Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
121Please respect copyright.PENANANMYuHCJocx
Hati ibu mana yang tidak merasa gembira disaat dia melihat satu-satunya anak lelaki yang dikurniakan Ilahi kembali pulih seperti sediakala.Ketika Hairuddin membawa Ismail pulang ke teratak mereka, Asiah menumpahkan air mata gembira yang tidak terungkap dek kata-kata.Saban hari, saban minggu dia menunggu kepulangan anaknya dalam keadaan yang selamat.Doa dititipkan setiap hari ke hadrat Ilahi tanpa lelah dan tanpa jemu.Kini, permintaan itu dikabulkan olah Allah S.W.T.Benarkan kata-kata-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
Pengalaman hitam yang telah dirasai oleh Hairuddin dan Asiah ternyata meragut separuh dari jiwa mereka ketika Ismail tidak sedarkan diri selama tempoh masa yang agak panjang.Seiring itu juga, terdapat kes-kes yang serupa dengan kes Ismail dan mereka berakhir dengan pengakhiran yang menyedihkan iaitu mereka yang tidak sedarkan diri akan kembali ke Rahmatullah. Kembali ke sisi Allah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita akan kembali. Mati itu pasti.Hidup itu...In Syaa Allah.
Mereka bertiga duduk di beranda rumah mereka sambil menikmati juadah yang telah disediakan oleh Asiah. Aroma kopi yang memikat sentiasa menjadi pilihan Hairuddin sejak dari dulu lagi manakala Ismail lebih gemarkan hidangan cucur yang dimasak oleh ibunya disulami dengan air teh yang hangat dan menenangkan.
“Mail, ayah nak tanya sikit pada kamu.” Hairuddin menghirup kopi panas sedikit demi sedikit. Ismail hanya memandang ke arah ayahnya sambil mengganggukkan kepalanya.
“Apa yang kamu lalui sepanjang kamu di sana?” Hati Hairuddin melonjak-lonjak untuk mengetahui pengalaman anak lelakinya itu sepanjang dia berada di ‘dunia sana’.Dia tidak mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang perkara itu sejak Ismail kembali sedar.Dia perlu memberi ruang untuk Ismail meraih semangat dan kekuatan tubuhnya terlebih dahulu.
Asiah hanya sekadar memandang mereka berdua bersilih ganti.Dia juga teringin untuk mendengar pengalaman anaknya ketika dia berada di sana.Asiah tahu akan latar belakang dan sejarah kehidupan Hairuddin dan akur dengan permintaan Hairuddin untuk tidak kembali mengungkit kisah lama memandangkan Hairuddin telah lama mengambil keputusan untuk bersara dan menghabiskan usianya disamping keluarga.Namun jika dilihat dari segi situasi, nampaknya Hairuddin perlu kembali ke kancah dunia digital itu untuk menyelesaikan perkara yang rumit bagi mereka yang tidak pernah mengendalikannya.
“Macam-macam jadi, ayah. Mula-mula Mail sampai dekat hutan tu, Mail memang takut sangat. Mail sorang-sorang dalam hutan. Lepas tu, Mail jumpa dengan seorang perempuan dekat hutan tu.” Ismail banyak bercerita dan banyak bercakap selepas kebangkitannya dari ‘tidur’ yang sementara itu.Bagi Hairuddin dan Asiah, ianya perkara yang dianggap pelik namun menyenangkan hati mereka. Tidak seperti sebelumnya.Ismail bukannya seorang yang gemar bercakap apatah lagi untuk bercerita.Senang kata, sepatah yang ditanya sepatah juga yang dijawab.Namun selepas Ismail bangkit dari koma, sepatah yang ditanya berpatah-patah pula yang dijawab. Satu perubahan yang agak ketara pada diri Ismail.
“Perempuan?” Hairuddin terkedu. Asiah juga mengerutkan dahinya.
“Perempuan dalam hutan?” Asiah juga tidak ketinggalan untuk bertanyakan soalan. Ianya perkara yang agak janggal dan mencurigakan jika terjumpa seorang perempuan di dalam hutan berseorangan. Ismail mengunyah cucur yang menjadi kegemarannya sejak dari dulu sambil menganggukkan kepalanya tanda membenarkan pengisahannya sebentar tadi.
“Ya, ayah.Namanya Kirin.” Membuntang mata Hairuddin apabila Ismail menyebut nama gadis itu.Ternyata dia amat mengenali tentang perihal gadis itu namun tidak pernah sekalipun mereka bersua. Perihal tentang gadis itu hanya diketahui melalui penceritaan Rayfall kepadanya suatu ketika dahulu.
“Kiri...apa nama?” Asiah mengerutkan dahinya. Baginya, nama itu kedengaran agak janggal dan boleh dikatakan agak unik.
“Kirin. Mail pun tak tahu macam mana perempuan tu boleh ada dekat hutan tu tapi kami kemana-mana memang berdua saja. Macam-macam kami lalui.” Rancak Ismail menceritakan pengalamannya sepanjang keberadaannya di dunia Hyperserv. Sesekali Asiah menjeling ke arah suaminya yang kelihatan termenung panjang.Mungkin mengimbau kembali memori lama atau mungkin lamunannya membawa seribu erti.Akalnya ligat meraih sesuatu yang tidak dapat dilihat dek mata kasar.
Dalam ketika tiga beranak itu menikmati juadah yang disediakan oleh Asiah, secara tiba-tiba muncul satu susuk tubuh yang agak kurus dari balik semak berhampiran teratak mereka.Asiah menyentuh lengan suaminya lalu menudingkan jari ke arah susuk tubuh itu.Serentak itu juga, Hairuddin dan Ismail memandang sekilas ke arah yang ditunjukkan oleh Asiah.Mereka terkejut bukan kepalang.
Susuk tubuh lelaki itu kelihatan kusut masai dan wajahnya menyerigai.Caranya berjalan dan bergerak tidak ubah seperti anjing yang kelaparan.Susuk tubuh itu menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya untuk bergerak.Wajahnya menyerigai.Liurnya berjejeran.Matanya galak memandang ketiga-tiga mangsa yang dihadapannya tidak jauh dari tempatnya berdiri. Hairuddin bingkas bangkit lalu mengarahkan Ismail dan Asiah untuk masuk ke rumah dan mengunci pintu dan tingkap untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.Hairuddin mencapai sebilah parang panjang yang berhampiran dengannya lalu menapak perlahan ke arah susuk tubuh itu. Lagak rentak langkahnya tidak ubah umpama seorang pendekar.Ismail dan Asiah hanya melihat dari dalam rumah mereka.
“Siapa kau? Apa mau kau ke mari?” Hairuddin sekadar bertanya untuk menduga.Jika pertanyaan berbalas bermakna lelaki itu masih waras dan masih mempunyai sifat manusia di dalam jasadnya.Dia mengetahui situasi genting yang berlaku ketika ini dimana beberapa penduduk mula bersikap aneh dan berperwatakan seperti binatang buas.Puncanya masih disiasat oleh anggota keselamatan dan pihak Hyperserv sendiri.
Tiada jawapan balas dari lelaki itu.Hanya deraman dan pandangan tajam berbinar menyoroti anak matanya memandang ke arah Hairuddin.
Tanpa sebarang amaran, lelaki itu mula bertindak.Tubuhnya dilonjakkan ke hadapan menerkam Hairuddin.Kuku tajamnya tumbuh serta-merta.Tajamnya umpama belati.Hanya sekali libasan sahaja maka robeklah daging-daging dari tubuh musuhnya.
Hairuddin juga pantas mengelak.Kecekapannya dalam bertempur juga bukan calang-calang.Cuma mungkin usianya yang semakin tua yang membuatkan dia cepat mengah dan hilang stamina dalam tempoh masa yang singkat dan terhad.
Cantasan parang mula mencari sasaran namun cantasannya hanya melibas angin.Lelaki itu juga cekap mengelak dari dilibas oleh parang dari Hairuddin.
Apabila kaki lelaki itu mencecah tanah, sekali lagi lonjakan dilakukan namun kali ini lonjakannya tinggi ke udara. Wajahnya semakin menyerigai.Hairuddin bersiaga.
Terkaman bilah kuku tajam lelaki itu tersasar lagi apabila Hairuddin pantas mengelak namun tindak balas dari lelaki itu juga ampuh.Dia melibaskan tangannya ke arah Hairuddin apabila serangan pertamanya tidak mengena sasaran.Libasan kedua ini mengena.
Lengan kanan Hairuddin luka akibat libasan serangan balas dari lelaki itu.Hairuddin mengerutkan wajahnya.Bisa dari luka itu bukan kepalang.Seolah-olah bilah kuku yang tajam itu umpama telah disebatikan dengan racun yang berbisa.Luka pada lengan Hairuddin menyengat dan berdenyut-denyut. Pegangan parang pada tangan kanan beralih ke tangan kirinya.Tangan kanannya umpama lumpuh.Terasa berat untuk dikendalikan dan mengigil-gigil. Wajah Hairuddin berkeringat.Kudratnnya tidak seampuh waktu muda dahulu.
Lelaki buas itu membaca situasi mangsanya.Dia dapat mentafsirkan bahawa mangsanya mula kehilangan tenaga dan kudrat akibat bisa luka pada lengan kanan mangsanya.Wajahnya menyerigai ganas dengan liurnya yang berjejeran.
Kali ketiga serangan lelaki buas itu semakin pantas. Lelaki itu bergerak dalam pergerakan seperti ular dipalu.Dia bergerak pantas ke kiri dan ke kanan sehinggakan pandangan mata Hairuddin tidak dapat mengekori pergerakannya yang terlalu pantas.Bisa pada lukanya terlalu pedih menyerap ke jantung. Serangan kali ini lebih berbahaya.Ia ditujukan tepat ke jantung.Hairuddin cuba untuk mengelak namun kepantasannya tidak sepantas lelaki buas itu.
Hairuddin berjaya mengelak dari serangan maut namun cantasan bilah kuku berbisa itu tidak terlepas dari sasarannya. Bidang dada Hairuddin robek.Darah memercik dari dadanya yang terkoyak akibat cantasan bilah kuku. Hairuddin terjatuh ke belakang mengerang kesakitan yang teramat dan pedih. Parang panjang terlepas dan terlontar ke belakang. Lelaki buas itu mendarat di hadapan Hairuddin dengan wajahnya menyerigai. Hairuddin menjadi kaget. Walau apa pun terjadi, dia perlu bangkit berdiri.Menentang manusia berjiwa binatang ini sehabis mungkin sehingga ke titisan darah terakhir.Dia sanggup mempertaruhkan nyawa demi keluarga yang disayangi.Hairuddin bangkit berdiri dalam keadaan lemah akibat bisa dari toresan luka pada lengan dan dadanya.Terasa bisanya mengalir ke jantung membuatkannya semakin hilang upaya.Kudratnya yang ampuh tidak sehebat dulu.
Hairuddin pernah menyaksikan peristiwa seperti ini sepintas lalu ketika dia menumpang kenderaan Hadif beberapa minggu lalu.Dia sendiri menyaksikan bagaimana manusia berjiwa binatang ini merobek-robek daging mangsanya yang dari kalangan manusia sepertinya.Tingkah laku mereka tidak ubah seperti binatang buas yang kelaparan.Dia sendiri tidak tahu akan puncanya.
Tanpa amaran, lelaki buas itu melompat tinggi untuk menerkam mangsanya yang berada di hadapan matanya.Hidangannya sudah tersedia. Hairuddin hanya mengepalkan penumpuk kirinya sebagai senjata.Parang panjang yang dijadikan senjata terlontar ke belakang tidak mungkin dapat dicapai semula ketika ini.Mulutnya sempat mengucapkan syahadah.Jika nyawanya melayang kali ini, biarlah pemergiannya dalam keadaan sebagai mukmin sejati yang mempertahankan keselamatan keluarganya.Mudah-mudahan buatnya adalah syahid.
Belum sempat bilah kuku lelaki buas itu mencecah kulit muka Hairuddin, satu tendangan padu hinggap ke mukanya lalu tubuh lelaki buas itu terpelanting jauh ke belakang dan terseret beberapa meter jauhnya.Ternyata tendangan itu bukan dari calang-calang orang.Kekuatannya boleh dikatakan agak ampuh.Namun apa yang dilihat oleh Hairuddin ternyata membejat akal fikirannya sama sekali.Dia hilang kata-kata dan hampir kurang percaya dengan apa yang dilihat.
Ismail melayang tinggi ke udara menerpa ke arah lelaki buas itu.Lelaki buas itu mengelak pantas namun kepantasan Ismail jauh melebihi lelaki itu.Sekelip mata, Ismail berada di hadapan lelaki lalu penumpuk Ismail hinggap ke wajah lelaki buas itu. Buat sekian kalinya, tubuhnya terbanting ke tanah dan terseret beberapa meter.
Hairuddin terkedu.Dia seolah-olah tidak mengenali lelaki bertubuh kecil di hadapannya itu adalah anak kandungnya sendiri.Agak aneh baginya apabila melihat keampuhan anaknya dalam bertempur di depan matanya sendiri. Sebelum Ismail koma yang panjang, Ismail merupakan anak yang pendiam. Meskipun dia mempelajari seni mempertahankan diri di kampung mereka namun pretasi Ismail tidak seampuh ini.Cukup sekadar mempelajari teknik-teknik asas selain Ismail sendiri yang mempertajamkan tekniknya. Dalam beberapa kali pertandingan, Ismail hanya meraih juara hanya sekali pertandingan sahaja.Selebihnya, persembahan Ismail tidak memuaskan dan cukup-cukup makan sahaja. Namun, Ismail yang dilihat ketika ini jauh berbeza. Pergerakannya pantas dalam sekelip mata.Setiap serangannya cukup padu dan mantap sehinggakan musuh yang menerima impak serangannya boleh terlontar jauh ke belakang. Hairuddin tidak tahu dimana logiknya perubahan drastik pada Ismail ketika ini.
Lelaki buas itu menyerang seperti ia menyerang Hairuddin tadi.Pergerakannya terlalu seperti ular dipalu.Lonjakan kaki dan tangannya ke kiri dan ke kanan.Ia membolehkan pihak musuh tidak dapat membaca gerakkannya sekali gus merentap kasar nyawa musuhnya dari jasad.
Namun Ismail jauh lebih cekap.Belum sempat bilah kuku tajam lelaki buas itu mencecah tubuhnya, dia melonjak pantas melepasi paras kepalanya lalu kaki kanannya menendang tubuh lelaki buas yang berada di bawahnya.Lantas tubuh lelaki itu tersembam ke tanah lalu terseret ke hadapan. Lelaki itu menyerigai.Anak matanya memandang ke arah Asiah yang berada di tangga rumah mereka.Dia tahu, wanita itu pastinya tidak mampu berbuat apa-apa dan kelihatan lemah. Lelaki buas itu bangkit semula lalu bergerak pantas menuju ke arah Asiah.Wajahnya semakin menyerigai.
“Kau nak pergi mana?” Sekelip mata, Ismail muncul di hadapan lelaki buas itu lalu Ismail melepaskan tumbukan yang cukup ampuh tepat ke dahi lelaki buas itu.Batang tubuh lelaki itu terlontar semula ke belakang. Lelaki itu menderam-deram di rengkongan menahan kesakitan yang teramat.Tengkorak kepalanya terasa retak.Darah merah pekat mula mengalir dari hidung dan mulutnya.
Ismail tidak berhenti.Tangan kanannya mengenggam sebilah parang panjang dan berkilau yang digunakan sebagai senjata oleh Hairuddin sebentar tadi. Seolah-olah tanpa rasa takut mahupun simpati, libasan parang yang dihayun oleh Ismail memisahkan kepala dan badan lelaki buas itu. Darah merah pekat memercik merebak ke tanah.
Tubuh tanpa kepala lelaki buas itu rebah ke tanah dan kepalanya tergolek tidak jauh dari situ.Ismail sekadar berdiri memerhati jasad tidak bernyawa itu.Sorotan pandangan matanya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi takut mahupun gentar.Matanya berbinar-binar dan seolah-olah mengeluarkan cahaya kebiruan.Tegaknya berdiri seolah-olah seorang pahlawan agung yang menumbangkan musuhnya yang cukup ampuh.
Tidak semena-mena, Ismail semakin longlai dan rebah ke bumi.Ismail pengsan dan tidak sedarkan diri.Hairuddin pantas mendapatkan tubuh Ismail lalu didukung untuk diletakkan di atas beranda sementara Asiah menerpa ke arah anak tunggalnya itu.Hatinya seolah-olah rasa mahu gugur melihat keadaan anaknya.Dia cukup trauma apabila Ismail berkeadaan begini.Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang kembali.
“Abang..Mail, bang.” Asiah menahan esak tangisnya yang rawan. Hairuddin menenangkan isterinya dalam keadaan dia menahan kesakitan. Lantas Hairuddin mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu menghubungi Hadif untuk memohon bantuan.
Apabila talian sudah dimatikan, Hairuddin kembali menguruskan anaknya yang tidak sedarkan diri.Tubuh anaknya dibersihkan dari percikan darah yang bukan miliknya melainkan ianya dari lelaki buas itu.
Sepanjang Hairuddin menguruskan anaknya itu, akalnya ligat memikirkan sesuatu yang aneh. Dia seolah-olah melihat sesuatu yang diluar jangkaan pemikirannya.Pergerakan anaknya itu bukanlah dari tindakan anaknya sendiri melainkan tubuh Ismail seolah-olah dikawal oleh sesuatu yang mempunyai keampuhan yang sangat luar biasa.
“Bang, tadi Mail lain macam. Dia macam bukan Mail yang kita kenal,bang.” Asiah keresahan sedari tadi.Dia menjadi bimbang apabila melihat tindakan Ismail sebegitu berani.
“Abang tahu.Itu bukan Ismail.” Hairuddin lebih mengerti akan perubahan sikap Ismail sebentar tadi.Pastinya ada sesuatu yang berlaku pada Ismail.Mana mungkin pergerakan manusia mampu menjadi sepantas itu.Itu bukanlah kepantasan manusia normal sepertinya. Hairuddin lebih banyak berdiam kata-kata tanpa membuat kesimpulan terlalu awal.Dia sendiri akan menyiasat tentang perkara ini lebih-lebih lagi ianya melibatkan tentang anaknya.
121Please respect copyright.PENANA6QPTl2NaMg
>>Bersambung Server 58
ns 15.158.61.44da2