SERVER 10
Permukiman La Brecha,HyperServ
Tajima dan Zaidi menginjak-injak permukaan tanah di situ.Anak mata mereka melilau kesana dan kemari.Menilai persekitaran berdasarkan pengalaman.Kelihatan pokok-pokok renek patah malahan ada juga diantara pokok renek yang hancur seperti dipijak sesuatu yang jauh lebih besar.Kesan cantas pada batang pokok juga menarik minat mereka.Mereka tersenyum puas.Impak serangan virus memberikan satu kesan yang amat mendalam.
Zaidi menghampiri batang jamung yang terletak tidak jauh dari situ.Dibelek-beleknya batang jamung yang patah itu.Akalnya menduga pasti ada hidupan berakal yang mendiami kawasan ini buat sementara waktu.Tajima melihat-lihat kesan tapak kaki yang jauh lebih besar.
“Zaidi..dia ada disini sebelum ini.” Tajima melihat-lihat tanda yang ada.
“Yup..Dia bermalam disini.Then, mungkin dia diserang sesuatu.” Zaidi menghampiri Tajima.Dia membawa batang jamung yang terpatah itu lalu ditunjukkan kepada Tajima.Tajima sekadar menggangguk.
“Dia mungkin tak pergi jauh.Let’s go!.” Tajima mula bergerak.Zaidi memerhatikan isyarat pada paparan hologram miliknya.Isyarat Yazaid dapat dikesan tetapi agak jauh dari kawasan itu.Zaidi berkerut dahinya. ‘Tak jauh?’ gumamnya sendirian.
Perkampungan Cendrawaseh,Tahun Infiniti 30XX
Hadif sekadar menjadi pemerhati.Hairuddin tekun melaksanakan tugasnya sebagai mekanik yang membaiki pelbagai jenis motosikal.Hadif sangat mengetahui tentang kemahiran yang dimiliki oleh Hairuddin.Kerana itulah dia tidak ragu-ragu untuk membaiki motosikalnya di sini.Hairuddin sememangnya seorang yang pakar dalam bab automotif permotoran.
Dalam ketenangan itu, secara tiba-tiba seorang wanita terkocoh-kocoh berlari anak menuju ke arah bengkel Hairuddin.Dia perlu segera mendapatkan Hairuddin.Kelopak matanya bergenang air mata.
“Abang!!” Asiah muncul di muka pintu bengkelnya.Hadif dan Hairuddin menoleh serentak namun Hairuddin lebih cemas.
“Siah..Kenapa ni?” Hairuddin memegang kedua-dua bahu isterinya.
“Mail, bang.Mail.” Asiah menangis teresak-esak tertahan-tahan.Kata-katanya umpama tersekat dikerongkong.
“Kenapa dengan Mail?” Hairuddin cemas.Ditatap wajah isterinya.Terpancar raut kerisauan pada wajahnya selaras tugas sebagai seorang ayah yang perlu melindungi seluruh ahli keluarganya.Ia sudah menjadi tanggungjawab baginya yang wajib untuk dipikul.
“Mail tak bangun-bangun.Saya kejut dia.Dia macam tak sedarkan diri.Dah tengah hari ni, bang.Kejut tak bangun-bangun.” Asiah menerangkan serba ringkas tentang apa yang terjadi.Tangisan esaknya tidak berkurangan malahan tangisannya semakin lebat.
Hairuddin memandang Hadif.Membulat anak matanya.Lantas Hadif berdiri mengekori Hairuddin dan Asiah pulang ke rumahnya.Mereka kelam-kabut.Bengkelnya dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang menjaga.Mereka cemas.Hadif tidak banyak bersuara melainkan sekadar mengekori mereka.
Dikejauhan, kelihatan Hairuddin, Hadif dan Asiah terkocoh-kocoh menapak pantas menuju ke rumahnya.Kelihatan jiran tetangga sudah berkumpul di perkarangan rumah mereka.Hairuddin kemengahan.Kudratnya tidak segagah semasa muda dahulu.Asiah memanggil jiran terdekat untuk meminta bantuan.Anaknya tidak terjaga dari tidur.Seakan-akan koma yang panjang.Pantas mereka menginjak anak-anak tangga kayu naik ke rumah.
Kelihatan Ismail seperti orang yang sedang dibuai mimpi lena namun tiada reaksi apabila dikejutkan.
“Mail..bangun, nak.Mail..Mail.” Hairuddin cuba mengejutkan anaknya bangun tetapi hampa.Ismail tetap kaku.Tiada reaksi.Matanya terpejam.Sesekali kelopak matanya seakan bergerak-gerak.
Hairuddin dapat menduga sesuatu.Dia melihat kalung BrainLink yang dipakai anaknya.Kelihatan lampu LED kecil berwarna merah terkelip-kelip.Membulat mata Hairuddin.Terasa panas sampai ke kepala.
“Kita bawa dia ke depan.Bagi dia sejuk.Buka BrainLink ni.” Hadif memberi cadangan.Tangannya mencapai BrainLink yang terkalung di leher Ismail.
“Jangan!!” Hairuddin pantas melarang.Digenggam kuat tangan Hadif.Hadif tercengang.
“Tuan..anak kawan tuan yang tak sedarkan diri sejak semalam.Dia ada pakai BrainLink ni juga tak?” Hairuddin berwajah serius.
“Ya..masih di lehernya sebelum ni.Tapi ayahnya baru buka kalung tu pagi tadi semasa saya melawat.” Hadif ringkas menerangkan.
Membulat anak mata Hairuddin.Dahinya berkeringat.Dia dapat menghidu satu kehilangan nyawa. “Tuan..pergi melawat dia sekarang.Tengok keadaan dia.Sekarang!” Hairuddin tidak sedap hati.
Hadif akur.Dia keluar dari bilik itu.Hairuddin mengusap kepala anaknya.Kelopak matanya mula bergenang.Dia lebih menyalahkan dirinya.Semua kesilapan dia meletakkan pada dirinya.Dia terasa tidak layak bergelar ayah.Dia tidak mampu melindungi zuriatnya sendiri.Titisan jernih mengalir ke pipi.Tangisan seorang ayah terlalu mahal.Sukar untuk dilihat.Sedaya upaya disembunyikan.Seolah-olah dia sengaja menghantar nyawa anaknya sendiri ke pintu maut.
Permukiman Viento,HyperServ
Di dalam belantara yang cukup luas sebegini, amat sukar bagi Yazaid menentukan lokasi sebenar dia berada sekarang malahan dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menghubungi Irfan.Dia yakin Irfan merencanakan sesuatu bagi memulihkan keadaan semula.Hari semakin meninggi.Terik mentari semakin memancar.Yazaid semakin lemah.Dia kepenatan.
Dia tiba di sebatang sungai.Tidak terlalu besar dan airnya tidak terlalu deras tetapi cukup dalam.Dia berkalih kekiri dan kekanan.Memerhatikan sekeliling.Dia melabuhkan punggungnya di atas sebuah batu berhampiran.Dia meletakkan lembing buatannya bersebelahan dengannya.Pisau lembing itu diperbuat daripada batu-batu yang dipecahan.Sisi kesan retakan batu itu kemudian diasah sehingga tajam lalu diikat pada hujung lembing untuk dijadikan sebagai senjata melindungi diri.
Yazaid termenung mengenangkan nasibnya kini.Ikutkan hatinya mahu sahaja dia tamatkan projek HyperServ ini namun mengenangkan ini adalah amanah daripada gurunya, Professor RayFall supaya dia menyambung usaha dan penat lelahnya.Tambahan pula, jika projek ini ditamatkan sekarang semestinya Samsul akan pergi dahulu buat selamanya kerana mindanya yang terawang di HyperServ dan masih belum ditemui.Sahabatnya pasti akan mati.
Yazaid memeluk tubuh.Terasa dingin.Kawasan ini lebih berangin dan bayu meniup sepoi-sepoi bahasa berbanding kawasan perhutanan lain.Setiap kawasan ada ‘iklimnya’ tersendiri malahan setiap kawasan juga ada ‘penghuni’ nya sendiri.
Sesekali kelihatan kabus menutupi pemandangan.Terasa dingin dan mendamaikan.Air sungainya juga berwarna jernih kebiruan.Yazaid tersenyum.Sebenarnya kesemua elemen perhutanan disini adalah rekaan asal Professor RayFall kemudian disambung oleh Yazaid.Jadi, setiap struktur muka bumi HyperServ dan ‘penghuni’ nya hanya diketahui oleh Professor RayFall.Yazaid hanya menyiapkan elemen tersebut lalu dimuatnaik ke dalam HyperServ.Dia tidak arif perihal di dalam HyperServ.Dia belum menerokai sepenuhnya.
Kawasan permukiman ini sentiasa ada aliran angin yang kuat.Jika tidak bernasib baik, ribut akan melanda kawasan perhutanan ini kerana aliran angin bertiup ke satu arah sahaja dan bertembung dengan angin panas dari arah yang bertentangan.
Dikala Yazaid sedang merehatkan tubuhnya yang lelah, secara tiba-tiba dia terdengar bunyi desiran tidak jauh di belakangnya.Seakan bunyi ‘sesuatu’ sedang menjalar di atas tanah meredahi rumput-rumput kering.Pantas Yazaid berdiri dan berkalih ke belakang.Digenggam lembing buatannya erat-erat.Diperhatikan setiap pelusuk semak-samun.Mencari-cari ‘sesuatu’ yang sedang bersembunyi di balik belukar.Bunyi itu datang dari serumpun buluh merah yang agak menebal dan setinggi beberapa kaki ke atas.Diamati bunyi itu.
Tiba-tiba beberapa batang buluh merah itu tergerak-gerak. ‘Sesuatu’ sedang menguak-nguak batang buluh itu.Yazaid bersiaga.Dia memegang bahu kanannya.Membulat matanya apabila baru menyedari senjata laser miliknya yang terlekat di bahu kanan yang dibawanya telah tiada.Mungkin tercicir semasa pertelingkahan dengan makhluk pada malam semalam atau mungkin diambil oleh lelaki misteri itu.Dahinya berkerut seribu.
Bunyi desiran itu semakin hampir. ‘Sesuatu’ sedang menjalar di atas tanah merentas dedaunan kering yang bertaburan di atas tanah.Beberapa batang buluh merah tergerak-gerak seperti dikuak dengan kasar.
Anak mata Yazaid mengawasi sebarang pergerakan.Yazaid tidak mahir teknik tempur sebegini.Dia lebih arif dan selesa dengan menggunakan senjata digital.Namun, apa yang dia ada kini sekadar sebilah lembing buatannya untuk mempertahankan diri.
Secara tiba-tiba, muncul seekor ular sawa berbelang putih bermata kebiruan.Sesekali lidahnya terjelir keluar.Bunyi desirannya menandakan ianya antara spesis yang merbahaya.Membulat anak mata Yazaid.Saiz tubuh badan ular itu sebesar 3 pemeluk manusia dewasa.Rumpun buluh merah patah riuk.Yazaid terkaku.Mana mungkin sebatang lembing buatannya yang rapuh ini mampu menembusi kulit ular sawa berbelang putih ini.Dia terundur ke belakang.Setapak menginjak tanah.Ular sawa itu memandang ke arah Yazaid.Yazaid cuba melarikan diri.Dia cuba untuk berkalih ke belakang untuk melarikan diri.
Tiba-tiba kedua bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang.Dia membisikkan sesuatu di telinga Yazaid. “Jangan bergerak! Diam! Jangan toleh belakang!”
Yazaid terdiam.Dia tidak menoleh ke belakang.Dia mendiamkan diri.Seseorang yang memegang kedua-dua bahunya di belakang juga turut mendiamkan diri tidak bergerak.Anak mata ular sawa berbelang putih yang kebiruan melihat persekitaran.Matanya menatap Yazaid dan seseorang yang misteri di belakangnya.Yazaid menelan liur yang terasa pahit melepasi rengkongnya.
Ular sawa berbelang putih itu perlahan-lahan berkalih ke hadapan lalu menjalar ke tebing dan menyusup masuk ke dalam sungai sehingga ia menghilangkan diri di bawa arus bawah sungai yang agak deras berbanding permukaan.
Bahu Yazaid dilepaskan.Pantas Yazaid berkalih ke belakang melihat siapakah gerangan seseorang yang misteri itu.
Yazaid ternganga. Seorang lelaki lengkap berpakaian kelengkapan perisai perang cyber berdiri tercegat di hadapannya.Yazaid amat mengenali pemakaian lelaki misteri itu.Dialah yang menyelamatkannya malam tempoh hari.Kali ini sekali lagi dia menyelamatkannya tanpa perlu bertarung tetapi dengan menggunakan ilmu perhutanan.Tentu dia lebih arif tentang selok-belok hutan disini tetapi persoalannya dari mana dia muncul? Bagaimana dia boleh berada di HyperServ ini.
Lantas lelaki misteri itu berjalan perlahan menuju ke sebuah batu besar lalu dia melabuhkan punggungnya duduk bertinggir membelakangkan Yazaid. “Relax, Yazaid.Tak ada apa berlaku.Itu cuma Ular Blanco.Ular tu buta.Tak boleh melihat tetapi ada pendengaran yang sangat tajam dan peka pada pergerakan.Serta sensitif untuk mengesan haba.”
Perlahan Yazaid menapak berdiri membelakangi lelaki misteri itu.Lembing buatannya ditegakkan disisi kanannya.Sekadar memegang tanpa bersiaga.
“Kau siapa? Macam mana kau boleh ada di sini?” Pelbagai persoalan di minda Yazaid.
Lelak itu sekadar menoleh sekilas ke belakang lalu melemparkan pandangannya ke hadapan semula.Memerhatikan pergerakan arus air sungai yang tenang.Terasa mendamaikan.Bayu bertiup sepoi-sepoi bahasa mengelus lembut persekitaran disini.
“Aku…Leo.” Ringkas lelaki misteri menjawab pertanyaan Yazaid.
“Nama kau, Leo?” Berkerut dahi Yazaid.
“Aku menetap di hutan ni.Sejak HyperServ ni wujud lagi.HyperServ ini tercipta, aku pun tercipta.” Leo menerangkan serba ringkas. ‘Tercipta?’ Gumam Yazaid keliru.Setahunya HyperServ tidak mempunyai sebarang hidupan dari spesis manusia.Yang ada cuma habitat dan haiwan sahaja.Dia semakin keliru.Leo mengesan perubahan pada wajah Yazaid.Dia tahu pelbagai persoalan menujah-nujah benak fikiran Yazaid.
“Hahahaha..aku tahu kau keliru.Macam ni…” Leo membetulkan duduknya di atas batu itu dengan memusingkan badannya menghadap Yazaid dan membelakangkan sungai itu.Yazaid duduk bersila gaya pendekar melayu di atas tanah menghadap Leo.Situasi ini tidak ubah umpama seorang guru duduk di atas batu besar menghadap anak muridnya yang duduk bersila di tanah dan saling berhadapan.
“Semasa HyperServ tercipta, keseluruhan ekosistem disini juga turut tercipta.” Leo mendepangkan kedua tangannya.Yazaid tekun mendengar.Banyak perkara yang dia tidak ketahui, sejujurnya.
“Dalam masa yang sama, bukan sahaja haiwan dan habitat mula wujud.Kami juga turut tercipta dari sebahagian daripada elemen ekosistem disini.”
“Kami?” Yazaid mengerutkan dahinya.
“Ya..Kami.Aku salah seorang.Seorang lagi adalah seorang perempuan.Aku pun tak tahu dia berada dimana sekarang tetapi dia ada di sini.” Leo menerangkan serba ringkas.
“Eh sekejap.Kau wujud serentak sejak HyperServ tercipta.Sama dengan perempuan yang kau maksudkan tu.Jadi, kau ni apa sebenarnya? Bukan manusia?” Yazaid semakin keliru.Dia tidak mengetahui tentang perkara ini.Langsung tidak pernah diceritakan oleh gurunya, Professor RayFall sebelum dia menghilang.
“Hahaha..betul.Aku dan perempuan tu bukan manusia seperti kau.Kau boleh keluar dan masuk dari HyperServ tetapi tidak akan berlaku pada kami.Ini tempat kami.Tempat tinggal kami.” Leo sekadar memandang Yazaid.Yazaid mengerutkan dahi.Kalau dia bukan manusia, jadi siapa dan ‘apa’ lelaki itu sebenarnya.
“Aku dan perempuan itu sebahagian daripada sistem HyperServ.Kami merupakan sebuah program yang boleh berfikir dan bertindak sendiri.Kami ada tugas masing-masing.Kami adalah Artificial Intelligence atau lebih dikenali sebagai A.I.Cuma fizikal kami dibentukkan kepada bentuk manusia.” Leo meringkaskan supaya mudah untuk difahami oleh Yazaid.
Yazaid menggosok dagunya.Seakan membelai janggut walaupun secara hakikatnya dia tidak memiliki janggut.Akalnya ligat.
“Aku adalah penjaga di HyperServ.” Leo berpeluk tubuh.
“Perempuan tu?” Yazaid bertanya secara ringkas.
“Perempuan tu..dia lebih hebat.Tugasnya lebih besar dan berat.” Leo memandang Yazaid.Yazaid menanti dengan penuh khusyuk.
“Namanya Kirin.Dia merupakan salah satu daripada penjaga sistem pertahanan di HyperServ.Dia juga merupakan kunci utama bagi HyperServ.Paling penting…” Leo terhenti dari berkata-kata.Yazaid ternganga menanti butiran bait kata Leo yang seterusnya.
“Ada musuh!” Pantas Leo bangkit berdiri di atas batu.Yazaid terkejut lantas berdiri bersiaga dengan memegang lembing buatannya diacukan secara rambang.Sekejap kekiri sekejap kekanan.Dia tidak tahu dari mana musuh yang dimaksudkan bahkan dia sendiri tidak mengetahui lokasi kedudukan musuh yang dimaksudkan oleh Leo.
Di satu rimbunan semak-samun, kedengaran seperti ada sesuatu yang sedang berlari ke arah mereka.Yazaid bersiaga.Semak-samun itu terkuak-kuak dan bergerak-gerak.Leo sekadar memerhati.
Secara tiba-tiba, seekor arnab comel berwarna kuning bertanduk kecil melompat keluar dari semak itu.Yazaid terkedu.Arnab itu kemudiannya memerhatikan gelagat Yazaid namun terasa dirinya tidak diancam lalu arnab itu melompat perlahan menuju ke dalam semak-samun yang lain berhampirannya.
Yazaid ternganga.Lembing buatannya diletakkan ke bawah lantas sekilas memandang Leo.Matanya dipincingkan pada Leo.
“Hahahaha..maaf. False alarm!” Leo tergelak memerhatikan gelagat cuak Yazaid.Dia kembali duduk bersila di atas batu itu.Yazaid memuncungkan mulutnya terherot ke tepi.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia ikat lelaki itu lalu dicampakkan ke sungai.Biar menjadi santapan Ular Blanco sebentar tadi.
“Sampai mana aku cerita tadi.” Leo melangoi ke atas.Cuba mengingati perkara yang dibualkan sebentar tadi.Yazaid masih memuncungkan bibirnya ke hadapan.
“Oohh..Kirin.” Leo membetulkan duduknya.Yazaid kembali bersila di atas tanah menghadap Leo tetapi kali ini dia memegang lembing buatannya.Jika dipermainkan lagi, senang untuk dia menikam lelaki itu nanti, fikirnya.
“Kirin merupakan salah satu daripada penjaga sistem pertahanan di HyperServ.Dia juga merupakan kunci utama bagi HyperServ.Paling penting…” Sekali lagi Leo berhenti daripada meneruskan kata-katanya.Wajah Yazaid bersahaja.
Leo terdiam.Sekadar memandang Yazaid.Yazaid membulatkan anak matanya.Hatinya meronta-ronta untuk mengetahui siapakan Kirin itu yang sebenarnya di HyperServ.
“Dia merupakan jantung kepada HyperServ.Dia mati, HyperServ musnah.HyperServ musnah, dia akan mati.” Wajah Leo kelihatan serius.Yazaid terkedu.Bungkam.Dia langsung tidak mengetahui tentang kewujudan jenis ‘manusia’ ini di dalam bioserver seliaannya.Yazaid terkejut bukan kepalang.
“Misi aku sekarang untuk mencari di mana Kirin berada.Aku perlu menemukan dia dengan segera.” Ringkas Leo menerangkan tugas yang ringan itu sebaliknya ianya berat untuk dipikul bagi Yazaid.
“Kenapa?” Beribu persoalan yang singgah di kepala Yazaid.Dia mahu mengetahui kesemuanya.Semua perihal Hyperserv seliaannya.
“Sebenarnya Kirin….” Leo terdiam seketika.Sekadar menghirup udara mengambil nafas dan menghembuskan secara perlahan-lahan.
“….tidak mengingati apa-apa.Dia hilang ingatan.Dia sendiri tidak tahu identiti dia sendiri.Hanya ada beberapa perkara sahaja yang ketahui.Itupun kalau bernasib baik.” Jelas Leo ringkas.
Yazaid cuba memahami situasi.Terasa berat di kepalanya.Terlalu banyak persoalan dan bebanan.Dia mengeluh perlahan. ‘Kenapa dia boleh hilang ingatan?’ Persoalan itu diajukan oleh Yazaid secara monolog.Lebih dipendam di dalam hatinya.Menduga sendirian.
Paling menyakitkan urat kepalanya adalah tentang kewujudan manusia A.I yang bernama Leo dan Kirin.Ternyata ianya menjadi satu hambatan persoalan bagi dirinya.Mahu atau tidak, dia perlu menelusuri setiap misteri yang ada di dunia Hyperserv ini.Segalanya masih misteri dan belum terungkai.Setiap perjalanan ada kisah pengembaraannya tersendiri.
..Bersambung >> Server 11437Please respect copyright.PENANAuQ8JDbggMG