SERVER 26
Didalam sebuah gua pinggir perhutanan Fuego, HyperServ
Sebuah belantara yang bersaiz gergasi menghiasi pandangan.Segala-galanya bersaiz besar.Ditambah pula dengan pelbagai jenis tumbuhan yang pelbagai warna dan berbentuk aneh dan pelik.Memang tidak pernah dilihat.
Tajima melangoi ke atas.Mencapai pandangan ke angkasa gua.Kelihatan berwarna merah gelap dan sesekali warna kuning jingga melintasi.Ia umpama hamparan langit kemerahan cerah berbanding kebiruan seperti yang kebiasaan mereka pernah lihat diluar sana.Zaidi memandang ke arah sumber pencahayaan.Kelihatan bercahaya bersinar seperti mentari namun ianya bukanlah mentari sebaliknya ianya aliran lava yang mengalir dan menghasilkan cahaya sekali gus menerangi setiap pelusuk kehidupan aneh disini.Suasana persekitaran yang berwarna kemerahan menimbulkan satu perasaan yang kurang enak di dalam sanubari kedua-dua manusia ini.Tajima dan Zaidi serentak menelan liur.
Langsung tidak disangka bahawa wujudnya sebuah dunia lain di bawah bumi Hyperserv ini.Mereka hanya menyangka bumi Hyperserv seperti bumi di alam realiti.Namun, apa yang disaksikan mereka ketika ini ternyata satu hambatan keras bagi minda mereka untuk mentafsir.
“Tajima..Kita..ada dekat..mana ni?” Zaidi gugup.Terasa longgar setiap sendinya.
“Aku...tak tahu.” Tajima sendiri terbejat.Secara tiba-tiba, api pada kayu yang dipegang oleh Tajima merebak secara tiba-tiba.Api itu seolah-lah hidup.Ianya bergulung-gulung ke atas.Tajima mencampakkan kayu dan melompat menjauhinya.Api besar kelihatan bergulung-gulung seolah-olah menari tanpa rentak.
“Tajima..kau buat apa?” Zaidi kaget.
“Mana ada aku buat apa-apa! Api tu meletup tiba-tiba.” Tajima terundur setapak.Terasa bahang dari api seolah-olah membakar dirinya.
“Mesti ada sebab.Kau mesti cakap bukan-bukan tadi, kan?” Zaidi bertambah kaget melihat gulungan api semakin marak dan membesar namun ianya seolah-olah terkawal.
“Kau cakap apa ni? Petua apa lagi kau pegang ni.” Tajima mengerutkan dahi.
Api yang bergulung-gulung marak kemudiannya berpusing seperti beliung api.Dan berpaksi pada tanah berhampiran mereka.Semakin lama beliung api itu semakin mengecil dan gulungan api gergasi itu bergulung-gulung turut mengecil membentuk seperti sekujur tubuh manusia namun saiznya tiga kali lebih besar dari manusia biasa.Tajima dan Zaidi tidak mampu berbuat apa-apa.Sekadar menjadi pemerhati dan menanti ajal menjemput mereka.
Apabila lengkap membentuk sekujur tubuh, gulungan api yang marak dan bergulung-gulung pecah bertebaran dengan satu dentuman yang agak membingitkan.Tajima dan Zaidi terlontar ke belakang beberapa meter akibat tujahan hawa panas dari letupan itu.Mereka jatuh berguling di tanah.Terasa seperti dihambat keras seolah-olah ada tangan-tangan ghaib yang menolak kasar tubuh mereka dihumban ke belakang.
“Kau berdua! Siapa gerangan kau berdua yang berani datang ke sini!!” Satu suara garau menegur.Suaranya berdengung-dengung dan membingitkan.Tajima memandang ke arah sekujur tubuh yang berdiri gah di hadapan mereka.Saiznya tiga kali lebih besar daripada mereka.
Seekor makhluk aneh berdiri gah.Di tangan kanannya memegang lembing yang terbakar pada belatinya namun tidak marak.Di tangan kirinya pula terdapat perisai yang terbakar pada permukaan hadapan.Kulit berwarna merah jingga seperti lava.Anak mata yang hitam kesemuanya.Bertanduk dua runcing ke belakang.Tajima dan Zaidi terkedu.
Permukiman La Brecha,HyperServ
Kawasan ini ternyata berbeza dengan kawasan yang lain.Di kawasan ini lebih banyak berbatu dengan dekorasi yang agak aneh bentuk serta ukirannya.Seolah-olah terdapat kehidupan lama yang mendiami kawasan ini suatu ketika dahulu.
Di atas sebuah bukit berbatu, kelihatan seperti tiang-tiang batu mengelilingi sebuah pelantar batu yang unik seolah-olah ianya pernah menjadi tempat pemujaan.Secara tiba-tiba, gegaran mula terasa.Batu-batu yang besar berhampiran mula retak dan berderai sedikit demi sedikit.Gegaran umpama gempa yang berdengung-dengung diselangi dengan bunyi retakan batu.Tiba-tiba, satu cahaya kebiruan terpancar dari langit menghempas batu pelantar pemujaan.Persentuhan antara cahaya itu dengan permukaan batu pelantar menghasilkan dentuman yang amat membingitkan dan debu bertebaran.Dalam sekelip mata, pancaran cahaya dari langit itu menghilang.Bunyi retakan batu turut beransur hilang.Pandangan persekitaran kabur akibat debu yang masih terawang-awang.
Disebalik kesamaran debu, kelihatan tiga susuk tubuh manusia berdiri ditengah-tengah pelantar batu.Seorang daripadanya adalah perempuan memandangkan susuk tubuhnya lebih kecil dan lebih bersifat feminin.
Ketiga-tiganya berjalan keluar dari lingkungan pelantar batu itu.Gadis itu kelihatan terhuyung-hayang akibat mabuk.Salah seorang daripada lelaki itu menghampiri cuba membantu dan mendudukkannya di atas sebuah batu yang berhampiran.
“Perjalanan merentas dunia..memang rasa...macam ni ke?” Tekaknya terasa mual.Kedua-dua lelaki itu sekadar tersenyum.Mereka berdua pernah mengalaminya sebelum ini.
“Ya dan tidak.” Lelaki yang membantunya menjawab sepatah.Gadis yang kelihatan pucat akibat mabuk sekadar menyoroti pandangan.Tersirat pelbagai persoalan yang masih tidak terungkai.
“Kalau kita Log In secara biasa menggunakan Brainlink, ia tak rasa macam ni.Tapi Hyperserv mengunci sistemnya sendiri membuatkan kita perlukan alternatif lain untuk masuk.Inilah caranya dan ia ada impak negatif tersendiri.” Lelaki yang berdiri pula ringkas memberi jawapan.
“Kalau saya tahu..mabuk macam ni..saya tak nak..guna cara ni,Ilyas.” Gadis itu memicit-micit dahinya.Terasa dunia berputar ligat.Pertama kali mengembara masuk ke dunia kejam dengan cara ini ternyata amat memenatkan dan lebih kepada rasa mual.
“Hahaha...kesannya agak kuat, Elizia.Saya dan Marshall pernah masuk ke sini menggunakan cara ni.Yaa..agak pening..Pada peringkat permulaan.” Ilyas menempatkan dirinya bersebelahan Elizia dan duduk di atas sebuah bongkah batu.
“Apabila lama tidak ke sini, saya pun terasa pening juga.But still. I’m can control it. I’m tough, right?” Marshall bercekak pinggang menunjukkan keperkasaannya.Secara tiba-tiba dia terhuyung-hayang tanpa sebab dan jatuh terduduk ke tanah.Mukanya merah padam.Ternyata kesan sampingannya masih kuat memandangkan dia sudah sekian lama tidak datang kesini menggunakan cara teleport itu.Ilyas dan Elizia tertawa kecil melihat seloroh Marshall.
Ilyas melangoi pandangan melihat awan.Senja bakal berlabuh.Dengan pantas, Ilyas bangkit berdiri dan berjalan mencari kayu-kayu sebagai bahan api untuk membuat unggun api.Mereka akan berdiang di persekitaran ini buat seketika bagi menghilangkan lelah.Marshall turut bangkit untuk membantu.Elizia juga cuba untuk bangkit namun ditegah oleh Marshall.Dia perlu berehat seketika disini sementara mereka mencari kayu untuk membuat unggun api.Lagipun, pekerjaan itu dirasakan tidak sesuai untuk seorang gadis untuk menceburinya.Elizia sekadar mencebik.Dia bukannya jenis seorang gadis yang manja.
Waktu terus bergulir tanpa menunggu sesiapa pun bahkan kehidupan yang perlu mengejar waktu.Mentari menyelesaikan tugasnya dengan melabuhkan tirai siang hari dan kini giliran dua rembulan mengambil alih dengan menebarkan sayap malam di dada langit Hyperserv.Bunyi unggas menghiasi persekitaran.Sesekali kedengaran lolongan anjing dan serigala saling bertingkah.
Elizia berasa kurang senang dengan persekitaran sebegitu namun tidak pada Ilyas dan Marshall yang sudah sedia maklum tentang situasi itu.Lembing buatan tangan dan pisau belati sentiasa bersiaga.Elizia sekadar menggunakan pisau belati untuk mempertahankan diri jika diancam situasi genting.Berada di dalam dunia itu, perkataan ‘selamat’ tidak menjanjikan apa-apa melainkan dengan ikhtiar dan kudrat sendiri. Elizia lebih gemar duduk diam menjadi pemerhati berbanding Ilyas dan Marshall yang kelihatan berbual rancak berkongsi pengalaman yang mereka pernah tempuhi bersama-sama.
“Elizia..Kenapa senyap dari tadi?” Marshall menegur apabila menyedari Elizia sekadar membatukan diri tanpa bicara.Elizia memandang sekilas dengan senyuman hambar merauti wajahnya yang mulus.
“Cuma terfikir..Ini tempat apa?” Elizia sememang tidak mengetahui apa-apa tentang dunia ini.Dia mengetahui serba sedikit perihal dunia rekaan manusia ini daripada majikannya, Ilyas.Itupun tidak secara keseluruhan dan terperinci.Dalam masa yang sama, barulah dia mengetahui berkaitan ‘projek rahsia’ yang Yazaid sembunyikan daripadanya.Pada permulaan, terasa membuak darah hingga ke kepala namun tiada apa yang boleh dilakukan melainkan sekadar menerima kenyataan.Ianya telah berjaya dan dunia ini wujud di dalam alam siber.Dia dan Yazaid sememangnya bersahabat akrab dan tiada apa-apa rahsia di antara mereka berdua bahkan saling menyimpan perasaan namun tindakan Yazaid merahsiakan projek mega ini merupakan satu tindakan yang membelakangkannya.Itu yang membuatkan hatinya membengkak dan terkilan.
“Nama lokasi kita sekarang ni adalah... TutField.” Ilyas membuka paparan hologram yang merangkumi pelbagai data berkaitan misi mereka untuk menuju ke Grotte Bardtan.
“TutField? Macam nama kartun.” Elizia tersengih-sengih.Marshall juga turut tersenyum.Dia sudah dapat menjangka reaksi sebegitu.
“TutField merupakan salah satu daripada pintu gerbang utama yang menghubungkan dunia realiti dan dunia Hyperserv.Selain daripada menggunakan Brainlink yang kurang berisiko pening dan mual, cara teleport inilah yang kami gunakan suatu ketika dahulu sebelum adanya fungsi Log In oleh Brainlink.” Ringkas Ilyas bercerita.
Elizia mengerutkan dahinya. “Ada berapa banyak pintu gerbang dalam dunia ni?”
“Just only two.” Marshall menyampuk.
“Here.TutField known as East Portal Gate and another one is a bit far from here.Newich known as West Portal Gate.” Marshall memperincikan lagi lokasi mereka.
“Ohhh... TutField merupakan pintu bahagian Timur.Dan satu lagi...eerrrr..” Elizia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.Sekadar berfikir-fikir.
“Newich.” Ilyas menyampuk.
“Yaa..Newich.Pintu bahagian barat.” Elizia sudah memahami serba sedikit.
Marshall dan Ilyas sekadar menggangguk sambil tersenyum.Walaupun Elizia tidak biasa dengan dunia kejam ini namun pemahaman asas berkaitan dunia ini sudah cukup untuk membiasakan diri dan terhindar dari bahaya.
“Well, we should sleep early.Get enough rest.A long journey awaits for us.” Marshall bangkit berdiri dan meregangkan badan.Pengembaraan merentas dua dunia itu ternyata membekukan urat sendi membejatkan pergerakan.
“Ok..Elizia.Awak tidur jangan berjauhan dari unggun api.Disini, bahaya tidak bermata.Tidak terduga.” Ilyas memutuskan untuk tidur di atas sebuah pelantar batu yang tidak jauh dari unggun api dan Elizia.Elizia pula membungkus diri dengan sehelai kain tebal.Angin semilir berhawa dingin sesekali terasa menusuk hingga ke tulang.
Marshall lebih gemar tempat yang dingin dan berjauhan dari unggun api namun tidak terlalu meminggir.Berpinggiran agak jauh mengundang bahaya.Berseorangan bererti membuka ruang dan peluang untuk pemangsa melahap dengan seganas-ganasnya tanpa disedari sesiapa.
Tidak sampai sepuluh minit, kedengaran semak belukar diredah dari kejauhan.Elizia, Marshall dan Ilyas bangun hampir serentak.Masing-masing bersiaga dengan senjata tajam masing-masing.Elizia kecut perut.Dia tidak pernah mengalami situasi sebegini seumur hidupnya.Hanya sekadar mendengar kisah dan amaran dari Irfan sebelum mereka berangkat ke dunia ini siang tadi.Irfan kekal di dunia luar untuk memantau pergerakan data mereka.Kehadiran Elizia ke dunia ini bukan untuk turut bersama-sama memasuki Grotte Bardtan melainkan untuk mengawasi parameter dari luar sahaja.
Kedengaran semak belukar dikuak-kuak kasar.Derapan langkah semakin jelas kedengaran.Mereka bertiga bersiaga.Marshall memincingkan anak matanya membelah kepekatan malam tertumpu pada arah yang berselerakan.Matanya boleh dikatakan mempunyai kelebihan pada waktu malam.Penglihatannya cerah pada waktu malam berpandukan biasan rembulan sahaja.
Tiba-tiba, dua susuk tubuh muncul dari semak belukar.Berdiri menghadap mereka bertiga tidak jauh dari situ.Kegelapan malam menjadikan susuk tubuh mereka tidak kelihatan melainkan sekadar bayang-bayang gelap sahaja.Tanpa amaran, kedua-dua susuk tubuh itu berlari pantas ke arah mereka bertiga.Marshall dan Ilyas menjadi tembok pada Elizia yang kelihatan kaget dibelakang.Menunggu musuh datang menerpa.
>>Bersambung [Server 27]
ns 15.158.61.17da2