Bandar Maigui,Tahun Infiniti 30XX
Seluruh penggunaan digital kini terbantut sama sekali.Permasalahan ini umpama wabak penyakit berjangkit yang tiada mengenal erti titik nokhtah.Dunia ketika ini mengharungi satu era zaman kegemilangan kemuncak teknologi dimana keseluruhan kehidupan manusia diselubungi kemajuan teknologi.Bermula dari sebuah rumah sehingga ke tahap pemerintahan.Segala-galanya bergantung kepada kehebatan dan kemajuan teknologi yang sangat canggih.Bahkan, telefon pintar yang digunakan sebagai alat telekomunikasi utama suatu ketika dahulu juga turut digantikan dengan penggunaan Brainlink yang semakin luas penggunaannya ketika ini.Tiada seorang manusia pun yang tidak terlepas daripada menggunakan peranti hebat itu.Fungsi utamanya ialah sebagai alat telekomunikasi sekali gus membawa konsep sebuah komputer yang dimuatkan ke dalam sebuah peranti kecil yang dikalungkan ke leher pengguna.Peranti ini memanipulasi gelombang otak pengguna dan membolehkan pengguna melihat paparan yang dipancarkan ke retina pengguna sahaja.Teknologi yang sangat canggih.
Ketika ini, seluruh sambungan digital terputus sama sekali dan ianya menjangkiti ke peringkat global.Rata-rata pengguna Brainlink mula menanggalkan peranti tersebut memandangkan tiada sebarang peranti digital yang boleh beroperasi.Kehidupan manusia ketika ini seolah-olah kembali ke zaman lampau.Tiada teknologi dan tiada kemudahan yang canggih.Bahkan, kenderaan juga bergantung kepada sambungan digital untuk beroperasi.
Bandar Maigui kini sepi berbanding suasana sebelumnya.Ianya seumpama bandar berhantu.Tiada kelibat manusia yang berada di tengah-tengah bandar ketika ini.Lambakan kenderaan elektronik tersadai dimana-mana.Kesemuanya tidak boleh beroperasi lagi.Lampu-lampu yang menerangi jalanan yang beroperasi menggunakan sambungan digital juga turut tidak berfungsi sama sekali.Pada zaman ini, sambungan digital adalah nyawa.Ianya menggantikan sambungan elektrik.Komponen yang dibina di dalam lampu-lampu kebanyakan yang digunakan menggunakan sambungan digital sebagai sumber kuasa.Malahan, sambungan digital dari pangkalan data induk utama merupakan nyawa bagi kesemua komponen digital di dunia ini.Ia membuatkan kenderaan boleh beroperasi, lampu-lampu jalanan termasuk lampu di rumah-rumah juga beroperasi, pesawat ringan juga menggunakan sambungan digital sebagai sumber kuasa.Segala peranti digital menggunakan sambungan digital itu sebagai sumber kuasa.
Apabila malam menjelma, kebanyakan bandar-bandar besar yang berada di negara itu bergelap gelita.Hanya rumah-rumah didiami oleh penghuni sahaja diterangi dengan cahaya malap.Itupun mereka mencari ikhtiar dengan menggunakan pelita-pelita lama dan ada juga yang menggunakan lampu-lampu lama yang berfungsi menggunakan tenaga bateri.
Pihak kerajaan yang memerintah di bandar itu mengeluarkan arahan perintah berkurung kepada kesemua penduduk sementara mereka bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu global ini.Pihak kerajaan juga mencari punca terputusnya sambungan digital dari pangkalan data induk utama global.
Malahan terdapat pakar-pakar teknologi dikalangan mereka memberi pendapat bahawa penggunaan Brainlink ketika ini ternyata merbahaya kerana gelombang beradiasi tinggi dihasilkan oleh peranti yang tidak berfungsi itu mampu memusnahkan ribuan sel otak manusia.Malahan, penggunaan Brainlink dibandar itu juga tidak dibenarkan buat sementara waktu.
Nun kejauhan di pinggir Bandar Maigui, kelihatan sebuah rumah batu agam mewah gah berdiri namun hampir keseluruhannya bergelap.Hanya beberapa bilik yang dihuni sahaja diterangi lampu yang menggunakan kuasa bateri.Kedudukan rumah agam itu terpisah dengan rumah-rumah yang lain memandangkan kawasan perumahan itu merupakan kawasan perumahan elit dan hanya mampu dimiliki oleh golongan kelas atasan serta jutawan.Harga sebuah rumah itu sahaja mencecah berbillion bagi sebuah rumah.Cukup mewah dan cukup agam.
Di halaman rumah bersebelahan sebuah kolam renang, kelihatan dua remaja lelaki sedang bersantai-santai sambil menikmati juadah ringan yang disediakan oleh pembantu rumah.Suasana halaman itu hanya diterangi dengan sebuah lampu yang menggunakan tenaga bateri dan solar.Kedengaran pelbagai lagu dimainkan mengunakan sebuah radio yang menggunakan tenaga bateri dan lagu yang berkumandang itu tersimpan di dalam kad memori.Keadaan mereka seolah-olah tidak menghiraukan situasi semasa yang dalam keadaan genting.
Salah seorang daripada mereka yang hanya mengenakan baju tidur sahaja leka bermain permainan video manakala seorang lagi yang berpakaian kasual sedang membelek-belek peranti Brainlink miliknya.Dahinya berkerut-kerut ketika membelek-belek peranti itu.
“Apa yang kau belekkan tu, Zam?” Lelaki remaja berbaju tidur bersuara apabila menyedari sahabatnya sedari tadi membelek-belek peranti yang tidak berfungsi itu.Jari-jemarinya ligat menekan-nekan butang pada peranti permainan videonya.
“Tadi aku macam nampak lampu dekat Brainlink ni ada menyala berkelip sekejap. Ni dah tak ada. Hairan aku.” Zam mengerutkan dahinya.Jarinya terus membelek-belek peranti digital itu.Sahabatnya meletakkan peranti permainan videonya di atas sebuah meja dan bangkit berdiri menuju ke arah Zam.
“Sini aku tengok.Entah-entah kau ngigau ni.Kena sampuk dengan hantu.Tu yang nampak bukan-bukan.” Sahabatnya tersengih-sengih cuba untuk berseloroh dan menyakat.
“Ishh..kau ni, Hashim.Jangan buat lawak tengah-tengah malam ni.Rumah aku jauh tau.Kecut perut aku nanti.Dah lah nak kena lalu dekat hutan sana tu.” Zam mula kecut perut apabila disakat sebegitu. Hashim tergelak sakan sambil jarinya membelek-belek peranti digital itu.
“Benda ni dah tak boleh gunalah.Semua benda digital dah tak boleh guna.Brainlink ni dah jadi sampah.Dah boleh buang dah ni.” Hashim terus membelek-belek peranti itu.
“Agaknya berapa lama lagi laa dunia kita ni macam ni.Bosan tau tak.” Zam baring terlentang menghadap dada langit.Kedua-dua kakinya terjuntai ke dalam kolam renang yang sebelum ini sentiasa diterangi pelbagai cahaya yang mengindahkan suasana namun kolam renang itu kini bergelap.
“Kau tak payah poyo sangat.Hari-hari kau datang rumah aku melepak ni bosan apanya?” Hashim berkata berdasarkan fakta yang cukup berasas.
“Itu lain, Zam.Aku nak jalan-jalan makan angin.Bersiar-siar kat luar sana.Ini balik-balik aku tengok muka kau.Datang sini pun dah macam penjenayah.Elak dari sekatan jalan raya.Perintah berkurung ni leceh lah.” Zam mengeluh.
“Kerajaan buat macam ni ada sebab.Sekarang sambungan digital terputus satu dunia tau.Keadaan dekat luar tu bergelap terus.Diorang tak ada sumber kuasa sokongan yang cukup untuk tampung lampu-lampu jalan.” Hashim berhujah.Zam mengerutkan dahi.
“Jadi? Apa kena-mengena dengan perintah berkurung?” Zam masih tidak mengerti.
“Jadi bila keadaan luar sana tu bergelap, jalan bergelap, penjenayah ni merata-rata.Ambil kesempatan dalam kegelapan buat kerja tak baik,tau? Buat kena samuk ke, kena rompak ke.Kan dah susah.Baik duduk rumah, kunci pintu semua.Kan selamat.Tak adalah kau menyusahkan pihak polis nak siasat semua bagai.” Hashim berhujah panjang lebar.
“Iyalah..Kau menanglah.Malas aku nak layan.” Zam merentangkan kedua-dua tangannya sambil menghadap ke dada langit yang gelap.Hanya dihiasi taburan bintang-bintang yang mengindahkan pemandangan.
Secara tiba-tiba, lampu kecil pada Brainlink di tangan Hashim mula berkelip secara rawak dan tidak teratur.Hashim kelihatan terkejut. Dia menyiku Zam dan menunjukkan kalung digital itu pada sahabatnya.
“Hashim, entah-entah dah boleh guna tak?” Zam bangkit mengitari pemandangan melihat suasana jalanan yang masih bergelap.Dia mengerutkan dahinya kehairanan.Sambungan digital masih lagi tidak beroperasi memandangkan lampu-lampu jalanan masih tidak menyala dan tidak berfungsi.
“Tak apa.Biar aku cuba pakai dulu.Mana tahu memang betul-betul dah boleh guna.Boleh aku tengok movie.” Hashim cuba menyarungkan Brainlink itu ke lehernya namun ditegah oleh Zam.
“Wei..kan penggunaan Brainlink tak dibenarkan buat masa sekarang.Kalau diorang dapat detect macam mana? Aku tak nak tidur dalam bilik besi tau.” Zam cemas.
“Alaa kau ni.Jangan lurus sangat lah.Benda belum tahu berfungsi ke tak.Kita cuma nak check je sama ada berfungsi atau tak.Bukan guna terus pun.” Hashim tetap berdegil dan menyarungkan Brainlink ke lehernya.Zam hanya memerhatikan sahaja.
Lantas butang kecil pada kalung itu ditekan.Lampu pada Brainlink berkelip secara rawak dan semakin pantas.Bunyi berdesing halus mula kedengaran.Hashim terdiam seketika.Zam mengerutkan dahinya.
Secara tiba-tiba satu paparan tetingkap maklumat terpapar pada retina mata Hashim membuatkannya terkejut.Zam juga turut terkejut.
“Kenapa, Hashim?” Zam melihat-lihat sahabatnya.
“Ada…mesej keluarlah.” Hashim mengerutkan dahi.
“Mesej tu tulis apa?” Sifat ingin tahu Zam membuak-buak.Hashim kelihatan termenung namun hakikatnya hanya dia sahaja yang mampu membaca mesej tersebut memandang segala maklumat yang dipaparkan oleh Brainlink hanya mampu dilihat oleh si pemakainya sahaja.
“Experiment subject deployed...Initiating...” Hashim membaca ringkas mesej yang dipaparkan.
“Wei…tak payahlah, Hashim.Nanti lain jadinya.” Zam menegah.Hatinya mula berasa tidak enak.
“Relax lah.Tak ada apa pun.Kau yang menggelabah ni kenapa?” Hashim mula berasa kurang senang dengan sifat penakut Zam.Baginya, Zam seorang yang tidak sukakan cabaran dan penakut.Sahabatnya itu tidak gemar mengambil risiko dengan mencuba benda baru di dalam hidupnya.
Secara tiba-tiba, pandangan mata Hashim menjadi gelap gelita serta-merta.Tubuhnya mengeletar dengan kuat.Mata hitamnya terarah ke atas sehingga menampakkan mata putihnya sahaja.Tubuh Hashim seolah-olah diserang sawan.Mulutnya mula berbuih-buih.Zam menjadi panik.Akhirnya, Hashim diam tidak bergerak.Mata hitamnya masih tidak kelihatan.Hanya memperlihatkan mata putihnya sahaja.
Zam bingkas menjerit memanggil kesemua ahli keluarga Hashim.Ibu dan bapa Hashim antara yang paling panik melihat keadaan anaknya itu.Zam berkedudukan membelakangkan mereka.Bapa Hashim memangku tubuh anaknya yang mengeras.Ibu Hashim menangis.
“Macam mana boleh jadi macam ni, Zam?” Bapa Hashim cemas.Wajah Hashim ditepuk-tepuk sambil ibu Hashim membasahkan wajah anaknya dengan cara memercikkan air dari kolam renang itu.
“Saya…tak tahu…Tadi Hashim..nak sangat..pakai Brainlink tu…lepas tu jadi…macam ni.” Zam terketar-ketar.Segala-galanya berlaku dengan sekelip mata.Terlalu pantas untuk ditegah.
“Kita bawa dia ke hospital.Lekas!” Bapa Hashim memapah tubuh anaknya yang juga turut dibantu oleh beberapa orang pekerja di rumah itu.
Entah bagaimana, Hashim membeliakkan anak matanya bingkas bangkit lalu mencekak leher bapanya.Giginya berketap rapat menyerigai.Ibu Hashim cuba meleraikan turut ditendang.Akhirnya, bapa Hashim tidak bergerak lagi.Tindakan drastik Hashim mengejutkan semua orang yang menyaksikan perubahan Hashim menjadi ganas itu.Ibu Hashim dan beberapa orang pekerja di rumah itu menerima nasib yang sama.Setiap seorang dikejar oleh Hashim dengan kelajuan yang agak pantas menerpa.Ada juga pekerja rumah agam itu maut dihentak menggunakan batu sebesar penumbuk lelaki dewasa.Zam berundur beberapa tapak kebelakang melihat keadaan sahabatnya yang menjadi buas dan ganas secara tiba-tiba.
Selepas semua orang dirumah itu dipastikan tidak bernyawa, Hashim menoleh ke arah Zam dengan wajah yang menyerigai.Liurnya berjejeran.Zam menelan liur yang terasa pahit lantas berlari mendapatkan motosikalnya yang menggunakan petrol dan diparkir di luar rumah Hashim.
Tanpa berlengah, Hashim mengejar sasarannya dengan kelajuan yang agak luar biasa dari manusia.Dia berlari menggunakan kedua-dua tangan dan kakinya persis seekor serigala yang kelaparan.Zam juga tidak menunggu lama.Apabila motosikal berjaya dihidupkan, pemutar minyak dipulas sehabis mungkin.Hashim mengejarnya dibelakang beberapa meter sahaja.Kepantasannya membatasi kelajuan manusia biasa. Ini perkara yang paling dirasakan tidak masuk akal namun mencemaskan yang pernah dialaminya sepanjang hidupnya. Dia tidak pernah melihat perkara sebegini berlaku kecuali hanya di dalam filem sahaja.
Jalan raya yang gelap diredah sepantas mungkin.Zam cekap mengendalikan jenteranya itu manakala Hashim tidak sekali-kali melepaskan mangsanya.Dia terus mengejar dan terus mengejar.Liurnya berjejeran, matanya dibeliakkan.Zam mengerling pandangan menerusi cermin pandang belakang.Hashim begitu hampir dengannya di belakang.Dahi Zam berkeringat.
Secara tiba-tiba, Hashim melompat ke arah melunjur ke hadapan.Mujur Zam cekap mengelak dan menambah kelajuan jenteranya.Hashim sekadar menyambar angin namun baju pada bahagian belakang tubuh Zam terkoyak akibat cengkaman Hashim.Belakang tubuhnya luka berdarah akibat toresan kuku Hashim.Zam mengerling pandangan lagi.
Hashim sudah berhenti mengejar dan memandang Zam dari kejauhan lalu berlari menghilangkan diri ke dalam belukar berhampiran.Zam tidak berhenti malah menambah kelajuan jenteranya membelah kepekatan malam.Perasaannya masih dihambat cemas dan ketakutan.Dia cuba untuk meloloskan diri dari kawasan perumahan elit yang dikelilingi oleh belukar itu.
Dari kejauhan, terdengar lolongan seakan serigala yang cukup panjang dan nyaring.Deruman enjin motosikal Zam juga tidak sekuat itu membuatkan anak telinga Zam mampu menangkap bunyi yang meremangkan roma itu.
Tanpa menoleh kebelakang lagi, Zam meninggalkan lokasi itu secepat mungkin.Dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada sahabatnya itu ketika ini.Dia hanya mengetahui sifat Hashim berubah mendadak menjadi ganas dan buas setelah memakai kalung Brainlink itu tadi.Malahan, seluruh ahli keluarga dan pekerja rumah agam itu habis dibunuh kesemuanya.Riwayat mereka tamat begitu sahaja dan dalam jangka masa yang sangat singkat. Bahkan, keupayaan Hashim pada ketika itu juga bukan lagi keupayaan manusia biasa. Dia seolah-olah dirasuk dan dikuasai oleh sesuatu dari dalam tubuhnya.
208Please respect copyright.PENANAD5dvVFPWam
[To be continued >> Server 47]
ns 15.158.61.17da2