Kaki gunung kawasan jajahan Fin Del Mundo, HyperServ
Pagi ini ternyata nyaman.Tubuh yang letih semakin pulih.Kesunyian pagi di perhutanan ini ternyata memberi satu ketenangan yang terbit di dalam jiwa.Fared beristirehat di sebuah rumah kayu milik Athelia dan Kirin beristirehat bersama bangsa Yaneko yang lain.Hanya Fared dan Ismail sahaja yang beristirehat di dalam rumah itu memandangkan hanya mereka berdua sahaja dari kalangan lelaki di dalam kawasan kediaman Yaneko ini.Agak tidak molek jika lelaki dan perempuan beristirehat di dalam satu rumah yang sama.Oleh sebab itu Kirin diasingkan.
Fared bangkit dari pembaringan.Tubuh yang sebelum ini letih dan lesu kini kembali segar dan bertenaga.Dia mengeliat.Meregangkan setiap urat sendi pada tubuhnya.Melakukan pergerakan kecil bagi melancarkan aliran darah. Sekilas dia memandang ke katil bersebelahan dengannya.Ismail masih dibuai lena berselubung.Fared menggelengkan kepala.
Lantas menapak perlahan menuju ke pintu utama lalu pintu itu ditolak.Angin sejuk berembun menerpa masuk.Menampar perlahan wajahnya.Terasa aman dan tenang sekali.Fared mengitari pandangan.Suasana sejuk dan berkabus menghiasi pandangan.Tumbuhan malar hijau berada di mana-mana.Kedudukan mereka tinggi dari tanah yang menyebabkan suasana di atas puncak pokok ini begitu sejuk dan nyaman.
Fared berjalan di ruang langgar rumah itu.Laluan itu bersambung dengan rumah-rumah kayu lain yang sama aras dengannya.Untuk turun ke bawah, ia memerlukan kemahiran bergayut dan menggelongsor ke bawah.Untuk naik ke atas pula, ia memerlukan lif dengan pemberat.Apabila pemberat itu turun ke bawah, kurungan yang berfungsi sebagai lif itu akan naik ke atas.Untuk menghentikan pada aras yang dikehendaki, ia memerlukan kemahiran menggunakan tuil khas.Fared naik ke rumah kayu milik Athelia ini pun dengan bantuan seorang bangsa Yaneko.
Fared melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kayu yang berbentuk memanjang.Memerhatikan kawasan perhutanan yang seluas benua itu.Amat mudah untuk menikmati pemandangan jauh dari sini memandangkan dia berada pada aras tinggi sehingga melangkaui puncak pokok yang lain.Nafas ditarik sedalamnya dan ditahan seketika lalu dilepaskan rangkulan pernafasan perlahan-lahan.Terasa nyaman dan tenang.Fared menyandarkan kepalanya pada dinding kayu dan memejamkan mata.Menikmati suasana di puncak pokok dengan suhu sejuk sebegini.Sinaran mentari masih belum terik diawal pagi sebegini.
“Awal awak bangun hari ini?” Satu suara menyapa Fared.Pantas Fared berkalih memandang ke arah empunya suara tersebut.Seorang perempuan dari bangsa Yaneko menghampirinya.Cara berjalannya sangat teratur dan tertib.Sesuai dengan perwatakannya yang lembut dan wajahnya yang ayu.Sejuk mata memandang sesejuk embun pagi di puncak pokok ini.Fared tidak mengerdipkan matanya.Terpukau seketika.
“Nama saya Estrella.” Gadis itu meletakkan telapak tangan kanan ke atas dada kirinya dan menunduk hormat kepada Fared.Melihat perilaku yang sangat sopan sebegitu, Fared menjadi serba salah namun dalam pada masa yang sama dia berasa sangat kagum dengan perilaku dan adab yang ditunjukkan oleh bangsa Yaneko ini.
“Boleh saya duduk disini?” Estrella menunjukkan ruangan kosong bersebelahan Fared.Teragak-agak Fared menggangguk.Estrella tersenyum manis lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan lelaki itu.Fared menjadi tidak keruan.Dia ingat-ingat lupa wajah gadis itu.Macam pernah dilihat cuma ingatannya berbalam-balam.
“Suasana memang sejuk begini disini pada awal pagi.Kedudukan kita tinggi ke puncak pokok Tamashi ni.Kebiasaannya, memang saya seorang sahaja suka duduk disini waktu begini.Nampaknya, hari ini saya ada teman.” Estrella tersenyum manis memandang Fared.
Fared tersipu-sipu malu namun cuba mengawal reaksinya dengan baik.Dia tidak mahu kelihatan canggung di hadapan seorang gadis.Cuba mengawal macho nya.
“Awak takut tinggi ya? Gayat?” Estrella bertanya lagi.Wajah Fared kemerahan.
“Ya.Macam mana awak tahu?” Fared terpempam.Dia sendiri tidak tahu bagaimana gadis itu tahu akan kelemahannya yang tidak pernah diberitahu pada sesiapa pun sebelum ini.
“Saya perasan perubahan awak.Awak peluk saya sekuat-kuatnya dan menggigil masa malam saya bawa awak naik ke jutaku ni.” Estrella melontarkan pandangan jauh ke hadapan.Melangkau jarak yang tidak tergapai.Sekali lagi Fared terpempam.
“Awak...perempuan yang saya..berpaut tu ke?” Tergagap-gagap Fared menutur bicara.Estrella memandang sekilas sambil tersenyum.Rona wajahnya manis.
“Ya, saya.Dan awak mesti tak biasa dengan perempuan,kan?” Sekali lagi Estrella menduga dan buat sekian kalinya Fared mengakuinya.Dia memang tidak biasa berduaan dengan mana-mana perempuan sebelum ini.Perbatasan di dalam pergaulan perlu dijaga namun pada malam itu dia terpaksa mengingkarinya memandangkan hanya bangsa Yaneko sahaja yang mempunyai keupayaan untuk membawa mereka ke kediaman mereka yang jauh ke puncak pokok ini.
“Kenapa awak semua berlaku baik kepada kami bangsa manusia seperti kami? Sedangkan sebelum ini, masa kami di perkampungan pelik tu, mereka memusuhi kami.” Fared melepaskan keluhan dan persoalan yang terbuku di dalam hati.
“Bangsa kami tidak suka bermusuhan.Ia memusnahkan.Kami mengamalkan konsep Omoiyari. Kami menghormati sesama kami dan bangsa selain kami.Cara itu lebih mengekalkan keamanan berbanding bermusuhan.” Estrella ringkas berhujah.Fared menjadi kagum dengan bangsa ini.Ianya ternyata berbeza dengan bangsa Piel Roja yang gemar bermusuhan dan melakukan upacara korban yang tidak masuk akal dan semestinya melanggar hukum Islam.
“Omoi..yari?” Fared kelihatan keliru.Ada beberapa istilah yang digunakan oleh bangsa ini yang tidak difahami oleh mereka.Estrella memandang Fared dengan tersenyum manis buat sekian kalinya.Seolah-olah hati gadis itu tidak pernah merusuh walaupun dilanda masalah.Umpama langsung tidak pernah merungut walau apa pun rintangannya.
“Omoiyari...satu perkataan yang sangat ringkas namun sukar untuk diamalkan dalam kehidupan dalam seharian. Ia bermaksud pertimbangan dan tolak ansur.Juga membawa maksud sokongan.” Estrella berhujah seringkas yang mungkin namun padat dengan isinya.Fared kelihatan keliru.Estrella mengerti akan reaksi itu lalu dilanjutkan lagi hujahnya.
“Pertimbangan dan tolak ansur...Ia akan memudahkan urusan orang lain yang berselisih dengan urusan kita. Sokongan...Kita tidak mampu meneruskan kehidupan tanpa sokongan orang lain.Kita memerlukan sesama kita.Saling memerlukan dan berganding bahu.” Fared tekun mendengar.
“Sebenarnya, omoiyari penting dalam diri kita.Menjadikan kita melakukan kebaikan dan membuat kebaikan kepada orang lain. Hasilnya, kita akan mendapat kebaikan.Tidak bermusuhan, kekal keamanan.Bukan begitu?” Estrella tetap melmparkan pandangan jauh melangkau ke hadapan.Fared kagum dengan prinsip yang diamalkan oleh bangsa Yaneko ini.Meskipun mereka bukan dari kalangan bangsa manusia namun sifat dan sikap mereka wajar dicontohi dan diamalkan. Atau, mungkin tidak semua dikalangan mereka sebegitu?
“Istilah-istilah yang awak semua gunakan...bunyinya macam bahasa...” Fared berfikir-fikir sejenak.
“Jepun?” Estrella memintas.Fared pantas mengganggukkan kepala tanda mengiyakan.
“Ya, benar.Jutaku bermaksud kediaman atau perumahan.Tamashi bermaksud jiwa.Dan banyak lagi istilah yang kami gunakan.” Estrella bangkit dan menapak perlahan ke palang-palang kayu hujung lantai langgar itu.Dia menikmati pemandangan dari aras tinggi.Hutan belantara itu seluas benua.Hanya pokok ini sahaja yang bersaiz gergasi berbanding pokok-pokok di sekelilingnya.Seolah-olah pokok Tamashi ini menjadi tunjang nyawa kepada hayat pokok-pokok yang berada disekelilingnya.
Fared juga turut bangkit menghampiri Estrella dan melemparkan pandangannya menikmati suasana pagi yang hening.Burung-burung berterbangan di dalam kawanan mencari rezeki pada awal pagi.Cuma bezanya, bentuk dan rupa burung-burung disini lebih unik dan aneh.Malahan, ada juga burung yang memiliki empat sayap terbang melintasi mereka berdua.
“Kenapa awak semua banyak menggunakan bahasa Jepun?” Fared terfikir untuk bertanya.Dia memikirkannya sejak pada malam semalam.
“Pada mulanya, bangsa kami tidak bertutur dalam bahasa manusia seperti ini.” Estrella ringkas menerangkan.Fared mengerutkan dahi.Dia kurang faham apa yang dimaksudkan oleh Estrella.
“Ia bermula sejak dari awal penciptaan dunia Hyperserv ni lagi.Bangsa kami merupakan bangsa asli di perhutanan ini.Kemudian apabila Rayfall dan seorang lagi sahabatnya menemui kami, dia banyak mengajarkan kami tentang banyak perkara.Termasuklah mengajarkan kami bahasa manusia.Tetapi, dia menerapkan nilai-nilai budaya masyarakat Jepun di dalam kalangan kami iaitu Omoiyari.Kami difahamkan, Jepun adalah sebuah negara di dunia manusia yang masih kekal sehingga kini.Saya teringin mahu ke sana untuk lihat sendiri budaya mereka.Tetapi saya tahu, itu adalah mustahil.Kami disini tercipta bukan secara realiti.Kami berbentuk digital dan data sedangkan manusia adalah berjasad dan berada di dunia realiti.Pasti mustahil.” Panjang lebar Estrella berhujah.Reaksi wajahnya tetap tersenyum.Fared senang dengan kelakuan Estrella.Sejuk mata memandang.
“Jadi , awak semua pernah bertemu Rayfall?” Fared kelihatan sedikit teruja.Dia tidak sempat bertemu dengan pencipta asal dunia Hyperserv ini. Sedangkan Yazaid juga tidak pernah bertemu dengan Rayfall malahan Yazaid berusaha sendiri untuk meneruskan projek bioserver ini dengan bantuan dan seliaan Irfan.Yazaid menawarkan diri untuk bekerja di bawah seliaan Irfan apabila Hyperserv telah hampir siap dan sempurna di atas arahan Rayfall. Ini bermakna, Rayfall telah memulakan projek gila ini sejak bertahun-tahun lamanya sebelum kedatangan Yazaid.Namun, tiada siapa di kalangan mereka mengetahui salasilah saintis lagenda itu.Malahan, kemana dia menghilang pun tiada siapa yang tahu.Satu tragedi pernah berlaku suatu ketika dahulu namun dirahsiakan dan tiada siapa yang mengetahuinya.Fared sekadar menduga-duga.
“Kebanyakan bangsa-bangsa yang wujud di dunia ini berusia panjang.Malahan, peredaran waktu dunia manusia dengan dunia ini juga berbeza.Masa disini dirasakan lebih panjang dari dunia manusia.Oleh sebab itu, kebanyakan dari bangsa-bangsa disini berusia lebih panjang.Malahan, ada yang sudah berusia ribuan tahun di dunia ini.Dalam erti kata mudah, kami pernah bertemu dengan Rayfall.” Estrella gemar bermukadimah terlebih dahulu sebelum melanjutkan jawapan yang dikehendaki.Dia gemar memberikan penerangan terlebih dahulu untuk mengelakkan salah faham dan dalam masa yang sama, jawapan yang diberikan merangkumi kesemua maklumat.Fared sekadar mengganggukkan kepalanya. Baru kini dia mengetahui serba-sedikit tentang dunia yang berada dibawah seliaannya.
“Awak semua tahu kami pernah diseksa di perkampungan kejam tu?” Fared merujuk kepada tragedi di perkampungan Red Forest.Estrella sekadar mengganggukkan kepala.
“Kenapa awak semua tidak selamatkan kami?” Fared ingin mengetahuinya.
“Red Forest merupakan perkampungan yang berada di dalam sumpahan.Kami tidak mampu untuk masuk.Oleh kerana sejarah bangsanya terdahulu pernah bersengkongkol menyembunyikan Valkazar, Rayfall dan tenteranya memusnahkan dan berperang dengan perkampungan itu.Sebab itu, mereka sangat bencikan manusia.Akhirnya, tentera Piel Roja hanya berbaki sedikit sahaja yang masih hidup tetapi Rayfall melepaskan mereka namun tidak boleh keluar dari kawasan perkampungan itu.Perkampungan itu dikenakan sumpahan kurungan oleh seekor naga sumpahan lagenda.” Buat sekian kalinya Estrella berhujah panjang.
‘Naga sumpahan?” Fared kehairanan.Dia tidak pernah mengetahui tentang kewujudan spesis naga di dunia ini.Estrella tersenyum manis.
“Naga sumpahan atau naga air.Namanya...Viserhunt. Mendiami di kawasan perairan sebelah timur.Kawasan jajahan La Brecha suatu ketika dahulu.Kawasan yang paling digemari oleh Viserhunt ialah perkampungan Letrai Bay.Naga lagenda yang paling rapat dengan manusia.” Estrella ringkas memberi jawapan.
Fared terkedu.Dia langsung tidak mengetahui tentang dunia ini.Rupa-rupanya dunia ini masih banyak menyimpan rahsia yang masih tidak diselongkar.Masih terlalu jauh perjalanannya.Untuk dia mengetahui setiap rahsia yang disembunyikan oleh dunia ini memakan masa yang sangat lama dan mungkin bertahun-tahun lamanya.
Fared termenung jauh.Biar pun pada pandangan fizikal dunia ini hanya hutan belantara namun rahsia yang tersirat di dalamnya tiada siapa yang tahu akan kebenarannya.Malahan, naga sumpahan yang diperkatakan oleh Estrella juga kedengaran seakan-akan kisah dongeng dan mitos.Namun, tiada siapa yang dapat membenarkannya melainkan mereka yang pernah melihatnya sendiri.Salah satu daripadanya adalah bangsa Yaneko.Salah satu bangsa yang pernah membantu Rayfall di dalam peperangan menentang Valkazar suatu ketika dahulu dari memusnahkan dunia Hyperserv ini.Kemusnahan yang dilakukan oleh Valkazar teramat dahsyat dan mengerikan.Kemusnahan berada di mana-mana ketika itu dan ketika Rayfall memerintah, Valkazar diperangi sehingga titisan darah yang terakhir.Peperangan tidak menjanjikan kebahagiaan namun kebenaran pasti mengatasi kebatilan.
[To Be Continued >> Server 42]
ns 15.158.61.44da2