Kapten Zayyan berdiri di tengah-tengah gelanggang tempur yang menyaksikan saat ketika pertempuran persahabatan diantara Yazaid dan Elsa beberapa hari yang lalu. Di gelanggang ini jugalah tempat dimana ego Yazaid tercabar apabila ditewaskan mudah oleh seorang gadis yang dianggap lemah namun mampu mengegarkan dunia. Kali ini, situasinya agak berbeza.
Yazaid menghampiri Kapten Zayyan yang berada di tengah-tengah gelanggang. Yazaid seolah-olah mampu membaca isi hati seorang lagenda itu. Raut wajahnya amat mengerunkan dan serius.Yazaid dapat menduga bahawa Kapten Zayyan mahu membuat pertempuran persahabatan bersamanya untuk mengasah keupayaan Yazaid menjadi lebih cekap dan lebih pantas. Dia sendiri tahu, latihan demi latihan yang dilakukannya bersama Elsa dalam tempoh masa yang singkat tidak mencukupi untuk menajamkan lagi teknik-teknik yang dipelajarinya.
“Yazaid! Kamu tahu suatu ketika dahulu, ditempat inilah tempat lahirnya seni mempertahankan diri bangsa kami. Disini jugalah teknik-teknik System Call direka dan dicipta oleh saya sendiri dan guru kamu, Rayfall.” Kapten Zayyan menyilangkan kedua tangannya ke belakang badan lagak persis seorang mahaguru selaras dengan jawatan yang disandangnya ketika ini sebagai satu-satunya lagenda pahlawan yang masih hidup menyaksikan pembentukan dunia Hyperserv suatu ketika dahulu. Usianya jika dilihat dari segi zahir tampah tuanya namun tidak pada kudratnya. Tiada siapa dapat menduga kekuatan sebenar Kapten Zayyan memandangkan dia tidak pernah mempertontonkannya.
“Bangsa-bangsa kami wujud ketika pada zaman pemerintahan guru kamu, Rayfall. Ketika itu, dunia ini masih baru. Rayfall menjelajah ke seluruh pelosok segenap penjuru benua yang ada pada dunia Hyperserv ini. Dan saya mengikutinya kemana sahaja dia pergi. Kemana sahaja Rayfall berada, saya sentiasa bersama dengannya.Sehinggalah...tragedi itu.” Kapten Zayyan mengendurkan nadanya.Yazaid tidak mencelah. Hatinya memberontak mahu bertanya itu dan ini namun ditahankan.Dia faham akan kegalauan hati Kapten Zayyan apabila kehilangan seorang sahabat sejati seperti gurunya. Cuma Yazaid tidak mengetahui apakah tragedi disebalik kehilangan Rayfall dalam sekelip mata sehingga menyebabkan projek Hyperserv tergendala buat beberapa lama sebelum disambung semula olehnya setelah merekrut Fared.
“Banyak perkara yang kami pelajari dari penciptaan dunia ini.Saya tahu, segala-gala yang ada disini hanyalah sekadar ilusi semata-mata.Segala-galanya beroperasi dalam bentuk digital.Ini bukanlah dunia yang sebenar yang berjasad.” Ringkas Kapten Zayyan menjeleaskan.Dia menapak perlahan sedikit menjauhi Yazaid.
“Tetapi bagi kami yang lahir disini, ini adalah dunia kami.Dan bagi kami, inilah realiti kami.Bagi kamu,manusia.Ini hanya cuma ilusi.Kamu semua masuk kesini hanya sekadar gelombang minda yang dipindah masuk sedangkan jasad sebenar kamu masih berada diluar sana.” Kapten Zayyan memandang ke arah Yazaid dengan pandangan yang amat serius dan tegas.Sorotan pandangan matanya sahaja sudah mampu membuatkan setiap urat sendi bergetaran.
“Ya, benar Kapten. Kadang-kala saya sendiri terlupa bahawa saya bukan berasal dari sini tetapi...mungkin kerana saya sudah terlalu biasa berada disini.Jadi saya tiada rasa apa-apa.Seolah-olah saya benar-benar berasal dari sini.” Yazaid mengepalkan kepalan genggaman tangan kanannya. Dia merasakan seolah-olah dia sememangnya berasal dari dunia ini sedangkan hakikatnya dia hanya manusia biasa dari dunia realiti yang masuk ke dalam dunia ciptaan Rayfall. Dia terlupa seketika tentang jasadnya yang berada di dunia luar dalam keadaan kaku tidak berganjak.Hanya sekadar disokong oleh beberapa mesin penyokong nyawa.Jika mesin itu gagal berfungsi maka tamatlah sudah salasilah kisah hidupnya.Tewas tanpa perang.Mati tanpa asbab.
“Kamu semua boleh keluar dari dunia ini hanya dengan satu cara sahaja buat masa ini.” Kapten Zayyan mengambil tempatnya berhadapan dengan Yazaid.
“Kita perlu musnahkan bangsa Valkazar! Hapuskan mereka.Mereka menunjangi dunia ini sekarang. Dunia Hyperserv di dalam genggaman mereka.Jangan biar satu pun terlepas!” Kapten Zayyan berwajah serius.Posisinya seolah-olah hendak bertempur. Yazaid sekadar bersiaga dalam keadaan tidak bersedia.Dia tidak tahu apa yang mahu dilakukan oleh Kapten Zayyan.Adakah ini sekadar perbualan biasa yang menampakkan epiknya atau Kapten Zayyan bersedia untuk melakukan serangan sekadar untuk tujuan pembelajaran.
Pergerakan objek yang terlalu pantas bergeseran dengan angin mengeluarkan bunyi desingan yang halus namun boleh didengari.Kapten Zayyan hilang dari pandangan mata Yazaid dalam sekelip mata.Yazaid terkedu.
Kapten Zayyan muncul dibelakang Yazaid membelakangkannya. Sekilas Yazaid menoleh ke belakang, susuk tubuh Kapten Zayyan hilang dari pandangan.Membulat mata Yazaid menyaksikan kepantasan Kapten Zayyan yang sepantas cahaya sekilas lalu.
Sekali lagi, Kapten Zayyan muncul membelakangkan Yazaid namun kali ini Yazaid membalasnya dengan cara yang lebih profesional.Dia tahu Kapten Zayyan sedang cuba untuk mengujinya.
Kepalan penumbuk kanan di kilas ke belakang menyasarkan Kapten Zayyan namun hampa.Susuk tubuh lagenda itu sekali lagi hilang dari pandangan mata.Yazaid mengerutkan wajah.Amat mustahil untuk dia mengekori pergerakan pantas Kapten Zayyan yang bergerak umpama cahaya, menyelinap umpama bayang-bayang.
Buat sekian kalinya, Kapten Zayyan muncul membelakangkan Yazaid. Kali ini Yazaid melompat tinggi beberapa meter ke udara sambil matanya mengerling ke arah kapten.Benar.Kapten Zayyan berada di belakangnya ketika ini. Keringat mula terbit di dahi Yazaid sedangkan wajah Kapten Zayyan kelihatan bersahaja.
Sebaik sahaja kaki kanan Yazaid mencecah tanah, Yazaid dengan pantas mengunjurkan telapak tangannya ke hadapan sambil tangan kirinya mengenggam pergelangan kanan.
“System Call! Fluctus Tormento!” Satu dentuman terhasil menggegarkan tanah.Serangan meriam angin yang dilancarkan oleh Yazaid bukan calang-calang.Debu-debu bertebaran.Peluru angin yang tidak kelihatan dek mata menyasarkan ke arah Kapten Zayyan yang masih berada diposisi seperti tadi. Yazaid segera berdiri dalam keadaan bersiaga dengan sebarang kebarangkalian. Kapten Zayyan bukan calang-calang lagenda.
Dentuman terhasil lagi akibat hentaman peluru angin yang menghentam dinding berhadapan Yazaid.Sasaranya tidak mengena. Kapten Zayyan hilang dari pandangan.
Anak telinga Yazaid menangkap bunyi pergerakan disebelah kanan.Bunyi seakan berdesing.Geseran objek berlaga dengan angin dalam kelajuan yang sangat pantas. Kapten Zayyan muncul disebelah kanan Yazaid.
Tanpa berlengah, Yazaid melompat menjauhi kapten.Dia sedar, tidak mungkin baginya untuk menyentuh tubuh kapten memandangkan pergerakan Kapten Zayyan yang terlalu pantas namun Yazaid dapat memikirkan caranya.Dia perlu mengunci pergerakan kapten dari terus bergerak.
Dalam tempoh masa yang sangat singkat, Yazaid melompat menjauhi susuk tubuh Kapten Zayyan dan telapak tangan kanan Yazaid melekap ke permukaan tanah sambil tubuhnya diberatkan ke bumi.
“System Call! Gravitas Ruinam!” Satu sinaran cahaya muncul dari balik rekahan tanah yang mengelilingi Kapten Zayyan. Gegaran mula terasa.Dari perlahan menjadi gegaran yang agak kuat.Kepulan-kepulan awan yang betul-betul berada di atas kepala Kapten Zayyan mula merunduk ke bawah dan berpusar.Daya tarikan graviti yang disasarkan oleh Yazaid menjadi semakin kuat.Apa sahaja yang berada di dalam lingkaran sasaran Yazaid akan menyembah bumi tanpa dapat bergerak namun tidak pada Kapten Zayyan.
Dalam daya tarikan graviti yang sangat kuat itu, Kapten Zayyan berdiri tegak seolah-olah tiada apa-apa. Yazaid mengerutkan wajahnya.Dahinya berkeringat.Teknik ini bertujuan untuk mengunci musuhnya dari terus bergerak namun dia semakin terkejut apabila melihat Kapten Zayyan mula melangkah keluar dari lingkaran serangan gravitinya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Yazaid menghentikan serangan.Hatinya membuak-buak bahang amarah.
“Kapten! Jika benar-benar kapten adalah seorang lagenda, tunjuk ajar kepada aku! Maksud lagenda yang sebenar! Jangan bermain-main seperti anak kecil bermain api.Hadapi serangan aku! Serang balas! Jangan hanya sekadar mengelak,kapten!” Yazaid semakin hilang pertimbangan.Kata ganti diri tanda hormat juga kian memudar.Dengan beraninya dia mencabar Kapten Zayyan yang seribu kali jauh lebih hebat darinya.
Namun cabaran Yazaid tidak bersahut. Kapten Zayyan tetap membisu berwajah tegas.
Hati Yazaid semakin membara.Dia terasa seolah-olah dia dipermainkan oleh Kapten Zayyan.Dia terasa Kapten Zayyan memandang rendah kepadanya.Ego Yazaid terlalu tinggi yang amat sukar untuk diruntuhkan.Hakikatnya, dia baru sahaja belajar beberapa perkara dari Elsa bukan bermakna dia sudah menjadi semakin hebat.Banyak lagi perkara yang perlu dia pelajari.
“System Call! Ignis Spiralis!” Yazaid mengunjurkan kedua-dua telapak tangannya ke arah Kapten Zayyan. Ledakan api berpusar dilancarkan dalam skala gergasi.Debu-debu semakin menebal bertebaran.Bahang dari ledakan api itu mencairkan tanah yang terkena tempias api berpusar itu.
“Banyak perkara yang kau perlu pelajari, Yazaid.” Kapten Zayyan bersahaja menghadapi ledakan api gergasi yang pantas menuju ke arahnya namun dia tidak mengelak kali ini.
Kapten Zayyan mengunjurkan telapak tangan kanannya dan mengembangkan jari jemarinya. Dengan mudah, ledakan api berpusar berskala gergasi itu mampu ditahan oleh Kapten Zayyan. Gegaran ditanah semakin terasa.Debu-debu yang terawang di udara semakin menebal. Sekilas, Kapten Zayyan menghayunkan tangannya yang menahan api itu ke arah atas. Tanpa diduga, ledakan api berpusar itu beralih arah menuju ke atas.Dengan mudah ianya dipesongkan sasarannya oleh Kapten Zayyan.
Dalam sekelip mata, Yazaid secara tiba-tiba muncul dari balik ledakan api berhadapan Kapten Zayyan dalam posisi lompatan yang sangat pantas. Dia mengepalkan kedua-dua penumbuknya.
“System Call! Malleo de Tonitrui!” Sebaik sahaja ungkapan itu terucap, kedua-dua kepalan penumbuk Yazaid menyala-nyala dalam sinaran yang menyilaukan.Kepalan penumbuk Yazaid diselaputi aliran petir yang menyambar-nyambar.Yazaid berwajah serius.Dahinya berkeringat.Ledakan seranganya kali dalam jarak yang sangat dekat dengan Kapten Zayyan.
Penumbuknya dilepaskan ke arah sasaran tepat ke muka dan dada kapten.Sebaik sahaja mengena sasaran, panahan petir sabung-menyabung dari penumbuk Yazaid.Merenjat tubuh mangsa dengan kuasa voltan elektrik yang terlalu kuat.Sinaran cahaya dari panahan petir itu menyilaukan pandangan mata bagi sesiapa yang memandangnya.Bahkan Yazaid juga tidak terkecuali.Matanya hampir tertutup sepenuhnya akibat terlalu silau dari serangannya sendiri.
Keadaan kembali reda.Debu-debu bertebaran menghadkan pemandangan.Yazaid terasa mengah.Kakinya terasa mengeletar.Penggunaan serangan System Call ternyata memerlukan tenaga yang banyak apabila digunakan terlalu kerap.
Yazaid kaget.Tangan kirinya tidak boleh bergerak seolah-olah dipegang dengan erat. Yazaid mengilas pandangan.Apabila debu-debu yang bertebaran semakin memudar, Yazaid menjadi terkejut yang amat.
Kepalan penumbuk kirinya yang menyasarkan muka Kapten Zayyan ditangkap kemas oleh kapten dengan genggaman tangannya sendiri manakala kepalan penumbuk kanan yang menyasarkan ke dada kapten tidak ditahan namun langsung tidak meninggalkan apa-apa kesan ke atas tubuh Kapten Zayyan.Sekadar kepulan-kepulan asap kecil terbit dari tubuhnya akibat ledakan renjatan elektrik yang terlalu kuat bagi mereka yang tidak mampu menahannya. Yazaid terketar melihat situasi itu.Serangan penumbuk petir itu merupakan antara serangan pembunuh yang terkuat pernah dihasilkan olehnya namun tidak mampu walau untuk mencalarkan kulit Kapten Zayyan. Yazaid berkeringat. Kapten Zayyan merenung tajam ke arah Yazaid.
“Kau cepat marah, Yazaid.Amarah kau tidak terbendung.Belajar mengawalnya.Jangan sampai amarah yang menguasai diri.Takut binasa memakan diri.” Kepalan penumbuk Yazaid dilepaskan dari genggaman. Seusai tangannya dilepaskan, Yazaid melompat tinggi menjauhi Kapten Zayyan. Mendarat sahaja ditanah, Yazaid melutut.Dia kemengahan.Nafasnya tercungap-cungap.Dadanya terasa seakan sempit menghimpit-himpit.
“Penggunaan System Call di dalam medan tempur memang amat digalakkan ketika bertemur namun kau perlu tahu batas penggunaannya. System Call bukan menggunakan tenaga dari elemen-elemen disekeliling kita semata-mata.Teknik ini menggunakan tenaga dalaman tubuh kita sebagai medium utama melancarkan serangan. Semakin banyak kau gunakannya, semakin menipis tenaga dalaman yang kau ada.Semakin kuat teknik yang kau guna, semakin banyak tenaga dalaman yang diperlukan untuk melancarkan serangan. Dan sampai ke satu tahap dimana tenaga dalaman kau mula menyusut...” Kapten Zayyan menapak perlahan ke arah Yazaid.
“...kau boleh maut.” Ringkas Kapten Zayyan menghabiskan bait katanya.Kini dia berdiri betul-betul dihadapan Yazaid yang melutut.Keadaan ini tidak ubah seperti seseorang yang melutut tanda hormat kepada seorang mahaguru yang berdiri di hadapannya.
“Satu lagi peluang.Dan aku tidak akan mengelak.Kalau kau tak boleh tumbangkan aku, aku mula menyerang.” Kapten Zayyan menawarkan tawaran kepada Yazaid. Dalam keadaan tubuh yang masih terketar, Yazaid cuba bangkit berdiri.Wajahnya serius.Seluruh tubuhnya berkeringat.Tenaga dalamannya semakin memudar.Mungkin hanya berbaki untuk satu ledakan sahaja lagi. Yazaid mengumpul tenaga dalamannya sebanyak mungkin.Terbit aura-aura berwarna kebiruan dari tubuh Yazaid.Membulat anak mata Kapten Zayyan menyaksikan kejadian itu.Kali terakhir dia melihat teknik ini adalah dari Rayfall ketika melakukan serangan ledakan terakhir ketika peperangan dengan bangsa Valkazar sebelum dia menghilang.Sedikit sebanyak Kapten Zayyan terasa tergugat kerana jika ledakan dari Yazaid ini menyamai kekuatan Rayfall maka dia pasti hancur lebur namun mana mungkin orang yang berbeza mempunyai kekuatan dan keupayaan yang sama.
Kapten Zayyan bersiaga.Dia tidak boleh menarik semula tawarannya.Dia terlalu ingin melihat kemajuan tempur yang ada pada Yazaid sebelum melepaskan mereka ke misi-misi yang bakal mereka tempuhi.
‘Ini adalah aura Blue Reset! Tak salah lagi...Rayfall, kau mempunyai anak murid yang cukup ampuh namun masih perlu diasah.’ Kapten Zayyan bermonolog sendirian di dalam hatinya.Jauh disudut hatinya, dia merasa kagum dengan keupayaan Yazaid.Teknik Blue Reset ini diasaskan sendiri oleh Rayfall untuk memusnahkan seluruh musuh dan ledakannya jika ditumpukan sepenuhnya mampu menghancurkan seluruh benua secara keseluruhannya.
Yazaid mengepalkan penumbuk kiri dan kanannya dan disisipkan ke pinggang.Kakinya memasang kuda-kuda sambil kepalanya merunduk ke tanah.Tubuhnya terketar-ketar mengumpul tenaga dalaman sebanyak mungkin.Aura kebiruan semakin marak menyelaputi tubuhnya.
“Aaaaaaaaaaaaaarrghh!” Yazaid menjerit sekuat hatinya.Tanah ditempatnya berdiri retak seribu menerbangkan debu tanah yang berselerakan ke udara dan berpusar-pusar mengelilingi tubuh Yazaid.Ledakan tenaganya terlalu kuat.Tanah bergetaran dengan skala yang agak tinggi.Bunyi dengungan bergema-gema.Binaan-binaan yang berada di sekitar mereka berdua mula retak dan ada sebahagiannya mula roboh. Kapten Zayyan menapak ke belakang selangkah dua.Bukan kerana takut tetapi untuk mengelakkan serangan dari jarak dekat yang menjanjikan maut sebagai hasilnya.
Urat-urat berselirat mula timbul dari wajah dan tubuh Yazaid.
“Yazaid! Jangan terlalu memaksa.Tubuh kau tak mampu membendung kuasa tu! Kawal diri!” Kapten Zayyan mula bimbang dengan situasi Yazaid ketika ini. Dia tahu Yazaid hanya mengikut kemahuan amarahnya sahaja.Baginya, Kapten Zayyan seolah-olah sengaja memprovok dirinya supaya kelihatan lemah.Bagi Yazaid, ini adalah penentuan untuk menunjukkan kekuatannya kepada Kapten Zayyan sekali gus menunjukkan dirinya bukanlah lemah seperti yang disangka.
“System Call!..” Suara Yazaid mula garau.Wajahnya menyerigai. Kapten Zayyan agak terkejut namun tidak berganjak.Dia seolah-olah mampu membaca lawannya.
“...Bestia Fragore Magno!” Kapten Zayyan amat terkejut namun segalanya berlaku dengan sekelip mata. Yazaid melepaskan satu ledakan yang teramat kuat. Serangan ini merupakan serangan All-Out yang mampu memusnahkan seluruh daerah dan permukiman dalam hanya satu ledakan sahaja.Ianya berskala gergasi.Implikasinya, orang yang melepaskan ledakan ini tidak akan mampu untuk bertempur lagi. Ternyata Yazaid menggunakannya pada masa yang salah.Ini hanya pertempuran sebagai pembelajaran dan bukannya peperangan yang mengorbankan banyak nyawa.
Sebelum ledakan dari Yazaid dilepaskan sepenuhnya, Kapten Zayyan terlebih dahulu melompat ke arah atas Yazaid sekali gus tangan kanannya menekan bahagian atas kepala Yazaid.
“System Call! Reject!” Usai Kapten Zayyan menyudahkan bait katanya, satu lagi ledakan muncul dari bawah telapak kaki Yazaid.Debu-debu dan serpihan tanah bertebaran.Pandangan menjadi terhad seolah-olah berkabus yang agak tebal.Tidak kelihatan apa-apa pun.
Kapten Zayyan mendarat ke tanah berhadapan dengan Yazaid yang sudah terbaring tidak sedarkan diri.Aura kebiruan yang menyelubungi Yazaid sebentar tadi mula memudar dan menghilang.Begitu juga dengan debu-debu tanah yang bertebaran mulai pudar dan menghilang. Kapten Zayyan menyoroti pandangan memandang sekeliling.
Sebahagian besar binaan-binaan disekeliling mereka mula roboh.Tanah tempat mereka berpijak retak seribu berbentuk bulatan seluas perkampungan mereka. Binaan-binaan perkampungan itu juga ada yang retak dan ada sebahagiannya roboh. Tempat dimana Yazaid berdiri retak berderai sehingga terperosok ke dalam sedikit.
Berbondong-bondong penduduk perkampungan itu menuju ke gelanggan pertempuran. Rupa-rupanya, Tyrel, Elsa dan Leo sudah berada disitu sejak awal pertempuran mereka lagi tanpa disedari oleh Yazaid dan Kapten Zayyan.Mereka bersembunyi disebalik binaan-binaan itu yang kini telah roboh. Mereka bertiga menyaksikan sendiri pertempuran persahabatan yang agak sengit sebentar tadi.Elsa kelihatan seolah-olah tidak percaya dengan apa yang disaksikan sebentar tadi. Ketiga-tiga mereka menggigil tubuhnya tidak percaya.
“Serangan apa...tu? Yazaid...” Leo terketar-ketar menyaksikan ledakan berskala gergasi itu.Lebih sukar dipercayai apabila ledakan itu dihasilkan oleh Yazaid.Hanya seorang manusia biasa.Elsa terkedu.Tyrel menyoroti pandangan ke arah mereka berdua yang berada di gelanggang.
“Tyrel! Apa jadi??” Salah seorang penduduk menghampiri mereka bertiga yang dirasakan menjadi saksi pertempuran itu.
“Apa dah jadi, Tyrel?? Seluruh kampung tanahnya retak.Bangunan ada yang roboh.Ada musuh ke?” Salah seorang dari mereka juga bertanya soalan yang hampir serupa.
“Bukan kampung sahaja.Itu! Gunung disana.Kelihatan macam sudah terbelah” Penduduk lainnya mula mencelah sambil menudingkan jari ke arah sebuah gunung yang berada tidak jauh di belakang perkampungan mereka.Tyrel memandang sekilas namun terbejat kata.Keringatnya mula bercucuran.
Benar! Gunung yang dipenuhi hutan belantara dan pokok-pokok itu kelihatan seolah-olah terbelah dua namun tidak terbenam mahupun bergerak. Bahagian tengah gunung itu kelihatan seolah-olah mempunyai lubang hitam berbentuk memanjang membelah gunung itu.Pokok-pokok pada bahagian itu juga kelihatan tenggelam dan ada sebahagiannya telah tumbang ditelan rongga hitam itu.
Kapten Zayyan memanggil beberapa orang penduduknya untuk membawa Yazaid ke bilik perubatan untuk diubati.Tanpa berlengah, tubuh Yazaid dibawa ke bilik perubatan.Kapten Zayyan menapak perlahan meninggalkan gelanggang itu.Tyrel, Elsa dan Leo menghampiri Kapten Zayyan.
“Ayah, apa semua ledakan tadi tu? Kenapa Yazaid...” Belum sempat Elsa menghabiskan kata-katanya, Kapten Zayyan melompat tinggi lalu menghilang.Elsa terkedu.Tyrel semakin hairan melihat kelakuan ketua mereka.Leo hilang kata-kata.
143Please respect copyright.PENANArQe5XWr32j
>>Bersambung Server 54
ns 15.158.61.17da2