yang mulakan dan dia jugalah yang perlu menyelesaikan fikirnya. Terlalu banyak kesilapannya dikala usia ini. Dia masih belum bersedia untuk meneruskan operasi makmal itu namun atas nama tekadnya sendiri, dia mengambil risiko yang terlalu besar hingga menggadaikan nyawa. Untuk mengoperasikan makmal bioserver seperti itu memerlukan kemahiran sains yang lebih tinggi kerana ia akan melibatkan nyawa dan jasad manusia dalam uji kaji. Sepatutnya dia sahaja yang perlu menanggung risiko itu. Yazaid lebih menyalahkan dirinya sendiri.
674Please respect copyright.PENANAxj8XdAvLEn
Jaluran minda yang mengitari akal Yazaid kala itu bersepai dan hilang apabila bahunya disentuh. Tersentak seketika dari lamunannya yang dirasakan begitu panjang.
Yazaid berkalih pandang pada Elizia. Elizia memandang tepat pada anak matanya. Raut wajahnya tampak serius. Anak matanya dipincingkan tepat pada Yazaid. Seolah-olah mengamati sesuatu yang amat jauh. Jauh didasar hati Yazaid. Mengembur dasarnya mencari apa yang tersembunyi dan disembunyikan. Mencari yang tersirat serta tersurat lantas diikat ketat.
“Awak cakap dengan saya, jujur...Apa sebenarnya yang awak buat?”Nada Elizia agak serius tiba-tiba.
Yazaid tercengang dan bungkam. Mati kata-kata. Mungkin Elizia telah mengetahui tentang perkara itu fikirnya.
[To be Continued >> Server 2]
ns 15.158.61.44da2