Pagi itu tidak seindah seperti zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.Ketidakbatasan teknologi melangkaui hukum alam malahan membatasi kemanusiaan sehingga membuka ruang-ruang kecil yang mampu dibolosi oleh mereka yang berniat jahat dan mahu mengambil kesempatan.Serangan di alam digital bersifat tidak fizikal dan tidak kelihatan menyebabkan rata-rata marga tidak menyedari ancaman yang sedang menanti mereka di kemudian hari.
Hairuddin bersama Asiah berehat-rehat di atas pangkin di bawah rumahnya.Anaknya Ismail telah dihantar ke satu pusat unit rawatan rapi di tengah-tengah bandar untuk dikawal rapi disebabkan ancaman dunia digital ketika ini.Anak Hairuddin bukan satu-satunya mangsa yang dalam keadaan koma misteri seperti ini.Masih lagi ada ramai mangsa yang menerima impak yang sama seperti Ismail ketika ini cuma ramai di antara mereka tidak berjaya bertahan.Kesemuanya kehilangan nyawa. Ismail satu-satunya mangsa koma misteri yang masih bertahan sehingga sekarang dan kini dikawal selia oleh satu pusat rawatan rapi yang beroperasi penuh tanpa henti bagi memantau keadaan Ismail.Hadif yang mencadangkan pusat ini kepada Hairuddin memandangkan keadaan Asiah yang semakin lemah saban hari memantau kesihatan anaknya yang masih tidak sedarkan diri.
Kasih sayang seorang ibu tidak pernah berbelah bahagi.Meskipun nyawa menjadi galang ganti, seorang wanita bernama ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri untuk kelangsungan hidup seorang anak.Hebatnya seorang ibu membatasi segalanya.
Hati mereka berdua berasa galau dan gundah-gulana.Perasaan itu terpancar pada reaksi wajah masing-masing.Hairuddin kelihatan bermenung jauh sambil menghirup kopi kegemarannya yang disediakan oleh Asiah.Selaku seorang isteri yang taat, Asiah tetap gigih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suri kepada Hairuddin dan ibu kepada Ismail.Sedikit rungutan pun tidak pernah terbit dari bibirnya malahan segala-gala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Segala-galanya adalah ujian daripada-Nya yang mahu melihat sejauh mana hamba-Nya ingat kepada-Nya.Segala-galanya pasti akan dipulangkan semula kepada pencipta alam semesta ini.
Hairuddin mencapai senaskah surat khabar yang dihantar oleh penghantar surat khabar seawal pagi tadi.Buat sementara waktu, setiap perkhabaran dihantar ke rumah-rumah melalui pesanan langganan.Cara konvesional ini digunakan bagi menggantikan cara digital buat sementara waktu.Surat khabar bercetak meninggalkan nostalgia buat Hairuddin.Cara ini sudah lama tidak digunakan sejak bermulanya era penggunaan digital secara meluas.
Namun apa yang menarik perhatian Hairuddin ketika ini adalah tajuk utama berita hari ini.Hairuddin kemudiannnya membelek ke halaman seterusnya untuk membaca berita penuh.Asiah sekadar menjadi pemerhati.Hairuddin kelihatan tekun membaca sehingga habis.Dahinya berkerut mengerahkan akal untuk bekerja.
“Kenapa, bang?” Asiah bertanya dengan nada yang rendah.
“Kes pembunuhan beramai-ramai di Bandar Maigui malam semalam.” Ringkas Hairuddin menjawab pertanyaan isterinya.
“Pembunuhan beramai-ramai?” Asiah kelihatan terkejut.Jarang sekali dia mendengar berita jenayah pembunuhan sejak anggota polis dan keselamatan menggunakan teknologi canggih pengesanan jenayah yang lebih efisien dan berkesan.Secara purata, kesemua penjenayah dapat dijejaki dalam tempoh sejam hingga dua jam sahaja.
“Ya.Tapi kes ni lebih rumit dan lebih pelik.” Hairuddin tidak mengalihkan pandangan.Asiah kelihatan berkerut wajah.Sekadar menunggu bait bicara seterusnya dari suaminya.
“Baca ni. Keadaan mayat-mayat yang ditemui mati dalam keadaan mengerikan dan tidak berperikemanusiaan.Ada di antara mereka yang kehilangan kepala.” Hairuddin membaca teks dari berita itu.Asiah menelan liurnya.Dengar sahaja sudah mengerikan.
“Ini bukan kerja manusia.Ini kerja binatang.” Hairuddin melepaskan keluhan halus.Naskah surat khabar ditutup dan diletakkan ketepi.
“Dah lama kita tak dengar kes-kes ngeri macam ni.Kenapa boleh jadi macam ni, bang?” Asiah menjadi risau.Dia risau dengan keadaan anaknya yang terasa berjauhan dengannya ketika ini.Dia tidak mahu apa-apa perkara buruk berlaku pada anak tunggal kesayangannya itu.
“Sistem perhubungan utama digital terputus.Anggota polis dan keselamatan kita bergantung penuh kepada sistem digital untuk mengesan jenayah sebelum ini.Bila keadaan jadi macam ni, sistem pengesan jenayah pun turut tidak berfungsi.Jadi mereka terpaksa menyiasat menggunakan cara lama yang jarang dipraktikkan lagi.Kes ni pasti akan memakan masa yang agak lama untuk diselesaikan.” Hairuddin berhujah mengikut keadaan semasa.Asiah semakin cemas.Hairuddin memahami perubahan pada reaksi isterinya.
“Awak janganlah risau tentang Ismail.Saya sudah minta tolong Hadif untuk tengok-tengokkan anak kita tu di sana.Apa-apa maklumat, dia akan inform pada kita.” Hairuddin menenangkan keresahan yang melanda Asiah ketika ini.Pujukan itu tidak meredakan resah di hati ibu itu tetapi cukup sekadar kata-kata semangat sebagai doa dan kekuatan baginya.
Ketika suami isteri itu sedang dilanda gundah-gulana, kedengaran deruman enjin sebuah motosikal berkuasa tinggi semakin kuat kedengaran sehinggalah ianya memasuki perkarangan teratak Hairuddin dan Asiah.Kedua-duanya hanya memandang dari kejauhan siapakah pemilik jentera berkuasa tinggi itu.Seorang lelaki mengenakan topi keledar bertutup penuh itu menanggalkan dari sarungan kepalanya.
“Assalamualaikum, Hairuddin.” Sapa lelaki itu.Selepas kedua-duanya menjawab salam suci itu hampir serentak, Hairuddin pantas menapak mendapatkan sahabat lamanya itu lalu mereka berjabat tangan dan berpelukan seolah-olah sudah sekian lama terpisah sedangkan hakikatnya itulah cara mereka mengakrabkan lagi pertalian persahabatan yang sudah terbina kukuh.
“Apa perkhabaran berita hari ini, Hadif?” Hairuddin menyapa secara berhemah layaknya seorang anak melayu sejati.
“Kita akan menghadapi masalah yang lebih berat lagi, Hairuddin.” Riak wajah Hadif mampu ditafsirkan oleh Hairuddin yang ternyata lebih berpengalaman.
“Apa perkhabarannya?” Hadif sudah mengetahui tentang kes pembunuhan yang berlaku di Bandar Maigui tetapi tetap bertanyakan tentang perihal itu kepada Hadif sebagai tanda menghormati kerjaya Hadif selaku salah seorang pegawai polis dan keselamatan yang menguruskan kes-kes domestik seperti ini.
“Kes pembunuhan ngeri di Bandar Maigui.” Ringkas jawapan Hadif namun Hairuddin menunggu bait bicara seterusnya.Dia tahu bahawa pasti ada lanjutan dari kes pembunuhan ngeri itu.
“Tapi…bukan hanya satu kes sahaja.” Hadif terdiam seketika.Hairuddin kelihatan mengerutkan dahinya.
“Ada beberapa lagi kes yang serupa berlaku berhampiran Bandar Maigui dan beberapa kes berlaku di Bandar Inderapuri.Kesemuanya kes pembunuhan tu berlaku dalam situasi yang sama.Sangat ngeri.” Hadif menambah lagi.
“Kes ni macam bukan tindakan manusia.” Hairuddin lebih kepada bermonolog sendirian namun masih boleh didengari oleh Hadif.
“Hairuddin, tolong ikut saya ke makmal Hyperserv.” Hadif menghulurkan sebuah topi keledar yang dibawanya kepada Hairuddin.Dia sengaja membawa lebih satu topi keledar untuk membawa Hairuddin ke makmal bioserver itu.
“Kenapa pula?” Hairuddin kelihatan seperti tertanya-tanya.Dia tidak mengetahui apa perkaitan kes pembunuhan ngeri itu dengan Hyperserv.Mustahil ianya adalah perbuatan orang di dalam Hyperserv.
“Irfan dan Zie mungkin mengetahui punca kes ini.” Hadif ringkas menjawab lalu duduk di atas motosikal berkuasa tingginya menunggu keputusan Hairuddin. Sekilas Hairuddin memandang ke arah isterinya dan menapak menuju ke arah isterinya.Mereka berdua kelihatan berbual-bual seketika.Sesekali isterinya kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Mari.” Hairuddin menyarungkan topi keledar bertutup penuh pada kepalanya dan motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan petrol milik Hadif berdesup laju meninggalkan perkarangan teratak Hairuddin dan Asiah.Ada perkara yang lebih penting untuk diuruskan ketika ini dan mungkin ianya sebuah penyelesaian untuk mengembalikan ‘nyawa’ anaknya ke dalam jasad asal Ismail dari terus terikat di dalam dunia gila itu.
Perjalanan mengharungi jalan raya yang lengang dan kosong terasa agak menyeramkan.Kelihatan berpuluh malah jejak ke beratus buah kenderaan tersadai di mana-mana dek kerana tiada sambungan kuasa pada kenderaan digital itu.Pada zaman ini, segalanya hanya bergantung kepada sambungan digital daripada pangkalan data induk utama sebagai sumber kuasa.Tanpa sambungan data itu maka terputuslah segalanya.
Hadif mengendalikan jentera beroda dua itu dengan cekap sekali.Mengelak ke kiri dan ke kanan.Hairuddin memerhatikan sekeliling.Kelihatan lengah dan sepi.Hanya bunyi deruman enjin motosikal berkuasa tinggi milik Hadif sahaja yang memecahkan kesunyian.
Hairuddin terkejut seketika.Dia ternampak kelibat manusia yang muncul dari celah-celah kenderaan yang tersadai dan mengejar motosikal mereka dengan larian ‘berkaki empat’ namun kepantasan Hadif menunggang motosikal ini lebih laju dari manusia itu.Hairuddin menoleh sekilas ke belakang yang meninggalkan jauh manusia itu.Kelibat itu menghilangkan diri di celah-celah kenderaan tersadai.Mahu ditanya kepada Hadif namun dibantutkan niatnya seketika kerana deruan angin yang pantas menderu membingitkan telinga.
Sesampai mereka di makmal, kelihatan Zie sedang ligat mengendalikan konsol kawalan bersebelahan Irfan yang kelihatan agak sibuk mengendalikan konsol utama.Hairuddin dan Hadif mendapatkan mereka berdua.
“Hadif..kita ada masalah yang lebih besar sekarang.” Irfan menegur tetamunya selepas menyambut salam dari kedua-duanya.
Hadif berpeluk tubuh bersebelahan Irfan dan Hairuddin menempatkan dirinya berhampiran papan kaca monitor pandang tembus itu.
“Ada ramai penduduk yang menggunakan Brainlink semalam.” Irfan menekan-nekan beberapa butang paparan hologram dan terpapar beberapa maklumat di atasnya lalu ditunjukkan paparan berbentuk graf itu kepada Hadif.
“Macam mana pula? Bukan ke Brainlink masih lagi tidak boleh digunakan? Sambungan data ke pangkalan data induk utama global masih belum pulih.Pangkalan data induk utama pun masih down diserang virus.Belum dapat dipulihkan.” Hadif berhujah mengikut fakta yang diperolehi.Hairuddin sekadar mendengar.Irfan mengerling sekilas ke arah Zie yang sedang tekun menyusun atur beberapa kod kompleks untuk dijadikan perisian pemulih kepada pangkalan data induk utama global.Ternyata ianya bukan satu perkara yang mudah.
“Betul.Tapi semalam saya ada perasan sesuatu yang aneh pada graf gelombang penghantar.Tengok ni.” Irfan menunjukkan graf pergerakan gelombang kepada Hadif dan Hairuddin.Kelihatan pada permulaan serangan tempoh hari, kedudukan graf menurun secara mendadak menandakan kesusutan trafik gelombang semakin menghilang.Setibanya pada garisan masa menunjukkan hari semalam, kelihatan pergerakan graf meningkat sedikit secara tidak sekata pergerakannya dan menghilang kemudian muncul semula lalu hilang semula.Pergerakan graf ini dikatakan sebagai glitch atau ralat dan kesilapan dalam sesuatu program.Namun jika diamati lebih teliti, pergerakan graf gelombang itu seolah-olah ada satu gelombang lain yang menyelinap keluar secara sembunyi dan tanpa dikesan.
“Ini…gelombang yang tidak dikehendaki.Gelombang yang tidak diketahui.Kita tidak tahu dari mana datangnya gelombang ini.” Irfan menghuraikan serba ringkas.
“Maknanya?” Hadif kelihatan tidak arif berkaitan membaca graf gelombang ini.
“Setiap pergerakan gelombang dibaca melalui graf gelombang ini termasuk pergerakan gelombang yang diterima dan dihantar keluar dari Hyperserv.” Hairuddin menyampuk dari belakang.
“Setiap data akan ditapis dan melalui pemeriksaan data.Lalu ianya ditafsirkan kepada bentuk graf.Ketika hari mula-mula serangan virus, graf gelombang turun mendadak kerana pancaran gelombang dari sistem pangkalan data induk utama mula tidak berfungsi dan mula berhenti menghantar gelombang kepada penerima sehingga ke hari ini.” Hairuddin melanjutkan lagi hujahnya.Hadif tekun mendengar.Irfan juga begitu dan menggangguk kecil tanda membenarkan fakta yang dibentangkan oleh Hairuddin yang kelihatan lebih berpengalaman.
“Persoalannya sekarang.Gelombang kecil ini datangnya dari mana?” Irfan pula mengajukan persoalan.Hadif kelihatan berkerut dahi.Zie mengerling sekilas ke arah perbincangan itu.
“Ada satu cara untuk mengetahui punca gelombang ini dan fungsinya.” Hairuddin menapak ke arah konsol kawalan utama dan mengendalikan beberapa data lalu menyusun atur kod-kod yang lebih kompleks.Irfan kelihatan ternganga.Dia tidak mengetahui bahawa Hairuddin mempunyai pengetahuan untuk menyusun atur kod-kod unik yang sangat rumit. Dia sendiri tidak pernah melihat kod-kod sebegitu.Zie mengerutkan dahinya sambil mengerling sekilas ke arah kod-kod aneh yang dikendalikan oleh Hairuddin.
Penyusun atur kod oleh Hairuddin membuahkan hasil.Beberapa maklumat terpapar berkaitan gelombang asing yang dikesan oleh radar mereka.
“Gelombang ni..bukan gelombang biasa.Ia gelombang pengumpan.Gelombang ni akan mengumpan pengguna untuk menggunakan peranti digital.Lebih aneh, gelombang ni cuma mengumpan peranti Brainlink sahaja.Ini bermakna Brainlink yang kelihatan seperti kembali berfungsi itu akan digunakan oleh pengguna sedangkan hakikatnya ianya cuma umpan sahaja.Brainlink masih lagi tidak berfungsi.Ini teknik phishing.” Hairuddin juga agak terkejut dengan hasil pencariannya.
“Jadi? Gelombang tu nak umpan apa?” Irfan kelihatan tertanya-tanya.Selama dia menceburi bidang penyusun atur program, dia tidak pernah bertemu dengan permasalahan ini.Hairuddin menyusun atur lagi kod-kod yang lebih kompleks dan tidak difahami maksudnya sehinggalah paparan data menunjukkan hasil pencariannya.
Mereka bertiga ternganga.Hasil yang dipaparkan ternyata mengejutkan mereka semua.Maklumat yang dicari inilah yang paling ditakuti oleh mereka terutama Hairuddin.Dahi Hairuddin kelihatan berkeringat.Rintik peluhnya mula membasahi wajah.Rasa cemas mula menyerbu jantungnya.Ingatannya serta-merta teringatkan isterinya di rumah.Bimbang akan keselamatan isterinya.
“Ini….gelombang syaitan.Gelombang yang…membunuh sel otak manusia.Membunuh kewarasan manusia.” Hairuddin tergagap-gagap.Irfan seakan tidak percaya.
“Gelombang itu akan mengumpan pengguna untuk menggunakan Brainlink. Apabila Brainlink dipakai, gelombang itu membunuh kesemua sel-sel otak manusia perumah atau host.Sebenarnya gelombang ni membawa perwatakan satu makhluk yang berasal dari Hyperserv sendiri untuk mencari perumah baru atau host. Manusia adalah perumah itu.Mereka memilih manusia sebagai perumah.Ini bermakna, mereka boleh keluar dari dunia tu dan hidup di dunia kita sebagai manusia pada jasad fizikalnya.” Hairuddin kelihatan mengigil.Dahinya berkeringat.Jantungnya berdetak laju.Kerisauan semakin menjadi-jadi.
“Siapa..mereka tu?” Hadif bertanya dengan nada yang rendah.Dia juga turut dihambat perasaan risau dan cemas.Hujan Hairuddin berdasarkan fakta itu ternyata mengejutkan.
“Valkazar!” Pantas Hairuddin mengajak Hadif untuk pulang ke rumahnya seberapa segara.Dia risaukan keselamatan isterinya.Irfan jatuh terduduk.Zie tidak kelihatan disitu.
154Please respect copyright.PENANAKcYY6E9h46
[To be Continued >> Server 48]
ns 15.158.61.44da2